Anda di halaman 1dari 1

Disiplin amat penting untuk mencapai kejayaan.

Tulis sebuah karangan "Cara-cara menjadi murid berdisiplin".

Ramai antara murid yang mempunyai masalah disiplin.Oleh itu,pelbagai pihak perlu mencari
jalan untuk mengatasi masalah ini.
Antara cara-cara menjadi murid yang berdisiplin ialah dengan menghormati dan taat
kepada guru.Guru-guru wajar dihormati kerana merekalah mendidik kita sehingga menjadi
manusia yang berguna.Selain itu, kita sewajarnya membantu guru pada masa-masa yang
perlu.
Selain itu,murid-murid yang berdisiplin akan mematuhi semua peraturan
sekolah.Mematuhi peraturan ini akan akan membentuk peribadi murid-murid agar lebih
berdisiplin.Contohnya seperti memakai pakaian seragam sekolah yang lengkap,berambut
pendek,beratur dan sebagainya.
Seterusnya, untuk menjadi murid yang berdisiplin ,kita hendaklah sentiasa menepati
masa.Kita tidak boleh datang lewat ke sekolah, ke kelas atau mengikuti aktiviti
kokurikulum.Orang yang sentiasa menepati masa akan sentiasa dihormati.Tambahan pula,
masa itu amat berharga.
Di samping itu, murid yang berdisiplin akan menumpukan perhatian semasa
belajar.Mereka tidak akan membuang masa dengan berbual-bual kosong atau menganggu
guru semasa mengajar.Melalui cara ini, murid-murid lebih disayangi oleh guru dan akan
sentiasa diberi perhatian.

Kesimpulanya, semua murid mestilah berdisiplin .Melalui didikan agama juga dapat
melahirkan murid-murid yang berakhlak dan berdisiplin.

Baru-baru ini sekolah kamu telah mengadakan Kempen Minggu Kebersihan.


Tulis berita tentang Kempen Minggu Kebersihan tersebut.

TEMERLOH, Sabtu - Sekolah Kebangsaan Seri Tualang telah mengadakan Kempen Minggu
Kebersihan Sekolah. Tujuan kempen ini diadakan adalah untuk memastikan kawasan sekolah
sentiasa cantik, menarik dan indah. Guru Besar iaitu Encik Awang Satip bin Mat Salleh
menyatakan bahawa kempen ini merupakan aktiviti tahunan sekolah. Kempen ini melibatkan
semua warga dan masyarakat setempat.

Kempen itu dimulakan tepat pada pukul 8.00 pagi dengan aktiviti gotong-royong
membersihkan persekitaran sekolah. Antara aktiviti yang dijalankan semasa gotong-royong
ini ialah menanam pokok-pokok bunga, membina taman sains, membersihkan longkang-
longkang dan menebas semak-samun. Para ibu bapa diminta membawa sendiri peralatan yang
bersesuaian seperti cangkul, parang, dan sabit untuk aktiviti tersebut.

Murid-murid dan guru-guru pula diminta membawa sebatang pokok bunga setiap seorang
untuk ditanam di perkarangan sekolah. Kaum ibu turut membantu mereka membaja dan
menyiram pokok-pokok bunga yang telah ditanam.

Selain itu sebuah taman sains telah berjaya diwujudkan melalui kempen ini. Selain ditanam
dengan pelbagai jenis pokok herba dan sayur-sayuran, di tengah-tengahnya juga dibuat sebuah
kolam untuk memelihara pelbagai jenis haiwan seperti ikan dan kura-kura.

Hampir 100 orang ibu bapa yang menyertai kempen ini. Sebelum kempen ini berakhir, satu
jamuan makan tengah hari telah diadakan di kantin sekolah. Pihak sekolah berasa bangga atas
kerjasama yang ditunjukkan oleh masyaarakat setempat dan warga sekolah. Mereka
mengharapkan Sekolah Kebangsaan Seri Tualang sentiasa bersih, cantik, dan ceria.

Anda mungkin juga menyukai