Anda di halaman 1dari 4

‫جابنت حال إحوال اضام إسالم نضر ي سابه‬

KHUTBAH JUMAAT 5 JAMADILAWAL 1440H/11 JANUARI 2019M

“BUDAYA ILMU ASAS KECEMERLANGAN


UMMAH”
Oleh: JHEAINS

MA’ASYIRAL MUSLIMIN RAHIMAKUMULLAH,


Dalam kesempatan berada pada hari Jumaat yang mulia ini, saya berpesan kepada diri saya
dan kepada hadirin para jamaah Jumaat sekalian marilah sama-sama kita bangkitkan
ketakwaan kita kepada Allah SWT dengan bersungguh-sungguh melaksanakan segala
perintah-Nya dan meninggalkan segala larangan-Nya. Mudah-mudahan kita memperolehi
darjat yang mulia serta perlindungan Allah SWT di dunia dan di akhirat

HADIRIN JAMAAH JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,


Minggu ini adalah minggu kedua anak-anak kita kembali ke alam persekolahan. Berbagai
ragam dapat kita lihat pada diri anak-anak kita setelah berbulan mereka bercuti dari alam

1
persekolahan ini. Namun inilah rutin biasa yang mereka perlu tempuhi dan membudayakannya
demi membina generasi yang cemerlang di masa akan datang.

Dalam usaha membina insan yang cemerlang, maka hendaklah dihubungkait dengan ilmu
pengetahuan dan pendidikan. Dalam proses ini kesepaduan peranan pihak berwajib iaitu
sekolah dan ibu-bapa mestilah saling berkerjasama dan mengambil tanggungjawab dengan
sebaik mungkin. Firman Allah SWT dalam surah at-Tahrim ayat 6:

Maksudnya: “Wahai orang yang beriman! Peliharalah diri kamu dan keluarga kamu dari api
Neraka yang bahan bakarannya manusia dan batu; Penjaganya malaikat-malaikat yang keras
kasar; tidak menderhaka kepada Allah dalam segala yang diperintahkan-Nya kepada mereka,
dan mereka pula tetap melakukan segala yang diperintahkan.”

Berdasarkan kepada pemerhatian khatib terdapat perkaitan yang sangat kuat bahawa
penglibatan ibu-bapa dalam memajukan pendidikan anak-anak. Dengan demikian ibu-bapa
tidak boleh menyerah secara bulat bulat kepada pihak sekolah dan guru-guru sahaja dalam
menentukan kejayaan dan kecemerlangan anak-anak. Ibu-bapa hendaklah memain peranan
dan kerjasama rapat dengan pihak sekolah.

Ibu-bapa adalah asas kepada menentukan dasar pembinaan akhlak dan kecemerlangan anak-
anak. Bila tumpuan ibu-bapa terhadap anak-anak berkurangan, maka kadar keciciran anak-
anak semakin meningkat. Anak pada peringkat awal pembesaran dan pendewasaan
memerlukan ibu-bapa sebagai orang terawal penunjuk jalan teladan yang baik. Menurut prinsip
pendidikan Islam, saat kritikal dalam proses membina teras nilai murni, akhlak mulia, kasih
sayang dan komunikasi yang mesra sebenarnya bermula dari dalam rahim ibu lagi sehinggalah
anak itu mencapai usia baligh. Dengan demikian khatib menasihatkan para jemaah sekalian
bahawa dalam tempoh kritikal ini, ibu-bapa tidak boleh melepaskan diri dalam mendidik anak-
anak walau apa jua sekalipun.

Rasulullah SAW telah menggariskan empat tahap pendidikan kepada anak-anak iaitu: Tahap
Pertama: Anak yang baru lahir sehingga mumayyiz (enam tahun ) hendaklah kita banyak
bergurau dan membelai mereka dengan penuh kasih sayang. Tahap Kedua: Anak berumur
tujuh tahun sehingga baligh (14 tahun) hendaklah kita mendidik mereka dengan arahan, disiplin
dan memberi tanggungjawab kepada mereka. Tahap Ketiga: Anak berumur 15 tahun hingga
dewasa (21 tahun ) hendaklah dididik dengan cara berkawan, bertukar pendapat dan hormati
pendapat mereka selagi yang tidak bertentangan dengan syariat. Tahap Keempat: Anak
berumur lebih 21 tahun, hendaklah para ibu bapa memberikan kebebasan bertindak selagi
tidak bertentangan dengan syariat. Ibu bapa hanya perlu bertindak sebagai penasihat agar
segala tindakkan mereka terkawal.

Jika kita tidak mengambil berat, maka anak-anak akan terdedah dengan gejala rosak akidah,
hilang kemulian akhlak dan maruah juga ketinggalan dalam pendidikan. Kita tidak mahu anak-
anak menjadi keliru, tidak tahu memilih yang baik atau yang buruk dalam kehidupan mereka.
Menurut Prof Dr Yusuf al-Qardawi, bahawa kesan yang paling menonjol akibat kelemahan
kualiti keibubapaan hari ini adalah terpisahnya atau tercabutnya akhlak anak-anak yang
memudahkan dan mendedahkan mereka dalam krisis gejala sosial.
2
Satu kisah pada zaman Rasulullah SAW, seorang sahabat yang berjemaah bersama baginda
kerap keluar dari jemaah awal sebelum sempat berdoa. Baginda bertanyakan kenapa balik
tergesa-gesa sebelum sempat berdoa. Sahabat itu menerangkan dia mempunyai anak kecil yang
ibunya baru meninggal dunia. Dia takut anaknya mengambil dan memakan buah tamar jiran
yang gugur di halaman rumahnya dan ditakuti akan menjadi darah dagingnya. Sahabat itu
menjelaskan daging yang disuburkan dari benda yang haram itu tidak layak masuk syurga.
Mendengarkan penjelasan itu, Baginda terdiam dan tidak berkata apa-apa, hanya
memperhatikannya sahaja dia pulang ke rumah.

