Anda di halaman 1dari 3

“Body Shaming” seringkali terjadi dalam kehidupan anda tanpa disedari.

Ramai
masih lagi belum benar-benar faham apakah maksud sebenar “body shaming” dan
apakah kesan dan akibatnya kepada kesihatan mental seseorang. Setiap orang
dilahirkan dengan rupa paras, bentuk badan, warna kulit, saiz dah fizikal yang
berlainan. Namun disebalik kepelbagaian dan perbezaan ini terdapat sesetengah orang
menggunakan sebagai bahan jenaka untuk kepuasan diri masing-masing. Malah, bagi
sesetengah orang pula, mereka mudah membuat penegasan dengan menyalahgunakan
istilah, ungkapan atau pernyataan yang sengaja atau secara langsung berunsur
penghinaan. Body shaming merupakan satu situasi di mana ciri fizikal seorang individu
itu dipertikaikan. Di luar negara mereka turut melakukan kempen ‘Stop body-shaming’
atau ‘ Say No to body-shaming’ yang disertai ramai tokoh termasuk selebriti dan artis
popular. Di Malaysia, body shaming seolah-olah sesuatu yang dianggap normal dan
situasi ini berpotensi membentuk budaya yang tidak sihat khususnya dalam kalangan
generasi muda.

Tahukah anda apakah yang dimaksudkan dengan “Body Shaming”? Ianya adalah
tindakan atau amalan memalukan seseorang dengan membuat komen mengejek atau
memberi kritikan negative mengenai bentuk atau saiz badan seseorang atau dengan
bahasa mudah “Body Shaming”adalah perbuatan ‘membuli’ terhadap fizikal seseorang.
Body Shaming adalah perbuatan buli secara ‘verbal’. Body shaming spesifik ditujukan
pada bentuk badan dan ukuran tubuh badan seseorang.

Antara kesan dan akibat “Body Shaming” terhadap seseorang itu ialah mereka
mula hilang kepercayaan dalam diri, bahkan boleh mengakibatkan berlakunya tekanan
yang menyebabkan kemurungan kerana seringkali diejek dan dipandang jelek. Ianya
boleh memudaratkan kesihatan mental seseorang. Selain itu, mereka hilang selera
makan, gangguan emosi serta timbulnya rasa ingin bunuh diri. Sekiranya “Body
Shaming” dilakukan di sosial media, pelaku boleh dikenakan tindakan undang-undang.
Mangsa boleh melaporkan kepada polis atau Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia
Malaysia (SKMM). Menurut Seksyen 233 (1) (b) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998
(Akta 588), jika didapati bersalah, pesalah boleh didenda tidak lebih daripada RM
50,000 atau dipenjarakan selama tidak lebih daripada satu tahun, atau kedua-duanya.
Bagi sesiapa yang menganggap body shaming sebagai gurauan amatlah memalukan
kerana perkara itu tidak lawak. Malah ia perkara yang tidak boleh dipandang ringan
oleh masyarakat Malaysia ini.

Mereka yang menjadi mangsa body shaming ini akan memberi kesan negatif
dimana mangsa akan berasa amat malu, tekanan dan menjadi murung atas penghinaan
yang dilemparkan terhadap mereka. Untuk pengetahuan, pakar psikologi ada
menyatakan mereka yang sering memalukan orang lain atau mengkritik fizikal orang
lain sebenarnya mereka mempunyai masalah keyakinan diri, mereka berasa dengan
mengkritik fizikal orang lain itu dapat melindungi kelemahan diri mereka. Budaya body
shaming ini tidak sepatutnya wujud dalam budaya kita. Sebelum mengeluarkan kata-
kata atau menulis, fikirlah terlebih dahulu. Terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata
buruk padahnya.

Anda mungkin juga menyukai