Anda di halaman 1dari 10

AJ32903 SEJARAH EKONOMI TANAH MELAYU 1850-1941

PENSYARAH:

PROF. MADYA DR. ABDUL RAHMAN TANG ABDULLAH

NAMA AHLI KUMPULAN

BI NAMA PELAJAR NO MATRIKS


L
1 MOHD. SHAHHIDEL BIN MUSA BA20110267
2 MOHAMAD FADLI BIN FADIL BA20110762
3 MUHAMMAD FIRDAUS BIN JOHARI BA20110159

SOALAN 3:

Hubung kaitkan amalan dan kesan komersialisme/kapitalisme terhadap


kegiatan pertanian dan perladangan komersial di Tanah Melayu dengan rujukan
kepada peralihan daripada keperluan domestik kepada orientasi ekspot pada
akhir abad ke-19 dan pertengahan pertama abad ke-
1.1 Pengenalan

Pertanian merupakan salah satu sektor yang penting bagi menjana ekonomi di Tanah
Melayu. Ini disebabkan, sektor pertanian adalah sumber yang meliputi keperluan makanan
harian dan juga menyumbang kepada ekonomi di Tanah Melayu sejak dulu lagi. Sejarawan
berpendapat bahawa kegiatan pertanian di Tanah Melayu pada awalnya adalah bersifat jenis
sara hidup yang mudah,1 yang berasaskan penanaman padi dan kegiatan perikanan.
Walaupun sebahagian besar pensejarahan menyatakan bahawa aktiviti ekonomi di Tanah
Melayu bersifat sara diri terutamanya dalam sektor pertanian, namun masih terdapat
'surplus' atau lebihan hasil daripada pertanian tersebut. Keadaan ini dapat dilihat apabila
terdapat 'sistem barter' yang diamalkan untuk mendapatkan keperluan lain. Ekonomi di
Tanah Melayu adalah bersifat separa sara diri atau "Mix Subsistence", disebabkan baki hasil
pertanian tersebut akan dijual atau ditukarkan kepada barangan yang tidak dapat mereka
hasilkan.2

Kedatangan kuasa barat telah menyebabkan perubahan terhadap ekonomi di Tanah


Melayu khususnya dalam sektor pertanian pada abad ke-19. Justeru ini menandakan
bahawa Tanah Melayu telah masuk ke dalam sistem kapitalisme yang membawa perubahan
terhadap aktiviti pertanian. Perubahan ini juga telah menjadikan Tanah Melayu sebagai
pembekal kepada pemodal-pemodal luar dalam sektor pertanian. Proses perubahan ekonomi
ini merujuk kepada proses tranformasi ekonomi yang bersifat tradisional kepada orientasi
ekonomi moden berdasarkan kepada komersialisme. 3 Unsur utama dalam konteks
perubahan ekonomi adalah penghasilan 'surplus' atau lebihan hasil pertanian yang
dimanifestasikan sebagai ekonomi wang.4

Oleh demikian, proses tranformasi ekonomi komersialisme ini telah menyumbang


kepada perubahan dalam kegiatan pertanian yang didasari oleh amalan kapitalisme yang
telah diterapkan di Tanah Melayu. Tambahan pula, perubahan yang dianggap oleh
sejarawan apabila kegiatan pertanian tersebut tidak hanya menanam tanaman yang bersifat
makanan, namun bersifat separa makanan ataupun bukan makanan yang bertujuan untuk
di pasarkan. Justeru, kegiatan pertanian yang bersifat keperluan domestik telah berubah
kepada orientasi ekspot menjelang akhir abad ke-19 dan pertengahan pertama abad ke-20.
1
Surya Awang, Dasar-dasar Ekonomi British di Tanah Melayu Sejak 1819-1957 , Tesis Sarjana Muda Sejarah,
Jabatan Sejarah: Universiti Kebangsaan Malaysia, 2002, hlm 121.
2
John W. Gullick. Malay Society in the Late Nineteeth Century . Singapore: Oxford University Press. 1989. hlm
59- 70.
3
Douglass C North, Understanding the Process of Economic Change . Princeton dan Oxford: Princeton University
Press, 2005. hlm 67.
4
A Rahman Tang Abdullah, ’Economic Change and Transition of Malay Society In Malaya In Late Nineteenth
and Early Twentieth Centuries’, Jurnal Sejarah, 20, 2017, 71-95.

