Anda di halaman 1dari 17

Kecekapan Tenaga

6. Kecekapan Tenaga
Azni Zain Ahmed
6.1 Pendahuluan
Di negara Malaysia, lebih daripada 90% tenaga yang digunakan adalah daripada tenaga elektrik. Tenaga elektrik ini pula dijanakan daripada sumber-sumber asas seperti tenaga hidro, gas asli, minyak mentah dan aranbatu. Sumber-sumber ini yang dinamakan tenaga lazim akan luput mengikut peredaran masa kerana tenaga seperti ini tidak boleh diperbaharu. Oleh yang demikian, tenaga elektrik perlu digunakan secara cermat dan bijaksana. Manusia pula tidak seharusnya membazirkan sumber-sumber yang sedia ada supaya generasi-generasi yang akan datang juga dapat menikmati kemudahan dan rezeki daripada sumber alam. Tenaga lazim ialah juga aset atau harta bagi negara kita. Penjualan harta kepada negara luar akan mendatangkan faedah kewangan atau kekayaan kepada negara kita. Sekiranya harta kita mengurang, maka kuranglah hasil pendapatan negara kita. Oleh itu sumber tenaga mestilah dijimatkan demi menjamin keadaan ekonomi yang stabil. Selain daripada pengurangan dalam kuantitinya, pembakaran tenaga lazim juga menghasilkan pencemaran udara. Umpamanya, proses pembakaran minyak mentah akan menghasilkan gas-gas seperti karbon monoksida dan nitrogen dioksida yang akan merosakkan alam sekitar. Sumber tenaga lazim juga menghasilkan zarah-zarah yang mencemarkan udara. Sekiranya manusia ingin memelihara alam sekitar dan kesihatan, maka penggunaan sumber tenaga lazim mesti dikurangkan ataupun tenaga ini mestilah dipergunakan secara terbaik supaya penghasilan gas-gas dan zarah-zarah berbahaya dikurangkan. Amalan atau usaha seperti ini dinamakan kecekapan tenaga. Bab ini akan menceritakan sedikit sebanyak mengenai sejarah dan sebab-sebabnya manusia perlu mengamalkan dan menggunakan proses-proses ke arah kecekapan tenaga. Beberapa fenomena akan dijelaskan supaya pembaca lebih memahami kejadian dan sebab-musabab. Beberapa kaedah dan cara penggunaan alatalat elektrik secara cekap dan bijaksana juga dicadangkan dalam bab ini. Anda juga akan berpeluang untuk membuat kiraan mudah dalam unit tenaga.

Rajah 6.1: Contoh sumber dan aplikasi tenaga lazim

Bayangkan apa yang akan terjadi sekiranya sumber-sumber lazim ini semakin lenyap di bumi. Harganya akan melabung naik dan orang yang kaya sahaja dapat menikmati kemudahan tenaga elektrik. Bayangkan pula jika insan biasa tidak dapat membayar bil-bil elektrik : mereka akan tidur dalam keadaan panas dan kurang selesa; tidak menikmati minuman atau buah-buahan sejuk; tidak dapat memakai pakaian yang kemas kerana tidak berseterika; tidak dapat memasak nasi atau makan roti bakar; tidak dapat menonton televisyen dan mendengar radio; tidak dapat menggunakan komputer dan lain-lain kemudahan-kemudahan moden yang lain yang sudah menjadi kebiasaan hidup seharian pada zaman ini !

6.2 Sejarah
Sebelum tahun 1972, dunia sejagat beranggapan bahawa sumber-sumber tenaga seperti arang batu, gas dan minyak mentah adalah murah dan mudah didapati. Rami orang tidak begitu percaya dengan amalan penggunaan tenaga dengan cekap. Ketika itu penjimatan tenaga tidak begitu releven kerana penggunaan tenaga dengan banyaknya tidak menimbulkan masalah kewangan.

CETREE Buku Sumber Guru 80

Kecekapan Tenaga

Walau bagaimanapun, tahun-tahun dari 1973 hingga 1982 harga minyak melambung naik kerana krisis politik di negara-negara yang mengeksport minyak Ketika itu para pemimpin, peniaga, ahli korporat dan penyelidik terpaksa mencari sumber-sumber tenaga alternatif dan cara-cara untuk menjimatkan tenaga khasnya daripada sumber tenaga lazim. Tempoh antara 1983 hingga 1992 pula suatu isu mengenai pencemaran udara yang berhasil mendapat perhatian masyarakat dunia. Para saintis dan pemimpin negara termasuk Malaysia mula menjadi bimbang terhadap pencemaran udara sebagai akibat daripada penggunaan sumber-sumber tenaga lazim. Sumber-sumber tenaga lazim yang berasal pada bahan api fosil menghasilkan zarahzarah yang mencemarkan udara. Pada tahun 1987, 46 buah negara telah menandatangani satu perjanjian Montreal Protocol untuk mengurangkan penghasilan dan penggunaan kloroflorokarbon (CFC), satu gas yang menyumbang pada fenomena "rumah hijau". Kesan "rumah hijau" ialah akibat daripada reaksi kimia oleh gas-gas tertentu yang dilepaskan ke atmosfera hasil daripada proses-proses perindustrian dan aktviti-aktiviti manusia di atas bumi. Kesan "rumah hijau" mengakibatkan kenaikan suhu pada permukaan bumi dan ini akan menyebabkan perubahan pada ekosistem seluruh dunia. Di antara tahun 1992 hingga 2000, dua perbincangan besar antara negara-negara telah diadakan di Rio de Janeiro (1992) dan Kyoto (1999) mengenai ketiga-tiga isu utama iaitu sumber tenaga yang makin luput, pencemaran udara dan perubahan iklim sejagat. Sekarang jelaslah bahawa manusia mestilah mengamalkan kecekapan tenaga untuk Menjamin bekalan tenaga yang berterusan Mengurangkan import bahan api dari luar negara Mengurangkan pencemaran udara Mengurangkan kesan "rumah hijau" Bahagian seterusnya akan menerangkan dengan lebih jelas lagi mengenai pencemaran udara dan kesan "rumah hijau"

