Anda di halaman 1dari 32

Kuliah 3

PERKEMBANGAN
KESUSASTERAAN PADA ZAMAN
KEBUDAYAAN PESISIR
Kandungan
 Pengenalan/Konsep/Senario Zaman
Kebudayaan Pesisir
 Pembentukan Kesusasteraan Melayu
 Genre-genre Kesusasteraan Melayu
pada Zaman Kebudayaan Pesisir
 Perluasan Kebudayaan Zaman Pesisir
Pengenalan/Konsep/Senario
Zaman Kebudayaan Pesisir
 Zaman kebudayaan pesisir merujuk kepada
zaman perluasan dan penyebaran
kebudayaan Islam di seluruh Nusantara,
terutamanya pada abad ke 14 – 15 Masihi
dan berlangsung hingga ke abad 17 Masihi.
 Islam sampai ke Nusantara melalui beberapa
cara seperti melalui kegiatan perdagangan,
kegiatan dakwah, dan hubungan diplomatik
dengan kerajaan Arab, Parsi dan kerajaan
Islam di India Utara
1.1 Pengenalan/Konsep/Senario
Zaman Kebudayaan Pesisir
 Kedatangan Islam membawa konsepsi baharu
terhadap seluruh pemikiran dan aspek
kehidupan masyarakat sama ada dalam
bidang politik, sosial dan juga kebudayaan
dan kesenian, termasuklah bidang
kesusasteraan.
 Pada peringkat awal bahasa Melayu kuno
berperanan penting dalam penyebaran
kebudayaan dan kesenian Islam ke alam
Melayu.
1.1 Pengenalan/Konsep/Senario
Zaman Kebudayaan Pesisir
 Buktinya dapat dilihat pada batu nisan yang
dijumpai di Minye Tujuh pada 1380 Masihi
yang memuatkan doa kepada Allah.
 Kemudian pada peringkat yang kemudiannya,
bahasa Melayu yang menggunakan huruf
Arab/Parsi atau tulisan Jawi mula mengambil
alih peranan bahasa Melayu kuno dalam
penyebaran kebudayaan dan kesenian Islam.
1.1 Pengenalan/Konsep/Senario
Zaman Kebudayaan Pesisir
 Tulisan Jawi mengupas dan memperkenalkan
karya-karya keagamaan yang pada asalnya
berbahasa Parsi atau Arab yang menceritakan
kehidupan Nabi Muhammad s.a.w, kaum
kerabat, dan lain-lain kepada bangsa di
Nusantara, seiring dengan bahasa Melayu
lisan yang menjadi lingua franca dan bahasa
dakwah di kepulauan ini.
1.2 Pembentukan
Kesusasteraan Melayu
 Sastera Melayu yang terbentuk daripada
proses perkembangan kebudayaan Islam
bolehlah dikatakan bersifat dwifungsi.
 Pertama, sastera melayani sesuatu bangsa
atau etnik yang bahasa asalnya bahasa
Melayu, iaitu meliputi wilayah pesisir
Semenanjung, Sumatera, Kalimantan dengan
adat resamnya Melayu asli dan agama Islam.
Antara sumber sastera Melayu sebagai
sastera etnik ialah sastera lisan seperti mitos,
epik, lagenda dan pelbagai btk puisi rakyat.
1.2 Pembentukan
Kesusasteraan Melayu
 Kedua, sastera Melayu yang
berpenanan sebagai perantara yang
memperkenalkan bangsa Melayu dan
bangsa Nusantara yang lain dengan
khazanah kesusasteraan Islam seperti
sastera kitab, sastera hikayat, dan lain-
lain yang tersebar luas hingga ke
Filipina dan mencabar kesusasteraan
Jawa dengan corak kekunoannya.
1.3 Genre-genre Sastera
Zaman Kebudayaan Pesisir
 Pada zaman kebudayaan pesisir ini telah
muncul genre-genre yang lebih kompleks dari
segi perkembangan bentuk, tema, serta
peranan dan fungsinya berbanding zaman
kuno dan zaman Majapahit.
