Anda di halaman 1dari 21

Universiti Tenaga Nasional

MASB 113
Pengajian Malaysia
Tajuk: Pencemaran Air
Nombor Kumpulan: 9

Ahli Kumpulan:
Nama
Tang Lai Hing
Ewe Chern Yue
Ooi Zhong Yang
Wong Yee Mei
Tiu Lean Zong

ID Pelajar
ME 089460
ME 090152
ME090218
EE 089911
EP 089953

Isi Kandungan
No.
1.
2.
3.
4.
5.
6.
7.
8.
9.

Tajuk
Senarai Kandungan
Pengenalan
Masalah pencemaran air
Punca-punca pencemaran air
Kesan-kesan pencemaran air
Langkah-langkah penyelesaian
Kesimpulan
Rujukan
Lampiran

Muka Surat
1
2
3-5
6-8
9-11
12-14
15-16
17
18

Pengenalan
Air merupakan sumber keperluan utama manusia. Air amatlah penting dalam
kegiatan seharian manusia seperti mencuci baju, membasuh pinggan, meminum dan
mandi. Tanpa adanya air, segala kegiatan harian akan terbantut, tidak dapat dijalankan
dan memberi banyak kesulitan kepada manusia. Justeru, sumber air haruslah dihargai
dan cara penggunaanya haruslah dititikberatkan. Namun sebaliknya pada masa kini,
sikap manusia yang tidak bertanggungjawab dan tidak menghargai sumber air telah
mencemarkan sungai yang merupakan asas sumber air. Amalan negara yang
membangun dan negara yang mementingkan sektor perkilangan dan perindustrian
adalah penyebab berlakunya pencemaran air. Pencemaran akan membawa pelbagai
kesan negatif kepada manusia, haiwan dan tumbuhan sekiranya pembuangan sisa-sisa
tidak diurus dengan baik.
Pencemaran air adalah suatu perubahan keadaan di suatu tempat penampungan air
seperti danau, sungai, lautan dan air tanah akibat perbuatan manusia. Menurut Akta
Kualiti Alam Sekeliling 1974, definisi polusi atau pencemaran air adalah apa-apa
perubahan langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau
radioaktif iaitu mana-mana bahagian alam sekitar yang melepaskan, mengeluarkan,
atau meletakkan buangan ini sehingga menjejaskan kegunaannya dan menyebabkan
suatu keadaan merbahaya dan memudaratkan kesihatan, keselamatan dan kebajikan
pihak awam, atau kehidupan lain seperti burung, hidupan liar, ikan dan hidupan
akuatik serta tumbuh-tumbuhan air.
Pencemaran air ini berlaku apabila terdapat perubahan dari segi kandungan,
keadaan, warna dan kualiti sehingga tidak sesuai diguna atau diminum dan memberi
kesan apabila digunakan. Pencemaran berlaku sama ada dari segi biologi, kimia, dan
fizik. Masalah pencemaran air di Malaysia adalah dari pembuangan sampah dari
kawasan perumahan di sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Pembuangan bahan
buangan seperti sampah, minyak, dan najis secara tidak terkawal akan menyebabkan
sifat air berubah dan seterusnya membawa kepada pencemaran. Sebagai contoh,
Sungai Semenyih antara sungai yang tercemar disebabkan oleh najis babi sekitar
tahun 1980-an. Sungai yang tercemar ini akan mengalir ke laut dan seterusnya
membawa kepada pencemaran laut. Implikasi-implikasi pencemaran air amatlah besar
dan menjejaskan banyak pihak bahkan manusia, hidupan aquatik dan burung.
2

