Anda di halaman 1dari 39

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

KONSEP KEKELUARGAAN ISLAM.


Istilah keluarga adalah berbeza antara suatu masyarakat
dengan masyarakat yang lain berdasarkan iklim dan
kebudayaan masyarakat itu sendiri. Walaubagaimanapun ia
berlegar samada dalam bentuk keluarga berkelompok (
nuklear family - ibu + ayah + anak-anak) atau keluarga
berkembang (extended family ayah & ibu + anak-anak +
pasangan anak-anak + cucu /saudara terdekat).
Keluarga menurut Islam adalah suatu struktur yang bersifat
khusus di mana setiap individu yang berada di dalamnya diikat
oleh satu ikatan, samada hubungan darah atau ikatan
pernikahan. Ikatan inilah yang membawa kepada wujudnya
rasa saling mengharap (mutual expectation) yang sesuai
dengan ajaran Islam.
1

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

Menurut Islam keluarga tidak semestinya ia wujud dalam


bentuk berkelompok kerana mungkin ia boleh berkembang
atau kepada sebuah keluarga yang besar dan berpisah-pisah.
Namun Islam tidak terikat kepada kepada kedua-dua bentuk
keluarga ini samada berkelompok atau berkembang
(polygamous) kerana yang penting adalah wujudnya rasa
saling mengharap antara anggota keluarga tersebut.
Fungsi utama institusi keluarga dalam Islam ialah untuk
menjamin wujudnya suasana di mana nilai-nilai Islam dapat
tumbuh dan berkembang di dalam jiwa, diri dan peribadi ahli
keluarga. Maka melalui institusi inilah :
a. Generasi muda diasuh dan dididik untuk mencintai Islam
dan menghayatinya.
b. Generasi muda dididik mendokong aspirasi yang
dikehendaki dan diredai Islam.
2

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

Ikatan kekeluargaan ini juga menjadi bertambah kuat dan intim


kerana kemantapan Islam menyusun fitrah manusia sejajar dengan
nature semulajadi manusia yang inginkan kepada pembentukan
masyarakat dan saling suka menyukai / sayang menyayangi antara
satu sama lain melalui perhubungan perkahwinan. Firman Allah :
Wallahu jaala lakum min anmfusikum azwaja..
Islam juga mengambil kira bentuk fizikal kejadian manusia di mana
Melalui perkahwinan telah menggariskan dua dasar utama berikut:
i. Si suami adalah bertanggungjawab untuk bekerja menafkahkan
usrah semenjak dari mula pembentukannya maka ia hendaklah
bertanggungjawab penuh dalam bidang tanggungjawabnya.
ii. Kepimpinan memerlukan kepada pemikiran yang rasional bagi
menghadapi rintangan dan halangan kehidupan sesuai dengan
tabiat lelaki.
3

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

Ini bukanlah bermaksud Islam telah mengurangkan hak kaum


perempuan apabila ia menyandarkan kuasa kepimpinan kepada
kaum lelaki, tetapi ia adalah suatu bentuk penyusunan sistem
kemasyarakatan Islam yang telah digubal dengan begitu unik dan
teliti bagi menjadikan manusia mampu memelihara kestabilan
keluarga tanpa melihat terhadap perbezaan gender.
Situasi ini dapat dilihat dengan jelas apabila Islam telah
memberikan hak kelayakan yang mutlak bagi kaum wanitadalam
melakukan sebarang tindakan dan menggunakan harta dan
milikannya tanpa perlu merujuk kepada kebenaran suami.
maka kepemimpinan si Suami ke atas keluarga adalah berbentuk
hak pengurusan ke atas rumahtangga dan ianya dibantu oleh si
isteri. Firman Allah al-Rijal qawwam..
4

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM


PERKAHWINAN SEBELUM ISLAM
Masyarakat Arab pada dasarnya juga bertanggapan bahawa
kestabilan keluarga hendaklah berlaku melalui akad
perkahwinan, namun mereka tidak mempunyai suatu sistem
kemasyarakatan yang tersusun dan adil.
oleh yang demikian mereka telah membentuk suatu sistem
kehidupan yang direka dengan harapan ia mampu
memberikan keadilan dan kebahagiaan yang maksimum.
Antara jenis perkahwinan masy. Arab sebelum Islam ialah :
1. Nikah al-Baghaya Iaitu seorang perempuan yang
melakukan perhubungan dengan sebilangan lelaki yang
disukainya dan apabila melahirkan anak maka ia berhak untuk
memilih lelaki mana yang dikehendakinya bagi menjadi bapa
kepada anaknya.
5

