Anda di halaman 1dari 18

Kepentingan Air Kepada Hidupan

1. Air adalah penting untuk semua hidupan.


2. Sumber air semula jadi termasuklah sungai, tasik dan
kolam.
3. Kita memerlukan air untuk pelbagai aktiviti harian
sepertiminuman, membasuh, mandi dan memasak.
4. Air juga digunakan untuk tujuan lain seperti:
tempat tinggal bagi sesetengah hidupan.
bahan mentah bagi industri makanan.
5. Haiwan dan tumbuhan memerlukan air untuk menjalani
proses hidup dan juga untuk kemandirian.
6. Pencemaran air disebabkan oleh aktiviti - aktiviti
manusia seperti:
tumpahan minyak
membuang sampah merata - rata
penyahutanan

membuang bahan buangan bertoksik ke dalam sungai

7. Langkah - langkah berikut dapat mengekalkan


kebersihan sumber air:
a) Tidak membuang sampah ke dalam sungai, tasik atau
laut.
b) Tidak membina kilang berhampiran sumber - sumber
air.
c) Merawat kumbahan sebelum mengalirkannya ke
dalam sungai.
Posted by Ummi Myra at 19:41 No comments:
Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Apa Yang Datang Dan Pergi?

Kitar Air
1. Pergerakan air secara berterusan dari permukaan bumi ke
atmosfera dan kembali semula ke permukaan bumi disebut
sebagai kitar air.
2. Kitar air menyediakan semua hidupan dengan bekalan air
yang berterusan untuk kemandirian.
3. Berikut menunjukkan pembentukan awan dan hujan.

Air dari tasik, sungai, dan laut dipanaskan oleh Matahari,


tersejat dan membentuk wap air.

Apabila air naik ke atmosfera, wap air menjadi lebih sejuk.


Ini menyebabkan wap air terkondensasi dan membentuk titisan
air.

Titisan air yang kecil akan berkumpul membentuk awan.

Apabila semakin banyak titisan air bergabung, awan


menjadi semakin berat.

Apabila awan menjadi sangat berat, titisan air akan jatuh ke


bumi sebagai hujan.

Posted by Ummi Myra at 19:13 2 comments:


Email ThisBlogThis!Share to TwitterShare to Facebook

Perubahan Keadaan Bahan


Bahan Berubah

1. Air boleh wujud dalam tiga keadaan,


iaitu pepejal, cecair dangas.
2. Air boleh berubah daripada satu keadaan kepada keadaan
yang lain apabila menerima atau kehilangan haba.
3. Apabila air dipanaskan, ia akan berubah menjadi wap air
(gas).

4. Apabila wap air disejukkan, ia akan berubah menjadi air


(cecair)
5. Apabila air membeku, ia akan menjadi ais (pepejal)
6. Air boleh berubah daripada satu keadaan kepada keadaan
yang lain melalui proses - proses ini.

Peleburan

Pembekuan

Pendidihan

Kondensasi

Penyejatan
7. Jadual di bawah menunjukkan perubahan keadaan bahan
semasa proses - proses tersebut.
Proses yang

Perubahan keadaan bahan

terlibat
Peleburan

Pepejal menjadi cecair

Pembekuan

Cecair menjadi pepejal

Pendidihan

Cecair menjadi gas

Kondensasi

Gas menjadi cecair

Penyejatan

Cecair menjadi gas

8. Faktor - faktor yang mempengaruhi kadar penyejatan air


adalah seperti berikut:
a) Pergerakan udara (angin)
Penyejatan berlaku lebih cepat semasa hari berangin
b) Suhu persekitaran
Semakin tinggi suhu, semakin cepat air menyejat

c) Luas permukaan yang terdedah


Air tersejat lebih cepat apabila luas permukaan air
yang
terdedah adalah lebih besar.

Pencemaran air
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pencemaran sungai

Pencemaran air ialah pencemaran yang berlaku di sungai, tasik dan laut. Lokasi berair sering disalah anggap
sebagai tempat pembuangan sampah terutama daripada aktiviti manusia.

