Anda di halaman 1dari 6

‫جابنت حال إحوال اضام إسالم نضري سابه‬

“SEIMBANG UNTUK SEJAHTERA”


(15 Mac 2019M / 8 Rejab 1440H)

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SEKALIAN,

1
Saya berpesan pada diri saya dan menyeru sidang Jumaat yang dikasihi sekalian,
marilah sama-sama kita meningkatkan ketakwaan kepada Allah SWT dengan
bersungguh-sungguh melaksanakan segala perintah-Nya dan meninggalkan segala
larangan-Nya. Mudah-mudahan, kehidupan ini mendapat keberkatan di dunia dan di
akhirat. Maka, bersempena dengan sambutan Hari Wanita yang disambut pada tarikh 8
Mac setiap tahun, maka khutbah jumaat pada hari ini akan membicarakan mengenai
tajuk: “Balance for Better” atau “SEIMBANG UNTUK SEJAHTERA”.

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH,

Allah SWT telah meletakkan kedudukan wanita pada tempat yang mulia di samping
lelaki berdasarkan persamaannya dalam beberapa tanggungjawab dan perbezaan
peranannya bersesuaian dengan kedudukannya. Maka selayaknya mereka menerima
pengampunan dan kurniaan sepertimana yang dikurniakan kepada kaum adam. Hal ini
jelas sepertimana disebutkan di dalam surah Al-Ahzab ayat 35 yang dibacakan
sebentar tadi yang bermaksud;

“Sesungguhnya orang-orang lelaki yang Islam serta orang-orang perempuan yang


Islam, dan orang-orang lelaki yang beriman serta orang-orang perempuan yang
beriman, dan orang-orang lelaki yang taat serta orang-orang perempuan yang taat,
dan orang-orang lelaki yang benar serta orang-orang perempuan yang benar, dan
orang-orang lelaki yang sabar serta orang-orang perempuan yang sabar, dan orang-
orang lelaki yang merendah diri (kepada Allah) serta orang-orang perempuan yang
merendah diri (kepada Allah), dan orang-orang lelaki yang bersedekah serta orang-
orang perempuan yang bersedekah, dan orang-orang lelaki yang berpuasa serta
orang-orang perempuan yang berpuasa, dan orang-orang lelaki yang memelihara
kehormatannya serta orang-orang perempuan yang memelihara kehormatannya, dan
orang-orang lelaki yang menyebut nama Allah banyak-banyak serta orang-orang
perempuan yang menyebut nama Allah banyak-banyak, Allah telah menyediakan bagi
mereka semuanya keampunan dan pahala yang besar”.

2
SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,

Seperti sedia maklum, pada tarikh 8 Mac setiap tahun, Hari Wanita akan disambut
meriah oleh hampir kesemua negara di seluruh dunia dengan pelbagai pengisian
program yang dijalankan. Ianya bertujuan untuk meraikan kejayaan dan pencapaian
kaum wanita bagi memperjuangkan agenda wanita. Ini kerana, dalam lipatan sejarah,
kaum wanita pernah dilayan dan diberi tanggapan yang buruk oleh sebahagian
manusia. Namun, dengan adanya kedatangan Islam, keadilan dan martabat kaum
wanita dipulihkan semula, lalu kedudukan lelaki dan wanita telah disamaratakan.

Oleh hal yang demikian, mimbar ingin menyatakan dengan tegas bahawa sikap
tidak menghargai sesuatu akan menatijahkan perkara seperti ini berlaku. Lalu dengan
itu, pihak kerajaan telah menganjurkan sambutan Hari Wanita, di mana platform ini
memberi pengiktirafan kepada wanita yang telah menyumbang kepada pembangunan
negara dan menyampaikan mesej peranan penting wanita sebagai sebahagian
penggerak utama kemajuan negara, dimana bole dikatakan bahawa disebalik kejayaan
seseorang lelaki, ada wanita disampingnya, sama ada wanita tersebut adalah ibunya,
isterinya atau anak perempuannya.

Sambutan Hari Wanita 2019 adalah sebagai simbolik tanda keprihatinan


kerajaan terhadap peranan penting wanita sebagai penggerak utama kemajuan negara,
pembangunan institusi kekeluargaan dan pengukuhan masyarakat yang penyayang,
serta berperanan dalam pembangunan ummah di samping lelaki. Peranan wanita islam
di zaman dahulu kala bukan sekadar teladan buat kaum wanita, bahkan kepada kaum
lelaki juga. Mari kita hayati bagaimana Saidatina Hajar Alaihissalam yang telah
dipahat kisah pengorbanannya dalam sejarah Islam. Satu contoh nilai tarbiyah iman
yang terhasil dan sukar untuk ditandingi. Ratu Saba’ yang dikenali sebagai Balqis
membuktikan wanita pernah mencapai taraf pemikir yang hebat. Begitu juga wanita-
wanita selain mereka yang pernah mengharumkan dunia Islam. Dan sebahagian
mereka ini dinobatkan sebagai Ummahat al-Mukminin (Ibu kepada orang-orang
beriman).

