Anda di halaman 1dari 2

STORYLINE

Kedengaran lagu “Give Me Your Heartbreak “ nyanyian Demi Lovato berkumandang


dengan kuatnya di sebuah bilik yang berdekatan. Lagu itu tengah meletup dan
sering diputarkan oleh Deejay di corong radio. Dua orang yang menginap di bilik
tersebut iaitu Timah dan Lehah sedang memainkan lagu tersebut dengan begitu
kuat sehinggakan telah mengganggu ketenteraman jiran- jiran sebelah yang
menginap di kawasan perumahan tersebut.
Salah seorang penghuni di kawasan tersebut iaitu Deeja mendengar lagu yang
dikumandangkan. Deeja dengan segera berjalan menaiki tangga mencari bunyi
bising tersebut dan terserempak dengan rakannya iaitu Zara.
“Assalamualaikum Deeja, tergesa-gesa ni nak ke mana?” kata Zara.
“Waalaikumussalam Zara, aku tengah sakit hati ni dengan jiran kita ni. Tak ada adab
dan rasa hormat langsung! Malam-malam buta pasang speaker buka lagu kuat-kuat!
Ingat kawasan ni hak dia ja kot! Panasnya hati aku ni…” kata Deeja.
“Laaa ingatkan ada kecemasan apa la tadi sebab cepat ja jalan… Sabar Deeja,
jangan ikutkan perasaan marah tu sebab marah tak menyelesaikan masalah. Apa
kata kita pergi tengok dekat mana bunyi bising tu dan bukankah lebih elok kalau kita
tegur mereka secara beradab? berkata Zara dengan tersenyum.
Deeja dan Zara berjalan menuju ke bilik tersebut.
“Assalamualaikum…” Zara mengetuk bilik Timah dan Lehah. Berulang kali Zara
mengetuk pintu bilik tersebut. Barangkali mereka tidak mendengar kerana lagu yang
dipasang begitu kuat.
“Waalaikumussalam…, Timah membuka pintu bilik setelah diketuk dengan kuat oleh
Zara.
“Maaf mengganggu… tujuan saya datang sini sebab nak maklum kepada kamu
untuk perlahankan sikit lagu yang dipasang. Kamu berdua sudah menggangu
ketenteraman jiran-jiran yang lain. Lagipun kita semua ni hidup berjiran sebelah
menyebelah. Kamu juga sebagai seorang jiran perlu menitik beratkan adab berjiran,
hak dan hormat-menghormati sebagai seorang jiran. Sekiranya kamu berada
ditempat mereka sekarang apa yang kamu rasa? Sama kan dengan apa yang jiran-
jiran lain rasa sekarang.“ kata Zara kepada Timah dan Lehah.
“Oh begitu… Kami berdua memohon maaf diatas perbuatan yang dilakukan… Terima
kasih banyak sebab sudi menegur dan menasihati kami. Kami janji tidak akan
mengulangi kesalahan ini lagi.” kata Timah dan Lehah.
Seminggu kemudian, tiada lagi lagu berkumandang dengan kuat. Timah dan Lehah
telah menyesali dengan perbuatan yang dilakukan dan mereka telah meminta maaf
kepada jiran-jiran ketika berlangsungnya perjumpaan rukun tetangga. Mereka
berjanji tidak akan mengulangi perbuatan yang tidak disenangi itu lagi.
Kesimpulannya, jiran yang baik adalah jiran yang sering mengambil berat tentang
jirannya ketika sakit, kenyang atau ketika laparnya, sedih atau gembiranya. Kita
sebagai jiran perlu tahu hak-hak dan adab dalam berjiran kerana Islam sudah
mengajar umatnya sentiasa beradab dan berakhlak terutamanya sesama jiran
tetangga. Tegur-menegur merupakan kesinambungan dalam mewujudkan hubungan
silaturrahim dimana kita sebagai jiran mempunyai kaedah dan adab yang betul
untuk menegur jiran yang melakukan kesalahan dimana setiap teguran perlulah
diikuti dengan kata-kata, nada dan memek muka yang elok. Oleh itu, kita perlu
mengatur strategi yang baik demi memelihara keharmonian hidup berjiran, dengan
kembali kepada ajaran Islam yang sebenar.

Anda mungkin juga menyukai