Anda di halaman 1dari 3

PUISI MODEN- TINGKATAN 4

SAJAK : GELANGGANG
Ini gelanggang kita
yang diwariskan oleh pendekar-pendekar datuk moyang lebih
lima dekad yang lalu
satu persepakatan kaum untuk diturunkan kepada anak cucu
di kemudian hari.

(Rangkap 1:
Dengan kebijaksanaan nenek moyang kita kira-kira 50 tahun yang
lampau, negara ini telah berjaya dimerdekakan. Hal ini disebabkan
adanya persepakatan antara kaum di negara ini.)

Hari ini kitalah pewaris gelanggang yang terbina dari keringat


dan air mata
dengan gelanggang inilah negara aman makmur rakyat
berpadu
kita pelihara gelanggang ini dengan kejap sepenuh hati
kita mempertahankan kedaulatan watan dari anasir jahat
kerana telah terbukti dapat menyatupadukan pelbagai
keturunan.

(Rangkap 2:
Usaha memerdekakan negara memerlukan pengorbanan yang besar.
Hal inilah yang telah dilakukan oleh nenek moyang kita sebelum ini.
Generasi kini perlulah bersama-sama mempertahankan
kemakmuran dan kedaulatan negara daripada ancaman luar yang
ingin menggugat kestabilan negara. Kedaulatan negara akan dapat
dikekalkan seandainya setiap kaum mengamalkan sikap bersatu
padu dan bertoleransi.)

Para pendekar kita harus berani berjuang menangkis tohmahan


demi mempertahankan maruah gelanggang keramat suci ini
suara-suara momokan sumbang memperlekehkan menyentuh
hati nurani
kita sanggah nyah tanpa kompromi dari menggugah
gelanggang

(Rangkap 3:
Demi negara tercinta, rakyat hendaklah berani berjuang
mempertahankan maruah negara. Tidak ada sikap tolak ansur
terhadap anasir-anasir yang cuba menggugat keharmonian negara.
Sekiranya ada pihak yang cuba mengucar-ngacirkan negara, mereka
perlu ditentang habis-habisan.)
jangan sekali bermain api kelak membinasakan diri sendiri.
Marilah pahlawan setia kita kukuhkan ukhuwah
elakkan pertelingkahan sesama sendiri.

(Rangkap 4:
Rakyat diseru agar mengukuhkan perpaduan dan mengelakkan
pertelingkahan sesama sendiri.)

Kitalah pewaris abadi yang menjunjung amanah ini


agar kecemerlangan tercerna di persada arena
terus memacu kejayaan demi maruah harga jati diri
membina sebuah negara bangsa yang harmoni dan dihormati
kita junjung dan taat hingga ke akhir hayat.

(Rangkap 5:
Setiap orang perlu memikul tanggungjawab bagi mempertahankan
kedaulatan negara. Perpaduan yang dipupuk itu akan menyebabkan
negara kita menjadi aman dan seterusnya dihormati oleh negara lain.
Sewajarnya, kita mencurahkan sepenuh ketaatan kepada negara
tercinta ini sampai bila-bila.)

Onn Malini

Tema

Pentingnya mempertahankan kedaulatan tanah air kita yang tercinta. Contohnya, usaha dan
perjuangan nenek moyang yang berusaha memerdekakan dan mendaulatkan tanah wajar dikenang.

PERSOALAN

1. Perjuangan generasi dahulu dalam mendapatkan kemerdekaan

Contoh : Generasi dahulu berjuang mendapatkan kemerdekaan negara dengan keringat dan air

mata.

2. Kepentingan perpaduan dalam menjaga keamanan negara

Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat

memelihara negara daripada ancaman luar.

3. Tanggungjawab rakyat dalam mendaulatkan negara

Contoh : Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh

tanggungjawab daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.


NILAI

1. Nilai keberanian

Contoh : Penyajak menyatakan bahawa pemimpin negara kita harus berani berani berjuang
untuk menangkis tohmahan pihak luar.

2. Nilai perpaduan

Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat
memelihara negara daripada ancaman luar.

3. Nilai tanggungjawab

Contoh : Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan
penuh tanggungjawab daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.

PENGAJARAN

1. Kita mestilah bersatu padu

Contoh : Penyajak menyatakan bahawa rakyat yang bersatu padu telah terbukti dapat memelihara
negara daripada ancaman luar.

2. Kita mestilah berani bertindak

Contoh : Penyajak menyatakan bahawa pemimpin negara kita harus berani berjuang untuk
menangkis tohmahan pihak luar.

3. Kita mestilah bertanggungjawab atas kedaulatan negara

Contoh : Penyajak menyeru semua rakyat supaya memelihara kedaulatan negara dengan penuh
tanggungjawab daripada pihak luar yang cuba memusnahkan negara.

Anda mungkin juga menyukai