Anda di halaman 1dari 25

1.

0 Pendahuluan

Alam sekitar adalah satu elemen yang penting dalam kehidupan manusia. Alam sekitar amat
berkait rapat dengan kehidupan masyarakat disebabkan segala keperluan atau kegiatan
manusia akan berhubung dengan alam sekitar. Contohnya, badan manusia memerlukan
sayur-sayuran yang mengandungi serat bagi membekalkan vitamin dan zat yang penting
untuk tubuh badan. Alamlah yang akan membekalkan sayur-sayuran dan buah-buahan
untuk manusia. Oleh hal yang demikian, alam ini haruslah dipelihara sama ada dari segi
habitat dan ekologi dengan menitikberatkan kesan buruk pembangunan yang dirangka
tanpa mengambil kira alam sekitar.

Sebelum kita melangkah jauh kearah konsep etika elok kiranya kita bincangkan dulu
berkenaan setiap definisi konsep yang dinyatakan di dalam tajuk. Etika menurut Kamus
Dewan Bahasa Edisi Keempat(2010) bermaksud prinsip moral, akhlak, atau nilai yang
menjadi pegangan seseorang individu atau sekumpulan masyarakat ketika berinteraksi atau
berhubung dengan pihak yang lain sama ada ia adalah manusia atau bukan manusia. Dalam
Bahasa Inggeris, etika menggunakan istilah ethics yang membawa pengertian ilmu
sistematik tentang moral atau science of morals (Mohd Zuhdi Marsuki dan Amer Saifude
Ghazali, 2002). Perkataan ethics itu sebenarnya pinjaman daripada bahasa Yunani iaitu
ethikos. Perkataan ini sebenarnya merujuk kepada kata akar ethos yang bermaksud
kelakuan, adat kelaziman atau sifat yang berkait rapat dengan kelakuan dan tindakan
manusia. Jelaslah di sini bahawa, etika boleh didefinisikan sebagai tindakan atau kelakuan
yang mempunyai nilai atau pegangan tertentu dalam diri sesebuah masyarakat.

Alam sekitar pula disebut sebagai environment dan boleh diertikan sebagai keadaan
sekeliling atau suatu lingkungan. Akta Kualiti Alam Sekeliling(1974) mendefinisikan alam
sekitar sebagai faktor-faktor disekeliling manusia termasuklah tanah, air, atmosfera, iklim,
bunyi, bau, rasa, faktor-faktor biologi hiwan dan tumbuhan serta faktor-faktor sosial dan
estetik. Secara literalnya, alam sekitar membawa maksud kesemua benda yang mengelilingi
manusia dan lingkungannya. Zuhdi dan Amer(2002) turut menyatakan bahawa alam sekitar
merujuk kepada fenomena fizikal sama ada biotik atau abiotik yang melingkungi sesuatu
organisma. Fenomena fizikal juga merangkumi fenomena berkaitan iklim dan cuaca. Hal ini
secara langsung mengenepikan fenomena sekeliling yang bukan fizikal. Contohnya, ialah
fenomena sosial yang berlaku iaitu merangkumi politik, ekonomi, dan budaya sesuatu
masyarakat. Oleh itu, etika alam sekitar merujuk kepada satu disiplin ilmu pengajian yang
membahaskan sistem nilai. Terdapat alasan yang padu sesuatu tindakan itu dibuat sama
ada baik atau buruk terhadap alam sekitar. Berdasarkan pendapat di atas, etika alam sekitar
adalah suatu pengalaman moral terharap alam sekitar dan perkara ini sememangnya
penting bagi memastikan kelestarian alam sekitar.

2.0 Etika Alam Sekitar daripada Perspektif Islam

Islam ialah sebuah agama yang lengkap dan syumul iaitu menyeluruh yang telah
diajarkan semua perkara daripada sekecil-kecil perkara hingga sebesar-besar perkara.
Allah S.W.T menciptakan manusia supaya manusia dapat menjadi khalifah di muka
bumi ini. Khalifah ialah manusia yang dicipta untuk menjadi penguasa supaya dapat
mengatur semua yang ada di bumi seperti tumbuh-tumbuhan, haiwan, hutan, air,
sungai, gunung dan laut. Menurut Mohd Zuhdi Marsuki dan Amer Saifude Ghazali
(2002) dalam buku Etika Alam Sekitar daripada Perspektif Islam, Timur dan Barat
berpendapat bahawa Islam menganjurkan hubungan yang betul di antara Tuhan,
manusia dan alam sekitar maka tidak wajar manusia mengabaikan tanggungjawab yang
telah diberikan. Namun, kerosakan yang berlaku terhadap alam sekitar pada era global
ini semua hasil daripada tangan manusia sendiri seperti yang terdapat di dalam Al-
Quran dalam surah Ar-Rum ayat 41 iaitu:

“Telah timbul berbagai kerosakan dan bala bencana di darat dan di laut dengan
sebab apa yang telah dilakukan oleh tangan manusia; (timbulnya yang demikian)
kerana Allah hendak merasakan mereka sebagian dari balasan perbuatan-perbuatan
buruk yang mereka lakukan supaya mereka kembali (insaf dan bertaubat)”.

Allah telah menyebut kerosakan yang berlaku terhadap alam sekitar disebabkan oleh
manusia. Manusia sebagai khalifah sepatutnya berusaha sedaya upaya untuk
memelihara alam sekitar kita daripada tercemar dan musnah. Oleh itu, etika alam
sekitar daripada perspektif Islam telah diajarkan kepada kita bagaimana untuk
memelihara alam sekitar yang terdiri daripada beberapa sudut tertentu iaitu aqidah,
syariah dan akhlak.

2.1 Konsep Etika Alam Sekitar Perspektif Islam daripada Sudut Aqidah
Perkataan aqidah ialah berasal daripada Bahasa Arab iaitu “aqidah”
bermaksud ikatan, simpulan atau janji yang kuat. Pengertian daripada sudut
istilah pula ialah kepercayaan dan keimanan yang kuat kepada Allah yang
tidak akan terurai dan terputus dalam apa jua keadaan. Menurut Kamus
Dewan Edisi Keempat (2010) pula, aqidah ialah rukun agama yangg menjadi
asas kepada keimanan yang diyakini. Setiap individu yang dilahirkan sebagai
khalifah perlu mempunyai aqidah supaya tidak melakukan kerosakan ke atas
muka bumi ini.

Aqidah ialah ikatan kepercayaan dan keyakinan kepada Allah sebagai


pemilik mutlak alam. Apabila akidah dijadikan asas dalam pengurusan alam
maka seseorang itu akan sentiasa berwaspada kerana menyedari bahawa
alam ini adalah milik mutlak Allah. Kepentingan aqidah dalam penjagaan alam
sekitar ialah kepercayaan kepada Allah merupakan teras kepada ajaran Islam
dalam setiap urusan kehidupan seharian manusia. Melalui Aqidah yang kukuh
dan bersumberkan Al-Quran sebagai panduan, manusia akan menguruskan
alam sekitar dengan baik dan tidak menggunakan alam sekitar untuk
kepentingan diri sendiri sahaja tanpa memikirkan generasi akan datang.

Menurut Seyyed Hossein Nasr (1994) dalam buku yang bertajuk


Islam dan Alam sekitar menyatakan bahawa terdapat tiga tanggungjawab
yang berkaitan dengan aqidah iaitu tanggungjawab u’budiyyah, khalifah dan
amanah. Tanggungjawab u’budiyyah ialah melakukan amar ma’ruf dan nahi
mungkar iaitu melakukan apa yang disuruh dan meninggalkan apa yang
dilarang. Sebagai contoh, jika kita mampu menggunakan kuasa untuk
mencegah penebangan hutan, itu adalah tanggungjawab u’budiyyah seorang
manusia untuk memantapkan aqidah dalam kehidupan seharian.
Tanggungjawab khalifah pula ialah kita hanya menjadi penguasa dan
bukannya pemilik mutlak kepada alam. Oleh itu, jika kita mempunyai
tanggungjawab khalifah tersebut, kita tidak akan mencemarkan dan
merosakan alam kerana kita sedar bahawa ia bukan milik kita. Manakala
tanggungjawab amanah pula ialah kita menggunakan semua yang terdapat di
muka bumi ini dengan menurut peraturan yang diperintahkan oleh Allah yang
telah dijelaskan dalam Al-Quran.
Jika manusia patuh terhadap setiap dalil-dalil Al-Quran berkaitan
penjagaan alam sekitar, kerosakan yang berlaku di muka bumi ini dapat
dikurangkan. Namun, hakikatnya tidak ramai manusia sedar betapa
pentingnya alam sekitar kepada kita dan merosakannya sesuka hati tanpa
memikirkan pelbagai kesan yang akan timbul seperti tanah runtuh dan banjir
yang telah meragut beribu nyawa.

