Anda di halaman 1dari 13

BAB 4 : Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita.

BAB 4 : ERA PERALIHAN KUASA BRITISH DI NEGARA KITA

4.1 British Military Administration (BMA).

Pengenalan

• British Military Administration (BMA) atau Pentadbiran Tentera British (PTB) di Tanah Melayu
bermula pada 12 September 1945 setelah kekalahan Jepun.
• Pentadbiran BMA diletakkan di bawah Pemerintahan Tertinggi Tentera Bersekutu di Asia Tenggara
iaitu Lord Mountbatten.

Peranan British Military Administration (BMA)

Mengembalikan a) BMA berusaha memulihkan keamanan dengan membubarkan pasukan


kestabilan dan MPAJA pada 1 Disember 1945.
keamanan b) BMA juga mengarahkan MPAJA memulangkan senjata yang diberikan
Tanah Melayu. kepada mereka semasa pendudukan Jepun.
c) Namun BMA gagal mendapatkan semula senjata tersebut.
d) BMA juga gagal mengatasi masalah jenayah, keganasan, kongsi gelap dan
konflik antara kaum.

Memulihkan a) Rakyat menghadapi pelbagai kesukaran hidup semasa pendudukan Jepun


kepercayaan seperti kekurangan makanan, wabak penyakit dan inflasi.
rakyat terhadap b) Rakyat berharap BMA dapat memulihkan sosioekonomi penduduk.
British. c) BMA berusaha mengembalikan kepercayaan rakyat terhadap British
dengan cara memulihkan lombong bijih timah, ladang getah dan
memperbaiki prasarana dan kemudahan kesihatan.
d) Namun, BMA gagal kerana kesukaran membawa masuk jentera, alat ganti
dan teknologi.
e) Selain itu, masalah menyorok barang, amalan rasuah dan peras ugut
semakin tidak terkawal.
f) Kegagalan BMA membuatkan rakyat hilang kepercayaan terhadap kuasa
asing.

4.2 Gagasan Malayan Union.

1. Gagasan Malayan Union diisytiharkan pada 1 April 1946 bagi menggantikan BMA.
2. Pembentukan Malayan Union merupakan satu penjajahan baharu di Tanah Melayu.
3. Tujuan Malayan Union dibentuk untuk :
a) Melicinkan sistem pentadbiran
b) Mengukuhkan pertahanan Tanah Melayu
c) Meningkatkan pelaburan dalam bidang ekonomi.
d) Menjamin sumber tenaga buruh asing untuk kepentingan ekonomi.
4. Gagasan ini hasil Unit Perancangan Tanah Melayu yang diterajui oleh Majer Jeneral Raplh Hone.

1
BAB 4 : Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita.

Kronologi Pembentukan Malayan Union. Pembentangan Rancangan


Malayan Union di Parlimen
British. Satu Memorandum
Pembentukan Unit Perancangan
oleh Persatuan Pelajar
Tanah Melayu di Landon yang
Melayu Britain diserahkan
diketuai oleh Ralph Hone pada
yang menggesa agar hak Penyerahan
Februari 1943.
kewarganegaraan Tanah memorandum oleh
Melayu tidak diberikan Tan Cheng Lock dan
secara prinsip jus soli. Persatuan Cina
Pelaksanaan Seberang Laut
Malayan Union berkaitan masa depan
di Tanah Melayu Tanah Melayu telah
pada 1 April Rancangan Malayan Union disytiharkan diserahkan kepada
1946 dalam Warta Kerajaan yang dikenali British.
sebagai Kertas Putih 6274.

Ciri-Ciri Perlembagaan Malayan Union (Pentadbiran Malayan Union)

Ciri-ciri Huraian
Kesatuan • NNMB, NNTB dan NNS kecuali Singapura disatukan menjadi satu unit
pentadbiran

Ketua Pentadbir • Malayan Union diketuai oleh Gabenor British yang dilantik oleh Raja
England.
• Majlis Eksekutif dan Majlis Undangan Malayan Union dibentuk dibawah
kawalan Pesuruhjaya Tinggi British.

