Anda di halaman 1dari 4

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta Jika

hari ini seorang Presiden sebuah negara Jika hari ini seorang ulama yang mulia Jika hari ini seorang peguam menang bicara Jika hari ini seorang penulis terkemuka Jika hari ini siapa sahaja menjadi dewasa; Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca. Jika anda rasa guru tersebut tidak bagus, tidak perlulah mengutuk atau mencaci beliau. Mungkin dia diperlukan oleh orang lain. Berdiam diri lebih baik dan cari guru yang lain. Kalau anda hendak menegur, pastikan guna cara yang sepatutnya. Insyallah anda akan berjaya di dunia dan di akhirat. Sebagai muslim, kita ingin cemerlang di dalam pelajaran, tapi biarlah kecemerlangan itu diiringi dengan keberkatan dari Allah taala. Manusia yang sekadar cemerlang dalam hal pelajaran tetapi tidak dihiasi dengan iman dan taqwa kepada Allah, adalah tanda-tanda manusia yang hilang keberkatan dalam menimba pelajaran. >>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>
Bagi seorang yang bergelar pelajar, keberkatan ilmu sangat perlu dititikberatkan. Sewaktu saya di sekolah menengah dulu, cikgu-cikgu sering berpesan tentang berkat. Jangan kurang ajar dengan guru -guru, tak berkat ilmu kamu, Jangan ponteng kelas, hilang berkat, Jangan meniru, jangan mengumpat cikgu di belakang, jangan riak kalau kamu pandai,dan pelbagai lagi jangan yang dikaitkan dengan keberkatan. Kadangkala kita merasakan sudah bertungkus lumus mengulang kaji. Sudah berpuluh kali menyelak nota yang sama. Masih juga susah untuk faham. Rasa terhijab dan sebagainya. Bila sudah faham pula, tiba-tiba lupa a.k.a blank di dewan peperiksaan. Jika hal-hal seperti ini pernah berlaku pada kita, semaklah kembali adab-adab kita sebagai penuntut ilmu. Mungkin inilah natijahnya jika kita kurang mengambil kira soal keberkatan. Bagaimana ilmu mahu berkat jika tiada hormat pada yang menyampaikan ilmu? Imam Ahmad bin Hanbal berkata: Kami diperintahkan supaya tawadhu kepada sesiapa yang kami pelajari ilmu daripadanya (guru atau ulama) Keberkatan juga boleh hilang jika ilmu yang dicari digunakan untuk bermegah-megah. Semakin berilmu, semakin pula merasakan diri hebat. Rakan-rakan yang lebih rendah pencapaiannya dirasakan tidak sama level dengan dirinya. Maksud sebuah hadis riwayat Ibn Hibban: Jangan mempelajari ilmu untuk berbangga-bangga di hadapan para ulama, atau untuk berdebat dengan orang-orang bodoh, atau untuk memilih majlis yang terbaik (demi mendapat pujian orang). Sesiapa melakukan hal itu maka nerakalah tempatnya. Jangan pula mengharapkan ilmu itu berkat jika dicampur baurkan dengan maksiat. Ada sesetengah dari kita yang menghabiskan berjam-jam untuk study. Malangnya, sambil study sambil berchatting dengan buah hati yang masih belum halal. Lebih parah jika study bersama-sama, hanya berdua. Pembakar semangat katanya. Ada pula yang sambil menonton cerita-cerita Korea, Jepun mahupun Barat yang mempunyai adegan yang tidak patut dijamah mata, ataupun mendengar muzik-muzik yang melalaikan jiwa. Alasannya, mahu release tension.

Sedarlah bahawa ilmu itu suci, ibarat cahaya yang terang. Takkan hadir pada hati yang penuh kotor dengan maksiat, gelap tidak bersinar. Tidak dinafikan, ada saja manusia yang berjaya walaupun adab pada guru tidak dijaga. Ada saja yang cemerlang walaupun meninggalkan solat, melanggar hukum-hukum Allah. Bagaimana mereka boleh berjaya jika ilmu tiada berkat? Keberkatan dan kejayaan itu sesuatu yang berbeza. Sama halnya antara keberkatan dan kekayaan. Ada negara yang maju dan kaya raya tetapi tidak ada keberkatan. Maksiat, penyelewengan dan jenayah berleluasa sehingga rakyat sendiri tidak berasa selamat. Ada manusia yang gaji sudah berpuluh ribu, tapi harta yang ada masih terasa kurang. Luarannya kita nampak senang, tapi hakikatnya, jiwa mereka tidak tenteram. Keberkatan tidak boleh ternilai dengan mata kasar. Berkat atau barakah itu sendiri bermaksud bertambah dan berkembang, manakala Al Isfahani mendefinisikannya sebagai tetapnya kebaikan Allah dalam sesuatu perkara. Seseorang mungkin berjaya menjadi pelajar paling cemerlang di sekolah, tapi kerana tiada keberkatan, ilmu yang dipelajari sekadar di hujung pen. Tidak mampu diamalkan dan langsung tidak membawa manfaat buat dirinya. Hanya berjaya dalam peperiksaan tapi tidak berjaya dalam hidup. Berjaya mendapat kedudukan di dunia tapi tidak di akhirat. CGPA itu penting, kerja yang bagus juga penting. Masakan Islam akan dipandang tinggi jika umatnya adalah umat yang mundur dan gagal. Tapi dalam mengejar kejayaan dunia, jangan sampai hak-hak Allah dan hak-hak sesama manusia terabai. Di sebalik assignments yang menimbun, kesibukan mengulangkaji untuk peperiksaan akhir yang semakin hampir, periksalah kembali sama ada keberkatan itu ada bersama kita. Sesungguhnya, iman dan taqwalah yang dapat memandu kita meraih keberkatan dalam safar menuntut ilmu yang panjang ini. Jikalau satu penduduk negeri atau satu kelompok manusia mempunyai dua sifat iaitu beriman dan bertaqwa, niscaya kami (Tuhan) limpahkan kepada mereka berkat dari langit dan bumi. (Al Araf: 96) Wahai Tuhan kami, berkatilah ilmu dan kehidupan kami.