3
SIDANG JUMAAT YANG DIMULIAKAN,

Sambutan ini juga dapat memberi pendedahan maklumat dan pengetahuan kepada
masyarakat umum, khususnya golongan wanita mengenai peluang, cabaran, dan isu
sejagat agar wanita mempunyai daya saing untuk mencapai perkongsian saksama
antara lelaki dan wanita dalam memperoleh dan mengawal sumber serta peluang
penyertaan yang optimum terutama dalam bidang yang diceburi. Tuntasnya di sini,
lelaki dan perempuan hendaklah berkerjasama saling bantu membantu tanpa wujudnya
diskriminasi jantina kerana Firman Allah SWT:

Maksudnya: “Dan orang-orang yang beriman, lelaki dan perempuan, setengahnya


menjadi penolong bagi setengahnya yang lain; mereka menyuruh berbuat kebaikan,
dan melarang daripada berbuat kejahatan; dan mereka mendirikan sembahyang dan
memberi zakat, serta taat kepada Allah dan RasulNya. Mereka itu akan diberi rahmat
oleh Allah; sesungguhnya Allah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.”

SIDANG JUMAAT YANG DIRAHMATI ALLAH SWT,

Hari Wanita 2019 kali ini yang bertemakan “Balance for Better” atau “Seimbang
untuk Sejahtera” ini mampu memberi inspirasi kepada wanita untuk mengimbangi
komitmen dan tanggungjawab mereka dalam setiap aspek kehidupan.

Penganjurannya ini dapat mengangkat harapan golongan wanita dalam aspek


yang melibatkan jantina dengan menghapuskan sebarang diskriminasi agar

4
pembangunan dan potensi wanita di negara ini dapat ditingkatkan seterusya dijadikan
sebagai medium menyebarluaskan inisiatif pencapaian Dasar Wanita Negara (DWN)
yang pernah digubal pada tahun 1989 yang bertujuan untuk memperkasakan wanita
dari pelbagai sudut.

Selain itu, sambutan Hari Wanita juga menunjukkan keprihatinan dan cakna
kerajaan dalam mengarusperdanakan kepentingan jantina dalam aspek perancangan
dan pembangunan negara bagi menyediakan peluang yang lebih besar kepada wanita
untuk mencapai potensi dalam membantu merealisasikan aspirasi kerajaan
membangunkan modal insan yang berkualiti.

Dengan pemahaman yang betul berhubung kesaksamaan jantina akan membuka


peluang yang sama rata kepada lelaki dan wanita dalam aspek pembangunan negara.

Menyedari wanita memainkan peranan penting dalam sudut kehidupan kita,


kerajaan telah menjadi penyokong yang meyokong keseimbangan jantina seperti
agenda global terutamanya dalam sistem politik yang demokrasi agar wujud lebih
ramai pemimpin wanita tampil kehadapan dan mewujudkan dasar dan program khusus
untuk meningkatkan pemilikan asset wanita, kadar pelaburan dan tabungan.

Justeru, inisiatif-inisiatif yang telah dilaksanakan kerajaan diharap dapat


memaksimumkan peluang kesaksamaan jantina dan seterusnya dapat menghargai
peranan wanita dalam mengimbangi pembentukan keluarga dan pengukuhan kerjaya
mereka untuk menjalani kehidupan yang sejahtera selaras dengan tema Hari Wanita
2019 iaitu “Balance for Better” atau “Seimbang untuk Sejahtera”.

Mengakhiri khutbah pada minggu ini, khatib menyarankan beberapa perkara;

Pertama: Mimbar menyeru supaya tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan
dengan mengeksploitasi wanita tanpa hak.

5
Kedua: Mimbar juga menyeru supaya kehormatan dan ketinggian kaum wanita tidak
dipandang remeh dengan mengenepikan pandangan dan sumbangan mereka.

Ketiga: Mimbar juga menyeru supaya kaum lelaki agar tidak mendiskriminasikan
kaum wanita dari pelbagai sudut dan tidak juga memberi tanggapan negatif seperti
yang pernah berlaku dahulu kala.

Allah SWT berfirman:

Maksudnya: “Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu


dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan
bersuku puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu
dengan yang lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang
lebih taqwanya di antara kamu, (bukan yang lebih keturunan atau bangsanya).
Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya (akan
keadaan dan amalan kamu).”

Anda mungkin juga menyukai