Raja-Raja Melayu • Sultan menjadi Ahli Majlis Raja-Raja yang membincangkan soal agama Islam
dan adat istiadat Melayu.

Status Tanah • Tanah Melayu berubah daripada negeri naungan menjadi negeri tanah
Melayu jajahan British.

Kewarganegaraan • Prinsip jus soli menjadi asas kewarganegaraan Malayan Union.


• Semua orang yang lahir di Tanah Melayu dan Singapura layak menjadi
warganegara.
• Mereka yang berumur 18 tahun ke atas dan telah bermastautin antara 10-
15 tahun layak menjadi warganegara.
• Anak warganegara berumur kurang daripada 18 tahun turut layak menjadi
warganegara Tanah Melayu.

2
BAB 4 : Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita.

British Mendapatkan Tandatangan Sultan.

British melantik Sir Harold MacMichael untuk mendapatkan tandatangan sultan bagi memastikan
misi ini disempernakan dengan baik.

British menghantar H.C Willan, Timbalan Ketua Pegawai hal Ehwal Awam Malaya merintis jalan
menghadap Raja-Raja Melaka untuk meninjau sokongan Raja-Raja Melayu terhadap British.

H.C Willan Merintis Jalan Menghadap Raja-raja Melayu.

• Sultan pertama yang ditemui ialah Sultan Johor.


• Willan kemudiannya berkunjung ke Selangor untuk menghadap Sultan Selangor iaitu Sultan
Hisamuddin Alam Shah ibni Almarhum Sultan Alaussin Sulaiman Syah.
• Rombongan Willan kemudiannya menghadap Sultan Kedah.
• Kemudian, beliau menemui Syed Hussin, Setiausaha Keraajan Perlis dan menghadap Raja
Perlis di Kangar, Perlis.
• Dari Perlis, Willan bergerak ke Perak, menghadap sultan Perak.
• Pada 23 September 1945, beliau menghadap Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan.
• Pada 28 September beliau mengadap Sultan Pahang.
• Seterusnya Willan menemui Dato’ Jaya Perkasa Che Da Omar Mahmud, Menteri Besar
Terengganu.
• Akhir sekali Willan ke Kelantan menghadap Sultan Kelantan.
• Dalam laporannya, beliau mempunyai kenyakinan yang tinggi bahawa Raja-Raja Melayu
menyokong British dengan menandatangani perjanjian Malayan Union.
• Misi Willan telah memudahkan tugas MacMichael.

Misi Sir Harold MacMichael mendapatkan Tandatangan Sultan.

• MacMichael tiba di Selangor dengan menaiki kapal Royalist.


• MacMichael menggunakan pelbagai taktik untuk mendapatkan persetujuan Raja-Raja Melayu
terhadap Malayan Union.
• Dalam tempoh dua bulan beliau berjaya mendaptkan tandatangan persetujuan sembilan
orang Raja-Raja Melayu.
• Willan dan MacMichael berjaya kerana menggunakan desakan dan paksaan.
• Cara yang digunakan ini menimbulkna reaksi penentangan pelbagai pihak.
• Kesannya, Raja-raja Melayu telah membantah perlaksanaan Malayan Union.

Negeri Sultan Reaksi


Johor Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Baginda menurunkan tandatangan
Bakar. pada perjanjian tersebut pada 20
Oktober 1945.
Selangor Sultan Hishamuddin Alam Shah ibni Baginda terpaksa menandatangani
Amkarhum Sultan Alauddin Sulaiman perjanjian pada 24 Oktober 1945.
Shah.
Pahang Sultan Abu Bakar Ri’ayatuddin Al- Baginda terpaksa menandatangani
Mu’adzam. perjanjian pada 2 November 1945.