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM


2. Nikah al-Safah iaitu seorang suami mengatakan kepada
isterinya apabila engkau telah suci dari haidh maka pergilah
kepada si polan (idola) untuk melakukan persetubuhan bagi
mendapat zuriat daripadanya (suami tak akan dekati sehinggalah
jelas mengandung).
3. Nikah al-Badal ialah si suami masing-masing bersetuju untuk
bertukar-tukar pasangannya.
4. Nikah al-Sighar iaitu si bapa bersetuju mengahwini anaknya
kepada sipolan dengan syarat sipolan pun bersetuju melakukan
perkara yang sama.
5. Nikah Mutah iaitu seorang lelaki telah berkata kepada
seorang perempuan, aku kahwini engkau secara kontrak dalam
tempoh tertentu dan dengan maskahwin yang tertentu. Apabila
tamat tempoh maka berakhirlah perkahwinan itu
6

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM


BENTUK-BENTUK PERKAHWINAN YANG WUJUD DLM MASYARAKAT.

1. Perkahwinan Monogami iaitu perkahwinan yang berlaku antara


seorang suami + seorang isteri adalah merupakan bentuk yang paling
popular dan ideal yang diamalkan masyarakat.
2. Poligami iaitu perkahwinan yang berlaku antara seorang suami
dengan beberapa orang isteri bukan sahaja dalam Islam.
3. Poliandari iaitu perkahwinan yang berlaku antara seorang isteri
dengan beberapa orang suami biasanya berlaku dalam agama
hindu kerana dalam Islam ia adalah diharamkan.

Antara sebab diharamkan Poliandari :


i. Bertentangan dengan kemampuan isteri.
ii. Bertentangan dengan konsep iddah iaitu mengetahui kebebasan
isteri daripada sebarang hubungan dengan suami yang terdahulu.
iii. Merosakkan struktur keluarga susah untuk menentukan nasab
keturunan dan hak pusaka.
7

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM


SKOP UNDANG-UNDANG KEKELUARGAAN ISLAM.
Undang-undang kekeluargaan Islam dalam dalam Bahasa Arab
di panggil Qanun al-Ahwal al-Syakhsiyyah adalah merupakan
istilah baru yang digunakan dalam perkara yang pada
umumnya melibatkan urusan kekeluargaan seperti Nikah,
Talak, Iddah, Rujuk, Khulu, lian, nafakah, Hadanah dan
radhah. Ia juga meliputi perkara berkenaan pewasiatan,
pusaka/faraidh, Hebah dan Waqf.

Di Malaysia skop undang-undang kekeluargaan adalah merujuk


kepada Enakmen Keluarga Islam di negeri-negeri sekarang
menrangkumi aspek pertunangan, pernikahan, pendaftaran
perkahwinan, pendaftaran perceraian, perceraian, mutaah,
hakam, nafakah, wasiat, warisan dan harta sepencarian.
8

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM


PERKAHWINAN DALAM ISLAM
Perkahwinan adalah merupakan sunnatullah pada setiap
kejadian dan pembentukan alam sejagat meliputi alam manusia,
alam haiwan dan alam pokok.

Ia merupakan kaedah khusus yang bertujuan untuk


perkembangkan zuriat dan baka setiap hidupan.
Walaubagaimanapun Allah tidak mahu menjadikan kehidupan
manusia seperti alam lain dengan membiarkan kehendak nafsu
berkeliaran tanpa susunan yang rapi. (hubungan lelaki +
perempuan tanpa sempadan). Malahan Allah telah meletakkan
suatu sistem yang sejajar dengan sifat kepimpinannya di atas
mukabumi ini bertujuan untuk menjaga kemuliaan dan
kehormatannya, maka berlakulah perhubungan lelaki +
perempuan secara harmoni dan aman damai.
9

