Anda di halaman 1dari 8

Idealisme dan pendekatan Pertubuhan Muhammadiyah dalam membangunkan

sosio-ekonomi umat islam di Indonesia


(awal abad ke 20)

Terdapat ramai tokoh yang mempunyai peranan penting dalam gerakan kebangkitan
Islam di Nusantara khususnya di Indonesia. Antara tokoh-tokoh tersebut adalah Kiai
Haji Ahmad Dahlan, Ahmad Sukarti, Ahmad Hasan dan Kiai Haji Hasyim Asy’ri.

Seorang tokoh yang telah melakukan gerakan tajdid dan islah Islam di Indonesia iaitu
merujuk kepada K.H. Ahmad Dahlan. Beliau merupakan seorang ulama yang
melakukan reformasi dan merupakan seorang pemikir penting yang telah
mencetuskan revolusi bagi pembaharuan Islam di Indonesia.

Beliau dilahirkan di Kauman, Yogyakarta pada tahun 1868 dan diberi nama
Muhammad Darwis.

Bapanya, Kiai Haji Abu Bakar Bin Kiai Mas Sulaiman merupakan seorang khatib di
Masjid Besar Kesultanan Yogyakarta, manakala ibunya pula iaitu Nyai Abu Bakar
adalah puteri kepada H. Ibrahim Bin K.H. Hasan yang merupakan penghulu Kesultanan
Yogyakarta.

K.H. Ahmad Dahlan merupakan pengasas kepada sebuah organisasi sosial Islam yang
dikenali sebagai gerakan Muhammadiyah.
Ditubuhkan di Yogyakarta pada 18 November 1912 bersamaan dengan 8 Zulhijjah
1330 Hijrah atas cetusan idea, saranan oleh murid-murid beliau dan beberapa orang
anggota gerakan Islam yang lain iaitu gerakan Budi Utomo bagi mendirikan satu
lembaga pendidikan.

Berguru kepada ulama-ulama Indonesia yang tinggal di Mekah seperti Syeikh Ahmad
Khatib dari Minangkabau, Kiai Nawawi dari Banten, Kiai Mas Abdullah dari Surabaya,
dan Kiai Fakih dari Maskumambang.

Selain itu, beliau juga terpengaruh dengan tokoh-tokoh reformis Islam seperti Ibn
Taimiyyah, Ibn Wahhab, Jamaluddin Al-Afghani, Muhammad Abduh dan Rasyid Ridha.
Antara tokoh-tokoh lain yang terlibat dalam gerakan ini selain beliau ialah Nyi Ahmad
Dahlan, K.H. Fachruddin, K.H. Mas Mansur dan Jeneral Sudirman.

“ Secara umumnya, gerakan Muhammadiyah merupakan gerakan pemurnian dalam


usaha membersihkan Islam daripada unsur-unsur khurafat (penyimpangan akidah
Islam) dan bidaah (penyimpangan syariat Islam kerana wujudnya amalan yang
diada-adakan oleh umat yang sebelumnya tidak pernah diamalkan oleh Nabi
Muhammad S.A.W dalam hayat baginda. ”

KH Ahmad Dahlan

Pendidikan

Kehadiran gerakan Muhammadiyah sejak tahun 1912 sehingga tahun 1923 tidak
dapat dipisahkan dengan peranan K.H. Ahmad Dahlan sebagai pelopor gerakan
tersebut. Peranan beliau dapat dilihat dengan jelas melalui bidang pendidikan. Pada
awal penubuhan Muhammadiyah adalah berfokuskan kepada pendidikan untuk umat
Islam di Kampung Kauman. Antara pendekatan beliau dalam bidang pendidikan ialah
bekerjasama dengan organisasi lain seperti Budi Utomo agar gagasan pendidikan
beliau boleh tercapai.

Muhammadiyah di bawah kelolaan K.H. Ahmad Dahlan sangat memberi kesan dalam
bidang pendidikan. Hal ini dapat dilihat melalui perkembangan sistem pendidikan
yang telah diusahakan oleh beliau telah berkembang dengan pesat, walaupun setelah
beliau meninggal dunia. Sistem pendidikan yang beliau asaskan terbahagi kepada dua
iaitu sistem pendidikan Barat dan sistem pendidikan agama.

Beliau telah berkerjasama dengan organisasi Jamiatul Khair di bawah pendaftaran


keahlian 770,114 ahli Sarekat Islam (SI) dan Budi Utomo untuk memberi pendedahan
kepada umat Islam.

Semasa bergabung dengan Budi Utomo, K.H. Ahmad Dahlan telah memberi keutaman
untuk memasukkan dimensi agama dalam organisasi bersifat sekular tersebut dengan
harapan agar beliau dapat diserap masuk sebagai guru agama di sekolah-sekolah yang
diasaskan oleh pihak pemerintah penjajah Belanda termasuklah pejabat-pejabat
pemerintahan ketika itu.

Usaha beliau telah membuahkan hasil apabila beliau berjaya diangkat sebagai guru
agama di sekolah rakyat Belanda (Kweekschool) di Jetis dan sekolah Pamong Praja,
OSVIA dia Magelang.