3
BAB 4 : Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita.

Negeri Tuanku Abdul Rahman ibni Almarhum Atas desakan, baginda terpaksa
Sembilan Tuanku Muhammad. menurunkan tandatangan pada 14
November walaupun pada awalnya
beliau enggan berbuat demikian.
Kedah Sultan Badlishah ibni Almarhum Sultan Berlaku perdebatan antara kedua-
Abdul Hamid Halim Shah. dua pihak sebelum akhirnya baginda
terpaksa menurunkan tandatangan
pada 2 Disember 1945.
Perlis Tuanku Syed Putera Jamalullail ibni Atas desakan, baginda terpaksa
Almarhum Syed Hassan Jamalullail. menandatangani perjanjian pada 4
Disember 1945.
Kelantan Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Baginda diugut British tidak akan
Muhammad IV. mengiktiraf Raja-raja Melayu jika
enggan menandatangani perjanjian
tersebut. Baginda dipaksa
menandatangani pada 17 Disember
1945.
Terengganu Sultan Ismail Nasiruddin Shah ibni Beliau enggan menandatangani
Almarhum Sultan Zainal Abidin perjanjian ini kerana bertentangan
dengan Undang-Undang Tubuh
Negeri Terengganu. Namun, akhirnya
baginda menurunkan tandatangani
pada 21 Disember 1945.

4.3 Reaksi Penduduk Tempatan Terhadap Malayan Union.

Terdapat pelbagai reakssi Raja-raja Melayu yang menentang pelaksanaan pentadbiran Malayan
Union. Reaksi tersebut seperti yang berikut :

• Malayan Union merupakan bentuk penjajahan secara mutlak oleh kerajaan British.
• Sultan Melayu kehilangan kedaulatan dan kuasa politik

Penentangan Malayan Union melalui dua pihak :

Penentangan Raja-raja Melayu Penentangan Rakyat terhadap Malayan Union

a) Membawa kes Malayan Union ke Makamah a) Bantahan Akhbar Melayu.


Tinggi England. b) Bantahan Cendiakawan
b) Menghantar surat bantahan ke Landon c) Bantahan Wanita.
c) Menyokong Kongres Melayu. d) Bantahan Persatuan Melayu.
d) Pemaisuri Perak Memimpin Gerakan e) Bantahan di Negeri Kelantan, Kedah dan
menentang Malayan Union. Johor.
e) Memulaukan Upacara Pelantikan Gabenor f) Mengadakan Kongres Melayu.
Malayan Union. g) UMNO menganjurkan Bantahan secara
Besar-Besaran.

4
BAB 4 : Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita.

Penentangan Raja-raja Melayu terhadap Malayan Union


2. Menyokong Kongres Melayu
1. Membawa Kes Malayan Union ke Makamah • Raja-raja Melayu memberi
Tinggi England. sokongan kepada kongres Melayu.
• Persidangan Raja-raja Melayu di Istana • Kongres ini bertujuan
Iskandariah, Kuala Kangsar pada April 1946 menunjukkan kesungguhan orang
memutuskan untuk mengemukakan Melayu menentang Malayan
bantahan melalui Makamah Tinggi di Union.
England. • Buktinya, Sultan Hisamuddin Alam
• Sultan Perak, Sultan Kedah dan Sultan Johor Shah telah menderma sebanyak
akan berangkat ke England sekiranya $15 ribu kepada Persatuan Melayu
kehadiran baginda diperlukan di makamah Selangor yang menjadi tuan rumah
tersebut. kongres Melayu Pertama.
• Menurut sistem perundangan British, Mac • Sultan Hisamuddin Alah Shah juga
Michael mendapatkan persetujuan daripada merasmikan pembukaan kongres
Raja-raja Melayu dengan cara tidak sah. ini.