Pencemaran Air di Malaysia[sunting | sunting sumber]


Punca utama pencemaran air di Malaysia adalah seperti pembuangan sampah dari kawasan perumahan di
sepanjang sungai, tepi tasik dan laut. Penduduk membuang najis manusia dan najis binatang ternakan
seperti ayam, babi, lembu dan lain-lain ke dalam sungai. Sebagai contoh, Sungai Semenyih pernah dicemari
dengan puluhan ladang babi pada tahun 1980-an.
Kilang memproses getah dan minyak kelapa sawit juga menjadi punca kepada pencemaran air sepanjang
sungai di Malaysia. Sisa toksik dibuang dan dialirkan ke dalam longkang, parit, terusan dan seterusnya ke
dalam sungai. Pemandangan dari udara yang bertempat di Sungai Juru yang terletak di Seberang Perai, Pulau
Pinang telah menunjukkan warna air yang berwarna hitam pekat apabila sampai ke laut.
Para petani yang bekerja di Tanah Tinggi Cameron telah mengamalkan penggunaan baja kimia dan racun
serangga sehingga menjejaskan kualiti air minuman di Sungai Terla. Hotel dan rumah kongsi para pekerja tidak

mempunyai sistem perparitan yang sempurna sehingga menyebabkan najis manusia tidak dapat dirawat
dengan betul. Kes ini juga telah didedahkan kepada wartawan dan dipertontonkan di televisyen. Selepas itu,
barulah Majlis Daerah Cameron Highlands mengambil peranan dengan turut sama mengambil tindakan bagi
memperbetulkan keadaan.
Pengilang dari Taiwan telah dilaporkan mengeksport sisa kimia ke Malaysia dan ditanam di kawasan terpencil
di Johor, Malaysia. Beberapa negara maju juga membuang sisa radioaktif dengan memasukkan sisa ini ke
dalam tong-tong dram sebelum membuangnya ke dalam laut. Tindakan ini boleh merosakkan hidupan laut.
Longgokan tayar buruk di dasar laut terutamanya di Laut China Selatan telah digunakan sebagai tempat ikan
berlindung dan membiak di dasar laut. Sesetengah pulau tidak mempunyai sistem pelupusan sampah. Oleh
itu, telah wujud istilah pulau sampah secara terancang atau tidak terancang.

PENCEMARAN AIR

PENDAHULUAN
Air merupakan komponen penting dalam kehidupan manusia dan elemen penting
kepada semua kehidupan.Sumber air penting untuk dijadikan minuman,tujuan
pembersihan,pertanian,kegunaan industri,perikanan,pengangkutan dan lain-lain.Jika

tidak ada air di dunia ini,ia mesti tidak pernah ada kehidupan seperti yang ada
sekarang ini.Air perlu diuruskan dengan baik kerana pertambahan penduduk dan
perkembangan industri akan sentiasa mempertingkatkan permintaan air.

KOMPONEN AIR DI MUKA BUMI

71% dari permukaan dunia.


-97% air masin (laut)
-3% air tawar
- 87% ais dan glasiers, air bawah tanah, udara.
- 13% air permukaan (0.4% jumlah air).

Di muka bumi terdapat lebih kurang 7% daripada jisim bumi adalah terdiri daripada
air. 97% daripada air ini ialah air masin di lautan dan 3% merupakan air tawar yang
terdiri daripada ais kutub.Hanya lebih kurang 0.7% air bumi terdapat di tasik dan
sungai air tawar dan di atmosfera.

PENCEMARAN AIR

Kita menggunakan air dalam kehidupan seharian,pencemaran air telah


berlaku.Pencemaran air berlaku apabila perubahan berlaku dari segi kandungan,
keadaan dan warna sehingga tidak sesuai dan memberi kesan apabila digunakan.

JENIS PENCEMARAN AIR

Limpahan Minyak Ke Dalam Laut

Cari gali petroleum di dasar laut dan tumpahan minyak adalah antara punca
pencemaran air.Penggerudian perigi-perigi minyak manusia untuk mendapat
minyak mentah dan letupan tangki minyak menyumbang kepada keadaan
ini.Apabila minyak bercampur dengan air laut,ia akan mengakibatkan air
tercemar.Tumbahan minyak akan mengapung menutupi permukaan air,lapisan
minyak di permukaan akan mengganggu mikroorganisma dalam air keranalapisan
tersebut akan menghalangi oksigen dari udara ke dalam air sehingga oksigen
terlarut akan berkurang.Selain itu,lapisan tersebut akan menghalangi masuknya
sinaran matahari ke dalam air, sehingga fotosintesi terganggu.Burung laut pula

terganggu kerana bulunya jadi berminyak,tidak dapat mengembang lagi dan tidak
dapat terbang ke tempat lain untuk mencari makanan dan akhirnya mati
kelaparan.Ini dapat dijelaskan dengan perkara letupan tangki minyak di Teluk
Mexico baru-baru ini.Ia telah menyebabkan ekosistem di sekitar perairan Teluk
Mexico terganggu.

