Anda di halaman 1dari 41

CTU 101

PRINSIP-PRINSIP ASAS ISLAM

BAB 4
KONSEP IBADAH
MEMBINA INSAN
BERKUALITI
MUQADDIMAH

Firman Allah SWT:

Tidak aku (Allah) jadikan jin dan


manusia melainkan untuk
beribadah kepada aku
(Az-Dzaariyat: 56)
PENGERTIAN IBADAH

Bahasa: Taat, tunduk, patuh dan menyerah diri.

Istilah:

Ibadah adalah taat kepada Allah dengan melaksanakan


perintah-Nya melalui lisan para Rasul-Nya.

Ibadah adalah pengabdian diri sepenuhnya kepada Allah


SWT sama ada dari segi perkataan atau perbuatan, yang
zahir atau yang batin.
MENGAPA PERLU IBADAH ?
Tanggungjawab seorang hamba
Teras kedua Islam selepas aqidah

Fitrah manusia

Ibadah lambang keimanan aqidah


secara fizikal
Tanda syukur atas segala nikmat
Allah
Melakukan ibadah dalam semua
aspek kehidupan
IBADAH KHUSUS

Ibadah untuk memenuhi hak Allah

Ibadah yg telah ditentukan cara


perlaksanaannya secara terperinci

Berperanan untuk mengukuhkan


aqidah dan membentuk akhlak
mulia
IBADAH KHUSUS

Melibatkan segala aktiviti yang dilakukan oleh


Muslim untuk menunaikan hak Allah ke atas diri
mereka. Ia melibatkan 3 unsur utama:

NIAT PELAKSANAAN PENILAIAN


Dilaksanakan Hanya ibadah
Semata-mata mengikut yang ikhlas dan
mengharapkan petunjuk khusyuk
keredhaan Allah Syariah melalui diterima oleh
sumber wahyu Allah
SOLAT FARDHU
PUASA RAMADHAN
ZAKAT FITRAH
FARDU HAJI
IBADAH UMUM
Ibadah untuk memenuhi hak diri sendiri, hak
sesama manusia dan hak alam sekitar.

Melakukan apa jua perkara meliputi seluruh


aspek kehidupan yang disukai dan diredhai Allah
IBADAH UMUM

Mengandungi Tidak
taabbudi spt mengandungi
perkahwinan, taabbudi spt
perceraian senibina,
dll perkilangan
dll
TIPS MENJADI
JUTAWAN
DUNIA AKHIRAT
ELAK TIDUR SELEPAS SUBUH

SOLAT DHUHA

SEDEKAH
SURAH AL-BAQARAH: 2: 261

Perumpamaan (nafkah yang dikeluarkan


oleh) orang-orang yang menafkahkan
hartanya di jalan Allah adalah serupa
dengan sebutir benih yang menumbuhkan
tujuh butir, pada tiap-tiap butir seratus
biji. Allah melipat gandakan (ganjaran)
bagi siapa yang dia kehendaki. Dan Allah
Maha luas (kurnia-Nya) lagi Maha
Mengetahui.
SYARAT-SYARAT AMALAN MENJADI
IBADAH

NIAT Semata-mata kerana Allah SWT

Amalan yang tidak bercanggah dengan Syariat


PERKARA YG HALAL
Islam
SECARA Jalan pertengahan yang diambil untuk memenuhi
SEDERHANA tuntutan naluri semulajadinya
Niat dan matlamat yang baik diikuti dengan cara
PELAKSANAAN
yang baik
TIDAK Perbuatan yang kita lakukan tidak meminggirkan
MENINGGALKAN amalan yang wajib spt solat fardhu, puasa dan
KEWAJIPAN ASAS zakat

DILAKUKAN Bersungguh-sungguh, tekun dan cekap dalam


DENGAN TEKUN melaksanakan tugas dan pekerjaannya
ILMU IMAN

ASAS-ASAS
IBADAH

IHSAN IKHLAS
ILMU

-Ilmu sahih kaedah


melaksanakan ibadah dgn cara
benar sepertimana yang diajar
oleh Nabi Muhammad

-Ilmu yang memberi manfaat


ialah ilmu yang menambahkan
ketaqwaan kepada Allah,
menyempurnakan akhlak,
membebaskan manusia
daripada penderitaan dan
kehinaan.

-Ilmu tanpa amal (ibadah)


umpama pohon tanpa buah
IMAN
Pelaksanaan ibadah
merupakan manifestasi iman
seseorang. Orang yang beriman
tidak hanya membenarkan
dengan hati dan mengaku
dengan lidah, malah mereka
sentiasa melaksanakan segala
perintah Allah kepada mereka.

Ibadah tanpa iman adalah sia-


sia dan tidak diterima Allah
IHSAN
Bahasa: Bekerja dengan baik, beramal
dan berusaha dgn tekun.
Istilah:
a) Mengelokkan perbuatan zahir dengan
ibadah dan mengelokkan perbuatan
batin dengan ikhlas.

b) Menyembah Allah seolah-olah kamu


melihatNya, jika kamu tidak dapat
melihatNya, maka Allah sedang melihat
kamu.

c) Mencapai keikhlasan dengan


mendekatkan diri kepada Allah dalam
setiap keadaan dan urusan.
IKHLAS

3 tanda-tanda ikhlas:

Tidak menghiraukan pujian atau cacian orang


ramai.

Tidak mempamerkan pekerjaan dan amalan


yang dilakukan.

