Anda di halaman 1dari 8

TUGASAN INDIVIDU

PENULISAN AKADEMIK SAINS SOSIAL (AT10403)

TAJUK TUGASAN: ULASAN ARTIKEL JURNAL (INDIVIDU)

NAMA PENSYARAH: PROF. MADYA DR. ROSAZMAN BIN HUSSIN

NAMA AINA JASMIN BINTI DZULKARNAIN


NO. MATRIK BA20110367

1
1.1 Pengenalan
Konteks artikel ini mengandungi penjelasan tujuan, metodologi, dan struktur tinjauan yang
sistematik, dan mampu memberi panduan untuk mengembangkan sesebuah artikel atau idea
ulasan yang berguna. Artikel ini juga menggariskan langkah-langkah dan peraturan praktis, serta
memberikan gambaran umum mengenai pelbagai jenis artikel ulasan. Selain itu, artikel yang dikaji
semula meningkatkan pemahaman bagi sesuatu topik yang dikaji serta membantu mengenal pasti
jurang kajian dan isyarat untuk kegunaan kajian pada masa akan datang. Penulis juga
menyatakan bahawa ianya wajar untuk mencatat ratusan penyelidikan yang berjaya diterbitkan
dengan menggunakan teori, ukuran dan kaedah lama yang sama. Salah satu tujuan yang penting
dalam ulasan artikel adalah untuk mengenal pasti jurang penylidikan berasaskan konstruk atau
pembinaan, teori dan kaedah yang selalu diterapkan dalam persekitaran yang berbeza.

2.1 Ulasan Artikel


Tema utama artikel ini adalah, memberikan panduan kepada pembaca atau penulis untuk
menulis sebuah ulasan artikel yang lebih tepat, padat, informasi dan mempunyai literasi yang
sesuai untuk memberi gambaran yang lebih jelas kepada pembaca.
Isi utama yang terdapat dalam artikel ini adalah kaedah untuk menulis ulasan sastera. Antara
kaedah yang dinyatakan adalah kajian berdasarkan domain. Kajian berdasarkan domain adalah
kajian yang diklasifikasikan kepada lima kategori iaitu, ulasan berstruktur, ulasan berasaskan
kerangka, ulasan bibiliometrik, ulasan hibrid, dan ulasan bertujuan untuk pengembangan teori.
Kaedah seterusnya adalah ulasan berasaskan teori di mana berfokus dalam menganalisis peranan
teori tertentu dalam subjek untuk penyelidik senior dan junior. Selain itu, ulasan berasaskan
kaedah. Ulasan berasaskan kaedah adalah menggabungkan beberapa buah fikiran dan idea and
memperluaskan penggunaan sastera dalam kaedah-kaedah yang asas. Akhirnya adalah, ulasan
analisis meta iaitu kaedah yang paling berkesan di mana penilaian statistik lebih mendalam
mengenai data dan penemuan yang wujud dari kajian kuantitatif dan kajian sebelumnya.
Secara general, isi utama adalah menyatakan tentang kaedah ulasan sastera. Ulasan sastera
yang menarik dan tepat adalah dari penggunaan kaedah-kaedah yang mampu mengembangkan
idea ulasan dengan lebih terperinci untuk memupuk pemahaman kepada pembaca dan secara
langsung memberi gambaran tentang idea yang disampaikan walaupun dalam bentuk ulasan.
Dengan kaedah-kaedah yang dinyatakan penulis, ulasan idea dalam bentuk sastera akan menjadi
lebih ringkas dan padat dengan informasi.
Isi utama ini dianggap analitikal kerana kaedah penyampaiannya yang sistematik daripada
kajian yang menyeluruh. Idea-idea utama dibahaskan dengan tersusun dan membantu pembaca
untuk memahami konteks artikel ini. Di samping itu, idea utama yang dinyatakan juga dianggap

2
menyeronokkan kerana bukan sahaja dapat menambah pengetahuan pembaca malah mampu
memupuk minat kerana pengguanaan tatabahasa yang mudah difahami.

