Anda di halaman 1dari 21

SEMINAR PEMIKIRAN ISLAM PERINGKAT KEBANGSAAN II

(PEMIKIR II)
Al-Asha`irah dan Cabaran Mutakhir

TRADISI PENULISAN KITAB SHARAH DALAM KERANGKA AQIDAH ASHAIRAH: RUJUKAN KHUSUS KEPADA KITAB-KITAB SYARAH MELAYU

Che Razi Jusoh

20-22 Julai 2010 Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya Kuala Lumpur

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

TRADISI PENULISAN KITAB SHARAH DALAM KERANGKA AQIDAH ASHAIRAH: RUJUKAN KHUSUS KEPADA KITABKITAB SYARAH MELAYU Oleh : Che Razi Jusoh ABSTRAK Umum mengetahui bahawa pendekatan tauhid al-Maturidi merupakan antara yang terawal menjengah ke alam Melayu dengan penemuan manuskrip terjemahan Melayu karya Abu Hafs Umar al-Nasafi (m.537/1142), al-Aqaid al-Nasafiyah (998/1590) pada abad ke 16 Masihi. Fakta ini diperkuatkan dengan adanya manuskrip karangan ulama tersohor abad ke 17 Masihi Sheikh Nur al-Din al-Raniri (1069/1658) yang mensyarahkan karya tersebut dalam bahasa Melayu dengan judul Durrat al-Faraid bi Sharh al-Aqaid (1040/1630). Namun, tiada ditemui karya-karya yang signifikan dalam bahasa Melayu yang mengemukakan huraian lebih lanjut terhadap aqidah alMaturidi tersebut kecuali karya-karya berbahasa Arab yang datang pada abad ke 18 dan 19 Masihi. Hal ini berbeza dengan tradisi tauhid al-Ashari yang begitu mendapat tempat di kalangan umat Melayu sehingga ke hari ini. Berdasarkan tarikh kitab syarah Melayu ke atas teks Umm al-Barahin karangan Sheikh Yusuf al-Sanusi (m. 895/1490) Syeikh Muhammad Zayn al-Ashi (Acheh) yang berjodol Bidayat alHidayah (1170/1756) didapati ia merupakan antara yang terawal membahaskan Sifat-Sifat Allah mengikut kerangka al-Ashaari. Bertitik tolak dari karangan Muhammad Zayn al-Ashi inilah lahirnya puluhan karya-karya syarah Melayu yang lain yang ditulis oleh alim ulama Melayu seperti Dawud al-Fatani, Ahmad al-Fatani, Ismail al-Fatani, Abdul Samad al-Falimbani, Azhari al-Falimbani, Zayn al-Din alSumbawi, Wan Ali Kutan al-Kalantani dan lain-lain yang mewarnai arus tawhid kerangka al-Ashari. Justeru, kertas kerja ini akan cuba mengupas tentang tradisi penulisan syarah kitab-kitab tersebut dalam mengembang dan memperkuatkan aliran al-Ashairah sehingga menapak sebagai pendekatan aqidah arus perdana selama hampir lima ratus tahun di rantau ini.

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

PENDAHULUAN Madhhab Ahl al-Sunnat wa al-Jamah1 telah diterima pakai sebagai pendekatan arus perdana oleh umat Islam di dunia Melayu semenjak ratusan tahun dahulu. Biarpun ada sesetengah pihak mengatakan bahawa aliran selain dari ahl al-Sunnah wa al-Jamah seperti Syiah pernah mendapat tempat di kalangan umat Islam di sekitar abad ke tiga Hijrah (225H/840M)2, namun pandangan tersebut ditolak oleh ramai sarjana termasuklah pemikir ulung aj Abdul Malik Karm Amrullah yang lebih dikenali sebagai Hamka dengan hujah-hujah yang antaranya; penggunaan gelaran al-Malik oleh raja-raja awal di Samudera Pasai seperti al-Malik al-ahir menyamai Raja yang memerintah Damaskus dari tahun 1237-1238 iaitu al-Malik al-ole Ismail; dari segi pengamalan madhhab pula, raja-raja yang menggunakan gelaran al-Malik baik di Mesir mahupun di Damaskus bermadhhab Syfi, bahkan, alauddin al-Ayub yang dikenali dengan panggilan alMalik al-Nasir dan keturunannya juga mengikut madhahb al-Syfi. Dari segi penggunaan bahasa juga menunjukkan pengaruh Arab amat besar di mana bahasa yang digunakan oleh pendakwah-pendakwah Arab pula adalah bahasa Arab dan bahkan kalau kita amat-amati nama-nama yang diguna pakai oleh masyarakat Melayu selepas kedatangan Islam lebih berupa nama-nama yang digunakan oleh orang Arab dan bukannya seperti nama orang-orang Parsi dan banyak lagi bukti-bukti lain yang tidak sempat kita utarakan di sini. Walau bagaimanapun, suatu perkara penting perlu difahami oleh semua bahawa kewujudan sejumlah kitab-kitab yang membincangkan aliran alSunnat wa al-Jamah yang ditulis oleh para alim ulama dari zaman al-Rnr sehingga kini menjadi asas yang sangat penting kepada dakwaan di atas. Polemik tentang pengaruh aliran pemikiran, madhhab, bangsa yang membawa Islam ke dunia Melayu dan tarikh Islam secara rasminya tiba adalah sangat luas dan tidak mampu dihuraikan dalam kertas kerja yang ringkas ini. Justeru, pembentangan ini hanya akan ditumpukan kepada tradisi penulisan kitab syarah dalam kerangka aqdah
1

Perbincangan lebih lanjut tentang siapakah Ahl al-Sunnat wa al-Jamah, sila rujuk Engku Ahmad Zaki bin Engku Alwi (2007) Definisi Ahl al-Sunnah wa al-Jamaah : Satu Analisis. Jurnal Usuluddin, Bil 25, 125-143. 2 Sila lihat Mahayudin Haji Yahaya (1994) Naskhah Jawi Sejarah dan Teks Jilid 1. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka, ms 4-6; untuk keterangan yang lebih mendalam lihat, Prof. A. Hasymy (1993) Sejarah Masuknya dan Berkembangnya Islam di Indonesia. Pt. Almaarif, 151-158.

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

Ashirah, namun pada masa yang sama secara langsung dan tidak langsung persoalan yang bersangkutan dengan penulisan sastera kitab ini akan juga disentuh. PENGENALAN RINGKAS TRADISI SYARAH DALAM ISLM Sudah menjadi sesuatu yang lumrah dalam tradisi Islam bahawa setiap istilah dan pernyataan yang membawa kepada sesuatu faham yang diprojekkan dalam Islam mestilah dahulu diperhalusi dan dikaji penggunaannya di dalam sumber-sumber asasi al-Quran dan al-Hadith. Hakikatnya, lebih signifikan penggunaan sesuatu kata kunci terhadap sesuatu faham maka lebih banyaklah sumber-sumber yang mendokong istilah tersebut. Istilah shar dalam bahasa Arab atau dalam sebutan bahasa melayunya syarah3 secara umumnya tidak mendokong satu faham asasi yang terlalu sarat sepertimana istilah-istilah yang menjadi kata kunci utama dalam Islam seperti kalimah Allah, mn, Islm, Isn, Nabiy, dan lain-lain yang mendasari pembinaan pandangan hidup Islam4. Kalimah shar dalam bahasa Arab telah diterjemahkan secara umum ke dalam bahasa Inggeris sebagai commentary dan huraian di dalam Bahasa Melayu berupa kata nama yang bila dirujuk dalam bahasa Melayu membawa kepada pengertian suatu dapatan akibat berlangsungnya suatu aktiviti seperti perkataan buku (kitab) dalam bahasa Arab yang terhasil dari aktiviti penulisan iaitu berasal dari kata dasar kataba, yaktubu, uktub wahuwa kitabun. Walau bagaimanapun, pada masa yang sama shar juga berupa kata kerja yang membawa pengertian kepada sesuati aktiviti penerangan terhadap sesuatu sama ada dalam bentuk penulisan atau sekadar lisan seperti menyampaikan ceramah atau memberikan kuliah atau sebarang bentuk yang membawa kepada menyampaikan makna terhadap sesuatu