6.3 Pencemaran Alam Sekitar


Pencemaran udara dan alam sekitar yang dimaksudkan termasuk berlakunya hujan asid yang dihasilkan apabila air hujan bercampur dengan sulfur dioksida (SO2). Gas ini terhasil daripada pembakaran bahan api oleh enjin kenderaan dan jentera seperti dalam kereta, bas dan motosikal. Proses-proses perindustrian juga menghasilkan gas-gas yang mencemarkan udara termasuk SO2, nitrogen monoksid (NO) dan karbon dioksida CO2.
Rajah 6.2: Pencemaran alam sekitar

6.3.1 Kesan "Rumah Hijau" Revolusi industri telah bermula dari abad ke 18. Semenjak itu, aktiviti perindustrian menjadi makin pesat dari abad ke abad sehingga kini. Pembakaran tenaga lazim iaitu bahan api fosil juga menghasilkan karbon dioksida (CO2) ke dalam atmosfera. Sebahagian besar daripada gas tersebut dihasilkan oleh industri, penjanaan kuasa elektrik, pengangkutan, pendingin udara dan aktiviti masak-memasak. 65% daripada gas karbon dioksida yang dilepaskan ke atmosfera adalah daripada pembakaran bahan api dan bakinya adalah daripada aktiviti-aktiviti pembalakan. Perubahan dalam ekosistem di atas permukaan bumi ini juga menyumbang pada penambahan CO2 dalam udara. Ekosistem semula jadi boleh menyerap antara 20 hingga 100 kali lebih banyak karbon dioksida per unit luas tanah berbanding sistem pertanian yang diusahakan oleh manusia. Gasgas lain yang terhasil daripada perindustrian ialah methana (CH4), nitrogen dioksida (N2O) dan CFC. CO2 mempunyai pengaruh yang paling besar (lebih kurang 55%) ke atas keamatan kesan "rumah hijau".

CETREE Buku Sumber Guru 81

Kecekapan Tenaga

Apakah itu sebenarnya kesan "rumah hijau"? Permukaan bumi ialah suatu penyerap pancaran gelombang pendek daripada sinaran matahari. Proses penyerapan ini menukar pancaran tersebut kepada haba. Pada waktu malam, suhu permukaan bumi adalah lebih tinggi daripada ruang sekeliling dan permukaan bumi menjadi pemancar sinaran gelombang panjang. Gelombang ini pula diserap oleh gas-gas dalam atmosfera seperti CO2. Molekul-molekul gas tersebut memantulkan pula gelombang panjang kembali ke permukaan bumi. Gelombang panjang yang berlebihan ini akan menaikkan suhu permukaan bumi seperti dalam "rumah hijau". Kenaikan suhu permukaan bumi akan memberikan kesan buruk ke atas tumbuhtubuhan dan manusia di atas bumi.

Rajah 4 menunjukkan bahawa dalam keadaan normal 19% daripada sinaran suria diserap oleh awan dan molekul-molekul dalam atmosfera manakala 26% terpantul ke ruang angkasa. 55% daripada sinaran itu ditujukan ke permukaan bumi manakala 4% terpantul daripada bumi. Oleh itu hanya 51% dariapda jumlah sinaran suria sampai ke permukaan bumi. Kesan "rumah hijau" yang berlaku secara semula jadi sebenarnya mempunyai kebaikan iaitu menetapkan suhu permukaan bumi pada suhu yang ideal iaitu 15 darjah Celcius. Sebaliknya kesan "rumah hijau" yang berlebihan akan mengakibatkan unsur-unsur negatif kepada manusia, haiwan dan tumbuhtumbuhan. Apabila suhu permukaan bumi ditingkatkan, kuantiti air laut yang lebih besar akan tersejat dan menyebabkan awan di bentuk dalam atmosfera. Awan ini berfungsi sebagai pemantul dan akan memantul sinaran suria ke arah permukaan bumi. Kenaikan suhu bumi juga menyumbang pada kesan "rumah hijau". Para saintis telah meramalkan bahawa suhu permukaan bumi akan naik sebanyak 1 hingga 3 darjah Celcius menjelang pertangahan abad akan datang.