Masalah-masalah pencemaran air


Masalah pencemaran air di Malaysia adalah satu fenomena yang menganggu
keseimbangan ekosistem dan tidak menyokong kepada system kehidupan global.
Masalah pencemaran air di Malaysia membantutkan aktiviti harian seperti pertanian,
perikanan, perindustrian, pengangkutan dan sebagainya.
Pencemaran sungai di Malaysia merupakan satu masalah alam sekitar yang
semakin ketara dari semasa ke semasa dan sehingga sekarang masih tiada lagi suatu
cara penyelesaian secara berkesan yang dapat menangani masalah ini. Di Malaysia,
sekurang-kurangnya lima sungai didapati paling teruk tercemar. Antaranya, Sungai
Pinang dan Sungai Juru di Pulau Pinang, Sungai Klang dan Sungai Penchala di Kuala
Lumpur dan Sungai Segget di Johor Bharu.
Dalam kes-kes pencemaran tersebut, kes pencemaran sungai Penchala (rajah 2
lampiran) dan sungai Klang dititikberatkan oleh kerajaan negeri Selangor. Sungai
Penchala yang mengalir melalui kawasan bandar, industry dan taman-taman
perumahan di daerah Petaling. Aliran sungai Penchala akan memasuki sungai Klang
dan merupakan penyumbang pencemaran utama kepada sungai Klang. Menurut
analisasi kualiti air oleh Jabatan Alam Sekitar menunjukkan Sungai Penchala berada
pada tahap IV [1] iaitu tahap yang merbahaya di mana bahan-bahan pencemaran
utama bagi sungai Penchala adalah sisa domestik, industri, pertanian, pembinaan
perumahan dan jalan. Selain masalah industry, Sungai Penchala juga terkenal dengan
longgokan sampah-sarap, kelodak dan sisa domestik. Ini menyebabkan sungai
Penchala menjadi cetek dan airnya mengalir lesu. Kesan daripada ini, ketika hujan,
sungai Penchala sering menimbulkan bau yang kurang menyenangkan dan banjir kilat
sering kali melanda daerah Petaling akibat kecetekan sungai tersebut.
Masalah pencemaran sungai yang dinyatakan di atas hanya sebahagian sahaja
daripada insiden insiden pencemaran air di Malaysia. Selain sungai, terdapat juga
tasik, kolam dan laut yang tercemar akibat aktiviti kegiatan pembangunan. Sebagai
contoh, kegiatan pembangunan di Pulau Langkawi dan Pulau Perhentian telah
meningkatkan suhu laut yang menyebabkan kepupusan terumbu karang. Selain itu,
pencemaran laut dalam bentuk pembuangan plastic juga mengancam hidupan laut.
Telah dianggarkan sebanyak 30,000 hidupan laut yang mati tercekik pada setiap tahun
3

akibat termakan bahan buangan plastic yang dibuang oleh manusia. Berbanding
pencemaran darat yang lebih mudah diuruskan, pencemaran laut tidak mempunyai
sempadan dan lebih susah diuruskan. Kesan pencemarannya sedang berlaku secara
global dan pesat tanpa adanya kawalan berkesan terhadap aktiviti pencemaran laut.
Peningkatan drastik pencemaran laut berasaskan plastik sejak tahun 1940-an kini
merupakan isu yang begitu meruncing. Setiap tahun puluhan ribu hidupan marin
terkorban atau cacat akibat plastik. Malah ada kajian mendapati sekurang-kurangnya
30,000 hidupan mati terperangkap atau tercekik [2]. Di mata hidupan marin termasuk
burung laut [Rajah 1 lampiran], penyu dan ikan paus, ampaian plastik kelihatan
seperti makanan yang akhirnya membunuh hidupan itu akibat tercekik, keracunan
atau tidak lalu makan disebabkan rasa 'kenyang'.
Selain itu, jaring, tali-tali pancing dan mata-mata kail berangkai yang
tersangkut dan sengaja ditinggalkan kaki-kaki pancing juga banyak membunuh
hidupan marin. Sekurang-kurangnya dianggarkan 77 tan metrik sampah berasaskan
plastik dibuang setiap tahun oleh industri perkapalan dan tentera laut [2]. Manakala
industri perikanan komersial pula telah meninggalkan 135 juta kilogram peralatan
memancing berasaskan plastik dan membuang 24 juta kilogram lagi sampah plastik
ke laut[2]. Ini bermakna laut telah dijadikan tong pembuangan sampah sekiranya
diambil kira dengan sampah dari sumber-sumber lain termasuk darat. Sedangkan
isunya, bahan plastik amat sukar terbiodegradasi dan mungkin kekal di dalam
persekitaran laut sehingga 450 tahun. Hakikat bahawa toksik sukar terurai ekoran
jangka hayat yang panjang selain melalui jaringan makanan menyebabkan toksik ini
terkumpul dan meracuni hidupan marin terutama haiwan bercengkerang.
Di Malaysia, pembuangan sisa industry [Rajah 4 Lampiran] yang mengalir ke
laut terutama di negeri-negeri perindustrian Pulau Pinang, Selangor dan Johor harus
diberi perhatian. Hal ini demikian kerana pencemaran laut boleh menjejaskan hidupan
marin dan seterusnya sumber makanan dan ekonomi nelayan tradisional.Sebagai
contoh, kerang tempatan mengandungi kandungan logam berat plumbum dan lain-lain
toksik yang tinggi sehingga dijadikan kes kajian institut pengajian tinggi (IPT)
tempatan dan luar negara. Malah mungkin ramai yang masih ingat, tidak lama dahulu
terdapat negara luar yang pernah menghalang pengimportan kerang dari negara kita.
Akibat lain, penternak kerang Sungai Juru, Pulau Pinang, yang merupakan pengeluar
utama kerang negara, pernah dilaporkan kerugian sehingga separuh hasil kerang
4