Kalimat shar di sini merujuk perkataan asal dalam bahasa Arab, manakala perkataan syarah pula dalam bahasa Melayu yang juga menggunakan kata pinjaman ini untuk merujuk perkara yang sama. 4 Keperluan kepada pemahaman yang tepat terhadap istilah-istilah utama dalam Islam telah diperjelaskan oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas dalam beberapa karya beliau seperti ; S.M.N. al-Attas (1978), Islam and Secularism. Kuala Lumpur: ISTAC. ms51-78, 149-155; idem, (1995) The Prolegomena to the Metaphysics of Islam. Kuala Lumpur: ISTAC ms 17-2, 29-36,; idem, (1986), A Commentary on the Hujjat al-Siddiq of Nur al-Din al-Raniri. Kuala Lumpur: Ministry of Culture, Malaysia.,ms. 161, 289,291. Juga boleh dirujuk pandangan Izutsu yang menggunakan analisa semantic dalam mengaplikasikan data-data dalam al-Quran, lihat ; Toshihiko Izutsu (1966), Ethico-Religious Concepts in the Quran. Montreal: McGill University Press. Dan lihat juga perbincangan lebih luas dalam God and Man in the Quran Semantics of the Quranic Weltaschauung. Kuala Lumpur: Islamic Book Trust, (2002)

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

Umumnya shar memberi erti penerangan atau penghuraian dan ia terbahagi kepada dua bahagian; shar lisan dan shar bertulis. Pada awal Islam shar lisan sudah dipraktikkan oleh baginda Rasulullah sallalahualaihiwasallam dan para sahabat sebelum kesemua bidang ilmu sedikit demi sedikit berkembang dan akhirnya menjurus kepada penulisan. Kunci asas kepada tradisi syarah ini ialah penerangan (explanation), penghuraian (elaboration) penjelasan (elucidation) dan pembukaan atau peluasan (expansion) terhadap sesuatu idea atau faham. Pra-syarat kepada syarah adalah ilmu yang bertindak sebagai bahan mentah di mana syarah akan memainkan peranan sebagai bahan penengah yang akan memproses bahan mentah tadi untuk menjadi satu hasil yang difahami. Syarah tidak akan wujud sekiranya tiada ada apa yang ingin dihuraikan atau dengan kata lain syarah memainkan peranan yang sangat penting selepas sesuatu ilmu itu dicurahkan. Sekurang-kurangnya terdapat tiga bahagian akan terlibat dalam kedua-dua bentuk syarah sama ada lisan atau tulisan. Adapun syarah lisan ia terdiri daripada pensyarah atau penutur, isi yang ingin disyarahkan atau idea dan pendengar atau khalayak. Namun dalam kes syarah tulisan lebih banyak pihak terlibat iaitu penulisan asal (muallif), teks (matan), pensyarah (shrih berganda shurr), syarahan (shar) dan juga pembaca. Sejarah mencatatkan bahawa apabila Raslullah allalhualaihiwasallam menyampaikan ajaran Islam, kata-kata yang diungkapkan baginda terus diangap sebagai teks yang mana kemudiannya diriwayatkan oleh para perawi sebelum direkodkan di dalam kitab-kitab adith. Begitu juga dengan perbuatan baginda bahkan takrir atau gerak diam Nabi tanpa suara juga diriwayatkan dan direkodkan dalam kitab-kitab adith. Hanya sanya yang membezakan di antara ungkapan yang dipertuturkan (aqwl) baginda allalhualaihiwasallam dengan perbuatannya (afl) dan gerak diam tanpa suara (takrr) bolehlah dikatakan bahawa kata-kata yang diringi dengan gerak diam baginda melibatkan dua pancaindera iaitu penglihatan menyaksikan kejadian yang berlaku dan pendengaran yang mana mereka mendengar suara baginda. Namun, dalam soal takrir apa yang difaham adalah para sahabat hanya menyaksikan peristiwa yang berlaku kepada Nabi dan mereka kemudian merakamkannya berasaskan apa yang disaksikan tetapi tidak 4

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

melibatkan pendengaran. Dari segi keabsahan sesuatu adith ia tidak bergantung kepada lebih atau kurangnya pancaindera yang terlibat tetapi sebaliknya bergantung kepada rantaian periwayat dan teks yang diriwayatkan. Dalam soal periwayatan dan penerimaan berita dan maklumat, Allah berfirman di dalam al-Qurn; Wahai orang-orang yang beriman, jika datang kepada kamu orang yang fasiq membawa satu berita, maka selidikilah dengan teliti agar kamu tidak menimpakan suatu musibah kepada satu kaum tanpa mengetahui keadaannya yang menyebabkan kamu menyesal atas 5 perbuatanmu itu . Apa yang tersirat daripada ayat di atas jelas menunjukkan bahawa dalam setiap proses penyampaian ilmu dan maklumat baik berupa lisan ataupun tulisan, kesemua pihak perlu berhati-hati termasuklah penyampai maklumat (messenger) atau penulis, teks, penerima atau pembaca dan masyarakat yang terkesan dari mesej tersebut. Allah telah memberikan amaran kepada umat Islam agar berhati-hati terhadap orang yang berniat jahat dan pada masa yang sama mempastikan kesahihan berita yang dibawa memandangkan tiada siapa yang tahu sama ada penyampai berita itu baik atau jahat. Peristiwa berlaku pada zaman Raslullah allalhualaihiwasallam telah membawa kepada satu pembinaan satu kerangka yang utuh dalam proses penyebaran berita ataupun dalam skop yang lebih luas terhadap ilmu itu sendiri. Keperluan dalam mempastikan keabsahan sumber ilmu adalah lebih tinggi sebaik berakhirnya wahyu diturunkan, memandangkan tiada siapa yang tahu hakikat status penyampai berita mahupun kandungan berita yang ingin disampaikannya itu. Justeru, sebarang cebisan berita, maklumat ataupun ilmu yang ingin disampaikan, disebarkan perlulah dilakukan dengan sebaik-baik cara agar ia mencapai tujuannya yang hakiki. Kegagalan dalam mengikuti system yang telah digariskan oleh para ulama, ilmuwan dan pemikir Islam bukan sahaja membawa malapetaka kepada ilmu itu sendiri bahkan yang lebih buruk mencipta bencana kepada ummah. Di antara prinsip-prinsip utama yang diamalkan di dalam Islam berhubung dengan penyebaran ilmu adalah ketulinan teks (matn). Kita beriman bahawa teks yang paling
5

Al-Qurn, rat al-ujurt (49:6)

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

penting dalam Islam ialah al-Qurn yang diisytiharkan Allah bahawa Dialah yang menurunkan al-Qurn dan Dialah jua yang menjaganya6; Yang tidak datang kepadanya kebatilan baik dari hadapan atau belakang, yang diturunkan dari Tuhan Yang Maha Bijaksana lagi Maha Terpuji7; Sebagai petunjuk yang benar8 yang membezakan diantara yang haq dan yang batil9, dan yang paling baik penjelasannya (ahsana tafsira)10. Kedua selepas al-Quran ialah Hadith Nabi allalhualaihiwasallam yang secara dasarnya disebarkan menggunakan metodologi yang hampir sama dengan al-Qurn dari generasi ke generasi menerus untuk menjaga ketulinannya cuma mungkin yang membezakannya proses pengumpulan al-Quran dibuat secara terbuka kerana di peringkat awal penurunan al-Quran lagi ianya dicatat oleh tukang-tukang tulis tetapi tidak berlaku demikian kepada adith. Manhaj isnad11 yang digunapakai semenjak dari generasi yang pertama telah berjaya mempertahankan isi kandungan teks hadith yang perlu disampaikan kepada ummat. Kewajiban menyampaikan berita tentang kebenaran agama Islam yang terkandung di dalam al-Qurn dan adith terpikul di atas bahu semua orang Islam dan ia boleh dilakukan secara persendirian ataupun berjamaah sebagaimana Allah mengingatkan dengan firmanNya; dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh kepada yang maruf dan mencegah dari yang munkar, merekalah orang-orang yang beruntung 12.