1
Oleh itu, amalan kapitalisme telah membawa kesan terhadap kegiatan pertanian dan
perladangan komersial serta mengubah dinamika ekonomi di Tanah Melayu.

2.1 Ekonomi Wang

Ekonomi wang di Tanah Melayu telah berkembang pada pertengahan kedua abad ke-19.
Perkembangan ini berkait dengan amalan kapitalisme yang dijalankan di Tanah Melayu
ketika itu. Amalan ekonomi wang di Tanah Melayu sebenarnya telah lama di amalkan sejak
dahulu. Orang Melayu memahami sistem kewangan yang sedia ada sebelum kedatangan
British. Contoh mata wang yang digunakan adalah kupang, pitis dan jokoh. Mata wang ini
telah terkenal sejak abad ke-19 dalam kalangan rakyat biasa walaupun mereka tidak
berpeluang untuk memilikinya. 5 Disebabkan amalan penggunaan sistem ekonomi wang yang
berkembang selari dengan era kolonial British, masyarakat di Tanah melayu mula beralih
kepada ekonomi berkonsepkan kapitalisme.

Amalan kapitalisme yang merujuk kepada menghasilkan surplus untuk ditukar


dengan mata wang selari dengan kriteria amalan kapitalisme. Surplus yang dimaksudkan
adalah penghasilan hasil tanaman-tanaman dengan kuantiti yang banyak dan akan
ditukarkan kepada mata wang. Walau bagaimanapun, disebabkan rakyat biasa kurang
mempunyai peluang untuk memegang wang. Perkara ini disebabkan hanya golongan atasan
yang mempunyai modal untuk melakukan urus niaga dengan mata wang. Golongan atasan
mempunyai modal mendorong pedagang-pedagang luar untuk menjalinkan hubungan
perdagangan dengan mereka.6 Maka, kesan yang boleh dilihat mewakili kesan positif dan
negatif. Kesan positif iaitu peluasan penggunaan wang manakala kesan negatif iaitu
penggunaan wang yang terhad pada golongan atasan Melayu.

Seterusnya, ekonomi wang yang menjadi amalan kapitalisme ini dapat dilihat
kesannya dalam perladangan getah. Perladangan getah telah bermula sejak 1877 di Tanah
Melayu. Ekonomi wang menjadikan perladangan getah berkembang pesat. Getah dihasilkan
dengan banyak dan digunakan di peringkat domestik. Penggunaan ekonomi wang dalam
penghasilan komoditi getah boleh dilihat kepada penjualan tanah untuk penanaman getah.
Sebagai mana yang dilakukan oleh pemilik getah di Melaka yang berbangsa Cina dan
Syarikat Tapioca yang menjual seluas 4300 ekar dan 6000 ekar tanah di hutan kepada
London-regsitered Malacca Rubber Plantations Ltd dengan nilai 225,000 pound sterling.7

5
A. Rahman Tang Abdullah, Transisi Ekonomi dalam Masyarakat Melayu: Ekonomi Wang Permulaan Kapitalisme
di Tanah Melayu, Jurnal Kinabalu, 21, 2018, 97-125. hlm. 101.
6
Ibid. hlm 102.
7
John H. Drabble, Investment in the Rubber Industry in Malaya C. 1900-1922, Journal of Southeast Asian
Studies, 3, 1972, 247-261. hlm. 253.