akibat mati, bantut atau cacat ekoran kualiti air laut di negeri itu yang terlalu buruk.
Padahal, penternakan kerang sebenarnya merupakan salah satu cabang akuakultur
utama negara, dengan penghasilan kerang Anadara sp. sebanyak 40,000 tan metrik
pada 1991 [2].
Selain pencemaran sungai dan laut, masalah pencemaran juga haruslah
dititikberatkan. Masalah pembuangan sampah sarap dan sisa-sisa domestic ke dalam
tasik juga mengakibatkan pencemaran tasik berlaku. Apabila tasik awam dipenuhi
dengan sampah sarap, ini boleh membawa kesulitan kepada penduduk kawasan
perumahan berdekatan tasik tersebut. Terutama sekali ketika keadaadn hujan berlaku,
ini boleh menimbulkan bau busuk yang kurang menyenangkan kepada penduduk
setempat. Keadaan boleh menjadi lebih teruk apabila takungan sampah di sungai
menyebabkan pembiakan nyamuk aedes dan meningkatkan kes-kes denggi di
kawasan perumahan setempat.
Secara keseluruhannya, pencemaran air dari segi sungai, laut dan tasik boleh
mendatangkan kesan buruk yang melibatkan pelbagai pihak dan jangka masa
implikasi tersebut adalah berpanjangan. Oleh sebab itu, isu-iu pencemaran air
haruslah dititikberatkan oleh semua pihak. Punca-punca pencemaran air haruslah
dikenal pasti dan langkah-langkah pencegahan, penyelesaian haruslah diambil secepat
mungkin bagi menangani isu pencemaran air.

Punca-punca pencemaran air


Peribahasa yang berbunyi, kalau tak ada angin, masakan pokok bergoyang
mencerminkan bahawa pencemaran air di Malaysia bukan berlaku begitu sahaja,
namun disebabkan oleh beberapa faktor. Antara punca utama yang menyebabkan
berlakunya pencemaran air adalah pembuangan sampah dari kawasan perumahan di
sepanjang sungai, tasik dan laut. Sungai-sungai yang berdekatan dengan kawasan
perumahan dijadikan sebagai tong sampah besar. Walaupun tong sampah telah
disediakan kepada penduduk bagi memudahkan mereka namun mereka tidak
menggunakannya dengan wajar. Sampah sarap yang dicampak ke dalam sungai
seperti plastic, sisa makanan, tin-tin kosong, kaca dan sebagainya mempunyai bahan
kimia yang boleh menurunkan kualiti air sungai.
Selain itu, pembuangan sisa toksik ke dalam sungai oleh kilang-kilang
pemprosesan getah dan minyak kelapa sawit juga merupakan punca kepada
pencemaran air. Sikap tidak bertanggungjawab sesetengah pihak kilang yang terletak
berhampiran dengan sungai turut mengakibatkan berlakunya pencemaran sungai.
Oleh kerana mereka ingin menjimatkan kos dan tidak mahu membina sistem takungan
kumbahan, sisa-sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, dan
seterusnya ke dalam sungai membawa kesan buruk kepada sungai. Bahan-bahan
kimia tersebut bukan sahaja menjejaskan kandungan PH dalam air sungai, masalah
timbul apabila cecair kimia yang cecair kimia yang disalurkan ke sungai tidak dirawat
dan mengandungi bahan logam berat seperti merkuri, arsenic yang sangat
merbahayakan sekiranya dibuang ke dalam sungai. Sebagai contoh, pernah terjadi
peristiwa sesetengah Negara maju yang memasukkan sisa-radioaktif ke dalam tong
dram sebelum membuangnya ke dalam laut tanpa kaedah penapisan dan rawatan yang
bersesuaian.
Di samping itu, insiden-insiden pertumpahan minyak daripada kapal-kapal
yang menyusuri sungai juga merupakan antara faktor pencemaran air berlaku.
Perkembangan industry perkapalan bagi tujuan pengangkutan barang semakin pesat
pada masa kini. Namun begitu, apabila berlakunya kemalangan yang melibatkan
antara kapal-kapal ini akan menyebabkan kebocoran minyak daripada tangki kapal