2.2 Konsep Etika Alam Sekitar Perspektif Islam daripada Sudut Syariah

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), syariah ialah hukum Islam.
Syariah juga dapat di definisikan sebagai hukum hakam yang ditetapkan oleh
Allah melalui Rasul-Nya sebagai perantaraan. Secara umumnya, syariah
merupakan perundangan hidup Islam yang berlandaskan Al-Quran dan As-
Sunnah. Menurut Mohd Zuhdi Marsuki dan Amer Saifude Ghazali (2000)
dalam buku Etika Alam Sekitar daripada Perspektif Islam, Timur dan Barat
menyatakan bahawa perkara tauhid, khalifah dan syariah adalah antara
beberapa konsep Islam yang berhubung terus dengan alam sekitar. Oleh itu
segala tindakan manusia di dunia ini, termasuk pengurusan alam sekitar perlu
tunduk kepada hukum hakam yang telah ditetapkan. Manusia yang
memahami dirinya sebagai khalifah Allah akan mematuhi syariah sama ada
dalam konteks hubungannya dengan Allah, sesama manusia dan dengan
makhluk lain.

Alam sekitar merupakan kurniaan yang teragung oleh Allah S.W.T


kepada umat-umatnya. Jika tiada alam sekitar, bumi hanyalah hamparan
yang gersang tanpa hiasannya. Alam sekitar merupakan satu anugerah untuk
semua makhluk yang tinggal di bumi ini termasuk manusia, haiwan dan
tumbuh-tumbuhan. Oleh itu setiap makhluk perlu mensyukuri dan menikmati
keindahan bumi ciptaan Allah dengan baik.

Pada abad yang serba moden ini alam sekitar sering diterokai oleh
manusia untuk memajukan sesebuah negara dengan pembangunan yang
pesat seperti bangunan-bagunan kediaman dan pusat kerajaan. Walaupun
pembangunan perlu di dalam kehidupan manusia untuk meneruskan
kelansungan hidup, kita juga perlu menjaga alam sekitar supaya tidak
diterokai dengan lebih teruk. Aktiviti pembangunan dan pemeliharaan alam
sekitar perlu seimbang dan tidak memberi kesan negatif antara satu sama
lain. Oleh itu, manusia yang mengamalkan syariah dalam kehidupan akan
mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan terhadap alam sekitar
walaupun ia tidak mempunyai nyawa seperti manusia.

2.3 Konsep Etika Alam Sekitar Perspektif Islam daripada Sudut Akhlak

Menurut Kamus Dewan Edisi Keempat (2010), akhlak ialah budi pekerti,
kelakuan, tabiat dan tingkah laku manusia. Definisi akhlak dari sudut bahasa
ialah berasal daripada perkataan al- akhlaaku iaitu kata jamak daripada
perkataan al-khuluqu bererti tabiat, kelakuan, perangai, tingkah laku,
matuah, adat kebiasaan, malah ia juga bereti agama itu sendiri. Manakala
dari sudut istilah pula ialah sifat yang tertanam di dalam diri yang dapat
mengeluarkan sesuatu perbuatan dengan senang dan mudah tanpa
pemikiran, penelitian dan paksaan. Akhlak juga merupakan satu fasa yang
membincangkan tingkah laku dan tatacara hubungan manusia terhadap
Allah, hubungan manusia sesama manusia serta hubungan manusia dengan
alam sekitar.

Konsep etika alam sekitar dariapada sudut akhlak pula merupakan


peranan penting yang berkait rapat dengan aqidah dan syariah seseorang itu.
Jika sesorang itu mempunyai aqidah dan syariah yang baik, akhlaknya juga
akan terjaga. Melalui akhlak, keperibadian seseorang Muslim untuk menjaga
kepentingan alam sekitar akan dilaksanakan dengan baik kerana sesorang itu
akan sedar terhadap tanggungjawabnya untuk memelihara alam sekitar.
Terdapat empat sifat terpuji dalam Islam yang perlu ada dalam diri setiap
individu supaya dapat menjaga alam sekitar iaitu sifat qannah,
mahabbah,ihsan dan ta’awun.

Qannah ialah sikap meredhai segala kurniaan Allah untuk keprluan


hidup. Maksudnya sesorang yang mempunyai sikap qannah ialah mereka
yang tidak tamak, sentiasa syukur dengan kurniaan Allah dan tidak
membazir. Individu yang mempunyai sikap ini akan menguruskan alam
sekitar dengan baik dan tidak akan menggunakan alam sekitar untuk
kepentingan diri sendiri sahaja. Mereka yang tidak memtingkan diri sendiri
akan mendapat ganjaran yang hebat daripada Allah S.W.T. Keadaan ini
bertepatan dengan ayat Al-Quran dalam surah Al-Qashah ayat 83 iaitu :

“negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmat-nikmatnya) itu, Kami sediakan


bagi orang-orang Yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau
kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan; dan
kesudahan Yang baik adalah bagi orang-orang yang bertaqwa”.

Mahabbah pula ialah sikap mengasihi manusia dan makhluk lain.


Mengasihi manusia dan makhluk lain termaksuklah sayang terhadap alam
sekitar dan berusaha memliharanya dengan sebaik mungkin. Melalui sikap
Mahabbah yang tinggi dalam diri seseorang, individu tersebut tidak akan
berlaku zalim terhadap alam sekitar dan sentiasa menjaganya dengan baik
supaya dapat dimanfaatkan kepada semua orang pada masa kini mahupun
untuk generasi akan datang.

Ihsan pula ialah sikap manusia yang sentiasa berhati-hati dalam


melakukan sesuatu tindakan kerana merasai bahawa Allah sentiasa
mengawasinya. Melalui sikap ini, setiap individu akan lebih berwaspada dalam
melakukan perkara yang dilarang Allah termasuklah menceroboh, menerokai
dan merosakan alam sekitar. Jika mereka merasakan bahawa setiap
perbuatan yang salah akan dicatit amalannya, mereka akan berusaha untuk
menjaga alam sekitar dengan baik. Oleh itu, melalui sikap ini juga manusia
akan sedar bahawa segala yang berada di atas muka bumi ni hanya milik
Allah dan akan takut untuk melakukan kerosakan di muka bumi ini.

Sifat yang terakhir ialah ta’awun yang bermaksud tolong-menolong,


gotong-royong dan bantu-membantu sesama manusia untuk memperoleh
kebaikan dan menghindari daripada keburukan. Menurut Zaini Ujang (2003)
dalam buku Pencemaran Alam Sekitar: Perspektif Islam menyatakan
pengurusan alam sekitar dapat ditadbir dengan baik sekiranya manusia saling
tolong-menolong. Sifat ini mengajar manusia supaya sentiasa
bertanggungjawab untuk tolong-menolong antara satu sama lain dalam
penjagaan alam sekitar. Jika sifat ini tertanam dalam diri setiap individu,
maka alam sekitar tidak akan musnah kerana manusia sama-sama membantu
antara satu sama lain dalam penjagaan alam sekitar contohnya melakukan
gotong-royong bersama-sama di tempat kediaman mahupun di tempat kerja.

3.0 ETIKA ALAM DARI PERSPEKTIF AGAMA KRISTIAN

Nilai dan etika adalah merupakan elemen yang penting dalam menjaga dan mengurus
alam sekitar. Isu alam sekitar pada hari ini tidak lagi terhad kepada bidang fizikal
mahupun teknikal semata-mata. Perbincangannya telah melangkaui sempadan di serata
dunia dan mempunyai kaitan dalam pelbagai bidang. Dari perspektif agama, alam
adalah ciptaan Tuhan dan merupakan objek yang mengandungi nilai batin atau
metafizik tertinggi bagi manusia yang ingin mengenali dan mendekati Tuhan (Zul’Azmi
Yaakob). Oleh sebab itu, alam perlu diamati secara etika dan spiritual bagi masyarakat
beragama (Akhtaruddin Ahmad 1997: 7-8 dalam Zul’Azmi Yaakob). Di samping itu,
Sumber alam tidak boleh di dominasi dan dieksploitasi demi memenuhi kepentingan
nafsu manusia semata-mata, tetapi ia sepatutnya dihargai dan dikagumi (Belsey 1996:
165 dalam Zul’Azmi Yaakob). Seterusnya, agama kristian adalah merupakan salah satu
agama dunia yang juga sentiasa menitik beratkan tentang etika dalam penjagaan alam
sekitar sama seperti agama-agama yang lain yang mempunyai perspektif yang berbeza
dalam menjaga alam sekitar.

