Anda di halaman 1dari 12

PENCEMARAN AIR

1. Pencemaran Air : kebocoran dan pembuangan bahan kimia ke dalam sumber air atau
fenominon eutrofikasi, hingga mengubah kandungan, keadaan dan warnanya.

2. Punca pencemaran air : Pembuangan najis manusia dan haiwan, pembuangan sisa
toksik, tumbahan minyak, penggunaan baja kimia dan racun serangga.

3. Kesan pencemaran air : menjejaskan kualiti air, hidupan akuatik terancam.

4. Langkah-langkah mengatasi pencemaran air:

a). Membuat kempen.

b). Penguatkuasaan undang-undang.

c). Pendidikan alam sekitar. 4.Sistem rawatan air kumbahan 5. Penjagaan sungai.

KAWALAN PENCEMARAN DAN PENGURUSAN ALAM SEKITAR

Pencemaran boleh di istilahkan sebagai sebarang pendedahan atau pembebasan kepada

udara, air dan sebarang sisa toksik bahan yang memusnahkan kesihatan hidupan dan juga

ekosistem. Ia lebih tertumpu kepada aktiviti manusia seperti pembuangan sisa domestik,

industri dan juga pertanian.

Contoh-contoh bahan pencemar adalah seperti berikut;

1. Sisa Domestik
2.
Strategi Bersepadu Atasi Pencemaran Air

AIR adalah komponen penting dalam kehidupan manusia dan menyokong kepada
sistem kehidupan global. Air sumber penting untuk minuman, sistem kebersihan,
pertanian, industri, pembangunan bandar, kuasa hidro, perikanan, pengangkutan,
pengurusan tanah rata atau rendah dan kegiatan lain. Pengurusan air secara tidak
cekap boleh menyebabkan wujudnya krisis air.

Air mewakili 70 peratus daripada isi bumi dan tidak dapat dinafikan bahawa ia adalah
antara bahan semula jadi paling penting di dunia. Air mengandungi hidrogen dan
oksigen dan ia amat penting dalam isi planet ini untuk membesar dan tumbuh.

Walaupun mengetahui kepentingan air dalam kehidupan, manusia bagaimanapun


nampaknya begitu mudah mengabaikannya dengan mencemarkannya dan
mengotorkan longkang, sungai, tasik dan laut.

Pengarah Urusan Segi Perkasa Sdn Bhd, Hisham Jabar, dalam kertas kerja bertajuk
Meminimumkan Pencemaran Alam Sekitar Melalui Pengurusan Industri Kumbahan
Air Secara Efektif, berkata secara perlahan-lahan manusia sebenarnya mengancam
planet sehingga ke tahap organisma mula mati pada kadar yang amat pantas.

Selain ancaman terhadap organisma yang mulai mati, air minuman yang paling
penting untuk menjalani kehidupan sihat juga kadangkala dicemari dengan serius.
Sehubungan itu, untuk mengatasi pencemaran air, kita harus memahami masalah dan
sekali gus menjadi sebahagian daripada usaha mencari penyelesaian.

Pencemaran mengikut definisi bermaksud: "Untuk merosakkan atau tidak bersih atau
kotor." Pencemaran air berlaku apabila sumber air dicemari berikutan sejumlah besar
bahan tertentu bercampur dalam air. Apabila air dirasakan tidak sesuai untuk
digunakan manusia, maka ia akan didefinisikan sebagai pencemaran air.

Ada dua jenis pencemaran air yang biasa kita dengar; sumber terus atau sumber yang
tidak terus. Pencemaran dari sumber terus bermaksud apabila bahan yang bahaya
dipancarkan kepada sumber air, contohnya limpahan minyak ke dalam laut. Contoh
lain pencemaran sumber terus ialah sisa buangan dari kilang, pengaliran bahan cairan
dari kilang, kilang rawatan bahan buangan dan banyak lagi yang terdedah kepada
mencemarkan sumber air utama.
Pencemaran dari sumber yang tidak terus pula menyumbangkan pencemaran dari
perubahan alam sekitar. Sebagai contoh ialah racun serangga di ladang yang
kemudian mengalir ke tempat lain menerusi hujan yang kemudian memberi kesan
kepada kehidupan akuatik. Contoh lain pula ialah pencemaran yang memasuki
bekalan air menerusi tanah atau bumi dan daripada atmosfera air hujan. Tanah dan air
dari bumi mengandungi sisa keladak daripada kerja pertanian manusia (contohnya
racun serangga di ladang) yang dimusnahkan dengan tidak betul. Pencemaran
atmosfera juga berpunca daripada manusia seperti penggunaan kenderaan (asap ekzos,
kilang dan juga proses membuat roti).