2
Manfaat daripada ekonomi wang ini menunjukkan terdapat kesan daripada amalan kapitalis
ini.

3.1 Pemilikan Tanah

Amalan kapitalisme di Tanah Melayu juga berkait dengan amalan pemilikan tanah. Pemilikan
tanah ini telah menjadikan pertanian dan perladangan berkembang. Pemilikan tanah semasa
pada era kolonial British telah menggalakkan perkembangan pemilikan tanah dengan
menyuntik dana.8 Peranan kolonial British dalam hal ini telah meninggalkan kesan kepada
pertanian dan perladangan di Tanah Melayu ketika itu. Dengan bermatlamatkan pertanian,
pemilikan tanah telah diinovasikan. Pembaharuan ini dilihat kepada masyarakat tani di
Tanah Melayu yang tidak boleh dipisahkan dengan pasaran global. Masyarakat tani yang
sebelum ini terikat dengan pemilikan tanah secara tradisional telah berubah menjadi
masyarakat tani dibawah pengaruh penghasilan komoditi. 9 Daripada ini dapat dilihat amalan
dan kesan kapitalisme kepada pertanian dan perladangan dalam konteks pemilikan tanah.

4.1 Komoditi Baru

Sistem kapitalisme yang diamalkan oleh British di Tanah Melayu telah membawa kepada
pengenalan beberapa jenis komoditi baru dalam bidang pertanian masyarakat tempatan di
Tanah Melayu. Pengenalan komoditi baru yang wujud di Tanah Melayu adalah berikutan
daripada kerugian besar yang dihadapi oleh pemodal Eropah sewaktu berlakunya kejatuhan
harga kopi dan masalah bencana alam yang berlaku di Brazil. 10Getah telah diperkenalkan
oleh British di Tanah Melayu pada awal abad ke-20. Jenis getah yang telah dibawa masuk di
Tanah Melayu pada ketika itu adalah Getah Para atau nama saintifiknya adalah Hevea
Brasiliensis yang berasal daripada Brazil. 11

Pegawai British di Tanah Melayu pada ketika itu iaitu H.N Ridley telah memberikan
kempen kesedaran mengenai kepentingan menanam pokok getah dan memperkenalkan
sistem Ibedem yang merupakan teknik menoreh pokok getah di Tanah Melayu. Abad ke-19
adalah zaman kemuncak dalam perkembangan industri getah yang memberikan keuntungan
yang sangat besar kepada British. Perkara ini juga telah membawa masuk banyak syarikat

8
Jomo Kwame, Sundaran, Colonial Land Law, Property Rights and Malay Peasant Inequalities: Ungku Aziz on
Land Subdivision and its Consequneces, Institutions and Economies, 7, 2015, 20-38, hlm. 24.
9
Ibid., hlm. 29.
10
Nor Hasrinah Mohd Sahi & Khairi Ariffin, Komoditi Getah di Negeri-Negeri Melayu Bersekutu (NNMB),
1900-1941. Perspektif: Jurnal Sains Sosial Dan Kemanusiaan, 12, 2020, 1-10.
11
Jin Bee Ooi, Bumi, Pendudok Dan Ekonomi Di Tanah Melayu , Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka,
1968. Hlm. 59.

3
pelabur daripada Eropah dan setiap syarikat ini telah menyalurkan modal serta terlibat
dalam eksport dan import dalam perdagangan getah di Tanah Melayu pada ketika itu. 12

Dalam tempoh waktu ini, kebanyakan permohonan tanah adalah bertujuan bagi
menanam getah tetapi buat kali pertamanya permohonan tanah bagi penanaman kelapa
sawit secara besar-besaran telah dilakukan oleh syarikat Elaeis Guniess Ltd, pada tahun
1919.13 Kejatuhan harga yang berlaku pada komoditi getah telah menjurus kepada
berlakunya perkembangan keluasan dalam sektor penanaman komoditi baru kelapa sawit.
Bagi menggalakkan penanaman kelapa sawit di Tanah Melayu, Pentadbiran Kolonial tidak
mengenakan cukai eksport.