6 7

rat al-Hijr (15:9) rat al-Fuilat (41:42) 8 rat al-li Imran (3:72) 9 rat al-ariq (86:13) 10 rat al-Furqn (25:33) 11 Menurut bahasa Sanad atau Isnad adalah sesuatu yang terangkat dan meninggi dari lereng gunung. Menurut istilah pula adalah penjelasan tentang jalan (rangkaian periwayat) yang menyampaikan kita kepada hadits itu sendiri. Sanad berperanan sebagai sandaran dan hujjah kepada para muhaddithn dalam memberikan penilaian hukum terhadap hadis, apakah ia hadis shahh, hasan atau dhaf. Perbahasan tentang keperluan manhaj isnad atai periwayatan ini juga diaplikasikan dalam ilmu-ilmu Islam yang lain, sila rujuk; Mohd Zaidi Abdulah (2000) Pegangan Sejati Ahli Sunnah wal-Jamaah Suatu Keluhuran dan Kemurnian Pegangan Hidup. Kuala Lumpur: Syathariyah Niagajaya Sdn Bhd, 2-3.
12

rat li-Imrn (3:104)

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

Maka berasaskan kepada kepentingan menyampaikan ajaran Islam sebagaimana yang diamanahkan Allah kepada ummah yang dimulakan oleh penghulu kita Nabi Muhamamd salllahualaihiwasallam bertali-temaliah usaha ini dilakukakn oleh pengikutnya sehingga kiamat menyampaikannya menerusi pelbagai cara termasuklah tradisi syarah yang menjadi perbincangan utama di dalam kertas kerja ini. TRADISI SYARAH MELAYU Berasaskan kepada fahaman bahawa madhab Ahl-Sunnat wa al-Jamah telah sekian lama menjadi arus perdana kepada umat Islam di dunia Melayu ini maka dalam bidang aqdah telah diperakui bahawa aliran tauhid al-Ashar dan al-Mturd sahaja diperakui sah di sisi ahl al-Sunnah. Menariknya, kedua-dua aliran ini telah diiktiraf dalam sejarah perkembangan ilmu Islam dirantau ini sebagai satu aliran pertengahan (waatiyah) yang unik dan mampu mengharmonikan pemikiran, pengamalan dan halatuju umat Islam sehingga ke hari ini, walaupun tidak dinafikan timbulnya gugatan-gugatan yang mencoba mencarik kesatuan yang telah terbina sekian lama. Perlu dinyatakan di sini yang tradisi syarah Melayu telahpun bermula lebih dari 400 tahun yang lampau jika ia di ambil dari tarikh penulisan manuskrip Melayu tertua yang dipercayai ditulis di Melaka sekitar tahun 1591-159913. Tulisan tangan yang telah disahkan secara saintifik berdasarkan permeriksaan ke atas usia dan jenis kertas menjadi bukti bahawa teks terjemahan al-Aqid al-Nasafiyah telah mula dipelajari dirantau ini semenjak abad yang ke 16 lagi14. Hal ini diperkuatkan lagi dengan terhasilnya tulisan alRnr (m.1068/1657) yang berjudul Durr al-Farid bi syar al-Aqid15 yang menterjemahkan syarah Aqaid al-Nasafi karangan al-Taftazani sebelum tahun 1637. Hal ini sekaligus membawa pengertian bahawa masyarakat Melayu mungkin lebih awal

13

Syed Muhammad Naquib al-Attas (1988), The Oldest Known Malay Manuscript: A 16 th Century Malay Translation of the Aqaid al-Nasafi. Kuala Lumpur: Department of Publications University of Malaya, ms 4. (Selepas ini akan dirujuk sebagai Oldest Known). 14 Al-Attas berpandangan bahawa sudah tentu teks Aqaid telah dahulu dipelajari di alam Melayu sebelum al-Raniri menulis syarahnya, jika tidak apa perlunya sebuah syarah kecuali untuk memahamkan apa yang dimaksudkan dari teks biarpun karya yang disyarahkan itu berupa terjemahan bahasa Melayu. Ibid. 15 Setakat ini hanya salinan berupa manuskrip sahaja yang diketahui wujud dan tersebar, antaranya yang terdapat di Perpustakaan Negara Malaysia dengan nombor panggilan seperti ; MSS2064 (tidak lengkap), MSS2100 (lengkap) dan MSS 1550 (tidak lengkap).

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

terdedah kepada ajaran tauhid aliran Abu Manr al-Mturd (m.332/943) daripada aliran al-Ashar (m.324/935) memandangkan kitab sharah Melayu yang paling awal membicarakan tauhid aliran al-Ashar hanya datang seratus tahun kemudian dengan tersebarnya kitab Bidyat al-Hidyat karangan Syeikh Muammad Zayn bin Faqih Jalaluddin Aceh pada tahun 1170/1756. Beberapa persoalan mungkin terbit dari kenyataan ini; antaranya mengapa proses perkembangan tauhid aliran al-Mturd di alam Melayu tidak sepesat Ashari bahkan tidak terdapat kitab-kitab syarah Melayu yang dihasilkan selain dari yang diusahakan oleh al-Rnr sekitar 350 tahun dahulu. Justeru, dalam menjawab beberapa persoalan mengapa pesatnya tradisi penulisan syarah terhadap aliran aqdah al-Ashar sehingga puluhan bahkan mungkin ratusan syarah Melayu dihasilkan dan dipelajari sehingga sekaligus menjadikan aliran ini yang pada asasnya bersatu dengan al-Mturd menjadi arus perdana pegangan Tauid di alam Melayu ini sehingga kini. Perlu di ingat bahawa aliran al-Ashar ini bukan merujuk satu-satunya kepada syarah-syarah Umm al-Barhn al-Snus, tetapi juga syarah-syarah lain ke atas teks-teks Jauharat al-Taud Ibrhim al-Laqan dan al-Dur al-Fard fi Aqid ahl alTawhd al-Nahraw16. PENDEDAHAN TRADISI SHARAH DI KALANGAN UMAT MELAYU Mungkin ada yang bertanya, mengapa dikelompokkan karya penulisan alim ulama yang lalu kepada satu jenis genre yang dipanggil syarah? Tidak bolehkah ianya sekadar dirujuk sebagai hasil penulisan semata-mata? Ataupun mungkin musykil apa pentingnya diangkat karya para alim ulama ini jika ia sekadar syarah kepada karya lain? Dan mungkin banyak lagi persoalan yang berlengkar di sekitar permasalahan ini. Kita tidak boleh menolak persepsi sesetengah pihak yang agak kritikal dengan tulisan-tulisan para alim ulama kita sama ada yang klasik mahupun kontemporari jika kita tidak menyelami permasalah ini dan cuba menjawab tohmahan yang dilemparkan kepada alim-ulama kita yang lalu. Diantara perkara yang cuba diperlecehkan oleh sesetenga
16

Lihat kitab Fat al-Majd Syar al-Durr al-Fard f Aqid ahl Tawd karangan al-Syaikh Muammad Nawawi Ibn Umar al-Jawi al-Syafii bersekali dengan Hamish al-Durr al-Fard f Aqid Ahl al-Tawd oleh al-Syaikh Ahmad Ibn al-Sayyid Abd al-Rahman al-Nahraw, al-Tabat al-akhirat 1373/1904, Bangkok: Maktabat wa Matbaat Muhammad al-Nahdi wa Awladuhu.

