Anda di halaman 1dari 13

CIVIL ENGINEERING DEPARTMENT

POLITEKNIK MUKAH
DCC 50232
ENGINEERING IN SOCIETY
CASE STUDY & REPORT
LECTURER : PUAN NORASIDA

BIL. NAMA AHLI NO.MATRIK


1. AMANDA LEONARD 20DKA20F2014
2. ERRA AK UGUN 20DKA20F2018
3. JESSPER AK PHILIP 20DKA20F2016

1
Isi Kandungan

No Pekara Muka Surat


1 Pengenalan 3
2 Sungai Petani
i. Punca Pencemaran Sungai 4-6
ii. Kesan Pencemaran Sungai
iii. Cara Mengatasi Pencemaran Sungai
3 Sungai Perai
i. Punca Pencemaran Sungai 7-9
ii. Kesan Pencemaran Sungai
iii. Cara Mengatasi Pencemaran Sungai
4 Sungai Sungai Air Busuk
i. Punca Pencemaran Sungai 10-12
ii. Kesan Pencemaran Sungai
iii. Cara Mengatasi Pencemaran Sungai
5 Rujukan 13

2
Pengenalan

Sungai merpakan punca kehidupan manusia pada zaman dahulu. Namun setelah mengecapi
kemajuan pembangunan dan terknologi, sungai semakin dilupakan malah semakin dicemari
tanpa sebarang rasa serba salah. Pencemaran sungai adalah salah satu masalah alam sekitar
utama yang kita hadapi, kerana lebih dari 70% permukaan Bumi diliputi pencemaran air yang
dapat didefinisikan sebagai pencemaran aliran sungai, sungai, tasik, lautan atau hamparan air
lainnya, yang memerosotkan kualiti air dan menjadikannya beracun bagi hidupan akuatik dan
manusia.

3
A. Sungai Petani

i. Punca pencemaran

Punca pemcemaran alam sekitar di Sg. Petani ialah kerana pembandaran dan penebangan
hutan walaupun tidak memberi kesan langsung kepada kualiti air, pembandaran dan
penebangan hutan mempunyai banyak kesan tidak langsung. Sebagai contoh, menebang pokok
dan menebang di kawasan yang luas menghasilkan percepatan aliran yang tidak memberikan
cukup masa untuk air menyusup dan dimurnikan oleh tanah.

Punca seterusnya ialah pertanian, pertanian mempunyai kesan terhadap pencemaran air.
Penggunaan baja kimia dan racun serangga yang berlebihan menjejaskan tahap kebersihan dan
kualiti air kerana dicemari bahan kimia yang berlebihan sehinggakan sumber air tidak selamat
untuk diminum dan digunakan oleh manusia mahupun hidupuan akuatik.

Selain daripada itu, pembalakan juga antara salah satu punca pencemaran sungai di sungai
petani. Pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan hakisan tanah. Keadaan ini menjadi
lebih teruk apabila hujan turun dengan lebat dan jatuh terus ke atas tanah tanpa halangan.
Struktur tanah yang lemah tersebut akan mudah terhakis dan mengalir bersama air hujan ke
sungai. Tanah yang terhakis akan mendap di dasar sungai dan menjadikan sungai cetek.
Apabila hujan turun, sungai tersebut tidak akan dapat menampung air yang banyak dan
akhirnya akan melimpah keluar sehinnga berlaku banjir kilat.

4
ii. Kesan pencemaran

Terdapat beberapa kesan yang akan dialami oleh penduduk dan hidupan akuatik antaranya
ialah, kesan terhadap persekitaran pencemaran air benar-benar membahayakan kepelbagaian
biologi dan ekosistem akuatik. Bahan kimia beracun dapat mengubah warna air dan
meningkatkan jumlah mineral dan juga dikenali sebagai eutrofikasi yang memberi kesan buruk
kepada kehidupan di dalam air. Pencemaran haba, yang ditentukan oleh kenaikan suhu badan
air, menyumbang kepada pemanasan global dan menyebabkan bahaya serius kepada organisma
air.

