Anda di halaman 1dari 42

IPG KAMPUS KOTA BAHARU

TAJUK : PEMBANGUNAN LESTARI OLEH ORGANISASI BUKAN KERAJAAN ( NGO )

NAMA PELAJAR : 1) NORHANIM BT ISMAIL A80M 1112 0940 790430 01 5042 2) NURUL IZYANI BT ABDUL RAHMAN A80M 1112 0941 860909 33 5276 3) SITI UMYRA BT ISMAIL KHAN A80M 1112 0943 840829 14 5204

KUMPULAN MATA / KOD PELAJARAN NAMA PENSYARAH PEMBIMBING TARIKH SERAHAN

: DPLI / BM SJKC : PENDIDIKAN ALAM SEKITAR / ASK2202W : NIK NAPISAH AB KADIR : 06 SEPTEMBER 2012

PENGENALAN ALAM SEKITAR


Dalam usaha mengejar kemodenan negara dan meningkatkan taraf hidup penduduk, kegiatan ekonomi dan projek-projek pembangunan sesebuah negara tidak dapat dielakkan. Manusia sering mengabaikan masalah-masalah alam sekitar yang timbul akibat pelaksanaan aktiviti ekonomi dan projek-projek pembangunan. Kesan-kesan negatif akibat proses pembangunan dan modenisasi secara terburu-buru semakin mendesak dan hal ini mengakibatkan kesan pencemaran alam sekitar yang teruk. Kesemua kesan negatif ini semakin menggugat kesihatan manusia, sumber-sumber ekonomi dan keadaan muka bumi. Untuk mengurangkan kesan-kesan negatif pembangunan ke atas alam sekitar. Setiap aktiviti ekonomi dan pembangunan mestilah diseimbangkan dengan usaha pemeliharaan dan pemuliharaan alam.

DEFINISI ALAM SEKITAR

ALAM bermaksud dunia, bumi atau segala yang terdapat di langit dan di bumi. SEKITAR bermaksud di tempat atau di sekeliling. Perkataan alam sekitar atau dalam bahasa Inggeris disebut environment membawa maksud keadaan sekeliling atau lingkungan. Oleh itu, sekiranya berdasarkan kepada terjemahan literal, maka perkataan alam sekitar adalah menuju kepada apa sahaja yang melingkungi manusia. Bagaimanapun, secara khusus perkataan alam sekitar merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotic atau abiotic yang melingkungi suatu organisma. Fenomena fizikal ini termasuk juga fenomena yang berkait dengan iklim dan cuaca. (Mohd Zuhdi Marsuku, 2002)

Terdapat satu lagi definisi alam sekitar. Namun ia lebih kepada kefahaman environmentalism. Dijelaskan bahawa ia merupakan satu istilah geografi tentang doktrin falsafah yang memberikan penekanan terhadap aspek fizikal alam sekitar seperti keadaan iklim dunia yang berkait dengan aktiviti manusia. (A. Bullock & O.Stallybrass, 1997)

Kesemua definisi yang dikemukakan di atas secara umumnya menjelaskan alam sekitar adalah keseluruhan fenomena sekeliling yang boleh mempengaruhi kehidupan sesuatu

organisma. Definisi ini adalah definisi yang diterima dalam pengajian Sains Alam Sekitar yang hanya terbatas kepada fenomena fizikal sesuai dengan pandangan semesta moden yang berteraskan kepada metode empirikal. (Mohd Nur Hakimi Razana, 2004)

KOMPONEN ALAM SEKITAR

Alam sekitar terdiri daripada 3 komponen utama iaitu : a) Alam semula jadi (natural environment) b) Alam buatan (man-made environment) c) Alam Sosio Budaya (Socio cultural environment)

1. ALAM SEMULAJADI (natural environment)

Alam semula jadi merupakan jirim hidup dan jirim bukan hidup yang berada secara semula jadi di bumi. Ia merupakan persekitaran yang tanpa kegiatan manusia. Alam semula jadi meliputi benda asas di muka bumi seperti matahari, air dan udara, kitaran fizikal yang menyokong kehidupan seperti kitar oksigen, nitrogen, dan karbon dan benda hidup yang saling berinteraksi. Istilah ekosistem digunakan untuk menggambarkan persekitaran yang mengandungi alam semula jadi termasuk manusia.

2. ALAM BUATAN MANUSIA (man-made environment) Alam buatan merangkumi manusia dan persekitaran buatan manusia yang merujuk kepada persekitaran fizikal binaan atau ciptaan manusia. Alam sekitar yang dibina oleh manusia seperti taman herba, taman burung, taman orkid, taman bunga, zoo dan lain-lain.

3. ALAM SEKITAR SOSIOBUDAYA (socio-cultural environment) Maksud alam sosiobudaya ialah bagaimana manusia berinteraksi dan menyusun diri mereka dalam kumpulan seperti keluarga, pendidikan, pekerjaan, kesihatan, politik, kerajaan, ekonomi, kesenian, agama dan budaya. Ini merangkumi hubungan ataupun pertalian rapat

antara manusia dengan budayanya. Semua ini merangkumi etika persekitaran (environment ethics), contohnya bagi masyarakat Melayu, ketika berada di dalam hutan dilarang menegur sebarang keganjilan yang ditemui dan dilarang membuat bising. Etika bagi suami yang bakal menimang cahaya mata pula tidak digalakkan mengail serta membunuh binatang dengan sesuka hati. Bagi masyarakat bumiputera Sabah / Sarawak, mereka mempercayai padi mempunyai semangat dan kuasa, oleh itu mereka akan mengadakan Pesta Menuai yang bertujuan supaya semangat padi gembira dan hasil tuaian semakin bertambah. Indigenous knowledge bagi masyarakat peribumi ialah memanfaatkan sumber alam untuk perubatan, makanan dan rekreasi. Contohnya, penggunaan pokokpokok herba yang tumbuh liar di dalam hutan untuk dijadikan ubat atau penawar penyakit.

PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR

Konsep Pemeliharaan Dan Pemuliharaan Alam Sekitar KAMUS Dewan edisi keempat tahun 2005 mendefinisikan pelihara sebagai membela, menjaga dan merawat, manakala pulihara membawa makna memulihkan serta memelihara, dan melindungi sesuatu supaya sentiasa berada dalam keadaan baik. Konsep pemeliharaan dan pemuliharaan dalam konteks alam sekitar memperlihatkan bahawa tahun demi tahun dunia ini seolah-olah berada dalam keadaan tidak selamat. Isu pemanasan global, kempen anjuran Greenpeace, Persatuan Pengguna Pulau Pinang, Sahabat Alam Malaysia, Malaysia Nature Society, World Wildlife Fund, (WWF) memanggil kita supaya melakukan sesuatu. Pemeliharaan dan pemuliharaan ini bermula dengan kesedaran individu. Ia bermula dari rumah dengan nasihat ibu-bapa kepada anak-anak mereka akan peri pentingnya menjaga alam sekitar, kebersihan, keprihatinan terhadap alam tumbuhan dan alam haiwan, dan membina masyarakat penyayang dengan memahami prinsip Rukun Negara itu sendiri. Sikap membuang sampah ke dalam sungai sehingga mencemarkan sungai perlu dikikis. Namun, usaha pemeliharaan dan pemuliharaan, pasti menelan kos yang banyak. Justeru itu, alangkah elok sekali kita bermula dengan sikap penjagaan secara semula jadi dengan kesedaran dan keprihatinan kepada alam sekitar yang berterusan.

Alam sekitar merupakan tautan antara tanah, angin, api dan air. Ia merupakan hubungan kitar dalam proses keadaan semula jadi yang berterusan. Penggondolan bukit akan menyebabkan hilangnya tunggak bumi dan penghadang banjir. Banjir lumpur akan mengalirkan air lumpur dan apabila pohonan kayu di tepi pantai dibuang, maka tanah pantai akan terhakis. Kebelakangan ini, kita menghadapi masalah kemarau yang menyebabkan air terpaksa dicatu. Sehubungan itu, kita akan mencari sebab kerana berkurangnya kawasan tadahan hujan. Dalam masa yang singkat, hujan lebat pasti membawa banjir kilat yang dahsyat di bandar raya Kuala Lumpur. Kerugian kewangan yang ditanggung sepatutnya boleh diguna sebagai biayai pemeliharaan dan pemuliharaan. Kajian menunjukkan suhu di Lembah Klang yang membabitkan kawasan hutan hijau lebih rendah sebanyak lima darjah Celsius berbanding kawasan lapang tanpa pohonan kayu. Hutan hijau menjamin suasana udara nyaman yang bersih lantaran proses fotosintesis dengan pohonan hijau menyerap karbon dioksida dan memberikan oksigen yang diperlukan manusia. Kita harus menyedari persekitaran yang bersih menjamin hayat yang panjang. Ikan dalam laut yang bersih memberikan protein bermutu buat manusia dan sayuran tanpa racun vitamin atau galian yang diperlukan manusia. Apabila manusia menggunakan racun untuk menghindari serangga perosak secara berlebihan yang menanggung akibatnya adalah manusia. Apabila ikan tercemar akibat perbuatan manusia, yang menderita diserang penyakit adalah manusia juga. Jadi di sini kelalaian atau pun keserakahan manusia akan mengakibatkan kesan langsung kepada manusia. Secara keseluruhan, yang rugi adalah manusia juga. Dengan lapisan ozon yang semakin menipis, suhu bumi menjadi suatu yang tidak dapat dijangkakan dan diramalkan meningkat kepada 4.5 darjah Celsius di hujung abad ke-21 ini. Air batu kutub utara dan kutub selatan mula cair dan ini meningkatkan paras air laut. Paras air laut dikatakan akan meningkat dari 28cm kepada 43 cm pada akhir abad ini. Peningkatannya mengakibatkan gelombang ombak ganas yang memusnahkan habitat pantai dan merosakkan keadaan semula jadi pantai. Pemanasan global akan terus meningkat dalam suasana yang sukar dikawal. Perdebatan tentang pemanasan global menjadi satu tajuk yang besar. Protokol Kyoto yang berkuat kuasa secara penuh pada 16 Februari 2005 bertujuan menangani permasalahan perubahan iklim. Isu pemanasan global, usaha untuk mengurangkan karbon dioksida dan gas rumah hijau yang merosakkan atmosfera, belum diakui sepenuhnya oleh kebanyakan negara.

Asas pemeliharaan dan pemuliharaan perlu ditinjau dari sudut berikut : 1. Memahami persekitaran dan keperluannya. 2. Penglibatan segenap peringkat masyarakat dalam peranan pemeliharaan dan pemuliharaan 3. Membina kempen kesedaran dengan pengenalan subjek nyata berkaitan alam sekitar di peringkat rendah, menengah, universiti dan juga masyarakat dewasa. 4. Mengetat dan menguatkuasakan undang-undang berkaitan pemeliharaan dan

pemuliharaan alam. 5. Membentuk sebuah Suruhanjaya Alam Sekitar.