Dalam menjaga alam sekitar ke arah yang lebih baik, dalam Ian Bradley (1990) ada
menyatakan bahawa dalam agama Kristian terdapat beberapa elemen agama Kristian
tradisional yang telah dikenal pasti sebagai penyumbang kepada krisis alam sekitar.
Antara elemen yang telah dinyatakan termasuklah yang pertama adalah idea sifat yang
wujud semata-mata untuk faedah manusia, yang berasal dari perintah Allah kepada
Adam dalam bab pembukaan bible untuk mempunyai kuasa atas seluruh ciptaan.
Seterusnya, percubaan dalam menggunakan imej Tuhan dalam menjauhkan agama
Kristian daripada ‘pantheistic pagan’ yang cenderung menggambarkan ‘Transcendent
Deity’ sama sekali dipisahkan dari dunia yang dia cipta dan tanpa minat yang
berterusan atau penglibatan dalam unsur-unsur bukan manusia. Hal ini adalah
bermaksud ajaran yang dinyatakan adalah bertentangan dengan etika alam sekitar. Hal
ini adalah sangat berbeza dengan ajaran agama Kristian pada era kini. Ia dapat dilihat
dalam kewujudan konsep yang digariskan dalam agama ini dalam menjaga alam
sekitar.

Ianya termasuklah dalam agama Kristian juga mempunyai pandangan yang hampir
sama dengan pandangan dengan agama lain berkaitan dengan alam sekitar, iaitu di
dalam Al kitab “kuasa” (rada) umumnya bererti “pemerintahan” atau “penguasa”. kisah
penciptaan pertama dalam Kitab Kejadian 1:26 mengatakan bahawa manusia
mempunyai kuasa atas bumi ( Mary Evelyn Tucker & John A. Grim,2003).Hal ini dapat
dilihat bahawa manusia dalam perspektif agama Kristian adalah merupakan orang yang
berkuasa dalam mentadbir alam sekitar. Di samping itu, kuasa yang dimiliki manusia
atas bumi harus analog dengan pemerintah penguasa yang baik yang berusaha untuk
melindungi dan menjaga alam sekitar yang tercinta dan kuasa bererti penjagaan (Barr
dalam Mary Evelyn Tucker & John A. Grim,2003). Hal ini kita dapat lihat terdapat
beberapa konsep yang dinyatakan dalam agama Kristian dalam menjaga nilai dan etika
alam sekitar, antaranya termasuklah “Konsep Stewardship”. Menurut Norhibah Hasan
Zawawi 1999, konsep stewardship bermaksud manusia ialah wakil tuhan yang diberikan
tanggungjawab bagi menguruskan seluruh ciptaan Tuhan di atas muka bumi ini. Hal ini
bermaksud, tanggungjawab yang diberikan itu merupakan satu amanah kepada setiap
manusia supaya menguruskan seluruh ciptaan Tuhan di atas muka bumi ini dengan
baik.

Dengan adanya amanah dari tuhan ini maka manusia akan memikul tanggungjawab
menguruskan bumi dengan baik dan secara langsung ianya dapat menghalang manusia
daripada melakukan sebarang perbuatan yang boleh menjejaskan alam sekitar.
Seterusnya, konsep ini juga telah menitik beberapa perkara bagi melihat penganutnya
mengikuti apa yang telah digariskan, ia termasuklah setiap penganutnya perlulah
memahami dan mengikuti segala peraturan yang ditetapkan oleh Tuhan berkaitan
dengan alam semula jadi (natural law). Setelah ajaran yang disampaikan diterima
dengan baik oleh penganutnya maka kesedaran tinggi untuk memelihara alam sekitar
daripada tercemar. Oleh itu, isu-isu kerosakan alam sekitar dapat dihindari sekali gus
dapat menjamin kualiti alam sekitar untuk terus hidup dalam keadaan baik.

Menurut ahli falsafah agama seperti Klaus Klostermaier, kepentingan memahami


alam sebagai unsur yang mempunyai nilai ketuhanan, bukanlah sebagai jalan terakhir,
tetapi sebagai jalan yang sebenar dalam memastikan alam sentiasa dihargai. Dalam
agama Hindu mahupun Kristian sekalipun, kedudukan alam adalah wajib dihargai
sebagai makhluk ciptaan Tuhan untuk dihormati. Namun kini, kebanyakan sumber alam
telah di dominasi dan di manipulasi oleh manusia demi kepentingan diri sendiri. Sebagai
contohnya, dapat dilihat dalam “Konsep Bayangan Tuhan”, manusia adalah bayangan
daripada tuhan yang mana perlu mempunyai perasaan bertanggungjawab kepada alam
semesta. Dengan menerangkan tanggungjawab manusia yang penting menurut doktrin
agama Kristian ialah memulihara sumber alam semula jadi serta melindungi
persekitaran. Pandangan ini berbeza dengan agama Hindu dan Buddha agama Kristian
melihat wujudnya perpisahan di antara Tuhan dan alam tabii. Alam tabii dilihat tidak
mempunyai sifat kudus atau sifat ketuhanan, sekiranya tidak wujud hubungan antara
Tuhan dan alam tabii maka pastinya alam tabii ini menuju kemusnahan (Mohd Zuhdi
dan Amer Saifude (2002). Kegagalan manusia memahami alam dengan baik adalah
disebabkan oleh kegagalan mereka memahami ajaran agama (Klostermaier 1993: 7
dalam Zul’Azmi Yaakob).

4.0 Etika Alam Sekitar Menurut Pandangan Agama Buddha

Buddhisme merupakan satu agama yang memegang prinsip samsara yang bermaksud
menjalani kehidupan seharian dengan mengawal kehendak terhadap alam sekitar(Siti
Dahsiar Anwar, 2004). Ajaran Buddha menekankan bahawa alam semesta merupakan
ciptaan yang wujud disebabkan oleh perkara-perkara sebelum ini selain alam semesta
ini tidak kekal. Melalui fahaman Buddha, turut dinyatakan sankhata dharma yang
bermaksud ada, tidak mutlak dan berubah. Menurut Gusti Made Widya Sena(Tanpa
Tahun ) dalam jurnal Konsep Kosmologi Dalam Perspektif Buddha, sinonim dengan
sankhata ialah sankhara iaitu saling kebergantungan daripada perkara yang pernah
terjadi.

Selain itu, di dalam agama ini alam semesta dikatakan sebagai satu proses kejadian.
Proses kejadian yang dimaksudkan ialah arus perubahan daripada satu keadaan atau
fenomena kepada keadaan yang lain yang sentiasa berlaku. Perkara ini dapat dikaitkan
dengan perubahan alam sekitar kini yang dieksploitasi oleh manusia. Oleh itu, menurut
ajaran Buddha, alam semesta ialah sankhara yang bersifat tidak kekal dan sentiasa
berubah.

Menurut Norakmal Azraf Bin Awaluddin Dalam Jurnal Asas Penciptaan Alam Semesta
Agama Hindu Dan Buddha: Kajian Perbandingan, Buddha mengamalkan bahawa asas
kepada penciptaan alam semesta adalah konsep sebab dan akibat atau
patticasamupadda dan mereka menafikan kuasa ketuhanan dalam penciptaan alam
semesta. Prinsip agama Buddha ialah menganggap alam semesta sebagai sesuatu yang
biasa. Agama Buddha juga mempunyai kaedah penyelidikan tentang alam semesta
daripada sudut pandang yang berbeza. Mereka telah mencapai tahap pengetahuan
alam semesta yang terlalu luas dan mereka beranggapan alam semesta tidak perlu
dikaji dengan lebih mendalam. Matlamat agama Buddha lebih menumpukan kepada
reformasi kuasa dalam menggerakkan alam semesta kerana mereka memegang prinsip
utama agama bahawa perubahan alam ini disebabkan oleh konsep sebab dan akibat.

Melalui perspektif Buddha, tiada permulaan kepada penciptaan alam semesta seperti
doktrin atau perintah tuhan. Mereka mempercayai bahawa setiap fenomena yang
berlaku adalah hasil daripada kesan hubungan objek dan fenomena lain. Sebagai
contoh, proses pertumbuhan pokok yang menerima sumber air, tanah, udara dan
matahari yang disebut sebagai rantaian yang membantu proses pertumbuhan pokok
tersebut. Konsep ini merupakan asas pegangan agama buddha dalam penjelasan teori
kejadian alam semesta.