dan mengalir ke permukaan laut. Tumpahan minyak daripada kapal-kapal


menyebabkan minyak akan terapung di atas permukaan air. Kejadian ini menghalang
saluran pernafasan hidupan aquatik mengikut kajian sains dan menyebabkan kematian
hidupan marin. Minyak yang terapung akan menghalang cahaya matahari masuk ke
dalam air lalu menjejaskan tumbuh-tumbuhan akuatik untuk menjalankan proses
fotosintesis. Sebagai contoh, perlanggaran kapal MVWaily dengan kapal tangki MT
Bunga 3 yang membawa 61858 tan metrik minyak mentah telah menyebabkan
pertumpahan minyak berlaku berhampiran Tanjung Ayam.
Pertanian juga dikenal pasti sebagai punca pencemaran air. Pemprosesan hasilhasil pertanian menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalurkan ke dalam
sungai dan laut. Hampas-hampas organic yang menjadi bahan buangan pemprosesan
dibuang ke dalam sungai. Tindakan ini bukan sahaja mencemarkan sumber air malah
mencetekkan sungai ayng boleh menyebabkan paras air mingkat mendadak ketika
musim hujan justeru menyebabkan banjir kilat. Tambahan pula, penggunaan baja-baja
kimia dan racun serangga yang mengandungi bahan-bahan pelarut kimia yang
membahayakan kesihatan juga boleh menyebabkan pencemaran air. Sekiranya bahanbahan kimia ini tidak diuruus secara baik dan dialirkan ke sungai melalui air hujan, ini
akan mencemarkan sungai. Kesan daripada kejadian ini, sumber air daripada sungai
yang tercemar tersebut tidak boleh digunakan untuk aktiviti pertanian dan
penternakan. Ini boleh membantutkan pertumbuhan hasil-hasil tanaman dan haiwanhaiwan ternakan sekiranya meminum sumber air yang tercemar tersebut.
Seterusnya, kegiatan perlombongan juga dikenal pasti sebagai punca
pencemaran air. Penggalian petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah
bukti-bukti nyata. Penggerudian perigi-perigi minyak dan pembocoran tangki minyak
turut menyumbang kepada perkara ini. Apabila berlakunya kecuaian dan kelalaian
dalam proses menggerudi tersebut, minyak mentah yang terkandung di dasar laut akan
dilepaskan dan terapung atas permukaan laut. Tumpahan minyak atas permukaan laut
boleh merendahkan kandungan oksigen dalam laut dan menghalang pancaran
matahari. Tanpa adanya sumber oksigen dan matahari yang mencukupi, ini akan
membawa kesan kepada kehidupan akuatik dan menjejaskan sumber protein manusia.
Bahan-bahan buangan radioaktif dan ujian-ujian bom dan nuklear di laut-laut
juga menyumbang kepada pencemaran air. Banyak bahan buangan radioaktif yang
7

terhasil dani makmal-makmal dan buangan hospital yang mengandungi sisa-sisa


toksik larut dalam air serta mencemarkan air sungai dan laut. Stesen-stesen nuklear
juga menyalirkan bahan buangan ke dalam sungai yang mengakibatkan sungai
tercemar.
Ujian-ujian bom di laut juga menyumbang kepada pencemaran air laut.
Selain stesen nukear, pelepasan sisa-sisa air pemprosesan daripada loji-loji jankuasa
juga membawa implikasi kepada pencemaran laut. Hal ini demikian kerana proses
rawatan sisa-sisa loji-janakuasa amatlah rumit dan melibatkan kos-kos yang tinggi.
Pada lazimnya, loji-loji janakuasa cuma akan menggunakan kaedah rawatan sisa air
yang murah seperti cara meneutralisasikan pH air sisa dan terus melepaskannya ke
dalam laut tanpa mengambil kira bahan-bahan logam berat yang terkandung
dalamnya. Kelalaian dari aspek ini boleh mengancam hidupan-hidupan laut
berhampiran loji tersebut.
Aktiviti-aktiviti pembalakan merupakan salah satu faktor pencemaran sungai.
Hal ini demikian kerana struktur tanah akan berubah apabila berlaku penebangan
pokok di pinggir sungai. Tanah akan menjadi longgar kerana kehilangan akar-akar
pokok yang mencengkam tanah. Tambahan pula, hujan lebat yang turun ke tanah
menyebabkan hakisan tanah dan mengalir ke dalam sungai. Tanah-tanah yang
mengalir ke sungai akan menjadi mendapan di dasar sungai justeru mencetekkan
sungai. Apabila kandungan sungai menjadi cetek, sekiranya musim hujan tiba, paras
air sungai akan meningkat mendadak akibat kecetekan tersebut dan mengalir ke
perkampungan berhampira apabila takungannya penuh justeru menyebabkan banjir
kilat.
Secara keseluruhannya, kita boleh membuat kesimpulan bahawa kebanyakan
punca-punca pencemaran air adalah berkait-rapat dengan kegiatan-kegiatan manusia
mahupun untuk kegunaan domestic, industri ataupun antarabangsa. Oleh itu, bolehlah
dilihat pencemaran air bukanlah sesuatu isu persendirian, peribadi tetapi ia adalah isu
global yang melibatkan seluruh pihak. Semua pihak mahupun pihak kerajaan dan
badan bukan kerajaan (NGO) mempunyai perana mereka untuk berusaha mencari
penyelesaian bagi membendung masalah pencemaran air yang semakin serius ini.