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

pihak ialah para alim ulama kita ialah mereka tidak kreatif, sekadar mengulangi apa yang telah diperbincangkan serta menserabutkan lagi isu-isu perbincangan dengan penghuraian yang menyusahkan dan pelbagai lagi. Dalam menjawab kelancangan mulut mereka ini, kita perlu kembali meneliti karya-karya tersebut dan membuat rumusan berdasarkan situasi di zaman mana mereka menghasilkan karya mereka dan setakat mana kejayaan yang mereka capai hasil daripada penulisan merekaitu. Berdasarkan kajian-kajian yang dilakukan oleh pengkaji sejarah dan tamadun sama ada orientalist mahupun ilmuwan tempatan bahawa karya-karya Melayu kita ini amat banyak, namun akibat daripada faktor penjajahan, kemodenan, perubahan system pendidikan, sikap tidak menghargai khazanah bangsa dan lain-lain telah melenyapkan sebahagian besar darinya. Ribuan karya-karya Melayu disimpan di pelbagai perpustakaan di seluruh dunia, ribuan yang rosak sama ada tidak disimpan dengan baik ataupun anak cucu yang mempusakai warisan datuk nenek tidak tahu menilainya lantas membuangnya ke dalam tong sampah. Dan yang disimpan diperpustakaan awam ataupun di universiti di Negara kita terlalu banyak yang tidak dijenguk dan dipedulikan. Justeru, karya yang benar-benar hidup hanyalah beberapa kerat yang masih digunakan di beberapa institusi pendidikan tradisional seprti pondok-pondok, surau-surau, masjidmasjid yang dihadiri oleh segelintir anggota masyarakat. Namun harus di ingat, kehilangan atau sirnanya cahaya keilmuwan yang dipancarkan di dalam kitab-kitab kuning ini hanya berlaku selepas ia telah mewarnai dunia Melayu ratusan tahun. Contoh yang paling mudah, karya syarah Melayu dalam bidang aqdah bertajuk Bidyat al-Hidyah yang ditulis oleh Sheikh Al-Ashar Zayn al-Ashi (Acheh), telah melangkaui dua ratus lima puluh tahun dan sampai sekarang ia masih diulang cetak dan dipelajari di kebanyakan institusi pendidikan tardisional seperti di atas17. Begitu juga karya-karya syarah dalam bidang aqdah yang ditulis oleh ilmuwan tersohor Syeikh Dawd al-Fan yang dikatakan pernah belajar dengan Syeikh Al-

17

Kitab ini telah selesai ditulis pada tahun 1170 H (kira-kira 1757 M). Kitab yang ada dalam simpanan penulis terdapat taqrirat ditepinya oleh al-Syeikh Ahmad bin Muhammad Zain al-Fatani, yang juga bermungkinan besar telah bertindak sebagi pentashih bagi kitab ini, ia dicetak oleh Percetakan al-Maarif Sendirian Berhad,

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

Ashar Zayn al-sh telah menulis karya-karya dalam Aqdah al-Ashar seperti ; AlDr al-Thamn f Bayn Aqid al-Muminn yang selesai ditulis di Mekah pada tahun 1232/1816 iaitu lebih kurang 184 tahun yang lalu dan lain-lain karya yang akan dibincangkan secara lanjut selepas ini. PERANAN KITAB-KITAB SYARAH MELAYU DALAM BIDANG AQDAH SEBAGAI PERISAI AHL SUNNAH WA AL-JAMAH Mengambil kata-kata Shaykh Ahmad al-Fan di dalam bukunya Jumanat al-Tawd bahawa Ilmu Aqdah adalah seumpama matahari manakala ilmu-ilmu yang lain pula seumpama bulan menandakan kepentingan mempelajari ilmu aqdah adalah melebihi mempelajari ilmu-ilmu agama yang lain, namun sekali-kali tidak menidakkan kepentingan ilmu-ilmu lain yang juga berperanan membina kesatuan pandangan hidup Islam dalam setiap individu Muslim sebagaimana yang dianjurkan oleh Islam. Namun, menyedari kepentingan awwaluddin marifat Allah maka penekanan kepada ilmu aqdah telah diberikan keutamaan semenjak terpancarnya sinar Islam di kepulauan Melayu lebih dari 500 tahun yang lampau. Lebih selesa kalau kita terus melihat bukti-bukti penulisan yang masih boleh dirujuk yang menunjukkan bahawa aliran aqdah Ahl al-Sunnat wa al-Jamah ini telah meresapi umat Melayu Islam dirantau ini sekaligus memberikan sumbangan yang besar dalam mempertahankan pegangan ini. Di antara karya syarah aqdah Ashari dalam bahasa Melayu yang tidak ada perselisihan padanya adalah Bidayat al-Hidayah oleh Shaykh Al-Ashar Zayn bin Faqih Jalaluddin Acheh yang telah disebut di awal kertas kerja ini. Tarikh kewujudunnya adalah sama dengan Syar Aqdat al-man oleh Shaykh Syihabuddin al-aji bin Abdullh Al-Ashar al-Jw yang juga selesai ditulis pada tahun 1170H/1756. Walau bagaimanapun sayugia disebutkan di sini bahawa Syeikh AlAshar Zayn sebelum itu telah menghasilkan satu karya yang berjudul Ilm al-Tawd dalam tahun 1114/1702 iaitu 55 tahun lebih awal dari Bidayat al-Hidayah. Berdasarkan judul yang disebutkan karya ini sememangnya tentang aqdah namun tiada maklumat yang dapat dibuktikan apakah ia kupasan tauhid al-Ashar atau pun al-Maturidi kerana

