Anda di halaman 1dari 3

Ekonomi

Pekan Behrang stesen terletak di pinggir jalan persekutuan dari Slimkurang 20 buah
ked River menghala ke Tanjong Malim. Pekan ini juga merupakan pekan yang terletak tidak
jauh dari sempadan antara negeri Perak ( daerah Batang Padang ) dan negeri Selangor ( Daerah
Hulu Selangor ). Bagi pengguna yang sering melalui jalan Tanjong Malim ke Sungai Besar
sudah pasti sentiasa akan melalui pekan ini. Namun bagi pengguna Projek Lebuh Raya Utara
Selatan ( PLUS ) dan jalan persekutuan, kewujudan pekan ini mungkin menjadi tanda tanya
kerana kedudukannya yang memerlukan kita masuk ke persimpangan sebelum menemui pekan
ini. Behrang Stesen sebenarnya bukanlah sebuah pekan yang terpencil. Namun kedudukannya
berhampiran dengan Tanjong Malim dan Slim River menyebabkan peranannya menjadi agak
kurang penting. Saya meyakini bahawa Behrang Stesen mungkin menjadi satu-satunya pekan
dengan bangunan kayu yang masih utuh di Malaysia.
Kegiatan ekonomi yang terdapat di kawasan ini adalah perniagaan. Di kawasan ini
mempunyai lebih kurang 20 buah kedai yang menjual pelbagai barangan seperti kedai runcit,
kedai pakaian, kedai menjahit, kedai makan dan kedai perabut dan lain-lain. Majoriti
masyarakat di sini adalah berbangsa cina, maka kedai-kedai di kawasan ini dimiliki oleh
masyarakat cina namun masyarakat melayu dan india masih ada namun jumlahnya adalah
sedikit.

Deretan rumah kedainya adalah diperbuat dari kayu.

Di pekan ini juga, pada setiap hari jumaat pagi, terdapat pasar pagi yang menjual
pelbagai jenis makanan dan sayur-sayuran serta pakaian. Ini meninjukkan bahawa pekan ini
mempunyai aktiviti ekonomi yang bersifat perniagaan. Walaupun keluasan Pekan Behrang
stesen ini tidaklah terlalu luas namun aktiviti perniagaan di sini amat mengalakan.
Di pekan ini juga, terdapat "Sate Behrang". Inilah satu-satunya gerai sate yang ada di
pekan Behrang Stesen. "Sate Behrang" telah menawarkan khidmat keenakan sate yang
istimewa kepada penduduk Behrang Stesen dan warga luar sejak puluhan tahun lalu. "Sate
Behrang" ini dipunyai oleh Wak Seroji dan dibantu oleh Wak Amran. Kedua-duanya telah
berumur dan berasal dari Felda Sungai Tengi.
GERAI SATE DI BEHRANG STESEN

