Anda di halaman 1dari 11

KAMPUNG AIR

PENGENALAN
DASAR PERANCANGAN FIZIKAL DESA NEGARA (DPF DESA NEGARA 2030)
Latar Belakang DPF Desa Negara
DPF Desa Negara merupakan dasar pembangunan desa yang pertama di Malaysia
berbentuk spatial. DPF Desa Negara 2030 disediakan selaras dengan langkah pertama
berdasarkan Pelan Indikatif 9 di dalam RFN Ke-2 yang menyatakan keperluan
terhadap sebuah dasar pembangunan desa negara. Dasar ini bertujuan mewujudkan
perancangan holistik bagi pembangunan desa dan melengkapkan Dasar Perbandaran
Negara yang disediakan untuk kawasan bandar di Malaysia. DPF Desa Negara
berbentuk ‘operational plan’ yang merangkumi aspek sosial, ekonomi, alam sekitar,
pengangkutan, infrastruktur, utiliti, warisan, pengurusan dan mekanisme
pemantauan. DPF Desa Negara ini menyediakan pernyataan dasar, strategi dan
langkah-langkah pencapaian mengikut tema dan teras bagi merealisasikan visi
pembangunan desa sehingga tahun 2030.

Satu sistem sokongan juga dibangunkan khusus untuk DPF Desa Negara iaitu
Characteristics of Rural Malaysia System (CHARMs) yang mengandungi kriteria
kemampanan desa, berperanan sebagai alat untuk menyokong membuat keputusan
perancangan dan pembangunan desa serta pemantauan pelaksanaan DPF Desa
Negara.

Kampung Atas Air

 Terletak di atas air sama ada di sungai, tasik atau laut dan rumah-rumah
dibina secara bertiang di atas air.
 Dihubung oleh jeti atau jambatan kayu.
 Pelbagai densiti mengikut lokasi.
 Majoriti penduduk adalah kaum Melayu dan Cina.

 Pekerjaan adalah menangkap ikan, membuat perahu dan menjalankan aktiviti


berasaskan hasil laut dan sungai.1

1
https://www.townplan.gov.my/content.php?ID=46
Bagi menuju negara maju dan sejahtera, pihak kerajaan Malaysia telah
menetapkan indikator yang perlu dicapai, salah satunya ialah alam sekitar. Alam
sekitar yang bersih akan menjadikan negara Malaysia selangkah menuju negara
maju dan sejahtera. Namun begitu, pada zaman mutakhir ini,pencemaran alam

Pada realitinya, jika dilihat pada hari ini, kebanyakan pencemaran yang telah
berlaku adalah disebabkan oleh kegiatan manusia pencemaran laut berlaku
apabila kesan berbahaya, atau mungkin berbahaya, terjadi akibat kemasukan
bahan kimia, zarah, sisa-sisa industri, pertanian dan perumahan, bunyi atau
ketersebaran organisma invasif ke dalam laut.

Lazimnya, pencemaran laut sering dilakukan oleh penduduk yang tinggal


berhampiran kawasan laut.Pelbagai jenis sampah-sarap yang dibuang, antaranya
ialah plastik, sisa najis manusia dan sebagainya.di negara kita amnya, banyak
kawana tempat tinggal yang berhampiran dengan kawasan laut. Hal ini dianggap
sebagai satu alternatif bagi pembuangan sampah kerana mereka menganggap
cara ini lebih mudah, murah dan tidak memerlukan kos bagi membayar pihak
kerajaan tempatan bagi memungut sampah domestik. 2

Di Malaysia, banyak tempat yang dijadikan kawasan tempat tinggal masyarakat


yang berhampiran laut. di Sabah terdapat beberapa kawasan yang di mana
penduduknya tinggal berhampiran laut. Petempatan ini dikenali sebagai rumah
pagan yang diduduki oleh beberapa jenis etnik di kawasan Tawau, ada beberapa
kawasan atau perkampungan yang dibina berdekatan laut seperti di
Perkampungan Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas, Tawau, Sabah.Petempatan ini
menyebabkan pencemaran laut yang sukar diatasi kerana majoriti masyarakat
membuang sampah domestik ke laut.Ini menyebabkan air laut menjadi mengsa
perbuatan masyarakat yang tinggal di situ.3

Jenis Penempatan Traditional

Terdapat empat (4) jenis perkampungan tradisional yang berbeza, iaitu kampung
tradisi, kampung nelayan, kampung terapung (dibina di atas air) serta kampung
2
Hamidi Ismail dan Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, (2006)." Isu-isu Pengurusan Alam
Sekitar":Negeri Sembilan Darul Khusus: Universiti Utara Malaysia.