10

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

karya ini tidak pernah dicetak dan tiada dalam bentuk manuskrip18. Berhubung dengan kitab karangan Ahmad bin Aminuddin al-Qadhi yang berjudul Ilm al-Tawd yang selesai ditulis dalam tahun 1032/1622, walaupun ia disebut sebagai kitab tauhid berbahasa Melayu yang terawal19 namun penulis tidak menjumpai sebarang keterangan tentang karya ini, sama ada ia benar-benar dari aliran al-Ashar ataupun al-Mturd. Manakala karya kedua yang datang 13 tahun selepas karya aqdah yang pertama di alam Melayu, itu adalah karya Syeikh Nuruddin al-Rnr yang berjudul Durrat (Durar) alFaraid bi Syarh al-Aqid yang selesai ditulis dalam tahun 1045/1635. Walau bagaimanapun, karya ini adalah syara tauid al-Mturd dan bukannya al-Ashar . Karya ini hanya dalam bentuk manuskrip dan tidak pernah dicetak sehinggalah tahun 1996 apabila Wan Muammad Shaghir mencetak faksimili manuskrip bersama dengan karyanya yang berjudul Tafsir Puisi Hamzah Fansuri dan Karya-karya Sufi dan ia diulang cetak pada tahun 2004. Tidak lama selepas itu iaitu lebih kurang tujuh tahun iaitu pada tahun 1178/1764 sebuah karya karanagan Shaykh Abd al-Samad al-Falimbani berjudul Zahrat al-Murd f Bayn al-Kalimat Tawd muncul, namun karya ini tidak banyak keterangannya. Menurut Azyumardi Azra bahawa karya ini membahaskan tentang tentang logik (mantiq) dan aqdah dan ditulis atas permintaan kawannya dalam usaha supaya dapat lebih memahami kuliah-kuliah al-Damanhuri20. Lebih kurang sepuluh tahun selepas itu Sheikh Muammad Arsyad bin Abdullah al-Banjar telah menghasilkan satu kitab aqdah yang diberi nama Tufat al Rghibin fi Bayni aqqat man al- Muminn dalam tahun 1188/177421. Dikatakan ia pernah dicetak di Singapura sama ada dalam tahun 1894 atau Disember 188722. Sejujurnya, karya al-Falimbn dan al-Banjar agak sukar dijumpai tidak seperti karya Syeikh Dawud al-Fan yang berjudul Al-Dur al-Thamn walaupun ia datang selepas itu iaitu pada tahun 1232/1816. Kitab ini merupakan antara kitab yang
18

Sila rujuk Muammad Shaghir Abdullah, Wawasan Pemikiran Islam Ulama Asia Tenggara, 5 Jilid, Kuala Lumpur: Khazanah Fathaniyah, 2000-2002, Jilid 3, ms 14 19 Ibid, ms 6. 20 Azyumardi Azra (2004), Jaringan Ulama Timur Tengah dan Kepulauan Nusantara Abad xvii & xvii . Bandung: Mizan, 312. 21 Wan Muhammad Saghir, Penyebaran Islam dan Silsilah Ulama Sejagat Dunia Melayu, Jilid 8, Persatuan Pengkajian Khazanah Klasik Nusantara and Khazanah Fathaniyah, Kuala Lumpur, 1421/2000. 22 Manuskrip boleh dirujuk di Perpustakaan Negara dengan nombor panggilan 5, 309, 455, 506.

11

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

menarik kerana perbahasannya tentang aqdah agak terbuka di mana pada bahagian permulaan kitab Syeikh Dawd memasukkan pandangan Syeikh Najm al-Dn Umar alNasaf dari al-Aqid al-Nasaf dalam kerangka perbahasan Yusuf al-Sans23. Pendekatan ini turut diadaptasi oleh Syeikh Zayn al-bidin al-Fan dalam kitabnya yang akan dibincangkan selepas ini. Dari segi saiz, al-Durr al-Thamn boleh dikategorikan sebagai pertengahan tidak terlampau nipis seperti al-Bahjat al-Saniyyah dan tidak terlampau tebal seperti Ward al-Zawhir iaitu kira-kira 103 halaman kesemuanya tidak termasuk kulit. Karangan terbesar yang dihasilkan Syeikh Dawd dalam bidang aqdah ialah Ward al-Zawhir Bayn Kalimat al-Tawd yang dikarang dalam tahun 1245/1829 iaitu 13 tahun selepas menghasilkan al-Durr al-Thamn. Karya tesohor ini boleh dikatakan antara karya yang paling popular karangan Syeikh Dawd kerana selepas ia ditulis dan dicetak sehingga kini ia masih dipelajari dan dikaji sehingga diperingkat universiti. Karya ini diperingkat awalnya dicetak oleh Maktabat al-Miriyyah and Dr Iy al-Kutub al-Arabiyyah, Mesir. Kemudiannya diulang cetak di Asia tenggara iaitu Percetakan al-Marif Press, Pulau Pinang, Maktabat Muammad Nahdi, Bangkok, Singapura, dan juga Maktabat Thaqafiyyah, Surabaya. Manuskrip pula masih boleh dirujuk di Perpustakaan Negara Malaysia bernombor MS 64, 153 dan 253, manakala di Muzium Kesenian Islam dikatalogkan sebagai MI53 and 446. Selain dari itu Syeikh Dawd juga menulis kitab-kitab lain di dalam bidang aqdah tetapi tidaklah dikenali sebagaimana al-Dur al-Thamn; antaranya Al-Bahjat al-Saniyah f al-Aqid alSunniyah24 juga dikenali sebagai Tal Nayl al-Muram li Bayn manumat Aqdat alAwm. Tidak disebut tahun bilakah ia selesai ditulis hanya sekadar tercatat pada hari sabtu, pada waktu Asar, 16 afar di Mekah25. Al-Bahjat juga dikategorikan sebagai karya syara kerana ia merupakan terjemahan dan huraian ke atas tulisan guru beliau Syeikh Ahmad al-Marzuqi tau nama penuhnya Abu al-Fawz al-Sayyid Amad al-Marzuq Ibn alMarhum al-Sayyid al-Sharif Muammad Raman al-asani wa al-Husayni26. Karya ini

23

Untuk perbincangan yang menyeluruh lihat Dawd al-Fan (t.t) al-Dur al-Thamn. Bangkok: Maktabat wa Matbaat Muhammad al-Nahdi wa Awldahu, ms 6. 24 Ibid, 38; Pengarang Terulung, 59; Al-Manhal, 29; Jawi Literature, 61. 25 Kitab yang ada dalam simpanan penulis dicetak oleh Sahabat Press, Yala, Thailand, tanpa tarikh. 26 Shaykh Dawud bin Shaykh Wan Abdullah al-Fatani (1999), Al-Bahjat al-Saniyyah fi al-Aqaid alSunniyyah. Khazanah Fataniyah,3.(henceforth will be referred al-Bahjah)

12

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

hanya mempunyai 23 mukasurat sahaja dan salinan yang ada dalam simpanan penulis dicetak oleh Sahabat Press, Yala Thailand, tanpa tarikh27. Terdapat beberapa manuskrip yang tersimpan di Muzium Kesenian dengan nombor panggilan : MI 244, 295 dan 359. Bahjah berasal dari akar kata bahija yang bermaksud hebat, anggun, cantik. Ia mungkin merujuk kepada kehebatan isi kandungan kitab tersebut yang membicarakan tentang kepercayaan dan keyakinan pegangan aqdah ahl-Sunnah wa al-Jamah dan menjadi pokok pegangan umat Islam. Al-Bahjat al-Wardiyyah fi Aqaid Ahl al-jamaat alSunniyyah yang selesai ditulis pada tahun 1258/1842. Karya ini dikategorikan sebagai karya syarah kerana ia merupakan terjemahan kepada kitab Manumat f al-Tawd yang ditulis oleh Abd al-Raman ibn Abd al-Salm al-Saffur, iaitu juga sebuah syarah yang menghuraikan pandangan Amad ibn Abd Raman al-Jazir. Karya ini telah dicetak di Mekah pada tahun 1331/1916 dan ia ini telah disenaraikan di dalam senarai al-Maktabat al-Fanyyah, sebuah kedai buku yang ditubuhkan pada akhir kurun ke 19 di Qashashiyyah, Mekah28; iy al-Murd f Marifat Kalimat al-Tawd. Karya ini masih dipelajari berdasarkan kepada pengamatan bahawa ia masih lagi terdapat di kedai-kedai buku yang menjual-buku-buku klasik, dan yang menariknya mungkin kerana ada sesetengah cetakan meletakkannya di bahagian tepi kitab Dur al-Thamn maka ia turut menjadi popular sebgaimana al-Dur al-Thamn. Manuskrip bagi karya ini masih terdapat di Muzium Kesenian Islam dengan nombor rujukan; MI 487, 622 dan MI 668 manakala Perpustakaan Negara Malaysia mengkatogkan sebagai MSS1798; Iqd ataupun Iqdat alJawhir29. Karya ini diselesaikan pada tahun 1245/1829. Ramai penulis yang karya ini adalah karya mandiri sebenarnya tidak, kerana karya ini yang berupa bayt-bayt puisi tentang aqdah ditulis bersekali dengan syarahnya. Ia merupakan terjemahan kepada karya Jawharat al-Tawd oleh Ibrhim al-Laqn. Karya ini dikepilkan bersama dengan
27