Kesan yang kedua ialah, kesan terhadap kesihatan manusia pencemaran air mempunyai
kesan yang sangat negatif terhadap kesihatan awam. Banyak penyakit berpunca daripada
minum atau bersentuhan dengan air yang tercemar, seperti cirit-birit, kolera, tifoid, disentri
atau jangkitan kulit. Di zon-zon di mana tidak ada air minum yang tersedia, risiko utamanya

Kesan yang ketiga ialah air sungai petani tercemar. Air sungai petani dipenuhi sampah
sarap dan berbagai bahan buangan tetapi juga airnya menjadi hitam pekat serta berbau busuk.
Hal ini mungkin menyebabkan segala hidupan yang terdapat di dalam sungai berkenaan telah
pupus dan pokok-pokok bakau yang terdapat di sepanjang sungai ini juga turut terjejas
pertumbuhannya kemungkinan berpunca dari pencemaran tersebut.

5
iii. Cara mengatasi pencemaran

Cara yang pertama ialah melalui kempen kesedaran, program ini dijangka boleh
meningkatkan kesedaran orang awam mengenai akibat yang bakal dihadapi mereka sekiranya
sungai itu tercemar. Tabiat membuang sampah merata tempat juga dapat diubah secara
beransur-ansur.

Cara yang kedua ialah, menguatkuasakan undang-undang pihak kerajaan melalui pihak
berkuasa pula perlu bertegas dan menguatkuasakan undang-undang yang telah ditetapkan.
Tiada kompromi samada kepada kroni terutamanya pada pihak-pihak kilang.

Cara yang ketiga ialah tidak membuang sampah sembarangan dan selalu membuang
sampah pada tempat yang tepat. Jika tempat sampah tidak ada di sekitarmu, sampah bisa di
bawa pulang dan ditaruh di tempat sampah di rumahmu. Ini termasuk jika kamu sedang berada
ditempat-tempat seperti pantai, sungai, dan tempat-tempat umum.

6
B. Sungai Perai

i. Punca pencemaran

Punca yang pertama ialah perlupusan sampah sarap seperti pembuangan sampah dari
kawasan perumahan, sampah dari kilang ternakan ayam yang berdekatan. Sikap yang tidak
bertanggungjawab ini menyebabkan sungai menjadi kotor dan bebau sehingga tidak selamat
untuk sebarang aktiviti. Ini dapat dilihat di kawasan sungai perai yang sangat kotor dengan sisa
sampah yang sukar untuk mereput.

Selain daripada itu, pembuangan sisa dan toksin dari kilang industri juga merupakan punca
menyebabkan sungai perai tercemar. Ini kerana kos pelupusan tidak perlu ditanggung pihak
pengurusan kilang dan mengambil cara mudah untuk lebih menjimatkan kos. Sisa buangan
kilang ini juga sangat berbahaya kepada manusia dan hidupan air sehingga boleh mengancam
nyawa dan kepupusan spesies. Sisa-sisa ini juga tidak dapat diuraikan dan mendap di dasar
sungai atau laut dalam tempoh yang sangat lama. Contohnya, Jabatan Alam Sekitar (JAS)
Pulau Pinang mengeluarkan kompaun RM18,000 terhadap sebuah kilang berasaskan produk
makanan, di sini kerana menjadi punca pencemaran air sehingga menyebabkan ribuan ikan
mati di Sungai Perai.

Seterusnya, punca pencemaran air di sungai perai ialah perlepasan air tidak terawat
daripada sebuah kilang berhampiran. Air sisa kumbahan yang tidak dirawat yang dilepaskan
ke alur air seperti sungai dan tasik boleh menyebabkan pencemaran dan merosakkan ekosistem
sungai. Lebih buruk lagi ia boleh menyebabkan penyebaran penyakit bawaan air.Contohnya,
Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) menggesa Jabatan Alam Sekitar (JAS) dan Jabatan
Perikanan segera mendedahkan hasil ujian sampel air susulan kejaduan ribuan ikan mati di
sungai

7
ii. Kesan pencemaran

Pencemaran sungai menyebabkan banyak kesan negative terhadap benda hidup dan alam
sekitar. Antara salah satu kesan pencemaran sungai ialah kepupusan hidupan akuatik.
Kehidupan akuatik sangatlah mendapat impak negative akibat daripada pencemaran sungai.
Hal ini kerana air sungai yang kotor akan menjejaskan binatang marin seperti ikan, udang, batu
karang juga ekologi dan rantaian makanansebagai contoh, pembuangan plastik di perairan
Terengganu suatu masa dahulu menyebabkan penyu mati kerana termakan plastik yang
disangkakan makanan.