 Selain sastera lisan seperti cerita mitos,
lagenda, dan pelbagai bentuk puisi rakyat
yang lain, telah muncul sastera tulisan
dengan bentuk yang lebih kompleks.
1.3 Genre-genre Sastera
Zaman Kebudayaan Pesisir
 Antara genre tersebut termasuklah:
 Sastera Kitab
 Sastera Undang-undang dan
Ketatanegaraan
 Sastera Hikayat
 Syair
 Sastera Sejarah
 Sastera Epik
1.3.1 Sastera Kitab
 Sastera kitab ialah genre kesusasteraan
Melayu yang berbentuk prosa;
memaparkan ilmu kalam, ilmu fikah,
dan ilmu tasawuf.
 Kebanyakan kitab itu merupakan
terjemahan atau kupasan daripada
tulisan berbahasa Arab dan Parsi dalam
bahasa Melayu.
1.3.1 Sastera Kitab
 Salah seorang penulis sastera kitab yang
terkenal ialah Hamzah Fansuri yang muncul
pada zaman kesultanan Acheh. Beliau lahir di
Barus, (Sumatera Utara) pada abad ke-16
Masihi.
 Hamzah Fansuri lebih tertarik dengan ajaran
tasawuf beraliran wujudiah, tetapi tidak
sefahaman dengan ajaran tasawuf setempat
sehingga menyebabkan ajarannya tidak
diterima kemudiannya.
1.3.1 Sastera Kitab
 Beliau memperjuangkan aliran tarekat
wujudiah ketika dilantik menjadi Syeikh
semasa pemerintahan Sultan Iskandar Thani
di Acheh.
 Antara karyanya yang mengupas aliran
tersebut ialah Syarab Al-Asyikin, Asrar al-
Arifin … dan al-Muntahil. Kitab-kitab ini
mengolah tulisan ahli tasawuf Arab yang
terkenal seperti Ibnu al-Arabi; Abdul Kadir
Jailani dan sebagainya; serta memaparkan
1.3.1 Sastera Kitab
 .. hal-hal penyempurnaan diri seorang sufi,
wujudnya Allah dan sifat-sifat-Nya, dan
menyanjung cinta kepada Allah.
 Hamzah Fansuri dikatakan telah mendapat
tentangan dengan kalangan atasan Bandar
Acheh, walau bagaimanapun ajarannya
dikembangkan oleh pengikutnya Shamsuddin
al-Sumaterani yang pernah menjadi syeikh
semasa zaman Sultan Iskandar Muda (1606-
1636)
1.3.1 Sastera Kitab
 Antara kitab Shamsuddin al-Sumaterani yang
terkenal ialah Mir’at al Munim yang
memperkatakan dasar agama Islam dalam
bentuk soal jawab agama. Beliau dilkatakan
banyak terpengaruh dengan teori ahli tasawuf
dari Gujerat, Muhammad ibn Fadillah al-
Burhanpuri.
 Seorang lagi penulis sastera kitab yang
terkenal pada zaman ini ialah Nuruddin al-
Raniri yang datang ke Acheh pada tahun
1637.
1.3.1 Sastera Kitab
 Nuruddin al-Raniri dikatakan pernah menjadi
mufti/kadi pada zaman Sultan Iskandar 11.
 Beliau merupakan orang kuat yang menetang
fahaman wujudiah yang dibawakan oleh
Hamzah Fansuri dan Shamsuddin al-
Sumaterani sehingga menyebabkan banyak
karya mereka dibakar.
 Beliau memperkenalkan tarekat Rifayah
dalam karyanya yang berjudul Hijrat al-Siddiq
1.3.1 Sastera Kitab
 .. li-daf al-Zindiq. Fahamannya sangat
berbeza dengan aliran wujudiyah. Baginya,
dunia dan segala sesuatu di dalamnya adalah
setakat ciptaan Tuhan dan terpisah daripada
wujud Tuhan yang sebenar-benarnya. Oleh
itu, beliau menyifatkan Hamzah Fansuri dan
Shamsuddin al-Sumaterani sebagai bidaah
yang menyeludupkan konsep persamaan
manusia dengan Tuhan.
