Anda di halaman 1dari 8

1.

0 PENGENALAN
DASAR PERANCANGAN FIZIKAL DESA NEGARA (DPF DESA NEGARA 2030)

Latar Belakang DPF Desa Negara


DPF Desa Negara merupakan dasar pembangunan desa yang pertama di Malaysia
berbentuk spatial. DPF Desa Negara 2030 disediakan selaras dengan langkah pertama
berdasarkan Pelan Indikatif 9 di dalam RFN Ke-2 yang menyatakan keperluan
terhadap sebuah dasar pembangunan desa negara. Dasar ini bertujuan mewujudkan
perancangan holistik bagi pembangunan desa dan melengkapkan Dasar Perbandaran
Negara yang disediakan untuk kawasan bandar di Malaysia. DPF Desa Negara
berbentuk ‘operational plan’ yang merangkumi aspek sosial, ekonomi, alam sekitar,
pengangkutan, infrastruktur, utiliti, warisan, pengurusan dan mekanisme
pemantauan. DPF Desa Negara ini menyediakan pernyataan dasar, strategi dan
langkah-langkah pencapaian mengikut tema dan teras bagi merealisasikan visi
pembangunan desa sehingga tahun 2030.

Satu sistem sokongan juga dibangunkan khusus untuk DPF Desa Negara iaitu
Characteristics of Rural Malaysia System (CHARMs) yang mengandungi kriteria
kemampanan desa, berperanan sebagai alat untuk menyokong membuat keputusan
perancangan dan pembangunan desa serta pemantauan pelaksanaan DPF Desa
Negara.

Kampung Atas Air

 Terletak di atas air sama ada di sungai, tasik atau laut dan rumah-rumah
dibina secara bertiang di atas air.
 Dihubung oleh jeti atau jambatan kayu.
 Pelbagai densiti mengikut lokasi.
 Majoriti penduduk adalah kaum Melayu dan Cina.

 Pekerjaan adalah menangkap ikan, membuat perahu dan menjalankan aktiviti


berasaskan hasil laut dan sungai.1

1
https://www.townplan.gov.my/content.php?ID=46
Bagi menuju negara maju dan sejahtera, pihak kerajaan Malaysia telah menetapkan
indikator yang perlu dicapai, salah satunya ialah alam sekitar. Alam sekitar yang
bersih akan menjadikan negara Malaysia selangkah menuju negara maju dan
sejahtera. Namun begitu, pada zaman mutakhir ini,pencemaran alam

Pada realitinya, jika dilihat pada hari ini, kebanyakan pencemaran yang telah
berlaku adalah disebabkan oleh kegiatan manusia pencemaran laut berlaku apabila
kesan berbahaya, atau mungkin berbahaya, terjadi akibat kemasukan bahan kimia,
zarah, sisa-sisa industri, pertanian dan perumahan, bunyi atau ketersebaran
organisma invasif ke dalam laut.

Lazimnya, pencemaran laut sering dilakukan oleh penduduk yang tinggal


berhampiran kawasan laut.Pelbagai jenis sampah-sarap yang dibuang, antaranya
ialah plastik, sisa najis manusia dan sebagainya.di negara kita amnya, banyak
kawana tempat tinggal yang berhampiran dengan kawasan laut. Hal ini dianggap
sebagai satu alternatif bagi pembuangan sampah kerana mereka menganggap cara
ini lebih mudah, murah dan tidak memerlukan kos bagi membayar pihak kerajaan
tempatan bagi memungut sampah domestik.2

Di Malaysia, banyak tempat yang dijadikan kawasan tempat tinggal masyarakat


yang berhampiran laut. di Sabah terdapat beberapa kawasan yang di mana
penduduknya tinggal berhampiran laut. Petempatan ini dikenali sebagai rumah
pagan yang diduduki oleh beberapa jenis etnik di kawasan Tawau, ada beberapa
kawasan atau perkampungan yang dibina berdekatan laut seperti di Perkampungan
Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas, Tawau, Sabah.Petempatan ini menyebabkan
pencemaran laut yang sukar diatasi kerana majoriti masyarakat membuang sampah
domestik ke laut.Ini menyebabkan air laut menjadi mengsa perbuatan masyarakat
yang tinggal di situ.3

Jenis penempatan Traditional

2
Hamidi Ismail dan Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, (2006)." Isu-isu Pengurusan Alam
Sekitar":Negeri Sembilan Darul Khusus: Universiti Utara Malaysia.

