Anda di halaman 1dari 26

Reformasi di Eropah

Shakila Yacob Jabatan Sejarah, UM

Revolusi Agama
Salah satu revolusi hebat pada abad ke-16 iaitu

revolusi agama yang dikenali sebagai REFORMASI. Konflik ini telah memecahkan orang Kristian di Eropah Barat kepada dua golongan; Protestan dan Katolik. Disebabkan impak besar yang ditinggalkan oleh perpecahan agama ini sehingga REFORMASI dilihat sebagai satu titik peralihan besar dalam sejarah manusia. Gerakan ini telah membawa satu era baru iaitu era MODEN kerana: Apabila perpaduan agama musnah maka mereka mula memikirkan mengenai kepentingan wilayah masingmasing. Daripada kepelbagaain kepentingan ini maka muncul masalah politik, sosial dan ekonomi serta kepercayaan yang baru.

Latar Belakang
Pada awal abad ke-16 Eropah barat dan Eropah tengah sama-

sama mengikuti pegangan gereja Latin yang diketuai oleh Paus. Agama mempengaruhi segala aspek kehidupan ketika itu. Walau bagaimanapun ramai yang tidak puas hati denagan kebanyakan aspek di Gereja: A) Birokrasi gereja yang terlalu besar; B) dilihat sebagai angkuh; C) tamak, rakus; D) salah guna kuasa. Ramai yang bersetuju sistem gereja sedia ada harus diubah untuk mewujudkan kembali satu bentuk yang lebih suci dan benar. Namun, tiada persetujuan mengenai apakah perubahan yang patut dilakukan.

Latar Belakang
Pada awal abad ke-16, Eropah Barat dinaungi oleh hanya satu

agama Roman Katolik. Gereja Katolik begitu kaya dan berkuasa dan berjaya mengeklakan budaya klasik Eropah. Walau pun ramai yang mula menganjurkan perubahan, namun konflik dan amalan yang longgar telah tumbuh dalam sistem gereja. Ahli gereja mula mengkritik pentadbiran gereja dan mula meragui ajaran-ajarannya. Contohnya, pihak gereja menekankan hanya mereka sahaja mempunyai hak dan kewibawaan untuk mengintepretasi kitab Injil untuk pengikutnya.

KITAB INJIL
Seawal abad ke -14, seorang paderi Inggeris dan guru di

Oxford University , John wycliffe mengistiharkan pengikut mempunyai hak untuk membaca Injil dan mengintepretasinya. Walau pun pihak Gereja membantah, Wycliffe dan pengikutnyatelah menterjemahkan kitab Injil daripada bahasa Latin kepada Bahasa Inggeris pada tahun 1382 dan membawa salinan ke merata tempat di pinggir bandar. Idea Wycliffe tersebar luas ke Eropah Tengah termasuk Jerman di mana Jan Hus menyampaikan khutbah yang hebat. Hasil kerja Wycliffe dan Hus meninggalkan pengaruh yang besar ke atas seorang paderi Saxon iaitu MARTIN LUTHER.

MARTIN LUTHER
Perpecahan dalam gereja Kristian yang dicetuskan oleh Martin

Luther pada tahun 1517. Ramai yang lain juga dalam dekad seterusnya yang telah mencipta dan memperkenalkan Protestantism. Luther menjadi pemimpin reformasi di Jerman. Buat beberapa lama, beliau membatah amalan golongan paderi menjual indulgences (pengampunan dosa di dunia) tanpa menjelaskan bahawa seseorang itu harus ikhlas bertaubat ke atas dosa yang telah dilakukan. Beliau menyerang paderi Johann Tetzel (seorang paderi Jerman yang terkenal menjual surat pengampunan) kerana menipu pengikut Kristian. Pada tahun 1517, Luther yang marah dan tidak puas hati telah menulis 95 tesis menentang penjualan surat pengampunan dan mengantungnya di pintu gereja di Wittenberg.

95 Theses

Wittenberg, Jerman

Ajaran Martin Luther


Luther membentuk idea baru bagi menentang

gereja. Beliau menolak kewibawaan paus. Menjadikan kitab injil sebagai satu-satunya sumber ajaran Kristian yang sebenar. Beliau tidak bersetuju paderi mempunyai kuasa berbanding orang biasa. Beliau mengistiharkan sumpah yang diambil oleh paderi dan biarawati (nun) adalah tidak terikat dan biara harus dihapuskan. Beliau juga menolak celibacy atau pembujangan kaum paderi.

Penyebaran Idea Reformasi


Paus Leo X mengutuk ajaran Luther melalui

satu dikri paus (papal decree) 1537. Luther kemudiannya membakar dokumen tersebut dan satu salinan hukum gereja Charles V, Maharaya Rom Suci mengarahkan Luther untuk menarik balik atau kembali kepada agama Kristian pada tahun 1521. Luther enggan dan mengatakan sehingga dia percaya dengan bukti daripada kitab suci Injil.

Papal Bull/Papal Decree

Idea Reformasi
Para sarjana lain juga menyebarkan idea

reformasi. Philipp Melanchthon, rakan sekerja Luther di University of Wittenberg, menjadi ketua teologi gerakan reformasi di Jerman. Johannes Reuchlin daripada Heidelberg memperluaskan idea reformasi dengan mengalakkan pengajian Hebrew dan Greek. Pengetahuan kedua bahasa purba ini membolehkan penganut untuk membaca Injil dalam bentuk yang asli.