Kepentingan Pemuliharaan dan Pemeliharaan Alam Sekitar Berdasarkan Objektif Pendidikan konservasi UNESCO 1976 Menurut Ford, P.M. (1981), Pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar amat perlu dilaksanakan kerana alam sekitar memainkan peranan yang penting dalam kehidupan manusia. Segala pencemaran yang telah berlaku terhadap alam sekitar sama ada pencemaran air, udara, bunyi dan sebagainya akan memberi kesan secara langsung dan tidak langsung kepada alam sekitar dan juga manusia itu sendiri. Selain itu, air merupakan sumber yang paling penting dalam kehidupan kita. Pencemaran air seperti membuang sampah dan sisa toksik ke dalam sungai dan sebagainya akan memberikan kesan buruk kepada kehidupan manusia. Sumber air akan menjadi kotor dan beracun dan tidak boleh digunakan. Secara tidak langsung, manusia yang menggunakan air yang tercemar akan mendapat penyakit yang membawa mudarat kepada kita. Oleh itu, kita perlu menjaga kebersihan sungai agar sumber air yang kita peroleh selamat untuk digunakan. Seterusnya, aktiviti pembalakan yang berleluasa akan memberikan kesan buruk kepada alam sekitar dan hutan-hutan. Sekiranya aktiviti ini tidak dapat dikawal, jumlah tumbuhan hijau akan berkurangan dan ini akan menjadikan cuaca semakin panas dan tidak stabil. Oleh itu, beberapa usaha telah dilakukan seperti membanteras aktiviti pembalakan secara haram dan membuat hutan simpan di tempat-tempat tertentu untuk memastikan flora dan fauna terjaga dengan rapi.

Akhir sekali, perkembangan teknologi masa kini dan peningkatan aktiviti manusia telah memberi banyak sumbangan dan kemajuan dalam bidang sosial, ekonomi dan politik sejagat. Namun secara tidak langsung, segala proses untuk pelaksanaan objektif pembangunan tersebut telah menyebabkan pencemaran terhadap alam sekitar. Pencemaran alam sekitar akan menyebabkan penurunan taraf kesihatan dan keselamatan penduduk , penipisan lapisan ozon, penghapusan hidupan akuatik serta kepupusan flora dan fauna. Konklusinya, kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan berdasarkan objektif pendidikan konservasi amatlah penting untuk direalisasikan oleh manusia supaya keselamatan alam sekitar akan lebih terjamin pada masa akan datang.

LANGKAH-LANGKAH PEMELIHARAAN DAN PEMULIHARAAN ALAM SEKITAR


Penghutanan semula Penghutanan semula ialah kegiatan menanam semula hutan yang telah ditebang dengan spesies pokok yang cepat tumbuh dan bermutu. Melalui cara ini kelembapan suhu dapat dikekalkan dan seterusnya masalah peningkatan suhu alam sekitar dapat dielakkan terutamanya di kawasan bandar-bandar besar seperti di kuala lumpur. Contohnya, pokok jenis pain, batai, dan sesenduk telah ditanam di Bukit Tinggi, Pahang. Jabatan Perhutanan Malaysia perlu memainkan peranan penting bagi melaksanakan langkah ini dengan cekap dan efisien. Contoh penghutanan semula yang telah dilaksanakan adalah seperti di Hutan Simpan Kemasul, Pahang dan Hutan Simpan Paya Laut, Perak.

Penggunaan baja organik Masyarakat sekarang terutamanya petani digalakkan supaya menggunakan baja organik atau baja asli daripada najis haiwan seperti najis lembu dan ayam serta sisa-sisa tanaman untuk menggantikan penggunaan baja kimia yang selalu digunakan oleh petani moden pada zaman sekarang. Kebanyakan petani moden yang menggunakan baja kimia secara kerap telah banyak mendatangkan masalah kepada alam sekitar terutamanya kepada masalah pencemaran air. petani yang menggunakan baja organik dapat menambahkan kesuburan tanah, baja organik juga adalah lebih murah, tidak perlu diproses, dan tidak mencemarkan alam

sekitar. Contohnya, peladang lada hitam di Sarawak menggunakan guano, iaitu campuran najis burung dan kelawar sebagai baja.

Kaedah biologi Peladang kelapa sawit di negara kita menggunakan kaedah biologi untuk mengawal makhluk perosak. Kebanyakan peladang sekarang jarang menggunakan kaedah biologi ini kerana kaedah ini dianggap sudah ketinggalan zaman. Kaedah biologi yang digunakan ini dapat mengurangkan penggunaan racun serangga dan racun rumpai yang dapat menyebabkan berlakunya pencemaran alam sekitar. Contohnya, di ladang kelapa sawit, ular, burung hantu, dan burung helang digunakan untuk menangkap tikus, burung, dan tupai yang merosakkan buah kelapa sawit.

Pertanian tetap Kerajaan menggalakkan petani-petani tradisional yang mengamalkan pertanian pindah supaya mengubah cara penanaman mereka kepada pertanian tetap. Kebanyakan petani di kawasan pedalaman masih menjalankan pertanian jenis pindah. Masalah ini berlaku kerana masyarakat pedalaman kurang mendapat pendedahan tentang pentingnya alam sekitar terhadap kehidupan di sekelilingnya. Petani sekarang terutamanya di kawasan pedalaman perlu mengubah teknik pertanian mereka daripada pertanian secara berpindah-randah kepada pertanian tetap. Langkah ini bertujuan untuk mengelakkan kemusnahan kawasan hutan yang berharga dan mengurangkan hakisan tanih.

Kaedah perundangan Kaedah perundangan didefinisikan sebagai akta perundangan yang telah digubal dan dikuatkuasakan untuk melaksanakan tindakan terhadap pesalah alam sekitar antaranya, Akta Kualiti Alam Sekitar (1974) akta ini digubal bertujuan untuk mengawal perkara-perkara yang boleh membawa kepada berlakunya kemudahan alam sekitar. Serentak dengan ini akta ini perlu diperketat agar usaha memelihara dan memulihara kualiti alam sekitar terjamin. Oleh itu,

dapat dilihat bahawa peruntukan akta ini merangkumi hampir keseluruhan aspek dan masalah pencemaran alam sekitar seperti masalah pencemaran air, pencemaran tanah, dan pencemaran udara. Penilaian impak alam sekitar(EIA) penilaian impak alam sekitar merupakan satu pendekatan yang menekankan aspek pengurusan alam sekitar secara menyeluruh bagi mengekalkan keseimbangan antara pembangunan dengan kualiti alam sekitar di bawah aspek pengekalan, pemeliharaan, dan pemuliharaan alam sekitar. Pihak-pihak yang terlibat terutama badan-badan kerajaan yang berkaitan alam sekitar perlu turun padang secara kerap bagi memastikan dasar ini (EIA) berkesan.

DASAR ALAM SEKITAR NEGARA

Rajah 1 : Dasar Alam Sekitar Negara

Dasar Alam Sekitar Negara (DASN) telah diwujudkan untuk meneruskan kemajuan ekonomi, sosial dan budaya serta peningkatan kualiti hidup rakyat Malaysia menerusi kesejahteraan alam sekitar dan pembangunan lestari. Tujuan DSN adalah untuk : Alam sekitar yang bersih, selamat, sihat dan produktif bagi generasi masa kini dan masa hadapan. Pemuliharaan kebudayaan dan warisan semula jadi yang unik dan pelbagai dengan penyertaan berkesan semua sektor masyarakat. Cara hidup, pola penggunaan dan pengeluaran yang

lestari. Terdapat lapan prinsip di bawah DASN untuk mengharmonikan matlamat pembangunan ekonomi dengan kepentingan alam sekitar iaitu : 1. Pengawasan Alam Sekitar 2. Pemuliharaan Ketahanan dan kepelbagaian Alam 3. Peningkatan Berterusan Kualiti Alam Sekitar 4. Penggunaan Mapan Sumber-Sumber Asli 5. Membuat Keputusan Bersepadu 6. Peranan Sektor Swasta 7. Komitmen dan Kebertanggungjawaban 8. Penyertaan Aktif dalam Masyarakat Antarabangsa Dasar Alam Sekitar Negara bertujuan mengintegrasikan pertimbangan alam sekitar ke dalam aktiviti pembangunan dan proses membuat keputusan yang berkaitan, memupuk pertumbuhan ekonomi serta kemajuan manusia jangka panjang, dan untuk melindungi dan memperbaiki alam sekitar. Ia melengkapi dan menambah dimensi alam sekitar yang terkandung dalam dasar kebangsaan yang lain, seperti dasar perhutanan dan perindustrian, dan juga mengambil perhatian akan konvensyen antarabangsa mengenai kepentingan sejagat.

BADAN-BADAN NGO
Badan NGO Aktiviti Menangani isu yang berkaitan biomass seperti hutan, laut, penggunaan ari bersih, spesies hidupan dan termasuk aspek berkaitan pendidikan alam sekitar. Menjadikan masyarakat di bandar untuk bersamasama menjaga persekitaran untuk kesejahteraan bersama a Pemuliharaan, pengurusan habitat, mengurus

taman dan pusat pendidikan alam, pendidikan alam sekitar, penerbitan dan acara awam

Pemuliharaan isu-isu yang berkaitan dengan tanah lembap seperti perlindungan, pemuliharaan dan pemeliharaan, pengurusan bijak tanah lembap dan mewujudkan kesedaran tentang peranan penting tanah lembap yang menjadi salah satu ekosistem yang paling produktif. Bekerjasama menyediakan perdagangan, dengan agensi kerajaan dalam kesan untuk

maklumat mendorong

berkaitan usaha

meningkatkan kemapanan ekologi perdagangan dalam spesies liar dan membantu meningkatkan penguatkuasaan kawalan perdagangan hidupan liar antarabangsa. Menyiarkan dan menyebarkan isu dan maklumat mengenai air di dalam artikel, risalah, jurnal dan buku. Mempromosikan kesedaran awam dengan

menganjurkan lawatan lapangan, kem pendidikan, seminar, forum, persidangandan ceramah.

Memberikan perkhidmatan perundingan, pendidikan dan latihan dalam isu persekitaran

Membuat penyelidikan mengenai habitat semulajadi orang utan dan membantu penyelidik untuk membuat penyelidikan mengenai tapak pemuliharaan orang utan

R.E.A.C.H. RegionalEnvironmentalAwarenessCa meron Highlands

Aktiviti untuk menonjolkan masalah alam sekitar, mewujudkan kesedaran awam mengenai isu-isu alam sekitar dan menjalankan kajian udara dan biodiversiti hutan. menjalankan operasi dengan kaedah yang

meminimumkan impak kepada alam sekitar

Menggalakkan kesedaran alam sekitar, pendidikan dan pemuliharaan dengan rakyat dan untuk rakyat.

Menjana

dan

mempromosi mengenai

kesedaran

dan

pengetahuan

kehidupan

tumbuhan

tropika dan persekitaran, ekologi dan pemuliharaan melalui pembangunan dan pengurusan kemudahan Rimba ilmu dan aktiviti yang sesuai.