Selain daripada pengenalan penanaman kelapa sawit di Tanah Melayu, nenas juga
merupakan tanaman baru yang diusahakan secara besar-besaran. Pada tahun 1924, tanah
yang ditanam dengan nenas setakat di negeri Johor adalah seluas 10,000 ekar dan telah
meningkat kepada 35,000 ekar pada tahun 1928. Pada tahun 1919 sebanyak empat buah
kilang nenas telah memulakan operasi mereka dan meningkat kepada 11 buah kilang pada
tahun 1928.14

5.1 Tujuan Pengeluaran

Sistem kapitalis-kolonialisme adalah merupakan titik perubahan kepada sejarah di


Tanah Melayu yang memperlihatkan setiap negeri-negeri di Tanah Melayu menjadi
pembekal bahan mentah antarabangsa kepada Eropah dan British. Tujuan pengeluaran di
Tanah Melayu dapat dilihat dalam dua konteks yang berbeza iaitu sebelum dan selepas
kedatangan Kolonial British di Tanah Melayu. Tujuan pengeluaran masyarakat sebelum
kedatangan British di Tanah Melayu adalah lebih bersifat untuk menyara kehidupan harian
sahaja namun eksport juga turut berlaku apabila terdapatnya Surplus ataupun lebihan hasil
daripada pertanian.

Dalam sektor pertanian, masyarakat Melayu mengusahakan tanaman padi huma dan
sawah. Tanah huma adalah melibatkan pembersihan hutan bagi satu atau dua musim
tanaman padi dan selepas beberapa kali digunakan tanah tersebut dibiarkan kembali
menjadi hutan. Manakala tanaman sawah atau bendang melibatkan tanaman padi, sayur-
sayuran dan buah-buahan.15 Hasil pengeluaran daripada penanaman padi memberikan

12
Parameswaran Radhakrishnan, The Role of Rubber in The West Malaysian Economy . Tesis Doktor Falsafah,
California: Stanford University, 1974. Hlm 56.
13
Sugimoto, I, Pentadbiran Kewangan Kolonial Johor (Mekanisma Pentadbiran Kewangan Kolonial Dalam
Ekonomi Johor 1914-1928), Penerbit: Universiti Malaya, 2011. Hlm 52
14
Ibid., hlm. 72.

4
pulangan yang sangat baik kepada masyarakat Melayu dan pengeluaran ini bukan sahaja
mencukupi keperluan setempat tetapi lebihan yang diperoleh telah dieksport ke Singapura. 16

Namun begitu, kedatangan Kolonial British di Tanah Melayu telah menyebabkan


tujuan pengeluaran di Tanah Melayu telah mengalami peralihan. Bagi menguasai dan
mengeksploitasi sumber-sumber ekonomi semaksimum mungkin, Kolonial British telah
mengasaskan kapitalisme moden di Tanah Melayu. 17 Dalam sistem ini, pihak Kolonial British
telah memperkenalkan bidang-bidang ekonomi yang baru seperti perusahaan getah dan
kelapa sawit dalam bidang pertanian dan biji timah dan arang batu dalam aktiviti
perlombongan. Penanaman tanaman komoditi di Tanah Melayu pada ketika ini adalah
bertujuan untuk dijadikan sebagai jualan dan dagangan secara eksport kepada negara-
negara yang terdapat di Eropah.18

6.1 Ultilisasi Buruh Dalam Sektor Pertanian

Tranformasi ekonomi domestik kepada orientasi ekspot adalah disebabkan oleh amalan
kapitalisme iaitu ultilisasi atau memanfaatkan sepenuhnya tenaga buruh. Tenaga buruh
dianggap sebagai sumber bukan kewangan yang dapat menghasilkan wang. 19 Oleh
demikian, pada akhir abad ke-19, konsep guna tenaga buruh berubah apabila melibatkan
nilai kewangan. Tambahan pula, ini merujuk kepada proses penentuan perkhidmatan dalam
bentuk wang.20

Pemanfaatan sepenuhnya tenaga buruh dalam bidang pertanian dan perladangan.


