Anda di halaman 1dari 42

PERANAN ULAMA DAN PEMIMPIN DALAM PROSES KEMERDEKAAN

AHLI KUMPULAN: NURUL HUDA NABILA BINTI HAMDAN NURAIN BINTI ABDUL GHAFFAR AISHA BINTI WARSHAF NUR NADIA BINTI HABIBULLAH

RENTETAN PERISTIWA KEMERDEKAAN

RENTETAN PERISTIWA KEMERDEKAAN


15 OGOS 1945 Tentera Imperial Jepun menyerah kalah kepada Tentera Berikat 2 SEPTEMBER 1945 Instrumen menyerah kalah ini ditanda tangani pada waktu pagi di Pelabuhan Tokyo, di atas kapal perang USS Missouri. British juga diwakili dalam upacara itu. Maka dengan itu, pentadbiran tentera British (British Military Administration BMA) tiba dari India untuk mengambil alih pemerintahan Tanah Melayu dan Singapura.

20 OKTOBER 1945-21 DISEMBER 1946


Malayan Union menggesa Raja-Raja Melayu yang pada masa itu supaya menandatangani Perjanjian MacMichael, dimana British berjaya

mendapatkan persetujuan seorang demi seorang Raja-Raja Melayu ke


atas cadangan Malayan Union.

10 FEBRUARI 1946
Kebangkitan perasaan tidak puas hati orang-orang Melayu diterajui oleh Dato Onn bin Jaafar yang berjaya ditunjukkan dengan perhimpunan di Batu Pahat Setelah UMNO ditubuhkan ia berjaya menggesa Raja-Raja Melayu

untuk memulaukan majlis perlantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor


Malayan Union pertama

3 JANUARI 1946 Proses kemerdekaan bermula apabila Dato Onn Jaafar (yang menubuhkan Persatuan Melayu Semenanjung Johor ) berjaya mengumpulkan orang-orang Melayu (yang telah pun menunjukkan

ketidakpuasan hati apabila kertas putih Malayan Union 6274, yang


diluluskan oleh House of Lords, Westminster telah disiarkan dalam Utusan Melayu, 24 Januari 1946), untuk bersatu teguh sebagai entiti politik Melayu yang kuat. 11 MEI 1946 UMNO yang ditubuhkan secara prinsipnya pada 1 Mac 1946 berjaya ditubuhkan secara rasmi, oleh

DYMM Sultan Sir Ibrahim Almarhum Sultan Seri Maharaja Abu Bakar,
Sultan Johor di Istana Besar, Johor Bahru. Johor.

21 JANUARI 1948 Wakil Raja-Raja Melayu, UMNO, dan British telah berunding dan Perjanjian Persekutuan dimeterai di Kings House(Carcosa Seri Negara) . 1 FEBRUARI 1948 Persekutuan Tanah Melayu yang berpelembagaan berjaya dicapai dan diwujudkan .

16 JUN 1948

Tiga orang peladang Inggeris dibunuh di Sungai Siput, Perak oleh


segerombolan pengganas komunis . 28 JUN 1948 British mengisytiharkan darurat Perjuangan politik orang-orang Melayu menjadi semakin sukar kerana keadaan darurat ini umpama keadaan dalam peperangan, walaupun orang orang Melayu menolak proses revolusi yang dibawa pengganas komunis.

OGOS 1951 Proses pengalihan tampuk Kepimpinan setelah Dato Onn Jaafar sebagai Yang DiPertua (Presiden)

meletakkan jawatannya dan Tunku Abdul Rahman


pula diangkat oleh orang-orang Melayu untuk memimpin UMNO.

Peralihan ini melihatkan slogan UMNO berubah dari


Hidup Melayu kepada Merdeka. Ini bermakna, orang-orang Melayu mula bergerak secara serius

untuk mencapai kemerdekaan Tanah Melayu dari


Great Britain.

TAHUN 1955 Tunku Abdul Rahman mewakili UMNO dalam mengadakan kerjasama dengan

Pengundi berdaftar dikalangan orang-orang Melayu merupakan 84%, tetapi Tunku dan UMNO

Tan Cheng Lock, MCA dan V.T.


Sambanthan, MIC dan mendapat mandat begitu kuat rakyat Malaya dalam Pilihanraya Umum pertama.

sedia bertolak ansur kerana


semangat bekerjasama dan prinsip berkongsi kuasa dan bertanding hanya di 35 dari 52 kerusi dipertandingkan,

Parti Perikatan menang besar 51 kerusi. Ini berjaya dicapai walaupun Tanah Melayu pada masa itu masih lagi dicengkam ancaman pengganas komunis.

manakala MCA 15 dan MIC 2.

