Anda di halaman 1dari 1

LEGALISME

Dalam falsafah legalisme terdapat beberapa tokoh-tokoh legalis antaranya ialah Shang Yang yang
menghasilkan karya berjudul ” Book Of Lord Shang ” dan Han Fei dengan karyanya Han Fei Tzu.

Ciri-ciri utama aliran legalisme:


Doktrin :

 Falsafah Legalisme bersifat authoritarianisme menekankan kepentingan undang-undang


sebagai cara untuk mencapai kecekapan dalam kerajaan dan ketertiban dalam
masyarakat. Menurut Han Fei penguatkuasaan undang-undang yang ketat dan hukuman
yang berat perlu untuk mengawal manusia yang bertindak liar sekaligus melahirkan
keamanan dan kesejahteran rakyat.
Konsep Pemusatan Kuasa :

 Aliran legalisme ini menekankan pemerintahan bercorak pemusatan kuasa ditangan


seorang raja yang menggunakan kuatkuasa undang-undang. Dengan itu masyarakat yang
ideal akan lahir jika petani dan tentera dipimpin oleh raja yang maha berkuasa. Sebagai
contoh Maharaja Shih Hung Ti daripada dinasti Chin telah berjaya menyatukan seluruh
wilayah China di bawah pentadbirannya.

Matlamat Untuk Negara Dalam Pendekatan yang Berbeza :

 Dalam aliran legalisme segala aktiviti ekonomi, sosial, dan politik harus bertumpu kepada
negara dan bukan individu. Semua lapisan rakyat mesti berkidmat untuk kepentingan
pemerintah dan negara.
 Pembentukan sistem politik negara China, menggunakan pendekatan yang berbeza tetapi
mempunyai matlamat yang sama.

Kegemilangan Sejarah Lampau :

 Dalam aliran legalisme mengambil masa silam sebagai model adalah tidak tepat. Menurut
mereka setiap zaman memerlukan kaedah-kaedah yang berbeza berdasarkan keadaan
dan situasi semasa.

Memupuk Kesetiaan Kepada Raja :

 Falsafah Legalisme mengambil pendekatan undang-undang memastikan rakyat memberi


ketaatan kepada raja.

Mengekalkan Displin Rakyat :

 Legalisme menggunakan kuasa tentera dan kekerasan contoh dinasti Chin.

Anda mungkin juga menyukai