Sisa Buangan Dari Kilang

Kilang-kilang dibina di sepanjang sungai untuk memastikan bahan-bahan buangan


boleh terus disalirkan ke dalam sungai-sungai.Masalah timbul apabila cecair kimia
yang disalurkan ke dalam sungai tidak dirawat dan mengandungi bahan toksik yang
mencemarkan air sungai.Kebanyakan kilang membuang sisa cecair ke dalam sungai
yang mengakibatkan sungai tercemar.Bahan toksik ialah sejenis pencemaran
berbentuk kimia yang mengugat kehidupan akuatik.Pencemaran boleh
menyebabkan berlakunya pengurangan kadar oksigen di dalam air dan mengancam
hidupan akuatik

Bahan Buangan Domestik Dan Organik

Bahan-bahan buangan domestik yang terdiri daripada sampah sarap dan bahan
kumbahan dibuang ke dalam sungai seperti sampah,minyak dan najis daripada
individu yang tidak bertanggungjawab.Apabila bahan buangan domestik ini dibuang
dalam sungai,maka air sungai akan menjadi keruh,berkeladak dan kotor,ini akan
menyebabkan organisma aquatik tidak dapat menyesuai dalam air yang begitu
keruh,padahnya maut.Bahan organik adalah seperti baja.

Pertanian

Pertanian juga punca pencemaran air.Kegiatan dalam pertanian seperti mananam


sayur-sayuran dan padi menghasilkan banyak bahan kimia cecair yang disalirkan ke
dalam sungai-sungai.Pestisid dan insektisid atau dikenali racun perosak disembur
untuk membunuh haiwan perosak dan ia telah mencemarkan sumber air dengan
pengaliran sisa-sisa racun perosak ke dalam sungai apabila hujan.Air sungai yang
mengandungi sisa-sisa racun ini akan memudaratkan kesihatan manusia apabila
digunakan.

Kesan Pencemaran Air

Kesan Kepada Manusia

Kesihatan manusia mungkin tergugat akibat terminum air yang dicemar yang
mengandungi bakteria,virus,parasit dan bahan kimia yang lain.Sesetengah bahan
pencemaran boleh menyebabkan barah.DDT (racun serangga) adalah toksik kepada
manusia dan boleh mengubah kromosom.Yang menjadi mangsa adalah penduduk
asli yang kini tinggal di tepi sungai apabila mereka menggunakan air sungai untuk
menjalankan aktiviti seharian mereka.

Kesan Kepada Organisma Aquatik

Pencemaran air memberi kesan kepada ekosistem laut,sungai,tasik dan air dari
tanah.Air yang tercemar oleh pembuangan sampah sarap,pengaliran sisa toksik dari
kilang-kilang,dan minyak mentah dari kapal-kapal tangki yang bocor akan
menyebabkan hidupan akuatik seperti pelbagai jenis ikan dan udang mati.Jika
pencemaran sungai tersebut berlarutan,bukan sahaja pelbagai jenis hidupan air
akan terus pupus tetapi juga pelbagai jenis burung atau unggas yang sumber
makanannya bergantung kepada hidupan air akan terancam.Dengan itu,organisma
aquatik akan mengalami kepupusan.Ini menyebabkan generasi yang akan datang
tidak dapat melihat jenis-jenis organisma aquatik.

Langkah-langkah Mengatasi Pencemaran Air

Langkah-langkah berkesan yang perlu dilaksanakan bagi mengatasi pencemaran air


adalah seperti berikut:
(i)

Penguatkuasaan Akta Kualiti Alam Sekeliling dipertingkatkan dengan menyekat


pencemaran dari punca.Sisa-sisa kumbahan daripada industri dan loji-loji perlu
dirawat terlebih dahulu dan mematuhi had yang ditetapkan sebelum dilepaskan ke
dalam sungai.Kemudian,Kerajaan Tempatan mensyaratkan semua premis makanan
dalam kawasan Kerajaan Tempatan memasang penapis sisa makanan untuk
menghalang sisa makanan,minyak disalurkan terus memasuki sungai dan
mencemarkannya.

(ii)

Melaksanakan programPeningkatan Kualiti Air Sungaiuntuk mempertingkatkan


kualiti air sungai aktiviti peningkatan kualiti air sungai.

(iii)

Kesedaran mengenai kepentingan air sungai dipertingkatkan.Aktiviti-aktiviti


meningkatkan kesedaran dan pendidikan alam sekitar kepada murid-murid dan
orang ramai harus dipertingkatkan dalam usaha menyelesaikan masalah
pencemaran sungai.Pada masa yang sama,pihak-pihak yang melakukan kesalahan

dengan mencemarkan sungai atau alam sekitar,jika disabit kesalahan terus


dikenakan hukuman denda atau penjara atau kedua-duanya sekali.