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

Hikmat Perkahwinan.
Perkahwinan merupakan suatu ikatan perhubungan yang kuat
dan sistem kemasyarakatan yang mampu mempertingkatkan
status kemanusiaan daripada situasi kehaiwanan kepada
hubungan ruhani serta dari kehidupan individu/personel
kepada kebahagiaan dan kemasyarakatan. Antara hikmat
perkahwinan yang ketara menurut perspektif Islam ialah :
1. Menenangkan Jiwa (nafs) dan menghindarkannya daripada
perasaan lesu dan boring. Ia juga merupakan tunggak kepada
pembentukan masyarakat manusia dari dahulu sehinggalah .
2. Perkahwinan membentuk sifat-sifat kemanusiaan yang unggul
seperti sifat toleransi, berkorban (ithar), kasih sayang dan dapat
mengetahui apakah hak-hak manusia dan tanggungjawab yang
perlu dilaksana dan dipenuhi.
10

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

3. Perkahwinan mampu menjaga baka manusia secara


sempurna dan berkembang kepada sebuah keluarga yang
bahagia hasil daripada perhubungannya yang mulia.
Manakala perbuatan zina membawa kepada kepupusan baka,
malahan ia hidup dalam situasi yang hina dan dicemuh
masyarakat.
4. Perkahwinan memberikan kerehatan yang hakiki kepada
suami dan isteri. Suami takkala balik dari kepenatan berkerja
akan mendapati siisteri yang lemah lembut menyambut
kepulangannya dengan senyuman dan layanan memberikan
kerehatan jiwa. Manakala isteri akan merasa tenang dan
berpuashati dengan pekerjaan dan rezki yang di bawa oleh
semuanya. Oleh yang demikian ia akan menguruskan
rumahtangga dengan sebaik yang mungkin serta mendidik
anak-anaknya.
11

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

5. Perkahwinan mengharuskan perhubungan jenis bagi setiap


pasangan suami dan isteri bagi memenuhi keinginan seks
masing-masing melalui cara yang tersusun bagi menjaga
keturunan dan maruah dari segala kotoran.
6. Perkahwinan telah memenuhi tuntutan syarak, akal dan
naluri semulajadi manusia.

12

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM


STATUS PERKAHWINAN.
Memandangkan peri pentingnya perkahwinan dalam menyusun
sistem kekeluargaan dan kemasyarakatan yang aman dan
makmur Islam telah menggariskan status perkahwinan kepada
setiap individu manusia seperti berikut:
I. Wajib Jika ia memiliki kemampuan kewangan, mampu
berlaku adil, sihat tubuh badan dan nafsu yang kuat ditakuti
terhumban kelembah perzinaan.
ii. Sunat/Harus Jika ia berada dalam situasi yang seimbang,
tidak ditakuti terhumban kepada zina, memiliki kemampuan yg
diperlukan dan cukup syaratnya.

13

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

iii. Haram Jika ia memiliki kemampuan tetapi ia


merasakan pasti tidak dapat berlaku adil/zalim.
iv. Makruh Jika ia tidak memiliki kemampuan/ditakuti
berlaku zalim.

14

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

KEPERLUAN SUBSTANTIF DALAM PERKAHWINAN


1. PERTUNANGAN
Islam adalah suatu agama yang menyusun kehidupan manusia
supaya ianya berlangsung dengan sistematik dan beretika. Oleh itu
sebelum berkahwinan Islam telah mensyarakkan proses awal
perkenalan dan kesesuaian - sebelum berlangsung perhubungan
yang kekal antara dua jiwa iaitu pertunangan iaitu suatu
permohonan awal pihak yang terlibat bagi menandakan
persetujuan nikah.
Pertunangan tidak dianggap sebagai satu kontrak atau ikatan
perkahwinan kerana ia adalah suatu janji awal untuk berkahwin.