Kesan-kesan pencemaran air


Kesan-kesan dari pencemaran air ini mendatangkan pelbagai masalah kepada
hidupan-hidupan dan juga alam sekitar. Pertamanya, pembuangan sampah ke dalam
sungai dan laut akan menyebabkan berlakunya kejadian banjir. Hal ini demikian
kerana pembuangan sampah seperti plastik, botol air, bungkusan makanan, sisa-sisa
makanan dan lain-lain akan meyumbatkan parit-parit di mana air di parit tersebut
yang sepatutnya mengalir ke laut disekat oleh sampah-sampah tersebut. Baru-baru ini,
berlaku tragedi banjir yang membawa banyak kemusnahan infrastruktur dan juga
telah mengambil nyawa di Kelantan [3]. Akibat daripada banjir tersebut, Jambatan
Pulau Setelu yang merentangi air Sungai Nenggiri itu runtuh akibat pengaliran air
sungai yang amat deras itu [1]. Analisa juga menunjukkan bahawa kelebaran dan
kedalaman sungai tidak seimbang [3].
Selain itu, terdapat juga pembuangan sisa-sisa toksik dan juga bahan kimia ke
dalam pengairan sungai. Hasil daripada pembuangan tersebut, kandungan bahan yang
merbahaya dalam air sungai akan meningkat sehingga keadaan sungai tersebut yang
tercemar itu tidak dapat menampung kehidupan akuatik seperti ikan dan tumbuhtumbuhan. Hal ini akan membinasakan kehidupan di laut dan juga sungai. Jika
terdapat juga ikan-ikan yang dapat hidup, pastinya daging ikan tersebut pun akan
dicemari dengan sisa-sisa toksik dan bahan kimia yang merbahaya itu. Justeru, jika
seseorang manusia memakan ikan tersebut, mereka mungking menhidapi penyakit
yang serious seperti kanser.
Dalam sebuah petikan akhbar daripada Utusan bertarikh 10 Februari 2014,
pihak Utusan telah melakukan selidik di Jambatan Muhibbah Changkat Jelutong di
mana kira-kira 200 orang nelayan telah menghadapai kejejasan sumber rezeki apabila
Sungai Bernam yang menjadi lubuk rezeki nelayan tersebut dicemari sisa
pembuangan toksik sejak 1 Februari yang lalu akibat pembuangan sisa toksik dari
9

kilang kelapa sawit [4]. Berita tersebut membuktikan bahawa pencemaran air akan
menjejaskan pendapatan para nelayan.
Tambahan pula, pencemaran air juga akan menjejaskan sumber air bawah
tanah di mana ia merupakan salah satu punca air. Malahan, pencemaran air juga
menjadi masalah yang amat serius di negara dunia ketiga iaitu jutaan manusia
mendapatkan air minuman dari kawasan yang dicemari dengan bahan buangan
manusia sendiri. Pencemaran sebegini dikatakan menyebabkan lebih tiga juta
kematian setiap tahun kerana cirit-birit, kebanyakannya terdiri daripada kanak-kanak.
Di samping itu, pantai-pantai di Malaysia yang dipenuhi dengan sampah-sarap
akan mencemarkan perairan di pantai tersebut lalu mengurangkan daya tarikan kepada
para pelancong dari luar Negara kerana situasi pantai yang tidak menyenangkan.
Secara tidak langsung, ekonomi Negara akan merosot akibat kekurangan pelancong
ke Negara kita.

Carta 1: Statistik Pencemaran Air Oleh Industri Pertanian dan Pembuatan


Mengikut Negeri 2009 [5]

Berdasarkan carta 1, jumlah sumber pencemaran air yang berlaku di Malaysia


ialah 10311 di mana negeri Johor merupakan negeri yang mempunyai paling banyak
sumber air yang tercemar iaitu sebanyak 4917 sumber diikuti dengan Selangor dan
10

Pulau Pinang iaitu sebanyak 2233 dan 1094. Negeri Perlis merupakan negeri yang
paling kurang berlakunya pencemaran air dengan hanya 11 sumber air yang tercemar.
Walaubagaimanapun, setiap negeri harus bertanggungjawab untuk mengurangkan
pencemeran air dalam negeri masing-masing.
Dari segi implikasi kepada kesihatan manusia, menurut kajian saintifik, air yang
tercemar mengandungi bahan kimia seperti sodium nitrat, merkuri dan arsenic yang
memudaratkan kesihatan manusia. Sekiranya manusia meminum air yang
mengandungi bahan-bahan kimia ini, sistem saraf dan pernafasannya boleh terjejas.
Tambahan pula, sodium boleh menyebabkan penyakit jantung, mercury boleh
menghentikan sistem pernafasan, dan plumbum boleh merosakkan sistem saraf.
Sekiranya kanak-kanak meminum air yang tercemar ini, proses tumbesarannya boleh
terbantut dan lebih serius lagi mengakibatkan kerosakan otak. Penyakit kulit juga
boleh berlaku sekiranya menggunakan air yang tercemar untuk mandi dan minum
seperti disentri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis.
Pencemaran air juga boleh memberi kesan kepada tanah basah. Tanah basah
menyediakan habitat dan makanan kepada species flora dan fauna. Namun apabila
tanah basah dicemari akibat bahan-bahan kimia seperti sulphur dan fosforus, ini boleh
menyebabkan pertumbuhan rumpai yang mendadak [Rajah 3 lampiran]. Mengikut
pengiraan sukatan Basal Oxygen Demand (BOD), pertumbuhan rumpai yang
mendadak dan tidak terkawal ini boleh merendahkan kandungan oksigen di sesuatu
kawasan tanah basah dan apabila kandungan oksigen rendah, ini boleh mengancam
hidupan-hidupan lain di tanah basah dan tidak dapat hidup.
Daripada implikasi-implikasi yang dinyatakan di atas, kita boleh membuat
kesimpulan bahawa implikasi pencemaran air adalah melibatkan kesemua anggota
yang terlibat dalam sistem ekosistem mahpupun manusia, haiwan, tumbuhan dan
hidupan aquatik, Dari segi kesan-kesan fizikal seperti kerugian kewangan dan harta
benda akibat pencemaran air masih boleh diperbaiki. Namun kerosakan dan
kehlangan kesihatan badan manusia akibat tededah kepada sumber air yang tercemar
tidak boleh diganti oleh mata wang. Oleh sebab itu, demi kesejahteraan manusia dan
alam sekitar, kita haruslah melakukan peranan masing-masing bagi memastikan
pembendungan masalah pencemaran air ini.

11

Langkah-langkah penyelesaian
Berikutan kejadian-kejadian pencemaran air yang kian runcing ini, pelbagai
initiatif dan langkah penyelesaian mestilah diambil bagi membendung isu pencemaran
air. Antara pihak yang memainkan peranan penting dalam membnedun gisu ini adalah
pihak kerajaan. Pihak berkuasa hendaklah menguatkuasakan undang-undang,
manakala undang-undang yang sedia ada perlulah diperketatkan lagi bagi
memberikan hukuman dan amaran yang tegas kepada pihak-pihak yang melakukan
pencemaran air. Sebagai contoh, dalam Akta kualiti dan alam sekitar 1974 bawah
seksyen 25(3), hukuman dalam bentuk denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara
untuk tempoh tidak melebihi 5 tahun atau kedua-duanya sekali boleh dikenakan
kepada pihak yang melakukan pencemaran air. Selain itu, pihak kerajaan boleh
menganjurkan program pemulihan sungai seperti program 1 Negeri 1 Sungai
(1N1S) yang mensyaratkan setiap negeri Malaysia bagi memilih satu sungai di setiap
negeri bagi dipulihkan. Melalui program ini, keadaan sungai di setiap negeri dilihat
boleh mencapai tahap pemulihan yang memuaskan.
Selain pihak kerajaan, Jabatan Alam Sekitar (JAS) selaku badan bawah
kerajaan mestilah menganjurkan program serta menyokong segala usaha kerajaan
dalam pemulihan sungai. JAS boleh mengambil peranan dalam membuat kempenkempen kesedaran serta menganjurkan ceramah, seminar bagi memberi mesej yang
jelas kepada orang awam untuk menjaga kebersihan sungai bersama-sama. Sebagai
contoh, program pembersihan sungai berbentuk gotong-royong mahupun ceramah
menghargai sumber air berupaya memberikan kesedaran awam untuk menitikberatkan
sumber air yang merupakan nadi penggerak kehidupan manusia.
Seterusnya, Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia
atau SIRIM juga mempunyai peranan yang penting dalam memantau sector-sektor
industry, pembuatan dan perkilangan supaya pihak tertentu tidak menyalahi Akta
kualiti dan alam sekitar dengan melepaskan sisa-sisa kimia ke dalam sungai. SIRIM
boleh memberikan persijilan EMS ISO 14001 sebagai ganjaran dan pengiktirafan

