Anda di halaman 1dari 4

Dua pertiga permukaan bumi adalah air dan hanya satu pertiga

adalah tanah. Populasi bumi yang semakin membesar menyebabkan air


seringkali menjadi mangsa rakusan manusia.

Semuanya bermula pada era Revolusi Industri pada abad ke-19.


Semakin membesar era ini, semakin tercemar kawasan persekitarannya
termasuklah pencemaran air sungai di Malaysia

Pencemaran air ialah apa-apa perubahan yang berlaku secara


langsung atau tidak langsung kepada sifat-sifat fizikal, haba, biologi, atau
radioaktif  air sehingga menjejaskan kegunaan dan fungsi air tersebut
kepada manusia dan hidupan lain. 1
 

Kebanyakan air yang tercemar bukan berpunca dari air itu sendiri.
Contohnya, 80% laut yang tercemar puncanya datang dari tanah besar dan
pemangsanya ialah manusia sendiri.

Antara punca utama pencemaran air di Malaysia ialah pembuangan


sisa dan toksin dari kilang industri. Ini kerana kos pelupusan tidak perlu
ditanggung pihak pengurusan kilang. Ianya lebih menjimatkan.
Selain itu juga, sisa buangan kilang ini juga sangat berbahaya kepada
manusia dan hidupan air sehingga boleh mengancam nyawa dan
kepupusan spesies. Sisa-sisa ini juga tidak dapat diuraikan dan mendap di
dasar sungai atau laut dalam tempoh yang sangat lama.

Menurut Jabatan Alam Sekitar, rekod menunjukkan sebanyak 45.1%


punca pencemaran di Malaysia datangnya dari industri pembuatan dan
stesen rangkaian pam minyak.

Punca kedua pencemaran air di Malaysia pula ialah datang


dari masyarakat Malaysia sendiri yang suka membuang sampah ke dalam
sungai. Sikap ini yang tidak terkawal menyebabkan sungai sudah lagi tidak
selamat untuk sebarang aktiviti. Ini dapat dilihat di sunga-sungai sekitar
Lembah Klang.

Punca seterusnya datang dari industri pertanian. Para petani


menyebut baja dan racun perosak pada tanaman mereka. Sisa dari aktiviti
ini akan diserap tanah dan kemudiannya akan mengalir ke sungai dan tali
air berhampiran.

Ini akan menyebabkan kadar pembiakan alga dan plankton  menjadi


sangat tinggi dan menyebabkan hidupan air lain terbunuh.
Contohnya, Di Gulf Of Mexico, kawasan itu diisytiharkan sebagai Zon
Mati kerana sekitar kawasan tersebut tiada langsung hidupan kesan
dari pencemaran air. (3)

Di Malaysia pula, kilang khinzir antara punca tertinggi air tercemar


disebabkan industri pertanian. Menurut statistik, populasi babi adalah
sebanyak 1.74 juta di Malaysia ini.

Pertumpahan minyak juga menjadi punca pencemaran air di


Malaysia. Antara punca terjadinya pencemaran minyak ialah pelanggaran
kapal di laut dan berlakunya kebocoran tangki minyak sehingga menututp
lapisan air.

Contohnya, pelanggaran kapal MV Waily dengan kapal MT Bunga 3


yang membawa 61 000 lebih tan metrik minyak tanah telah menyebabkan
kawasan laut Tanjung Ayam tercemar teruk.

 Secara amnya, pencemaran air membunuh manusia. Pada tahun


2015 sahaja, 1.8 juta manusia mati kerana pencemaran air di seluruh
dunia. (4)

Air yang tercemar membuatkan kita sakit kerana ia membawa beribu


jenis bakteria dan virus yang berpunca dari bahan buangan dan toksin
merbahaya. Antara penyakit yang dikaitkan dengan pencemaran air ialah
cirit birit, typhoid dan kanser usus.

Malah, air yang tercemar bukan sahaja bahaya untuk diminum, malah ia
juga memberi kesan sekiranya kita berenang dan boleh mengakibatkan
kanser kulit atau sakit-sakit kulit yang lain.

Hidupan air seperti ikan, udang, terumbu karang. rumpai laut dan
sebagainya akan mati dan sesetengah spesies boleh terhapus disebabkan
pencemaran air.

Sebagai contoh, hampir 78% penyu yang mati adalah disebabkan


tertelan plastik atau sisa buangan manusia kerana dianggap makanan oleh
mereka. Penyu diwartakan sebagai haiwan yang dilindungi kerana jumlah
populasi mereka yang sangat berkurang dan diancam kepupusan.
Selain itu juga, kawasan yang tercemar airnya juga tidak lagi sesuai
untuk didiami. Ini kerana, tumbuh tumbuhan tidak dapat hidup dengan baik
dan haiwan atau manusia yang minum dari air tercemar itu boleh mati.

Aktiviti-aktiviti seperti memancing, memukat, aktivit air lain juga tidak


lagi sesuai diadakan di kawasan yang airnya tercemar.

A. TUGASAN :

ARAHAN : BACA PETIKAN DI ATAS DENGAN TELITI DAN


LENGKAPKAN PETA POKOK YANG DIBERIKAN
B. JAWAB SOALAN DIBAWAH BERDASARKAN PETIKAN DI ATAS

1. Sejak bila pencemaran air mula berlaku?


2. Berikan definisi “Pencemaran Air”
3. Apakah punca utama pencemaran air di Malaysia?
4. Apakah penyakit yang berpunca daripada bawaan air?
5. Berikan pendapat anda , apakah langkah yang paling sesuai untuk
memeliharan kebersihan air

C. SENARAIKAN ISI-ISI PENTING DAN TULIS SATU RINGKASAN


BAGI PETIKAN YANG TELAH DIBACA.

ISI-ISI PENTING.

1.

7.

LENGKAP RINGKASAN (SATU PERENGGAN DAN JUMLAH


PERKATAAN TIDAK LEBIH DARIPADA 80 PATAH PERKATAAN.

Anda mungkin juga menyukai