Agama Buddha mempunyai pandangan yang tersendiri tehadadap alam semesta


dimana agama Buddha berpegang kepada fahaman bahawa sifat sesuatu unsur alam
sentiasa berubah. Alam dianggap sebagai unsur yang bersifat dinamik dan kinetik iaitu
sering bergerak dengan seimbang. Agama Buddha berpendapat terdapat empat unsur
alam yang tampak iaitu unsur padat (pathavi), cair (apo), panas (tejo), dan gerak
(vayo). Manakal terdapat lima aturan dalam hukum alam semesta atau panca
niyamadhamma seperti hukum fizikal(utuniyama ),  hukum biologi(bijaniyama ), hukum
psikologi (cittaniyama ) , hukum moral (kammaniyama  ), dan hukum kausalitas
(dhammaniyama) (Willy Yandi Wijaya, 2009)

Buddha memandang makhluk hidup daripada sudut pandang yang sedikit berbeza.
Komponen makhluk hidup dalam agama buddha ialah manusia dan binatang. Manusia
dan binatang dianggap mempunyai lima kelebihan seperti tubuh badan( rupa),
perasaan(vedana), kebolehan untuk mengingat(sanna), kebolehan berfikir(sankhara)
dan kesedaran(vinnana). (Willy Yandi Wijaya, 2009)

Sejak peringkat awal peradaban dunia,interaksi manusia, binatang dan alam sudah
wujud. Pada wal peradaban manusia, interaksi manusia dan alam terlebih dahulu
berlaku dimana manusia menjadikan alam sebagai tempat tinggal. Seterusnya, manusia
mula berburu untuk mencari sumber makanan dan wujud saling kebergantungan
manusia dengan binatang. Binatang dimanfaatkan sebagai binatang ternakan untuk
keperluan hidup manusia.

Hampir keseluruhan ajaran Buddha melihat semua fenomena kehidupan melalui


proses perubahan atas sebab dan akibat yang saling berkait dan mempengaruhi. Oleh
itu, telah wujud nilai kesedaran terhadap alam dalam ajaran agama Buddha. Dalam
agama Buddha, mereka sangat menekankan hubungan baik antara manusia terhadap
binatang dan tumbuhan (alam). Daripada sudut pandang Buddha, manusia
memerlukan alam semesta secara keseluruhan untuk hidup.

5.0 PANDANGAN AGAMA HINDU DALAM ETIKA PENGURUSAN ALAM SEKITAR.

Etika pengurusan alam sekitar ialah cara bagaimana kia mengurus alam sekitar
sekeliling kita daripada tercemar atau musnah akibat daripada perbuatan kita sendiri.
Menurut Hazura Abu Bakar dan Sharifah Norhaidah Syed Idros (2007) dalam buku Etika
Alam Sekitar : Pemeliharaan Alam Tabii bersumberkan Pengetahuan Islam,
pemeliharaan alam sekitar adalah satu keperluan moral dan etika. Masalah alam sekitar
ttidak dapat diatasi hanya dengan ilmu dan teknologi sahaja, seperti yang diusahakan
hari ini. Penekanan tentang kepentingan diri tidak merangsang manusia untuk membuat
sesuatu selain daripada mendapatkan keselesaan dan kesenangan untuk diri sendiri.
Hanya keyakinan moral dan kesedaran etika dalam diri individu dan masyarakat dapat
memotivasikan diri manusia untuk mengetepikan sesetengah kepentingan diri dan
melakukan pengorbanan demi kepentingan umum. Pengajaran etika tidak sepatutnya
hanya berrlandaskan kepada penguatkuasaan undang-undang. Pendidikan turut
menjadi wadah utama dalam membangunkan nilai yang berkaitan dengan eetika alam
sekitar.

Agama Hindu merupakan perkataan parsi untuk “India” dan Hindusme “isme” dari
bermaksud dari bangsa india. Robert C. Zaehner (1993) dalam bukunya Kebijaksanaan
Dari Timur , menyatakan Hinduisme sebagai satu cara hidup yang boleh dikaitkan
dengan system social dan keagamaan. Terdapat beberapa pandangan agama hindu
dalam etika pengurusan alam sekitar. Secara umumnya, menurut agama hindu
penciptaan, pemeliharaan, dan pemusnahan seluruh alam semesta ditentukan oleh
kuasa pencipta, malahan seluruh alam semesta yang meliputi langit, bumi, lautan,
daratan, kepelbagaian kehidupan, dan komponen-komponen alam tabii yang lain
berada di bawah kuasa Tuhan. Jelaslah alam semesta ini dikuasai oleh kuasa tertinggi
iaitu kuasa Tuhan.
Menurut ajaran brahmacari, etika dalam agama hindu dikatakan sebagai ilmu yang
mempelajari tentang nilai baik dan buruknya suatu perbuatan manusia mengenai apa
yang harus dialkukan dan apa yang tidak boleh dilakukan, sehingga mewujudkan
kehidupan yang harmoni dan damai dalam kehidupan manusia. Brahmacari, berasal
daripada perkataan Brahma iaitu bermaksud ilmu pengetahuan manakala cari
bermaksud bergerak. Jadi brahmancari bermaksud tingkah laku seseorang dalam
mempelajari ilmu pengetahuan tentang ajaran-ajaran yang terkandung dalam Kitab
suci veda, dimana ianya selalu mengatakan bahawa berfikir bersih dan jernih seta
hanya memikirkan pelajarn dan pengetahuan sahaja dan tidak memikirkan masalah-
masalah duniawi. Hal ini demikian kerana nilai-nilai dan pandangan umat Hindu, setiap
aktiviti manusia sengaja atau tidak, baik atau buruk adalah dianggap sebagai “karma”,
dimana ianya bermaksud perbuatan menuru hokum dan sebab. Tambahan lagi, setiap
aktiviti mempunyai sebab dan akibat mengikut ilmu asas pengetahuan yang tinggi,
kerana ianya akan memberi kesan kepada alam sekitar.

Seterusnya menurut Indriyati Binti Ismail (2013) menyatakan bahawa konsep


Advaita iaitu menganggap alam semesta adalah kudus iaitu mempunyai sifat ketuhanan
yang terdiri daripada doktrin non dualism. Melalui konsep ini, mereka telah mengajar
penganutnya untuk memuja tumbuh-tumbuhan seperti pokok dimana pokok merupakan
symbol kepada kepelbagaian sifat ketuhanan di tambah lagi dengan setiap pokok
mempunyai dewa tersendiri. Menurut beliau juga agama hindu menganggap kawasan
hutan juga merupakan kawasan kediaman bagi dewa Krisha dimana penganut agama
ini dilarang untuk menebang pokok di kawasan hutan. Jelaslah bahawa melalui konsep
Advaita, penganut agama hindu memelihara tumbuhan seperti pokok dan kawsan hutan
daripada rosak kerana mereka menganggap setiap pokok itu mempunyai dewa
tersendiri dan kawasan hutan merupakan tempat tinggil dewa.

Di samping itu , menurut ajaran agama dharma, ianya menjelaskan tentang


penjagaan alam sekitar melalui konsep dharma. Konsep dharma atau lebih dikenali
dengan “Sanatana Dharma” merupakan suatu konsep yang merujuk kepada beberapa
panduan moral yang telah ditetapkan. Misalnya, salah satu panduan moral tersebut
ialah ianya menjelaskan tentang penjagaan alam sekitar dimana setiap manusia harus
menjaga alam sekitar kerana mengikut kepercayaan penganut, mereka yang
menganggap setiap elemen alam sekitar mempunyai unsur-unsur ketuhanan. Jelaslah
bahawa konsep dharma juga menje;askan tentang penjagaan alam sekitar.
Secara tuntasnya, agama adalah merupakan satu komponen yang penting dalam
membentuk seseorang manusia ke arah yang lebih baik dan lebih bijak dalam mentadbir
anugerah alam semula jadi. Dengan adanya agama yang menitik beratkan mengenai nilai
dan etika dalam sesuatu perbuatan maka perkara yang lebih teruk atau buruk tidak akan
terus berlaku.

6.0 Kepentingan Etika Alam Sekitar

6.1 Membangunkan Sifat Tidak Merosakkan Alam Sekitar

Setiap agama mementingkan penjagaan alam sekitar malah menyeru membuat kebaikan di
atas muka bumi ini. Begitu juga dari segi sikap dan tingkahlaku seseorang inidividu terhadap
alam sekitar. Namun,sikap dan tingkahlaku secara dasarnya mempunyai tafsiran yang
berbeza kerana secara amnya,ia ditafsirkan sebagai cara seseorang itu berfikir dan
bertindak. Sememangnya ia mempunyai persepsi yang berbeza tentang sesuatu isu atau
perkara begitu juga pandangan terhadap alam sekitar. Menurut Sufean, 1995 dalam
Hazuran binti Ab Bakar (2009) dalam bukunya yang bertajuk Hubungan Antara Penghayatan
Agama, Nilai Hidup dan Pengetahuan Alam Sekitar Pelajar Muslim dengan Sikap dan
Tingkahlaku menyatakan bahawa sikap adalah dikatakan sebagai pegangan nilai.

