Anda di halaman 1dari 5

Kepentingan Ilmu Dalam Kehidupan.

Pendahuluan :
"Tuntutlah ilmu dari buaian hingga ke liang lahad" dan " Ilmu Jambatan Hidup" . Itulah antara
dua kata-kata yang membuktikan bahawa ilmu sangat penting dalan hidup manusia. Dalam
zaman ini, jika seseorang itu tidak mempunyai ilmu, mereka akan ketinggalan dan mereka akan
mengalami kesusahan dalam kehidupan. Untuk memperoleh serta mendlami ilmu, kita perlu
berusaha dengan gigih kerana ilmu tidak datang sendiri. Bak kata peribahasa, yang bulat tidak
datang menggolek dan yang pipih tidak datang melayang. Penjelasan tentang kepentingan ilmu,
saya huraikan dalam perengan seterusnya.

a) Membolehkan kita memperoleh peluang kerjaya yang lebih baik.


Dengan kepelbagai ilmu yang dimiliki, peluang kerjaya seseorang akan lebih terbuka dan mudah
untuk mendapat kerja. Kita juga akan mampu untuk menjawat jawatan yang lebih besar. Hasrat
dan cita-cita kita hanya akan tercapai jika kita mempunyai ilmu. Kerjaya proffesional seperti
doktor, peguam dan akauntan memerlukan mereka yang berilmu. Jelaslah bahawa.......

b) Meningkatkan taraf hidup.


Orang yang berilmu akan dapat mempertingkatkan taraf hidup mereka dan juga keluarga
mereka. Dengan ilmu yang mereka miliki, mereka akan berkerjaya dan bergaji yang lumayan.
Pendapatan yang mereka perolehi membolehkan mereka mengubah kehidupan dengan
membina rumah yang lebih selesa, berkereta yang sesuai dengan taraf kehidupan dan mampu
memiliki keperluan asas dan kehendak diri mereka. Mereka juga boleh menggunakan ilmu
mereka bagi mendapatkan pendapatan sampingan seperti berniaga, membuat tuisyen dan
sebagainya.

c) Boleh berkhidmat untuk agama, bangsa dan negara.


Ilmu yang dimiliki oleh seseorang bukan sahaja boleh memajukan diri mereka malahan mereka
juga boleh menyumbangkan tenaga mereka untuk membangunkan agama, bangsa dan negara.
Dari segi agama, mereka boleh menyampaikan ceramah yang boleh menyedarkan manusia
tentang kehebatan agama Islam dan mendidik masyarakat supaya mematuhi ajaran-ajaran
agama. Secara tidak langsung, apabila kesedaran agama itu timbul, masyarakat akan menjadi
berjaya membangunkan bangsa dan negara mereka. Ini kerana, semua ajaran agama mengajak
manusia melakukan kebaikan.
d) Disanjung tinggi oleh masyarakat.
Orang yang berilmu akan dihormati dan disanjung oleh masyarakat. Masyarakat sangat
menghargai orang yang berilmu kerana mereka khidmat mereka boleh digunakan untuk
kepentingan umum. Contohnya, doktor mampu memberi rawatan kepada pesakit, pendakwah
mampu memberi kesedaran kepada masyarakat dan guru boleh menyampaikan ilmu kepada
para pelajar. Masyarakat akan menghargai jasa-jasa orang yang berilmu kerana mereka telah
berjaya memberikan perkhidmatan yang diperlukan. Ternyatalah bahawa....

e) Tidak mudah dimanipulasi oleh pihak yang tidak bertanggungjawab.


Kita sering mendengar, orang-orang kampung ditipu oleh penjual melalui peraduan gores dan
menang. Mereka dengan mudah memberikan harta sama ada dalam bentuk barangan atau
wang tunai semata-mata tertarik dengan barangan murah atau barang mudah dapat. Hal ini
terjadi kerana, masyarakat yang terpedaya itu tidak berilmu dan tidak berfikir panjang. Hal ini
tidak terjadi kepada masyarakat yang berilmu.

f) Ilmu Menjamin kehidupan .


Orang yang berilmu akan terjamin kehidupan mereka. Dengan ilmu kita boleh memperoleh
pekerjaan yang lebih baik untuk menjamin kehidupan kita pada masa akan datang. Dengan
perancangan yang teliti, pendapatan bulanan kita membolehkan kita merancang kehidupan
dengan yang lebih sempuran. Malahan kita boleh berbelanja mengikut kehendak kita, kita
boleh melancong, membeli pakaian dan menyara kehidupan. Situasi ini mnugkin berbeza
dengan mereka yang kurang berilmu dalam hidup mereka.