Kandungan penting yang terdapat dalam artikel jurnal ini adalah, kaedah yang digunakan
dalam ulasan sastera seperti kajian berdasarkan domain yang boleh diklasifikasikan kepada
beberapa kategori, ulasan berasaskan teori, ulasan berasaskan kaedah, dan ulasan analisis meta.
Di sini dapat gariskan kepentingan kaedah tersebut dalam ulasan sastera. Kaedah tersebut boleh
diguna pakai oleh penyelidik pada masa akan datang dalam menulis ulasan mereka mengenai
sesuatu idea.
Di samping itu, terdapat juga peraturan dan cadangan untuk mengembangkan artikel ulasan
yang mampu memberi kesan kepada pembaca. Yang pertama adalah, pemilihan topik. Pemilihan
topik yang sesuai menjadikan artikel ulasan yang dibuat mampu memberi kesan secara umum
kepada pembaca. Penulis tidak boleh memilih topik yang berulang untuk dijadikan sebagai idea
ulasan terutama sekali apabila sudah wujud ulasan yang jauh lebih baik mengenai topik yang
sama. Hal ini boleh mengelakkan perbandingan antara ulasan artikel yang baik dan kurang baik.
Tambahan itu, penglibatan penulis lain dalam menyatakan buah fikiran mereka dalam ‘Isu
Tinjauan Khas’ dan pengarang telah memilih 9 kertas daripada 76 untuk diletakkan dalam artikel
ini.
Fakta utama yang terdapat dalam artikel ini adalah, pentingnya kaedah dalam sesebuah
ulasan sastera. Hal ini membantu bukan sahaja dalam menjadikan sesebuah ulasan sastera lebih
tersusun malah, penggunaan literasi yang maksimum dapat menjadikan ulasan tersebut sebagai
suatu ulasan yang baik terutamanya tentang topik-topik yang penting.
Gaya penulisan yang digunakan dalam artikel ini adalah, analitikal di mana kaedah
penyampaiannya sangat sistematik dan tersusun. Contohnya, penggunaan abjad dan nombor
untuk menyusun tajuk-tajuk kecil dan tajuk-tajuk besar supaya pembaca tertarik dengan
kekemasan penyusunan idea dalam artikel ini. Penyampaian yang sistematik amatlah
dititkberatkan dalam membuat ulasan sastera kerana, mampu menyampaikan idea-idea dengan
lebih berkesan.
Artikel ini mengandungi kaedah yang boleh diguna pakai oleh penulis dalam membuat ulasan
sastera. Kaedah yang dinyatakan adalah, ulasan atau kajian berdasakan domain yang dibahagikan
atau dikasifikasikan kepada lima kategori iaitu ulasan berstruktur, ulasan bersaskan kerangka,
ulasan bibiliometrik, ulasan hibrid, dan ulasan bertujuan untuk pengembangan teori. Seterusnya
adalah, ulasan berasaskan teori, ulasan berasaskan kaedah, dan ulasan meta-analitikal di mana
penggunaan statistik lebih mendalam.
Selain itu, mengandungi cadangan untuk mengembangkan artikel ulasan yang memberi kesan
kepada pembaca. Antara cadangan untuk mengembangkan artikel ulasan adalah, pemilihan topik.

3
Adalah penting untuk memeriksa sesuatu tematik yang baru menggunakan pangkalan data
bibliometrik utama seperti ‘Google Schoolar’ atau Web of Science (WoS) sebelum memilih topik
yang lebih general berbanding spesifik untuk dikaji. Kedua, kriteria pemilihan jurnal, pengenalan
aliran dan jangka masa panjang di mana pencarian artikel dan kriteria penyertaan menggunakan
kata kunci dan mengenal pasti aliran dan jangka masa kajian. Ketiga, tajuk yang sesuai.
Semestinya tajuk memainkan peranan yang penting kerana sering kali dinyatakan dalam jurnal ini.
Perkara utama dan paling penting adalah untuk memberi petunjuk terperinci dan khusus untuk
penyelidikan masa depan di samping penyelidikan masa lampau dan masa sekarang. Cadangan
keempat adalah, jurang penyelidikan dan kepentingan arahan untuk penyelidikan masa depan.
Penulis harus mengenal pasti jurang masa penyelidikan utama dalam menulis ulasan artikel yang
baik berdasarkan liputan menyeluruh dari penyelidikan sebelumnya. Penulis atau pengarang juga
perlu meyenaraikan dan membina teori-teori dan kaedah yang baru yang mungkin belum diterokai
oleh mana-mana penulis dan boleh digunakan penyelidikan masa depan dalam bahagian artikel
ulasan. Walaupun teori-teori dan kaedah baru diteroka dan dibina, teori-teori dan kaedah tersebut
haruslah dianggap relevan. Cadangan kelima adalah, penggunaan jadual atau angka dalam artikel
ulasan. Penulis atau pengarang artikel ulasan perlu faham bagaimana jadual atau angka
berfungsi. Penggunaan jadual atau angka yang sesuai dalam menggambarkan dan menerangkan
maklumat adalah sangat berguna untuk pembaca sekali gus membantu dalam menambahkan
maklumat. Akhir sekali, cadangan yang dinyatakan adalah, ketegasan dan kaitan. Manuskrip
ulasan sepatutnya mensintesis dengan teliti kawasan kajian yang digunakan. Kebanyakkan penulis
atau pengarang gagal menunjukkan teori yang digunakan dengan baik. Sebagai contoh, teori
umum dan teori spesifik yang tidak dapat dibezakan. Oleh itu, pengarang atau penulis ulasan
artikel mesti melengkapkan teks dan jadual dengan teliti mengenai kaedah, teori, pemboleh ubah,
dan menambah maklumat tentang konteks industri, negara dan lain-lain lagi untuk digunakan
dalam ulasan artikel.
Seterusnya, generalisasi dalam perniagaan antarabangsa. Pernyataan umum atau konsep
yang diperoleh dengan membuat kesimpulan dalam perniagaan antarangsa juga merupakan
antara idea yang diutarkan dalam artikel jurnal ini. Pengarang telah memilih 9 kertas untuk ‘Isu
Tinjauan Khas’ dan berdasarkan proses semakan, sebanyak 76 kertas telah diserahkan dan
diterima sebagai tanda tindak balas terhadap ‘Isu Tinjauan Khas’. Pertama adalah, Niitymes dan
Pajunen menyatakan buah ideanya iaitu ‘Kognitif Pengatarabangsaan Firma: ulasan sistematik dan
agenda untuk penyelidikan masa depan.’ Mereka menyatakan tiada pemahaman yang koheren
tentang bagaimana kajian sebelumnya diulas atau diperiksa. Mereka juga menunjukkan bahawa
pembelajaran yang berkaitan dengan pengurusan, ciri-ciri eselon atas, persepsi intraorganisasi
dan persepsi pelaku luaran memberi peluang kepada kemajuan yang lebih lanjut. Kertas
seterusnya adalah ditulis oleh Aaltanon pada tahun 2020, iaitu ‘Piecing together a puzzle -- a

4
riview and research agenda on internationalization and the promise of exaptation’. Tinjauaan
Aaltonen menggambarkan kesaaman antara agenda penyelidikan dalam proses
pengantarabangsaan dan memberikan titik permulaan untuk pengembangan teori berikutnya.
Seterusnya, kertas yang ditulis oleh Bahoo, Alon, dan Paltrinieri pada tahun 2020. Mereka telah
mengenal pasti tujuh aliran penyelidikan dalam aliran sastera yang berkembang ini iaitu,
perundangan menentang korupsi, penentu rasuah, memerangi rasuah, pengaruh rasuah terhadap
firma, persekitaran politik dan korupsi, korupsi sebagai cabaran terhadap teori pengurusan yang
ada, dan kesan rasuah terhadap pelaburan dan perdagangan asing.
Ipek dan Bicakcioglu-Peynirci mngutarkan buah ideanya dalam tajuk ‘Orientasi Pasaran
Eksport: Tinjauan Integrasi dan Petunjuk untuk Penyelidikan Masa Depan’. Hasil kajian
menunjukkan bahawa walaupun terdapat kemajuan signifikan dalam pengetahuan mengenai
orientasi pasar eksport, langkah-langkah tertentu perlu diambil untuk menangani dan membuat
literasi orientasi pasaran ekposrt menjadi semakin matang. Schmid dan Morschett pula
mengutarkan buah fikiran dan idea mereka dalam tajuk ‘Kajian Selama Puluhan Tahun Mengenai
Pelupusan Anak Syarikat Asing: apa yang sebenarnya kita ketahui mengenai perkara yang
sebelumnya’ pada tahun 2020. Pandangan berasaskan sumber dan pendekatan kos transaksi
mampu memberikan penjelasan yang lebih baik untuk penjualan asing daripada teori
pembelajaran organisasi atau teori institusi. Mereka juga mencadangkan penyelidikan motivasi
yang strategik, mengambil perspektif portfolio, menguji model konsep penuh, mempertimbangkan
struktur dan data yang bertingkat dan banyak, menggunakan paradigma eletrik terbalik yang
diasaskan oleh idea Boddewyn sebagai kerangka teori.
Kertas seterusnya ditulis oleh Tang dan Buckley pada tahun 2020, iaitu ‘Risiko Negara Tuan
Rumah dan Strategi Pemilikan Asing: meta-analisis’. Mereka menyatakan bahawa bukti empirikan
untuk hubungan antara negara tuan rumah dan tahap pemilikan syarikat dalam strategi kemsukan
asing tidak dapat disimpulkan. Walau bagaimanapun, mereka masih berjaya menggariskan idea-
idea penting dalam penulisannya iaitu implikasi penemuan untuk teori dan praktik, membahaskan
agenda pegembangan teori masa depan dalam bidang perniagaan antarabangsa. Seterusnya
adalah idea Donnelly dan Manolova. Mereka menyatakan, keputusan lokasi asing melalui lensa
institusi, iaitu tinjauan sistematik dan agenda penyelidikan untuk masa depan.
Jiang, Kotabem Zhang, Hao dan Wang menyatakan idea mereka dalam tajuk kertas iaitu,
penentu dan prestasi firma pengantarabangsaan awal, kajian dan ulasan literasi dan agenda
penyelidikan. Kajian ini berjaya menyumbang kepada aspek literasi yang masih ada dengan
menonjolkan penentu firma pengantarabangsaan awal dan prestasi mereka dengan berfokus pada
faktor pengusaha dan persekitaran. Akhir sekali, budaya dan penyelidikan perniagaan
antarabngsa, kajian atau ulasan agenda penyelidikan ditulis oleh Srivastata, Singh, dan Dhir pada

5
tahun 2020. Mereka telah mengenal pasti lapan kelompok penyelidikan dan kelompok
penyelidikan tersebut dibahagikan kepada faktor bebas dan faktor hail pengantarabangsaan.
Isu yang sering dibangkitkan dalam artikel ini adalah, pemilihan tajuk memainkan peranan
yang penting dalam membuat sesuatu ulasan artikel. Tajuk juga sering dinyatakan dalam idea-
idea utama dan terbuktilah bahawa dalam penulisan sesebuah artikel ulasan, selain daripada
literasi, tajuk diperlukan untuk melengkapkan sesebuah ulasan. Di samping itu, pentingnya
kaedah-kaedah dalam membuat sesuatu ulasan artikel dan kajian. Kaedah merupakan asas dalam
membentuk idea-idea yang ingin disampaikan dan serta membantu penulis dengan gaya penulisan
supaya setiap idea yang ingin disampaikan, berjaya ditulis. Dengan adanya kaedah penulisan
ulasan, setiap idea boleh disusun dengan lebih sistematik dan teratur. Artikel ini juga menekankan
bahawa, cadangan-cadangan yang diutarkan harus digunakan untuk mengembangkan potensi
sesuatu ulasan yang boleh meninggalkan impak kepada pembaca, bahkan menjadi rujukan
kepada penyelidik pada masa akan datang. Selain daripada itu, kerjasama antara penulis-penulis
dalam mengutarkan buah idea mereka menjadikan artikel ini lebih padat dengan maklumat
tambahan.
Antara isu-isu yang tidak disentuh adalah, langkah untuk menangani masalah literasi dalam
ulasan. Literasi juga memainkan peranan yang penting dalam sesebuah penulisan. Penggunaan
perkataan yang mudah difahami dan ditafsir amat diperlukan bagi memupuk kefahaman pembaca.
Penggunaan perkataan yang mudah difahami boleh menjadikan sesebuah artikel jurnal untuk
diterjemahkan kepada bahasa-bahasa lain. Hal ini secara langsung mampu menjadikan artikel
jurnal tersebut diperkenalkan di negara-negara lain. Di samping itu, masalah yang dihadapi oleh
penyelidik dalam membuat ulasan artikel. Di dalam artikel ini, tiada isi utama tentang cabaran-
cabaran seorang pengarang atau penulis dalam melengkapkan ulasan artikel. Sekiranya masalah-
masalah yang dihadapi oleh seseorang penulis dikaji, maka akan timbul cara untuk mengatasi
cabaran tersebut. Bukan itu sahaja, malah mampu menerapkan rasa simpati kepada pembaca dan
sikap menghargai ke atas hasil kerja seseorang di samping mengurangkan masalah plagiat.