Tingkahlaku pula adalah perlakuan sebenar yang dilakukan. Oleh itu, sikap terhadap
alam sekitar merujuk kepada pandangan individu terhadap alam sekitar yang biasanya
ditentukan daripada sikap yang tidak mengambil berat kepada sikap mengambil berat
terhadap alam sekitar. Tingkahlaku pula biasanya dilihat sama ada tingkahlaku tersebut
lebih menjurus kearah pro alam sekitar atau sebaliknya. Suruhan terhadap penjagaan alam
sekitar ini telah dinyatakan dalam setiap agama misalnya agama Islam iaitu:

“Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah memperbaikinya.”
(Surah al-A’raf 7:56)

Manusia adalah sebahagian daripada alam ciptaan Allah dan mempunyai hubungan
yang rapat dengan alam sekitarnya. Manusia juga telah ditugaskan sebagai khalifah di muka
bumi yang bertanggung jawab untuk menguruskan bumi ini sebaik mungkin seperti maksud
firman Allah S.W.T. di dalam Al-Quran:

“(Ingatlah) ketikaTuhanmu berfirman kepada Malaikat: Sesungguhnya Aku akan menjadikan


seorang Khalifah di atas muka bumi. Maka mereka menjawab :Adakah patut Engkau
menjadikan di atas muka bumi orang yang berbuat bencana dan menumpahkan darah
sedangkan kami bertasbih memuji Engkau dan mensucikan Engkau? Allah berfirman:
Sesungguhnya Aku mengetahui apa-apa yang tiada kamu ketahui. Allah mengajarnya
semua nama benda kemudian dibawa benda-benda itu kepada Malaikat,lalu Allah
berfirman; “Khabarkan kepada-Ku nama benda-benda ini, jika kamu yang benar”. Jawab
mereka: “Maha Suci Engkau tidaklah kami tahu sesuatu itu kecuali apa-apa yang engkau
ajarkan kepada kami, sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui Lagi Maha Bijaksana”.Allah
berfirman: “Hai Adam, beritahulah kepada Malaikat nama benda-benda ini.”

(Al-Baqarah:30-32)(Sumber: Hasan Basri, Sofiah ‘Atiqah dan Tuan Pah Roiah, 2012)

Tujuan perintah ini adalah menyuruh kepada melakukan kebaikan kerana keyakinan
agama Islam adalah setiap perlakuan manusia sama ada zahir atau batin akan mendapat
balasan daripada Allah semasa di dunia dan akhirat.

Kristian pula adalah agama yang bersumberkan kepada kitab Bibble yang dibawa
oleh Jesus (Nabi Isa A.S). Menurut ajaran agama ini, perlakuan yang baik atau buruk akan
dibalas oleh Tuhan di hari pembalasan kelak berdasarkan perlakuan yang dilakukan dalam
kehidupan. Walaubagaimanapun, manusia mempunyai sifat negatif dalam diri masing-
masing. Sifat ini mampu memberi kesan yang buruk terhadap alam sekitar sekiranya
manusia kekal rakus meneroka alam sekitar tanpa menitikberatkan kesannya. Berbeza pula
dengan sifat yang tidak merosakkan alam ini dimana ia berkait rapat dengan prinsip
biosentrisme dan ekosentrisme iaitu manusia mempunyai kewajipan untuk melindungi alam
sekitar. Left (2000) dalam Hazuran binti Ab Bakar (2009) dalam bukunya yang bertajuk
Hubungan Antara Penghayatan Agama, Nilai Hidup dan Pengetahuan Alam Sekitar Pelajar
Muslim dengan Sikap dan Tingkahlaku menyatakan bahawa manusia sebagai salah satu
anggota ekologi yang perlu memainkan peranan iaitu bersifat peka terhadap alam sekeliling
tanpa membezakannya antara satu sama lain. Ia bertepatan dengan pendapat Peter Singer
dalam buku yang sama iaitu tujuan manusia diciptakan adalah untuk memberi manfaat
kepada seluruh alam semesta iaitu merangkumi tumbuhan dan binatang bagi memenuhi
keperluan hidup. Oleh hal yang demikian, amat penting bagi seseorang manusia menerap
sifat ini kerana tanggungjawab untuk memastikan alam sekitar terus terpelihara.

6.2 Menjaga Kepentingan Generasi Akan Datang.

Selain itu, salah satu kepentingan penerapan nilai-nilai alam sekitar yang terdapat dalam
etika alam sekitar adalah menjaga kepentingan generasi akan datang atau masa hadapan.
Menurut Hasan Basri, Sofiah ‘Atiqah dan Tuan Pah Rokiah (2012), manusia diciptakan untuk
menjadi khalifah di muka bumi ini dan manusia tertakluk kepada tanggungjawab tertentu
yang perlu dilaksanakan termasuklah penghuni alam yang lain. Dalam erti kata lain,
kelestarian mahupun kerosakan alam sekitar ini merupakan tanggungjawab bersama
seluruh umat manusia. Apa – apa sahaja pembangunan yang dilakukan pada masa kini yang
adalah hasil dari sikap dan tindakan manusia pada masa lepas. Di sini kita dapat melihat
sesuatu pembangunan yang dilakukan pada masa terdahulu akan dapat dirasai oleh
generasi masa kini. Pembangunan yang dilakukan ini telah menyebabkan banyak berlaku
kepupusan kepada haiwan, hidupan dan juga alam sekitar. Hal ini dapat menunjukkan
berlaku prinsip ketidakadilan kerana genarasi masa kini tidak mampu merasai kehijauan dan
kepelbagaian habitat alam sekitar yang masih wujud pada masa dulu. Contohnya, sebelum
berlakunya revolusi perindustrian yang berlaku di seluruh dunia, keadaan di bumi ini tidak
berlaku pemanasan global. Pada masa kini fenomena pemanasan global ini menjadi sesuatu
yang membimbangkan. Oleh itu, Protokol Kyoto telah diwujudkan bagi mengurangkan
kesan-kesan pemanasan global ini. Di bawah Protokol Kyoto, 37 negara (“negara-negara
Annex”) berkomitmen pada pengurangan empat gas rumah kaca (karbon dioksida, metan,
asam nitrat, heksafluorida belerang) dan dua kelompok gas (hidrofluorokarbon dan
perfluorokarbon) yang dihasilkan oleh negara yang meratifikasi protokol ini.(Sumber:
https://newgoldenhead.wordpress.com/kyoto/)

Selain pemanasan global, pencairan ais yang berlaku di kutub utara juga dapat
menunjukkan penipisan lapisan ozon di udara berlaku. Penipisan lapisan ozon ini terjadi
kerana, pembebasan gas-gas yang mampu memutuskan ikatan ion-ion gas ozon di udara.
Apabila ikatan ion-ion ini terputus maka lapisan ozon terdedah kepada cahaya matahari
secara terus. Menurut Zuhdi dan Amer Saifude (2002), lapisan ozon berperanan untuk
menghalang kemasukan sinaran ultraviolet dari matahari ke bumi. Pendedahan cahaya
matahari ini telah menyebabkan kesan negatif kepada manusia seperti penyakit kulit dan
juga memberi kesan negatif kepada haiwan dan juga tumbuhan.

Setiap agama juga ada menegaskan kepentingan menjaga alam sekitar ini dangan
tidak menggunakan sumber alam dengan terlalu rakus demi menjaga kepentingan generasi
akan datang. Menurut Marzelah Marzuki (2006) dalam buku Sains dan Pemikiran Etika dari
segi perspektif agama islam dapat dilihat melalui sifat Tawazun. Tawazun bermaksud
fenomena yang tidak melampau. Keseimbangan yang wujud menghasilkan keharmonian
alam. Peraturan yang ditentukan oleh allah adalah bagi menghalang tercetusnya gangguan
kepada keseimbangan alam sekitar.
Sifat yang seterusnya ialah sifat qannah. Qannah adalah sikap meredai segala
kurniaan yang diperolehi daripada allah demi keperluan hidup. Mereka yang mempunyai
sifat ini akan terhindar daripada memiliki sikap tamak dan sentiasa bersyukur dengan rezeki
yang diperolehi. Dalam konteks alam sekitar, sifat ini penting bagi memastikan setiap
manusia tidak mengeksploitasi sumber alam secara berlebih-lebihan. Sifat-sifat di atas dapat
menunjukkan betapa agama islam sangat mementingkan penjagaan alam sekitar.
Penerokaan terhadap alam boleh dilakukan tetapi mesti ada batasnya supaya tidak akan
berlaku bencana yang buruk dan dapat terus menjaga kepentingan generasi akan datang.

Menurut Marzelah Marzuki (2006) dalam buku Sains dan Pemikiran Etika dari
perspektif agama kristian pula, ialah makhluk yang diaugerahkan tanggungjawab sebagai
pengurus alam sekitar. Tanggungjawab yang diamanahkan ini menunjukkan manusia ialah
golongan yang bertanggungjawab mengurus seluruh ciptaan tuhan di muka bumi ini.
Manusia juga perlu mematuhi peraturan yang berkaitan dengan alam tabii. Kefahaman
terhadap peraturan ini dapat menjadikan manusia manusia menggunakan alam dengan
cemat. Jika penggunaan alam ini dilakukan dengan cermat maka alam ini dapat dikekalkan
untuk kepentingan generasi akan datang.