Rajah 6.3 : Permukaan bumi dalam keadaan semula jadi Rajah 6.4: Proses penyerapan sinaran oleh awan dan molekul gas dan pantulan sinaran suria oleh awan

100% 26%

19%

55%

4%

dan permukaan bumi. Jadual 1: Gas-gas yang terlibat dalam kesan "Rumah Hijau" : Kepekatan dulu dan kini serta sumbersumber gas

CETREE Buku Sumber Guru 82

Kecekapan Tenaga

Gas

Kepekata n pada Kepekatan Kini tahun 1750

Peratus perubahan

Sumber

Karbon Dioksida

Methana

Nitrogen Oksida Klorofluorokarbon (CFC)

Ozon

Volkano; Pembakaran bahanapi fosil; 280 ppm 360 ppm 29 % Pembalakan; Perubahan dalam penggunaan tanah Carigali gas asli dan minyak mentah; 0.70 ppm 1.70 ppm 143 % Pembakaran biomas; Penternakan lembu; Hutan rimba; Lautan; Tanah: Baja; 280 ppb 310 ppb 11 % Pembakaran biomas dan bahan api fosil Peti sejuk, Aerosol; 0 900 ppt Bahan pencuci kimia Berlaku secara semula Penurunan di jadi oleh tindakan Berubah dengan stratosfera and sinaran suria ke atas Tiada data altitud dan latitud peningkatan di molekul oksigen dan permukaan bumi oleh penghasilan jerebu fotokimia

CETREE Buku Sumber Guru 83

Kecekapan Tenaga mengeluarkan CFC seperti bahan penyejukan. Sejak tahun 70-an, para saintis telah melaporkan bahawa lapisan ozon di Antartika telah mengurang sebanyak 70%.

6.3.2 Lapisan Ozon Ozon ialah molekul oksigen O3. Kebanyakan molekul ini (kira-kira 97% daripada jumlah ozon) wujud secara semula jadi di suatu lapisan atmosfera yang dinamakan stratosfera yang berada pada altitud atau ketinggian antara 15 hingga 55 km daripada permukaan bumi. Apabila gas CFC mengalami pelanggaran dengan ozon, suatu tindak balas akan berlaku iaitu CFC akan memisahkan ozon menjadi oksigen dan ia sendiri akan menghasilkan karbon, gas klorin dan flourin. Sekiranya banyak CFC dilepaskan ke atmosfera, bilangan molekul ozon akan menjadi kurang dan lapisan ozon akan menjadi nipis atau terus hilang dan membentuk lubang pada stratosfera. Lapisan ozon sebenarnya bertindak sebagai penapis sinaran-sinaran yang berbahaya dari bergerak ke permukaan bumi. Ozon menyerap gelombang ultra lembayung yang berbahaya kepada manusia. Oleh yang demikian pengurangan penghasilan CFC amatlah penting untuk mengelakkan gejala-gejala buruk berlaku terhadap manusia.

6.4 Tenaga Elektrik


Bentuk tenaga yang paling lazim digunakan di negara kita dan untuk kehidupan seharian ialah tenaga elektrik. Tenaga ini dijanakan melalui kuasa hidro atau pembakaran bahan api seperti gas asli, arang batu, minyak dan distillate. Tenaga elektrik digunakan oleh semua sektor domestik, komersial, industri, awam, perlombongan dan lain-lain. Dalam sektor domestik, tenaga digunakan untuk alat-alat elektrik seperti periuk nasi, pemanas air, cerek, lampu, kipas, mesin pembasuh kain dan pinggan, televisyen, pendingin udara dan lain-lain. Dalam sektor komersial pula, kebanyakan tenaga elektrik digunakan untuk lampu, pendingin udara, lif dan eskalator. Bangunanbangunan awam seperti pejabat, sekolah dan hospital juga menggunakan tenaga elektrik untuk lampu, mesin-mesin pejabat seperti pencetak, komputer, untuk pendinginan dan lain-lain. Sektor industri pula menggunakan tenaga untuk menjalankan mesin, jentera dan alat pemprosesan selain penggunaan seperti dalam sektor-sektor lain. Sektor pengangkutan pula menggunakan tenaga dalam bentuk bahan api minyak dan diesel. Walaupun negara kita belum lagi menggunakan kenderaan yang menggunakan tenaga elektrik secara meluas dan besar-besaran, namun tenaga daripada bahan api fosil akan menyumbang pada kesan "rumah hijau" dan pencemaran alam sekitar.

Rajah 6.5 : Lubang ozon dalam lapisan stratosfera.

Laporan mengenai perkembangan lubanglubang ozon di Kutub Utara dan Selatan pada 20 dekad akhir ini telah banyak menyebabkan negara mengurangkan penghasilan CFC atau mengharamkan penggunaan bahan-bahan yang CETREE Buku Sumber Guru 84

Kecekapan Tenaga 6.4.1 Kecekepan Tenaga sebagai Satu Tanggungjawab Sekarang anda telah faham mengapa kita perlu mengamalkan kecekapan tenaga dalam kehidupan seharian. Kita perlu menggunakan tenaga secara cekap dan bijaksana kerana kita mesti menjamin bekalan tenaga yang berterusan supaya generasi yang akan datang akan sama-sama dapat menikmati faedah penggunaan tenaga seperti generai sekarang. Kita juga boleh mengurangkan pembawaan masuk bahan api dari luar negara dan sekaligus mengurangkan perbelanjaan untuk bahanbahan yang diimport. Kita juga mesti memelihara alam sekitar untuk menjamin kehidupan di atas bumi ini selamat dan sihat dan untuk mengurangkan kesan "rumah hijau" yang akan mengakibatkan gejala buruk berlaku terhadap bumi. Sekiranya setiap manusia di dunia ini menggunakan tenaga dengan cara yang baik, pastilah kehidupan kita akan lebih terjamin, selesa dan makmur. Kita tidak perlu menjadi seorang pemimpin, saintis, ahli korporat atau ahli perniagaan untuk menyumbang pada kecekapan tenaga. Malah setiap individu, sama ada suri rumah atau kanakkanak dapat melakukannya. Apakah yang boleh anda lakukan ke arah kecekapan tenaga di negara kita? Kecekapan tenaga boleh dimulakan di persekitaran rumah umpamanya, anda boleh melakukan beberapa perkara seperti yang di bawah. Cabutkan plug bagi alat-alat elektrik yang jarang digunakan. Tutup pintu dan tingkap dalam bilik yang dipasang pendingin udara supaya udara yang sejuk tidak keluar. Laraskan termostat pendingin udara antara 22 hingga 24 darjah Celcius. Pasang alat pembasuh kain atau pembasuh pinggan apabila penuh sahaja. Kumpulkan menggunakan pakaian sebelum seterika. Masa yang
Rajah 6.6: Alat-alat elektrik