Pengaliran keluar kumbahan air menerusi sektor perindustrian sama ada berskala
besar, sederhana atau kecil adalah antara punca serta penyumbang kepada pencemaran
alam sekitar jika tiada perancangan, langkah pencegahan dan rawatan secara efektif.
Kumbahan air mengandungi bahan keluli, bakteria, organik dan bahan bukan organik
boleh merosakkan alam sekitar serta akan meningkatkan ancaman kepada alam sekitar
dan sekali gus mencemarkan air.

Air kumbahan boleh dikategorikan kepada beberapa jenis sama ada ia mengandungi
bahan keluli, organik, bahan bukan organik, serangan bakteria dan pencemaran jenis
lain. Sehubungan itu, dengan memahami bentuk sesetengah air lebihan, kita boleh
merawat air lebihan berkenaan secara efektif untuk memastikan ia mencapai tahap
kebersihan yang sesuai dengan taraf alam sekitar.

Bagaimanapun, ada teknologi untuk mengawasi pencemaran dari sumber terus


walaupun faktor politik mungkin menyukarkan keadaan. Pencemaran dari sumber
tidak terus bagaimanapun sukar dikawal. Pencemaran yang berpunca daripada sumber
tidak terus adalah faktor majoriti atau utama kepada pencemaran yang berlaku di tasik
dan sungai.

Pencemaran air kumbahan sudah menjadi krisis utama dunia. Bekalan air berkualiti
yang tidak menentu untuk bahan minuman, pertanian, perladangan, industri dan lain-
lain sejak bertahun-tahun lalu turut menimbulkan masalah. Dengan bekalan air yang
tidak mencukupi, cara rawatan dan kitar semula adalah perkara utama yang harus
dicapai untuk mengekalkan sumber bekalan air yang amat terhad. Secara geografi,
pencemaran air lebihan di Malaysia secara amnya tidak kritikal dan hanya
memberikan kesan minimum kepada alam sekitar, masyarakat dan pertanian.

Bagaimanapun, ada beberapa laporan mengenai krisis pencemaran air, penyakit


berbahaya dan beberapa isu lain yang penting untuk memastikan rawatan air lebihan
itu menjadi lebih efektif.
JENIS PENCEMARAN AIR:

Bahan Toksik – sejenis pencemaran berbentuk kimia yang tidak terhasil dalam sistem
akuatik. Penyumbang terbesar kepada pencemaran kimia ialah racun rumpai, racun
serangga dan bahan buangan industri.

Bahan Organik – pencemaran organik berlaku apabila lebihan bahan organik seperti
baja dan kumbahan memasuki air. Apabila bahan organik ini meningkat di dalam
tangki air, jumlah bahan hancur akan meningkat. Bahan hancur atau bahan reput ini
akan tumbuh pantas dan menggunakan banyak oksigen apabila ia membesar. Ini
mengakibatkan pengurangan oksigen apabila proses kehancuran berlaku. Kekurangan
oksigen akan membunuh organisma akuatik. Apabila organisma akuatik itu mati, ia
akan sama musnah dengan bahan hancur berkenaan, sekali gus meningkatkan
pengurangan oksigen berkenaan.

Sejenis pencemaran organik boleh berlaku apabila pencemaran bahan bukan organik
seperti nitrogen dan fosfat meningkat dalam sistem akuatik. Kadar tinggi bahan
berkenaan menyebabkan peningkatan keterlaluan tumbuhan dan rumpair. Apabila
tumbuhan dan rumpair itu mati, ia menjadi bahan organik di dalam air. Bahan
tumbuhan berkenaan akan reput dengan pantas, sekali gus mengurangkan kadar
oksigen. Proses pantas pertumbuhan tumbuhan itu kemudian diikuti dengan
peningkatan aktiviti oleh bahan hancur berkenaan dan dengan kekurangan kadar
oksigen yang dikenali sebagai eutrophication.

Pencemaran Terma – pencemaran jenis itu boleh berlaku apabila air digunakan
sebagai bahan penyejuk berdekatan kilang industri dan kemudian kembali kepada
persekitaran akuatik dengan kadar suhu yang lebih tinggi, sebagai ia sepatutnya.
Pencemaran terma boleh menyebabkan berlakunya pengurangan kadar oksigen di
dalam air dan meningkatkan kadar keperluan biologikal oleh organisma akuatik untuk
oksigen.