15

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

Pertunangan berlaku apabila pihak lelaki/perempuan


mengemukakan permohonan atau pinangan kepada pihak
perempuan samada secara langsung atau tidak langsung.
LARANGAN MELAKUKAN PERTUNANGAN
Pertunangan boleh dilakukan kepada gadis atau janda yang telah
habis iddahnya. Jika ppuan dalam iddah talak bain diharuskan
secara sindiran. Firman Allah, al-Baqarah 235 menyatakan..dan
tidak salah kepada kamu untuk meminang perempuan secara
sindiran..
Walaubagaimanapun peminangan adalah dilarang dalam situasi
berikut :
i. Peminangan ke atas perempuan yang masih dalam iddah
rajiyyah suami boleh kembali.
16

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

ii. Peminangan ke atas pinangan orang lain.


Sabda Rasulullah saw.. seorang mukmin adalah saudara orang
mukmin, maka tidak halal bagi seseorang mukmin meminang
seorang perempuan yang sedang dipinang saudaranya sehinggalah
nyata ditinggalkan.
PEMUNGKIRAN PERTUNANGAN
Oleh kerana ikatan pertunangan bukanlah ikatan yang mengikat
pihak-pihak yang terlibat daripada memutuskannya sebagaimana
ikatan perkahwinan maka ia bukanlah suatu kesalahan pada
pandangan syarak. Namun begitu beberapa isu yang timbul berkaitan
pertunangan turut mendapat perhatian yang serius dikalangan
fuqaha Islam seperti hadiah pertunangan, maskahwin & sebagainya.
17

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

Di Malaysia peruntukkan undang-undang keluarga dinegeri-negeri


Malaysia adalah berbeza :
1. Selangor, N. Sembilan, P.Pinang, Melaka dan Perak telah
diperuntukkan bahawa,
Menjadi suatu kesalahan bagi seseorang yang telah mengikat
sesuatu kontrak pertunangan mengikut hukum Syarak samada
secara lisan atau bertulis, melalui jalan perantaraan atau
persendirian dan kemudiannya enggan meneruskan perkahwinan
dengannya. Berdasarkan undang-undang tersebut maka pihak yang
mungkir bertanggungjawab membayar apa-apa bayaran yang telah
dipersetujui dalam pertunangan tersebut.
18

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

2. Kelantan, Terengganu, Kedah dan W. Persekutuan telah


menyatakan bahawa pihak yang mungkir samada lelaki atau
perempuan bertanggungjawab memulangkan pemberian
pertunangan jika ada atau nilainya dengan membayar apa-apa
wang yang telah dibelanjakan dengan suci hati oleh pihak yang
satu lagi untuk membuat persediaan untuk perkahwinan itu,
dan yang demikian boleh dituntut melalui Mahkamah.
Malahan kes ini di Malaysia juga boleh dituntut di Mahkamah
sivil di atas asas pemecahan kontrak.
Kes Nafsiah V Abd. Majid

19

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM


PERBEZAAN AKAD PERTUNANGAN DAN AKAD KAHWIN.

Akad perkahwinan adalah akad yang dilakukan khusus untuk


mengharuskan perhubungan seks antara lelaki dan
perempuan sedangkan pertunangan adalah merupakan
permintaan awal untuk mendapat persetujuan kahwin.
Dengan ini menunjukkan akad tunang berbeza dengan
dengan akad kahwin, antaranya :
1. Akad nikah mempunyai rukun dan syarat tertentu dan tidak
sah nikah tanpanya tunang tak ada syarat. Contoh saksi.
2. Akad nikad mengikat kedua pihak sedangkan akad
tunang tidak mengikat antara kedua mereka boleh
batalkan.

20

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

3. Akad nikah mengharuskan perhubungan jenis sedangkan


tunang status tetap sama iaitu sebagai ajnabi.
4. Si isteri dalam akad nikah tidak boleh diikat oleh orang lain,
malahan akad tersebut adalah terbatal dari awalnya lagi.
Tunang makruh, malahan sebahagian fuqaha berpendapat ia
digalakkan jika tunang pertama fasik.
5. Perpisahan yang berlaku melalui Talak pernikahan
mewajibkan ke atasnya keseluruhan Mahar jika berlaku selepas
bersetubuh dan sebahagian jika berlaku talak sebelum
persetubuhan. Manakala dalam pertunangan pihak lelaki atau
perempuan tidak dikenakan apa-apa balasan gantirugi sebaik
sahaja hubungan terputus.