digunakan untuk menunggu sehingga seterika panas akan membazirkan tenaga. Tutup suis lampu, kipas dan alat pendingin udara apabila tiada orang berada dalam bilik. Amalkan. Begitu juga dengan peti televisyen. Beli alat elektrik yang mempunyai saiz yang cukup untuk keperluan anda atau keluarga anda. Beli alat elektrik yang mempunyai label "Energy Star" atau alat yang telah mendapat kelulusan SIRIM atau alat yang berlabel Cekap tenaga. Bersihkan setiap alat daripada kekotoran, karat dan alat yang tersumbat.

Di bawah ialah kaedah penggunaan alatalat elektrik domestik tertentu. Lampu


o

Gunakan lampu cekap tenaga kerana lampu jenis ini ialah 4 kali lebih cekap daripada lampu biasa. Gunakan ballast elektronik yang lebih menjimatkan tenaga. Lampu yang dipasang pada pemantul (reflectors) akan menjimatkan lagi kerana cahaya tersebar lebih luas. Mentol perlu dibersihkan daripada debu dan kekotoran supaya tidak malap.

o o

CETREE Buku Sumber Guru 85

Kecekapan Tenaga
o

Sekiranya boleh, gunakan lampu setempat berbanding lampu untuk seluruh ruang.

Elakkan daripada menyimpan makanan atau minuman yang panas. Sejukkan makanan di luar peti sehingga mencapai suhu persekitaran sebelum menyimpan makanan di dalam peti sejuk.

Pemanas Air
o

Pasangkan suis pemanas air hanya ketika ingin menggunakannya. Tutup suis sebaik sahaja air panas telah digunakan. Elakkan daripada memasang suis terlalu lama. Pilih model yang mempunyai ciri-ciri kecekapan tenaga.

Rajah 6.7 : Mentol cekap tenaga

o o

Peti Sejuk
o

Beli peti sejuk yang mempunyai kapasiti yang sesuai dengan keluarga anda. Kebanyakan model peti sejuk pada masa ini menjimatkan tenaga berbanding model lama. Elakkan daripada membuka pintu tanpa sebab. Elakkan daripada membuka pintu peti sejuk secara luas supaya udara sejuk di dalamnya tidak terkeluar. Bersihkan ruang dalam dari masa ke masa. Letakkan peti sejuk jauh daripada dapur atau sumber panas. Renggangkan bahagian belakang peti daripada permukaan seperti dinding untuk pengedaran udara.
Rajah 6.9: Pemanas Air

o o

o o o

Pendingin Udara
o o

Pilih saiz dan kapasiti yang sesuai untuk ruang bilik. Pilih model yang mempunyai termostat. Julat suhu yang sesuai untuk negara ini adalah antara 22 hingga 25 darjah Celsius. Tutup alat pendingin apabila tiada orang di dalam bilik.

o Rajah 6.8 : Peti Sejuk

CETREE Buku Sumber Guru 86

Kecekapan Tenaga
o

Elakkan daripada sebarang halangan di depan alat pendingin sama ada kain atau perabot.

Seterika
o

Komunikasi dan Multimedia telah pun menubuhkan satu Suruhanjaya Tenaga pada tahun 2001 untuk mengimplementasikan polisi-polisi dan undang-udang mengenai kecekapan tenaga di negara ini. Pendek kata, usaha kerajaan akan mempermudah rakyat di negara ini membeli dan mengamalkan kecekapan tenaga. 6.4.1 Asas-asas Tenaga Tiga buah syarikat utama membekalkan tenaga di negara ini. Syarikat tenaga itu ialah Tenaga Nasional Berhad (TNB), Sabah Electricity Sdn Bhd, (SESB) dan Sarawak Electricity Supply Corporation (SESCO). Syarikat-syarikat tersebut masing-masing bertanggungjawab untuk membekalkan tenaga elektrik di Semenanjung, Sabah dan Sarawak. Syarikat-syarikat kecil yang lain juga turut membekalkan tenaga di negara ini. Jumlah kuasa elektrik yang dibekalkan adalah seperti Jadual 2.

Pasang suis hanya apabila menggunakannya. Tutup suis sebaik sahaja tamat menyeterika pakaian. Gunakan suhu yang paling sesuai dengan kain untuk mengelakkan pembaziran tenaga. Kumpulkan pakaian dan gunakan seterika pada masa yang sama. Amalan menyeterika satu demi satu akan membazirkan tenaga kerana seterika perlu dipanaskan sebelum digunakan. Proses ini menggunakan tenaga.