12

kepada pihak industry, perkilangan yang telah melakukan usaha yang baik dalam
pengekalan kebersihan dan keseimbangan alam sekeliling.
Bukan sahaja badan kerajaan, pihak media massa juga haruslah menggunakan
saluran yang sedia ada bagi meningkatkan minat orang awam untuk melindungi
sungai daripada pencemaran. Kempen kesedaran perlulah diadakan melalui iklan
televisyen, surat-khabar dan internet bagi memberi mesej penjagaan sumber air
kepada orang awam. Iklan-iklan yang berkesan dan bermakna haruslah disiarkan
dalam media massa bagi memupuk sikap menghargai sumber air kepada orang awam.
Peringatan kepada orang awam supaya tidak membazirkan sumber air yang seida ada
haruslah dilakukan oleh media massa juga bagi memastikan kepanjangan penggunaan
sumber air yang sedia ada.
Di samping itu, kommuniti masyarakat setempat juga haruslah mengambil
inisiatif untuk menjaga kebersihan sungai dengan memastikan penduduk setempat
tidak membuang sampah-sarap sewenang-wenangnya ke dalam sungai seperti dalam
kes pencemaran sungai Penchala. Pemantauan terhadap kegiatan pembuangan sampah
ke dalam sungai haruslah dilakukan pada setiap masa dan tindakan segera haruslah
diambil sekiranya mengenal pasti terdapat pihak yang melakukan perbuatan tersebut.
Ini bukan sahaja memastikan sampah tidak menyumbatkan sistem perparitan, pada
masa yang sama juga mengelakkan pelepasan sampah-sarap ke dalam sungai yang
merupakan sumber air utama manusia. Kempen-kempen pembersihan sungai, tasik
dan kolam boleh dianjurkan oleh masyarakat setempat bagi mengekalakan kebersihan
sungai, tasik di kawasan mereka. Tindakan ini bukan sahaja mengekalkan kerbersihan
alam sekitar, malah merendahkan risiko pembiakan nyamuk aedes dan denggi.
Pemasangan perangkap sampah di kawasan perparitan dan longkang juga
berupaya mengurangkan pengaliran sisa domestic ke dalam sungai. Untuk mengatasi
sampah sarap dialirkan oleh air melalui longkang, perangkap sampah amatlah perlu
dipasang di tempat-tempat strategik di sepanjang parit utama untuk memerangkap
sampah sarap juga memudahkan pengurusan penyelenggaraan. Tindakan ini juga
memastikan pengaliran air parit yang lancar dan tidak lesu justeru mengurangkan
risiko pembiakan nyamuk di kawasan parit tersebut. Bagi mengatasi masalah
sumbatan parit, penyelenggaraan sistem perparitan berkala juga boleh dilakukan.
Langkah ini boleh memastikan sampah sarap tidak sampah sarap tidak menyebabkan
13

sistem perparitan tidak tersumbat maka penyelenggaraan berkala seharusnya


dijalankan iaitu 1 atau 2 kali sebulan. Dengan cara ini, maka sampah sarap tidak akan
menyebabkan sekatan air sekali gus sampah tidak terlepas ke sistem saliran utama di
sungai.
Dalam pada itu, penyediaan tangki bawah tanah untuk dirawat juga merupakan
langkah yang effisien dalam menangani isu sisa-sisa domestic kawasan bandar. Untuk
mengatasi masalah pelepasan air buangan domestik supaya tidak dilepaskan terus ke
dalam sistem perparitan maka adalah perlu disediakan tangki takungan bawah tanah
dan dirawat menggunakan bioteknologi selaras dengan usaha negara menjadikan
Malaysia sebagai pusat bioteknologi rawatan air [4]. Malah, pihak kerajaan
seharusnya memperuntukkan sejumlah wang supaya sistem perparitan daripada
kawasan perumahan terutama kawasan perindustrian dan juga pengusaha kedai
makanan perlu dibina saluran paip khas supaya air buangan dapat dikumpulkan di
kolam takungan sebelum disalirkan ke dalam sistem perparitan.
Akhir sekali, pihak sekolah juga memainkan peranan yang penting dalam
memupuk sikap menghargai dan meyayangi sumber air dalam kalangan pelajarpelajar yang merupakan pemimpin masa hadapan. Inisiatif pihak sekolah dalam
mengalakkan pelajar supaya menjaga kebersihan sungai amatlah penting kerana
melalui sistem pengajaran dan kesedaran, barulah mesej dan pemikiran untuk
menjaga dan menghargai sumber air boleh disebarkan secara berkesan kepada
generasi muda. Pihak sekolah haruslah menambah bilangan tong sampah di pusat
pengumpulan sampah. Hal ini demikian kerana hasil tinjauan yang dijalankan telah
mendapati bahawa pengurusan sampah yang lemah bukan sahaja pada peringkat
sekolah tetapi juga peringkat majlis perbandaran yang menyebabkan sampah sarap
bertaburan merata tempat. Oleh itu, diperingkat sekolah pengurusan peletakan tong
sampah perlu diambil kira. Tong sampah perlu ditambah di tempat strategik sebagai
pusat pengumpulan sampah supaya sampah tidak melimpah.