3. Menghantar Surat Bantahan ke Landon.


• Sultan Perak, Sultan Kedah dan Sultan Johor mengutuskan surat bantahan kepada George Henry
Hall, mendakwa mereka diperdaya oleh MacMichael.
• Beberapa orang Raja mendakwa diugut supaya menurunkan tandatangan tanpa menyedari
akibatnya.
• Raja-raja Melayu memohon British memansuhkan persetujuan yang dipertandatangani itu.
• Tuanku Syed Putra Jamalullail juga mengirimkan telegram kepada kerajaan British di Landon
untuk menyuarakan rasa tidak puas hati kepada MacMichael.
• Ini kerana, baginda tidak berpeluang mendapatkan nasihat daripada pembesar negeri sebelum
memberikan persetujuan.

4. Pemaisuri Perak Memimpin Gerakan 5. Memulaukan Upacara Perlantikan


Menentang Malayan Union. Gabenor Malayn Union.
• Pada 28 Mei, ahli Parlimen British tiba di • Raja-raja Melayu memulaukan
Kuala Kangsar. upacara pelantikan Gabenor setelah
• Perhimpunan besar-besaran di Padang perjumpaan dengan Dato’ Onn Jaafar
Bandar Diraja Kuala Kangsar, menunjukkan di Hotel Station.
rakyat dan raja bergabung menentang • Dato’ Onn Jaafar mencadangkan
Malayan Union. Kongres Melayu, iaitu memohon Raja-
• Tuanku Pemaisuri Perak, Raja Perempuan raja Melayu memboikot upacara
Kelsom mengetuai barisan hadapan perlantikan Gabenor Malayan Union.
perarakkan bersama-sama dengan wanita • Ribuan orang Melayu berhimpun di
negeri Perak. Hotel Station melaungkan “Daulat
• Perarakan itu melintasi Raja-raja Melayu, Tuanku!” dan “Hidup Melayu”.
Ahli Parlimen British dan Pemimpin Melayu
yang berada di atas pentas.
• Mereka kagum dengan semangat yang
ditunjukkan oleh Pemaisuri Perak itu.

5
BAB 4 : Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita.

Penentangan Rakyat Terhadap Malayan Union.

1. Bantahan Akhbar Melayu


• Akhbar seperti Utusan Melayu, Majlis dan Warta Negara telah menyatakan bantahan keras,
mengecam, dan mengutuk Malayan Union kerana merugikan orang Melayu.
• Akhbar ini menyeru orang Melayu mengadakan perhimpunan besar-besaran untuk menolak
Malayan Union.
• Akhbar ini melaporkan perkembangan berita penentangan orang Melayu terhadap Malayan
Union.

2. Bantahan Cendekiawan

Tokoh Pentadbir Melayu Bantahan Wanita


• Pemimpin Melayu seperti Dato’ Onn • CIkgu Zaharah Abdullah, Halimahton
Jaafar, Dato’ Nik Ahmad Kamil, Za’ba dll Abd Majid, Saleda Mohd Ali, Zaharah
telah menggerakkan orang Melayu Tamin, Datin Puteh Mariah merupakan
menetang Malayan Union. barisan hadapan menentang Malayan
• Pemimpun Melayu Johor, Dato’ Abdul Union.
Rahman Mohammad Yassin • Di Batu Pahat, Cikgu Zaharah Abdullah
membantah usaha British terus telah berucap membantah
menjajah Tanah Melayu. perlaksanaan Malayan Union.
• Menurutnya, “jika apa sekali terjadi,
kami kaum wanita akan turut
menggembleng tenaga bersama-sama
kaum lelaki, bagi mendapat Kembali
hak-hak kami’.

3. Bantahan Persatuan Melayu


• Syarikat Bekerjasama Am Saiburi (SABERKAS), Persatuan Melayu Kedah, Persatuan Melayu
Perak, Persatuan Melayu Selangor dan Persatuan Melayu Johor berjaya menghimpunkan
orang Melayu dari seluruh negara dan setiap lapisan masyarakat untuk membantah
Malayan Union.
• Pertubuhan Melayu diaktifkan semula sebagai tindak balas membantah Malayan Union.
• Pertubuhan ini mengadakan rapat umum membantah Tindakan MacMichael
mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu dan bantahan terhadap Malayan Union.