21

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM


ASAS PEMILIHAN CALUN ISTERI/SUAMI

Islam amat prihatin terhadap kebahagiaan keluarga dan


sehubungan dengan itu ia telah menyediakan segala elemen
yang boleh memperkukuhkan asas kekeluargaan ini yang
bermula pada awal kehidupan perkahwinan dengan
meletakkan hak-hak yang saling diperlukan oleh setiap
individu dan hak bersama bagi memastikan bahaya yang
mendatang serta meletakkan penyelesaian yang tuntas antara
mereka.
Islam menggalakkan perkahwinan dan menganggapnya
sebagai suatu sunnah para nabi dan menganggap mereka
yang tidak mempunyai isteri atau suami sebagai orang yang
miskin. Sabda Rasulullah saw, Sungguh miskin 3x bagi lelaki
yang tidak ada perempuan, Sahabat tanya sekalipun mereka
punyai harta yang banyak ? Jawab rasulullah sekalipun ada
harta yang banyak..demikian juga perempuan.
22

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

Oleh yang demikian lelaki/ppuan hendaklah berusaha memilih


bakal teman hidupnya secara rasional, fikiran yang tenang dan
seimbanmg dan bukan berdasarkan kepada runtunan nafsu
semata-mata atau kepentingan sementara yang akan hilang jua
akhirnya kerana semuanya itu akan memadamkan tarikan cinta
dan mewujudkan perasaan jiwa yang kaku. Ini perlu diberi
perhatian dalam kontek perkahwinan kerana ia bukan memilih
pakaian yang akan dibuangnya apabila ia bencikannya tetapi ia
memilih teman sehidup semati dalam menempuh liku
kehidupan.
Sehubungan dengan itu bagi mengelakkan hubungan yang
berantakkan ini maka Islam telah meletakkan garispanduan dan
asas yang utuh serta mantap bagi memastikan pemilihan yang
terbaik dan diharapkan akan dapat diikuti oleh ummahnya,
antara asas-asas tersebut ialah :
23

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM


I. Agama
Sabda Rasulullah saw, Kahwinilah perempuan kerana empat
perkara hartanya, maruahnya, kecantikannya dan agamanya,
dan hendaklah kamu memberi priority kepada yang memiliki
agama.
- Agama menjadikan seseorang perempuan menunaikan
tanggungjawabnya patuh kepada tuhannya dan suaminya.
- Perempuan yang soleh adalah merupakan syurga dunia kerana
ia menjaga harta, maruah, anak-anak dan suami dengan baik.
Sabda Rasulullah, Dunia adalah kenikmatan/keindahan, dan
sebaik-baik kenikmatan adalah perempuan yang soleh.
Perempuan yang soleh asas kebahagiaan jika disuruh ia akan
mentaatinya, jika dipandang padanya melahirkan ketenangan
dan jika tiada ia akan menjaga diri, maruah dan hartanya.
24

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

Tujuan perkahwinan adalah untuk memperkukuhkan benteng diri


seseorang manusia maka perempuan yang solehahlah benteng
utamanya.
ii. Akhlak mulia.

Akhlak adalah merupakan harta yang berharga sepanjang hayat manusia


harta akan pergi dan habis, kecantikan akan luntur dan yang kekal
adalah akhlak yang baik.
Akhlak memberi kesan yang mendalam kepada kebahagiaan keluarga
sebagaimana sabda Rasulullah, Empat perkara yang membawa
kesusahan iaitu jiran yang buruk, tunggangan yang buruk, perempuan
yang buruk perangainya, rumah yang sempit. Dan empat perkara yang
membahagiakan, perempuan yang soleh, tempat tinggal yang luas, jiran
yang baik dan kenderaan yang selesa.
apabila telah menemui pasangan yang mempunyai agama dan akhlak
yang baik maka kahwinilah ia
25

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM


iii. Berketurunan/ramai anak
Telah datang seorang lelaki kepada baginda rasul dan berkata,
aku telah berjumpa dengan perempuan yang cantik dan
berkedudukan dan ia tidak melahirkan anak, adakah baik untuk
aku mengahwininya ? Rasulullah menjawab, tak payah di
ulangnya beberapa kali, lalu rasulullah bersabda, kahwinilah
perempuan yang boleh melahirkan banyak anak kerana aku
berbangga dengan kamu.

iv. Anak dara


Rasululah menggalakan kahwin anak dara (bikr) Kahwinilah
dara kerana mereka lebih menarik kata-katanya, lebih banyak
melahirkan anak dan ridha dengan yang sedikit.