28-29 DISEMBER 1955 Tunku berhasrat untuk berunding dengan pengganas komunis setelah cara-cara British menangani masalah ini selama tujuh tahun tidaklah begitu berkesan.

Chin Tien, mewakili komunis telah menulis surat kepada Tunku


untuk tujuan bertemu. Tunku kemudianya bertemu Pesuruhjaya Tinggi British Sir Donald MacGillivary dan Pengarah Operasi Militari Lt. Gen. Geoffrey Bourne atas tujuan demikian dan mereka berkeras agar pertemuan dengan Chin Peng tidak diadakan. Namun Tunku meneruskan pertemuan itu dan akhirnya mereka

bertemu dan berunding di Baling, Kedah.

Rundingan itu memberikan kefahaman kepada Tunku matlamat

sebenar Parti Komunis Malaya (PKM) iaitu menjadikan Tanah Melayu


ini sebuah negara komunis dan Chin Peng menolak cadangan agar PKM dibubarkan dan pengampunan beramai-ramai pengganas komunis. 20 FEBRUARI 1956 Akhirnya persetujuan agar Persekutuan Tanah Melayu merdeka berjaya dicapai setelah Tunku berunding dengan Setiausaha Negara bagi Koloni Jajahan Britain, Alan Lennox-Boyd dan sejurus kembali ke tanah air, Tunku memilih untuk membuat pengumuman Kemerdekaan ini di Bandar Hilir, Melaka. .

20 OGOS 1957 Majlis Perundangan Tanah Melayu meluluskan, mewartakan dan melaksanakan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu. 31 OGOS 1957( 12.01 pagi) Bendera Union Jack diturunkan untuk selama-

lamanya dan Jalur Gemilang pula dinaikan buat kali


pertama. Lagu Negaraku pertama kali didengarkan dan negara

baru Persekutuan Tanah Melayu lahir dengan


rasminya

(9.OO PAGI) Tunku Abdul Rahman Putra, Perdana Menteri Persekutuan Tanah Melayu telah mengetuai proses menandatangani instrumen Kemerdekaan dan mengisytiharkan Kemerdekaan Persekutuan Tanah Melayu diStadium Merdeka. Turut hadir dan menandatangani instrumen Kemerdekaan tersebut adalah Raja Raja Melayu dan wakil baginda Queen Elizabeth II dan Kerajaan Britain, Duke of Gloucester.

TOKOH- TOKOH KEMERDEKAAN NEGARA KITA , MALAYSIA !

Tunku Abdul Rahman

Tun Tan Cheng Tun V.T Sambathan Lock

TOKOH- TOKOH KEMERDEKAAN NEGARA

Tunku Abdul Rahman

Biodata Tokoh

Ketokohan Beliau
Pada tahun 1954, Tunku mengetuai sekumpulan perwakilan ke London untuk memperolehi kemerdekaan Malaya. Bagaimanapun, percubaan sulung itu tidak berjaya Pada tahun 1955, Tunku membuat lagi satu perjalanan ke London untuk berunding tentang kemerdekaan Malaya. Pada kali ini, beliau berjaya, dan 31 Ogos 1957 diputuskan sebagai tarikh kemerdekaan.

Dilahirkan di Istana Tiga Tingkat, Alor Setar, Kedah yang lebih dikenali sebagai Istana Pelamin, Tunku merupakan anak lelaki yang ketujuh dan anak yang kedua puluh kepada Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Sultan Kedah yang ke-24. Bondanya Cik Menyelara, seorang isteri Sultan Abdul Hamid yang tidak berdarah gahara, ialah anak perempuan Luang Naraborirak (Kleb), seorang pegawai daerah Thailand. Pengganti Sultan Kedah, Sultan Badlishah ibni Sultan Abdul Hamid, telah pun berumur 30 tahun ketika itu.

Kehidupan Beliau

Semasa kecil, Tunku dipanggil Awang kerana rupa parasnya yang tidak sesegak adik-beradiknya yang lain. Beliau bebas bermain di luar istana dan pernah membentuk pasukan bola sepak kampung. Tunku biasa mengendap burung dan melastik, serta bermain lumpur sehingga menghidapi penyakit puru di kakinya.

