Anda di halaman 1dari 2

Syair Nasihat

Penghujung Thamarat Al-Muhimmah

Rangkap 1
Ayahanda menyatakan usaha mengarang kitab telah selesai. Beliau merasakan dirinya kurang bijak dan ilmunya masih cetek.
Ayahanda telah menghasilkan kitab ini daripada hatinya yang sering bimbang dan geram. Usaha mengarang telah dilaksanakan
dengan bersungguh-sungguh.

Rangkap 2
Ayahanda telah meluahkan perasaannya yang terpendam untuk dijadikan ikhtibar kepada anakandanya. Ayahanda juga berharap
agar anakandanya dapat memperbaiki sikap dan mengamalkan nilai budi perketi mulia.

Rangkap 3
Nasihat yang diberi oleh ayahanda perlu dituruti dan janganlah mengamalkan sikap malas.

Rangkap 4
Seseorang yang dilantik menjadi pemimpin mestilah memiliki hati yang mulia dan komited terhadap tugas yang diamanahkan.

Rangkap 5
Kerja kebajikan yang dilakukan perlulah ikhlas dan jangan mengharapkan kepada pembalasan.

Rangkap 6
Ilmu perlu rajin dituntut. Jangan pula kita menuntut ajaran sesat atau ajaran salah.

Rangkap 7
Ilmu perlu diutamakan terutamanya hukum-hukum syarak demi mengelakkan aib.

Rangkap 8
Tindakan perlu berdasarkan pengetahuan supaya membawa kebaikan dan kebajikan untuk mengelakkan kejatuhan sesebuah
kerajaan.

Rangkap 9
Ilmu yang baik akan menjurus kepada keadilan dan kebenaran. Hal ini akan dapat membezakan antara perkara yang benar dan
yang salah.

Rangkap 10
Jika ilmu tidak dituntut atau diambil mudah, ilmu tersebut akan menjerumuskan seseorang atau negara ke lembah kehancuran.

Rangkap 11
Walaupun tidak mahir tentang hukum agama, janganlah kita berdiam diri dan membiarkan sesuatu perkara itu begitu sahaja.
Sebaliknya, kita harus berusaha mempelajarinya dan memohon pertolongan dari Allah Maha Yang Esa.

Rangkap 12
Ayahanda mengingatkan anakandanya, jika menjadi pemerintah janganlah hanya duduk tanpa melaksanakan tanggungjawab.
Jangan hanya duduk berehat-rehat di dalam istana.

Rangkap 13
Orang yang mengadu sesuatu masalah akan berasa sakit hati kerana sikap pemimpin yang tidak pandai membuat keputusan
tentang perkara yang diadukan kepada pemimpin mereka.

Rangkap 14
Ada kalanya kita bercakap tentang sesuatu perkara menggunakan cara yang mudah tanpa mengambil kira hukum agama yang
sebenar. Kita digesa agar setiap perkara yang kita lakukan hendaklah berpandukan hukum agama supaya kita tidak tersesat dan
merana kemudian hari.

Rangkap 15
Jika sesuatu perkara dilakukan tanpa mengikut hukum agama pasti orang lain akan mengata di belakang kita walaupun di hadapan
kita mereka tidak berkata apa-apa.

Rangkap 16
Perkara yang benar perlulah kita tegakkan tanpa menghiraukan kara-kata pujian atau cacian orang lain kerana Allah sentiasa
menjadi saksi atas segala perbuatan kita.
Tema

Nasihat kepada pemimpin agar memimpin negara dengan sebaik-baiknya berpandukan hukum syarak.

Contoh: Ayahanda berpesan kepada anakandanya agar memerintah negara dengan berpandukan hukum syarak kerana setiap
sesuatu yang dilakukan disaksikan oleh Allah.

Persoalan:

1. Usaha membentuk sikap anak supaya mempunyai tingkah laku yang baik
Contoh: Ayahanda menasihati anaknya yang masih muda supaya membaiki sikap dan mengamalkan budi pekerti yang
mulia.

2. Keperibadian tinggi yang perlu dimiliki oleh seseorang pemimpin


Contoh: Ayahanda menasihati anaknya supaya jangan malas, perlu amanah dan adil dalam menjalankan hukuman.

3. Kepentingan ilmu dalam mentadbir urus negara.


Contoh: Ayahanda menasihati anaknya supaya rajin menuntut ilmu termasuk ilmu agama supaya tidak dipandang
serong.

4. Kepentingan ilmu agama dalam kehidupan.


Contoh: Ayahanda menasihati anaknya mendalami ilmu agama agar berada di landasan yang betul.

5. Sikap pemimpin yang bijak membuat keputusan.


Contoh: Ayahanda menasihati anaknya supaya berfikir dengan mendalam sebelum melakukan sesuatu tindakan.

Anda mungkin juga menyukai