3
Mohd Najmei Mohamad (2007) “Kajian Terhadap Keberkesanan Struktur Perangkap.” Kuala
Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia.
Terdapat empat (4) jenis perkampungan tradisional yang berbeza, iaitu kampung
tradisi, kampung nelayan, kampung terapung (dibina di atas air) serta kampung
Orang Asli.

Berdasarkan maklumat yang diperolehi dari kajian ini, terdapat sejumlah 14,003
buah kampung di dalam kawasan pentadbiran Pihak Berkuasa Tempatan. Daripada
jumlah tersebut, kajian perlu diteruskan di 4,248 buah kampung lagi.

Berdasarkan hasil kajian tersebut, cara pengangkutan awam yang utama bagi
penduduk kampung adalah bas dan teksi.

Klasifikasi kesejahteraan dijalankan melalui kaedah Penilaian Pelbagai Kriteria (MCE).


Dengan adanya sistem klasifikasi ini, Kementerian Perumahan dan Kerajaan
Tempatan (KPKT), serta pihak-pihak lain yang berkaitan berupaya mempertingkatkan
kualiti hidup di dalam kawasan kampung. Klasifikasi tersebut terbahagi kepada lima
kategori iaitu: Amat Sejahtera, Sejahtera, Sederhana Sejahtera, Kurang Sejahtera
dan Tidak Sejahtera.

Selaras dengan Wawasan 2020, usaha-usaha sedang dijalankan untuk memberikan


pendidikan yang sempurna kepada penduduk kampung. Ini termasuklah usaha
menyediakan sekolah-sekolah yang dilengkapi kemudahan ICT demi memastikan
penduduk kampung sentiasa mengikuti perkembangan teknologi semasa. Inisiatif
Jalur Lebar Negara (NBI) sedang dijalankan di kawasan-kawasan luar bandar di
bawah Peruntukan Perkhidmatan Universal untuk memudahkan lagi usaha-usaha
sedia ada.4

Isu pencemaran laut terus menerus berlaku disebabkan oleh beberapa faktor,
antaranya penduduk sudah terbiasa untuk membuang sampah ke dalam laut.
Sikap penduduk yang kerap membuang sampah ke dalam laut akan
menyebabkan keadaan laut semakin tercemar. Selain itu, terdapat juga
sesetengah penduduk yang tidak boleh ditegur atau dinasihati apabila membuang
sampah ke dalam laut turut menyebabkan masalah ini menjadi semakin serius
dan kritikal. Kawasan tempat tinggal penduduk yang berada di atas air turut
menjadi penyumbang utama kepada berlakunya pencemaran laut di kawasan
perkampungan Kurnia Jaya, Tawau. Hal ini kerana setelah ditinjau di kawasan
Kampung Kurnia Jaya, didapati hampir seratus peratus perumahan perkampungan
di situ berada di atas air yang dikenali sebagai rumah pagan menyebabkan

4
http://www.mdyan.gov.my/ms/pelawat/destinasi-menarik/kampung-tradisional
masalah pembuangan sampah-sarap dalam kalangan penduduk berada pada
tahap membimbangkan.

Isu pencemaran laut juga memberikan kesan yang mendalam terhadap


manusia.Salah satu masalah yang dihadapi oleh manusia ialah menjejaskan
aktiviti seharian.Pencemaran laut telah mengundang pelbagai masalah seperti
ketiadaan sumber air bersih.Penduduk yang bergantung kepada air laut bagi
menjalankan aktiviti seharian tidak mampu untuk menjalankan aktiviti seharian
seperti membasuh kain dan sebagainya disebabkan air laut yang sudah
bercampur dengan bahan-bahan yang membawa kepada pencemaran air
laut.Selanjutnya, pencemaran laut juga menyebabkan penduduk terganggu oleh
masalah bau busuk yang datang daripada air laut yang kotor.Keadaan ini
membawa kepada kehadiran binatang yang kotor seperti tikus dan lalat yang
hinggap pada makanan sekaligus membawa kepada masalah penyakit seperti
cirit-birit, keracunan makanan dan lain-lain.