PEMBANGUNAN LESTARI
Konsep pembangunan lestari muncul ekoran daripada kesedaran tentang kepentingan pemuliharaan dan pemeliharaan sumber alam sekitar. Isu pembangunan lestari telah

dibincangkan secara serius dalam Sidang Kemuncak bumi yang diadakan di Rio De Janerio pada tahun 1992 dan di Johannesburg pada 26 Ogos hingga 4 September 2002. Persidangan pada tahun 1992 telah merintis pada wujudnya Agenda 21 yang merupakan pelan tindakan yang mengandungi satu set prinsip-prinsip yang menyeluruh untuk membantu pihak kerajaan dan institusi dalam melaksanakan dasar-dasar dan program-program pembangunan lestari di negara masing-masing. Pembangunan lestari didefinisikan sebagai pembangunan yang dilaksanakan untuk menghindari pelupusan sumber dan memastikan kerosakan minimum ke atas alam semula jadi. Pembangunan lestari mengikut definisi UNESCO (2002) diertikan sebagai menyeimbangkan segala keperluan manusia dengan melindungi alam semula jadi supaya keperluan manusia dapat dipenuhi bukan sahaja di masa kini tetapi juga selamanya. Pembangunan lestari adalah kemampuan untuk memberi sokongan untuk memelihara sistem kehidupan sepenuhnya dalam manusia dan kehidupan lain di planet ini iaitu kemampuan untuk menyalurkan keperluan-keperluan untuk hidap secara berterusan dalam semua jenis benda hidup. Dalam konsep pembangunan lestari, penekanan diberikan kepada keseimbangan antara memenuhi keperluan manusia dengan keupayaan sistem semula jadi untuk membekalkan produk dan perkhidmatan tanpa degradasi. Pembangunan lestari bertujuan untuk memastikan penggunaan sumber-sumber semula jadi mencukupi buat masa kini dan untuk masa depan bagi manfaat semua jenis kehidupan di muka bumi ini. Oleh itu, pembangunan lestari amat bergantung pada pemuliharaan dan Pemuliharaan

pemeliharaan kesejahteraan manusia dan ekosistem secara bersama.

bermaksud membaik pulih sumber-sumber alam sekitar seperti air, hutan, tenaga, udara, mineral dan lain-lain yang telah digunakan tanpa membiarkan sumber-sumber itu pupus. Pemeliharaan pula meliputi aspek penjagaan dan perlindungan untuk mengekalkan sumbersumber semula jadi daripada diteroka dengan rakus oleh manusia Polisi Malaysia mengenai pembangunan lestari jelas disebut di dalam Rancangan Malaysia ketujuh. Pelan tersebut menerangkan langkah-langkah yang diambil untuk memberi penekanan terhadap pembangunan lestari semasa awal tempoh Rancangan Malaysia. Langkah-langkah baru telah dilaksanakan semasa Rancangan Malaysia ke 7 (1996 2000) bagi meningkatkan kebolehan Malaysia untuk membangun secara lestari

CARA PELAKSANAAN PEMBANGUNAN LESTARI Dari aspek Perundangan, Kerajaan telah menggubal akta-akta tertentu untuk

melindungi alam sekitar seperti Akta Kualiti Alam Sekitar 1974, Akta Perhutanan Negara 1984 dan sebagainya. Laporan EIA ( Environment Impact Assessment ) diperlukan bagi projek-

projek mega, di mana pemaju perlu mengemukakan laporan EIA projeknya kepada Ketua Pengarah Jabatan Alam Sekitar (JAS) untuk diluluskan terlebih dahulu. Langkah pemantauan oleh pihak JAS perlu lebih kerap dan teliti ke atas projek pembangunan yang mendatangkan kesan ke atas alam sekitar seperti pertanian di kawasan tanah tinggi. Dari aspek pengurusan strategik, sektor pertanian contohnya, menukar konsep tebang bakar kepada tebang reput atau menggunakan sisa-sisa pertanian untuk menjana tenaga biomass atau menghasilkan makanan haiwan melalui kaedah bioteknologi. Menukar penggunaan baja kimia kepada baja organik atau racun serangga kepada kaedah kawalan biologi. Bagi sektor pembalakan pihak terbabit seharusnya menggiatkan proses tanam semula menggunakan baka yang cepat matang seperti Yamane, Batai dan Akasia. Mengamalkan

proses tebangan memilih iaitu memilih pokok yang matang atau cukup saiz sahaja untuk ditebang. Untuk sektor pengangkutan kenderaan awam haus menggunakan sistem

pengangkutan yang digerakkan oleh tenaga elektrik. Untuk sektor tenaga penggunaan tenaga harus ditukar kepada tenaga alternatif seperti tenaga hidro, biomass, ombak angin, suria dan lain-lain.

Dari aspek pendidikan,

subjek-subjek yang berunsurkan pembangunan lestari diajar

secara formal di sekolah menerusi subjek khusus seperti Geografi, Moral, Sivik dan lain-lain manakala pengajaran tidak formal boleh dilakukan melalui media massa, kempen , forum, gotong royong dan lain-lain.

ISU-ISU ALAM SEKITAR

Pemusnahan hutan, pemanasan global dan kekurangan air bersih adalah antara isu-isu yang sedang dihadapi oleh negara-negara di seluruh dunia. Satu-satunya cara untuk memastikan kelangsungan hidup kita adalah dengan menjaga alam sekitar secara aktif.

1.0 PERTUMBUHAN PENDUDUK

Pertumbuhan penduduk adalah perubahan dalam bilangan penduduk sepanjang masa, yang boleh dikira sebagai perubahan bilangan individu dalam sesebuah populasi melalui sukatan secara sepanjang suatu tempoh tertentu. Istilah ini digunakan untuk memaksudkan istilah demografi khusus berbunyi kadar pertumbuhan penduduk yang merujuk kepada kadar pertumbuhan penduduk dunia. Dalam bidang demografi dan ekologi, kadar pertumbuhan penduduk ialah kadar pecahan pertumbuhan bilangan penduduk sesebuah kawasan. Secara terperincinya, kadar pertumbuhan penduduk biasanya bermaksud perubahan bilangan penduduk sepanjang suatu tempoh, yang dinyatidakan secara peratusan.

Kadar pertumbuhan penduduk manusia seluruh dunia terus menurun sejak memuncak pada tahun 1962 dan 1963 pada kadar 2.20% setahun. Pada tahun 2007, kadar pertumbuhan adalah 1.19% setahun. Seratus tahun yang lalu telah memperlihatkan pertumbuhan penduduk yang pesat disebabkan kemajuan perubatan dan pertambahan daya pengeluaran pertanian secara mendadak hasil Revolusi Hijau. Pertumbuhan bilangan manusia tahunan sebenar jatuh dari kemuncak 87.8 juta pada tahun 1989, ke paras 74.6 juta pada tahun 2003, selepas itu naik ke paras 77.0 juta pada tahun 2009. Pertumbuhan penduduk masih tinggi terutamanya di Timur Tengah dan Afrika Sub-Sahara, begitu juga di Asia Selatan, Asia Tenggara, dan Amerika Latin.

Sesetengah negara mengalami kemerosotan jumlah penduduk, terutamanya di Eropah Timur disebabkan kadar kesuburan rendah dan penghijrahan. Di Selatan Afrika, pertumbuhan penduduk terbantut kerana banyaknya kematian akibat HIV. Sesetengah negara Eropah Barat turut mengalami penurunan jumlah penduduk. Bilangan penduduk Jepun juga mula menurun pada tahun 2005 akibat dari kepesatan pembangunan dan kemajuan yang menyebabkan kadar kelahiran merosot kerana rakyatnya lebih mementingkan kerjaya berbanding keluarga.

Bilangan penduduk yang melebihi keupayaan tampung sesebuah kawasan atau persekitaran menimbulkan masalah penduduk berlebihan. Ini mungkin disebabkan oleh pertumbuhan penduduk atau penurunan muatan kawasan tersebut. Pertambahan penduduk manusia secara mendadak boleh menimbulkan masalah seperti pencemaran dan kesesakan lalu lintas, yang boleh diburukkan lagi ataupun dipulihkan oleh perubahan teknologi dan ekonomi. Begitu juga, sesebuah kawasan mengalami kekurangan penduduk jika bilangan penduduknya tidak cukup untuk menampung sistem ekonominya.

1.1 Faktor mempengaruhi pertumbuhan penduduk

a) Kadar kelahiran tinggi dan kadar kematian rendah dipengaruhi oleh taraf kesihatan baik, prasaran kesihatan cukup & sistem perubatan cekap.

b) Kesuburan meningkat - amalan kahwin muda.

c) Sumber makanan seimbang - revolusi hijau, tiada kebuluran, kurang kematian.

d) Program perancangan keluarga - gagal di negara membangun kerana taraf pendidikan, budaya & adat.

e) Faktor sosial - pendidikan rendah.

f)

Kestabilan politik - aman, tiada perang.

g) Dasar Kerajaan - Kempen 70 juta menjelang 2100, rebat cukai, cuti bersalin, rawatan percuma.

h) Kadar migrasi bersih - tinggi (PATI).

i)

Agama - Islam (meramaikan umat), Cina (perlu anak lelaki sebagai pewaris).

1.2 Kesan pertumbuhan penduduk

a) Tekanan terhadap sumber alam persaingan guna tanah pertanian, penempatan, pembangunan prasarana. b) Kemerosotan/kepupusan sumber sumber yang tidak boleh diperbaharui. c) Pencemaran & kerosakan sumber air, udara, tanah

d) Kemiskinan & kemunduran

e) Kekurangan bekalan sumber makanan Kesan sosial taraf pendidikan dan kesihatan rendah

f)

Antara fakta menarik mengenai penduduk dunia pada masa depan

Tokyo mencatatkan bilangan penduduk paling tinggi dengan 36.7 juta orang diikuti New Delhi (22 juta orang) dan Sao Paulo serta Mumbai, masing-masing mencatatkan jumlah 20 juta penduduk.

Jangkaan terkini memperlihatkan bilangan penduduk akan mencecah 9.3 bilion orang pada 2050 dan lebih 10 bilion orang menjelang 2100.

Dengan hanya variasi kecil dalam kadar kesuburan terutama di negara yang memiliki kepadatan penduduk, jumlah itu dijangka lebih tinggi iaitu 10.6 bilion orang pada 2050 dan lebih 15 bilion (2100).

UNFPA turut mencadangkan supaya diwujudkan pelan pembangunan yang seimbang bagi menghadapi jumlah pertambahan penduduk termasuk pembinaan perumahan yang mencukupi, sistem sanitasi yang baik serta 'kawasan hijau'.

Negara penyumbang penduduk bumi terbesar dan tercepat ada di negara membangun kawasan Asia dan Afrika seperti India, Pakistan, Tiongkok, Bangladesh, Nigeria, Ethiopia.

Lima cabaran besar yang dihadapi masyarakat dunia moden adalah kestabilan kewangan, perubahan iklim, penyakit, keganasan dan perlucutan senjata nuklear.

Dunia juga masih menghadapi cabaran kekurangan air dan masih terdapatnya masalah amat besar antara negara dunia bagi mendapatkan air, perumahan, dan lapangan kerja.