 Seorang lagi tokoh sastera kitab yang
terkenal ialah Abdul al-Rauf Singkel.
1.3.1 Sastera Kitab
 Beliau dikatakan pengikut dan murid kepada
Nuruddin Al-Raniri yang bertanggungjawab
terhadap pembakaran karya Hamzah Fansuri.
 Antara karyanya yang terkenal ialah
Tarjuman al-Mustafid. Pendekatannya
terhadap fahaman yang dibawakan oleh
Hamzah Fansuri agak lembut berbanding
Nuruddin al-Raniri.
1.3.2 Sastera Undang-undang
dan Ketatanegaraan
 Genre ini merupakan satu jenis kesusasteraan
yang isinya berkisar tentang pemerintahan
dan pentadbiran sesebuah negara serta
undang-undang yang ditujukan khas kepada
raja-raja dan penggantinya.
 Antara karya yang terkenal ialah Taj as-
Salatin oleh Bukhari al-Jauhari yang dikarang
di Acheh.
1.3.2 Sastera Undang-undang
dan Ketatanegaraan
 Tiga bahagian pertama karya ini
membicarakan konsep tasawuf dan
selebihnya (sebahagian besar)
memperkatakan tentang pemerintahan dan
pentadbiran yang perlu difahami oleh raja-
raja
 Dikatakan buku ini mendapat pengaruh
daripada beberapa karya dari Parsi dengan
gaya bahasanya seakan-akan gaya Parsi juga.
1.3.2 Sastera Undang-undang
dan Ketatanegaraan
 Sebuah lagi karya undang-undang dan
ketatanegaraan yang terkenal ialah Bustan
as-Salatin yang ditulis oleh Nuruddin al-Raniri.
 Karya ini cenderung kepada bentuk
ensaiklopedia dan isinya berkisar tentang
panduan dan pengajaran tentang pentadiran
serta ulasan ilmu Islam sezaman (termasuk
sejarah Melaka, Pahang, dan Acheh)
1.3.2 Sastera Undang-undang
dan Ketatanegaraan
 Selain itu, karya lain ialah Undang-
undang Laut Melaka yang berkisar
tentang undang-undang syariat.
1.3.3 Sastera Hikayat
 Bentuk Sastera Hikayat ini dikatakan
menampung keperluan bacaan yang lebih
ringan dalam kalangan masyarakat ketika itu
berbanding dengan karya sastera kitab yang
agak berat.
 Sastera Hikayat dari khazanah kesusasteraan
Arab/Parsi terdiri daripada cerita mukjizat
Nabi-nabi, terutama Nabi Muhammad s.a.w,
juga para sahabat yang terdiri daripada
khalifah Yazid, dan sebagainya.
1.3.3 Sastera Hikayat
 Contohnya Hikayat Muhammad Hanifiyah
yang diterjemahkan daripada salah satu karya
Parsi yang berjudul Hekayate Mohammade
Hanafiye yang dikarang sekitar tahun 1350.
 Dari segi bentuknya, dikatakan bahawa
hikayat ini berbentuk bahasa prosa, tetapi A.
Sweeney berpendapat bahawa dalam konteks
kesusasteraan Melayu, genre ini turut
disampaikan dengan menggunakan bahasa
dan tradisi lisan.
1.3.3 Sastera Hikayat
 Pembentukan genre sastera hikayat dengan srtuktur
dan gaya Melayu khusus berlaku pada zaman
Melaka. Pada masa ini dikatakan pengarangnya
sudah mahir dan mampu menyadurkan pelbagai
cerita berdasarkan pola-pola lisan warisan mereka.
 Pada masa ini juga dikatakan bahawa sumber atau
bahan yang menjadi rujukan tidak terhad kepada
perbahanan daripada Arab dan Parsi, tetapi juga dari
sumber lisan cerita dalang Jawa/Siam; juga epik
Tamil; atau Dastan dari India Utara.
