Anda di halaman 1dari 7

1.

0 PENGENALAN

Buku yang bertajuk Warisan Kepimpinan dan Ketuanan Melayu adalah sebuah buku
karangan Dr.Ishak Bin Saat. Beliau merupakan Pensyarah di Fakulti Sains Kemanusiaan iaitu
Jabatan Sejarah, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Tanjung Malim Perak. Buku ini
mengandungi 237 halaman dan buku ini merupakan cetakan pertama yang telah diterbitkan
oleh Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) pada tahun 2016. Namun begitu ulasan
yang akan dibuat hanyalah berdasarkan Bab 1 sahaja iaitu Asal Usul Bangsa Melayuyang
mempunyai 17 halaman.

Buku ini merupakan hasil kajian berkaitan dengan perkembangan politik sejak zaman
sebelum merdeka sehinggalah memasuki era alaf baharu. Ia cuba menyingkap sejarah
perkembangan kepimpinan politik Melayu selepas Perang Dunia Kedua iaitu bermula dari era
zaman moden. Ia turut memaparkan tentang Bangsa Melayu yang mendominasi Malaysia
dari segi kependudukan dan kepimpinan politik dari zaman-berzaman. Tempoh masa kajian,
iaitu dari 1945 hingga 2013 ingin memaparkan perkembangan dan hala tuju kepimpinan
politik Melayu, serta sejarah kepimpinan Melayu yang memperlihatkan kepelbagaian aliran
pemikiran pemimpin dalam masyarakat Melayu. Lantaran itu, melahirkan kelompok-
kelompok politik yang bertujuan untuk mendapatkan kuasa.

Buku ini mengandungi 7 bab. Bab 1 memaparkan tentang asal usul bangsa Melayu. Bab 2
membicarakan persolan latar belakang politik Melayu. Bab 3, 4 dan 5 membicarakan
persoalan kepimpinan politik Melayu yang dibahagikan kepada 3 bahagian, iaitu bab 3
tentang kepimpinan politik Melayu sebelum merdeka. Bab 4 membicarakan tentang
kepimpinan politik pasca merdeka dan bab 5 pula membicarakan kepimpinan politik Melayu
alaf baharu. Bab 6 pula mengajak para pembaca memikirkan tentang masa depan politik
orang Melayu yang perlu diacukan dengan acuan yang berteraskan Islam. Kemudian bab
terakhir pula merumuskan keseluruhan buku ini yang melihat sejauh manakah warisan
kepimpinan dan ketuanan Melayu meninggalkan kesan terhadap masa depan dan hala tuju
bangsa Melayu? Lantaran itu, biku ini menyarankan agar seluruh kepimpinan politik Melayu
melihat sejarah bangsa Melayu dan mengambil ikhtibar daripadanya.

1
2.0 ULASAN KANDUNGAN KESELURUHAN BAB 1

Bab ini penulis cuba untuk membuktikan Asal usul Bangsa Melayu yang pertama dari segi
pengertian dan definisi makna Melayu itu sendiri. Menurut penulis walau apapun maksud
istilah Melayu itu yang jelasnya dalam buku ini ingin membahaskan tentang tokoh terpilih
bagi memimpin manusia dipanggil Melayu dengan kepelbagaian suku kaum seperti Melayu-
Asli, Melayu-Jawa, Melayu-Patani, Melayu-Banjar jati yang berjuang untuk menegakkan hak
bangsanya sendiri daripada penjajah British. Lantaran itu, kajian ini menjawab beberapa
persoalan dalam ruang lingkup sejarah yang mempengaruhi sejarah Bangsa Melayu.

Dalam bab 1 ini juga penulis telah membincangkan dan mengkaji tentang Asal usul Bahasa
Melayu dan merujuk beberapa rujukan dengan penerangan. Selain itu, penulis juga
membincangkan tentang Asal Usul Austronesia serta perkaitannya antara Bahasa Melayu
dengan Austrinesia. Kemudian kesimpulan pula merumuskan keseluruhan bab 1 ini tentang
Asal Usul Bangsa Melayu.