26

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM


vi. Kecantikan
Islam tidak menongkah arus malahan mengiktiraf bahawa
Kecantikan adalah sesuatu yang menjadi kesukaan jiwa dan
membawa ketenangan hati. Kecantikan membawa kepada
kesucian jiwa/tak cari yang selain isterinya. Oleh yang demikian
rasulullah dalam sabdanya meletakkan cantik sebagai salah satu
sifat yang diperlukan dalam memilih jodoh. Tetapi permasalahan
yang timbul bila kecantikan semata-mata yang menjadi sandaran
dan meninggalkan ciri-ciri yang lain.
vii. Harta Kekayaan.
viii. Kufu dan setaraf dara/teruna/berpendidikan
ix. Bukan dari satu rumpun.
27

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

AKAD PERKAHWINAN
Nikah pada bahasa bermaksud himpun atau watie. Manakala
pada istilah ialah, Suatu ikatan (melalui akad) yang bertujuan
untuk menghalalkan persetubuhan antara lelaki dan perempuan
yang bukan muhrim mengikut syarat dan rukun yang telah
ditetapkan syarak
Dalam konteks ini al-quran telah menyatakan bahawa
perkahwinan adalah merupakan suatu perhubungan yang suci
dan berasaskan keadilan dan tanggungjawab dan amanah Allah.
Dalam surah al-nisa, 21 Allah menyatakan, ..Dan mereka
(isteri2mu) telah mengambil dari kamu perjanjian yang utuh..

Untuk menjadikan sesuatu akad perkahwinan itu sah dan diakui


syarak maka ia hendaklah memenuhi beberapa rukun dibawah :
28

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

RUKUN NIKAH.
Sebuah perkahwinan akan diakui syarak apabila ia
mencukupi rukun-rukunnya iaitu :
i. Lafaz Ijab dan Qabul
ii. Lelaki
iii. Perempuan.
iv. Wali
v. Dua orang saksi - waras, adil, muslim, merdeka dan
cukup umur

29

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

i. Lafaz Ijab dan Qabul


Tidak ditentukan lafaznya dalam bahasa yang tertentu tetapi
memadai dengan lafaz yang menunjukkan kepada keinginan
berkahwin atau melalui penulisan atau isyarat.
Ijab dan Qabul mestilah mempunyai syarat tertentu, iaitu:
i. Lafaz ijab dan qabul mestilah berhubungan tidak sah jika ia
diselangi dengan perkara lain atau diam yg lama.
ii. Mempunyai kaitan antara Ijab dan Qabul.
iii. Menyebut secara khusus perempuan yang dinikahi.
iv. Didengar oleh dua orang saksi lelaki.
v. Tidak dikaitkan dengan batasan waktu.
30

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

ii. Wali
Pihak yang diberikan kuasa oleh syarak untuk melakukan
akad perkahwinan yang terdiri daripada ahli keluarga yang
hampir dengan pengantin Perempuan. Perkahwinan tanpa
keizinan wali adalah tidak sah di mana Islam telah
menetapkan bagi perempuan perlu dinikahkan oleh
walinya kerana mereka mudah terpedaya dan perlukan
pengawasan.
Wali dalam perkahwinan ini terbahagi kepada dua
bahagian :
i. Wali Mujbir iaitu bapa atau datuk daripada sebelah
bapa hingga ke atas bagi seorang gadis.

ii. Wali bukan Mujbir iaitu wali-wali selain daripada bapa


dan datuk.
31

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

Wali mujbir mempunyai kuasa yang mutlak dan boleh


mengahwinkan anak gadisnya sekalipun tanpa mendapat
keizinan daripada anaknya terlebih dahulu samada sudah
cukup umur atau belum. Walaubagaimanapun perkahwinan
itu hendaklah memenuhi syarat yang tertentu :
i. Tidak ada permusuhan antara wali mujbir dan anak gadis.
ii. Tidak ada permusuhan antara gadis dan lelaki yang bakal
dikahwinkan.
iii. Lelaki yang dikahwinkan dengan perempuan itu adalah
kufu.
iv. Pengantin lelaki mampu membayar maskawin kepada
gadis yang dikahwinkan.
32