Rajah 6.10: Seterika

Negeri Semenjung Malaysia Sabah Sarawak JUMLAH BESAR

Jumlah Kuasa Elektrik (MW) 12,975 777 872 14,624

Sekiranya semua rakyat di negara ini mengamalkan kecekapan tenaga, maka tenaga dan alam sekitar dapat diselamatkan. Amalan di rumah tidak banyak menggunakan wang dan masa, cuma kesedaran. Kanak-kanak pun dapat dilatih dari kecil lagi dalam amalan yang akan membawa kebaikan ini. Para pengguna sebenarnya tidak perlu bimbang mengenai pembelian alat-alat elektrik yang cekap tenaga. Kebanyakan model diiklankan kerana kebolehan alat tersebut menjimatkan tenaga. Oleh itu, pemilihan dan pembelian alat menjadi lebih mudah. Kerajaan Malaysia sedang berusaha untuk mewajibkan semua pembuat barangan elektrik tempatan mesti menampal label "cekap tenaga" pada barangan mereka.. Kementerian Tenaga,

Jadual 2: Bekalan kuasa elektrik di Malaysia

Unit Tenaga Unit asas tenaga, E adalah joule (J). Kuasa pula ialah tenaga yang dibekalkan per unit masa P = tenaga yang dibekalkan = E Masa Maka unit bagi kuasa diberi oleh t

CETREE Buku Sumber Guru 87

Kecekapan Tenaga P = [joule] = [J] = J/s atau watt (W) [saat] [s] E = 1,000 x (1.5 jam) = 1,500 Wh = 1.5 kWh Harga Tenaga
Tarif A Kategori Domestik 200 unit pertama 800 unit kemudian Unit tambahan Caj minimum bulanan B Komersial Voltan rendah Caj minimum bulanan C1 Komersial Voltan sederhana "Peak demand" Semua unit Caj minimum bulanan D Industri Semua unit Caj minimum bulanan Alat Elektrik Cerek Seterika Ketuhar Gelombang Mikro Peti Sejuk Peti Televisyen Kuasa 2,400 W 1,000 W 800 - 1,300 W 600 W 100 W F E1 Industri Voltan Sederhana Setiap unit bagi permintaan maksimum sebulan Semua unit Caj minimum bulanan 17.30 RM/kWh 25.80 6.00 Sen/kWh RM 17.30 20.80 500.00 RM/kWh Sen/kWh RM 28.80 6.00 Sen/kWh RM 21.80 25.80 27.80 2.50 Sen/kWh Sen/kWh Sen/kWh RM Kadar Unit

Oleh itu, jumlah kuasa elektrik yang dibekalkan di Malaysia adalah 14,624 megawatt (MW). Tenaga juga boleh diberi unit seperti berikut : Tenaga = E = P x t Maka, unit bagi E adalah [watt x jam] atau Wh Keperluan ini makin meningkat dari tahun ke tahun kerana negara ini masih membangun. Dijangka permintaan tenaga akan meningkat sebanyak 6 hingga 8% setiap tahun mulai 2000. Pada tahun 1999, purata tenaga yang digunakan oleh setiap penduduk di Malaysia alah 2,450 kWh. Hal ini bermaksud, dalam masa 1 jam, jumlah tenaga yang digunakan ialah 2,450 kilowatt. Jadual 3 menunjukkan kuasa alat-alat elektrik yang lazim kita gunakan seharian.

19.80 500.00

Sen/kWh RM

Jadual 3: Contoh Kuasa Alat Elektrik

Cuba anda kira berapakah jumlah tenaga yang digunakan bagi setiap alat. Contoh 1 Tenaga elektrik yang digunakan oleh sebuah seterika apabila dipanaskan selama 1.5 jam. E=Pxt
G

Perlombongan Voltan Rendah Semua unit Caj minimum bulanan Lampu awam Semua unit (tanpa selengaraan) Semua unit (dengan selengaraan) 17.30 Sen/kWh 21.80 100.00 Sen/kWh RM

10.80

Sen/kWh

Contoh 2 CETREE Buku Sumber Guru 88

Kecekapan Tenaga Kirakan harga tenaga untuk 1.5 kWh (gunakan tarif bagi kategori domestik). Penyelesaian: Pada Tarif A, harga tenaga bagi 100 unit pertama ialah 21.80 sen/kWh. Maka jumlah harga tenaga bagi 1.5 kWh ialah H = 1.5 x 21.80 sen = 32.70 sen Lihat Rajah 6.11 yang menunjukkan bil elektrik bagi sebuah rumah kediaman. Kirakan jumlah yang perlu di bayar untuk penggunaan tenaga elektrik. Penyelesaian Unit 200 297 Kadar Amaun

21.80sen/kWh RM 43.60 25.80sen/kWh RM 76.63 RM120.23

Jumlah perlu dibayar :

6.5 Bangunan Cekap Tenaga


Lebih kurang 45% daripada permintaan tenaga elektrik di negara ini adalah daripada sektor domestik (18%) dan komersial (27%). Kebanyakan daripada tenaga ini digunakan untuk lampu, pendingin udara dan pemanas air dalam bangunan. Bangunan yang cekap tenaga direka dan di bina sebegitu rupa supaya penggunaan tenaga elektrik untuk lampu dan pendingin udara kurang daripada biasa. Sekiranya bangunan-bangunan di negara ini jenis cekap tenaga, jumlah permintaan tenaga sudah pasti menurun. Penggunaan alat pendingin udara adalah sangat popular dalam kalangan rakyat Malaysia kerana cuaca yang panas dan bahang menghalang produktiviti pekerja. Keadaan kurang selesa dalam bangunan menyebabkan kebanyakan bangunan komersial dan awam dihawadinginkan. Ramai pemilik rumah kediaman juga memasang pendingin udara di rumah mereka kerana mereka sudah mampu berbuat demikian.

