Anda di halaman 1dari 3

Positivisme dan Interpretisme merupakan dua pendekatan sains Sosial yangsangat penting.

Terangkan kedua-dua pendekatan ini dengan menggunakancontoh-


contoh yang sesuai dalam Sains Sosial

Skop Umum

Definisi Positivisme
Pandangan Sarjana Barat mengenai Positivisme
Hukum Positivisme
Contoh pendekatan Positivisme ini dalam Sains Sosial
Definisi Interpretisme
Contoh-contoh pendekatan Interpretisme ini dalam Sains Sosial
Perbandingan diantara Positivisme dan Interpretivisme


Definisi Positivisme
Positivisme ialah suatu falsafah tentang sosiologi manusia yang perlu dikaji secara bentuk
saintifik atau kuantitatif. Ahli falsafah positivisme berpendapat bahawa kehidupan sosial
terdiri daripada fakta-fakta dan unsur-unsur yang boleh dikaji seperti alam
semulajadi. Positivisme mencari undang-undang tingkah laku sosial menggunakan kaedah
sains dan logic. Positivisme lebih melihat kepada sosiologi institusi dalam masyarakat
(makro Sosiologi).

Definisi Positivisme mengikut sarjana Barat

Menurut Auguste Comte yang juga pengasas positivisme pada abad ke 19 menyatakan
bahawa dunia fizikal beroperasi mengikut gariviti dan hukum-hukum alam, begitu juga
masyarakat yang beroperasi mengikut undang-undangnya tersendiri.



Huraian
Positivisme secara umumnya bersifat objektif, ia melihat kebenaran dari sudut pengalaman
empirikal. Pengalaman empirikal yang boleh diuji dan diteorikan dalam bentuk model ruang
atau pengalaman empirikal- yang boleh diuji dan diteorikan dalam bentuk model ruang atau
Positivisme menekankan hukum-hukum universal yang boleh diyakini. Positivisme
menekankan kepentingan hukum-hukum universal yang diyakini boleh menjelaskan dan
meramalkan semua fenomena ruangan di atas lanskap bio-fizikal dan sosio-budaya
manusia

Kritikan Sarjana barat
Menurut Foucault, kaum Positivisme terlalu percaya bahawa objektif itu ada
Menurutnya lagi, tidak ada sesuatu yang objektif, kerana segala sesuatu subjektif, segalanya
memilik ruang cipta ketika sebuah pengetahuan disusun. Bahkan pengetahuan itu sendiri
muncul sebagai sesuatu yang subjektif dalam fungsinya.

Kritikan Sarjana Islam
Sarjana Islam tidak bersetuju dengan hukum positivisme kerana ia bertentangan dengan
prinsip-prinsip Islam. Ia bercanggahan dengan prinsip Islam kerana menyalahi prinsip adil
dalam Islam.

Kritikan Sarjana Lain-lain
Umer Chapra ketika membicarakan perihal ekonomi Islam dalam bukunya 'The Future of
Economy' turut membicarakan isu ini. Mereka telah membicarakan perbezaan ekonomi
Islam berbanding ekonomi konvensional di antaranya ialah berhubung falsafah positivisme
yang menjadi tonggak ideologi ekonomi konvensional (kapitalisme dan Sosialisme).

Hukum-hukum Positivisme (Positivisme Law)

Fenomenalisme
Perkara yang berlaku berdasarkan pengalaman tulen.
Atomisme
Perkara yang berlaku berdasarkan objek pengalaman yang wujud berasingan, menganalisa
fakta-fakta secara logik matematik.
Hukum-hukum umum
Perkara yang berlaku secara semulajadi.
Nominalisme
Perkara berlaku yang menolak nilai abstrak.
Pernyataan Normatif
Perkara yang membezakan fakta dan nilai

Contoh-contoh pendekatan Positivisme ini dalam Sains Sosial

Salah satu Contoh positivisme dalam sains sosial adalahEMOSI. Emosi tidak boleh disahkan
secara abstrak kerana tidak boleh dilihat dengan mata kasar. Sekiranya emosi boleh dilihat
dengan aksi-aksi tertentu dan boleh dilihat maka ia bersifat objektif dan boleh bertukar
kepada ilmu objektif

Anda mungkin juga menyukai