Berdasarkan sorotan 2050, China tidak lagi menduduki tempat pertama. Pakistan mengambil posisi ke-empat yang sebelumnya diduduki Indonesia. Nigeria, Ethiopia dan Congo dijangkakan akan mengalami pertumbuhan penduduk yang besar dan mulai masuk senarai dalam 10 penduduk dunia yang ramai. Sebaliknya Jepun, Russia, United Kingdom, Itali dan Jerman dijangka akan mengalami pertumbuhan penduduk yang rendah.

2.0 PELUPUSAN SPESIES FLORA DAN FAUNA

Dianggarkan 56.3 peratus kawasan di Malaysia diliputi hutan. Di antaranya terdiri daripada hutan hujan tropika yang kaya dengan pelbagai spesies flora dan fauna. Hutan berfungsi sebagai habitat kepada flora dan fauna. Ia juga berfungsi sebagai kawasan tadahan air. Spesies flora dan fauna seperti bunga rafflesia, harimau, penyu, tapir dan orang utan dilaporkan mengalami kepupusan. Faktor ini disebabkan oleh perilaku manusia sendiri yang semakin menggugat kestabilan alam.

Definisi pelupusan bermaksud kemusnahan. Manakala flora bermaksud keseluruhan tumbuh tumbuhan sama ada berbunga atau tidak. Fauna pula bermaksud keseluruhan haiwan yang hidup melata dalam habitatnya. Oleh itu, pelupusan flora dan fauna merangkumi kemusnahan tumbuh-tumbuhan dan haiwan akibat tindakan daripada manusia yang rakus dan tamak.

2.1 Faktor - Faktor Kemusnahan Dan Kepupusan

a) Masalah pembalakan haram Menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna and Flora menyatidakan di antara 1986 hingga Jun 1990 , 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kawasan yang dibenarkan hanya 320,000 hektar sahaja. Pembalakan haram juga menebang spesies

pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal. Membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpan dan Taman Negara. Apabila kegiatan pembalakan dijalankan ia juga memusnahkan spesies tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang ia juga akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada di sekitar itu. Ia juga akan menyebabkan binatang-binatang yang hidup di kawasan itu dan lari dan mati.

b) Pembakaran Hutan Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera. Ia akan menyebabkan spesies-spesies yang terancam yang ada di kawasan tersebut akan musnah

c) Pembukaan Tanah Baru Pembukaan kawasan pertanian baru seperti pembukaan tanah-tanah rancangan oleh Felda dan Felcra yang turut memusnahkan spesies tumbuh-tumbuhan

d) Pemburu Haram Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia adalah merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesies haiwan ini. Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini. Permintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap binatang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa. Harimau Malaya merupakan satu spesies yang kian terancam kerana pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.

e) Peningkatan Suhu Dunia Faktor peningkatan suhu dunia ini juga adalah antara punca utama kepupusan flora dan fauna. Faktor perubahan iklim ini bukalah perkara baru dalam kepupusan flora dan fauna ini di mana antara faktor kepupusan binatang prasejarah seperti dinosaur adalah disebabkan perubahan cuaca dunia. Fenomena Elnino yang menyebabkan peningkatan suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan ada sesetengah spesies haiwan dan tumbuhan yang terancam terutama haiwan dan tumbuhan dan tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan menyebabkan kepupusan hidupan ini.

f)

Pencemaran Seperti mana yang dimaklumi bahawa keadaan pencemaran yang teruk akan

menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuhan. Faktor ini yang menyebabkan banyak hidupan akuatik kian pupus. Hidupan seperti ikan lumba-lumba dan paus pembunuh (killer whale) semakin pupus disebabkan pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan minyak di laut dan kegiatan manusia yang suka mengotorkan laut. Beruang panda yang merupakan antara habitat yang istimewa yang hanya terdapat di negara China kian terancam kepupusannya disebabkan pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepada kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama habitat ini.

2.1.1 Langkah-Langkah Mengatasi

a) Mendokumentasikan kekayaan dan kepelbagaian spesies yang ada dalam hutan sebelum sesuatu tindakan mengubah status kawasan dilakukan.

b) Mewujudkan sistem pengurusan hutan berkekalan yang dapat melindungi unsur-unsur hutan terutama kepelbagaian hayat spesies yang menghadapi bahaya kepupusan.

c) Penanaman hutan semula, mengehadkan atau menentukan kapasiti hasilan hutan

d) Mengiktiraf lebih banyak kawasan hutan asli sebagai taman rekreasi ,taman laut atau taman negara dengan keluasan mencukupi.

e) Memperketatkan akta dan tindakan undang-undang pembalakan khasnya untuk mencegah pembalakan haram

f)

Pemeliharaan penyu di pusat Santuari Penyu Rantau Abang. Jumlah bancian penyu mendarat di Rantau Abang didapati merosot di mana jumlah pada tahun 1996 sebanyak 5665 ekor merosot kepada 2247 ekor pada tahun 1994.

g) Menjalankan usaha penyelidikan oleh FRIM, Perhilitan dan Jabatan Alam Sekitar. Contohnya usaha-usaha pihak Perhilitan untuk mengkaji kepupusan Harimau Malaya.(Sekarang hanya 600 ekor seluruh Malaysia )

h) Penguatkuasaan Undang-undang oleh kerajaan

i)

Akta kualiti Alam Sekitar ( EQA) 1974

j)

Pelan Tindakan Kebangsaan Pendidikan Alam Sekitar 1986

3.0 PENEBANGAN HUTAN

Hutan boleh didefinisikan sebagai suatu formasi yang dikuasai oleh pokok. Perkataan hutan biasanya merujuk kepada tiga konsep yang berlainan. Konsep yang pertama ialah hutan merujuk kepada barisan pokok atau tumbuh-tumbuhan yang menyerupai pokok. Konsep kedua pula menyatidakan hutan merujuk kepada seluruh komuniti tumbuh-tumbuhan dan haiwan yang dikuasai oleh pokok. Menurut konsep ketiga, hutan merupakan seluruh sistem komuniti yang dikuasai oleh pokok yang berfungsi, termasuk substrat abiotik dan persekitaran atmosferanya. Hutan hujan adalah komuniti tumbuhan yang padat dengan pokok-pokok yang mempunyai adaptasi terhadap kelembapan di mana ia mempunyai daun-daun yang lebar walaupun saiz daun bukanlah ciri utama dalam pembentukan jenis hutan hujan. Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada penebangan hutan dan membawa kepada kesan-kesan buruk. Pelbagai langkah yang efektif telah pun diambil untuk mengatasi masalah ini

3.1 Faktor Penebangan Hutan

a) Pembangunan Pembinaan kawasan perumahan dan bangunan-bangunan yang tinggi menyebabkan banyak kawasan hutan terpaksa ditebang. Kepesatan industri pelancongan turut menyumbang kepada kemusnahan hutan. Pembukaan tempat pelancongan baru memerlukan banyak bangunan didirikan.Ini termasuklah pembinaan prasarana seperti jalan raya untuk menghubungkan tempat pelancongan dengan kawasan bandar. Pembangunan yang terlalu mendadak dan tidak terancang di kawasan pelancongan akan memusnahkan ekosistem kawasan tersebut.

b) Pembalakan Haram

Aktiviti pembalakan haram juga semakin berleluasa sejak kebelakangan ini. Aktiviti ini dijalankan secara tidak terancang dan salah di sisi undang-undang semata-mata untuk mendapatkan sumber kayu-kayan untuk mengaut keuntungan dengan jalan mudah. Halhal sebegini lah yang akan menyebabkan kepupusan flora dan haiwan-haiwan kehilangan habitat mereka. Contohnya, aktiviti pembalakan yang berlaku di Pulau Redang dan Kuala Terengganu.

c) Pembinaan Jalan Raya Aktiviti ini memerlukan proses penerokaan hutan dan sudah tentu akan melibatkan aktiviti penebangan hutan. Hal inilah yang akan menyebabkan kejadian tanah runtuh. Kejadian ini berlaku kerana struktur tanah longgar dan tidak stabil ekoran daripada kehilangan cengkaman akar pokok. Fungsi akar pokok adalah untuk meneguhkan kestabilan struktur tanah. Oleh itu, apabila banyak pokok yang ditebang, struktur tanah menjadi tidak stabil dan akan membawa kepada kejadian tanah runtuh. Terdapat banyak kejadian tanah runtuh yang telah berlaku di Malaysia seperti kejadian di Bukit Antarabangsa, Kuala Lumpur dan Bukit Canda di Miri, Sarawak.

Kesan kepada pemusnahan yang berlarutan terhadap hutan akan menyebabkan berkurangnya penukaran karbon dioksida kepada organik karbon di udara. Hal ini akan menyebabkan kawasan tadahan hujan dan tempat menyerap serta menapis air hujan sebelum disalurkan ke sungai musnah. Akibatnya, bekalan sumber air di negara ini akan terputus.

3.1.1 Langkah Mengatasi

a) Perundangan Dasar Perhutanan Negara 1978 telah mengisytiharkan hutan simpan kekal untuk mewujudkan hutan perlindungan, hutan berhasil dan hutan lipur. Akta Perhutanan Negara 1984 dan Akta Industri Berasaskan Kayu 1985 telah menggariskan beberapa larangan. Antara larangan yang dikenakan adalah larangan memasuki hutan simpan kekal, serta menebang, memotong dan memindahkan sebarang hasil hutan dan mineral. Orang ramai tidak dibenarkan untuk membersihkan apa-apa tanah untuk tujuan tanaman selain dilarang menggunakan sebarang bahan beracun dan letupan bagi tujuan menangkap ikan, memburu dan menembak haiwan liar.

b) Pengurusan Hutan Strategik Terdapat dua sistem yang diperkenalkan iaitu Sistem Sebaya Malaya dan Sistem Tebangan Memilih. Sistem-sistem ini amat menitikberatkan kaedah penebangan hutan secara sistematik dan berjadual. Dalam Sistem Sebaya Malaya, hanya pokok yang mempunyai nilai dagangan dalam sesuatu operasi dan tempoh pusingannya adalah di antara 60-80 tahun yang akan ditebang. Dalam Sistem Tebangan Memilih, satu inventori hendaklah dibuat di kawasan yang hendak ditebang.

c) Pendidikan Alam Sekitar Langkah ini telah dilaksanakan dalam dua peringkat iaitu formal dan tidak formal. Kurikulum formal diajar dalam Geografi dan subjek lain untuk meningkatkan kesedaran pelajar terhadap kepentingan hutan. Pada peringkat tidak formal, aktiviti yang diadakan adalah dalam bentuk kempen kesedaran seperti "Kempen Mencintai Hutan Kita", "The Green World" dan lain-lain lagi. Malaysia juga banyak menjalinkan kerjasama dengan negara-negara serantau dan pertubuhan-pertubuhan lain seperti ASEAN dan turut

menyertai Program Alam Sekitar Malaysia. Program silvikultur pula adalah satu cara pemulihan hutan dan penggantian yang teratur. Salah satu daripadanya adalah projek ladang hutan compensatory yang bertujuan membekal bahan kayu industri dan memenuhi keperluan tempatan.