14

Kesimpulan
Pencemaran air di Malaysia bukan lagi satu isu persekitaran yang dapat kita
abaikan; tidak dinafikan ia sedang berlaku secara langsung atau tanpa sebaliknya
pengetahuan kita. Pencemaran air berlaku bukanlah secara semula jadi tetapi
disebabkan tindakan atau pembuatan manusia yang berkelompok atau kolektif.
Dalam zaman perkembangan teknologi ini yang mementingkan keperluan
manusia, masalah pencemaran air menjadi semakin membimbangkan. Sebagai contoh
yang mudah difahami, pertanian moden melibatkan penggunaan baja kimia yang akan
mencemarkan sumber air melalui tanah. Bagi memenuhi keperluan manusia yang
semakin meningkat, kita terpaksalah menggunakan teknologi yang memberi
keutamaan kepada kelajuan proses penghasilan melebihi impak yang berpotensi
mencemari sumber air. Di samping faktor pencemaran air secara umum, tidak
dinafikan bahawa isu ini bermula daripada cara hidup negatif setiap inidividu seperti
membuang sampah merata tempat, sikap boros, dan banyak lagi faktor yang
berpotensi. Maka dengan ini, sekelompok manusia yang bertindakan sama akan
menimbunkan kerosakan persekitaran yang dilakukan secara individu dan menjadi
pencemaran air yang serius.
Secara keseluruhannya, pencemaran air yang dimulakan oleh kegiatan
manusia telah membawakan impak yang cukup besar terhadap persekitaran yang
didiami kita. Sumber air bersih kita telah terjejas dan pelbagai aduan dilakukan tanpa
pengetahuan bahawa isu ini tanggungjawab kita bersama. Berkaitan dengan
persekitaran, sumber air bersih juga amatlah penting kepada hidupan-hidupan lain
serta ekosistem. Kesan daripada kerosakan pada ekosistem, sumber-sumber penting
yang lain seperti makanan serta hasil pertanian turut terjejas. Pendek kata,
pencemaran air akibat aktiviti manusia membawa kepada kesan negatif yang berturut
kepada semua hidupan di bumi kita dan akhirnya kepada kita sendiri.

15

Sambil kita mengetahui fakta-fakta pencemaran air, kita haruslah mengambil initiatif
untuk merancang serta melancarkan langkah pencegahan terhadap pencemaran air.
Pencegahan pencemaran air melibatkan peranan pelbagai pihak termasuklah kita
sebagai pengguna. Langkah kecil seperti gotong-royong masih dapat membetulkan
keadaan. Badan-badan besar termasuklah kerajaan dan organisasi bukan kerajaan
(NGO) turut memainkan peranan penting dalam mengurangkan pencemaran air.
Walaubagaimanapun, cara yang paling berkesan adalah melalui pendidikan
yang membina, di mana pemuda-pemuda diterapkan konsepsi dan pengetahuan yang
murni

dan

positif.

Sebagai

contoh,

pelajar

kejuruteraan

mempelajari

mengoptimumkan reka bentuk di samping mempelajari cara reka. Selain pencegahan,


kerja-kerja pemulihan juga merupakan tanggungjawab kita semua.
Kesimpulannya, pencemaran air merupakan kesan daripada aktiviti manusia
dan kita sebagai manusia yang dikurniakan akal bertanggungjawab atas kerosakan
terhadap alam sekitar. Hanya dengan kerjasama dari semua pihak, barulah isu
pencemaran air dapat diselesaikan dengan cekap dan berkesan.

16

Rujukan
[1] Portal rasmi Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Selangor on-line:
http://water.selangor.gov.my/web_ver2/index.php?
option=com_content&view=article&id=108&Itemid=90&lang=en
[2] Kasmuri Hassan Masalah pencemaran air di Malaysia 18 Mac 2014, Artikel online:
http://www.academia.edu/6469779/Masalah_pencemaran_air_di_Malaysia
[3] Artikel akhbar on-line:
http://www.astroawani.com/berita-malaysia/banjir-kelantan-pencemaran-sungai-danbanjir-besar-55580
[4]Artikel akhbar on-line:
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kota/20140210/wk_01/Sumber-rezeki-200nelayan-terjejas
[5] Internet:
http://forum.mygeoportal.gov.my/smanre/alamsekitar/water_pollution_sources.php

17

Lampiran:

Rajah 1: Kesan tumpahan minyak

Rajah 2: Pencemaran sungai Penchala

18

Rajah 3: Pertumbuhan rumpai mendadak

Rajah 4: Pembuangan sisa industri

19

Rajah 5: Pencemaran sungai akibat

Rajah 6: Pembuangan sisa domestik

pembalakan

20

Anda mungkin juga menyukai