Seterusnya kesan pencemaran sungai ialah air sungai bahaya untuk dimimun. Hal ini akan
memberikan kesan bukan sahaja terhadap manusia yang akan mengalami masalah kekurangan
sumber air bersih malah turut akan memberikan impak negatif terhadap haiwan. Misalnya air
yang kotor diminum secara terus tanpa diproses akan menyebabkan sakit perut, keracunan
makanan dan pelbagai lagi. Malah air yang tercemar mempunyai bau yang busuk. Jika terkena
pada badan manusia akan mengakibatkan gatal – gatal pada kulit dan lebih teruk akan
menyebabkan kanser.

Menjejaskan kesihatan juga merupakan kesan pencemaran air sungai. Hal ini terjadi kerana
sumber air bersih berkurangan. Menurut laporan Program Alam Sekitar Bangsa-bangsa
Bersatu melaporkan 1.4 ribu juta dari penduduk di muka bumi ini tidak dapat bekalan air bersih
bagi menampung keperluan harian mereka. Akibat daripada tidak mendapat bekalan air bersih,
air yang digunakan akan menyebabkan penyebaran bakteria, virus dan parasit melalui bahan
buangan. Antara penyakit bawaan air seperti cirit-birit, sakit perut dan keracunan makanan
yang semakin meningkat. Pada tahun 2005, WHO memperkirakan sekitar 1.6 juta penduduk
meninggal akibat air yang tidak bersih.

8
iii. Cara mengatasi pencemaran

Pelbagai cara yang boleh diambil untuk mengatasi pencemaran sungai perai. Antaranya
ialah Tindakan daripada pihak berkuasa iaitu menguatkuasakan undang – undang. Hal ini
supaya dapat meningkatkan kesedaran orang ramai terhadap pentingnya sungai untuk semua
kehidupan. Melalui ini masyarakat dapat mengubah mentaliti ke arah yang lebih peka
terhadap kesan buruk yang bakal dihadapi agar mereka tidak sewenang-wenangnya
membuang sampah ke dalam sungai.

Seterusnya, cara untuk mengatasi pencemaran sungai ialah kempen pihak kerajaan.
Kempen kesedaran ini akan memberi impak besar kepada masyarakat. Program ini dijangka
boleh meningkatkan kesedaran orang awam mengenai akibat yang bakal dihadapi mereka
sekiranya sungai itu tercemar. Tabiat membuang sampah merata tempat juga dapat diubah
secara beransur-ansur. Tambahan pula, dengan ceramah kesedaran ini masyarakat akan
menjadi lebih peka dan dapat mengukuhkan lagi kesedaran mengenai kepentingan Sungai.

Selain daripada itu, cara mengatasi pencemaran sungai ialah melalui Pendidikan alam
sekitar pada peringkat kanak – kanak. Pendidikan alam sekitar bertujuan untuk melatih
manusia supaya mempunyai sikap bertanggungjawab dan menyedari kepentingan
pemeliharaan alam sekitar. Semua ini demi mencapai individu yang mampu menghadapi
masalah alam sekitar dari yang tertentu. Pendidikan alam sekitar ini dapat dilakukan oleh
semua lapisan masyarakat. Hal ini penting supaya generasi baru dapat mengetahui kepetingan
sungai kepada kehidupan pada masa akan datang. Contohnya, sebagai ibu bapa, haruslah
mengajar anak – anak supaya sentiasa menjaga kebersihan sungai.