Kesimpulan
Kesimpulannya, pencemaran air merupakan satu isu yang memerlukan kerjasama
daripada semua pihak untuk menanganinya. Kita harus memastikan bahawa
persekitaran kita bersih dan selamat untuk hidup.Dengan alam sekitar yang
bersih,maka lahirlah manusia yang sihat.

Air
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Untuk melihat air dari segi perspektif kimia dan teknikal, sila lihat Air (molekul). Untuk melihat rencana air dari segi Islam untuk bersuci, sila
lihat Air (bersuci)

Air mineral

Titisan air

Air (H2O) merupakan sebatian kimia yang berada dalam bentuk cecair pada tekanan biasa dan pada suhu bilik. Air
meliputi 70% daripada permukaan bumi. Setiap kehidupan di bumi ini memerlukan air untuk terus hidup.
Air juga mampu wujud dalam 3 bentuk :-

Ais (pepejal) <=> Air (cecair) <=> Wap (gas)

Di muka bumi ini, air merupakan bahan yang paling kerap ditemui terutama dalam bentuk cecair. Walau bagaimanapun,
terdapat juga kuantiti air yang besar yang wujud dalam bentuk gas (wap) di atmosfera dan dalam bentuk pepejal
(ais dan salji).
Isi kandungan
[sorokkan]

1 Ciri-ciri

2 Bekalan air

3 Galeri

4 Lihat juga

5 Rujukan

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]


Formula kimia bagi air adalah H2O, yang membawa maksud setiap molekul air mengandungi dua atom hidrogen dan satu
atom oksigen. Hubungan terjadi antara elektron-elektron yang membentuk bagian luar atom dan merupakan mata rantai
kuat yang dinamakan ikatan kovalen.
Molekul air boleh diuraikan kepada unsur asas dengan mengalirkan arus elektrik melaluinya. Proses ini yang dikenali
sebagai elektrolisis menguraikan dua atom hidrogen menerima elektron dan membentuk gas H 2 pada katod sementara
empat ion OH- bergabung dan membentuk gas O2 (oksigen) pada anod. Gas-gas ini membentuk buih dan boleh
dikumpulkan.
Air juga merupakan bahan pelarut semesta. Ini disebabkan molekul air terdiri daripada dua atom hidrogen bergabung
dengan satu atom oksigen pada sudut 104.45 darjah antara keduanya. Struktur ini menjadikanmolekul air mempunyai caj
positif di sebelah atom hidrogen dan negatif di sebelah atom oksigen. Oleh yang demikian, molekul air adalah dwikutub.
Ciri suhu. ketumpatan yang unik membenarkan pembentukan persekitaran berstratum yang akhirnya mengawal ciriciri kimia dan biologi persekitaran akuatik. Lapisan yang terbentuk hasil daripada tegangan permukaan yang tinggi
membolehkan sesetengah organisma menggunakannya sebagai permukaan untuk hidup.
Keupayaan air untuk melarut bahan-bahan lain membolehkan tumbuh-tumbuhan akuatik mendapat nutrien yang
diperlukan untuk proses fisiologi daripada air di sekelilingnya. Tumbuh-tumbuhan akuatik seperti alga hijau tidak
memerlukan struktur khusus untuk menyerap nutrien atau sistem pengangkutan yang kompleks seperti yang ditunjukkan
oleh tumbuhan daratan untuk mengangkut bahan-bahan ini ke tisu yang memerlukannya.
Air dan mineral boleh memasukinya melalui sebarang bahagian jasad tumbuhan ini dengan cara resapan sahaja. Bahanbahan ini akan meresap masuk melalui selaput sel yang terdedah kepada persekitaran luar. Bekalan oksigen yang
diperlukan oleh haiwan dan organisma lain juga mampu dibekalkan disebabkan oleh keupayaan melarut ini.

Bekalan air[sunting | sunting sumber]


Pada masa sekarang, bekalan air bersih untuk kegunaan manusia dianggarkan semakin berkurangan disebabkan
oleh pencemaran, dan permintaan yang meningkat. Malah dianggarkan bahawa punca air bersih mampu
mencetuskan peperangan di masa akan datang sekiranya isu-isu ini tidak ditangani dengan cermat pada masa sekarang.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Gelembung udara yang terperangkap dalam titisan air hujan pada ampaian baju.

Anda mungkin juga menyukai