Anda di halaman 1dari 5

Tema 2 : PERUBATAN DAN KESIHATAN

Tajuk : Encik Tuani Kadir : Peranan dan Sumbangannya Dalam Rawatan Urutan Tradisional di Kg Lupak
Beaufort Dari Tahun 2010 Hingga Tahun 2015

Pengenalan

Menurut Kamus Dewan Edisi Empat, perkataan “mengurut” diertikan sebagai “memicit-micit dan
menggosok-gosok (badan orang) dengan tangan, mesin dan sebagainya (untuk menyegarkan,
menyembuhkan dan lain-lain), menekan-nekan dan menggosok dengan jari.”

Perkataan “urutan” pula diertikan sebagai “gerakan tangan, mesin dan sebagainya untuk mengurut bagi
melegakan rasa sakit, mengurangkan ketegangan otot, melancarkan peredaran darah dan sebagainya”.

Di sisi Kementerian Kesihatan Malaysia Bahagian Perubatan Tradisional Dan Komplementari, Urut
Melayu diertikan sebagai teknik rawatan menggunakan tangan atau cara mekanikal untuk memanipulasi
tisu badan, terutama otot.Ia digunakan sebagai satu kaedah untuk merehatkan badan, memberi
rangsangan atau memulihkan seluruh badan atau sebahagian daripadanya. Kaedah ini mengurangkan
atau menghilangkan ketegangan otot, meningkatkan peredaran darah serta mengurangkan tekanan.

Kesimpulan daripada pengertian di atas, ini bermakna “urut” adalah suatu aktiviti memanipulasi otot
dan saraf bagi menghilangkan tegangan, melancarkan aliran darah, memulihkan dan mempunyai nilai
pencegahan.

Secara am, tukang urut tidak digelar ahli terapi, namun tukang urut yang benar-benar profesional adalah
juga sebahagian daripada ahli terapi fizikal atau fisioterapi, iaitu satu kerjaya penjagaan kesihatan yang
memberi rawatan kepada individu untuk mengembang, menjaga dan memulihkan fungsi fizikal dan
pergerakan tubuh manusia.

Ini termasuk rawatan untuk keadaan di mana pergerakan dan fungsi terancam akibat faktor penuaan,
kecederaan, penyakit atau persekitaran.

Objekif Kajian

Tujuan utama kajian ini dijalankan adalah untuk mengenal pasti sejarah perkembangan Encik Tuini Kadir
dalam melakukan rawatan urutan tradisional di Kg Lupak Beaufort dan sumbangannya dalam tempoh 5
tahun, iaitu dari tahun 2010 sehingga 2015.

Selain itu, tujuan lain kajian ini dibuat adalah untuk mengenal pasti kaedah urutan yang digunakan OLEH
Encik Tuini Kadir semasa rawatan urutan tradisional .

Seterusnya, kajian ini juga dijalankan adalah untuk mengenal pasti cabaran – cabaran yang dihadapi oleh
Encik Tuini Kadir dalam melakukan urutan tradisional di Kg Lupak Beaufort dalam tempoh 5 tahun, iaitu
dari tahun 2010 sehingga 2015.
Permasalahan Kajian

Esei ini akan menjelaskan mengenai sejarah perkembangan Encik Tuini Kadir dalam melakukan rawatan
urutan tradisional di Kg Lupak Beaufort dan sumbangannya dalam tempoh 5 tahun, iaitu dari tahun
2010 sehingga 2015.

Selain itu, esei ini juga akan menerangkan tentang kaedah urutan yang digunakan oleh Encik Tuini Kadir
semasa melakukan rawatan urutan tradisional dari tahun 2010 sehingga 2015.

Di samping itu, esei ini juga turut menjelaskan tentang cabaran – cabaran yang dihadapi oleh Encik Tuini
Kadir dalam melakukan urutan tradisional di Kg Tuhu Lupak Beaufort dalam tempoh 5 tahun, iaitu dari
datum 2010 sehingga 2015.

Skop Kajian

Kajian ini akan memfokuskan kepada sejarah perkembanganEncik Tuini Kadir dalam melakukan rawatan
urutan tradisional di Kg Lupak Beaufort dan sumbangannya dalam tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2010
sehingga 2015.

Selain itu, kajian ini juga memfokuskan kepada kaedah urutan yang digunakan oleh Encik Tuini Kadir
semasa melakukan rawatan urutan tradisional dari tahun 2010 sehingga 2015.

Di samping itu, kajian ini juga turut memfokuskan kepada tentang cabaran – cabaran yang dihadapi oleh
Encik Tuini Kadir dalam melakukan urutan tradisional di Kg Tuhu Lupak Beaufort dalam tempoh 5 tahun,
iaitu dari datum 2010 sehingga 2015

Sorotan Kajian Lepas

Hasil daripada penyelidikan yang saya lakukan sehingga kini, tidak ada penyelidik yang dilakukan oleh
pengkaji terdahulu mengenai Peranan dan Sumbangan Encik Tuini Kadir Dalam Rawatan Urutan
Tradisional di Kg Lupak Beaufort Dari Tahun 2010 Hingga Tahun 2015 .
Kaedah Kajian

Kaedah kajian yang digunakan untuk mendapatkan hasil kajian ialah kaedah penyelidikan perpustakaan,
dimana pengkaji akan membuat penyelidikan dalam buku-buku, majalah, internet atau website, akhbar-
akhbar, dan gambar- gambar yang berkaitan dengan urutan tradisional . Kesemua sumber ini dapat
diperoleh daripada sumber sekunder.

Kaedah kajian lapangan juga merupakan salah satu kaedah yang dilakukan oleh pengkaji untuk
memperolehi maklumat yang berkaitan dengan Encik Tuini Kadir dalam rawatan urutan tradisional di Kg
Lupak Beaufort . Dalam kaedah ini, pengkaji akan mengadakan temuramah, temubual dan soal
selidik dengan tukang urut supaya maklumat yang berkaitan dengan objektif kajian dapat diperolehi
dengan mudah.
Pembahagian Struktur Esei

Pengenalan

Dalam bahagian ini, pengkaji akan menjelaskan mengenai latar belakang Encik Tuini Kadir , sejarah
urutan tradisional dan rawatan urutan tradisional di Kg Lupak Beaufort secara umum.

Isi-isi Esei

Dalam bahagian ini, pengkaji akan memfokuskan kepada peranan Encik Tuini Kadir dalam rawatan
urutan tradisional di Kg Lupak Beaufort dan sumbangannya dalam tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2010
sehingga 2015 dengan merujuk kepada pelbagai sumber yang sedia ada.

Selain itu, bahagian ini juga akan memfokuskan mengenai kaedah-kaedah urutan yang digunakan oleh
Encik Tuini Kadir semasa melakukan urutan tradisional di Kg Lupak Beaufort. Kaedah pengurusan ini
dikaji dalam tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2010 sehingga 2015.

Di samping itu, bahagian ini turut memfokuskan tentang cabaran – cabaran yang dihadapi oleh Encik
Tuini Kadir dalam melakukan rawtan urutan tradisional . Cabaran ini dikaji dalam tempoh 5 tahun iaitu
dari tahun 2010 sehingga 2015

Kesimpulan

Dalam bahagian ini, pengkaji akan menyatakan mengenai iktibar daripada rawatan urutan tradisonal
serta kebaikan yang terdapat dalam urutan tradisional . Dalam bahagian ini juga, rumusan bagi
keseluruhan kajian akan dilakukan.

Penutup

Pada keseluruhannya, kajian yang dijalankan terhadap adalah tertumpu kepada perkembangan,
sumbangan, kaedah rawatan dan cabaran - cabaran yang pernah di hadapu oleh Encik Tuini Kadir dalam
tempoh 5 tahun iaitu dari tahun 2010 sehingga 2015.
Bibliografi

Bahan Internet

https://ms.wikipedia.org/wiki/Urut

https://terapisyifapro.wordpress.com/2014/11/11/kategori-tukang-urut/

https://www.academia.edu/31422215/KERTAS_CADANGAN_KERTAS_KERJA_KURSUS_SEJARAH_STPM

https://www.academia.edu/22898197/Pengenalan_urutan_tradisional

http://www.astroawani.com/topic/pusat-jagaan-dan-latihan-urutan-tradisional

Anda mungkin juga menyukai