Manakala menurut Marzelah Marzuki (2006) dalam buku Sains dan Pemikiran Etika
dari perspektif agama Buddha, alam tabii ini wujud dalam keadaan yang dinamik kerana
semua yang wujud di muka bumi ini hasil proses perubahan yang berterusan. Agama
Buddha juga percaya, perubahan yang berlaku di muka bumi ini dipengaruhi oleh moral
manusia selain faktor-faktor semulajadi. Menyedari hakikat itu, Buddha mengajar
penganutnya supaya sentiasa berkelakuan baik untuk mengelakkan berlakunya perubahan
alam sekitar secara besar-besaran. Oleh itu, penganut Buddha juga tidak boleh
mengeksploitasikan sumber alam secara sewenang-wenangnya melainkan untuk keperluan
hidup sahaja. Hal ini dapat menujukkan agama Buddha ini juga mempunyai peranan penting
dalam penjagaan alam sekitar dari berlakunya kerosakkan oleh manusia.

Kesimpulannya, setiap agama menyeru penganutnya menjaga alam sekitar ini dari
sebarang ancaman yang boleh merosakkan atau memusnahkannya. Agama juga menyeru
umatnya untuk berbuat baik dengan semua hidupan dan tumbuhan yang ada di dunia ini
dan jangan sesekali merosakkan alam ini dengan sesuka hati. Penggunaan alam ini juga
hendaklah ada batasnya supaya tidak berlaku pembaziran yang boleh merosakkannya. Hal
ini demikian kerana alam sekitar ini bukan sahaja khazanah untuk generasi masa kini tetapi
juga merupakan khazanah yang berharga untuk generasi akan datang.
6.3 Supaya Manusia Menghargai Alam Sekitar

Kepentingan nilai etika alam sekitar yang seterusnya ialah supaya manusia dapat
menghargai alam sekitar. Manusia tidak dapat mengelakkan diri daripada berhubung dengan
alam sekitar.Tindakan awal perlu dilakukan sebelum berlakunya perkara yang lebih buruk
kepada alam sekitar (Nur Mukrimatu Ajmala Binti Abdullah, Tanpa Tahun). Peranan
pengaruh keagamaan di dalam menghayati Etika Alam Sekitar sememangnya penting.
Penghayatan Etika Alam Sekitar di dalam diri seseorang amat bergantung kepada
keyakinannya terhadap prinsip-prinsip yang berkaitan dengan Etika Alam Sekitar tersebut.
Keyakinan yang seperti ini tidak mungkin wujud kecuali dengan bantuan pengaruh
keagamaan.

Sememangnya, agama memainkan peranan yang penting dalam memupuk manusia


supaya menghargai alam sekitar. Rakyat Malaysia terdiri daripada masyarakat yang
menganut pelbagai agama. Agama yang terdapat di Malaysia seperti contohnya Agama
Islam, Agama Kristian, Agama Hindu dan Agama Buddha. Setiap ajaran agama ini amat
menitikberatkan mengenai kepentingan manusia supaya sentiasa menghargai alam sekitar.

Seperti contohnya, di dalam ajaran Hindu, kawasan hutan adalah kawasan kediaman
bagi dewa Krishna.(Mohd Zuhdi Marzuki,1998). Oleh sebab itu, penganut-penganut
Hinduisme dilarang menebang pokok sewenang-wenangnya sebaliknya mereka perlu
menghargai alam sekitar di sekeliling mereka.

Selain itu, menurut Mohd Zuhdi Marzuki (1998) juga, kepentingan menghargai alam
sekitar juga dapat dilihat di dalam ajaran Buddhisme. Penganut-penganut Buddhisme juga
diajar supaya mempunyai pemikiran yang benar. Kenyataan ini menjelaskan bahawa
penganut-penganut Buddhisme perlulah mempunyai cara berfikir yang betul tentang alam
sekitar iaitu dengan memahami betapa pentingnya menahargai alam sekitar serta turut
menyedari kesan buruk yang akan timbul kesan dari kemusnahan alam sekitar.Penganut-
penganut Buddhisme perlu memberi perhatian yang bersungguh-sungguh terhadap
perkara-perkara kebaikan termasuklah penjagaan dan pemuliharaan alam sekitar. Oleh
sebab itu, penganut-penganut Buddhisme perlulah menjadikan amalan menghargai alam
sekitar sebagai amalan dan sikap mereka yang wajib diamalkan oleh mereka dari kecil lagi.

Manakala itu, agama Kristian mengajar penganut-penganutnya supaya menyedari


bahawa Tuhan begitu menyayangi seluruh ciptaannya (Mohd Zuhdi Marzuki,1998).
Menyedari hakikat ini, manusia yang merupakan bayangan daripada tuhan mestilah
mempunyai perasaan sedemikian terhadap alam sekitar. Sikap bertanggungjawab ditambah
pula dengan perasaan kasih sayang terhadap seluruh ciptaan Tuhan, akan mendorong
manusia bertindak secara harmoni seterusya mereka akan menghindarkan sebarang bentuk
tindakan yang akan menyebabkan kerosakan kepada alam sekitar. Dengan hal yang
sedemikian, mereka akan sentiasa menghargai alam sekitar.

Akhir sekali, mengikut ajaran Agama Islam, manusia mesti menyedari bahawa alam
sekitar ini adalah milik Allah, justeru mereka tidak dibenarkan sama sekali
memusnahkannya. Bagi memastikan manusia sentiasa menghargai alam sekitar, Allah telah
mengurniakan manusia hikmah( kebijaksanaan) untuk berfikir dengan bijak (Mohd Zuhdi
Marzuki,1998). Oleh itu, menghargai alam sekitar amat ditekankan di dalam ajaran agama
Islam.

6.4 Mengukuhkan Disiplin Ilmu

Menurut Nur Mukrimatu Ajmala Binti Abdullah (tanpa tahun) menyatakan kepentingan etika
alam sekitar juga penting demi menjaga keharmonian disiplin ilmu. Hal ini boleh
dilaksanakan melalui pelaksanaan pendidikan secara formal iaitu di sekolah dan
dikhususkannya dalam matapelajaran tertentu seperti Geografi dan Kajian Tempatan.
Penerapan ilmu terhadap guru boleh berlaku dengan menghadiri kursus. Apabila guru
kembali ke sekolah, mereka boleh mempraktikkannya dalam diri mereka sendiri seterusnya
mengajarkannya kepada pelajar- pelajar. Pendekatan melalui disiplin ilmu ini dilihat sebagai
satu komitmen penting sekiranya ia diserapkan dalam subjek berkaitan seperti Geografi,
Sivik dan Kewarganegaraan serta Kajian Tempatan iaitu dilaksanakan pembelajaran
mengenainya dalam bilik darjah. Ia akan menjadi lebih berkesan dengan penglibatan
Kementerian Pendidikan iaitu melalui pembentukan kurikulum serta cadangan aktiviti yang
sekaligus mampu memberi kesedaran serta membentuk nilai ini dalam diri setiap pelajar.

Kepentingan ini sebenarnya berkait rapat dengan prinsip nilai dan etika alam sekitar
iaitu membangun budaya menghormati alam sekitar. Sikap menghormati alam sekitar hanya
akan wujud dalam diri setiap seseorang itu sekiranya mereka mempunyai ilmu berkaitan
alam sekitar dan mengetahui tentang masalah alam sekitar yang berlaku pada hari ini.
Fahaman Deep Ecology mempunyai pengertian yang bertepatan dengan prinsip
membangun budaya menghormati alam. Maksudnya, alam ini mempunyai haknya yang
tersendiri dan ianya adalah wajib untuk dihormati. Bukan kerana kehidupan manusia yang
memerlukan alam akan tetapi kerana ontologi bahawa manusia adalah sebahagian daripada
alam (Hasan Basri, Sofiah ‘Atiqahdan Tuan Pah Rokiah, 2012) Seperti yang dibicarakan di
atas, ia diliihat mampu direalisasikan melalui saluran pendidikan kerana pelajar banyak
menghabiskan masa mereka di sekolah. Oleh itu, ia boleh dijadikan platform untuk
membentuk nilai etika alam sekitar ini dalam kalangan pelajar sekolah. Contohnya,
Pendidikan Alam Sekitar.