Pencemaran Ekologikal – ini berlaku apabila pencemaran bahan kimia, pencemaran


organik atau pencemaran terma berlaku daripada persekitaran alam, bukannya aktiviti
kemanusiaan. Sebagai contoh, pencemaran ekologikal akan meningkat daripada bahan
aliran selepas berlakunya tanah runtuh, yang juga akan meningkatkan jumlah kotoran
dalam air. Contoh lain ialah apabila haiwan seperti rusa mati lemas dalam banjir dan
kemudian sejumlah besar bahan organik yang mengalir ke dalam air. Kejadian
geologikal seperti ledakan gunung berapi juga boleh menjadi sumber kepada
pencemaran ekologikal.
KESAN PENCEMARAN AIR

Implikasi Kesihatan – semua jenis pencemaran air mempunyai kesan dan berbahaya
kepada manusia serta spesies lain jika ia terlalu serius. Contohnya, sodium boleh
menjadi implikasi kepada masalah jantung, nitrat pula mampu menyebabkan masalah
darah. Merkuri dan plumbum boleh mengakibatkan masalah saraf. Sesetengah bahan
pencemaran boleh menyebabkan barah. DDT (racun serangga) adalah toksik kepada
manusia dan boleh mengubah kromosom. Polychlorinated biphenyls (PCB) boleh
merosakkan hati dan sistem saraf, gangguan kulit, muntah-muntah, demam panas,
cirit-birit dan keadaan tidak normal yang bahaya.

Disenteri, salmonela, cryptosporidium dan hepatitis adalah antara penyakit yang


berjangkit menerusi keracunan air minuman dan air untuk mandi. Sesetengah pantai,
sungai dan tasik tidak sesuai untuk orang ramai bersantai kerana bahan buangan
kilang yang mencemari kawasan itu.

Pencemaran air juga menjadi masalah yang amat serius di negara dunia ketiga di
mana jutaan manusia mendapatkan air minuman dari kawasan yang dicemari dengan
bahan buangan manusia sendiri. Pencemaran sebegini dikatakan menyebabkan lebih
tiga juta kematian setiap tahun kerana cirit-birit, kebanyakannya terdiri daripada
kanak-kanak.

KESAN KEPADA HIDUPAN AKUATIK

Alam sekitar rosak dengan teruk terutama di tempat yang mengalami pencemaran air.
Pencemaran air memberi kesan kepada sistem eko laut, sungai, muara, tasik dan air
dari tanah.

Bagaimanapun, pencemaran air bukan hanya memberi kesan kepada alam sekitar,
malah turut memberikan kesan kepada spesies yang menggunakan alam sebagai
habitat. Hidupan liar akuatik adalah antara mangsa pencemaran air. Sejenis
pencemaran yang memberikan kesan kepada air ialah bentuk fizikal, seperti
peningkatan suhu. Oleh kerana air dialirkan daripada kilang industri, hampir 15
sehingga 25 miligram air yang dipanaskan dialirkan ke dalam sistem penyejuk air.

Apabila air panas itu dialirkan keluar ke sungai, suhu air sungai itu akan meningkat.
Hasilnya, ia akan mengganggu perhubungan ekologikal di antara sistem air dan
hidupan akuatik. Malah, peningkatan suhu walau sedikit adalah bahaya kepada
pelbagai ikan dan hidupan akuatik lain.
KESAN KEPADA TUMBUHAN BIOMASS

Pencemaran air turut memberi kesan kepada tumbuhan. Dengan peningkatan


pencemaran kimia seperti nitrat dan fosfat, ia boleh menyebabkan kerosakan rumpair
dalam sistem air, sekali gus mengubah habitat tumbuhan akuatik.

KESAN KEPADA TANAH BASAH

Tanah basah menyediakan habitat kepada banyak organisma hidup dan spesies
tumbuhan. Apabila fosforus daripada pencemaran bahan kimia ditambah dalam sistem
air, lebih banyak rumpair tumbuh. Kebanyakan daripada fosforus yang ditambah ke
dalam sistem air dihasilkan daripada kilang industri yang berhampiran. Dengan
peningkatan fosforus, ia menyebabkan ekosistem menjadi tidak seimbang.