Sewaktu Ustaz Wan Saghir mula-mula menulis tentang Syeikh Dawud, mungkin beliau masih tidak menemui kitab yang bercetak sebagaimana yang dinyatakan dalam bukunya sebarang bukti yang menunjukkan karya ini pernah dicetak, sebab itulah beliau menyatakan demikian. 28 Senarai buku yang dicetak ada tercatat di belakang terjemahan Kanz al-Minan ala Hikam Abi Madyan, yang dicetak oleh Matbaah al-Miriyyah, Makkah, 1328. 29 Ramai yang membaca aqidat seperti dalam Pengarang Terulung,56; al-Manhal, 28. Dalam teks ia ditulis ayn, qaf, dal dan ta. Jadi, sekiranya tiada huruf ya, maka pasti tidak dibaca aqidat. Maka penulis menjangkakan iqdat adalah bacaan paling tepat memandangkan teks asal dalam bahasa Arab judulnya jawharat yang jamanya jawahir. Jadi, apabila Syeikh Dawud memilih jawahir yang bermaksud permata yang merujuk kepada bayt-bayt, maka untuk menyatukan permata-permata tersebut naka ia perlu diikat. Please.

13

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

karya prosa aqdah yang terbesar ditulis oleh Ulama Melayu yang diberi nama Ward alZawhir li ill alf Iqd al-Jawhir, yang selesai ditulis pada tahun 1245/1829. Dalam konteks syarah, karya ini dianggap sebagai karya syarah secara langsung, namun mungkin hanya untuk bahagian baytnya sahaja, kerana untuk huraian setiap bayt itu Syeikh Dawd banyak memaparkan pandangannya sendiri. Manakala kitab-kitab yang lain tapi agak tidak dikenalai adalah seperti Tal al-Marm li Bayn Manzm alAqid al-Anwar; Tufat al-Rghibn f Bayn aqqat al-mn al-Muminn; Kitab ifat Dua Puloh dan Kifyat al-Mubtad wa Irshd al-Muhtad. Perbincangan Tauid aliran al-Ashar diteruskan lagi dengan tulisan Shaykh Muammad Tayyib Ibn Masd al-Banjar yang berjudul Mift al-Jannah. Kitab yang selesai dikarang pada hari Isnin 16 Syawal 1247/1831 merupakan satu kitab yang ringkas tetapi padat dalam menghuraikan aqdah Ahl al-Sunnat wa al-Jamah berdasarkan kerangka kitab Umm al-Barhn al-Sans30. Kitab yang ada dalam simpanan penulis adalah cetakan Muammad al-Nahdi di mana bersekali dengan kitab ini terdapat juga kitab berjudul Ul Taqq pada Ilmu Ul al-Dn, Mawizat li al-Ns pada menyatakan kayfiyyat sembahyang dan segala rukunnya, Tajwd al-Qurn dan Hamish Rislah Asrr al-Din ditepi kitab ini. Kesemua kitab-kitab yang tersebut di atas telah ditulis oleh pengarang-pengarang yang tidak dinyatakan nama mereka kerana takut riya31. Keutuhan pegangan aqdah di atas kerangka al-Ashar diteruskan lagi dengan terhasilnya kitab syarah Melayu karangan Shaykh Muammad Azhari bin Abdullh al-Falimbn yang berjudul Aiyyat al-Ramn yang selesai ditulis pada tahun 1259/1843. Kitab ini kebiasaannya dicetak bersama dengan kitab Sirj al-Hud karangan Syeikh Muammad Zayn al-Dn bin Muammad al-Badaw al-Sumbaw yang ditulis agak lewat iaitu dalam tahun 1886. Kelangsungan itu diteruskan lagi dengan karya-karya hebat karangan Shaykh Muammad Ibn Umar al-Nawaw al-Jaw al-Bantn al-Tanar atau dikenali sebagai juga dengan Nawawi Banten dan Imam Nawawi kedua32 (1230/1814-1306/1888). Tiga karya

30

Rujuk Muammad Tayyib Ibn Masud al-Banjari (t.t) Mift al-Jannah. Bangkok: Maktabat wa Matbaah Muhamad al-Nahdi wa Awladahu, ms 3. 31 Ibid,1. 32 Lihat Abd al-Rachman, 1996. Nawawi al-Bantani, An Intellectual Master of the Pesantren Tradition Studia Islamika, Indonesian Journal for Islamic Studies, Jilid. 3, no.3, 81-114.

14

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

Syeikh Muammad Nawawi dalam bidang aqdah adalah Fat al-Majid f Shar Durar al-Fard fi Ilm al-Tawd, selesai ditulis pada tahun 1264/1847 Tijn al-arar f Shar Rislat al-Bjr dan Zarat al-Yaqn f Shar Umm al-Barhin atau juga dikenali dengan nama al-Durrat al-Nadra al Aqdat al-Sughr. Kesemua karya ini ditulis dalam bahasa Arab dan sekaligus mengangkat taraf ulama dari dunia Melayu setanding dengan ulama-ulama dari kalangan bangsa-bangsa lain seperti Arab, turki, Iran dan lainnya. Kesemua karya tersebut juga menandakan syarah aqdah beraliran al-Ashar karangan ulama dari dunia Melayu tersebar bukan sahaja dikelompok dunia Melayu tetapi juga di negara-negara Arab. Kerancakan penulisan syarah aqdah al-Ashar bertambah lagi dengan sumbangan seorang lagi ulama Melayu tersohor Sheikh Amad bin Al-Ashar Zayn alFan (m1325/1907). Beliau menghasilkan karya-karya dalam bidang aqdah seperti Iqd al-Juman fi aqid al-mn yang selesai penulisannya pada 6hb Muarram 1306/1hb September 1888, diikuti dengan Aqdat Usuluddin yang selesai ditulis dalam tahun 1321/1904 tetapi tiada maklumat lanjut tentang kitab ini. Menariknya, beliau juga menghasilkan Jumnat al-Tawd dan Munjiyt al-Awm li Manhaj al-Hud min alalam dalam bahasa Arab. Jumanat ditulis 27hb Raman 1293/1876 dan Munjiyt diselesaikan pada hari Jumaat 12hb Rabial-Awwal 1293/1876. Kedua-dua karangan tersebut ditulis dalam bentuk syair. Walau bagaimanapun, tiada siapa dapat menafikan bahawa satu-satunya karangan Syeikh Amad yang paling popular dan paling banyak dikaji ialah Fardat al-Farid f Ilm al-Aqid. Karya hebat ini telah diselesaikan penulisannya oleh beliau pada hari Isnin 12hb Rabiul awwal 1313/2hb September 1895 di Mekah. Sayugia diperingatkan bahawa karya ini telah banyak dibuat kajian dan disyarahkan pula oleh ulama terkemudian seperti Tuan Guru Haji Nik Abdullah Ahmad al-Jambuwi al-Fan yang menulis Pati Faridat al-Farai. Tambah menarik lagi apabila kitab ini telah disunting dengan beberapa penambahbaikan serta ditulis dengan lenggok bahasa Melayu moden oleh Professor Ibrahim Abu Bakar pada tahun 200733. Manakala Tuan Guru Haji Abd Allah b. Haj Ibrahim bin Abd al-Karim al-Fan al-Jabi pula
33