3
Mohd Najmei Mohamad (2007) “Kajian Terhadap Keberkesanan Struktur Perangkap.” Kuala
Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia.
Orang Asli.Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari kajian ini, terdapat sejumlah
14,003 buah kampung di dalam kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan.
Daripada jumlah tersebut, kajian perlu diteruskan di 4,248 buah kampung lagi.
Berdasarkan hasil kajian tersebut, cara pengangkutan awam yang utama bagi
penduduk kampung adalah bas dan teksi.

Klasifikasi kesejahteraan dijalankan melalui kaedah Penilaian Pelbagai Kriteria (MCE).


Dengan adanya sistem klasifikasi ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (KPKT), serta pihak-pihak lain yang berkaitan berupaya mempertingkatkan
kualiti hidup di dalam kawasan kampung. Klasifikasi tersebut terbahagi kepada lima
kategori iaitu: Amat Sejahtera, Sejahtera, Sederhana Sejahtera, Kurang Sejahtera
dan Tidak Sejahtera.

Selaras dengan Wawasan 2020, usaha-usaha sedang dijalankan untuk memberikan


pendidikan yang sempurna kepada penduduk kampung. Ini termasuklah usaha
menyediakan sekolah-sekolah yang dilengkapi kemudahan ICT demi memastikan
penduduk kampung sentiasa mengikuti perkembangan teknologi semasa. Inisiatif
Jalur Lebar Negara (NBI) sedang dijalankan di kawasan-kawasan luar bandar di
bawah Peruntukan Perkhidmatan Universal untuk memudahkan lagi usaha-usaha
sedia ada.4

Isu pencemaran laut terus menerus berlaku disebabkan oleh beberapa faktor,
antaranya penduduk sudah terbiasa untuk membuang sampah ke dalam laut.
Sikap penduduk yang kerap membuang sampah ke dalam laut akan
menyebabkan keadaan laut semakin tercemar. Selain itu, terdapat juga
sesetengah penduduk yang tidak boleh ditegur atau dinasihati apabila membuang
sampah ke dalam laut turut menyebabkan masalah ini menjadi semakin serius
dan kritikal. Kawasan tempat tinggal penduduk yang berada di atas air turut
menjadi penyumbang utama kepada berlakunya pencemaran laut di kawasan
perkampungan Kurnia Jaya, Tawau. Hal ini kerana setelah ditinjau di kawasan
Kampung Kurnia Jaya, didapati hampir seratus peratus perumahan perkampungan
di situ berada di atas air yang dikenali sebagai rumah pagan menyebabkan

4
http://www.mdyan.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/kampung-tradisional
masalah pembuangan sampah-sarap dalam kalangan penduduk berada pada
tahap membimbangkan.

Isu pencemaran laut juga memberikan kesan yang mendalam terhadap


manusia.Salah satu masalah yang dihadapi oleh manusia ialah menjejaskan
aktiviti seharian.Pencemaran laut telah mengundang pelbagai masalah seperti
ketiadaan sumber air bersih.Penduduk yang bergantung kepada air laut bagi
menjalankan aktiviti seharian tidak mampu untuk menjalankan aktiviti seharian
seperti membasuh kain dan sebagainya disebabkan air laut yang sudah
bercampur dengan bahan-bahan yang membawa kepada pencemaran air
laut.Selanjutnya, pencemaran laut juga menyebabkan penduduk terganggu oleh
masalah bau busuk yang datang daripada air laut yang kotor.Keadaan ini
membawa kepada kehadiran binatang yang kotor seperti tikus dan lalat yang
hinggap pada makanan sekaligus membawa kepada masalah penyakit seperti
cirit-birit, keracunan makanan dan lain-lain.

Rasional isu ini menjadi pilihan saya kerana pencemaran laut telah memberikan
kesan buruk kepada kesihatan selain mengganggu aktiviti seharian penduduk
Kampung Kurnia Jaya.Berdasarkan daripada pengalaman saya dan telah
mendapati bahawa isu pencemaran laut di Kampung Kurnia Jaya adalah berpunca
daripada sikap penduduk kampung itu sendiri yang membuang sampah ke dalam
laut sehingga menyebabkan kandungan air laut yang bersih telah bertukar warna
menjadi coklat kehitaman hingga meninggalkan pelbagai kesan buruk kepada
penduduk kampung Kurnia Jaya, Tawau, Sabah. Pencemaran laut memberikan
banyak kesan buruk kepada penduduk Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas,
Tawau5

Peta : Kawasan Tawau

5
Hazliza Rahman (2007) “Pencemaran Air Terhadap Struktur Bumi.” Kuala Lumpur:
Universiti Sains Malaysia.
Peta di atas menunjukkan kawasan kajian yang dijalankan di Kampung
Kurnia Jaya, Tawau, Sabah.Kampung ini terletak di Batu 4 Jalan Apas,
Tawau daerah Tawau merupakan daerah yang terletak I Sabah I Bawah
Bayu. Kawasan perkampungan ini terdiri daripada perumahan setinggan di
atas air atau dikenali sebagai rumah pagan. Kampung Kurnia Jaya terletak
berhampiran Kampung Hidayat, Kampung Air dan Kampung Kinabutan Kecil
yang ada di Batu 4 Jalan Apas.Kampung Kurnia Jaya mempunyai latitud
3.1028 dan longitud 101.807 serta 5 kilometer dari bandar
Tawau.Perkampungan Kurnia Jaya terletak di pesisir pantai dan
berhampiran dengan Sungai Kinabutan Kecil. Populasi penduduk di kawasan
Kampung Kurnia Jaya adalah 21 000 orang (Pusat Banci Negara) yang
didiami lebih kurang 280 buah rumah.

ISU DAN KESAN TERHADAP MERITIM


KESAN PEMBUANGAN SAMPAH TERHADAP ALAM SEKITAR

Pencemaran laut yang berlaku di Kampung Kurnia Jaya, Tawau.

Pencemaran Laut
Pencemaran menjejaskan keindahan air laut akibat tercemar. Sisa makan
dan buangan sampah bercampur dengan sisa najis Pencemaran air
membawa kepada pemandangan yang kurang elok dan menjengkelkan.Ini
menyebabkan jumlah pelancong yang yang mengunjungi negara ini juga
semakin berkurangan. Keadaan air sungai atau laut yang kotor akan
menimbulkan perasaan kurang selesa masyarakat yang tinggal berdekatan.

Selain itu, penduduk mengalami masalah bekalan air bersih.Penduduk


menyatakan bahawa kerap mengalami masalah kekurangan bekalan air
bersih air laut mengundang bau busuk sewaktu air laut mulai pasang. Selain
itu pula penduduk menyatakan bahawa bersetuju kerana air bercampur
dengan sampah-sarap.

Kesan yang boleh didapati ialah aktiviti penjaja ikan dan peniaga kedai
makan menerima kesan daripada pencemaran laut. Sementara itu,
penduduk menyatakan bahawa binatang perosak sering hinggap pada
makanan dan ikan-ikan yang dijual. pula bersetuju bahawa peniaga dan
penjaja mengalami kerugian kerana penduduk tidak membeli barangan
mereka kerana risau telah tercemar.
Selain itu, bagi faktor kos untuk pembersihan laut semakin meningkat,
sampah sarap dari jenis plastik tidak mudah lupus. Lantaran itu, jumlah
sampah yang terlalu banyak dan terkumpul dalam tempoh yang lama turut
menyukarkan kerja pembersihan kawasan laut. Pencemaran laut
memberikan kesan negatif kepada penduduk mengalami masalah kesihatan
.

Menganggu Keseimbangan Ekosistem


Pengurusan sampah sarap yang tidak teratur di kawasan Kampung Rampaian akan
menyebabkan pelbagai kesan yang negatif sehingga menjejaskan keseimbangan
ekosistem persekitaran perkampungan tersebut. Perkara ini dapat dijelaskan seperti
berikut. Sampah yang mengandungi bahan kimia atau bahan organik seperti sisa-
sisa makanan dan najis, jika dibuang ke dalam kawasan air boleh menyebabkan air
dikawasan itu mendapat jumlah nutrien yang berlebih-lebihan. Keadaan ini boleh
menyebabkan berlakunya proses “eutrophication” dimana nutrien-nutrien tersebut
menyebabkan alga tumbuh berlebih-lebihan dan apabila alga-alga itu mati, bakteria
yang mereputkan atau ‘decompose’ alga tersebut akan mempergunakan jumlah
oksigen yang banyak hingga menyebabkan hidupan air yang lain tidak dapat hidup
kerana kekurangan oksigen. Akibat daripada kekurangan oksigen ini menyebabkan
banyak hidupan-hidupan akuatik mati di dalam sungai tersebut. Malahan,
menyebabkan berlakunya pencemaran bau hasil daripada bangkai-bangkai hidupan
air yang kekurangan oksigen. Kesan daripada ini juga akan menganggu keselesaan
penduduk Kampung Rampaian yang terpaksa menghadapi masalah pencemaran bau
daripada sampah yang tidak diurus dengan baik serta bau busuk bangkai hidupan
akuatik yang mati di kawasan sungai di kampung tersebut.

Memandangkan Malaysia adalah negara pengguna makanan laut terbesar di Asia


Tenggara, maka tidak hairanlah sekiranya rakyat negara ini gemarkan makanan ini
Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) Antonio Guterres memberi
amaran, lautan akan mengandungi lebih banyak plastik daripada ikan menjelang
2050. Pada masa ini, terdapat lebih daripada 170 juta tan plastik di laut dan
sesetengah daripadanya dimakan oleh ikan yang menjadi hidangan kita.Terdapat
banyak kes yang didokumentasikan mengenai hidupan marin yang mati akibat
memakan plastik atau terperangkap dalam sisa plastik. Walaupun hidupan marin itu
tidak mati, bahan plastik yang dimakan masih tersimpan di dalam sistem
badannya.Walaupun sisa plastik yang besar boleh dibuang daripada ikan yang lebih
besar ketika menyediakan hidangan, kebimbangan utama adalah plastik mikro yang
dimakan oleh ikan kecil dan kerang-kerangan yang lebih kecil, yang boleh meresap
ke dalam isinya, dan tidak dapat dikesan.

Plastik mikro

Plastik mikro adalah serpihan kecil bersaiz kurang daripada 5mm yang terhasil
daripada kepingan plastik lebih besar yang dibuang ke dalam laut. Plastik yang
bukan terbiodegradasikan boleh mengambil masa sehingga 1,000 tahun untuk
mengurai.Plastik itu akan mereput secara perlahan-lahan namun tidak akan hilang
sepenuhnya. Sebaliknya, kepingan halus plastik akan berada dalam lautan selama
berabad-abad, mengancam hidupan marin dan mencemarkan ekosistem
lautan.Plastik mikro termasuk sisa plastik terurai, serat sintetik dan butir halus plastik
“plastic microbead” yang terdapat dalam produk seperti pencuci muka. Hidupan
marin akan makan plastik mikro kerana menyangka ia makanan, jadi ia akan masuk
ke dalam tubuh manusia melalui makanan laut, air paip dan makanan lain seperti
gula.Risiko terhadap manusia masih belum diketahui tetapi beberapa jenis plastik
dikenal pasti boleh melarut resapkan toksin. Oleh itu, terdapat kebimbangan jika
plastik mikro akan terkumpul di dalam tubuh manusia, dan boleh mendatangkan
kesan buruk kepada kesihatan. Selain itu, dikhuatiri juga jika partikel plastik yang
sangat halus boleh meresap ke dalam saluran darah manusia.
Walaupun umumnya ramai yang tidak peduli apa yang masuk ke dalam makanan
mereka, ada keperluan untuk memberi perhatian pada hal ini kerana sebarang
ancaman terhadap sumber pemakanan bukan sahaja akan memberi kesan kepada
kesihatan individu tetapi juga menjadi beban kepada sistem kesihatan awam.

Plastik pakai buang

Plastik dianggap sebagai suatu bahan ajaib ketika pertama kali dicipta pada 1907
tetapi pada hari ini, 40% plastik dibuat hanya untuk tempoh penggunaan yang
singkat sebelum dibuang.Dikenali sebagai plastik pakai buang, plastik jenis ini hanya
digunakan sekali – dan ada kalanya digunakan hanya untuk beberapa minit sebelum
dibuang atau dikitar semula. Antaranya adalah penyedut minuman, botol air mineral
dan pembungkus makanan atau produk-produk lain.

Pengeluaran besar-besaran plastik bermula pada tahun 1950-an. Menurut kajian


yang diterbitkan semula dalam jurnal Science Advances, kira-kira 8.3 bilion tan
produk dihasilkan sehingga kini, namun 6.3 bilion daripadanya menjadi sisa.
Malangnya, hanya 9% daripada sisa plastik itu dikitar semula.Selebihnya masih
berselerak di persekitaran, berada di tapak pelupusan dan juga di
lautan.Penyelidikan pada 2015 yang diketuai oleh Profesor kejuruteraan alam sekitar
University of Georgia Jenna Jambeck juga mendedahkan sebahagian besar plastik di
lautan bukan yang dibuang dari kapal tetapi sebaliknya berpunca daripada perbuatan
manusia yang membuang sampah sewenang-wenangnya di merata tempat di darat
dan sungai, kebanyakannya berlaku di Asia. Sisa plastik ini kemudian ditiup angin
atau dibawa arus ke laut.

Pasukan ahli sains yang sama juga mendedahkan Malaysia sebagai pelaku terburuk
kelapan di seluruh dunia untuk pembuangan sisa plastik. Statistik yang dibentangkan
dalam jurnal Sains pada 2015, menganggarkan Malaysia menghasilkan hampir satu
juta tan sisa plastik salah urus (sisa tidak dikitar semula atau dilupuskan dengan
betul) pada 2010. Ia juga menamakan China sebagai negara yang paling
bertanggungjawab untuk sisa plastik di lautan, diikuti Indonesia, Filipina, Vietnam,
Sri Lanka, Thailand, Mesir, Malaysia, Nigeria dan Bangladesh.

Jambeck diiktiraf di peringkat antarabangsa untuk penyelidikannya mengenai sisa


plastik di lautan dan kajian yang dijalankan oleh pasukannya adalah analisis global
pertama mengenai pengeluaran, penggunaan dan nasib kesemua plastik yang
pernah dibuat.Pembakaran juga bukan merupakan jawapan penyelesaian kepada
sisa buangan plastik. Pembakaran plastik boleh membebaskan gas dan bahan
berbahaya seperti logam berat, toksin dan sebatian kimia yang mengambil masa
sangat lama untuk terbiodegradasi, jadi ia akan kekal dalam persekitaran dan boleh
menimbulkan bahaya kepada kesihatan. Di samping itu, ia juga boleh menyebabkan
pencemaran alam sekitar dan akhirnya menjejaskan hidupan marin.

RUJUKAN
Hamidi Ismail dan Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, (2006)." Isu-isu
PengurusanAlam Sekitar":Negeri Sembilan Darul Khusus: Universiti Utara
Malaysia.

Hazliza Rahman (2007) “Pencemaran Air Terhadap Struktur Bumi.” Kuala


Lumpur: Universiti Sains Malaysia.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2000b). "Definisi laut," Selangor Darul
Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd Najmei Mohamad (2007) “Kajian Terhadap Keberkesanan Struktur


Perangkap.” Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia.

RUJUKAN SUMBER SESAWANG

Plan Malaysia, 25 Julai 2018,Plan Malaysia Jabatan Perancangan Desa, Kuala Lumpur
https://www.townplan.gov.my/content.php?ID=46

Portal Rasmi Majlis daerah Yan ,15/5/2019, Majlis Daerah Yan, Kedah
http://www.mdyan.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/kampung-tradisional

PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa),


Jalan Cenderasari, 50646, Kuala Lumpur.
Tel: 03-2265 0600 | Faks: 03-2265 0601
Emel: korporat at townplan dot gov dot my

Tarikh Dikemaskini: 25 Julai 2018

PLANMalaysia (Jabatan Perancangan Bandar Dan Desa),


Jalan Cenderasari, 50646, Kuala Lumpur.

Tel: 03-2265 0600 | Faks: 03-2265 0601


Emel: korporat at townplan dot gov dot my

Tarikh Dikemaskini: 25 Julai 2018

Anda mungkin juga menyukai