Pencemaran air berkaitan dengan jatuhnya kualiti air yang diukur daripada kriteria
biologikal, kimia dan fizikal.

Berikut adalah senarai untuk menjelaskan antara kesan utama daripada pencemaran
air:

l Campuran terlalu banyak bahan organik dalam air akan menyebabkan ia tercemar
dan kekurangan oksigen. Kadar oksigen yang rendah akan membunuh ikan, tumbuhan
dan organisma lain.

l Pencemaran biologi termasuk kehadiran bakteria dan pelbagai jenis penyakit lain
yang mengandungi mikro organisma.

l Nutrien (zat – seperti nitrogen dan fosforus) hasil daripada aktiviti manusia boleh
menyebabkan pencemaran air minuman. Nitrogen dan fosforus daripada ladang
haiwan dan racun untuk bidang pertanian menyebabkan pencemaran serius di dalam
sungai, tasik dan laut.

l Minyak yang dibuang ke dalam air, seperti ke laut menyebabkan pencemaran air
yang serius.

l Bahan keluli yang berat seperti raksa, zink dan kadmium juga amat bahaya kepada
alam sekitar.
l Pencemaran terma yang berlaku apabila proses pemanasan dibuat di dalam kilang
yang memberikan kesan kepada air.

l Bahan radio aktif dalam air juga menyebabkan pencemaran air yang serius.

l Keladak adalah antara pencemaran air yang paling utama.

RAWATAN AIR KUMBAHAN

Rawatan air kumbahan adalah proses bahan pejal diasingkan dan kemudian ditukar
daripada bahan pepejal kepada bahan mineral. Cara biasa untuk merawat air biasanya
dibahagikan kepada tiga peringkat; Rawatan Primary, Rawatan Secondary dan
Rawatan Tertiary. Tiga cara untuk mengawal air kumbahan industri ialah dengan
mengawal selia puncanya di sesebuah kilang berkenaan, air kumbahan sebelum
dirawat untuk dibuang dengan menggunakan cara rawatan berbeza atau air kumbahan
boleh dirawat secara penuh di kilang sama ada ia kemudian diguna semula atau
dibuang terus.

Tujuan rawatan biasa untuk air kumbahan ialah bagi mengurangkan bahaya dan
selamat digunakan oleh manusia, selain menghilangkan terus, mengurang atau
minimum kesan air kumbahan supaya ia boleh digunakan sebagai air berkualiti
kepada alam sekitar.

Dalam menangani isu pencemaran air, pelbagai pihak perlu menyedari bahawa
tanggungjawab masing-masing termasuk kerajaan, pengusaha kilang, industri dan
masyarakat bekerjasama untuk meminimumkan pencemaran alam sekitar. Pendekatan
secara bersepadu dengan memahami, membina dan menguruskan strategi pengawalan
pencemaran adalah amat penting untuk memastikan kejayaannya.
Sampah Sarap Sewage

Lechaete Sisa Tandas

Rawatan Sisa

Ada dua kaedah rawatan yang boleh diguna pakai dalam merawat sisa atau sampah yang terhasil;

i. Kaedah rawatan kimia

Dalam kaedah rawatan kimia, kaedah ini amat berkesan terutamanya apabila ia melibatkan sisa industri

yang berkuantiti besar dan memerlukan penyelesaian yang cepat. Contoh yang paling mudah ialah air

sisa industri (industry wastewater). Sistem perawatan yang canggih dan beberapa bahan kimia

diperlukan untuk menjadikanya sempurna. Kos modal yang tinggi serta kos penyelenggaran yang

berterusan diperlukan untuk menjaganya. Sesetengah bahan kimia yang digunakan akan memberikan

kesan jangka panjang kepada habitat haiwan dan tumbuhan dimana air terawat itu mengalir.

ii. Kaedah rawatan biologi


Melalui rawatan secara biologi, walaupun kaedah ini mengambil masa berbanding dengan rawatan

secara kimia, tetapi ia adalah lebih selamat, jimat dan mesra alam. Penggunaan bakteria yang sesuai

yang akan bertindak berdasarkan fungsinya yang tertentu akan membantu penguraian bahan-bahan

buangan kepada bahan yang lebih ringkas dengan membebaskan gas terutamanya gas metana yang

sesuai dijadikan bahan bakar. Kaedah-kaedah yang sesuai boleh digunakan untuk memerangkap gas

metana ini untuk digunakan sebagai bahan bakar.

Kombinasi campuran bakteria yang sesuai untuk sisa pepejal, sisa pertanian dan juga sisa industri

mempunyai kelebihan tersendiri bagi menyelesaikan masalah penguraian sisa tersebut. Mengenal pasti

kandungan sisa berkenaan amat penting bagi mementukan jenis bakteria yang bakal digunakan untuk

merawat sisa berkenaan.

Gabungan beberapa jenis bakteria yang tertentu (consortium bacteria) akan memainkan peranan yang

berkesan bagi perawatan sisa sampah domestik dan juga lecheate. Sisa yang mengandungi kandungan

nitrogen, phosphorus, karbon, permintaan oksigen biologi dan permintaan oksigen kimia serta sulfur

boleh dirawat. Ia bertindak melalui;

i. penguraian molekul kompleks kepada molekul yang lebih ringkas.

ii. mengubah ammonia yang toksik kepada nitrat yang tidak toksik

iii. mengurangkan volatile fatty acid bagi mengelakan bau busuk sulfur

iv. menambahkan pelarutan oksigen yang akan membantu proses penguraian.

Tanpa bantuan consortium bacteria ini, proses penguraian adalah amat perlahan dan bau busuk akan

dikeluarkan secara berpanjangan.

Gabungan bakteria yang berlainan pula digunakan untuk merawat sisa dari minyak mentah, petrokimia

dan farmaseutikal. Consortium bacteria ini akan;

i. mengurangkan permintaan oksigen kimia dan biologi

ii. mengimbangi ration carbon dan nitrogen serta mempercepatkan penggunaan dan proses

penguraiannya
Rawatan ini mudah di jalankan , dengan menggunakan kos yang rendah serta membantu mencapai

piawaian yang ditetapkan oleh pihak berwajib. Campuran bakteria itu tadi hanya perlu dicampurkan

dengan pasir atau lumpur sebelum di tabur diatas sisa yang ada.

Sesuatu yang menarik bagi perawatan sampah sarap yang mengandungi sisa makanan dan sisa yang

berasaskan sisa pertanian seperti kelapa sawit, tebu, padi dan seumpamanya, consortium bacteria yang

digunakan membantu menguraikan dan menukarkan sisa itu tadi kepada bahan yang tidak berbahaya

serta menjadi penambah nilai kepada baja organik. Bahan yang berselulosa serta bahan organik akan

diuraikan, dipecahkan dan diubah menjadi bahan yang selamat dan berguna. Penghasilan bau busuk

juga akan terhalang melalui proses ini.

Bagi merawat air sisa dari industri tekstil, kertas, industri berasaskan kayu dan biomass pula, consortium

bacteria yang digunakan berperanan dalam mengubah volatile organic kepada bahan yang tidak berbau,

larutan toksik di neutralkan, agen pemutih, sabun dan bahan berasid atau beralkali akan di gumpal dan

dimendakan, menyah warnakan air serta merendahkan permintaan oksigen kimia dan biologi.

Rawatan bagi sisa air yang mengandungi kandungan protien yang tinggi seperti air sisa dari kantin

sekolah, apartment, hotel dan restoran pula, tumpuan tindakan consortium bacteria adalah berkisar

kepada pemberiaan enzim tambahan bagi menguraikan bahan bermolekul tinggi menjadi molekul

ringkas. Consortium bacteria ini mengandungi pemecah bahan berprotien tinggi serta pemecah asid

lemak tinggi.

Sesuatu yang istimewa bagi perawatan sisa binatang seperti tahi lembu, consortium bacteria bertindak

mengurai keatas bahan berprotin tinggi, volatile fatty acid (VFA) dan free fatty acid (FFA). Proses ini akan

menghalang pembebasan bau busuk. Gas metana yang terhasil juga berpotensi dalam penghasilan

tenaga baru.

Disediakan oleh;
Dr. Wan Mohd Faizal Wan Ishak

Senior Lecturer

Faculty of Civil Engineering & Earth Resources

Universiti Malaysia Pahang

Lebuhraya Tun Razak

26300, Gambang,Kuantan

Pahang

Director,

Centre for Earth Resources Research & Management (CERRM)

095493020(CERRM)

095492994(FKASA)

0129017735(MOBILE)

2. Buku
Latifah binti Mahfod & Shamshiah binti Ahmad.2003.Geografi Tingkatan 2.Kuala Lumpur:
Edaran
Kemajuan(M) Sdn.Bhd.

Anda mungkin juga menyukai