Rajah 6.11 : Contoh bil elektrik

Contoh 3

CETREE Buku Sumber Guru 89

Kecekapan Tenaga Bahan binaan, reka bentuk, lokasi, orientasi bangunan moden adalah antara faktor-faktor yang menjadikan keadaan di dalam bangunan moden kurang selesa untuk diduduki tanpa memasang alat penyejuk. Bahagian seterusnya akan memperihalkan bagaimana haba diserap di dalam bangunan.

Utara

Selatan

Rajah 6.12: komersial

Bangunan

domestik

dan

Rajah 6.13b: Orientasi paksi bangunan

6.5.1 Mengurangkan penyerapan haba ke dalam bangunan Negara Malaysia berada tepat di khatulistiwa dan oleh itu mengalami cuaca panas sepanjang tahun. Suhu di negara ini akan turun sedikit hanya pada waktu malam dan apabila hujan. Matahari terbit di sebelah Timur dan terbenam di sebelah Barat (Lihat rajah 6.13a). Laluan matahari tidak banyak berubah dari hari ke hari. Orientasi bangunan di Malaysia adalah penting. Paksi panjang bangunan mestilah menghadap ke utara dan selatan manakala paksi pendeknya menghala ke sebelah timur dan barat. Rajah 6.13b menunjukkan bahawa permukaan dinding yang lebih kecil akan terdedah kepada sinaran matahari apabila matahari terbit dan terbenam manakala permukaan dinding yang lebih besar tidak terdedah kepada sinaran terus.

Rajah 6.14: Haba di serap melalui dinding dan bumbung bangunan

Rajah 6.14 menunjukkan haba dari sinaran matahari yang diserap oleh dinding, tingkap dan bumbung bangunan. Bahan binaan mestilah diperbuat daripada sejenis bahan yang tidak menyerap haba supaya ruang dalam bangunan tidak menjadi panas. Sumber haba selain sinaran matahari ialah manusia sendiri. Jenis aktiviti yang dilakukan oleh penghuni bangunan akan menentukan banyak mana haba dihasilkan oleh mereka. Bilangan penghuni juga mempengaruhi kuantiti haba yang terhasil. Alat-alat elektrik dalam bangunan juga melesapkan haba ke udara. Alat-alat dalam ruang pejabat ialah pencetak, komputer, mesin pendua dan lain-lain lagi. Alat-alat elektrik dalam rumah ialah peti sejuk, televisyen, komputer dan sebagainya.

Rajah 6.13a: Arah pergerakan matahari

Alat-alat elektrik dalam bangunan mestilah daripada jenis yang cekap tenaga supaya

CETREE Buku Sumber Guru 90

Kecekapan Tenaga penghasilan dikurangkan. haba dalam bangunan bangunan tinggi dan moden dikawasankawasan bandar.

Rajah 6.16: Pencahayaan semula jadi daripada sinaran langit

Rajah 6.15: Alat elektrik dalam pejabat yang menghasilkan haba

Kajian-kajian yang pernah dilakukan telah membuktikan bahawa penggunaan cahaya semula jadi boleh menjimatkan tenaga elektrik untuk pencahayaan dalaman sebanyak 42% di Malaysia, 70% di Thailand dan 60% di Amerika Syarikat. Cahaya semula jadi mempunyai sifat-sifat yang memberikan faedah kepada manusia seperti kesan psikologi, produktiviti dan kesihatan. Kajian di Australia telah membuktikan bahawa prestasi pelajar meningkat apabila reka bentuk sekolah menggunakan sinaran langit sebagai sumber cahaya. Kajian juga telah dilakukan di Amerika Syarikat dan Eropah yang mendapati pesakit di hospital cepat sembuh sekiranya mereka terdedah ke cahaya langit. Produktiviti pekerja-pekerja kilang juga meningkat apabila cahaya langit dibenarkan masuk ke dalam bangunan kilang. Terbukti sudah bahawa pencahayaan daripada langit memberikan kesan positif terhadap keselesaan manusia di samping menyumbang pada kecekapan tenaga dalam bangunan.

Lampu dalam bangunan juga merupakan salah satu alat elektrik yang menghasilkan haba. Jika kita ingin mengurangkan penghasilan haba, cahaya daripada lampu elektrik boleh digantikan dengan cahaya semulaj adi daripada sinaran langit. Cahaya langit adalah cahaya daripada langit. Sebaliknya cahaya matahari adalah sinaran terus daripada matahari. Kecekapan (atau efikasi) cahaya langit adalah lebih besar daripada lampu elektrik. Ini bermakna cahaya langit berupaya menghasilkan lebih banyak cahaya daripada mentol elektrik bagi setiap watt. Efikasi sinaran langit di Malaysia adalah 120 lumen per watt manakala purata efikasi mentol lampu adalah sekitar 60 hingga 100 lumen per watt sahaja. Lumen ialah unit bagi cahaya yang dihasilkan oleh sesuatu sumber. Jika sesebuah bangunan direkabentuk dengan baik supaya cahaya semula jadi digunakan untuk pencahayaan dalaman di dalam bangunan, maka tenaga elektrik boleh dikurangkan. Contoh jenis bangunan yang menggunakan cahaya semulajadi adalah atrium yang terdapat di beberapa

CETREE Buku Sumber Guru 91

Kecekapan Tenaga Satu faedahnya ialah tenaga elektrik dikurangkan untuk pencahayaan dan keduanya, haba yang dihasilkan oleh cahaya langit adalah jauh lebih kurang daripada haba yang dihaslkan oleh cahaya elektrik. Beban penyejukan boleh dikurangkan apabila cahaya langit digantikan dengan cahaya elektrik.

