Anda di halaman 1dari 2

Industri desa juga dikenali sebagai industri luar bandar ataupun industri

tradisional. Industri ini merupakan wadah bagi menghasilkan pengeluaran atau kerja
tangan yang dihasilkan oleh masyarakat kampung yang masih menggunakan cara tradisi
tempatan yang diwarisi daripada nenek moyang kita.

Usaha memajukan industri tempatan sentiasa mendapat perhatian daripada pihak


kerajaan kerana industri ini dikatakan banyak mempunyai kepentingan. Hal ini terbukti
apabila kerajaan terus memberi galakan dan modal kepada pengusaha pengusaha
industri desa agar industri ini akan berkembang maju selari dengan sektor sektor yang
lain. Walaupun industri desa dianggap kecil, namun sumbangannya dalam pertumbuhan
ekonomi negara amat besar.

Kewujudan industri desa secara tidak langsung dapat menyediakan peluang


pekerjaan kepada anak-anak kampung itu sendiri dan seterusnya dapat mengurangkan
kadar penghijrahan penduduk desa ke pusat pusat bandar. Keadaan ini pastinya dapat
mengurangkan kepesatan penduduk di bandar dan sekali gus gejala sosial dapat
dielakkan. Perusahaan industri desa ini juga dapat meningkatkan warisan kebudayaan
negara. Hal ini demikian kerana, kebanyakan hasil kraftangan adalah lebih unik dan
antik. Keunikan ini pastinya dapat menarik perhatian para pelancong asing datang ke
negara kita untuk melihat lebih dekat hasil industri yang popular di kampung-kampung
berkenaan. Malahan, sesebuah kampung itu akan mempunyai identiti hasil pengeluaran
produknya sendiri dan seterusnya akan menjadi batu loncatan yang menjurus kepada
hasrat negara.

Selain itu, kewujudan industri desa dapat menggalakkan penduduk desa


melibatkan diri dalam dunia perniagaan. Modal yang kurang dan kos penyelenggaraan
yang begitu rendah membolehkan penduduk desa memperluas aktiviti perniagaan
mereka ke seluruh negara. Seperkara lagi, industri desa yang diusahakan oleh penduduk
kampung mampu mengekalkan nilai-nilai seni tradisi dan kebudayaan yang diwarisi
sejak dahulu lagi.

Walaupun industri desa banyak memberi sumbangan kepada ekonomi negara,


namun usaha-usaha perlu dilakukan bagi memajukannya agar industri ini tidak terus
mati. Pada tahun lalu, Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi telah
melancarkan dan menyusun semula program, Satu Daerah Satu Industri bagi
memantapkan lagi industri desa ini.
Walau bagaimanapun, industri desa perlu diuruskan oleh anak-anak kampung
yang berpendidikan tinggi. Industri desa dapat dimajukan dengan cara melahirkan
kakitangan yang terlatih tanpa mengorbankan nilai-nilai tradisi untuk memajukan
industri tersebut. Kita perlu belajar dari negara-negara jiran beberapa kemahiran dan
teknologi terkini bagi menghasilkan produk tempatan yang berkualiti.

Sesungguhnya, industri desa di negara ini dalam apa-apa jua keadaan tidak boleh
dibiarkan terus terbantut seperti kata peribahasa, hidup segan, mati tak mahu.
Perubahan daya fikir, budaya kerja, kualiti produk perlu dilakukan mengikut kesesuaian
dan keadaan semasa supaya industri ini dapat berdiri sama tinggi dan duduk sama
rendah dengan industri lain.

Anda mungkin juga menyukai