7.0 PENCEMARAN UDARA, AIR DAN DARAT

Pembuangan bahan-bahan buangan secara tidak terkawal boleh mengakibatkan pencemaran alam sekitar. Pencemaran ialah pengumpulan bahan-bahan yang tidak sesuai kepada kehidupan di persekitaran kita. Bahan-bahan yang tidak sesuai ini dipanggil bahan-bahan pencemar . Kebanyakan pencemaran yang berlaku adalah disebabkan oleh aktiviti-aktiviti manusia. Terdapat berbagai jenis pencemaran iaitu: a) Pencemaran udara b) Pencemaran air c) Pencemaran tanah

7.1 Pencemaran Udara

Pencemaran udara berlaku bila terdapat bahan-bahan pencemar di udara. Contoh bahanbahan pencemar ini ialah habuk, debu, asap, dan gas-gas beracun . Jadual di bawah menunjukkan punca-punca pencemaran udara dan bahan-bahan pencemar utama yang dihasilkan .

PUNCA-PUNCA PENCEMARAN

BAHAN-BAHAN PENCEMAR

Pembakaran bahan api di kilang dan dalam enjin kenderaan bermotor

Gas sulfur dioksida, nitojen dioksida, karbon monoksid dan debu

Pembakaran sampah sarap dan hutan secara besar-besaran Penyemburan racun serangga dan bahan-bahan kimia Penggunaan gas klorofluorokarbon (CFC) 7.1.1 Kesan Pencemaran Udara a) Menjejaskan kesihatan i.

Gas karbon dioksida dan debu

Gas dan kimia beracun

Gas CFC

Apabila kita menarik nafas , udara yang tercemar memasuki badan dan menjejaskan kesihatan kita .

ii.

Debu dan gas-gas beracun daripada kilang -kilang , ekzos kenderaan dan penyemburan racun serangga menyebabkan penyakit jika disedut .

iii.

Penyakit ini adalah berkaitan dengan sistem pernafasan dan penyakit mata .

b) Penyusutan Lapisan Ozon i. Lapisan ozon di udara ialah lapisan yang melindungi kita daripada sinaran terik matahari . ii. Pembebasan gas CFC yang digunakan dalam alat-alat menyembur , alat penyaman udara dalam peti sejuk menipiskan lapisan ozon. Ini menyebabkan lebih banyak sinaran matahari yang sampai ke bumi . iii. Pendedahan kepada sinaran matahari yang banyak boleh mengakibatkan penyakit kanser kulit .

c) Pembentukan Hujan Asid

i.

Gas-gas sulfur diosida dan nitrogen dioksida bergabung dengan air hujan dan membentuk hujan asid .

ii. iii.

Hujan asid boleh membunuh tumbuh-tumbuhan dan ikan-ikan . Ia juga menghakis pakaian , kertas dan bahan binaan bangunan .

d) Kenaikan Suhu Di Bumi i. Gas karbon dioksida yang terlalu banyak dalam udara akan memerangkap haba . ii. iii. Jadi suhu di bumi meningkat dan persekitaran kita menjadi panas . Ini akan menyebabkan banjir akibat pencairan ais di kutub-kutub bumi dan kemarau di beberapa tempat di dunia .

7.2 Pencemaran Air

Punca bekalan air datang dari sungai , laut , kolam dan tasik . Air boleh dicemari melalui a) pembuangan bahan-bahan sisa kilang b) tumpahan minyak dari kapal laut c) pembuangan sampah-sarap dan najis d) hakisan tanah akibat pembalakan dan pembinaan berleluasa . 7.2.1 Kesan Pencemaran Air

a) Menjejaskan Kesihatan i. ii. Sisa-sisa kilang yang dibuang ke dalam sungai meracuni air sungai . Ini membahayakan kesihatan kita jika air tersebut diminum atau digunakan untuk mandi . iii. Sampah-sarap dan najis yang dibuang ke dalam sungai pula menggalakkan pertumbuhan bakteria yang menyebabkan penyakit .

b) Pembunuh Hidupan Air i. ii. Minyak yang tertumpah ke laut menghalang kemasukan udara ke dalam air laut . Jadi tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan yang hidup dalam laut tidak dapat bernafas dan akan mati . iii. Air sungai yang mengandungi sisa-sisa kilang juga meracuni hidupan air .

iv.

Sampah-sarap yang terkumpul dan lumpur yang termendap dalam air akibat hakisan tanah menghalang kemasukan sinaran matahari ke dalam air .

v.

Ini menjejaskan pertumbuhan tumbuh-tumbuhan air .

c) Memburukkan Keindahan Alam i. ii. Pantai-pantai yang dipenuhi dengan sampah-sarap tidak indah dipandang . Air sungai dan laut juga berbau busuk .

7.3 PENCEMARAN TANAH

Sesuatu kawasan tanah dicemari melalui : a) pembuangan sampah-sarap di merata-rata tempat b) penyemburan racun serangga c) aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan .

7.3.1 Kesan Pencemaran Tanah a) Hakisan Tanah i. Aktiviti-aktiviti pembinaan , perlombongan dan pembalakan yang tidak terkawal menyebabkan kawasan tanah terdedah . ii. Kawasan tanah yang terdedah dihakis oleh angin dan air hujan .

b) Membunuh Haiwan Di Bawah Tanah i. ii. Racun serangga yang di sembur meresap masuk dan berkumpul dalam tanah. Haiwan yang hidup di bawah tanah mati akibat pengumpulan racun ini.

c) Menjejaskan Kesihatan i. Sampah-sarap yang dibuang di kawasan-kawasan lapang menjadi tempat pembiakan kuman penyakit . ii. Tikus, lipas dan lalat tertumpu di kawasan ini dan menyebarkan kuman-kuman penyakit ke tempat-tempat lain . iii. Jika makanan yang dihinggapi lalat atau dimakan lipas , kita mungkin diserang penyakit .

d) Kekurangan Tanah Subur

i.

Pembinaan rumah-rumah dan bangunan-bangunan menyebabkan kesusutan tanah .

ii.

Manusia menghadapi kekurangan tanah subur untuk pertanian .

CABARAN UNTUK MENGATASI ISU ALAM SEKITAR

Ramai orang semakin sedar tentang kemerosotan alam sekitar pada masa kini. Bagi tempattempat tertentu kemerosotan alam sekitar telah mencapai krisis dan boleh dianggap sebagai bencana. Sebagai contohnya, kebocoran loji nuclear di Chernoby, Ukraine (dulunya dalam kesatuan Soviet ) telah merosakkan alam sekitarnya tanpa dapat diperbaiki dan masih menjadi ancaman kepada penduduk sekitar dan alam sekeliling. Media massa sering membawa berita tentang aspek kemerosotan alam sekitar alam sekitar, dan tidak kurang juga orang perseorangan menyuarakan tentang keadaan alam sekitar itu dalam media tersebut. Antara perkara yang diberi perhatian termasuklah keadaan pencemaran di bandar-bandar besar, kesesakan lalu lintas di bandar, banjir kilat, pencemaran air, pencemaran udara, bunyi dan tanah tanih. Selain itu, penebangan hutan tidak terkawal dan kepupusan pelbagai spesies flora dan fauna juga turut diberi perhatian.

Sememangnya tidak dapat dinafikan bahawa pembangunan adalah amat penting untuk kemajuan sesebuah negara. Namun pembangunan yang tidak mengambil kira ataupun tidak diseimbangkan dengan kemampuan alam sekitar sudah semestinya akan menyebabkan konsep pembangunan berterusan tidak dapat direalisasikan. Akibatnya bukan hanya generasi ini sahaja yang akan mengalami masalah tetapi generasi masa depan akan mewarisi masalah yang diwujudkan pada masa ini. Oleh itu, timbullah pelbagai isu dan masalah berkenaan kualiti alam sekitar yang semakin merosot dan diburukkan lagi dengan pelbagai kelemahan dan kekangan dalam menangani isu dan masalah tersebut.

Ketegasan & Perlaksanaan

Penguatkuasaan undang-undang

Politik & Ekonomi

Sistem Pendidikan

Kekangan yang dihadapi untuk menangani isu alam sekitar

Bidang Kuasa JAS

Kesedaran Masyarakat

Kekurangan Kakitangan

Kos Pengurusan

Pelbagai usaha untuk menangani isu-isu alam sekitar telah dilakukan sama ada oleh kerajaan, pihak swasta dan masyarakat sendiri melalui cara perundangan dan bukan perundangan namun hasilnya tetap tidak memuaskan. Keadaan ini disebabkan oleh pelbagai kelemahan dan kekangan dalam melaksanakan langkah-langkah tersebut. Adalah diharapkan tugasan yang dijalankan ini dapat mengenal pasti kekangan dan masalah tersebut dan seterusnya mencadangkan cara penyelesaian yang lebih baik dan berkesan untuk isu-isu tersebut.

1. Masalah Ketegasan Dan Pelaksanaan

Keberkesanan kaedah kawalan alam sekitar bergantung pada setakat mana kawalan-kawalan itu mencukupi dan memandai. Apakah kawalan-kawalan itu merangkumi segala aspek permasalahan alam sekitar, termasuk segala bentuk pencemaran dan keutuhan sumber alam. Pengawalan bukan semata-mata terhadap masalah yang telah serius tetapi juga turut merangkumi segala bentuk pencemaran walaupun masih dalam peringkat yang tidak membimbangkan dan juga segala kemungkinan kemusnahan terhadap alam sekitar yang akan berlaku juga perlu diambil kira.

Di Malaysia, peruntukkan undang-undang adalah merangkumi hampir segala aspek tentang alam sekitar namun adalah menjadi satu trend bagi pihak berkuasa untuk menumpukan kawalan ke atas masalah-masalah alam sekitar yang telah serius dan mendapat perhatian dan meminggirkan masalah-masalah yang biasa. Namun pihak berkuasa tidak boleh dipersalahkan kerana untuk melakukan kawalan yang menyeluruh memerlukan kos yang tinggi. Oleh itu, pihak swasta dan masyarakat secara amnya perlu mengeluarkan sedikit wang dan tenaga untuk membantu pihak berkuasa menjalankan kawalan menyeluruh ke atas alam sekitar dan tidak mengharapkan pihak kerajaan semata-mata.

Masalah seterusnya ialah dari segi ketegasan langkah-langkah kawalan yang telah diambil. Apakah peraturan-peraturan yang dibuat dalam bentuk penetapan tingkat piawaian misalnya, sudah cukup tegas dan sesuai dengan tingkat yang boleh menjamin kesihatan, atau apakah tingkat tersebut sudah cukup tinggi sesuai dengan tingkat penetapan yang telah dibuat oleh badan antarabangsa seperti Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) atau Amerika Syarikat. Begitu juga apakah cukai pencemaran atau denda yang dikenakan itu sudah cukup tinggi sehingga ia boleh dijadikan daya penggerak utama bagi menggelakkan pencemaran. Soalan seterusnya ialah dari segi pelaksanaannya. Apakah semua program dan penetapan yang telah dibuat itu dapat dijalankan sepenuhnya?