Rajah 16: Pantulan sinaran matahari

Lokasi sesebuah bangunan mempunyai pengaruh di atas iklim persekitaran bangunan. Sekiranya bangunan tersebut diletakkan di tengah-tangah bandar, sudah pasti suhu disekelilingnya adalah tinggi berbanding sebuah bangunan yang dibina di desa, di pinggiran danau, di atas bukit ataupun di dalam hutan rimba. Bagi bangunan di bandar disyorkan pokokpokok di tanam dikeliling bangunan untuk bangunan rendah atau tanam-tanaman hijau diberanda untuk bangunan tinggi. Sebaliknya, alat-alat peneduh (lihat Rajah 6.17) mestilah di pasang pada bangunan untuk mengelakkan sinaran terus matahari menimpa di permukaan dinding bangunan. alat-alat pemantul cahaya yang lain juga boleh difikirkan seperti filem nipis yang di tampal pada permukaan tingkap. 6.5.2 Beban Penyejukan Strategi-strategi untuk mengurangkan penyerapan haba ke dalam bangunan bertujuan mengurangkan beban haba yang perlu dibuang oleh alat pendingin udara. Beban haba ini dikenali dengan istilah beban penyejukan. Lagi besar beban penyejukan lagi besarlah beban yang perlu dibuang oleh alat pendingin udara. Oleh yang demikian, penyelesaian untuk mengurangkan beban penyejukan (iaitu mengurangkan tenaga elektrik untuk menjalankan alat pendingin) adalah pengurangan beban haba. Cara ini amat berkesan dalam amalan kecekapan tenaga. Penggunaan cahaya sinaran langit merupakan strategi serampang dua mata.

Jumlah beban penyejukan, Qp boleh di rumuskan seperti yang berikut : Qp = Qsinaran Qlampu Dimana Qsinaran matahari = haba daripada sinaran matahari melalui tingkap, dinding dan bumbung = haba yang dilesapkan oleh Qalat alat-alat elektrik = haba daripada penghuni Qpenghuni bangunan = haba daripada lampu Qlampu elektrik Rumus di atas menunjukkan kepada kita bahawa jumlah beban penyejukan dapat dikurangkan apabila salah satu atau kombinasi atau semua beban daripada sumber-sumber haba dikurangkan. Kesimpulannya, reka bentuk, lokasi, bahan binaan, alat elektrik dan aktiviti manusia dalam bangunan dapat diubahsuai supaya penggunaan tenaga dapat dikurangkan. + Qalat + Qpenghuni +

matahari

6.6 Teknologi Kecekapan Tenaga Masa Depan


Sumber-sumber tenaga tidak lazim seperti tenaga yang boleh diperbaharu dapat menggantikan tenaga elektrik. Beberapa

CETREE Buku Sumber Guru 92

Kecekapan Tenaga teknologi telah dan sedang diuji untuk mengurangkan penggunaan tenaga elektrik yang dijanakan daripada sumber-sumber bahan api fosil. Umpamanya, teknologi fotovoltaik (PV) dapat digunakan untuk menjana tenaga elektrik. Teknologi terkini mengenai PV yang digunakan dalam reka bentuk bangunan ialah bumbung PV. Tenaga elektrik yang dijanakan oleh bumbung PV boleh digunakan untuk menghidupkan televisyen, radio, pemanas air dan lampu dalam rumah, bergantung pada kapasiti sistem tersebut. Rajah 17 menunjukkan bumbung PV yang dipasangkan pada beberapa buah rumah berangkai di Amerika Syarikat. ialah lampu besar berjenis chandelier di bawah kubah Masjid Wilayah di Kuala Lumpur (Rajah 18). Sebuah pengumpul cahaya atau heliostat di pasang betul-betul di atas kubah masjid tersebut. Heliostat ini menjejak matahari, memantul cahaya ke dalam kubah melalui lubang kaca dan cahaya daripada matahari ditujukan pada lampu besar yang tergantung di bawah kubah. Cahaya matahari di serak oleh kanta-kanta kecil supaya cahaya di pancar di sekeliling ruang di dalam masjid. Anda boleh lihat dengan mata sendiri kesan teknologi inovatif ini dalam seni bina masjid tersebut. Teknologi seperti ini mampu mengurangkan bil elektrik masjid sebanyak RM 200,000 setahun untuk tujuan pencahayaan ruang dalaman. 6.6.1 Kecekapan Tenaga dalam Industri Kecekapan tenaga juga boleh dilakukan di sektor industri. Satu daripadanya ialah menggunakan biojisim untuk bahan api, sistem fotovoltaik, pemanas suria, sistem pengeringan atau pemanas berbantukan tenaga suria dan sebagainya. Alat-alat, mesin dan jentera yang cekap tenaga terdapat di pasaran. Teknologi dan reka bentuk baru yang cekap tenaga sentiasa diperbaiki dan diuji oleh para penyelidik dan pengusaha. Penjelasan lebih perinci mengenai teknologi kecekapan tenaga dalam industri adalah di luar skop bab ini. 6.7 Rumusan Tenaga daripada matahari yang memanaskan permukaan bumi. Tenaga suria ini dapat digunakan untuk menjanakan tenaga elektrik, memanas dan membekalkan cahaya. Pada masa ini, kita menggunakan bahan api fosil seperti arangbatu, minyak dan gas untuk keperluan tenaga kita. Kita tidak boleh bergantung semata-mata pada sumber-sumber tenaga ini kerana sumbernya kian mengurang dan tidak berganti. Kita mesti mencari sumber-sumber lain untuk keperluan tenaga kita. Tenaga suria adalah salah satu sumber tersebut. Mengamalkan kecekapan tenaga ialah satu cara untuk

