Anda di halaman 1dari 2

KRITIKAN ARTIKEL

Daripada artikel yang telah saya baca bertajuk Menghayati Kemerdekaan Yang Dikecapi
ditulis oleh Shaikh Mohd Saifudden Shaikh Mohd Salleh dalam artikelnya. Berdasarkan
pembacaan yang dilakukan terdapat beberapa perkara yang masih boleh dikritik dan
dibincangankan berkenaan dengan sumber sejarah yang dinyatakan.

Melalui kritikan luaran apa yang didapat dibincangkan adalah berkenaan dengan
artikel tersebut tidak mempunyai sumber rujukan yang sahih. Penulis tidak menyatakan
sumber pemperolehan maklumat. Ini akan menimbulkan keraguan kepada pembaca untuk
menerima maklumat yang disampaikan.

Contohnya, dalam artikel menyatakan bahawa

Malaysia merdeka pada 31 Ogos tahun tarikh tersebut adalah tidak jelas di sini. Ini akan
mengelirukan pembaca dengan tahun yang tepat kemerdekaan negara. Hanya tarikh hari
dan bulan sahaja dinyatakan.

Selain itu, kekuatan dalam sumber luarannya adalah berkenaan dengan tarikh
penulisan artikel. Penulis menyatakan penulisan artikel adalah pada tahun 2012. Hanya
beberapa maklumat sahaja yang boleh diterima. Tidak boleh keseluruhnnya diterima kerana
masih terdapat keraguan dari aspek sumber rujukannya. Artikel ini juga telah dikeluarkan
oleh Institute of Islamic Understanding Malaysia (IKIM).

Maka dapatlah kita sebagai

mempembaca menerima maklumat yang ditafsir bersesuaian dengan keadaan semasa dan
membuat pertimbangan dan rujukan kepada sumber lain. Ini untuk memastikan maklumat
yang diperolehi daripada artikel ini mempunyai bukti yang kukuh.

Dalam aspek kritikan dalaman pula, penulis lebih memfokuskan kepada aspek
penghayatan nilai-nilai murni dan mengaitkan tajuk kepada keadaan semasa dunia. Ini
menunjukkan penulis bukan memfokuskan sejarah pencapaian kemerdekaan dengan
peristiwa-peristiwa kemerdekaan tetapi lebih menyatakan berkenaan dengan nilai-nilai murni
dengan kemerdekaan yang dikecapi. Penulis juga mengaitkan penulisan sejarah kepada
islam dengan perkaitan nilai-nilai murni.

Contohnya, Islam sebenarnya memberikan

beberapa pendekatan yan mampu untuk memastikan kelangsungan kemerdekaan yang


dikecapi oleh negara kita .

Di samping itu, daripada pembacaan yang saya lakukan penulis bertindak logikal
apabila penggunaan bahasa dan ayat yang saling berkait antara satu sama lain (Rahman,
2006).

Bahasa yang digunakan juga adalah mudah difahami dan jelas.

Ini memudah

pemahaman oleh pembaca dalam memahami maklumat yang ingin disampaikan. Tidak
berlaku sebarang putar belit maklumat yang menyebabkan kekeliruan dan konflik. Putar
belit maklumat menyebabkan maklumat yang disampaikan tidak jelas dan akan
menimbulkan konflik antara pembaca.

Selain itu, daripada pembacaan yang saya lakukan juga penulis menulis berkenaan
dengan kemerdekaan negara hanya pada permulaan penulisan sahaja dan mengaitkan
kepada aspek lain. Ini menunjukkan penulis dipengaruhi oleh fizikal, sosial dan intelektual
(Rahman, 2006).

Pada penghujung artikel ini lebih banyak membincangkan berkenaan

dengan islam dan pengaruh barat. Penulis lebih terdedah kepada sosial semasa dunia dan
penulis juga adalah seorang Shaikh serta merupakan warga Institute of Islamic
Understanding Malaysia IKIM. Jelaslah bahaya psikologi penulis terdedah dengan keadaan
persekitarannya dan intelektualnya.

Akhir sekali, penulis tidak menyetuh begitu banyak fakta-fakta sejarah atau peristiwa
berkenaan mencapai kemerdekaan negara.

Ini menunjukkan penulis hanya menulisnya

secara umum dan bukan menyeluruh. Fakta-fakta yang diberikan juga tidak menunjukkan
sumber yang sahih. Penulisan artikel ini juga berat sebelah apabila penulis lebih banyak
menerangkan tentang nilai berbanding mengaitkan fakta atau peristiwa sejarah dengan nilai
dan penulis lebih ke arah mengaitkan cabaran globalisasi dengan nilai.

Anda mungkin juga menyukai