9
C. Sungai Air Busuk

i. Punca pencemaran

Punca yang pertama ialah, pengurusan air kumbahan yang gagal diurus. Proses keempat
dan terakhir selepas proses Rawatan Sekunder adalah Proses Pemendapan di tangki “clarifier”.
Pepejal yang tertinggal dibiarkan mendap ke bawah tangki dan akan dibawa ke “sludge
dewatering machine”. Enapcemar ringan yang terapung akan dikumpul untuk rawatan semula
dan dikeringkan untuk diguna sebagai baja atau perapi tanah.Jadi, air kumbahan yang telah
dirawat (efluen) kini selamat dan akan disalurkan ke dalam sistem pengairan (sungai, parit atau
laut).Rawatan air kumbahan yang cekap adalah sangat penting bagi memastikan air kumbahan
ini dirawat dengan baik dan selamat supaya ia tidak mengancam alam sekitar.

Punca yang kedua ialah, kerja cari gali menyebabkan tumpahan minyak. Ini akan
menyebabkan hidupan di dalam sungai tersebut pupus dan juga tercemar. Bukan itu sahaja, ia
juga akan dapat menyebabkan hakisan Kawasan tadahan air sungai.

Punca yang ketiga ialah Sisa Ternakan dan Perikanan. Sisa baja dan makanan ternakan
yang tidak dirawat terlebih dahulu akan menyebabkan pencemaran jika dilepaskan terus ke
dalam air. Punca lain pencemaran air juga datang daripada bahan letupan yang sering
digunakan untuk menangkap ikan.

10
ii. Kesan pencemaran

Kesan pencemaran terhadap Sungai Air Busuk ialah aktiviti rekreasi air terjejas kerana
sungai adalah salah satu tempat untuk masyarakat Malaysia meluangkan masa Bersama
kerluarga mereka.

Kesan yang kedua ialah,memburukkan keindahan alam. Keadaan air di sekeliling alam
sekitar menjadi mendung, berubah warna, dan juga menyebabkan bau jika ia telah tercemar
dengan teruk. Sumber air tercemar akan mengganggu pemandangan dan tidak lagi boleh
digunakan sebagai cara hiburan atau sukan air.

Kesan yang ketiga ialah kerosakan ekosistem, masalah risiko pencemaran air menyebabkan
peningkatan bilangan rumpai air dan mikroorganisma penyebab penyakit supaya
keseimbangan ekosistem air terganggu. Salah satu masalah yang disebabkan oleh pencemaran
air adalah eutrophication, iaitu proses memasukkan bahan kimia ke dalam air yang
menggalakkan pertumbuhan alga supaya hidupan akuatik terjejas secara negatif.

11
iii. Cara mengatasi pencemaran

Cara yang pertama ialah memberikan pendidikan formal mengenali pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar. Dengan adanya pendidikan formal ini dapat memberikan kesedaran
dan pengetahuan kepada semua rakyat Malaysia.

Cara mengatasi yang kedua ialah, mengubah sikap mementingkan diri. Dengan cara
mengubah sikap ini kita dapat mengetahui bertapa pentingnya menjaga alam sekitar. Dengan
ini kita dapat menikmati keindahan sungai supaya semua masyarakat dapat merasai
keseronokkan bermain di sungai.

Cara mengatasi pencemaran air seterusnya ialah menjalankan proses pembersihan sumber
air secara berkala terutamanya pada sungai dan tasik. Salah satu contohnya ialah Program Masa
Bersih.Usaha ini bukan sahaja berguna untuk membersihkan sumber air, tetapi juga berkesan
dalam mencegah kelodak sambil mengurangkan risiko banjir.

12
Rujukan

Nurul Izzati Mohammad (Februari 2021). Kilang makanan sebabkan pencemaran Sungai Perai
dikompaun RM18,000

Syajaratulhuda Mohd Rosli (Februari 2021). Saisat segera punca kematian ikan di sungai perai.

The Voize (2020). Pencemaran Air, Punca, Kesan Dan Langkah Pencegahan

Eliza Lisa (2014). Kesan Pencemaran Sungai.

Shakinah (2016). Langkah-langkah Mengatasi Masalah Pencemaran Sungai

13

Anda mungkin juga menyukai