Anda di halaman 1dari 3

Tugasan 3 : Secara individu anda dikehendaki menghasilkan satu penulisan ilmiah

berkaitan dengan peranan institusi keluarga dan wanita islam kini dalam pembentukan
masyarakat sejahtera.

Keluarga ialah satu institusi sosial yang paling penting dalam masyarakat dan
wanita juga adalah individu yang kuat dalam membentuk masyarakat. Oleh itu, keluarga
Islam perlu diwujudkan dan wanita islam amat diperlukan kerana ia berfungsi untuk
melahirkan masyarakat yang sejahtera. Oleh yang demikian, terdapat beberapa
peranan institusi keluarga dan wanita islam kini dalam pembentukan masyarakat
sejahtera.
Antaranya ialah,terbentuknya masyarakat yang sejahtera ialah daripada institusi
keluarga yang mantap. Ibu bapa sewajarnya memainkan peranan mereka dalam
mendidik anak-anak dengan didikan agama yang kuat agar anak-anak tidak terpesong
dan terpengaruh dengan gejala yang dapat merosakkan iman dan akhlak mereka.
Contohnya, ibu bapa diamanahkan Allah supaya mendidik anak-anak menunaikan solat
dan perintah-perintah agama yang lain semasa berumur tujuh tahun.Latihan ini
bertujuan agar anak-anak dapat menghayati suruhan agama dengan dan sempurna
ketika berumur sepuluh tahun. Ini bertujuan supaya mengelakkan kemungkaran.Ini
kerana orang yang benar-benar mendirikan solat lima waktu tidak akan melakukan
perbuatan keji dan kemungkaran.
Tambahan lagi, membiasakan anak beradab dan berakhlak dengan akhlak yang
baik juga dapat membentuk masyarakat yang sejahtera. Ibu bapa wajib memastikan
anak-anak yang berumur sepuluh tahun berakhlak dengan akhlak yang baik. Antaranya
ialah, menggalakkan solat secara berjemaah dan mewajibkan anak menjaga adab
pergaulan dan menutup aurat. Dengan akhlak yang baik, anak-anak atau seseorang
individu itu akan disegani dan dihormati. Secara tidak langsung juga, akan memberi
contoh kepada masyarakat yang lain seperti kaum india ataupun kaum cina.

Selain itu, ibu bapa juga hendaklah memberi kasih sayang dan keperluan yang
secukupnya kepada anak-anak agar mereka tidak merasa kesunyian ataupun terpinggir
daripada keluarga. Kebanyakan kes-kes remaja lari daripada rumah disebabkan ibu
bapa yang tidak begitu prihatin dengan perkembangan anak-anak mereka. Tambahan
pula,ibu bapa juga mestilah menjadi teladan yang baik kepada anak-anak. Oleh yang
demikian, untuk melahirkan generasi-generasi yang baik dan kuat, ibu bapa memainkan
peranan yang besar sebagai ahli keluarga yang terdekat.
Penglibatan kaum wanita di dalam perjuangan Islam bukanlah suatu perkara yang baru.
Bahkan, kejayaan, kemenangan dan keunggulan kaum wanita yang menjadi sayap kiri
perjuangan Islam telah tercatat di dada Sejarah semenjak dari wujudnya alam maya ini.
Wanita juga merupakan kaum yang penting dalam membentuk sesebuah tamadun.
Seterusnya. wanita islam juga memainkan peranan yang besar dalam
membentuk masyarakat sejahtera. Wanita adalah seorang pendidik generasi akan
datang. Wanita telah dikurniakan kemampuan dan kesabaran yang tinggi untuk
mendidik anak-anak. Oleh sebab itu, memberikan pendidikan kepada anak-anak adalah
salah satu tanggungjawab terbesar bagi wanita. Contoh pendidikan yang wajib diberi
ialah, fardhu ain dan juga fardhu kifayah. Pendidikan anak-anak bermula dari rumah.
Islam telah memberikan kesempatan yang secukupnya kepada wanita untuk
menunaikan tanggungjawabnya
Di samping itu, peranan wanita tidak hanya terhad menjadi ibu dan isteri sahaja.
Wanita islam juga boleh menjadi seorang pedakwah bagi melahirkan masyarakat yang
sejahtera dan indah pekertinya. Agama islam sesekali tidak melarang wanita untuk
menyeru umat Islam yang lain kearah kebaikan. Dengan bilangan kaum wanita yang
lebih ramai daripada lelaki, gunakanlah kekuatan ini untuk membentuk generasi yang
terbilang dengan mengajak, menyeru anak-anak muda mahupun golongan-golongan
yang lain kearah yang baik. Maka jelaslah bahawa, wanita islam kini amat diperlukan
bagi melahirkan masyarakat yang sejahtera.
Tuntasnya, masyarakat sekarang terutamanya umat islam lalai kerana
terpengaruh dengan budaya barat serta kemewahan dunia yang sedia ada. Oleh sebab

itu, usaha perlu dilipat gandakan supaya masyarakat Islam tidak lagi terpesong
daripada landasan islam yang sebenar. Keluarga dan wanita islam amat diperlukan
dalam menyeru dan mencegah segala kemungkaran bagi melahirkan masyarakat yang
baik.

Anda mungkin juga menyukai