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

Walaubagaimanapun adalah disunatkan bagi wali mendapat


keizinan sigadis terlebih dahulu senyum atau diam. Keadaan
ini berbeza bagi perempuan yang telah berkahwin atau janda
di mana wali hendaklah terlebih dahulu mendapat keizinan
daripadanya kata2 yang jelas.
Secara lebih khusus wali terbahagi kepada dua iaitu :
a. wali Nasab
b. wali Hakim.

33

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM

Susunan wali nasab adalah seperti berikut :


1. Bapa
2. Datuk lelaki dari sebelah bapa hingga ke atas.
3. Adik beradik lelaki seibu sebapa.
4. Adik beradik lelaki sebapa.
5. Anak-anak saudara lelaki seibu sebapa.
6. Anak-anak saudara lelaki sebapa.
7. Bapa saudara seibu sebapa.
8. Bapa saudara sebapa.
9. Anak lelaki dari bapa saudara seibu sebapa.
10. Anak lelaki dari bapa saudara sebapa.
Wali yang paling atas dipanggil wali akrab dan wali selepasnya
sebagai wali abad di mana jika masih ada wali akrab maka wali
abad tidak boleh menikahkannya.
34

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM


WALI HAKIM.
Wali Hakim biasanya diwakili oleh sultan atau wakilnya. Apabila wali
nasab tidak wujud, maka perempuan itu akan dinikahkan oleh wali
hakim. Antara sebab seseorang perempuan berkahwin menggunakan
wali hakim ialah kerana :
1. Tiada wali Nasab.
2. Wali akrab tidak mempunyai syarat yg cukup dan wali abad juga
tidak ada.
3.Wali akrab hilang/menghilangkan/menyembunyikan diri dan tiada
wakilnya.
4. Wali akrab ditahan/dipenjara.
5. Wali akrab dalam ihram.
6. Wali akrab enggan menikahkannya.(Azizah Mat v Mat bin Salleh)
35

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM


SYARAT WALI ;
Seseorang yang menjadi wali hendaklah memenuhi syarat
berikut :
1. Islam.
2. Baligh
3. Merdeka.
4. Lelaki.
5. Bukan dalam ihram.
6. Adil.
7. waras
8. Persamaan agama dengan orang yang dinikahkan

36

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM


HAK DAN TANGGUNGJAWAB PERKAHWINAN.

1. HAK ISTERI KE ATAS SUAMI.


Isteri berhak menuntut ke atas suaminya suasana kehidupan
yang lebih selesa dan bahagia. Antara hak isteri kepada suami
ialah :
I. Hak keadilan dalam kehidupan rumahtangga dan
mendapatkan apa yang sepatutnya diperolehi seperti jaminan
keselamatan dan kebajikan, pakaian, tempat tinggal dan
seumpamanya.
2. Hak mendapatkan Mahar ia adalah miliknya yang mutlak
sebagai ganti kepada maruahnya.

3. Hak Nafkah Merupakan kewajipan kepadanya sebagai


balasan menjaga rumah.
37

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM


HAK SUAMI KE ATAS ISTERI

I. Hak kepimpinan dalam keluarga.


2. Hak ketaatan dan kesetiaan pada yang tidak maksiat.
3. Tidak membawa masuk/berkawan dengan mereka yang
tidak disukai suami.
4. Menjaga harta suami + melayani suami zahir & batin.

5. Menjaga maruah dan akhlak.


6. Bersama sama suami dalam apa jua situasi.
7. Hak keizinan keluar dari rumah.

38

SISTEM KEKELUARGAAN ISLAM


HAK BERSAMA SUAMI ISTERI

I. Kedua-dua berhak untuk menikmati keseronokan dari


aspekm hubungan seks.
ii. Bertanggungjawab mengeratkan hubungan sialturrahim
antara kedua-dua keluarga kedua pihak.
iii. Kedua pihak berhak mewarisi apabila berlakunya
kematian.

39

Anda mungkin juga menyukai