Sila rujuk Ibrahim Abu Bakar (penyelenggara), Faridat al-Faraid fi Ilm al-Aqaid. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

15

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

menghasilkan syarah yang bertajuk Umdat al-Talib al-Mujtahid fi Sharh Faridat alFaraid. Dalam pada itu Saiyid Uthman bin Abdullh bin Aqil bin Yay al-Alaw alBataw (m.1333/1914) tidak ketinggalan menghasilkan sebuah karya dalam aliran aqdah al-Ashar dengan selesainya kitab beliau yang berjudul Kitab Sifat Dua Puluh dalam tahun 1304/1886; Setahun kemudiannya Haji Muhamad Hussein bin Abd al-Laif alFan atau lebih dikenali dengan gelaran or Tok Kelaba menulis Muqaddimat al-afl f iftilhi dhi al-Jalal (1305/1887); Irsyd al-Muhtad il Syar Kifyat al-Muhtad of Shaykh Abd amd bin Muammad Al bin Abdul Qadir al-Khatib Quddus yang telah selesai menulisnya selepas waktu zuhur, hari khamis 3hb Muarram 1306/1888. Sebuah karya yang dikategorikan sebagai mekar sepanjang zaman sepertimana alDur al-Thamin dan Faridat al-Faraid adalah Aqdat al-Njn f Ul al-Dn wa taawwuf f al-affn karangan Syeikh Zayn al-Abidn bin Muammad al-Fan, yang selesai dikarang pada tahun 1308/ 1890. Kitab ini masih diajar di institusi pendidikan tradisional dan sudah banyak dikaji sehingga ke peringkat kedoktoran falsafah. Kitab yang tidak kurang penting selepas itu adalah hasil tulisan Shaykh Muammad Azhar bin Abdullh al-Falimbn iaituAqid al-mn and Badiuz f Bayni Qawid al-mn yang diselesaikan berselang setahun sahaja di mana kitab yang pertama selesai pada tahun 1309/1891 manakala yang kedua selesai pada tahun 1310/1892. Menariknya, dalam tahun 1310/1892 juga lahirnya kitab syarah Melayu yang juga membahaskan aqdah aliran al-Ashar berjudul Zahrat al-Murd f Aqid al-Tawid karangan Shaykh Al bin Abd al-Ramn bin Abd al-Ghafr Kutan al-Kalantn. Karya yang judulnya hampir sama dengan tajuk karangan Syeikh Abd al-amad alFalimbni ini telah ditransliterasi dan disusun dengan pendekatan baru oleh Noraine Abu masih popular dan mendapat sambutan yang baik sehingga kini Selang dua tahun selepas itu iaitu pada tahun 1312/1894 Haji Muammad usin bin Abd al-Laif al-Fan atau lebih terkenal dengan panggilan Tok Kelaba telah mengarang Hidyat al-Sayl f Bayn al-Masil manakala seorang lagi ulama Kelantan 16

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

Abd al-Raman bin Wan Sulaiman al-Kalantn pula telah menghasilkan Majmu alIrfn f marifati Aqid al-mn. Menghampiri abad ke 20 keghairahan menghasilkan karya-karya syarah aliran aqdah Ashari terus pesat dengan terbitnya karya-karya seperti;Umdat al-Murd f Ilm al-Tawd yang selesai ditulis pada tahun 1317/1899 oleh Syeikh Dawd bin Ismail alFan; Tamrin al-ibyn f Bayni Arkn al-Islm wa al-mn oleh Tuan usein Nair bin Mammad ayyib al-Masd al-Banjar pada hari sabtu 1hb Syaaban 1318/1900; Hidyat al-Ramn karangan aji Abd al-Laf bin aji Muammad Nuruddin (Haji Tambi) Melaka yang juga pada tahun yang sama ; Irsyd al-Anam fi Bayni Qawid alman wa al-Islm karangan Shaykh Abd al-Qadr bin abir Mandahiling (Mendailing) pada hari isnin 22 Jumad al-Awwal 1320/1902; Uul al-Dn Itiqd Ahl al-Sunnah wa alJamah karangan Shaykh Muammad Azhar al-Falimbn pada hari selasa 24hb Dhulqaidah 1323/1905; Fat al-Alm karangan Mufti aji Abd al-Raman iddiq bin Muammad Afif al-Banjar yang selesai ditulis pada hari jumaat 10hb Syaaban 1324/1906; Aqdat al-Munjiyati Fi Bayni Aqdat al-Muminn wa al-Mumint of Shaykh Muammad Alw bin Abdullh Khaib Andt al-Kampar pada tahun 1324/1906); Isnd al-Ghulm F Bayni al-mn wa al-Islm oleh Abd alAzz bin Muammad Nr al-Funtiyn (Pontianak) yang diselesaikan pada hari selasa, 12hb Jumad al-Awwal 1325/1907; Kifyat al-Awm karangan Haji Muammad bin Haji Muammad ali al-addd yang selesai ditulis pada 12th Syaban 1326/1908; Ul al-Dn f Sabl al-Itiqd karangan Haji Muammad Qasim bin aji Amad Pontianak pada 2hb Syawwal 1328/1910; Matn al-Jawharat al-Tawd Gantung Man oleh Abd al-Qadr bin Abd al-Raman al-Filfiln yang ditulis pada tahun 1331/1912; Shar Bakrat alAmn oleh Shaykh Ismal bin Abd al-Qadr al-Fan (Pakda El al-Fan) yang ditulis dalam tahun 1335/1916; Bidyat al-Tawd f lm al-Tawd of Shaykh Muammad Basiyun Imran yang selesai ditulis pada hari Rabu 13 Jumad al-Akhr 1336/1917; Hidyat al-Mutafakkirn f Taqqi marifati rabb al-lamn karangan Tuan usin Nair bin Mammad ayyib al-Masd al-Banjar yang dihasilkan dalam tahun 1337/ 1918, beliau juga menulis Ul al-Tawd f marifat uruq al-mn li al-Rabb al-Mujd, namun tiada maklumat bila ia disiapkan, walau bagaimanapun ia telah diromanisasikan 17

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

oleh Noraine Abu dan diterbitkan dalam bentuk terkini oleh Penerbitan al-Hidayah, dalam tahun 2006; Najat al-Ikhwn f m yaul bih al-Islm wa al-mn oleh Haji Abd al-Mubn bin Muammad ayyib Jabbar Shah al-Jarim al-Fan yang selesai menulisnya pada waktu Asar, hari Isnin 12hb Syaban 1337/12hb May 1918); AlMuqadimt al-Tawdiyyah oleh Haji Muammad Syarf bin Abd al-Raman yang telah selesai mengaangnya pada 14hb Rab ul Awwal 1338/7hb December 1919; Aqid almn oleh Mufti Haji Abd al-Raman iddiq bin Muammad Afif al-Banjar yang telah siap mengarangnya pada hari Selasa 16hb Rabiul Awwal 1338/1919; Al-Iqd al-Fard F Ilm al-Tawd selesai ditulis oleh Qa Haji Wan Ismail bin Shaykh Wan Amad alFan pada 15 Syaban 1341/1922; Fat al-Majd F Ilm al-Tawd oleh Haji Abd alMubn bin Mammad ayyb Jabbar Shah al-Jarimi al-Fan pada 20hb Safar 1342/1923; Fawid al-Zayn F Ilm Aqid Ul al-Dn karangan Haji Muammad Zayn Nuruddn bin Tuan Imm Shaykh Haji Abbas Ibn Haji Muammad Lashub pada waktu u, Jumaat, 7hb Rabiul Awwal 1342/1923; Dillat al-Awm of Haji Amad Suraji bin Ismail bin Muammad al-Kalantn tang selesai mengarangnya pada tanggal 10hb Ramaan 1342/1923; Bidyat al-libn il marifati Rabb al-lamn karangan Tuan usn Nair bin Mammad ayyib al-Masd al-Banjar selesai ditulis pada 27hb Rab al-Akhr 1344/1925; Jiwa Iman Pada Menjilahkan Amalan karangan Mufti haji Ibrahim bin Muammad Yusuf Ibn Muammad ali al-Kalantn tanggal 10th Jumadil Akhir 1345/1926, hari Khamis , sebelum waktu Zohor, Ul al-Tawd f Mrifat uruq al-man li Rabb al-Majd tulisan Tuan usin Nair bin Muammad ayyib al-Masd alBanjar yang diselesaikan penuliannya pada 6hb Syawwal 1346/1927; Pegangan yang Terutama pada Sedikit Daripada Pangkal Agama oleh Tengku Mamud Zuhdi bin Tengku Abd al-Raman bin Tuanku Nur bin Raja Belat Ibnu Raja Datu al-Fan alJw yang selesai ditulis pada 10 hb Syaban 1352/1933; Nazam sekurang-kurang Far Ayn Pada Bicara Ilmu Uuluddin selesai dikarang oleh Haji Mustafa bin Muammad ahr al-Nakuni (Nakon Samarat) pada malam Isnin 8hb Rabiul Awwal 1354/1935; Tarikh Sebutan Ahl al-Sunnah wa al-Jamah of Imran Salim bin Haji Al-Ashar Aqil selesai ditulis pada 3hb Rabiul Awwal 1359/10th April 1940 di Belinyu Bangka; Mifta al-ibyn f Aqid al-mn karangan aji Muamad Zayn Nuruddin bin Tuan Imam 18

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

Shaykh aji Abbas ibn aji Muammad Lashub yang diselesaikan pada tahun 1366/1946; Tadhkirat al-ufliyah F Tawidi Rabb al-Bariyyah oleh Haji Hasan bin Umar al-Jakani al-Fan, siap ditulis pada hari Jumaat 12hb Jamad al-Awwal 1368/1948; Perisai Bagi Sekalian Mukallaf oleh Shaykh Abd al-Qadr bin Abd al-Mualib Mandail al-Indunis yang selesai ditulis pada petang selasa 2hb Jamad al-Awwal 1376/1956; ariqat al-Hud ila Allah oleh asan bin Su, Ismail bin Haji Husin kampong Cempaka, Bachok, Naratiwat Patani, siapa ditulis pada pagi sabtu 30hb Jamad al-Awwal 1379/1959; Kebersihan Itiqad oleh Yusuf bin Sulung yang selesai dikarang pada hari Isnin 13th Jumadi al-Thn 1381/1961; Fat al-Jalil wa Syiful Ghalil oleh Haji Wan Ibrhim bin Abd al-Qadir bin Muaf al-Fan yang selesai dikarang pada 12hb Rabul Awwal 1386/1966; Manhj al-ibyn F Marifati al-Islm wa al-mn oleh Ismail bin Encik Hat al-Kawi, Kampung Kubat Setar, Patani, yang selesai menulisnya pada waktu zohor, hari Rabu 16hb Jumadi al-Awwal 1389/1969; Dato Abdullah bin Abd al-Raman Muar telah menghasilkan dua buah kitab syarah aqdah Melayu berdasarkan kitab al-Uqd al-Durriyyah karangan Shaykh amzah Fatullah. Kitabkitab tersebut adalah Matnu Rislat al-Tawdiyah dan Shar Rislat al-Tawdiyah; Risalat al-Misbah al-Munir karangan tuan Guru Abd Aziz bin Ismail al-Fan yang selesai ditulis pada hari Ahad, 2hb Jamadil Awwal 1409/1989 dan dicetak oleh Pustaka Aman Press pada tahun 1989,1990 dan 1994; Pegangan Sejati Ahli Sunnah Wal-Jamaah Suatu Keluhuran dan Kemurnian Pegangan Hidup dikarang oleh Ustaz Mohd Zaidi Abdullah yang megikut methodology penulisan para alim ulama terdahulu walaupun dipersembahkan dalam bentuk moden. Buku ini diterbitkan oleh Syathariyah Niagajaya Sdn Bhd, dengan cetakan pertama pada tahun 2000. Tidak dapat dinafikan mungkin ada lagi karangan-karangan yang menghuraikan aqidah al-Ashari yang masih belum ditemui namun usaha untuk mempertahankan pegangan ini akan terus menjadi agenda utama dalam mempertahanakan pegangan Ahl al-Sunnat wa al-Jamah sampai bila-bila.

PENUTUP Melihatkan kepada perkembangan penulisan syarah Melayu dikalangan alim ulama sepanjang zaman dalam memperjelaskan aqdah ahl al-Sunnah wa al-Jamah 19

Seminar Pemikiran Islam Peringkat Kebangsaan II (PEMIKIR II) 20-22 Julai 2010

khususnya dalam kerangka perbicaraan yang dipelopori oleh Imam al-Ashaari jelas menunjukkan ianya begitu konsisten sehinggalah ke hari ini. Karya-karya yang dihasilkan menjadi bukti bahawa gugatan-gugatan yang cuba mencarikkan keutuhan aqdah ahl Sunnah tidak pernah berjaya dalam mengelirukan umat Melayu walaupun ada segelintir yang terpengaruh namun secara keseluruhannya begitu kuat berpayung dibawahnya. Penulis mengira bahawa keutuhan ini adalah kesan dari sumbangan penulisan alim ulama ini yang tidak pernah penat mensyarah, menghurai dan menjelaskan dalam kitab-kitab karangan mereka walaupun Nampak secara kasarnya merkea membincangkan perkara yang sama namun hakikatnya mereka menulis untuk khalayak yang pelbagai. Ada sesetengah golongan yang mencemuh para alim ulama ini kerana hanya berupaya menghasilkan karya syarah sahaja tetapi gagal melahirkan karya-karya agung, maka kita ingin menegaskan kepada mereka berapa banyak karya syarah yang diiktiraf sebagai karya agung di mana ianya bukan sahaja memperkenalkan karangan yang disyarahkan mereka bahkan berjaya memperluaskan lagi sumber ilmu dan memperhebatkan tamadun Islam sehingga karangan mereka gah ditempatkan di rak-rak buku perpustakaan tersohor diseluruh dunia. Contoh yang mudah, lihat saja karangan alMurta al-Zabd yang berjudul Itf al-Sdat yang menghuraikan Iy Ulm al-Dn al-Ghazzl dalam bidang tasawwuf; Sharh al-Mawqif al-Jurjn yang menghuraikan buah fikiran al-Iji dalam bidang aqdah dan kalam dan banyak lagi. Semua ini menunjukkan kepada kita bahawa keputusan alim ulama kita yang menulis karya-karya syarah mereka telah menaburkan jasa yang besar kepada perkembangan ilmu dan ketinggian tammadun Islam dan Melayu sehingga kita mampu mempertahankan aqdah ahl al-Sunnah wa al-Jamah sehingga ke saat ini. Wallahualam.

20

Anda mungkin juga menyukai