Utilisasi tenaga buruh menyebabkan perubahan terhadap pertanian penanaman padi. Pada
awalnya, penanaman padi bersifat sara diri kerana tenaga buruh yang digunakan hanya
sendiri atau keluarga sahaja. Ini disebabkan, penanaman padi hanya berskala kecil untuk
keperluan makanan sekeluarga. Namun, British telah memperkenalkan teknik penanaman
padi sawah menyebabkan padi dapat dituai dua kali setahun. Pertanian sawah padi secara
komersial dijalankan di Kedah. Ini disebabkan Kedah mempunyai tanah yang subur dan
mereka buruh mahir dalam menanam padi pengaruh daripada Siam. Bukti penanaman padi

15
Rosliha Muhammad, Kesan Kolonialisme Ke Atas Peradaban Melayu: Rujukan Khas Kepada Kuasa Penjajah
British. Penerbit: Universiti Malaya, 2000, hlm. 64.
16
Ibid., hlm. 65.
17
Ibid., hlm. 67.
18
Ibid., hlm. 70.
19
A Rahman Tang Abdullah, Mohd Suhaimi Esa & Mohammad Haziq Ikhsan Moh Raudzainoor, Aspek
Perburuhan dan Permodalan dalam Ekonomi Melayu: Persoalan Dominasi Ekonomi Komuniti
Imigran Zaman Permulaan Kapitalisme, MANU: Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, 26, 2017, 123-
151.
20
Fine & Saad-Filho Alfredo (Pnyt.), ‘The Elgar companion to Marxist economics. Cheltenham dan Massachusetts:
Edward Elgar Publishing Limited’. John M. Gullick 1991. Malay Society in The Late Nineteenth Century:
The Beginnings of Change. Singapura: Oxford University Press, 2012, hlm 98.

5
ini dikomersialkan apabila beras telah dibekalkan ke Pulau Pinang sebanyak 2000 koyan
beras dan negeri-negeri yang tidak menghasilkan surplus yang banyak.

Selain itu, terdapat juga skim pinjaman kredit yang diperuntukan untuk penanaman
padi. Bantuan kredit pertanian ini, diperuntukan untuk petani melalui skim pinjaman yang
dibuat oleh kerajaan.21 Skim pinjaman dapat memajukan tanaman yang sedia ada
terutamannya untuk penanaman padi. Hal ini disebabkan, padi merupakan tanaman ruji dan
penting di Tanah Melayu.22 Oleh itu, sebanyak 90 peratus daripada $119,356 hanya
diperuntukkan untuk tanaman padi. Keadaan ini memperlihatkan kesan daripada amalan
kapitalis menyebabkan penanaman padi yang bersifat sara telah bertukar kepada komersial,
walaupun hasil padi tersebut hanya dipasaran secara ‘internal’.

Selain itu, utilisasi buruh telah menyebabkan perubahan terhadap pertanian, dimana
tenaga buruh digunakan untuk pertanian lada hitam dan gambir. Pada abad ke-19,
penanaman lada hitam dan gambir di Johor mempunyai sistem Kangcu dan Reveneu Farm
merupakan tanaman ekport yang paling menguntungkan. Lada hitam digunakan sebagai
untuk bahan masak manakala gambir pula digunakan sebagai pencelupan atau pewarna.
Justeru itu, buruh digunakan sepenuhnya dalam penanaman lada hitam dan gambir kerana
penanaman ini dilakukan dengan skala yang besar apabila pemodal luar mendapat konsesi
tanah daripada Sultan. Namun, lada hitam dan gambir pada awal abad ke-20 mengalami
kejatuhan kerana permintaan berkurangan. Justeru, tenaga buruh digunakan secara
maksimum bagi menghasilkan surplus yang lebih banyak untuk dipasaran secara 'internal'
malahan untuk memenuhi permintaan pasaran dunia.