Dari segi berpakaian, Tunku agak kebaratan. Semasa beliau dihantar ke England, tiada sepasang pun baju Melayu yang dibawa. Tunku dan keluarganya hanya menempah pakaian Barat di kedai Pritchards di Pulau Pinang. Ketika di England, Tunku amat berlainan dengan Sultan Perak yang berbaju Melayu, siap dengan tengkolok. Pada 9 Disember 1941, Tunku menyorokkan Sultan Abdul Hamid Halim Syah, ayahandanya yang ketika itu berumur 80 tahun, sewaktu pegawai British hendak membawanya ke India.
Berpakaian Tentera Utara Australia, Tunku menculik ayahandanya yang ketika itu bersama dengan Syed Abu Bakar al Idrus, seorang Merinyu Kesihatan Kedah dan menyembunyikannya di Sedim, dekat dengan Kulim, di bawah jagaan Penghulu Wahab. Tunku Badlishah, Pemangku Raja Kedah, tidak berpuas hati dengan tindakan Tunku yang membelakangkannya sebagai bakal pengganti Sultan Kedah.

Pendidikan
Mula pendidikannya pada 1909 di sebuah sekolah rendah Melayu di Jalan Baharu, Alor Setar.

Tunku kemudian berpindah ke sebuah sekolah kerajaan bahasa Inggeris yang kini dinamakan Kolej Sultan Abdul Hamid
Pada tahun 1913 sewaktu berumur 10 tahun, belajar di Sekolah Thebsirintrawat (Debsirindir School). Pada tahun 1915, Tunku pulang dan meneruskan pendidikannya di Penang Free School. Antara gurunya ialah HR Cheeseman dan SM Zainal Abidin.

Seorang yang aktif, beliau menyertai Pengakap dan Kor Kadet Pada tahun 1919 ketika berumur 16 tahun, Tunku menerima Biasiswa Negeri Kedah untuk melanjutkan pendidikannya di Kolej St Catharine di Universiti Cambridge. Ketika Tunku tidak dibenarkan tinggal di asrama St Catharine kerana dasar aparteid ('kulit berwarna') masih diamalkan, beliau membantah kepada William Peel, Penasihat British kepada Kedah. Akhirnya, pengetua sekolah itu terpaksa meminta maaf.

Mula-mulanya, Tunku mengambil jurusan undangundang bersama rakannya, Ivor Jenning(Sir), H.V. Davies dan George Brown, tetapi kemudian bertukar kepada jurusan sastera (Sejarah).

Beliau suka bersiar-siar dengan motosikal Riley Sport dan kereta mewah, dan melakukan 28 kesalahan trafik jalan raya semasa berada di Cambridge.
Tunku tidak dapat menduduki peperiksaan akhir IjazahSarjana Muda Sastera kerana terlupa jadual waktu peperiksaan. Dengan bantuan dan kerjasama daripada sahabatnya, Taib Andak, beliau memperolehi ijazahnya pada tahun 1925.

Pada tahun 1927, Tunku dihantar semula ke England untuk belajar undang-undang di Universiti Cambridge kerana keluarganya tidak berpuas hati dengan keputusannya yang lalu. Beliau lulus semester pertama dalam jurusan undang-undang di Inner Temple pada tahun 1930
Pada tahun 1938, Tunku pergi semula ke England buat kali yang ketiga untuk menyambung pelajaran undang-undangnya. Antara temannya ialah Sardon Haji Jubir. Beliau kembali ke Kedah pada tahun 1939 kerana terdapatnya berita bahawa perang akan meletus di Eropah. Pada 1940, beliau dilantik sebagai Timbalan Pengarah Perkhidmatan Pasukan Kawalan Am Selatan Kedah.

Tunku menyambung semula pendidikannya di Inner Temple pada tahun 1947. Sewaktu tempoh itu, Tunku bertemu dengan Abdul Razak Hussein. Beliau dipilih sebagai presiden untuk Persatuan Pelajar Melayu Britain, dan Abdul Razak, yang berumur 26 ketika itu, dipilih sebagai setiausaha. Semasa itu, Tunku menyertai "Persatuan Pelajar India Islam" yang menuntut kemerdekaan India. Beliau juga berkempen untuk Lyold George Jurith, seorang calon Parti Liberal. Tunku akhirnya dilayakkan menjadi peguam pada tahun 1949. Seorang yang bersemangat kesukanan, Tunku memulakan pertandingan bola sepak antarabangsa yang digelar "Pesta Bola Merdeka" pada tahun 1957. Pada tahun berikutnya, beliau dipilih sebagai presiden pertama untuk Konfederasi Sepak Bola Asia (AFC), sebuah jawatan yang beliau memegang sehingga 1976.

Kerjaya
1946
Bertugas dengan Kerajaan Kedah sebagai D.O. (Pegawai Daerah) Langkawi, Kulim dan Sungai Petani, (sebelum lulus LLB). Dilantik Penolong Pendakwa Raya KL dan Presiden Mahkamah Session Selangor.

1951

Dilantik Presiden UMNO dan bergiat sepenuh masa untuk UMNO.

1956

Rombongan Merdeka ke London.

1957

Merdeka . Beliau menjadi Perdana Menteri Pertama.


1962

Rombongan ke London - Gagasan Malaysia.


1963

Gagasan Malaysia Singapura , Sabah , Sarawak .


1970

Bersara daripada politik .

Tun Tan Cheng Lock

Biodata Tokoh

Ketokohan Beliau
Beliau merupakan pengasas dan presiden pertama Persatuan China Malaysia {Malaysian Chinese Association) (MCA), Ahli dalam Jabatan Perhubungan Kaum yang mencadangkan orang bukan Melayu diberi hak dalam politik.

Kehidupan Beliau
Tun Dato Sir Tan Cheng Lock dilahirkan pada April 1883 di Jalan Heeren Melaka Beliau merupakan anak ketiga daripada tujuh orang adik- beradik.Beliau merupakan generasi ke-lima cina Malaysia . Beliau mempunyai lima orang anak.

Pendidikan
Tan Cheng Lock belajar di Malacca High School

Beliau pernah dianugerahkan biasiswa Tan Teck Guan scholarship Beliau kemudian melanjutkan pelajaran di Raffles Institution,Singapore. Selepas menamatkan pengajian ,beliau terus dilantik sebagai tenaga pengajar di Raffles Institution dari 1902 hingga 1908.

Kerjaya
1902

Beliau menjadi tenaga pengajar di Raffles Institution

1908
Beliau dilantik menjadi penolong pengurus di Bukit Kajang Rubber Estates Ltd

1909
Beliau membuka estet sendiri diMelaka Pindah Rubber Estates Ltd., United Malacca Rubber Estates dan Ayer Molek Estates Ltd.

1912

Dilantik oleh British sebagai Melaka Council Commissioner


1949

Mempengerusikan Malayan Chinese Association(1949 - 1958)


1952 Beliau membawa MCA menyertai UMNO dan MIC bergabung dalam Parti Perikatan 1957 Beliau merupakan salah seorang dari yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan.

1960

Beliau meninggal dunia akibat sakit jantung

Tun V.T Sambanthan

Biodata Tokoh

Ketokohan Beliau
Begitu banyak jasa yang telah dicurahkan oleh Sambanthan, terutama berkaitan dengan perpaduan rakyat yang berbilang kaum. Sambanthan juga turut berjasa dalam menyatukan masyarakat India di Fiji dengan masyarakat pribumi. Pada 31 Ogos 1957 apabila kemerdekaan dicapai, Tun V.T. Sambanthan merupakan salah seorang dari yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan

Pendidikan

Sejak kecil lagi, Sambanthan sangat aktif dalam pelbagai kegiatan sekolah dan universiti. Kepimpinannya terserlah apabila dilantik menjadi Presiden pertama Kongres India Malaya (MIC) ketika berusia 36 tahun. Beliau amat cemerlang dalam pelajarannya dan kemudian memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera dari Universiti Annamalai di India Utara.

Kerjaya
1955 Sambanthan membawa MIC menyertai UMNO dan MCA bergabung dalam Parti Perikatan

1955
Bertanding dalam pilihan raya umum yang pertama di Semenanjung Tanah Melayu.

1955

Beliau bertanding di kawasan pilihan raya Kinta, Negeri Perak

1955

Sambanthan menang dan diberi kepercayaan untuk menjadi Menteri Buruh.

1957

Tun V.T. Sambanthan juga merupakan salah seorang dari yang menandatangani Perjanjian Kemerdekaan
1957

Beliau dilantik menjadi Menteri Kesihatan.

1959

Beliau dilantik menjadi Menteri Tenaga, Telekom


1973

Jawatan yang terakhir dipegang oleh beliau ialah Menteri Perpaduan Negara

1973

Beliau meletakkan jawatan Presiden Kongres India serta Menteri Perpaduan Negara disebabkan usianya

1979

Beliau meninggal dunia akibat penyakit jantung

Anda mungkin juga menyukai