Dari segi umumnya tingkat piawaian pengurusan alam sekitar di negara ini ada yang telah mencapai standard antarabangsa dan ada yang belum. Sebagai contoh, sistem pembekalan air di Malaysia telah memenuhi piawaian WHO namun pengurusan alam sekitar di Malaysia masih dikritik masyarakat antarabangsa kerana lebih mengutamakan pembangunan.

Tentang denda dan undang-undang yang ada, secara keseluruhan ia masih belum mampu membendung pencemaran di tahap yang dikehendaki dan bukan semua program yang dirancang dapat dilaksanakan kerana pelbagai masalah dan kekangan. Contohnya program kitar semula yang bermula awal tahun 2000 semakin terpinggir kerana tiada sambutan daripada masyarakat selain daripada kesukaran mewujudkan pusat kitar semula di setiap daerah dan kawasan.

2. Kekangan Politik Dan Ekonomi

Masalah alam sekitar berkait rapat dengan masalah ekonomi dan seterusnya kekukuhan politik pemerintah. Keutamaan yang diberikan terhadap penjagaan alam sekitar bermakna sedikit sebanyak akan menyekat dan menjejaskan prestasi ekonomi. Ketidakstabilan ekonomi negara akan menyebabkan kemerosotan sokongan rakyat terhadap parti pemerintah. Kerajaan pusat dan negeri memerlukan sumber kewangan yang besar bagi projek-projek pembangunan. Oleh itu, projek-projek pembangunan lebih diutamakan daripada kepentingan alam sekitar. Beberapa contoh dapat dilihat. Pembinaan lebuh raya Karak-Kuala Lumpur telah menyebabkan pencemaran Sungai Gombak dan perlahan-lahan menjadikannya sebagai kawasan paya yang tidak berguna . Pembinaan jalan raya Relau-Balik Pulau telah merosakkan tanaman di enam buah kampong di daerah Relau dan Balik Pulau.

Selain itu, keanggotaan dalam Majlis Kualiti Alam Sekitar juga gagal untuk mencerminkan penyertaan rakyat. Daripada sembilan perwakilan yang terdapat di dalamnya tiada satu pun daripada rakyat awam atau daripada mana-mana badan bukan berkepentingan kerajaan. Cuma seorang sahaja yang dilantik daripada kalangan kakitangan akademik universiti. Perwakilan yang seperti itu sudah tentu akan lebih memberatkan kepada priority pembangunan ekonomi. Oleh itu, segala cadangan dan nasihat daripada perwakilan majlis ini kepada Menteri berkenaan juga tidak mungkin berada dalam tingkat mendesak khususnya daripada keperluan piawaian yang tegas. Oleh itu, adalah penting agar keanggotaan dalam Majlis ini dinilai semula atau mempunyai beberapa pemerhati daripada golongan orang awam agar segala keputusan dan tindakan yang diambil oleh Majlis ini tidak mengutamakan kepentingan ekonomi semata-mata. Prinsip check and balance yang diamalkan oleh sistem pemerintahan negara yang terdiri daripada tiga cabang utama iaitu eksekutif, legislative dan kehakiman boleh diguna pakai dalam hal ini.

Penguatkuasaan denda terhadap pihak yang melakukan pencemaran juga mempunyai kaitan dengan kepentingan ekonomi. Jumlah denda yang tinggi kepada pengilang bermakna ia akan menjejaskan aktiviti kilang tersebut. Keluaran mungkin akan dikurangkan atau harga barang keluaran kilang berkenaan akan dikurangkan. Ini menyebabkan pihak berkuasa berkecenderungan mengenakan denda yang sedikit bagi kesalahan yang besar. Misalnya, pada bulan Februari 1982, Hotel Holiday Inn telah didenda Cuma RM 300 kerana mencemarkan air laut di Batu Feringgi disebabkan pelepasan najis tidak sempurna dan sisa-sisa air buangan. Pada tahun 1981 pula, sebuah kilang di Kedah telah didenda RM 500 kerana mencemar Sungai Tawar dan Sungai Kangar.

Jika dilihat daripada contoh-contoh ini, hukuman yang dikenakan adalah amat tidak berpatutan dengan peruntukkan yang ada. Hukuman bagi pelepasan buangan ke laut ialah denda tidak lebih RM 10000 dan penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya. Manakala hukuman bagi pencemaran perairan daratan ialah denda tidak lebih RM 10 000, penjara tidak lebih dua tahun atau kedua-duanya dan denda tambahan RM 1000 sehari bagi kesalahan yang diteruskan selepas mendapat notis daripada Ketua Pengarah untuk menghentikannya. Di sini, banyak faktor boleh dilihat iaitu kelemahan penguatkuasaan, unsur korupsi dan sebagainya yang menyebabkan masalah ini. Tetapi masalah ini juga tidak dapat lari daripada jangkaan bahawa pihak berkuasa lebih mengutamakan kepentingan ekonomi semata-mata dengan berlembut dengan pihak yang bersalah. Denda yang dikenakan ini hanyalah merupakan derma daripada pencemar yang sedikit pun tidak akan memberi sebarang pengajaran kepada mereka. Mereka akan terus melakukan pencemaran dan membayar denda yang kecil.

Selain itu, berlaku pertindihan kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan Negeri dalam isu-isu dan hal berkaitan dengan alam sekitar. Peruntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan dan Negeri berkenaan sumber dan hal-hal alam sekitar adalah jelas. Perundangan subsidiari sama ada undang-undang jenayah dan sivil yang dibuat oleh Kerajaan Persekutuan dan negeri adalah mengikut garis panduan Perlembagaan masing-masing kerana ia merupakan undangundang yang tertinggi. Kerajaan Persekutuan dalam usahanya untuk mewujudkan undangundang yang seragam antara negeri telah meluluskan undang-undang berkaitan alam sekitar yang dapat digunakan di semua negeri. Langkah ini diterima di semua negeri di semenanjung namun keseragaman ini tidak dapat dicapai di Sabah dan Sarawak kerana kedua buah negeri ini mempunyai peruntukkan khas dalam Perlembagaan Persekutuan. Sebagai contoh, tiada pindaan yang boleh dibuat dalam Perlembagaan Persekutuan yang berkait dengan hal ehwal

kedua buah negeri seperti hal- hal perundangan negeri, bidang kuasa Mahkamah Tinggi, agama dan adat istiadat kedua buah negeri tanpa persetujuan Yang Dipertua Negeri Sabah atau Sarawak.

Selain itu, Jabatan Alam Sekitar yang merupakan agensi persekutuan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar tiada kawalan menyeluruh berkaitan dengan sumber-sumber alam sekitar. Hal berkaitan dengan tanah, hutan, sumber air , kawasan Kerajaan tempatan, perikanan and pertanian adalah di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri seperti yang diperuntukkan dalam Jadual Kesembilan, Senarai Negeri , Perlembagaan Persekutuan. Oleh itu, konflik sering berlaku antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri berkaitan dengan pengurusan alam sekitar.

Di dalam kes pemuliharaan alam sekitar, Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan Akta Kualiti Alam Sekeliling ( Pindaan ) 1985 merupakan akta-akta yang digubal dan diluluskan oleh kerajaan Persekutuan tetapi pengurusan sumber alam sekitar masih dalam kawalan Kerajaan Negeri. Kejayaan Akta-akta tersebut bergantung kepada kerjasama erat antara Kerajaan Negeri dan Kerajaan Persekutuan. Namun kadang kala kerjasama ini susah dicapai jika berkait dengan kepentingan kedua-dua buah pihak seperti dalam kes pembalakan di Endau- Rompin.

Di bawah Rancangan Malaysia Ketiga (1976-1980) Hutan Simpan Endau-Rompin akan dijadikan Taman Negara. Taman Negara ini terdiri daripada kawasan seluas 500 000 ekar dan termasuk 90 000 ekar di Pahang dan 120 000 ekar di Johor. Pada tahun kedua Rancangan ini, Kerajaan Negeri Pahang telah menggunakan 30 000 ekar daripada kawasan tersebut untuk pembalakan. Sebalik pelbagai bantahan daripada badan bukan kerajaan dan orang awam, kerajaan Negeri menyatakan mereka amat memerlukan hasil daripada pembalakan tersebut. Walaupun mendapat pelbagai tentangan dan perhatian daripada Kerajaan Persekutuan, Kerajaan Negeri Pahang bercadang mengeluarkan lebih banyak lesen pembalakan. Hal ini hanya dapat diselesaikan selepas pilihan raya pada tahun 1978 di mana Menteri Besar Pahang yang baru dilantik.

Kes Endau-Rompin merupakan contoh pertelingkahan kepentingan antara kerajaan Persekutuan dengan Kerajaan Negeri. Masalah pertelingkahan kepentingan dan pertindihan kuasa akan tetap berlaku kerana masing-masing mempunyai hak untuk menguruskan sumbersumber alam sekitar seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan.

Peruntukkan tersebut bukanlah buruk atau membebankan kerana ia bertujuan mengimbangi kuasa antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri di dalam sistem pemerintah negara yang berbentuk persekutuan. Namun ia tetap mempunyai kelemahannya seperti yang telah dinyatidakan. Dengan membuat pindaan kepada Perlembagaan Persekutuan ia dapat menyelesaikan masalah tersebut tetapi mewujudkan juga masalah baru seperti kuasa mutlak berada di tangan Kerajaan Persekutuan dan tiadanya imbangan kuasa dalam pemerintahan negara.

Namun, langkah terbaik dalam hal ini ialah meminda Perlembagaan Persekutuan dengan memberi kuasa sepenuhnya kepada Kerajaan Persekutuan untuk menguruskan sumber dan hal-ehwal alam sekitar namun adalah penting memasukkan peruntukkan melantik badan yang bebas untuk mengawasi tindakan kerajaan dalam menguruskan alam sekitar. Hanya dengan cara ini masalah pertindihan kuasa dan pertelingkahan dapat diselesaikan di samping memastikan Kerajaan Persekutuan tidak bertindak sesuka hati dalam pengurusan alam sekitar negara dengan melantik badan pemerhati bebas untuk mengawasi mereka. Sesungguhnya, jika pihak kerajaan betul-betul mengutamakan alam sekitar mereka haruslah mengetepikan kepentingan politik dan ekonomi dan melaksanakan pembangunan terancang ( sustainable development) seperti yang diperuntukkan dalam rancangan Malaysia Ketiga hingga kini ( Rancangan Malaysia Ke- 9 ).

Mengenai masalah melaksanakan undang-undang persekutuan di Sabah dan Sarawak kerana kedua buah negeri ini mempunyai keistimewaan di dalam Perlembagaan Persekutuan. Kerajaan Negeri kedua buah negeri perlu juga mengambil kira kebaikan undang-undang tersebut terhadap pembangunan alam sekitar di negeri masing-masing. Tiada salahnya mengguna pakai undang-undang tersebut dengan menggubal undang-undang yang sama dengan undang-undang tersebut dan menguatkuasakan nya di negeri masing-masing jika ia betul-betul merupakan pilihan terbaik disebabkan kekangan yang ada untuk menggunakan undang-undang persekutuan.

Tetapi masalah yang ada kini ialah kedua buah negeri terlalu mengikut telunjuk Kerajaan Persekutuan dalam melaksanakan sesuatu projek sambil mengabaikan kepentingan alam sekitar. Contohnya, Pembinaan Empangan Bakun di Sarawak banyak menjejaskan ekosistem alam sekitar. Kerajaan negeri dalam hal ini perlu menggunakan kuasa mereka seperti yang diperuntukkan dalam Perlembagaan Persekutuan untuk tidak membenarkan projek

ini pada awalnya jika mereka betul-betul mengutamakan kepentingan dan pengurusan alam sekitar.

3. Masalah Bidang Kuasa Dan Hierarki Jabatan Alam Sekitar (Jas)

Jabatan Alam Sekitar (JAS) ditubuhkan pada tahun 1975 untuk menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan diketuai oleh Ketua Pengarah Kualiti Alam Sekeliling yang mempunyai bidang kuasa tertentu dalam mentadbir pengurusan alam sekitar di bawah Akta tersebut. Jabatan ini merupakan salah satu agensi kerajaan di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Alam Sekitar ( kini Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar ).

Bidang kuasa JAS adalah terhad. Dalam hal-hal penentuan keputusan dan program, JAS tidak dan kurang berperanan. Ia cuma sebagai badan penasihat yang nasihatnya tidak semestinya akan diterima. Kementerian sendiri dalam usaha untuk memajukan penyelidikan sains misalnya penyelidikan dan kegunaan atom dari segi keputusan dan perancangannya tidak pun meminta dan mengambil kira pandangan JAS, sedangkan kedua-dua bahagian ini berada dalam Kementerian yang sama. Di sini jelas bahawa peranan JAS hanyalah kepada pelaksanaan peraturan alam sekitar yang tertentu sahaja, itu pun setelah berlakunya kerosakkan. Sekiranya dalam kementerian yang sama JAS tidak atau kurang mempunyai kuasa untuk menyertai proses membuat keputusan, maka apatah lagi dalam Kementerian lain atau jabatan-jabatan luar daripada kementerian ini.

Masyarakat cenderung menyalahkan Jabatan Alam sekitar apabila berlaku satu pencemaran yang serius kerana tidak mengambil langkah awal mencegahnya. Apakah daya Jabatan ini untuk melaksanakan langkah pencegahan awal jika tidak mendapat sokongan dan kerjasama daripada Kementeriannya sendiri. Jabatan boleh mengesyorkan mengambil tindakan awal untuk mencegah sesuatu pencemaran daripada berlaku namun jika Kementerian sendiri tidak menyokong tindakan mereka dan meluluskannya serta lebih mengutamakan

pembangunan fizikal semata-mata, cadangan itu hanya tinggal cadangan tanpa pelaksanaan. Masyarakat perlu sedar bahawa kakitangan JAS hanya makan gaji dengan kerajaan dan tidak mampu mengingkari arahan majikan sendiri. Oleh itu, JAS tidak sepatutnya disalahkan seratus peratus apabila berlaku pencemaran alam sekitar yang serius.

Contoh masalah yang mungkin timbul antara JAS dan Kementerian ialah pihak Kementerian membenarkan pembalakan di sesuatu kawasan dan JAS berpendapat pembalakan tersebut akan memberi kesan yang serius kepada alam sekitar. Jika Kementerian tetap dengan keputusannya JAS tidak mampu menghalang kerana Kementerian dan pihak kerajaan mempunyai autoriti dalam hal ini. Oleh itu, Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Menterinya Datuk Seri Adenan Satem perlu peka terhadap perkara ini dan mengambil kira penglibatan dan pendapat JAS sebelum membuat sesuatu keputusan agar objektif pembangunan terancang dapat dicapai.

Selain itu, beberapa kelemahan lain wujud dalam JAS dalam melindungi dan meningkatkan mutu alam sekitar, misalnya tidak terdapat unit-unit penguatkuasaan khas iaitu pegawai-pegawai dalam setiap unit ( unit pencemaran air, udara dan sebagainya) yang bertanggungjawab untuk memastikan pelaksanaan peraturan. Yang ada cuma perbincangan antara JAS dengan unit-unit tersebut sahaja. Untuk menyelesaikan masalah ini dan melancarkan penguatkuasaan, adalah wajar dilantik seorang pegawai bagi setiap unit penguatkuasaan agar dapat menyelia dan merancang setiap tindakan unit tersebut.

Pertindihan kuasa antara bidang kuasa pengurusan alam sekitar antara Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri juga merumitkan kerja JAS. Sebahagian besar sumber alam sekitar yang sepatutnya berada dalam pemantauan JAS adalah di bawah bidang kuasa kerajaan Negeri seperti tanah, air dan hutan. Oleh itu, mungkin timbul isu JAS tidak dibenarkan menjalankan tugas mereka oleh Kerajaan Negeri kerana tindakan mereka melibatkan bidang kuasa Kerajaan Negeri. Sebagai contoh, terdapat sebuah kilang membuang bahan buangan ke dalam sungai dan JAS hendak mengambil tindakan terhadap mereka. Namun mereka memberikan surat daripada Kerajaan Negeri yang membenarkan perbuatan tersebut. Dalam hal ini, JAS akan berada dalam dilema sama ada mengambil tindakan atau tidak kerana perkara tersebut berada di bawah bidang kuasa Kerajaan Negeri. Dalam keadaan ini, JAS perlu melaksanakan tugas mereka kerana mereka mempunyai hak di bawah Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 dan jika perkara ini dibawa ke mahkamah, mahkamah perlu memainkan peranan dalam menyelesaikannya.

Namun pertindihan kuasa ini juga mempunyai kebaikan di mana kerajaan tempatan yang juga mempunyai kuasa dalam pengurusan alam sekitar boleh membantu JAS dalam penguatkuasaan. Kerjasama ini sudah tentunya membawa lebih banyak kebaikan daripada

bertelingkah tentang pertindihan kuasa yang ada. Selain itu, kerjasama juga boleh dibuat dengan agensi penguatkuasaan yang lain seperti Jabatan Pengangkutan Jalan, Jabatan Perikanan, Jabatan Perhutanan, Pejabat Daerah dan Tanah dan Jabatan Kesihatan.

4. Masalah Kakitangan Masalah utama yang dihadapi oleh Jabatan Alam Sekitar dalam menguatkuasakan Akta Kualiti Alam Sekitar adalah dari segi masalah kakitangan organisasi iaitu berkaitan dengan pengambilan kakitangan untuk mengisi jawatan kosong. Oleh sebab kakitangan yang ada tidak mencukupi untuk menjalankan segala aktiviti yang berkaitan dengan penguatkuasaan peraturan yang ditetapkan di bawah akta tersebut, maka jawatan kosong ini perlu diisi.

Pada peringkat awal pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974, pejabat-pejabat JAS yang mentadbirkan Akta ini memang telah menduga bahawa masalah perjawatan akan wujud dan dijangka bahawa akta ini akan mengambil masa sekurang-kurangnya dua atau tiga tahun sebelum dapat dilaksanakan dan dikuatkuasakan sepenuhnya. Pada tahun 1974 dan 1975, tugas-tugas untuk menyelenggarakan penubuhan JAS sebagai agensi yang akan mentadbirkan akta ini dan masalah pentadbirannya terpaksa dikendalikan oleh hanya dua orang Pegawai Tadbir Diplomatik (P.T.D ) serta tanpa kakitangan pembantu yang tetap. Sehingga tahun 1975, kedudukan kepegawaian di Jabatan Alam Sekitar masih lagi serius dengan beberapa kekosongan jawatan berlaku pada peringkat yang lebih kanan. Daripada sejumlah 25 jawatan yang ada cuma 13 jawatan sahaja yang terisi.

Pegawai-pegawai teknikal hanya diperoleh pada peringkat rendah mulai dari bulan Mei 1975. Sungguhpun Suruhanjaya Perkhidmatan Awam dan Jabatan Perkhidmatan Awam telah berusaha mencari calon yang berkelayakan untuk memenuhi jawatan-jawatan tersebut tetapi masih tidak dapat dipenuhi kerana ketiadaan calon yang sesuai dalam bidang yang berkaitan. Oleh yang demikian, program kerja yang menyeluruh tentang langkah-langkah kawalan dan kerja-kerja perancangan tidak dapat dijalankan secara sistematik dan sempurna sepertimana yang diharapkan.

Masalah kekurangan kakitangan ini sedikit sebanyak sudah pasti menjejaskan kejayaan pelaksanaan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Contohnya dalam aktiviti kajian dasar untuk menentukan pencemaran air pada tahun 1980, hanya dua kajian dasar sahaja dapat dijalankan

berbanding lapan kajian yang dicadangkan. Ini disebabkan oleh kekurangan kakitangan pada awal tahun berkenaan.

Berdasarkan statistik yang dikemukakan, ia adalah statistik pada 25- 30 tahun dulu. Jadi apakah keadaannya sekarang? Sehingga kini masalah kakitangan yang tidak mencukupi masih menjadi masalah bagi JAS dalam melaksanakan penguatkuasaan dan perancangan. Walaupun JAS mempunyai pejabat di setiap negeri, pegawai penguat kuasa masih belum mencukupi. Masalah ini mungkin berpunca daripada pembiayaan yang tidak mencukupi daripada Kerajaan Persekutuan dan masalah ini juga berlaku pada agensi penguatkuasaan yang lain.

Melihat kepada masalah ini yang masih belum selesai sejak Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974 mula berkuat kuasa, ia menunjukkan kelemahan daripada pihak kerajaan dan negeri dalam menguatkuasakan undang-undang berkaitan dengan alam sekitar. Keadaan ini juga jelas menunjukkan ketidaksungguhan pihak terbabit dalam melindungi alam sekitar dan

melaksanakan pembangunan terancang seperti yang telah dinyatidakan dalam pelan Rancangan Malaysia Ketiga hingga sekarang. Oleh itu, masalah ini perlu diselesaikan segera dengan mengambil sumber tenaga yang diperlukan untuk Jabatan Alam Sekitar dan jabatan penguatkuasaan yang lain agar masalah ini tidak berlarutan dan undang-undang yang ada dapat dikuatkuasakan dengan lebih berkesan di samping perancangan pembangunan alam sekitar yang lebih baik.

Namun janganlah mengambil mereka yang tidak berkelayakan atau tidak berminat dengan isu alam sekitar untuk memenuhkan jawatan yang kosong. Adalah lebih baik menanamkan dulu sikap yang betul kepada mereka yang dilantik agar mereka tidak menjalankan tugas dengan sambil lewa.

5. Masalah Kos Pengurusan

Dalam Rancangan Malaysia Ketiga ( 1976-1980) , JAS telah mendapat peruntukan perbelanjaan pembangunan awam berjumlah RM 40 juta dan jumlahnya telah merosot kepada RM 36 juta dalam Rancangan Malaysia Keempat, walaupun keperluan penjagaan alam sekitar semakin mendesak. Jika dibandingkan jumlah peruntukan perbelanjaan pembangunan awam, peratusannya adalah terlalu kecil, tidak melebihi 2 peratus dalam kedua-dua rancangan tersebut. Walaupun begitu peruntukan kendalian JAS terus meningkat melebihi 10 kali ganda

antara tahun 1976-1985, ini khususnya disebabkan oleh bilangan kakitangan JAS yang semakin meningkat.