7.1 Perkembangan Dan Penerusan Jenis Tanaman Sedia Ada

Amalan kapitalis telah memberi kesan kepada jenis tanaman yang sedia ada, dimana
tanaman seperti pinang, kelapa, ubi kayu dan keladi diteruskan dan dikembangkan. Jenis
tanaman ini sememangnya sudah ada di Tanah Melayu dan ditanam secara kebun kecil di
Kawasan Pantai Barat contohnya di Muar dan Kukup. Tanaman ini pada awalnya hanya
sebagai keperluan domestik. Namun pada abad ke-19 tanaman-tanaman ini telah dieksport
ke luar disebabkan perubahan fungsi tanaman itu sendiri. Tambahan pula, perkembangan
jenis tanaman ini adalah disebabkan inovasi baru dalam kegiatan pertanian dengan
menghasilkan barangan separa makanan atau barangan bukan makanan seperti pembuatan
21
Abdullah Azmi Khalid, ‘Ekonomi Melayu Kurun ke-19: Sara Diri atau Komersil? dlm. Badriyah Haji Salleh & Tan
Liok Ee (pnyt.), Alam Pensejarahan: Dari Pelbagai Perspektif, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka, 1996, hlm. 226.
22
Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman. Sejarah Perkembangan Ekonomi Semenanjung Tanah Melayu
dan Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu Era Pra- Kolonial, International Journal of the Malay World
and Civilisation, 3, 2015, 95-119. Hlm 111.

6
sagu daripada ubi kayu, sagu diproses untuk mendapat kanji manakala kelapa diproses
menjadi minyak kelapa menyebabkan tanaman ini semakin menguntungkan.

Selain itu, terdapat skim pinjaman telah membantu para petani dalam
mengembangkan pertanian seperti kelapa dan ubi kayu iaitu 10% daripada $119,356
diluluskan. Amalan pinjaman kredit ini telah meningkatkan surplus yang banyak dan
seterusnya dapat diekspot ke luar. Penanaman ubi kayu khususnya di Kedah telah
berkekalan sehingga 1899 dan seterusnya mengalami kemerosotan akibat daripada
kemunculan tanaman baru seperti getah dan sawit. 23 Namun, penanaman kelapa
menunjukkan pertambahan jumlah nilai dari $1,450000 pada tahun 1912 kepada $2,062400
pada tahun 1913. Tanaman pinang pula memperlihatkan sedikit penurunan pada tahun
1912 iaitu $1600000 kepada $1458000 pada tahun 1913. Oleh itu, kita dapat lihat bahawa
kemudahan pinjaman kredit dan perubahan fungsi tanaman itu menyebabkan peningkatan
penghasilan jenis tanaman yang sedia ada di Tanah Melayu pada ketika itu untuk tujuan
eksport demi mendapatkan keuntungan.

8.1 Kesimpulan

Secara keseluruhan, dapat disimpulkan bahawa pengenalan sistem ekonomi kapitalisme di


Tanah Melayu telah membawa kepada perubahan yang sangat ketara dalam aspek ekonomi.
Kapitalisme yang diamalkan telah memberikan kesan terhadap ekonomi masyarakat Melayu
yang mana telah mengalami peralihan daripada bersifat tradisional kepada ekonomi moden.
Pengamalan sistem kapitalisme moden ini juga telah menjadi pemacu kepada transformasi
ekonomi masyarakat di Tanah Melayu pada ketika itu. Namun begitu, di sebalik berlakunya
transformasi ekonomi di Tanah Melayu, pihak Kolonial British hanya ingin mengaut segala
keuntungan sumber ekonomi bagi kepentingan sendiri dan setiap usaha yang dilakukan
adalah demi mengaut keuntungan semata-mata.

Rujukan

23
Mohd Kasturi Nor bin Abd Aziz, ‘Warisan Kesultanan Melayu: Surat-Menyurat Sultan Abdul Hamid dan Ekonomi
Kedah’, International Journal of the Malay World and Civilisation, 29, 2011, hlm. 53.