3.1 Kesimpulan
Tuntasnya, tujuan utama artikel ulasan adalah untuk menganalisis secara kritis literasi yang
ada dalam sesuatu bidang. Adalah penting untuk mempertimbangkan kesemua langkah-langkah
dan cadangan untuk diataptasi dan diguna pakai oleh penyelidik dan pengarang ataupun penulis
pada masa akan datang demi kepentingan kajian mereka di samping dapat menambah informasi
kepada penyelidik baru yang ingin membuat artikel ulasan. Di samping itu, dapat dibuktikan
bahawa ulasan mengenai perniagaan antarabangsa adalah salah satu topik yang penting bagi
ekonomi di sesebuah negara dan cara penyampaian memainkan peranan yang sangat penting
dalam menyampaikan informasi yang ringkas dan padat dalam setiap ulasan.

6
Rujukan
Aaltonen, P. H. M. 2020. Piecing together a puzzle - A Review and Research Agenda on
Internationalization and the promise of exaptation. Diakses di laman web
https://doi.org/10.1016/j.ibusrev.2020.101664 pada 12 Mei 2020.
Bahoo, Alon, Patrinieri. 2020. Corruption in International Business Review : A Review and research
agenda. International Business Review. Diakses di laman web
https://doi.org/10.1016/j.ibusrev.2019.1016610 pada 12 Mei 2020.
Donnelly, Manolova. 2020. Foreign location decisions through an institutional lens: A systematic
review and future research agenda. International Business Review. Diakses di laman web
https://doi.org/10.1016/j.ibusrev.2020.101690 pada 12 Mei 2020.
Ipek, Bicakcioglu-Peynirci. 2020. Export market orientation: An integrative review and directions
for future research. International Business Review. Diakses di laman web
https://doi.org/10.1016/j.ibusrev.2020.101659 pada 12 Mei 2020.
Jiang, Kotabe, Zhang, Hao, Wang. 2020. The determinants and performance of early
internationalizing firms: A literature review and research agenda. International Business
Review. Diakses di laman web https://doi.org/10.1016/j.ibusrev.2020.101662 pada 12 Mei 2020.
Justin Paul, Alex Rialp Criado. 2020. The Art of Writing Literature Review: What do we know and
what do we need to know, International Business Review. Universiti of Puerto Rico, San Juan,
PR, USA.
Niittymies, Pajunen. 2020. Cognitive foundations of firms internationalization: A systematic review
and agenda for future research. International Business Review. Diakses di laman web
https://doi.org/10.1016/j.ibusrev.2020.101654 pada 12 Mei 2020.
Schmid, Morschett. 2020. Decades of research on foreign subsdiary divestment: What do we
really know about its antecedents? International Business Review. Diakses di laman web
https://doi.org/10.1016/j.ibusrev.2020.101653 pada 12 Mei 2020.
Srivastava. 2020. Culture and international business research: A review and research agenda.
International Business Review. Diakses di laman web
https://doi.org/10.1016/j.ibusrev.2020.101709 pada 12 Mei 2020.
Tang, Buckley. 2020. Host country risk and foreign ownership stratergy: Meta-analysis and theory
on the moderating role of home country institutions. Diakses di laman web
https://doi.org/10.1016/j.ibusrev.2020.101666 pada 12 Mei 2020.

7
8

Anda mungkin juga menyukai