HADIRIN JAMAAH JUMAAT YANG DIKASIHI ALLAH SWT,


Pencapaian prestasi anak-anak kita dalam pelajaran bergantung kepada perancangan dan
penilaian bersungguh-sungguh ibu bapa sendiri. Dalam hal ini ibu-bapa perlulah membudayakan
ilmu dan akhlak dalam kehidupan seharian anak-anak. Dalam menjamin keberkesanan fungsi ibu
bapa menentukan kejayaan pendidikan anak-anak, maka mimbar menasihatkan ibu bapa
sekalian menetapkan sekurang-kurangnya 6 petunjuk sebagai ukuran bagi menentukan hala tuju
dan tindakan yang mesti dilaksanakan oleh anak-anak kita antaranya seperti berikut: Pertama:
Memastikan anak-anak menunaikan solat fardhu 5 kali sehari secara konsisten,Kedua:
Memastikan anak-anak mempelajari dan memahami al-Quran setiap hari,Ketiga: Memastikan
anak-anak mendapat makanan halal, berzat dan memenuhi keperluan vitamin setiap hari,
Keempat: Menyemak buku-buku latihan dan kerja setiap mata pelajaran sekurang-kurangnya
sekali dalam seminggu, Kelima: Menetapkan sasaran setiap mata pelajaran anak sekurang-
kurangnya mencapai 80%, dan Keenam: Mengadakan perjumpaan dengan guru kelas sekurang-
kurangnya sekali dalam setiap semester atau penggal bagi mendapat maklumbalas prestasi
pembelajaran dan tahap sahsiah anak-anak ketika berada di sekolah.

HADIRIN JAMAAH JUMAAT YANG DIBERKATI ALLAH SWT,


Sebagai ibu-bapa kita tidak boleh mengambil sikap lepas tangan. Jangan kita beranggapan
bahawa kita telah menunaikan kewajipan dan hak anak-anak apabila anak-anak telah dihantar
ke sekolah. Ingatlah tanggungjawab kita bukan hanya memastikan agar mereka akan hidup
selesa pada masa akan datang. Tanggungjawab kita juga memastikan agar mereka mempunyai
prinsip yang teguh dan jatidiri yang kuat.

Walaupun kadang-kala berlaku ketegangan hebat antara guru-guru dengan ibu-bapa yang nyata
menjejaskan kualiti pendidikan di sebuah sekolah. Namun sebagai langkah positif, maka ibu-
bapa dan masyarakat hendaklah memberi penghormatan yang besar kepada guru-guru untuk
membimbing dan mendisiplinkan pelajar mereka masing-masing. Oleh itu khatib berharap
janganlah kita mudah melenting, jangan hilang kewarasan dan hendaklah bersifat berlapang
dada apabila guru-guru mengambil tindakan disiplin ke atas pelajar mereka. Kita yakin tindakan
guru dalam mendisiplinkan pelajar adalah untuk memberi pengajaran dan memulihkan akhlak
agar sedia berubah menjadi insan yang berguna.

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, mimbar menyeru marilah sama-sama kita menjaga dan
mendidik anak-anak yang diamanahkan oleh Allah SWT kepada kita. Didiklah mereka dengan
kehidupan beragama, agar mereka dapat berbakti kepada keluarga, masyarakat, negara dan
bakal penerus kepada perjuangan Islam. Budayakanlah kehidupan mereka dengan perkara-
perkara yang boleh memberi manfaat kepada diri mereka.

Dalam masa yang sama khatib juga menyeru para jemaah sekalian marilah sama-sama kita
tunaikan tanggungjawab sosial kita dengan membantu dan membela nasib pelajar-pelajar dari
kalangan anak-anak yatim dan anak-anak saudaramara kita yang susah, supaya mereka juga
3
dapat menghadapi sesi persekolahan yang baru ini dengan selesa dan sempurna. Marilah
sama-sama kita merenung firman Allah SWT dalam surah al-Ahzab ayat 72:

Maksudnya: “ Sesungguhnya Kami telah kemukakan amanah kepada langit dan bumi serta
gunung-ganang, maka mereka enggan memikulnya dan bimbang tidak dapat
menyempurnakannya; dan manusia sanggup memikulnya. Sesungguhnya manusia itu amat
zalim dan jahil.“.

*****

Disedia dan diedar oleh:


Bahagian Penyelidikan dan Informasi
Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah

NOTA: Teks khutbah ini mengandungi potongan ayat-ayat al-Quran dan Hadith Rasulullah SAW.
Mohon jaga dengan cermat dan tidak disepahkan.

Anda mungkin juga menyukai