Rajah 6.18: Bumbung PV

Rajah 6.19: Lampu jenis chandelier dalam Masjid Wilayah

Teknologi pencahayaan inovatif pula bakal menggantikan pencahayaan elektrik dalam bangunan. Teknologi seperti ini pun telah digunakan pada bangunan-bangunan di serata dunia termasuk Malaysia. Satu contoh teknologi pencahayaan inovatif

CETREE Buku Sumber Guru 93

Kecekapan Tenaga melanjutkan bekalan tenaga kita ataupun melambatkan proses pelupusan sumber tenaga lazim. Kecekapan tenaga tidak semestinya menurunkan kualiti hidup atau melambatkan pembangunan negara. Kecekapan tenaga bermakna amalan menjimatkan sumbersumber terhad, pembangunan mapan, pemeliharaan alam sekitar di samping menjamin kualiti dan keselesaan hidup.

6.8 Rujukan
Renewable Energy World, 4(2), James and James. March-April 2001. Statistik Industri Bekalan Elektrk Malaysia, Jabatan Bakelan Elektrk dan Gas Malaysia. Edisi Tahun 2000. Kementerian Tenaga, Telekom dan Pos. National Energy Balance Malaysia. 1980 1995. Kecekapan tenaga. URL: http://electricpower.about.com Projek Sains. URL: http://kidscience.about.com Kecekapan tenaga dan alam sekitar. URL: http://environment.about.com Kecekapan Tenaga dan Tenaga Diperbaharui URL:http://solstice.crest.org Tenaga URL:http://www.energy.ca.gov

CETREE Buku Sumber Guru 94

Kecekapan Tenaga

LAMPIRAN
Uji kaji 1 Tujuan : Menjelaskan Kesan "Rumah Hijau"
Bahan-bahan Pepejal CO2 Sumber cahaya (100 watt) Jam Randik 2 biji botol kaca dengan penutup 2 batang termometer yang dimuatkan dalam botol kaca. Kaedah 1. Sediakan jadual data untuk mencatat suhu di dalam kedua-dua botol setiap 10 minit. 2. Lekatkan label pada botol. Satu label ditulis "udara" dan satu lagi "CO2". 3. Letakkan sebatang termometer dalam setiap botol. 4. Letakkan seketul pepejal CO2 dalam botol berlabel "CO2". 5. Apabila suhu dalam botol telah stabil, catatkan suhu dalam setiap botol. 6. Letakkan botol lebih kurang 0.5m daripada sumber cahaya 100 watt. 7. Baca dan catitkan suhu dalam setiap botol setiap 10 minit selama 1 jam. boleh

Soalan Adakah suhu dalam setiap botol itu berbeza? Jika tidak, tulis mengapa. Peringatan : Sila gunakan sarung tangan getah apabila memegang pepejal CO2. Jadual data :
Masa (min) Suhu dalam Botol "udara" (oC) 10 20 30 40 50 60 Suhu dalam Botol "CO2" (oC)

CETREE Buku Sumber Guru 95

Kecekapan Tenaga

Ujikaji 2 Tujuan : Pemanas suria


Bahan-bahan : Beberapa kepingan biskut rangup Kertas pembakar kek Cawan aluminium Tin pembakar 250g cokelat susu, dipotong dadu Kaedah 1. Atur kertas pembakar kek dan cawan aluminium di atas tin pembakar. 2. Letakkan sekeping biskut dalam setiap kertas pembakar dan cawan aluminium. 3. Susun sekeping keping cokelat di atas biskut tersebut. 4. Dedahkan biskut-biskut pada sinaran matahari. 5. Catatkan apa yang berlaku terhadap cokelat. Soalan Adakah kepingan-kepingan cokelat cair pada kadar yang sama? Jika tidak, mengapa?

Ujikaji 3 Tujuan: Kecekapan tenaga 1. Pada akhir awal bulan, lihat bil elektrik rumah anda yang terkini. Pada awal bulan pertama mulakan amalan kecekapan tenaga dalam rumah anda. 2. Tutup semua suis apabila alat-alat elektrik tidak digunakan seperti lampu, televisyen dan radio. 3. Tutup suis pendingin udara apabila tiada orang di dalam bilik. Apabila alat pendingin sedang dipasang, tutup pintu dan tingkap dengan rapat supaya udara sejuk tidak keluar. 4. Pada akhir bulan kedua, lihat bil elektrik anda. 5. Adakah jumlah yang kena dibayar berkurang? Jika jawapannya adalah ya, maka anda telah menggunakan tenaga secara bercermat dan bijak.

CETREE Buku Sumber Guru 96

Anda mungkin juga menyukai