7
Abdullah Azmi Khalid. 1996. ‘Ekonomi Melayu Kurun ke-19: Sara Diri atau Komersil?’ dlm.
Badriyah Haji Salleh & Tan LiokEe (pnyt.), Alam Pensejarahan: Dari Pelbagai
Perspektif, Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

A Rahman Tang Abdullah. ‘Transisi Ekonomi dalam Masyarakat Melayu: Ekonomi Wang
Permulaan Kapitalisme di Tanah Melayu’. Jurnal Kinabalu, 21, 2018, 97-125.

A Rahman Tang Abdullah. 2017. Economic Change and Transition Of Malay Society In
Malaya In Late Nineteenth and Early Twentieth Centuries. Jurnal Sejarah, 20, 71-95.

A Rahman Tang Abdullah, Mohd Suhaimi Esa & Mohammad Haziq Ikhsan Moh Raudzainoor.
2017. ‘Aspek Perburuhan dan Permodalan dalam Ekonomi Melayu: Persoalan
Dominasi Ekonomi Komuniti Imigran Zaman Permulaan Kapitalisme’. MANU:
Jurnal Pusat Penataran Ilmu dan Bahasa, 26, 123-151.

John H. Drabble. 1972. ‘Investment in the Rubber Industry in Malaya C. 1900-1922’. Journal
of Southeast Asian Studies, 3, 247-261.

Fine & Saad-Filho Alfredo. 2012.‘The Elgar Companion to Marxist Economics.


Cheltenham dan Massachusetts: Edward Elgar Publishing Limited’. Dalam Gullick,
J.M. 1991. Malay Society in The Late Nineteenth Century: The Beginnings of
Change. Singapura: Oxford University Press.

Jin Bee Ooi. 1968. Bumi, pendudok dan ekonomi di Tanah Melayu . Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

John W. Gullick. 1989. Malay Society in the Late Nineteeth Century . Singapore: Oxford
University Press.

Jomo Kwame Sundaran. 2015. ‘Colonial Land Law, Property Rights and Malay Peasant
Inequalities: Ungku Aziz on Land Subdivision and its Consequneces’. Institutions and
Economies, 7, 20-38

Mohd Azlan Abdullah, Rosmiza Mohd Zainol, Rosniza Aznie Che Rose, Amriah Buang. 2009.
‘Mengungkap Kelestarian Pertanian Kecil Melayu pada Zaman Penjajahan British’.
Malaysian Journal of Society and Space, 5, 76-87.

Mohd Kasturi Nor bin Abd Aziz. 2011. ‘Warisan Kesultanan Melayu: Surat-Menyurat Sultan
Abdul Hamid dan Ekonomi Kedah’. International Journal of the Malay World and
Civilisation, 29. 45-66.

8
Nor Hasrinah Mohd Sahi & Khairi Ariffin, 2020. ‘Komoditi Getah di Negeri-Negeri Melayu
Bersekutu (NNMB), 1900-1941’. Perspektif: Jurnal Sains Sosial Dan
Kemanusiaan, 12, 1-10.

Paramaswaran Radhakrishnan. 1974. The Role of rubber in the West Malaysian economy .
Tesis Doktor Falsafah. California: Stanford University.

Rosliha Muhammad. 2000. Kesan Kolonialisme Ke Atas Peradaban Melayu: Rujukan


Khas Kepada Kuasa Penjajah British. Penerbit: Universiti Malaya

Sugimoto, I. 2011. Pentadbiran Kewangan Kolonial Johor (Mekanisma Pentadbiran


Kewangan Kolonial Dalam Ekonomi Johor 1914-1928) . Penerbit: Universiti
Malaya.

Surya Awang. 2002. Dasar-dasar Ekonomi British di Tanah Melayu Sejak 1819-1957 . Tesis
Sarjana Muda Sejarah, Jabatan Sejarah: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Uqbah Iqbal, Nordin Hussin & Ahmad Ali Seman. 2015. ‘Sejarah Perkembangan Ekonomi
Semenanjung Tanah Melayu dan Sifat Ekonomi Masyarakat Melayu Era Pra-Kolonial’.
International Journal of the Malay World and Civilisation, 3 , 95-119.

Anda mungkin juga menyukai