>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>>> BAGAIMANA CARA UNTUK MEMPEROLEHI KEBERKATAN ?

1. Menjaga hubungan baik dengan Allah. Sentiasa menjaga solat fardu, menunaikan solat-solat sunat, tilawah al-Quran setiap hari, berpuasa sunat, berzikir, berdoa, menambahkan ilmu agama dan sentiasa cenderung untuk melakukan kebaikan. Perkara ini adalah asas untuk mendapat keberkatan dalam hidup. Semua amal soleh mempunyai keberkatan yang boleh memimpin perjalanan hidup seseorang hamba. Allah tidak akan membiarkan hambanya yang soleh terjerumus ke dalam perkara yang buruk. 2. Memuliakan ibu bapa. Sentiasa mematuhi suruhan mereka. Apa yang mereka lakukan adalah yang terbaik untuk anda. Tiada ibu bapa yang ingin anaknya gagal dalam kehidupan. Pelajar juga hendaklah bercakap dengan sopan, tidak membantah

atau menengking mereka dan sentiasa mendoakan kesejahteraan mereka. Pengorbanan dan jasa mereka tiada tolok bandingnya dan sampai bila-bila pun kita tidak akan mampu membayarnya. 3. Menyanjungi guru. Guru adalah ibu bapa anda yang kedua. Mereka memberi perkara yang ibu bapa anda tidak berikan kepada anda iaitu ilmu. Jasa mereka tidak dapat diungkapkan dengan kata-kata. Kejayaan yang anda perolehi merupakan kegembiraan untuk mereka dan kegagalan anda amat mengecewakan mereka. Sanjungi dan muliakan mereka sebaik mungkin. Doakan untuk mereka kebahagiaan dan kesejahteraan. Tegur mereka walau pun anda bukan lagi pelajarnya sekiranya terserempak di mana-mana. Seorang guru tidak akan melupakan wajah pelajarnya sampai bila-bila cuma nama sahaja yang lupa. Cuba bayangkan apakah perasaan seorang guru sekiranya tidak diendahkan oleh bekas anak didiknya. Perkara ini sering dilakukan oleh pelajar yang cemerlang dalam akademik. Ini adalah realiti. Penulis acap kali mendengar rungutan dan kekecewaan oleh ramai guru tentang perkara ini. 4. Menjaga hubungan baik dengan rakan-rakan pelajar yang lain. Sentiasa berbaik sangka, membantu pelajar yang meminta bantuan sama ada berkaitan dengan pelajaran atau sebagainya. Sentiasa memberi dorongan antara satu sama lain. Jangan sekali-kali berlaku permusuhan dan pergaduhan dengan pelajar yang lain. Sekiranya berlaku perselisihan hendaklah sabar dan berlapang dada. Antara perkara yang paling dibenci oleh Allah ialah memutuskan silaturahim sehingga Allah mengharamkan syurganya kepada sesiapa yang gemar memutuskan silaturahim. 5. Menjauhi perkara haram dan sia-sia. Dosa dan maksiat yang dilakukan akan menghilangkan keberkatan dalam hidup. Ilmu adalah sesuatu yang suci. Bagaimanakah sesuatu yang suci akan berada di hati yang kotor?. Antara perkara yang yang perlu dijauhi ialah couple. Tetapi malangnya begitu ramai pelajar yang terlibat dengannya. Budaya tidak sihat ini amat membimbangkan dan berleluasa di semua peringkat pendidikan. Sehingga mereka ada pasangan dikira normal dan tiada pasangan dianggap pelik. Jangan cuba berjinak-jinak dengan perkara yang dilarang oleh agama ini. Setiap larangan mempunyai beribu hikmah di sebaliknya. 6. Sentiasa bersyukur dan merendah diri. Anda hendaklah menganggap kejayaan yang diperolehi adalah kurniaan dan ujian daripada Allah. Ingat! Nikmat itu boleh diambil bilabila masa oleh Allah. Perbuatan tidak mensyukuri nikmat Allah dan sombong amat dimurkai oleh Allah. Penyakit sombong ini jangan ada di hati kita walau sekecil mana sekali pun kerana sifat ini akan menghumban kita ke neraka sebagaimana mafhum sabda Rasulullah saw.

Semoga enam perkara ini dapat dijadikan pegangan agar pembelajaran anda setiasa diberkati dan dirahmati Allah SWT. WALLAHU TA'ALA A'LAM

Anda mungkin juga menyukai