Penutup:
Daripada huraian yang diberikan, nah, ternyata dan terbuktilah bahawa ilmu sangat penting
dalam kehidupan kita. Ilmu yang ingin kita cari perlulah mencakupi ilmu dunia dan ilmu akhirat.
Keseimbangan ilmu ini sangat perlu kerana, kita tidak mahu dalam kita berkerjaya dan
berkedudukan, akhlak dan rohani kita rosak. Cabaran dunia hari ini memerlukan kita menguasai
ilmu agama sebagai benteng dan jati diri daripada melakukan perkara-perkara yang tidak elok
dan bertentangan dengan hukum agama.
Dalam era globalisasi ini, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang memang penting dan perlu diberikan
perhatian utama. Hal ini demikian kerana, tuntutan zaman telah membuktikan ilmu atau pengetahuan akan
menjamin kejayaan seseorang itu jika digunakan dengan bijaksana. Oleh itu, semua orang hendaklah
berusaha untuk mencari seberapa banyak ilmu yang mungkin untuk kesejahteraan hidup seperti kata-kata
hikmat, “Ilmu pelita hidup”. Jadi, semua orang khususnya para remaja hendaklah menggunakan masa ketika
muda ini untuk mencari ilmu sebanyak mana yang mungkin. Dengan adanya ilmu, sudah tentu seseorang itu
akan mendapat manfaat yang banyak terutamanya dalam era globalisasi ini.

Dengan adanya ilmu, seseorang itu boleh mencipta inovasi baru dalam pelbagai bidang kehidupan manusia
hari ini. Ciptaan baharu yang berupa inovasi itu akan memberikan kemudahan kepada kehidupan seharian
manusia. Sebagai buktinya, banyak inovasi baharu yang dicipta pada masa ini, contohnya telefon bimbit,
komputer riba dan pelbagai alat canggih yang lain. Hal ini sudah tentu memerlukan ilmu dan kemahiran yang
tinggi dalam teknologi. Jadi, pada masa akan datang sudah pasti budaya yang mementingkan ilmu dalam
pelbagai bidang akan menguasai budaya masyarakat.

Ilmu yang dimiliki juga membolehkan kita menguasai bidang perniagaan yang semakin kompleks dan bercorak
global. Perkara ini demikian kerana, dalam era globallisasi, k-ekonomi merupakan trend baru dalam
perniagaan. Jadi, ekonomi yang berasaskan pengetahuan sudah menguasai dunia perniagaan pada masa ini.
Oleh itu, jika seseorang tidak dapat mengikut arus k-ekonomi ini, sudah pasti orang itu akan ketinggalan
zaman iaitu, seperti katak di bawah tempurung dan pastinya akan gagal untuk memajukan diri dalam bidang
perniagaan pada masa ini.

Jika seseorang itu menguasai ilmu sudah pastilah dia akan dapat memajukan diri dan negaranya sendiri. Hal
ini demikian kerana, negara kita memerlukan pemimpin yang berilmu pengetahuan tinggi selaras dengan era
globalisasi pada masa ini. Seseorang pemimpin yang berilmu akan membawa perubahan yang positif untuk
kemajuan rakyat dan negara. Jika pemimpin tidak dapat menguasai ilmu, sudah pastilah negara kita akan
tertinggal di belakang negara-negara maju yang lain. Jadi, seperti kata pepatah, “Hendak seribu daya, tak
hendak seribu dalih”, para pemimpin juga perlu menguasai pelbagai ilmu terutamanya ilmu teknologi
maklumat dan komunikasi.

Sekiranya rakyat negara ini dapat menguasai ilmu, sudah pasti hal ini akan melahirkan masyarakat yang
proaktif. Perkara ini demikian kerana, masyarakat yang berilmu sentiasa berfikir secara positif atau optimis
tentang sesuatu masalah dan tidak berfikir secara pesimis dan mudah pula berputus asa. Sebagai contohnya,
seseorang yang berfikir secara positif sudah tentu akan menjadikan masalah itu sebagai cabaran dan
bukannya halangan untuk mencapai objekifnya. Oleh itu, kita hendaklah mengamalkan budaya yang sentiasa
dahaga akan ilmu dan menjadikan budaya pembelajaran sepanjang hayat atau “life long learning” sebagai
amalan dalam kehidupan.

Oleh hal yang demikian, ungkapan orang yang menguasai ilmu akan menguasai dunia perlulah diberikan
perhatian oleh semua orang. Dengan berdasarkan ungkapan itu, janganlah kita suka membuang masa kerana
masa itu emas dan masa tidak akan menunggu kita. Sekiranya kita lalai dan tidak menggunakan masa dengan
bijaksana, sudah tentu kita akan termasuk dalam golongan yang berada dalam kerugian. Jadi, gunakanlah
masa yang ada untuk menuntut ilmu dalam pelbagai bidang, terutamanya bidang teknologi maklumat yang
sentiasa berubah hampir setiap hari.
“Ilmu pelita ilmu” dan “Ilmu suluh kejayaan”. Itulah dua kata-kata hikmat yang dapat membuktikan
bahawa ilmu begitu penting dalam hidup setiap manusia. Dalam era globalisasi ini, para remaja perlu
diberi lebih penekanan berkenaan kepentingan penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang kerana jika
seseorang itu tidak memiliki ilmu pengetahuan, mereka akan ketinggalan serta mengalami kesulitan
untuk meneruskan hidup. Disebabkan tuntutan zaman, para remaja perlu lebih aktif dan berusaha untuk
menimba seberapa banyak ilmu yang mungkin untuk kesejahteraan hidup pada masa akan datang.

Dengan adanya ilmu, seseorang itu berupaya mencipta inovasi baru dalam pelbagai bidang
kehidupan manusia. Ciptaan baharu yang merupakan inovasi itu bukan sahaja memberikan kemudahan
kepada hidup mereka malahan memberi manfaat kepada semua golongan yang memiliki ciptaan
tersebut. Contohnya, telefon pintar, komputer riba dan sebagainya. Penciptaan alat elektronik dan
alatan lain kini sarat dengan pembaharuan seiring dengan peredaran zaman yang semakin moden serta
pesat membangun.

Seterusnya, negara dapat melahirkan banyak tenaga pekerja yang mahir dan berkebolehan.
Pendidikan pada alaf ini menyediakan skop pengetahuan dan ilmu yang luas serta kemahiran menguasai
pelbagai bidang yang semakin kompleks dan bercorak global. Ilmu pengetahuan yang tinggi akan
memberi kelebihan pada tenaga mahir di Malaysia. Tenaga mahir tersebut akan menyumbangkan idea-
idea bernas dalam sesuatu perkara. Misalnya, penciptaan tembikar daripada tanah liat dengan teknik
dan keunikkan yang tersendiri telah menarik minat banyak syarikat dan pelabur dari luar negara untuk
bekerjasama dengan Malaysia. Pada masa yang sama, Malaysia bukan sahaja melahirkan banyak tenaga
mahir malahan dapat mengharumkan nama Malaysia ke persada antarabangsa sekaligus menyumbang
kepada pertambahan hasil ekonomi negara.

Di samping itu, penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang juga dapat menjamin peningkatan taraf
hidup. Dengan ilmu yang dikuasai, mereka akan menjawat jawatan yang baik dengan gaji yang lumayan.
Pendapatan yang mereka perolehi membolehkan mereka mengubah corak hidup dan membina
kehidupan yang lebih baik serta selesa. Mereka juga mampu memiliki kenderaan sendiri dan dapat
memenuhi kehendak diri mereka sendiri. Golongan yang menguasai ilmu juga dapat mengaplikasikan
ilmu yang dipelajari untuk memperoleh pendapatan sampingan seperti berniaga, mengajar di pusat
tuisyen dan banyak lagi.
Bukan itu sahaja, golongan yang memiliki ilmu juga tidak mudah dimanipulasi oleh pihak yang tidak
bertanggungjawab. Kita sering membaca di dada-dada akhbar bahawa kes penipuan kebanyakannya
berlaku dalam kalangan penduduk kampung. Ini menggambarkan bahawa masyarakat yang tinggal di
kampung tidak begitu mengambil berat soal ilmu mungkin disebabkan pendapatan isi rumah tidak
mencukupi bagi menampung perbelanjaan anak-anak untuk ke sekolah dek kerana kos sara hidup yang
kian meningkat. Disebabkan itu, penipu dengan mudahnya menggunakan helah melalui kontes atau
peraduan gores dan menang untuk melakukan penipuan. Masyarakat dengan mudahnya memberikan
harta sama ada dalam bentuk barangan atau wang tunai semata-mata kerana tertarik dengan hadiah
yang ditawarkan. Hal ini terjadi kerana, wujudnya masyarakat yang mudah terpedaya dan tidak berfikir
panjang serta kurang ilmu pengetahuan. Hal seperti ini sudah tentu tidak akan berlaku kepada orang
yang memiliki ilmu pengetahuan.

Akhir sekali, penguasaan ilmu penting bagi membolehkan seseorang itu berkhidmat untuk
negara, bangsa dan agama. Ilmu yang dimiliki bukan sahaja memajukan diri sendiri malahan mereka juga
boleh menyumbangkannya kepada orang lain dengan tujuan yang betul dan saluran yang tepat. Sebagai
contoh, doktor dapat memberikan rawatan kepada pesakit, pendakwah mampu memberikan kesedaran
kepada masyarakat dan guru boleh menyampaikan ilmu kepada para pelajar. Secara tidak langsung,
penguasaan ilmu dalam pelbagai bidang pada era ini sebenarnya dapat memberikan banyak kebaikan
khususnya kepada sesebuah negara itu sendiri.

Konklusinya, terbuktilah bahawa ilmu itu amatlah penting dalam kehidupan setiap manusia.
Ilmu perlulah ditimba dengan seberapa banyak mungkin kerana ilmu memberi manfaat kepada sesiapa
yang memilikinya. Ilmu yang dicari bukan sahaja dalam bentuk duniawi, malahan ilmu agama juga
penting agar keseluruhan ilmu yang dicari seimbang. Janganlah kita menjadi seseorang yang berilmu,
bekerjaya dan berkedudukan tetapi akhlak serta rohani rosak. Cabaran duniawi pada era globalisasi ini
menuntut kita untuk menguasai ilmu agama sebagai benteng dan kekuatan daripada melakukan
perkara-perkara yang tidak bermoral dan bertentangan dengan hukum agama.

Anda mungkin juga menyukai