Selain itu, seorang peniaga berbangsa cina, Thien Ang Ngok, berumur 65, berkata,
pekan ini dahulu sangat meriah dengan aktiviti perniagaan dan menjadi tumpuan penduduk
dari tiga Felda iaitu Felda Gedangsa, Soeharto, Sungai Tengi dan Sungai Selisek untuk
membeli-belah.Saya mula berniaga di sini sejak 34 tahun lalu. Memang dari dulu saya buka
kedai ubat. Tapi agak sedih sebab pekan ni dah sunyi. Tak ada orang nak datang sangat sejak
adanya pasar raya besar lain di sekitar Slim River dan Tanjong Malim. Dulu tempat ni jadi
tumpuan sebab bersempadan antara Hulu Selangor dan Batang Padang. Yang ramai menghuni
di sini pun kami-kami saja, warga emas yang masih lagi jalankan perniagaan sendiri. Anak-
anak pun ada bisnes sendiri, tak nak berniaga di sini. Agak sedih juga perniagaan saya menurun
hingga 50 peratus, katanya.
Bagi Ahmad Khalil, 75, yang berasal dari Felda Soeharto, pekan itu masih lagi
mendapat tempat di hatinya bagi mencari barangan keperluan. Menurutnya, Malaslah nak ke
tempat lain, rasa jauh je. Pak cik dah biasa beli barang di Behrang ni. Dari pergi kedai yang
jauh-jauh lebih baik datang sini. Dulu-dulu nak datang sini kena seberang sungai pakai
jambatan gantung. Jambatan tu pula dibuat daripada kayu. Kalau naik motor, tak boleh dua
motor sekali jalan. Salah satu motor kena tunggu di hujung jambatan dan bagi peluang satu
motor jalan dulu. Tapi jambatan tu dah tak ada, tapak pun dah hilang hanyut dibawa air. Hampir
15 tahun juga jambatan tu berkhidmat untuk kami yang duduk Hulu Selangor nak ke Behrang,
katanya. Ini menunjukkan bahawa Pekan behrang stesen ini masih mendapat sambutan
walaupun tidak semeriah dulu.
Menurutnya lagi, pernah berlaku peristiwa sederet kedai terbakar di pekan itu dan ia
masih lagi segar di ingatan. Peristiwa tu berlaku pada 1971. Banyak juga kedai terbakar.
Yalah, zaman tu 100 peratus kedai dibina dari kayu. Banyak juga kerugian tapi tak pasti apa
punca kejadian sebenar," katanya. Namun keadaan Pekan Behrang Stesen tetap sama sepeti
dulu.
Seterusnya, kegiatan ekonomi yang lain pula adalah pertanian. Lebih daripada 38 %
keluasan daerah ini adalah merupakan kawasan pertanian yang sebahagian besarnya dimajukan
dengan tanaman kelapa sawit dan getah. Felda telah memajukan kawasan seluas 24,654 hektar
dan Felcra pula seluas 2,599 hektar. Selebihnya dimajukan oleh ladang-ladang swasta dan
pekebun pekebun kecil1.
Daerah ini juga berpotensi dalam pengeluaran hasil-hasil pertanian terutama yang
berasaskan kepada sayuran, buah-buahan dan lain-lain tanaman makanan. Seluas 1,827 hektar
tanah digunakan dalam penanaman sayur-sayuran di sekitar daerah ini termasuklah kawasan
kajian. Dijangkakan permintaan terutamanya untuk sayur-sayuran dan buah-buahan akan
meningkat berikutan berlakunya pertambahan penduduk negeri dengan kadar 1.23% setahun.
Dalam menampung permintaan keperluan bahan bekalan pertanian terutamanya sayur-
sayuran dan buah-buahan, pelbagai langkah dan strategi telah diambil oleh pihak kerajaan
khasnya Jabatan Pertanian untuk mengimbangi permintaan bahan makanan ini. Antara langkah
yang telah diambil dan diaturkan alah mempertingkatkan hasil keluaran sayur-sayuran dan
buah-buahan di kawasan sedia ada dan mewujudkan kawasan baru bagi sayur-sayuran dan
buah-buahan yang berbentuk tanaman berkelompok, mini estet atau dusun nukleus. Saliran-
saliran ladang perlu diperbaiki dan dipertingkatkan supaya kawasan yang bermasalah dapat
ditebus guna dan dimajukan serta disesuaikan dengan pelbagai tanaman serta memperbaiki dan
menambah sistem pengairan dan jalan perladangan berkelompak2.
Selain itu agensi-agensi yang berkaitan seperti FAMA hendaklah mempertingkatkan
sistem pemasaran dengan mewujudkan pasar-pasar tani, pasar borong, dan sebagainya untuk
memberi galakan kepada petani dalam menjalankan aktiviti penanaman.

1
Jabatan Perancang Bandar dan Pusat. Kajian Pembangunan Lembah Bernam (Rancangan Struktur Hulu
Selangor, Sabak Bernam, Batang Padang, Hilir Perak) Kajian Bersempadanan Strategik.
2
Jabatan Pengairan dan Saliran, 2000. Stesen-Stesen Mengukur Hujan di Tanjong Malim. Jabatan Pengairan dan
Saliran.

Anda mungkin juga menyukai