Bagi buangan kotoran kumbahan domestik, JAS telah menetapkan buangan sebanyak 50 mg/1 BOD ke sungai yang tidak digunakan bagi pembekalan air dan 20 mg/1 bagi sungai yang digunakan bagi sumber pembekalan air. Kajian menunjukkan bahawa untuk mencapai matlamat antara 2-20 mg/1 ia memerlukan perbelanjaan pelaburan sebanyak RM 2.71 billion. Jumlah ini terlalu besar dan tentunya menyukarkan bagi pihak kerajaan membuat keputusan segera ke atasnya. Pungutan dan pelupusan sampah sarap pepejal dikatakan melibatkan kos purata pada tahun 1983 sebanyak RM 50 setiap tan. Kalau bagi Kuala Lumpur yang dianggarkan buangan pepejal sampah ialah 1000 tan sehari, maka ini bermakna sejumlah lebih daripada RM 18 juta akan terlibat bagi setiap tahun untuk kawasan Kuala Lumpur sahaja.

Dari segi pihak pengilang (pencemar), kesukaran juga timbul dalam melaksanakan kawalan pencemaran. Kos yang besar akan terpaksa ditanggung bagi memenuhi piawaian yang ditetapkan. Bagi kilang getah dan kelapa sawit sahaja, sehingga tahun 1983, sejumlah RM 200 juta terpaksa dibelanjakan bagi tujuan ini.

Menurut data terkini kerajaan memperuntukkan RM194 juta untuk hal-hal berkaitan alam sekitar dalam belanjawan 2005. Jumlah ini cukup besar dibandingkan dengan 15-20 tahun lalu tetapi persoalan yang timbul ialah adakah jumlah ini mencukupi? Jumlah ini menunjukkan kesungguhan pihak kerajaan dalam pembangunan alam sekitar negara. Namun jika pencemaran terus meningkat tanpa pengawalan, jumlah ini sudah tentunya tidak mencukupi untuk menanggung semua gaji pegawai dan kakitangan yang terlibat dalam hal-hal alam sekitar, pembersihan semula kawasan pencemaran, program pemeliharaan dan pemuliharaan dan sebagainya.

Salah satu langkah untuk mengurangkan kos ialah memberi kontrak pada pihak swasta menjalankan proses pembersihan atau menswastidakan sesebuah agensi atau jabatan yang cuma bertanggungjawab dalam hal-hal pembersihan pencemaran. Langkah ini sudah pasti mengurangkan beban kerajaan namun masalah akan timbul bila orang ramai terpaksa membayar harga yang tinggi untuk menikmati alam sekitar yang bersih. Dalam hal ini sudah pastilah pihak kerajaan akan dipersalahkan pula.

Kesimpulannya, berapa banyak pun peruntukkan yang diberikan kepada kerajaan untuk pembangunan alam sekitar negara, ia tetap tidak mencukupi jika pencemaran terus meningkat dan masyarakat tidak turut memainkan peranan memelihara alam sekitar. Oleh itu, langkah terbaik ialah orang ramai turut memainkan peranan agar pencemaran dapat dikawal dan seterusnya mengurangkan beban kerajaan. Langkah ini akan turut melancarkan pembangunan alam sekitar negara agar orang ramai dapat menikmati alam sekitar yang bersih.

6. Masalah Kesedaran Dan Penerimaan Umum

Sungguhpun kesedaran rakyat tentang kepentingan alam sekitar telah meningkat, tetapi kesedaran ini masih belum mencapai peringkat yang realistik. Masih ramai yang melihat pengurusan alam sekitar semata-mata untuk mengadakan udara yang nyaman dan air yang bersih tanpa melihat kaitannya dengan usaha pembangunan.

Berdasarkan keadaan ini terdapat golongan yang tidak bertanggungjawab terus melakukan kegiatan yang mencemarkan alam sekitar dan melanggar peraturan alam sekitar. Masih ramai pemandu kenderaan motor yang menggunakan asap-asap kenderaan melebihi paras yang dibenarkan iaitu tidak lebih 50 UAH yang ditetapkan di bawah kaedah-kaedah Kereta Motor ( kawalan Pelepasan Asap dan Gas) 1977.

Majoriti rakyat Malaysia masih tiada kesedaran yang menyeluruh tentang pemuliharaan dan pemeliharaan alam sekitar. Pelbagai pihak hanya melenting dan mengutarakan pendapat mereka apabila suatu isu alam sekitar itu menjadi sensasi atau mendapat liputan meluas media massa. Namun tiada tindakan susulan yang berkesan yang diambil untuk menyelesaikannya. Sebagai contoh, isu bahan toksik yang diletidakkan di dalam sebuah kilang terbiar di Johor di mana bahan toksik itu datang dari Taiwan . Pelbagai pihak mengutarakan kebimbangan mereka dan kesan bahan toksik itu terhadap penduduk setempat, namun masih tiada tindakan berkesan untuk menghapuskan bahan toksik atau memindahkannya ke tempat lain. Mereka yang terbabit memberikan pelbagai alasan seperti pihak Taiwan enggan menerima balik bahan itu, masalah pengurusan dan undang-undang dan sebagainya. Seharusnya tindakan drastik harus diambil dalam hal ini seperti melupuskan bahan toksik ini dengan segera dengan cara yang dipraktikkan dan bukan membiarkannya begitu sehingga suatu hari nanti memudaratkan penduduk.

Rakyat perlu sedar bahawa mereka turut bertanggungjawab dalam pemeliharaan alam sekitar dan tidak mengharapkan kerajaan semata-mata. Kesedaran perlu ada dan bukannya hanya mengambil mudah isu-isu alam sekitar atau hanya pandai bercakap tanpa apa-apa tindakan. Cadangan dan pelan tanpa apa-apa tindakan berkesan umpama mencurahkan air ke atas daun keladi.

7. Kelemahan Sistem Pendidikan Negara

Pendidikan dari peringkat awal memainkan peranan penting untuk menanamkan kepentingan pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar kepada masyarakat. Namun nilai-nilai ini jarang dapat dilihat dalam masyarakat kini dan pencemaran dan kemusnahan alam sekitar semakin meningkat. Keadaan ini membuktikan kecacatan dalam sistem pendidkan negara yang gagal menanamkan sifat-sifat sivik dan terpuji serta tentang hal-hal alam sekitar kepada masyarakat dan golongan pelajar.

Di sekolah Rendah dan Menengah, pendidikan alam sekitar tidak diajar sebagai mata pelajaran yang berasingan dan dimuatkan dalam mata pelajaran lain seperti sains dan Kajian tempatan. Namun untuk keperluan peperiksaan, sering kali mata pelajaran seperti Kajian Tempatan digunakan untuk mengajar subjek lain. Oleh itu, pendidikan alam sekitar diabaikan untuk memenuhi keperluan alam sekitar dengan menggunakan masa itu untuk pelajaran lain. Pada peringkat institusi pengajian tinggi pula hanya pelajar yang mengambil ijazah atau subjek berkaitan dengan alam sekitar sahaja mengetahui tentang isu-isu dan cara untuk menguruskan alam sekitar. Manakala pelajar lain hanya berpandangan seperti masyarakat biasa iaitu alam sekitar hanya berkait dengan kebersihan, flora dan fauna dan persekitaran tanpa mengetahui kepentingan pengurusan alam sekitar yang betul.

Namun kini terdapat harapan dalam pendidikan alam sekitar di mana kerajaan mengutamakan pendidikan alam sekitar bermula dari Rancangan Malaysia Ketujuh (1996-2000) dan masyarakat turut melibatkan diri dalam pendidikan yang bersifat tidak formal. Contohnya promosi kesedaran alam sekitar, pertandingan bertemakan alam sekitar dan penyiaran rancangan berbentuk alam sekitar di dalam media elektronik dan media massa. Adalah diharapkan usaha-usaha yang ada berterusan agar kesilapan masa lalu tidak diulangi dan generasi muda dan baru memperoleh ilmu yang menyeluruh tentang pendidikan alam

sekitar serta dapat mempraktikkannya kelak untuk berdepan dengan isu-isu alam sekitar di masa hadapan. Pendidikan adalah medium yang berkesan untuk pembangunan kelak.

8. Kelemahan Penguatkuasaan Undang-Undang

Ketiadaan pegawai penguat kuasa yang mencukupi dan kesusahan dalam menyediakan laporan yang lengkap sebelum sesuatu tindakan dapat diambil adalah kelemahan dalam penguatkuasaan undang-undang alam sekitar dan menyebabkan kepercayaan orang ramai terhadap agensi penguatkuasaan semakin menurun. Masalah lain ialah pemantauan sering dilakukan dalam waktu bekerja walhal banyak pencemaran dilakukan pada waktu malam seperti pelepasan asap kilang dan sisa buangan ke dalam sungai.

Di peringkat Kerajaan Tempatan dan Pejabat Daerah keadaannya lebih serius kerana bilangan anggota yang terhad, kebanyakan daripada mereka tidak dilatih berkenaan cara menguatkuasakan undang-undang alam sekitar. Malah ada di antara mereka yang tidak mengetahui pun adanya peruntukkan tentang penguatkuasaan undang-undang alam sekitar di bawah bidang kuasa mereka. Di Pejabat Daerah Hulu Langat, tiada seorang pun pegawai yang dilatih dalam hal-hal penguatkuasaan alam sekitar dan mereka juga tidak tahu adanya peruntukkan berkenaan hal berkenaan di bawah bidang kuasa mereka.

Selain itu, masalah-masalah lain yang dihadapi ialah kekangan politik dan ekonomi, pertindihan kuasa antara kerajaan Negeri dan Persekutuan, tiadanya kos yang mencukupi dan tiada kerjasama daripada orang ramai. Selain itu, masalah pecah amanah atau rasuah juga mungkin timbul yang menyumbang kepada masalah kelemahan penguatkuasaan namun tiada data atau kes mengenainya yang diketahui umum.

Terdapat pelbagai faktor yang menyumbang kepada kelemahan penguatkuasaan alam sekitar. Namun masalah ini tidak seharusnya dijadikan alasan untuk para pegawai penguatkuasaan untuk tidak menjalankan tugas mereka dengan baik. Mereka sepatutnya berdedikasi dan bersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas agar usaha mereka dihargai dan mendapat pujian ramai. Melalui cara ini sahaja, masalah-masalah lain yang dihadapi mereka akan disedari pihak terbabit dan seterusnya menyelesaikan masalah tersebut satu persatu. Kelemahan dan tiada kesungguhan di pihak pegawai penguat kuasa sendiri akan

membantutkan lagi penguatkuasaan dan menambah masalah yang sudah banyak berkenaan penguatkuasaan .

Anda mungkin juga menyukai