Anda di halaman 1dari 2

Kata-kata hikmat

1. Bersekutu bertambah mutu


Maknanya : Bekerjasama antara
satu dengan lain semasa
melakukan sesuatu pekerjaan
akan menghasilkan kejayaan
cemerlang.
Contoh ayat: Lebih baik kita
belajar secara berkumpulan
daripada berseorangan bak kata
orang bersekutu bertambah
mutu,kata Aiman kepada Mifzal.
2. Bertangguh itu pencuri masa

Maknanya : Melakukan kerja
dengan bertangguh akan
merugikan diri sendiri.

Contoh ayat:Adam, jangan
tangguh kerja rumah kamu
kerana bertangguh itu pencuri
masa, kata Azilah kepada
anaknya.

3. Otak yang cerdas ada pada
badan yang sihat

Maknanya : Dengan kesihatan
yang baik seseorang itu mampu
mengemukakan fikiran yang
bernas.

Contoh ayat: Kita haruslah
menjaga kesihatan untuk
mengemukakan fikiran yang
bernas bak kata orang otak yang
cergas ada pada badan yang
sihat.

4. Membaca itu jambatan ilmu

Maknanya :Ilmu pengetahuan
dapat ditingkatkan melalui
pembacaan.

Contoh ayat: Membaca itu
jambatan ilmu bermaksud ilmu
pengetahuan dapat ditingkatkan
melalui pembacaan, kata Cikgu
Rosfaizal kepada Irfan Fikri.

5. Masa itu emas

Maknanya : Masa itu berharga

Contoh ayat:Masa tidak boleh
diganti dan dibeli kerana masa
itu emas.

6. Kata dikota

Maknanya :Janji mestilah
ditunaikan.

Contoh ayat: Janji kita haruslah
dikotakan bak kata orang kata
dikota, kata Khairul
kepada cucunya.

7. Kata-kata lebih tajam daripada
mata pedang

Maknanya :Kata-kata yang
menyinggung hati seseorang.

Contoh ayat: Kata-kata lebih
tajam daripada mata pedang
kerana kata-kata boleh
menyebabkan kesan
berpanjangan.

Anda mungkin juga menyukai