Anda di halaman 1dari 3

1.

0 PENGENALAN

Shauki Dhaif (2012) ada menyatakan bahawa kesusasteraan Arab bermula di


Semenanjung Tanah Arab khususnya di Mekkah. 1 Menurut Khalifah (1993) kesusasteraan Arab
muncul di Semenanjung Tanah Arab yang berfokuskan beberapa tempat. Pada hakikatnya,
Jones (2011) menyatakan penurunan Al-Quran di Tanah Arab itu bermulanya kemunculan
kesusasteraan Arab yang tinggi.2 Khalifah (1993) menyebutkan bahawa sastera Arab muncul
dari beberapa tempat Semenanjung Arab iaitu; nama yang dikenali sebagai sebahagian besar
Asia Barat yang dibatasi oleh utara Syam, selatan oleh Lautan Hindi, dari timur Teluk Parsi, dari
barat Laut Merah. Pada waktu tersebut Semenanjung Arab dibahagikan kepada lima bahagian,
bermula pada Pergunungan dari selatan ke utara. Semenanjung Arab pada hakikatnya
terbahagi kepada beberapa bahagian; iaitu kawasan yang cenderung ke arah pantai Laut Merah
yang disebut Ghor atau Tuhama ianya juga disebut sebagai Al-Hijaz.

Dalam tradisi keilmuan Islam, ilmu sejarah dianggap sebagai salah satu daripada ilmu-
ilmu keagamaan (‘ulum an-naqliyyah) kerana pada awalnya ia berkaitan erat dengan ilmu
hadis. Namun setelah tradisi tulisan berkembang dan ilmu sejarah telah mapan, maka riwayat
yang bersifat autoritatif dinilai semula sebagai sebahagian daripada agama, dan tidak lagi
dianggap memadai untuk menyampaikan fakta sejarah kerana ia tidak mampu menampilkan
seluruh sisi fakta secara utuh akibat keterbatasan kemampuan hafalan manusia. Dengan
demikian, muncul perkembangan baru pada penulisan sejarah kerana sejarah mulai terpisah
daripada metode ilmu hadis yang mana lebih luas metodologinya, dan berkembang sehingga
menjadi suatu bidang yang tersendiri.3

Ilmu dalam kesusasteraan Arab tidak akan dapat dipisahkan daripada konsep Al-Adab.
Hal ini kerana pengertian awal al-adab pada awalnya lebih kepada merujuk Soal akhlak mulia
yang kemudiannya mendasari pemahaman tentang kesusasteraan. Oleh itu, menerusi topik ini
akan dibincangkan dengan teliti beberapa takrifan berkaitan al-adab dan perkaitannya dengan
historiografi dalam sejarah.

2.0 KESUSASTERAAN ARAB


1
Shauki Dhaif (2012). Tarikh Al-Adab Al-Arabi1. Darul Maarif. Kornish An-Nil. Al-Kaherah.
Mesir
2
Jones, Alan (2011). "Foreword". In Rodwell, J. M.The Koran. The Orion Publishing Group
Ltd.
3
Yusri Abdul Ghani Abdullah (2004), Historiografi Islam dari Klasik hingga Moden, Jakarta : PT Raja Grafindo
Persada, h. 3.
Selepas kemunculan Islam perkataan al-adab telah membawa maksud yang lebih jelas
iaitu menjurus kepada pendidikan (al-WD·OLP). Aspek ini memfokuskan kepada pendidikan
dalaman yang mendorong diri untuk memiliki sifat2 terpuji dan mulia. Konsep pemurnian akidah
juga diterapkan dalam sastera agar ia selari dengan kehendak Islam. Shawqi Dayf dalam
kitabnya Tarikh al-Adab al-Arabi, Asr al-Jahili turut menjelaskan cabang-cabang ilmu yang
menjadi keutamaan para khalifah untuk diajarkan kepada anak-anak mereka. Ini termasuk ilmu
kepenyairan itu sendiri, sejarahArab, ilmu nasab keturunan serta ilmu berkaitan
peristiwaperistiwa penting pada zaman Jahiliyah dan permulaan Islam terutama yang berrkaitan
dengan peristiwa perang.

Zaman Abbasiyah dikenali sebagai Zaman Keemasan bagi kesusasteraan Arab ditambah
lagi dengan perkembangan disiplin ilmu yang menjadi keutamaan masyarakat pada ketika itu.
KesusasteraanArab berkembang dengan meluas sama ada dalam bidang puisi mahupun prosa.
Tidak didapati dengan jelas penggunaan perkataan al-adab dalam syair-syair zaman Abbasiyah,
namun dari segi aplikasinya, para penyair zaman ini lebih jelas menekankan maksud al-adab itu
sendiri dalam syair-syair mereka. Bait-bait syair mereka penuh dengan makna yang tinggi
sesuai bagi menggambarkan maksud al-adab itu sendiri iaitu menjurus kepada akhlak dan
pendidikan.4

Justeru timbul tajuk tajuk baru dalam dunia sastera zaman ini khususnya dalam bidang
puisi seperti syair zuhud Sebenarnya syair jenis ini amat penting dalam mendidik masyarakat
untuk mengimbangi tuntutan dunia dan akhirat Memang tidak dapat dinafikan munculnya syair
jenis ini adalah sebagai inisiatif golongan Sufi yang berusaha untuk mengasingkan diri daripada
keadaan zaman Abbasiyah yang agak kucar kacir dari sudut moral dan peradabannya.

Pada zaman Umayyah al-adab tiada kaitan dengan agama langsung ia hanya memberi
pengertian syair dan perkhabaran yang berkaitan dengannya Pada zaman Abbasiyah prosa Arab
serta seni kritikan sastera turut dimaksudkan sebagai al adab Keadaan ini disebabkan oleh
beberapa faktor seperti perluasan bidang penulisan dan bertambahnya golongan intelektual
dalam permikiran masyarakat Arab pada ketika itu Daripada pengertian ini beliau melihat
bahawa al adab pada kurun ke 2 ke 3 dan ke 4 Hijrah hanya memberi maksud puisi dan prosa
serta yang berkaitan dengan keduanya sama ada berkaitan dengan tafsiran mahupun kritikan.

4
Berbangsa parsi. Namanya Ruzbeh bin Dazeuh. (al-bayan Wa al-Tabyin Jld. 1/1150)

Anda mungkin juga menyukai