3.0 TAHAP KEINTELEKTUALAN BUKU (BAB 1)

Tahap intelektual bab ini ialah menceritakan tentang sejarah Warisan Kepimpinan dan
Ketuanan Melayu dari segi Asal Usul Bangsa Melayu. bab dalam buku ini mempunyai
subtopik yang berkesinambungan antara subtopik yang lain iaitu mempunyai koheran dan
kohensi dan jalan cerita yang teratur dan mengikut susunan. Selain itu, bab dalam buku ini
juga ditulis secara ilmiah iaitu bermula dari ahun 1945 sehingga tahun 2013. Buku warisan
Kepimpinan dan Ketuanan Melayu telah digarap dengan baik secara ilmiah oleh
penulisnya, kerana beliau sendiri adalah merupakan seorang ahli sejarah yang berwibawa
dalam bidangnya. Buku ini dijangka dapat memberikan maklumat yang berguna dan
perangsang kepada ahli penyelidik, dan sarjana lain umumnya untuk memikirkan, berusaha
dan bertindak ke arah usaha memartabatkan ilmu sejarah Buku ini juga banyak
menggunakan rujukan daripada sumber primer iaitu dokumen dan sumber sekunder iaitu
buku-buku kajian yang telah diterbitkan. Gaya penulisan yang digunakan oleh penulis di
dalam buku ini pula ialah Penulisan ekspositori. Penulisan ekspositori merupakan satu bentuk
penulisan yang biasa.dan mudah difahami serta memudahkan pembaca untuk memahami.
Dengan itu, gaya penulisan ini digunakan disertakan dengan rujukan tambahan daripada
buku-buku rujukan yang lain.

2
4.0 PENILAIAN SAKSAMA TENTANG KEKUATAN DAN KELEMAHAN BAB 1
ASAL USUL BANGSA MELAYU

4.1 Kekuatan

Kekuatan pada bab 1 ini adalah dari segi penghuraiannya. Penulis buku menggunakan kaedah
sintesis lokal seperti Homegenous iaitu mempunyai keterangan fakta itu sendiri dengan
sokongan ilmu sekutu ataupun hujah yang mempunyai rujukan. Contoh:

Namun jikalau menyorot bukti arkeologi pula seperti yang diketengahkan oleh Dr. Hamy,
G.K. Niemann, Scmid, de Silvi dan Robert Von Heine Gelden, manusia Melayu datng
daripada Wilayah Yunan dan Assam. Ini dijelaskan secara panjang lebar melalui teori
kedatangan kumpulan Melayu Proto pada 30,000 SM hingga 15,000 SM. Kemudian diikuti
pula oleh Melayu Deutro kiran-kira pada tahun 1500 SM hingga 3000 SM.

Menurut petikan di atas yang diambil daripada Mohd. Yusof Hassan. Dunia.Melayu. Dewan
Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur jelas menunjukkan penulis menggunakan kaedah
Homegenous iaitu menerangkan sesuatu fakta berikutan dengan sokongan daripada rujukan
ilmu yang lain.

Selain itu, penulis telah menggunakan ayat yang mudah difahami oleh semua lapisan
masyarakat. Penulis menggunakan Bahasa yang selalu dibaca dan difahami oleh semua
masyarakat namun terdapat ayat dan perkataan lama akan diselitkan dengan Rjukan serta
maksudnya. Hal ini menyebabkan setiap maklumat yang disampaikan kepada pembaca.
Kekuatan yang seterusnya pula dalam bab ini ialah penulis menggunakan kaedah rujuk silang
iaitu kaedah merujuk pelbagai jenis sumber terutama sumber sekunder untuk mencari definisi
yang tepat. Contohnya:

Apapun Melayu dan Bahasa Melayu tidak dapt dipisahkan kerana orang Melayu bertutur
menggunakan Bahasa Melayu. bagi mengenali aspek pemikiran politik Bangsa Melayu maka
terlebih dahulu harus dikaji asal usul bhasa pertuturan mereka. Sebagaimana yang tercatat
dalam Kamus Dewan yang mendefinisikan Melayu sebagai sutu bangsa dan Bahasa.

