Anda di halaman 1dari 5

1.

0 PENGENALAN

Manusia secara lazimnya melakukan pelbagai aktiviti dalam kehidupan seharian. Di antara
aktiviti yang sememangnya lazim dilakukan ialah aktiviti berkomunikasi. Maka itu komunikasi
menjadi sangat kompleks dan penting. Ini kerana setiap aktiviti komunikasi yang dilakukan akan
menentukan tahap keberkesanan setiap aktiviti yang dilakukan. Komunikasi boleh berlaku
dengan orang yang dikenal ataupun dengan pihak yang tidak dikenali.

Pelbagai teori wujud dalam kehidupan mengikut keperluan, bidang atau disiplin yang
tertentu, seperti teori Maslow (1970), Teori Diri (Charles Cooley 1864-1929), Teori Pengurusan
Saintifik Robert Owen (1771-1858), Teori Abad ke-20 (William H.Sheldon 1940), Teori Konflik
(Taylor, Walton dan Young 1973) dan sebagainya.

2.0 DEFINISI TEORI DAN TEORI KOMUNIKASI

Teori Komunikasi adalah gabungan dua kata dasar iaitu teori dan komunikasi. Teori mengikut
Littlejohn (1996) adalah satu konsep yang cuba menerangkan sesuatu pengalaman, idea tentang
suatu fenomena yang berlaku atau peristiwa. Teori adalah data-data mengenai sesuatu fenomena
yang diperolehi yang menyumbang kepada pengetahuan yang lebih kompleks dan menyeluruh
kepada sesuatu bidang. Teori juga memudahkan pengamal membuat andaian mengenai sesuatu
fenomena yang sedang berlaku. Selain itu, teori menjadi satu kaedah dan panduan untuk
melaksanakan sesuatu aktiviti secara yang lebih sistematik.

Pada dasarnya, tujuan teori adalah untuk merumuskan penyataan-penyataan atau dalil-
dalil yang boleh memberi penjelasan. Antara definisi teori ialah:

“Satu kenyataan yang mengandungi konsep-konsep dan perkaitan di antara


yang membolehkan seseorang memahami, menjelas, menerang, menilai,
membuat ramalan, dan membuat kawalan terhadap fenomena.” (Cragan &
Shields, 1998).
Satu percubaan untuk menerang atau menjelaskan satu pengalaman, satu idea
tentang bagaimana sesuatu kejadian berlaku.” (Littlejohn, 1996).

1
Manakala definisi Teori Komunikasi pula merujuk kepada hubungan di antara konsep
teoritikal yang membantu memberi (secara keseluruhan atau sebahagian) keterangan, penjelasan,
penilaian atau ramalan mengenai tindakan manusia berdasarkan komunikator (orang)
berkomunikasi (bercakap, menulis, membaca, mendengar, menonton, dan sebagainya) untuk
tempoh tertentu melalui media (bahan perkembangan teori) – (Cragan & Shields, 1998).
Manakala menurut Miller (1996) satu situasi di mana sumber memancarkan mesej kepada
penerima dengan secara sedar bertujuan mempengaruhi perlakuan penerima.

3.0 KEPENTINGAN TEORI KOMUNIKASI

Teori komunikasi adalah menjelas dan menerangkan fungsi-fungsinya seperti teori menyusun
dan membuat rumusan tentang sesuatu pengalaman, teori memanjangkan ilmu, teori merangsang
dan menjadikan panduan untuk kajian pada masa hadapan serta teori membantu dalam membuat
sesuatu ramalan. Penjelasannya adalah seperti berikut:

3.1 Teori Menyusun Dan Membuat Rumusan Tentang Sesuatu Pengalaman

Teori ini adalah dapat membantu mengumpul segala pengalaman suatu perlakuan komunikasi
dalam ke dalam beberapa proposisi atau pernyataan. Dengan pernyataan ini, maka para pengguna
dan pengkaji komunikasi akan dapat mengumpul segala pengetahuan yang telah dihasilkan oleh
pelbagai pihak supaya mereka yang terlibat dalam bidang komunikasi mengetahuinya. Justeru itu
ia membolehkan mentafsirkan kejadian secara lebih fleksibel, berfaedah dan dapat membezakan
baik-buruk sesuatu perkara.