Sikap beliau yang rasional dan tradisional dalam menterjemahkan ajaran Islam serta
penglibatan beliau secara aktif dalam organisasi Budi Utomo menjadi alasan beliau
diterima dalam organisasi tersebut, walaupun selepas penubuhan Muhammadiyah.
Beliau turut menggunakan pelbagai pendekatan seperti berkelah, bersukan, menyanyi
dan bermain muzik untuk membuka minda dan meluaskan pandangan anak-anak
murid beliau. Alat muzik yang digunakan tidak terbatas kepada gendang percussion
sahaja tetapi juga memberi kebebasan menggunakan alat-alat muzik moden lain.

Bahkan beliau sendiri mahir bermain biola.116 Beliau turut berjaya mengubah
lagu-lagu gereja kepada nasyid dengan memberi nafas baru dalam Islam. Walau
bagaimanpun, pendekatan tersebut telah menimbulkan ketegangan sehingga ke
peringkat cacian dan pernah suatu masa surau tempat beliau mengajar sering kali
menjadi sasaran balingan mercun

Beliau telah menyatukan ilmu pengetahuan dan agama agar dapat memperbaiki
kehidupan masyarakat Indonesia pada zaman kolonial Belanda.

Proses pendidikan yang dilakukan oleh beliau terhadap anak muridnya adalah secara
perlahan tetapi mampu difahami. Keberanian bertindak atau melakukan amal
kebaikan adalah lebih penting daripada sekadar membaca dan menghafal surah yang
banyak.

Hafalan surah yang banyak, tetapi tidak diimbangi dengan pemahaman dan
melaksanakan isi surah tersebut bagi beliau adalah kurang bermanfaat. Oleh itu,
metod mengajaran beliau bukan hanya mengajar anak-anak muridnya membaca dan
menghafal surah-surah dari Al-Quran, tetapi memahami maknanya dan kemudian
melaksanakan atau mengamalkan dalam kehidupan seharian

Dasar pendidikan akhlak beliau didasari oleh ajaran Islam yeng terdiri daripada tiga
perkara iaitu iman, ilmu dan amal. Iman di dalam hati yang menjadi dasar awal dan
kemudian dilanjutkan dengan ilmu untuk menyokong keyakinan yang sudah dimiliki.
Setelah memiliki iman dan ilmu, maka seseorang itu akan melakukan amal
perbuatannya dengan ikhlas
“Setinggi-tingginya pendidikan akal ialah pendidikan dengan Ilmu Mantiq iaitu suatu
ilmu yang membicarakan suatu yang sesuai dengan kenyataan sesuatu itu. Dan ilmu
tersebut harus dipelajari. Sebab tidak ada manusia yang mengetahui berbagai nama
dan Bahasa jika tidak ada yang mengajarinya, demikian orang yang mengajar itu
mendapat ilmu dari guru mereka dan seterusnya”

2. Sosial masyarakat.

K.H. Ahmad Dahlan telah memberi perhatian dalam usaha menghalang umat Islam
daripada menjadi mangsa korban misi Zending Kristian. Beliau menggunakan
pendekatan berhikmah iaitu dengan mengajak pendeta Kristian untuk berdialog dan
berdebat secara langsung dan terbuka. Selain itu, beliau juga menganjurkan umat
Islam untuk mengkaji semua agama secara rasional bagi mencari kebenaran dalam
ajaran-ajaran tersebut. Beliau turut beranggapan bahawa berdialog tentang agama
Kristian di boleh dilakukan di masjid

K.H. Ahamad Dahlan juga telah memanfaatkan masanya untuk berdialog dengan
Sayyid Utsman al Habsyi tentang kemudahan menggunakan balai cerap untuk
membuktikan ketepatan penentuan arah kiblat.132 Baliau juga telah membaiki sistem
takwim Jawa yang berkaitan dengan penentuan tarikh Hari Raya Aidil Fitri atau lebih
dikenali oleh masyarakat Jawa sebagai Hari Raya Puasa atau Grebeg Pasa. Pendekatan
beliau ini sangat wajar dijadikan sebagai satu model pergerakan dakwah dlam
masyarakat hari ini di mana keadaan masyarakat kini tidak sunyi dari pelbagai bentuk
tafsiran dan amalan yang menyimpang kesan daripada tinggalan adat istiadat
mahupun penyerapan unsur-unsur jahiliah moden dari Timur dan Barat.
K.H. Ahmad Dahlan juga seorang dermawan dan sentiasa membantu golongan yang
kurang berkemampuan. Salah satu sifat dermawan beliau adalah dalam peristiwa
berikut:

Suatu ketika ada seorang fakir menghampiri K.H. Ahmad Dahlan dan mengatakan
bahawa dia tidak memiliki pakaian yang bersih untuk solat. Tanpa berfikir panjang,
beliau membawa orang fakir tersebut ke rumahnya dan langsung masuk ke bilik
beliau. Di dalam bilik, beliau meminta agar fakir tersebut memilih pakaian yang
disenanginya dan beliau berikan secara langsung. Setelah peristiwa tersebut,
diketahui bahawa fakir tersebut ialah Raden Aspuri yang merupakan pengasas
Muhammadiyah di daerah Sumber Pucung

Ketika dalam pimpinan beliau juga, beliau bersama-sama para pelajarnya ke Pasar
Beringharjo, Yogyakarta iaitu tempat di mana lokasi pengemis dan fakir miskin
bergelimpangan.

Beliau memerintahkan kepada setiap pelajar beliau untuk mengajak fakir miskin itu ke
Masjid Besar. Di hadapan pelajar-pelajarnya, beliau memberi sabun, pakaian dan
makanan kepada golongan fakir tersebut, serta menasihati mereka agar kelihatan
bersih.

PKU ( Pembina Kesejahteraan umat ) telah didirikan oleh beberapa pemimpin


Muhammadiyah pada tahun 1918. PKU telah membantu pimpinan pusat
Muhammadiyah dalam bidang sosial masyarakat, seperti memberi bantuan kepada
orang-orang miskin dan yatim piatu. Antara kegiatan-kegiatan PKU ialah dengan
mewujudkan rumah penjagaan orang-orang miskin, rumah penjagaan anak-anak
yatim, rumah penjagaan untuk orang-orang sakit, membantu mayat yang terlantar,
mengurus pembahagian korban serta pembahagian zakat fitrah
Melalui PKU juga, Muhammadiyah telah mendirikan Balai Kesejahteraan Ibu dan Anak.
Tujuannya ialah untuk meningkatkan kesihatan wanita dengan sebaik-baiknya
khususnya bagi yang hamil, semasa melahirkan dan selepas melahirkan. Selain itu,
untuk meningkatkan kesihatan bayi melalui peningkatan gizi dan perlindungan
terhadap penyakit. Terakhir ialah untuk meningkatkan kesihatan ahli keluarga dengan
memantapkan perancangan keluarga yang sesuai dengan tuntutan agama Islam

Pendekatan Nilai-nilai “Ilahi” membuatkan masyarakat pada masa itu mengamalkan


nilai-nilai kemanusian, keadilan, pendamaian, ketertiban, kebersamaan dan keadaban

3. Ekonomi

4. Idealisme Pembangunan Politik , Bermasyarakat Dan Bernegara Muhammadiyah

Khittah Politik Muhamadiyah

1. Politik adalah aspek ajaran Islam

2. Membangunkan Negara Dan Bangsa Adalah Mutlak

3. Membina Masyarakat Madani berlandaskan ajaran islam yang sebenar.

4. Menyokong secara kritik perjuangan politik membangunkan negara.

5. Politik harus mampu amar maaruf, nahi mungkar

6. Tidak Bergabung dan berdiri secara langsung dengan mana-mana pertubuhan


politik

7. Kebebasan ahli memilih kehidpan berpolitik

8. Menggesa ahli yang aktif politik menjalankan tanggungjawab.

9. Bekerjasama dengan mana-mana pihak demi kebajikan dan kemaslahatan ummah.

Peranan Dalam Idealisme Politik, Bermasyarakat dan Bernegara

Merumuskan Ideologi Bernegara

Peranan Dalam PEMILU 1965

Membentuk Ideologi Dasar Negara


Pengimbangan Terhadap Fenomena

Kristenisasi Dalam Orde Baharu 1965

Kesimpulan

K.H. Ahmad Dahlan telah menyedari betapa pentingnya pendidikan agama Islam
kepada masyarakat untuk mengatasi masalah kemunduran umat. Peranan utama
beliau ialah dalam bidang pendidikan dan terdapat pelbagai pendekatan yang beliau
telah lakukan seperti bekerjasama dengan gerakan lain seperti Budi Utomo yang
banyak membantu beliau dalam usaha mendirikan sekolah. Sekolah pertama yang
beliau asasakan ialah Madrasah Ibtidaiyah Islamiyah iaitu setahun sebelum
penubuhan Muhammadiyah. Sekolah tersebut menggunakan metod Barat.

Beliau turut menubuhkan PKU untuk membantu golongan tersebut. Selain PKU, beliau
juga menubuhkan beberapa organisasi seperti Aisyiyah, Nasyiatul Aisyiyah dan Hizbul
Wathan di bawah gerakan Muhammadiyah.

K.H. Ahmad Dahlan merupakan seorang tokoh yang telah memberi sumbangan besar
kepada umat Islam di Indonesia, khususnya di Pulau Jawa. Walaupun menghadapi
pelbagai rintangan, tetapi beliau tetap berusaha untuk memurnikan semula agam
Islam yang sebenar melalui pendidikan yang diusahakan oleh gerakan
Muhammadiyah. Oleh itu, pada 27 Disember 1961, Presiden Soekarno dalam Surat
Keputusan No. 675 telah mengisytiharkan K.H. Ahmad Dahlan sebagai Pahlawan
Nasional di atas jasa-jasa beliau.

Anda mungkin juga menyukai