3
Selain itu, kekuatan bab ini juga adalah dari segi jenis penulisannya. Jenis penulisan yang
digunakan seperti Expository Writing (penulisan ekspositori) iaitu merupakan satu bentuk
penulisan yang biasa. Kita dapat melihat penulisan sebegini di penulisan penyelidikan,
penulisan ilmiah dan penulisan tesis. Tujuan utama penulisan jenis ini adalah untuk
menerangkan kepada khalayak tentang suatu topik yang tertentu. Contoh yang dapat kita lihat
ialah:

Ahli arkeologi melalui penelitian dan jumpaan mereka merumuskan bahawa Alam Melayu
diduduki manusia moden sejak kira-kira 35,000 SM.

Menurut petikan di ini rujukan yang diambil daripada Wan Hashim Wan The, Tamadun
Silam Dan Pembinaan Tamadun Abad Kedua Puluh Satu, Penerbit University Kebangsaan
Malaysia, Bangi halaman 33 membuktikan bahawa penulisan yang digunakan seperti
Expository Writing (penulisan ekspositori) memudahkan pembaca untuk memahami ayat dan
point yang ingin disampaikan.

Akhir sekali kekuatan yang terdapat dalam bab ini ialah mempunyai pertautan ataupun
berkait antara satu subtopik dengan subtopik yang lain contohnya seperti subtopik seperti
Asal usul Bahasa Melayu, Asal usul Austronesia, dan perkaitannya dengan subtopik yang
seterusnya iaitu Perkaitan Bahasa Melayu dengan Austronesia.

4.2 Kelemahan

Kelemahan yang terdapat dalam bab ini ialah dari sudut penggunaaan sumber. Dalam bab ini
penulis banyak menggunakan sumber sekunder berbanding dengan sumber primer. Pengguna
sumber primer amat penting kerana sumber primer ini adalah sumber yang belum lagi diolah
oleh itu, penulis tidak bias dalam bentuk penulisannya. Sumber sekunder yang banyak
digunakan dari bab ini diambil daripada petikan buku ilmiah yang telah diterbitkan
menyebabkan banyak versi dan maklumat yang dapat ditemui. Walau bagaimanapun terdapat
juga petikan yang berbahasa Inggeris yang tidak diterjemahkan oleh penulis contohnya pada
muka surat 8 seperti:

Burhanuddin declaimed that, wwe are not talking away anything that belongs to some other
community or race. We only want the restoration of Malay rights and Malay liberty.

4
Kenyataan-keyataan Bahasa Inggeris ini mugkin sukar difahami oleh sesetengah golongan
pembaca jika tanpa ada terjemahannya. Perkara sebegini akan menyebabkan golongan
pembaca yang kurang kemahiran menggunakan Bahasa Inggeris mungkin sukar untuk
mengetahui maksud-maksud yang ingin disampaikan. Artikel mahupun kenyataan seseorang
di dalam Bahasa Inggeris boleh dimuatkan namun harus diterjemahkan agar pembacaan
seseorang tidak terhenti. Kebaikan itu mungkin ada, kerana penulisan yang melibatkan
penggunaan Bahasa Inggeris boleh menambah pengetahuan dan tahap penggunaan Bahasa
Inggeris seseorang pembaca tersebut.