3.2 Teori Memanjangkan Ilmu

Teori ini dapat membantu kita meluaskan tanggapan, mengatasi sesuatu yang menjadi kebiasaan,
membolehkan kita menjadi semakin anjal dan mudah menyesuaikan diri dengan keadaan yang
sentiasa berubah. Sesuatu pernyataan dalam teori tertentu akan dapat membantu menjangkau apa
yang mungkin berlaku nanti berasaskan pengalaman dan ilmu pengetahuan yang sedia ada. Ia
juga memanjangkan pengetahuan selain dari apa yang kita lihat. Tanpa teori kita tidak dapat lihat
melebihi perkara yang berlaku di hadapan kita. Dengan itu pernyataan dalam teori membantu

2
kita melihat perkara yang kita tidak pernah kita lihat sebelum ini, secara jelas mahupun
konseptual.

3.3 Teori Merangsang Dan Menjadikan Panduan Untuk Kajian Pada Masa Hadapan

Ramalan dalam sesuatu teori khususnya teori yang pernah dibuat oleh pengkaji-pengkaji
terdahulu sebenarnya akan dapat membantu para pengkaji komunikasi melakukan penyelidikan
seterusnya dalam bidang-bidang tertentu. Ini bermakna hasil-hasil kajian lepas boleh dijadikan
garis panduan, sumber untuk melakukan atau memperlengkapkan lagi sesuatu kajian dan
penyelidikan terkini. Dengan adanya ramalan dalam teori, ia dapat membantu melakukan
penyelidikan dalam bidang masing-masing.

3.4 Teori Membantu Dalam Membuat Ramalan

Suatu teori yang mengandungi pembolehubah dan hubungan di antaranya membolehkan kita
membuat jangkaan tentang kejadian yang kita tidak pernah alami sebelum ini. Membantu kita
melihat sesuatu yang tidak pernah kita lihat sebelumnya, walaupun perkara itu di depan mata kita
serta membantu kita melihat perkara yang sama dengan pandangan baru. Jika sekiranya kita
mendapati berlaku suatu fenomena dan dapat pula memperincikan beberapa konsep dalam
fenomena tersebut maka kita boleh meramalkan bahawa fenomena tersebut akan berlaku pada
masa depan andainya terdapat konsep yang berkenaan dalam teori kita. Ia juga membolehkan
keputusan dibuat berdasarkan kepentingan yang disejajarkan dengan ramalan dan jangkaan.

4.0 KESIMPULAN

Teori komunikasi ialah teori yang menjelaskan fenomena komunikasi. Maka itu, teori
komunikasi sangat perlu dan penting dalam menjalankan kajian saintifik. Teori akan sentiasa di
rujuk dalam perbincangan, perbandingan, mengenal pasti dan memahami fenomena lepas.
Dengan adanya teori dalam kajian, kajian yang dijalankan akan lebih fokus dan membincangkan
perkara-perkara yang telah ditetapkan. Dengan itu, teori juga akan sentiasa diperkembangkan
atau dipertingkatkan.

Teori komunikasi juga dapat menjelaskan situasi yang hanya berlaku pada masa lampau
dan ia hanya boleh dijelaskan dengan teori. Maka untuk memahami masalah yang dialami pada
masa lampau, teori diperlukan. Oleh itu teori komunikasi adalah satu penyataan yang boleh
3
menerangkan, menjelaskan sesuatu perkara, fenomena atau kejadian komunikasi tetapi oleh
sebab sifatnya yang sementara maka ia berguna untuk memberi asas kepada jangkaan, ramalan
dan kajian pada masa hadapan yang lebih mantap dan tegar lagi.

4
RUJUKAN:

Azman Azwan Azmawati, Mustafa Kamal Anuar (2015). Antologi Esei Komunikasi: Teori, Isu
dan Amalan. Pulau Pinang. Universiti Sains Malaysia.

Muhd. Mansur Abdullah (1998). Komunikasi Dalam Pengurusan. Kuala Lumpur; Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Prof. Madya Dr. Saodah Wok (2004). Teori-teori Komunikasi, Bentong, Pahang: PTS
Publications & Distributors.

Werner J. Severin, James W. Tankard Jr.; terjemahan: Vincent Lowe, Abdullah bin Hassan
(1998). Teori komunikasi: Dewan Bahasa dan Pustaka; Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Wan Sakinah Wan Abrahim (1987). Komunikasi: Teori dan Praktis: Kuala Lumpur: Dewan
Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai