Anda di halaman 1dari 8

Topik X Sejarah

10

Perkembangan
Sains Sosial
di Malaysia

HASIL PEMBELAJARAN
Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

1.

Memerihalkan sejarah awal kemunculan sains sosial di Malaysia;

2.

Menjelaskan sumbangan sarjana tempatan dalam penyebaran dan


pembinaan ilmu sains sosial; dan

3.

Menghuraikan kerelevanan ilmu sains sosial dalam konteks


pembinaan negara bangsa.

PENGENALAN

Topik ini menyusur galur sejarah awal kemunculan dan perkembangan sains
sosial di Malaysia. Sejarah sains sosial adalah sebahagian yang amat penting
dalam sejarah intelektual sesuatu bangsa dan negara. Sejarah intelektual itu pula
merupakan jiwa dan mata akal pencerahan kepada keseluruhan sejarah bangsa
dan negara. Sumbangan sarjana dan pemikir sains sosial dalam pembinaan
negara bangsa seperti masyarakat berbilang etnik di Malaysia adalah penting
untuk merealisasikan pembangunan negara. Perlu ditegaskan, ilmu sains sosial
masih relevan dan harus diberikan perhatian oleh semua pihak terutama para
pembuat dasar.

90

X TOPIK 10

SEJARAH PERKEMBANGAN SAINS SOSIAL DI MALAYSIA

10.1 KEMUNCULAN AWAL SAINS SOSIAL DI


MALAYSIA
Menurut Abdul Rahman Embong (2006), sains sosial secara umum dan kajian
Malaysia secara khusus telah berkembang di Malaysia selama kira-kira lima
dekad. Setelah rumpun sains sosial diperkenalkan di negara ini melalui ilmu
kolonial sejak zaman sebelum merdeka, banyak perubahan dan perkembangan
telah berlaku terutamanya semenjak awal 1970an. Usaha menyalurkan ilmu sains
sosial di negara ini bermula sejak tahun 1960an lagi dengan pengenalan disiplin
ekonomi di Universiti Malaya.
Dewasa ini rumpun sains sosial itu sudahpun mencorakkan dunia ilmunya
tersendiri dan juga memberikan kesan yang penting ke atas pembangunan
negara dan masyarakat. Semangat dan titik tumpuan ilmu sosial mungkin
berbeza-beza dari suatu zaman ke zaman yang lain. Namun beberapa prinsip
asasnya tetap kekal. Maka untuk melangkah ke hadapan dan memajukan sains
sosial selanjutnya pada abad ke-21 ini, adalah penting bagi kita meneliti sejarah
perkembangannya, membuat tinjauan ke atas perkembangan itu bagi mengenal
pasti semangat dan titik pertemuannya.

10.1.1 Sejarah dan Perkembangan Sains Sosial di


Malaysia
Apabila kita mengatakan bahawa sains sosial di Malaysia masih agak muda
sebagai fenomena selepas merdeka, ini tidak bererti tidak ada tradisi ilmu dalam
masyarakat kita pada zaman sebelum itu. Langkah awal penginstitusian sains
sosial di Malaysia bermula dengan penubuhan Raffles College pada 1929 di
Singapura yang mengajar ilmu ekonomi sebagai satu disiplin dalam bidang sastera
di samping bidang-bidang ilmu sosial lain seperti sejarah, geografi serta bahasa
dan sastera Inggeris (Zainal Kling, 1995). Apabila Universiti Malaya ditubuhkan di
Singapura pada Oktober 1949 dengan percantuman Raffles College dengan King
Edward VII College of Medicine, disiplin ekonomi diinstitusikan sebagai sebuah
jabatannya tersendiri. Apabila cawangan Universiti Malaya Kuala Lumpur
didirikan pada 1959, sejumlah disiplin sains sosial diajar di Fakulti Sastera di mana
ilmu ekonomi menduduki tempat istimewa dengan Jabatan Ekonomi menjadi
jabatan terpenting di fakulti itu (Zainal Kling, 1995).
Apabila cawangan Kuala Lumpur menjadi Universiti Malaya (UM) pada 1961
(institusi asal di Singapura menjadi Universiti Singapura), perkembangan sains
sosial dipergiatkan lagi dengan memperbesarkan Jabatan Ekonomi menjadi
Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran pada 1966. Di Fakulti Sastera pula terdapat
pelbagai jabatan seperti jabatan geografi, sejarah, pengajian Islam, pengajian

TOPIK 10

SEJARAH PERKEMBANGAN SAINS SOSIAL DI MALAYSIA W

91

Melayu, Cina dan India. Bagi sains sosial lain seperti antropologi, sosiologi,
psikologi dan sains politik, tidak ada jabatan yang khusus yang berperanan
sebagai institusi pendukungnya. Disiplin-disiplin ini khusunya antropologi dan
sosiologi diserapkan melalui aliran budaya di Jabatan Pengajian Melayu mulai
1959 (Zainal Kling, 1995). Disiplin falsafah juga tidak mendapat dukungan manamana jabatan falsafah sungguhpun ini tidak bererti pengajaran falsafah tidak
diserapkan ke dalam disiplin-disiplin yang sesuai.
Sementara disiplin-disiplin lain dalam sains sosial sudah mula bertapak,
pengenalan disiplin-disiplin baru khususnya sosiologi, antropologi, psikologi,
sains politik, komunikasi dan sebagainya berlaku kemudian, iaitu sejak 1970an,
bahkan sains politik dan komunikasi diperkenalkan secara rasmi pada 1980an.
Seperti yang dinyatakan oleh Hairi Abdullah (1995), Zainal Kling (1995) dan lainlain, penubuhan universiti-universiti baru, iaitu Universiti Sains Malaysia (USM)
pada 1969, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) pada 1970, Universiti Putra
Malaysia (dulunya Universiti Pertanian Malaysia) pada 1971, Universiti Utara
Malaysia (UUM) pada 1983, dan seterusnya beberapa universiti lain di negara ini
telah menjadi wadah bagi pengembangan disiplin-disiplin baru dalam sains
sosial. Pada 1971 pula, Universiti Malaya mengambil langkah yang didahului
oleh UKM dan USM dengan menubuhkan Jabatan Antropologi dan Sosiologinya
sendiri di bawah Fakulti Sastera (Abdul Rahman Embong. 2006).
Perkembangan sains sosial di negara kita sejak pasca merdeka telah
menyaksikan banyak pencapaian dalam usaha membangunkan manusia,
masyarakat dan negara. Justeru beberapa kolej universiti juga telah dinaik
tarafnya sebagai universiti baharu pada abad ke-21. Ia adalah tapak asas yang
kukuh bagi universiti baharu di negara kita untuk memperkembangkan disiplin
sains sosial yang akan menentukan peranan dan orientasi disiplin tersebut pada
masa hadapan. Pembangunan di negara bukanlah bermakna kita tidak akan
menghadapi masalah sosial malahan sebaliknya. Ini bermakna disiplin sains
sosial harus diperkenalkan dan disebarluaskan secara sistematik dan progresif
lagi pada masa hadapan supaya ia dapat memenuhi cabaran dan pelbagai
kehendak pergolakan sama ada dari aspek sosial, ekonomi mahupun politik.

10.2 SUMBANGAN SARJANA TEMPATAN


DALAM PENYEBARAN DAN PEMBINAAN
ILMU SAINS SOSIAL
Disiplin sains sosial semakin mendapat perhatian atau tempat dan penghargaan
yang baik daripada pelbagai pihak seperti badan akademik, politik, pemerintah
serta juga pihak swasta. Keperluan terhadap disiplin sains sosial ini dirasai benar
mustahaknya lebih-lebih lagi apabila wujudnya perkembangan yang pesat dari

92

X TOPIK 10

SEJARAH PERKEMBANGAN SAINS SOSIAL DI MALAYSIA

segi pembangunan yang dialami oleh negara kita selepas merdeka sehingga ke
hari ini.
Oleh yang demikian, disiplin sains sosial mulai berkembang selepas negara ini
mengalami zaman pembangunan yang lebih pesat, iaitu dalam tahun 1960an.
Pembangunan dari segi sosial, ekonomi dan juga politik telah menjadi faktor
utama yang memberi penghargaan dan perhatian terhadap disiplin sains sosial.
Bukti penghargaan dan perhatian yang diberikan oleh para ahli akademik,
pemerintah dan golongan perancang dasar pembangunan ialah dengan memberi
tempat kepada pembangunan disiplin sains sosial di pusat-pusat pengajian
tinggi di negara ini (Mohd. Yusof Hashim, 2006).
Sebagai universiti yang terawal, UM memang terkehadapan ketika itu dari segi
pengalaman dan tahap kelulusan ahli akademiknya kerana ia sudah pun
mempunyai sejumlah pensyarah yang berkelulusan PhD (Doktor Falsafah) dan
terkenal khususnya di Fakulti Sastera, Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran serta
Fakulti Pendidikan. Mereka merupakan barisan pelopor yang mengembangkan
sains sosial dan kemanusiaan tempatan.
Tokoh-tokoh pelopor ini termasuk Ungku Aziz, Syed Hussein Alatas, Wang
Gungwu, Syed Naguib Alatas, Mohd Taib Osman, Awang Had Salleh, Kahar
Bador, Mokhzani Rahim, Syed Husin Ali dan Atan Long. Untuk
mengembangkan sains sosial di universiti-universiti baru pula, sejumlah
pensyarah telah dihantar ke luar negara, terutamanya Britain, Australia dan New
Zealand pada akhir 1960an dan awal 1970an untuk dilatih dalam pelbagai
disiplin sains sosial.
Sejak itu sehingga kini, pelbagai disiplin sains sosial khususnya disiplin-disiplin
baru seperti sosiologi, antropologi dan psikologi mengalami perkembangan yang
pesat. Ribuan graduan telah lulus dalam pelbagai bidang sains sosial dan mereka
memainkan peranan masing-masing dalam pembangunan negara. Manakala
sesetengahnya pula menjadi pensyarah di beberapa buah universiti tersebut dan
turut menyumbang kepada pembinaan dan penyebaran ilmu sains sosial. Justeru
boleh kita simpulkan bahawa akhir tahun 1960an dan awal 1970an adalah titik
peralihan penting dalam sejarah perkembangan sains sosial di Malaysia (Abdul
Rahman Embong, 2006).

10.2.1 Peranan, Orientasi dan Sumbangan Sarjana


Sains Sosial Tempatan
Sarjana sains sosial tempatan telah banyak memainkan peranan dalam
mengembangkan bidang masing-masing seperti antropologi, sosiologi, psikologi,
sains politik, ekonomi dan sebagainya. Tidak dapat dinafikan bidang sains sosial

TOPIK 10

SEJARAH PERKEMBANGAN SAINS SOSIAL DI MALAYSIA W

93

telah membuat sumbangan yang besar dalam beberapa aspek, terutamanya


kepada pembangunan korpus ilmu, serta kepada pembangunan negara dan
pembangunan masyarakat. Sumbangan besar bidang sains sosial ialah kepada
pembinaan satu korpus ilmu yang dikenali sebagai Kajian Malaysia.
Sumbangan sarjana tempatan kepada pembinaan korpus ilmu dilakukan dalam
beberapa cara:
(a)

Pertama, melalui penganjuran persidangan sains sosial di peringkat


antarabangsa dan nasional.

(b)

Kedua, melalui penubuhan persatuan ilmiah dan profesional, iaitu


Persatuan Sains Sosial Malaysia (PSSM) pada 1978. Ini menandakan satu
kemajuan dalam bidang sains sosial, kerana PSSM terlibat secara aktif
dalam aktiviti akademik dan advokasi awam.

(c)

Ketiga, melalui penerbitan sains sosial, khususnya dalam bentuk jurnal


akademik seperti Akademika (sejak 1972 di UKM), Kajian Malaysia (sejak
1983 di USM), Sari (sejak 1983 di UKM) dan Pertanika (sejak 1993 di UPM).
Terdapat pelbagai jurnal lain yang diterbitkan seperti Ilmu Masyarakat
terbitan Persatuan Sains Sosial Malaysia mulai 1983 (ditamatkan pada
1995); Jurnal Antropologi dan Sosiologi yang diterbitkan oleh Jabatan
Antropologi dan Sosiologi UKM mulai 1972 (ditamatkan pada 1995; serta
Jurnal Sumber yang diterbitkan pada 1983 oleh Fakulti Sains Pembangunan
UKM tetapi ditamatkan pada 1997).

Menurut Mohd. Yusof Hashim (2006), orientasi ahli sains sosial di Malaysia
dapat disimpulkan kepada beberapa perkara seperti berikut:
(a)

Ahli sains sosial hendaklah menumpukan minat yang mendalam kepada


profesionnya bukan sekadar di lapangan akademik semata-mata malahan
hendaklah menceburkan diri ke dalam penyelidikan yang berupa problemsolving dalam jurusan pembangunan di negeri yang melibatkan
perubahan-perubahan sosial dan ekonomi. Kajian-kajian hendaklah
ditumpukan kepada perkara yang dinamik, yang bergolak, bukanlah
kepada perkara yang statik yang hasilnya tidak memberi apa-apa faedah
kepada masyarakat seluruhnya. Objektifnya hendaklah terdorong kepada
hasrat untuk menolong negara dan rakyat menempuh masa pembangunan
dengan lebih positif akan akibat-akibat pada masa hadapan.

(b)

Ahli sains sosial juga harus mempunyai minat untuk mendalamkan kajian
terhadap sistem-sistem yang ada dalam masyarakat kita dan berani
membuat syor-syor yang dapat diterima supaya perubahan berlaku dengan
tersusun mengikut hala tuju yang tertentu. Sistem-sistem baru yang
disyorkan hendaklah berpandukan asas-asas yang kukuh yang telah pun
dikaji dan diselidik dengan secara mendalam. Perubahan-perubahan

94

X TOPIK 10

SEJARAH PERKEMBANGAN SAINS SOSIAL DI MALAYSIA

selalunya mendapat tentangan atau rintangan terutama yang bersangkutan


dengan nilai dan sikap; maka ahli sains sosial hendaklah memahami
hakikat ini.
(c)

Ahli sains sosial sendiri mestilah juga mempunyai motivasi untuk


berkhidmat kepada masyarakat, untuk melihat perubahan-perubahan
dalam negara ini. Mereka hendaklah mempunyai dedikasi dan mempunyai
kepercayaan penuh bahawa rakyat hanya akan maju melalui
pembangunan. Terpulanglah kepada mereka mengesyorkan jalan atau
metode yang harus diikuti oleh pemerintah dalam mengendalikan
pembangunan. Ahli sains sosial tidak harus menjadi orang atas pagar atau
pemerhati saja dalam pergolakan pembangunan ataupun kelompok
penentang dengan tidak memberi apa-apa panduan kepada kerajaan.

Sumbangan sarjana sains sosial tempatan juga dapat dilihat dalam pelbagai
agensi dan kementerian kerajaan sama ada sebagai pakar perunding, penasihat
mahupun penyelidik. Sumbangan sarjana sains sosial dalam merencana dasar
kerajaan dan meninjau pencapaiannya juga amat penting selaras dengan tugas
mereka sebagai pakar rujuk dan juga penyelidik.