5.0 KESAN BAB 1 (ASAL USUL BANGSA MELAYU) KEPADA PENGULAS

5.1 Kesan Tersurat

Kesan tersurat daripada bab 1 kepada pembaca adalah pembaca dapat memahami tentang
penulisan dalam ini yang menerangkan kepada semua tentang sejarah Asal Usul Bangsa
Melayu secara lebih jelas dan terperinci. Selain daripada itu, melaui bab ini juga pembaca
dapat memperolehi maklumat dan kefahaman dari segi subtopik yang terdapat dalam bab ini
seperti Asal Usul Bahasa Melayu, Asal Usul Austronesia dan perkaitan antara Bahasa Melayu
dengan Autranesia. Setiap satu subtopik ini mempunyai pertalian dari segi koheran dan
kohensi iaitu saling ada pertautan antara subtopik kepada subtopik yang lain sekaligus
memudahkan pembaca memahami bab ini secara lebih jelas. Di samping itu juga, melalui bab
ini juga pembaca dapat mengetahui sulur galur bangsa Melayu secara lebih mendalam dan
sekaligus menambah ilmu pengetahuan dalam Sejarah Bangsa Melayu.

5.2 Kesan Tersirat

kesan tersirat daripada bab 1 ini pula, kesan kepada pembaca ialah ianya memberi kesedaran
kepada pembaca tentang sejarah Melayu dan boleh dijadikan ikhtibar tentang peristiwa yang
berlaku. Melalui buku ini juga dapat dijadikan dan dipupuk nilai membaca dalam kalangan
pembaca seraca lebih menebal. Keseluruhan penulisan bab 1 Asal Usul Bangsa Melayu ini
memuaskan pembaca. Penulisan yang bersifat ilmiah ini telah banyak memberi impak dan
pengetahuan baru kepada diri pembaca. Apa yang paling penting seklai ialah terlalu banyak
perkara yang selama ini tidak diketahui kini telah diketahui Disamping itu, melalui bab ini
juga hasil daripada bacaan yang dibuat pembaca dapat memupuk semangat Nasionalisme
dalam diri dan dapat membentuk diri yang celik sejarah. Seterusnya, perasaan bangga apabila
selesai membaca bab ini kerana tidak disangka Bangsa Melayu yang disangka lemah turut

5
ada pengkaji sejarahnya dan yang paling penting buku ini di adun sendiri oleh penulis
tempatan.

KESIMPULAN

Secara kesimpulannya, bab ini telah menerangkan dan menjelaskan dari zaman tradisi bangsa
Melayu berkembang dan berasimilasi dalam kalangan pelbagai suku kaum dan juga
perkembangan Bahasa Melayu memperlihatkan keadaan yang sama. Secara kesimpulannya
asal usul bangsa melayu ada tiga kumpulan iaitu orang Negrito,Melayu Proto dan Melayu
Deutro, manakala terdapat dua teori iaitu Bangsa Melayu Berasal daripada Yunnan (Teori
Yunnan) dan Bangsa Melayu Berasal daripada Nusantara (Teori Nusantara). Dari kumpulan
masyarakat Melayu yang pelbagai ini, khususnya kalau menyingkap sejarah Malaysia
akhirnya perkembangan ini menjadi masyarakat Malaysia yang bertunjangkan bangsa
Melayu berkembang sebagai sebuah tamadun yang maju dan peka dengan perubahan zaman.
Buku ini amatlah disarankan kepada pelajar, pengajar serta pekerja di bidang yang berkaitan
untuk dimiliki kerana buku ini ibarat buku poket yang didalamnya terisi dengan segala nota
dan pengiraan lengkap sebagai rujukan pantas pengguna.

6
RUJUKAN
Ahmad Jelani Halimi 2008. Sejarah dan tamadun bangsa Melayu. Kuala Lumpur:Utusan

Publications and Distributors Sdn.Bhd.

Mohamed Anwar Omar Din. 2011. Asal-Usul Orang Melayu: Menulis Semula Sejarahnya
Jurnal Melayu (7) 2011: 1 82

Mohd Arof Ishak, 2009. Tamadun Alam Melayu. Kuala Lumpur: Persatuan Sejarah
Malaysia.Kuala Lumpur: MPH Publishing Sdn Bhd.

Anda mungkin juga menyukai