Rasional isu ini menjadi pilihan saya kerana pencemaran laut telah memberikan
kesan buruk kepada kesihatan selain mengganggu aktiviti seharian penduduk
Kampung Kurnia Jaya.Berdasarkan daripada pengalaman saya dan telah
mendapati bahawa isu pencemaran laut di Kampung Kurnia Jaya adalah berpunca
daripada sikap penduduk kampung itu sendiri yang membuang sampah ke dalam
laut sehingga menyebabkan kandungan air laut yang bersih telah bertukar warna
menjadi coklat kehitaman hingga meninggalkan pelbagai kesan buruk kepada
penduduk kampung Kurnia Jaya, Tawau, Sabah. Pencemaran laut memberikan
banyak kesan buruk kepada penduduk Kampung Kurnia Jaya, Batu 4 Jalan Apas,
Tawau5

LOKASI
Peta

Peta : Kawasan Tawau

5
Hazliza Rahman (2007) “Pencemaran Air Terhadap Struktur Bumi.” Kuala Lumpur:
Universiti Sains Malaysia.
Peta 2 : Peta daerah Tawau

Peta di atas menunjukkan kawasan kajian yang dijalankan di Kampung


Kurnia Jaya, Tawau, Sabah.Kampung ini terletak di Batu 4 Jalan Apas,
Tawau.aerah Tawau merupakan aerah yang terletak I Sabah I Bawah Bayu.
Kawasan perkampungan ini terdiri daripada perumahan setinggan di atas air
atau dikenali sebagai rumah pagan. Kampung Kurnia Jaya terletak
berhampiran Kampung Hidayat, Kampung Air dan Kampung Kinabutan Kecil
yang ada di Batu 4 Jalan Apas.Kampung Kurnia Jaya mempunyai latitud
3.1028 dan longitud 101.807 serta 5 kilometer dari bandar
Tawau.Perkampungan Kurnia Jaya terletak di pesisir pantai dan
berhampiran dengan Sungai Kinabutan Kecil. Populasi penduduk di kawasan
Kampung Kurnia Jaya adalah 21 000 orang (Pusat Banci Negara) yang
didiami lebih kurang 280 buah rumah.6

6
Gambar

Pencemaran laut yang berlaku di Kampung Kurnia Jaya, Tawau.

Pencemaran Laut
Pencemaran menjejaskan keindahan air laut akibat tercemar.Informan 1
bersetuju dengan soalan tersebut kerana pelbagai jenis sampah bercampur
dengan sisa najis.Informan 2 dan Informan 3 juga bersetuju dan masing-
masing dengan alasan bahawa sampah terkumpul di kawasan air laut dalam
tempoh masa yang lama dan kerana banyak sampah terkumpul dan
terapung di kawasan laut. Pencemaran air membawa kepada pemandangan
yang kurang elok dan menjengkelkan.Ini menyebabkan jumlah pelancong
yang yang mengunjungi negara ini juga semakin berkurangan. Keadaan air
sungai atau laut yang kotor akan menimbulkan perasaan kurang selesa
masyarakat yang tinggal berdekatan.

Selain itu, penduduk mengalami masalah bekalan air bersih.Informan


menyatakan bahawapenduduk kerap mengalami masalah kekurangan
bekalan air bersih air laut mengundang bau busuk sewaktu air laut mulai
pasang.Informan 3 pula menyatakan bahawa bersetuju kerana air
bercampur dengan sampah-sarap.

Kesan yang boleh didapati ialah aktiviti penjaja ikan dan peniaga kedai
makan menerima kesan daripada pencemaran laut. Informan 1 menyatakan
bahawa binatang perosak sering hinggap pada makanan dan ikan-ikan yang
dijual. pula bersetuju bahawa peniaga dan penjaja mengalami kerugian
kerana penduduk tidak membeli barangan mereka kerana risau telah
tercemar, manakala Informan 3 menyangkal soalan itu engan menyatakan
bahawa peniaga dan penjaja tidak terganggu kerana barangan yang dijual
dijaga dan menggunakan penutup makanan.

Selain itu, bagi faktor kos untuk pembersihan laut semakin meningkat,
Ketiga-tiga informan menyokong pernyataan tersebut dengan jawapan
kerana kuantiti sampah yang banyak serta tidak mudah lupus. Lantaran itu,
jumlah sampah yang terlalu banyak dan terkumpul dalam tempoh yang
lama turut menyukarkan kerja pembersihan kawasan laut. Pencemaran laut
memberikan kesan negatif kepada penduduk mengalami masalah kesihatan
.

KESAN TERHADAP MERITIM

RUJUKAN
Hamidi Ismail dan Tuan Pah Rokiah Syed Hussain, (2006)." Isu-isu
PengurusanAlam Sekitar":Negeri Sembilan Darul Khusus: Universiti Utara
Malaysia.

Hazliza Rahman (2007) “Pencemaran Air Terhadap Struktur Bumi.” Kuala


Lumpur: Universiti Sains Malaysia.

Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka (2000b). "Definisi laut," Selangor Darul
Ehsan: Dewan Bahasa dan Pustaka

Mohd Najmei Mohamad (2007) “Kajian Terhadap Keberkesanan Struktur


Perangkap.” Kuala Lumpur: Universiti Teknologi Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai