Anda di halaman 1dari 3

Penghujung Thamarat al-Muhimmah (Syair Nasihat) (Abu Hassan Sham)

Maksud

Rangkap 1 Nasihat yang diberi oleh ayah perlu dituruti dan janganlah mengamalkan sikap malas. Rangkap 2 Seseorang yang dilantik menjadi pemimpin mestilah memiliki hati yang mulia dan komited terhadap tugas yang diamanahkan. Rangkap 3 Kerja kebajikan yang dilakukan perlulah ikhlas dan jangan mengharapkan kepada pembalasan. Rangkap 4 Ilmu perlu rajin dituntut. Jangan pula kita menuntut ajaran sesat atau ajaran salah. Rangkap 5 Ilmu perlu diutamakan terutamanya hukum-hukum syarak demi mengelakkan aib. Rangkap 6 Tindakan perlu didasarkan kepada pengetahuan supaya membawa kepada kebaikan dan kebajikan untuk mengelakkan kejatuhan. Rangkap 7 Ilmu yang baik akan menjurus kepada keadilan dan kebenaran. Hal ini akan dapat membezakan antara perkara yang benar dan yang salah. Rangkap 8 Jika ilmu tidak dituntut atau diambil mudah akan menjerumuskan seseorang atau negara ke lembah kehancuran.

Tema
Nasihat kepada pemimpin agar memimpin negara dengan jujur dan ikhlas.

Persoalan
1. 2. pemimpin. Persoalan kepentingan ilmu dalam menjalankan tampuk pemerintahan. Persoalan keperibadian yang tinggi yang perlu dimiliki oleh seorang Persoalan ajaran betul dan ajaran songsang yang telah diwartakan.

3.

4. kepada diri.

Persoalan hukum syarak yang perlu diikuti untuk mengelakkan aib

Bentuk

1. 2. 3. 4.

Pantun ini terdiri daripada lapan rangkap. Setiap rangkap mengandungi empat baris. Jumlah perkataan empat hingga enam perkataan sebaris, jumlah suku kata pula sembilan hingga sebelas suku kata dalam satu baris Rima akhir adalah sama iaitu aa aa.

Gaya Bahasa

Aliterasi Dengarkan tuan ayahanda berperi. (Rangkap 1, baris 1) Pengulangan konsonan n Asonansi Had syarak jangan dilalu. (Rangkap 5, baris 3) Pengulangan vokal a Inversi Kerja kebajikan janganlah malas.(Rangkap 3, baris 1) Bahasa Arab Had syarak jangan dilalu (Rangkap 5, baris 3)

Nilai

1.

Nilai mendengar nasihat Mendengar nasihat orang yang berpengalaman untuk kesejahteraan masa hadapan.

2.

Nilai kerajinan Rajin menuntut ilmu dan menjalankan tugas yang diberikan.

3.

Nilai keadillan Seorang pemimpin perlulah adil dalam melaksanakan tanggungjawabnya.

4.

Keikhlasan Kerja kebajikan perlu dilakukan dengan hati yang penuh ikhlas.

Pengajaran

1. 2. 3.
4.

Kita hendaklah mendengar nasihat ayah, agar kehidupan kita diberkati. Kita hendaklah menjalankan siasatan sebelum menjatuhkan hukuman. Kita hendaklah sentiasa berbuat baik dan kebajikan, serta ikhlas dalam sebarang tindakan. Kita hendaklah menuntut ilmu agar dapat membezakan antara yang buruk dan yang baik.

Latihan

1. Berikan maksud rangkap Kerja kebajikan janganlah malas Zahir dan batin janganlah culas Jernihkan hati hendaklah ikhlas Seperti air di dalam gelas 2. Pada pendapat anda, apakah kepentingan kita menuntut ilmu? Jawapan:

1. Maksud rangkap tersebut ialah kerja kebajikan yang dilakukan perlulah ikhlas dan
jangan mengharapkan kepada pembalasan. 2. Kepentingan menuntut ilmu ialah: a. Dapat membantu kita membezakan antara perkara yang baik dengan yang buruk. b. Dapat membantu kita menyediakan diri sebagai generasi pemimpin masa depan.

c. Dapat membantu kita menyelesaikan sesuatu masalah dengan mudah.

Anda mungkin juga menyukai