1.3.3 Sastera Hikayat
 Maka, wujudlah berbagai-bagai cerita dalam bentuk
sastera hikayat sama ada yang mempunyai pengaruh
Islam atau masih berbaur Hindu dengan pewarnaan
Islam. Contohnya, Hikayat Seri Rama (Versi
Ramayana); Hikayat Pandawa Jaya dan Hikayat Sang
Boma (daripada wayang kulit Jawa).
 Asas penceritaan sastera hikayat ialah penderitaan
seorang tokoh wira dan keluarganya atau dengan erti
kata yang lebih luas lagi penurunan jiwa manusia ke
“dunia arwah leluhur”; mungkin ditanggapi sebagai
sebuah cerita yang memberikan pengajaran, nilai, di
samping menghibur.
1.3.4 Syair
 Perkembangan syair ini dikatakan bermula pada
zaman kebudayaan pesisir walaupun dikatakan
memuncak pada abad ke-18 dan ke-19.
 Hamzah Fansuri dkitakan penciptanya. Antara syair
yang awal dikarangnya ialah Syair Sidang Fakir, Syair
Burung Pingai yang berpokok kepada ajaran tasawuf;
juga dapat digolongkan kepada syair khutbah dan
syair perlambangan (alegori) yang menggunakan
imej laut, kekasih, burung dan lain-lain sebagai
lambang Allah yang dirindui dan ditujui oleh penyair
sehingga akhirnya bersatu dengan Tuhan-Nya.
1.3.5 Sastera Sejarah
 Sastera sejarah merupakan satu genre yang dicipta
untuk menggambar sejarah dalam konteks salasilah
sesuatu bangsa atau keturunan yang besar seperti
Salasilah Kutai, Sejarah Melayu, Hikayat Raja-raja
Pasai, dan sebagainya.
 Dalam karya ini, aspek sejarahnya hanya terhad
kepada sejarah asal-usul keturunan, jurai
pemerintahan/keturunan raja yang menjadi
pemerintah dalam sesuatu bangsa, sejarah
pembukaan sesebuah negara, asal-usul
kejadian/kewujudan sesuatu tempat, dan sebagainya.
 Unsur sejarah bercampur-aduk dengan unsur sastera
seperti mitos dan lagenda.
1.3.5 Sastera Sejarah
 Sebagai contoh, dalam Sejarah Melayu
karangan Tun Seri Lanang banyak
unsur sejarah yang tertumpu kepada
sejarah asal-usul keturunan raja-raja
Melayu dan pemerintahannya daripada
Parameswara hinggalah kepada Sultan
Mahmud yang akhirnya terpaksa
berundur daripada Melaka akibat
serangan Portugis.
1.3.6 Sastera Epik
 Sastera epik ialah genre sastera yang
mengangkat tokoh/pahlawan yang
menjadi kebanggaan/kemegahan
sesuatu bangsa.
 Contohnya, dalam kesusasteraan
Melayu ialah Hikayat Hang Tuah yang
bertemakan kegagahan, kemenangan,
dan keabadian tokoh wira.
1.4 Perluasan Kebudayaan
Zaman Pesisir
 Kebudayaan Zaman Pesisir telah berkembang hingga
ke Kepulauan Jawa di beberapa kepulauan Jawa
termasuklah Bali, Sunda, dan Pulau Madura.
 Di kepulauan Jawa, khususnya di sekitar wilayah
Majapahit kesusasteraan Islam ini turut mengubah
corak dan bentuk kesusasteraan di sana sedikit demi
sedikit.
 Pengaruh kepercayaan setempat yang telah
disesuaikan dengan ajaran agama Hindu-Buddha
sebelum ini mula digantikan dengan kepercayaan
dan kebudayaan yang berteraskan Islam.
Zaman Kebudayaan Pesisir
 Perkembangan tersebut secara tidak
langsung turut membawa perubahan
dalam perkembangan kesusasteraan di
sana.

Anda mungkin juga menyukai