Lupa pada ganjaran pahala sebaliknya


mengharapkan keredhaan Allah semata-mata.
SURAH AL-BAQARAH: 2: 264
Hai orang-orang yang beriman, janganlah kamu
menghilangkan (pahala) sedekahmu dengan
menyebut-nyebutnya dan menyakiti (perasaan si
penerima), seperti orang yang menafkahkan
hartanya kerana riya kepada manusia dan dia
tidak beriman kepada Allah dan hari kemudian.
Maka perumpamaan orang itu seperti batu licin
yang di atasnya ada tanah, Kemudian batu itu
ditimpa hujan lebat, lalu menjadilah dia bersih
(Tidak bertanah).
Tanpa perantaraan: Ibadah dalam Islam bersifat langsung sebagai
hubungan terus dengan Allah SWT

Tidak terbatas pada sesuatu tempat: Ibadah dalam Islam tidak


terbatas di masjid atau surau sahaja

Keluasan ibadah dalam Islam: Seluruh aktiviti mukmin yang


dilakukan dengan niat yang baik dan tidak bercanggah dengan
syariah Islam

Kelonggaran dalam ibadah: Terdapat rukhsah (kelonggaran) jika


seseorang tidak mampu menunaikannya
Hidup dalam ketaatan kepada Allah

Matlamat yang jelas

Mengiktiraf kewujudan Allah

Mengetahui tujuan hidup


Membentuk akhlak mulia

Mendapat rahmat dan ketenangan jiwa

Melahirkan kesedaran dan keinsafan

Melahirkan keseimbangan hidup


IBADAH MELAHIRKAN INSAN
BERKUALITI

IMPAK IBADAH SOLAT

Bacalah serta ikutlah (wahai Muhammad) akan


apa
yang diwahyukan kepadamu dari Al-Quran,
dan dirikanlah solat (dengan tekun);
sesungguhnya solat itu mencegah dari
perbuatan yang keji dan mungkar; dan
sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih
besar (faedahnya dan kesannya); dan
(ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang
kamu kerjakan. (al-Ankabut: 45)
IMPAK IBADAH SOLAT

Menjadikan
Mendisiplin diri Menghalang Memperoleh
hidup teratur
seseorang perbuatan keji kebahagiaan
& sistematik

Mengikis sifat Mendatangkan Mendapat Memberi


tercela rezeki kemuliaan keyakinan

Memperkukuh Mewujudkan
keimanan perpaduan
IMPAK IBADAH PUASA

Memelihara kesihatan
Menyucikan batin
dan menyembuhkan
manusia
penyakit

Membuktikan
ketaqwaan
IMPAK IBADAH ZAKAT

Membersihkan Mendatangkan
harta keberkatan

Mencegah
Melahirkan rasa
timbulnya masalah
syukur
sosial

Menolong orang
Menyuci rohani
yang lemah
IMPAK IBADAH HAJI

Mendorong untuk
Menjadikan
meneladani
seseorang sedia
perjuangan para
untuk berkorban
Nabi

Memperkukuh jiwa Mengikis sifat ego


tauhid dan sombong
KESAN PENGABAIAN IBADAH

Gejala sosial dan krisis moral spt pembuangan bayi,


rompakan, seks bebas, penagihan dadah dll.
Krisis alam sekitar spt pencemaran alam sekitar,
pembalakan haram, pemusnahan hutan dll.
Krisis ekonomi spt riba, rasuah, penindasan golongan
bawahan, ketidakadilan pengagihan kekayaan negara dll.
Krisis keluarga spt perceraian, penderaan kanak-kanak,
pengabaian tanggungjawab dll.
Ibadah wajib
Dengan pengabaian ini akidah akan terjejas
dan manusia secara automatiknya akan
terjebak dalam masalah sosial yang sangat
serius. Selain itu, kehidupan manusia juga
akan dibelenggu kemurungan dan jiwa
manusia juga akan berada dalam resah dan
gelisah
Ibadah fardhu kifayah
Dengan pengabaian ini umat Islam akan
menjadi mundur dan miskin kerana tidak mahu
menguasai bidang- bidang yang penting
seperti teknologi maklumat, perubatan dan
lain- lain lagi. Kesannya, umat Islam hanya
menjadi pengguna dan bukannya pengeluar
utama barangan halal dan teknologi yang
canggih. Hal ini akan menyebabkan muslim
sendiri akan terjebak dalam percampuran
barangan halal selain daripada teknologi-
teknologi yang merosakkan umat Islam sendiri
Ibadah umum dan sunat
Dengan pengabaian ibadah- ibadah umum
dan sunat ini, Muslim akan menjadi lebih pasif
dan tidak produktif. Oleh hal yang demikian, ia
dapat melahirkan umat Islam yang lemah,
tidak mempunya daya saing untuk
mempertingkatkan hidup dan ketahanan
mental yang sangat rendah. Selain jasmani,
rohani manusia juga perlu diisi dengan
makanannya, iaitu ibadah- ibadah sunat
supaya tidak dapat merosakkan kredibiliti dan
jati diri Muslim
Nukman bin Basyir meriwayatkan bahawa Nabi SAW
pernah bersabda yang bermaksud : Doa merupakan
satu ibadat, lalu baginda membaca ayat, Dan berkata
Tuhan-Mu: Berdoalah kepada-Ku... (Riwayat Abu Daud
dan Tirmidzi)

Anda mungkin juga menyukai