Penyebaran Reformasi
Para ahli reformasi di wilayah lain juga tidak kurang

hebatnya. Erasmus dari Rotterdam, pengikut Luther di Belanda juga mencetuskan pengajian gereja awal melalui percetakan awal Greek New Testament dan tulisan awal ketua gereja. Lefevre d'Etaples dari Perancis dan Huldrych Zwingli dari Switzerland juaga mempunyai pandangan yang sama dengan Luther. Di England, John Colet cuba mewujudkan reformasi dalam gereja. John Calvin pula menjadikan Geneva pusat dunia bagi gereja Presbyterian dan lain-lain gereja reformasi.

John Calvin
Tokoh utama dari Perancis dalam pembangunan

sistem teologi Kristian yang kemudian di kenali sebagai Calvinisme sempena nama beliau. Seorang peguam (humanist), beliau berpecah dari gereja Rom Katolik sekitar tahun 1530. Apabila rusuhan agama yang ganas berlaku di Perancis menentang golongan Prostestan, Calvin lari ke Basel, Switzerland. Di sini, beliau menerbitkan edisi pertama tulisan beliau yang sangat penting iaitu The Institutes of the Christian Religion pada tahun 1536.

FAKTOR LAIN
Reformasi adalah hasil daripada tercetusnya

Renaisans. Keadaan politik yangkurang stabil di Eropah juga telah membawa kepada satu gerakan agama kerana ramai pemerintah tempatan inginkan kemerdekaan daripada maharaja Charles V. Pada masa yang sama, golongan tani dan pedagang mula menuntut hak yang lebih daripada pemerintah dan tuan tanah dan mula membenci gereja kerana mereka berpandangan pihak gereja bersama dengan golongan yang menindas mereka.

FAKTOR LAIN
Ketidakstabilan politik wujud di seluruh Eropah barat. Cabaran Luther terhadap doktrin dan tradisi lama

agama Kristian menjadi titik peralihan bagi suarasuara mereka yang tidak puas hati dan menjadi motif bagi mereka menuntut kebebasan. Mereka ini terdiri daripada satu golongan yang pelbagai daripada putera raja kepada golongan tani melihat Luther sebagai pemimpin mereka tetapi Luther tidak bekerja untuk mereka yang pelbagai ini. Dengan itu, menjelang 1530 ramai pengikutnya beralih kesetiaan dan pada masa itu reformasi telah pun tersebar luas dan tidak mampu dikawal oleh Luther lagi.

Peristiwa Penting
Walau pun, Reformasi tersebar luas

keseluruh Eropah barat, peristiwa penting gerakan agama ini mengambil tempat di Jerman. Di Wittenberg, Jerman Luther menggantung 95 tesis pada tahun 1517 dan membakar dikri paus pada tahun 1520.

Peristiwa Penting
Perang tiga puluh tahun yang berakhir pada

tahun 1648. Charles V cuba mempertahankan Empayar Rom Suci dan gereja Katolik daripada tuntutan putera raja Perancis dan Jerman. Walaupun beliau dapat mengalahkan golongan Protestant beliau gagal menyekat gerakan reformasi.

Reformasi
Perjanjian Perdamaian dibuat selepas perang

agama yang berlaku. Peace of Augsburg tahun 1555. Perjanjian ini melihat Charles V terpaksa memberi setiap pemerintah hak untuk memilih mazhab Katolik atau Lutheranisme. Agama negara masih ditentukan oleh Charles V, tetapi perjanjian itu memberi keamanan sementara di Jerman.

Reformasi
Mazhab Lutheran tersebar ke utara Jerman dan

Scandinavia. Orang Swiss terpengaruh dengan Zwingli, tetapi seperti orang Perancis dan Belanda mereka menerima aliran Protestant yang dipimpin oleh John Calvin. Reformasi di England bermula 1533 apabila Henry VIII berpecah daripada paus yang enggan membatalkan perkahwinan Henry dengan Catherine dari Aragon. Pengenalan doktrin Protestan dalam Gereja England, walau bagaimanapun, hanya berlaku pada tahun 1549 semasa pemerintahan Edward VI.

Reformasi Balas Katolik


Pentadbir

gereja Katolik tidak menyangka gerakan reformasi ini akan tersebar luas dan cepat dan mendapat sambutan ramai. Mereka hanya menggangap ia satu perselisihan kecil atau perpecahan biasa. Pihak Gereja mula mengambil langkah. Daripada 1545 hingga 1563 Council of Trent mengeluarkan dikri bagi memperbaiki salah guna kuasa dan mengesahkan kembali doktrin dan tradisi agama Kristian. Program besar yang dijalankan oleh Society of Jesus, yang lebih dikenali sebagai Jesuits. Gerakan ini dimulakan pada tahun 1534 oleh Ignatius dari Loyola, seorang bangsawan Sepanyol yang menjadi paderi. Aliran Jesuit ini disokong oleh paus pada tahun 1540.

REFORMASI BALAS
Satu siri pengganti Paus pada separuh abad-

16 mengikut polisi reformasi balas. Pentadbiran mereka berusaha sedaya upaya untuk menolak apa sahaja amalan yang boleh menimbulkan bantahan. Menjelang akhir abad ke-16, Gereja Roma Katolik berjaya memperoleh kepercayaan lebih daripada 50 % orang ramai yang beralih ke aliran Protestan. Eropah hari ini terbahagi kepada dual aliran ini Katolik dan Protestan.

Anda mungkin juga menyukai