Seterusnya, menurut Gayford (1998) dan Wilke (1985) dalam buku Pendidikan Alam
Sekitar tulisan Mohammad Zohir Ahmad @ Shaari (2012), menyatakan bahawa guru adalah
barisan hadapan yang menjayakan pendidikan alam sekitar ini dan gurulah yang
menentukan kualiti pendidikan alam sekitar ini terhadap pelajar. Geografi dirasakan sebagai
satu disiplin yang ideal bagi membolehkan pelajar mempelajari ilmu berkaitan alam sekitar
kerana ia melibatkan kajian berkaitan interaksi manusia dengan alam sekitar. Dalam buku
yang sama, Salita (1976) menjelaskan subjek geografi itu sendiri berorientasikan alam
sekitar dan ia mensintesis semua aspek yang berada di sekeliling manusia. Secara
tradisinya, geografi dilihat menjadi subjek yang banyak mengajar dan memberi informasi
berkaitan alam sekitar kepada para pelajar). Berdasarkan pendapat tokoh di atas, jelaslah
bahawa subjek georafi itu sendiri mampu menjadi platform untuk menerapkan nilai dan
etika alam sekitar dalam kalangan pelajar kerana asasnya subjek berkenaan amat berkait
antara satu sama lain. Pendekatan dan kaedah yang digunakan guru sahaja yang
membezakan sama ada subjek berkenaan mampu menjadi wadah penerapan nilai dan etika
alam sekitar dalam diri para setiap pelajar untuk melihat keindahan alam semulajadi dengan
lebih aman dan nyaman.

6.4 Supaya pengaplikasian pemeliharaan dan pemuliharaan dapat terlaksana

Etika alam sekitar terdiri daripada pelbagai perspektif iaitu dari segi keagamaan,
falsafah dan sains. Etika alam sekitar yang disentuh di sini ialah dari perspektif keagamaan.
Etika alam sekitar ini sangat penting meskipun terdapat perspektif yang berbeza namun
tujuannya adalah sama iaitu menjaga kepentingan alam sekitar. Dalam erti kata lain, etika
alam sekitar ini mengajar atau menyedari kita sebagai manusia yang menduduki atau
mendiami bumi ini supaya mengaplikasikan pemeliharaan dan pemuliharaan bagi menjaga
alam sekitar yang ada. Pemuliharaan didefinisikan sebagai perihal proses, usaha, perbuatan
dan sebagainya atau memulihara sesuatu supaya sentiasa berada dalam keadaan yang asal
(Kamus Dewan, 2010). Dalam konteks pemuliharaan di sini membawa maksud memulihkan
alam sekitar yang telah dimusnahkan. Menurut Rosnah Haji Salleh et. al. (2007) pula,
pemuliharaan merujuk kepada usaha memulihkan alam sekitar yang telah diterokai dan
dicemari daripada terus musnah dan lenyap tanpa boleh diwarisi oleh generasi akan datang
manakala pemeliharaan bermaksud usaha yang dijalankan oleh pihak kerajaan dan
pertubuhan tertentu bagi melindungi alam sekitar yang sedia ada daripada musnah demi
kepentingan generasi akan datang. Kamus Dewan Edisi Keempat (2005), mendefinisikan
pelihara sebagai membela, menjaga dan merawat sesuatu dalam keadaan yang baik.

Pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar telah menjadi polemik dan perdebatan
hangat sejak beberapa dekad lamanya. Alam adalah khazanah yang tidak ternilai dan perlu
dipelihara bagi warisan sejagat dan generasi pada masa akan datang. Namun, dari sudut
yang lain alam merupakan sumber yang perlu diterokai bagi menggerakkan ekonomi dan
kesejahteraan sosial. Dengan itu, etika alam sekitar ini menjadi panduan ke arah mengurus
dan menggunakan alam sekitar yang ada. Dalam arus pembangunan yang kian pesat sejajar
dengan arus pemodenan, masyarakat telah sedaya upaya untuk hidup dalam keadaan yang
selesa. Namun, masyarakat perlu ingat gaya hidup moden yang tidak lestari akan
meningkatkan kerosakan persekitaran. Menurut Hasan Basri et. al. (2012), manusia
diciptakan untuk menjadi khalifah di muka bumi dan manusia tertakluk kepada
tanggungjawab tertentu yang mana perlu dilaksanakan. Tanggungjawab ini diaplikasikan
melalui larangan, peringatan dan mengenakan hukuman bagi mana-mana pihak yang
merosakkan alam sekitar. Tanggungjawab ini hanya akan muncul dalam diri sesebuah
masyarakat sekiranya mereka memiliki kesedaran mengenai tanggungjawab yang harus
dilaksanakan bagi memelihara alam sekitar. Langkah-langkah pemeliharaan dan
pemuliharaan alam sekitar ini terbahagi kepada dua kaedah iaitu kaedah perundangan dan
kaedah bukan perundangan.

Melalui etika alam sekitar ini di mana kepentingannya membolehkan sesebuah


masyarakat menjadi penggerak ke arah menguruskan alam sekitar. Kaedah bukan
perundangan merujuk kepada beberapa usaha masyarakat atau komuniti dalam
mengurangkan dan mengimbangi permasalahan alam sekitar secara menyeluruh (Rosnah
Haji Salleh et. al., 2007). Kaedah yang pertama ialah melalui peranan media massa. Seperti
yang kita sedia maklum, media massa kini memainkan peranan sebagai penyebar maklumat
kepada masyarakat. Malahan, melalui media massa ini juga hanya dengan hujung jari
masyarakat boleh mendapatkan maklumat mengenai isu yang berlaku dalam negara dan
ilmu pengetahuan yang lain. Sebagai contoh, iklan dan filem dapat menarik minat
masyarakat yang mana sekali gus menerapkan nilai etika alam sekitar.
Di samping itu, pemeliharaan dapat dilakukan dengan mewartakan hutan sebagai
hutan simpan sebagai kawasan yang tidak boleh diterokai serta mewujudkan taman negara.
Hutan merupakan warisan semula jadi yang sangat berharga dan haruslah dilindungi dari
sebarang ancaman dan penerokaan. Sebagai contoh, Hutan Simpan Lembah Danum di
Sabah dan Hutan Lembah Belum di Perak. Hutan yang telah diwartakan ini bebas daripada
sebarang penerokaan. Oleh itu, masih lagi ada hutan yang boleh dijadikan tatapan dan
keperluan bagi generasi pada masa akan datang. Tambahan pula, dalam hutan simpan ini
terdiri daripada pelbagai spesies hidupan yang mana terancam daripada pembalakan yang
dilakukan boleh dilindungi. Taman-taman Negara pula telah diwartakan sejak tahun 1939
lagi bagi melindungi pelbagai spesies hidupan. Sebagai contoh, Taman Negara Kinabalu,
Taman Negara Niah, Taman Negara Bako, Taman Negara Gunung Mulu dan sebagainya.
Dengan wujudnya taman-taman negara ini membolehkan generasi masa akan datang
menikmati dan mengamati anugerah Allah berikan dengan keunikan hidupan yang pelbagai
jenis.

Menurut Haliza Abdul Rahman et. al. (2010), program kesedaran di peringkat
sekolah, daerah dan negeri oleh agensi kerajaan perlu dijalankan melalui pembelajaran.
Pendidikan merupakan wadah utama dalam membangunkan nilai yang berkaitan dengan
etika alam sekitar. Pendidikan mengenai alam, ekosistem dan manusia sekian lama telah
didedahkan dalam pembelajaran sejak di peringkat sekolah rendah dan menengah lagi.
Pendidikan yang berteraskan alam sekitar bertujuan untuk menanam rasa prihatin generasi
sekarang terhadap alam sekitar. Antara mata pelajaran yang menyemai rasa cinta kepada
alam sekitar ialah Geografi, Sains, Pendidikan Moral dan Kajian Tempatan. Pelajar akan
didedahkan tentang cara-cara menjaga dan mengurus alam sekitar. Malahan, pelajar akan
mengetahui kesan yang akan timbul akibat kegiatan ekonomi yang giat dijalankan terhadap
alam sekitar. Dengan itu, dapat menyemaikan rasa cinta kepada alam sekitar. Di sekolah
juga, persatuan atau kelab seperti Persatuan Pencinta Alam memainkan peranan penting
dalam menyemai rasa sayang terhadap alam sekitar. Malahan persatuan ini bergiat aktif di
sekolah-sekolah di seluruh Malaysia.

Pemuliharaan dapat dilakukan dengan membangunkan semula sumber yang telah


digunakan dengan melakukan penanaman semula alam sekitar. Usaha ini dijalankan dengan
cara menanam semula pokok yang telah ditebang oleh para pembalak. Malah, pengekalan
hutan juga boleh dilaksanakan dengan cara menjalankan projek ladang hutan. Menurut
Rosnah Haji Salleh et. al. (2007), melalui cara ini dapat mengurangkan dan mengimbangkan
bahangan matahari yang memancar ke bumi secara terus oleh proses penyerapan dan
pembalikan. Tambahan lagi, penanaman semula alam sekitar dapat mewujudkan kawasan
hutan dan mengekalkan kawasan tadahan air yang mampu berfungsi sebagai penyejuk
bumi dengan kehadiran air bawah tanah yang berterusan. Oleh itu, tumbuhan-tumbuhan ini
boleh membantu dalam mengurangkan berlakunya fenomena pemanasan secara global.