10.3 KERELEVANAN ILMU SAINS SOSIAL


DALAM KONTEKS PEMBINAAN NEGARA
BANGSA
Ilmu sains sosial masih relevan dan penting untuk disebarluaskan dalam konteks
pembinaan negara bangsa seperti Malaysia. Sepanjang 51 tahun kita meraikan
kemerdekaan negara, banyak sejarah dan pencapaian serta kemajuan yang telah
kita cipta baik dari segi pembangunan fizikal mahupun pembangunan
masyarakat.
Perlu disebutkan bahawa konsep pembangunan masyarakat telah menjadi satu
konsep yang penting sejak abad ke-20 yang lalu. Ahli-ahli politik, pegawai tadbir
dan perancang dasar menaruh penuh kepercayaan kepada slogan sains dan
teknologi sebagai satu jentera yang akan membawa pembangunan di Malaysia.
Maka kini menjadi peranan dan tanggungjawab sains sosial dan ahli-ahli sains
sosial untuk menempatkan disiplin ini ke tempat dan ke taraf yang dipercayai
seperti kepercayaan dan keyakinan golongan-golongan tertentu kepada sains
dan teknologi. Konsep pembangunan masyarakat adalah konsep yang
melibatkan pembangunan bukan sahaja dari segi fizikal, iaitu infrastruktur
bahkan yang paling penting ialah pembangunan manusia, iaitu dari segi
perubahan sikap, nilai, mental, pengetahuan dan kemahiran. Dengan ini disiplin
sains sosial mempunyai kaitan yang implisit dalam usaha pembangunan
masyarakat di negara kita.

TOPIK 10

SEJARAH PERKEMBANGAN SAINS SOSIAL DI MALAYSIA W

95

Ilmu sains sosial juga masih relevan dengan komitmen sosial yang diberikan
oleh ahli sains sosial dalam memajukan manusia, masyarakat dan negara.
Sumbangan ahli sains sosial dalam merencana hala tuju dasar juga amat penting
dan perlu diberikan perhatian. Banyak kajian telah dijalankan oleh ahli sains
sosial untuk menilai kembali keberkesanan sesebuah dasar yang direncana oleh
pihak pemerintah. Dalam hal ini, saranan dan kritikan membina yang diberikan
oleh ahli sains sosial dalam memperkasa dan memantapkan dasar amat wajar
dihormati sebagai satu komitmen sosial untuk memajukan pembangunan
masyarakat dan negara.

AKTIVITI 10.1
1.

Senaraikan aktiviti kemasyarakatan yang pernah anda sertai


sepanjang pembelajaran anda. Apakah manfaat yang anda
pelajari dan kesan kepada diri anda sepanjang menyertai
aktiviti tersebut?

2.

Pada pandangan anda apakah cabaran semasa yang dialami


oleh ahli sains sosial dalam memajukan disiplin sains sosial di
negara kita? Sejauh manakah pihak pemerintah memberi
perhatian kepada bidang sains sosial dalam merencana tema
pembangunan negara?

Sains sosial sebagai suatu bidang ilmu cukup penting dalam mengisi tema
pembangunan masyarakat dan negara.

Sumbangan dan peranan ahli sains sosial penting untuk memastikan setiap
dasar yang direncana oleh pihak kerajaan memberi tumpuan kepada aspek
pembangunan manusia.

Disiplin sains sosial masih relevan dan perlu disebarluaskan dari semasa ke
semasa agar ahli sains sosial memperjuangkan pembangunan yang seimbang
dan mengambil kira perspektif dari bawah ke atas, iaitu dari masyarakat
kepada pemerintah.

96

X TOPIK 10

SEJARAH PERKEMBANGAN SAINS SOSIAL DI MALAYSIA

Pembuat Dasar

Sains Sosial

Psikologi

Sosiologi

Abdul Rahman Embong. (2006). Peranan dan orientasi sains sosial di Malaysia.
Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Hairi Abdullah. (1995). Antropologi dan sosiologi: Menggaris arah baru. Bangi:
Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.
Mohd. Yusof Hashim. (2006). Peranan dan orientasi sains sosial di Malaysia.
Bangi: Penerbit Universiti Kebangsaan Malaysia.

Anda mungkin juga menyukai