Bagi kaedah perundangan pula melalui Penilaian Impak Alam Sekitar (EIA). EIA
merupakan satu pendekatan yang menekankan aspek pengurusan alam sekitar secara
menyeluruh (Rosnah Haji Salleh et. al., 2007). EIA ini bertanggungjawab dalam memastikan
pengekalan keseimbangan antara pembangunan dengan kualiti alam sekitar di bawah aspek
pengekalan, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar. Dalam erti kata lain, EIA
merupakan satu laporan khusus yang perlu disediakan oleh pihak pemaju. Tambahan pula,
pemaju haruslah mendapatkan kelulusan daripada pihak berkuasa sebelum projek
dijalankan. Sekiranya pemaju didapati menjalankan projek tanpa membuat laporan kepada
pihak EIA denda akan dikenakan. Perkara ini dilakukan adalah untuk memastikan alam
sekitar dapat diwarisi oleh generasi akan datang. Rentetan itu juga, pihak berkuasa seperti
Jabatan Alam Sekitar berhak untuk menangguh atau membatalkan sama sekali sesuatu
projek jika gagal menepati standard yang telah ditetapkan oleh EIA.

7.0 Kesimpulan

Secara keseluruhannya, kepentingan penerapan nilai-nilai etika alam sekitar


sememangnya perlu diambil kira dalam konteks masyarakat di Malaysia hari ini. Banyak
kerosakan telah berlaku terhadap alam sekitar, habitat flora dan fauna. Manusia sendiri
yang akan menanggung sama ada masyarakat yang melakukan kerosakan tersebut ataupun
masyarakat lain yang menanggung kesan buruk ini. Natijahnya pasti akan kembali kepada
masyarakat itu sendiri. Oleh sebab itu, penerapan nilai etika ini dilihat mampu untuk
menjadi banteng dan memberi kesedaran kepada masyarakat berkenaan supaya lenih
menghargai alam sekitar sekaligus menitikberatkan alam sekitar dalam proses
pembangunan yang ingin dijalankan. Pelbagai usaha telah dilakukan supaya pembangunan
mapan dapat dilaksanakan. Media massa pula dilihat sebagai wadah untuk menyebarkan
maklumat kepada seluruh masyarakat supaya kesedaran dapat dipupuk dalam kalangan
masyarakat. Hal ini disokong Jamilah Ahmad et. al.(2011) dengan menyatakan masalah
alam sekitar makin berleluasa dan keperluan untuk melahirkan masyarakat yang lebih
bertanggungjawab turut mendesak. Diharapkan pada masa akan datang masyarakat akan
lebih peka terhadap masalah-masalah yang membebitkan alam sekitar dan terus cuba
mencari jalan penyelesaian agar alam sekitar akan terus terjamin.

8.0 Rujukan

Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974. dlm. http://www.doe.gov.my. Diakses pada 24 May 2016.

Gusti Made Widya Sena. Tanpa Tahun. Konsep Kosmologi Dalam Perspektif Agama Buddha.

Hasan Basri Jumin, Sharifah Sofiah ‘Atiqah Syed Ibrahim dan Tuan Pah Rokiah Syed
Hussain. 2012. Nilai dan Etika Alam Sekitar dalam Pembangunan. Dalam Hamidi
Ismail, Tuan Pah Rokiah Syed Hussain dan Hasan Basri Jumin (Eds.) Etika dalam
Tadbir Urus Pembangunan. (m.s. 99-109). Sintok: Penerbit Universiti Utara
Malaysia.

Hazuran binti Ab Bakar. 2009. Hubungan Antara Penghayatan Agama, Nilai Hidup dan
Pengetahuan Alam Sekitar Pelajar Muslim dengan Sikap dan Tingkahlaku. Universiti
Sains Malaysia.

Haliza Abdul Rahman dan Rohasliney Hashim. 2010. Pemeliharaan dan Pemuliharaan Alam
Sekitar di Malaysia. Universiti Sains Malaysia.

Hajah Noresah Baharom. 2010. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa
dan Pustaka.

Hazura Abu Bakar dan Sharifah Norhaidah Syed Idros. 2007. Etika Alam Sekitar:
Pemeliharaan Alam Tabii bersumberkan Pengetahuan Islam. Penerbitan: Universiti
Sains Malaysia. DP. Jilid 7, Bil. 1

Indriyati Binti Ismail. 2013. Asas Penciptaan Alam semesta Agama Hiindu dan Agama
Hindu. Prooceding of the International Conference on Social Science Research.

Ian Bradley (1990). God is Green. British Library Cataloguing.

Mary Evelyn Tucker & John A. Grim (2003). Agama, Filsafat, & Lingkungan Hidup. Penerbit
kanisius, Yogyakarta.
Marzelah Marzuki (2006). Sains dan Pemikiran Etika. PTS Profesional Publications Sdn. Bhd.

Mohd Zuhdi Marsuki dan Amer Saifude Ghazali. 2002. Etika Alam Sekitar daripada Perspektif
Islam, Timur dan Barat. Bentong: PTSPublications & Distributors Sdn. Bhd.
Mohd Zuhdi Marsuki & Amer Saifude Ghazali. 2002. Etika Alam Sekitar daripada Perspektif
Islam, Timur dan Barat. Pahang: PTS Publications & Distributor Sdn. Bhd.

Mohd Zuhdi Marzuki (1998). Etika Alam Sekitar: Satu Tinjauan tentang Manifestasinya Di
Malaysia. http://studentsrepo.um.edu.my/3024/3/PENDAHULUAN.pdf. Diakses
pada 15 Mei 2016.
Mohammad Zohir Ahmad @ Shaari (2012) Amalan Pengajaran Guru Geografi dalam Usaha
Menerapkan Nilai Pendidikan Alam Sekitar. Dalam Azizi Muda et al. (Eds.) Pendidikan
Alam Sekitar.(m.s. 45-70). Tanjong Malim: Penerbit Jabatan Geografi dan Alam
Sekitar.

Noresah Baharom. 2010. Kamus Dewan Edisi Keempat. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan
Pustaka

Norhibah Hasan Zawawi. 1999. Konsep Islam terhadap Pemuliharaan Alam Sekitar . Kuala
Lumpur: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia.

Norakmal Azraf Bin Awaluddin. Tanpa Tahun. Dalam Jurnal Asas Penciptaan Alam Semesta
Agama Hindu Dan Buddha: Kajian Perbandingan.

Nur Mukrimatu Ajmala Binti Abdullah, (Tanpa Tahun). Kepentingan Penerapan Nilai-nilai
Etika Alam Sekitar dalam Kehidupan Masyarakat di Malaysia.
http://Downloads/kepentingan_nilai_etika_alam_sekitar.pdf. Diakses pada 18
Mei 2016.
Rosnah Haji Salleh, Shukri Sulaiman dan Che Zainon Shafie. 2007. Geografi Fizikal. Arah
Pendidikan Sdn. Bhd.

Robert C. Zaehner. 1993. Kebijaksanaan Dari Timur. PT Gramedia Pustaka Utama Jakarta.

Salita. 1976. http://education.usm.my/images/docs/DigesPendidik/DP2003-2/5.pdf. diakses


pada 18 Mei 2016.
Siti Dahsiar Anwar. 2004. Cara Berpikir Orang Jepang: Sebuah Perspektif Buddhisme.
Seyyed Hossein Nasr et. al. 1994. Islam dan Alam Sekitar. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise

Petikan dalam Al-Quran: Surah Ar-Rum ayat 41 dan Surah Al-Qashah ayat 83

Protokol Kyoto. dlm. https://newgoldenhead.wordpress.com/kyoto/. Diakses pada 24 May


2016.

Willy Yandi Wijaya. 2009. Ekologi Buddhis. https://willyyandi.wordpress.com/tag/ekologi-


agama-buddha/ . Diakses Pada 15 Mei 2016

Zaini Ujang. 1993. Pencemaran Alam Sekitar: Perspektif Islam . Kuala Lumpur: Nurin
Enterprise.

Zul’Azmi Yaakob (tanpa tahun). Falsafah Alam dalam Konteks Falsafah Ketuhanan Menurut
Hamka. Universiti Kebangsaan Malaysia.
www.ukm.my/ijit/IJIT%20Vol%201%202012/9Zulazmi.pdf (Diakses pada
21/05/2016)

Anda mungkin juga menyukai