4. Bantahan di Negeri Kelantan, Kedah dan Johor. (Bantahan Peringkat Negeri.)

a) Bantahan di Kelantan.
• Seramai 10 ribu orang berhimpun di Kota Bahru semasa MacMichael datang untuk
mendapatkan tandatangan sultan.
b) Bantahan di Kedah.
• Ribuan orang Melayu Kedah berarak di Alor Setar menentang Malayan Union.
• Perarakan ini dianjurkan oleh Kesatuan Melayu Kedah, Kesatuan Ulama Kedah dan
Persatuan Melayu Kedah.
• Tuan Haji Hussain Che Dol dan Senu Abdul Rahman telah mengkritik kandungan
Kertas Putih Malayan Union yang dianggap mencabul kedaulatan bangsa Melayu.
c) Bantahan di Johor.
• Lembaga Kesatuan Melayu Johor melancarkan gerakan menentang Malayan
Union.

6
BAB 4 : Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita.

• Perhimpunan itu disertai oleh Persatuan Melayu Johor.


• Ungku Omar Abdullah, Naib Presiden Lembaga Kesatuan Melayu Johor dan Dr.
Hamzah berucap menentang Malayan Union.
• Pada 10 Februari 1946, Pergerakan Melayu Semenanjung Johor di bawah
pimpinan Dato’ Onn Jaafar berhimpun menentang Malayan Union.
• Seramai 20 ribu orang Melayu berhimpun di bandar Batu Pahat.
• Dato’ Onn Jaafar berucap menggesa orang Melayu bangkit bersatu menentang
penjajah British.

5. Mengadakan Kongres Melayu.


• Penentangan Malayan Union dianjurkan oleh pemimpin persatuan Melayu dan
penglibatan Raja-raja Melayu di negeri masing-masing.
• Perjuangan berkembang ke peringkat kebangsaan apabila Za’ba, Yang Dipertua Persatuan
Melayu Selangor, menghubungi Dato’ Onn Jaafar di Johor, Datp’ Panglima Bukit Gantang
dan Tunku Abdul Rahman di Kedah.
• Hasilnya, mereka mencadangkan sebuah badan induk ditubuhkan untuk menentang
Malayan Union.
• Pemimpin dan cendekiawan Melayu bersetuju untuk menganjurkan Kongres Melayu.
• Kongres Melayu diadakan di Bangunan Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala
Lumpur.
• Kongres ini berlangsung dari 1 Mac sehingga 4 Mac 1946.
• Sebanyak 4 buah pertubuhan Melayu menghantar wakil masing-masing untuk menghadiri
kongres ini. Mereka mewakili pelbagai lapisan masyarakat.
• Kongres ini bertujuan menubuhkan United Malay National Organization (UMNO) untuk
menentang Malayan Union.
• Kongres Melayu turut diadakan di Johor Bahru, Johor pada 11 Mei 1946. Melalui Kongres
ini. UMNO ditubuhkan di Istana Johor.
• UMNO menjadi penggerak memupuk perpaduan orang Melayu di seluruh Tanah Melayu.
• Hari lahirnya Malayan Union dianggap sebagai “Hari Kematian” oleh orang Melayu.
Peristiwa ini meruntun ribuan orang Melayu yang berhimpun memakai lilitan kain putih di
songkok sebagai tanda berkabung.

6. UMNO menganjurkan kongres secara besar-besaran.

7
BAB 4 : Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita.

4.4 Penyerahan Sarawak kepada Kerajaan British.

Pentadbiran Tentera di Sarawak

• Pada 1 Julai 1946, Sarawak diserahkan secara rasmi oleh Vyner Brooke kepada kerajaan
British.
• Selepas tamatnya Perang Dunia Kedua, tentera Australia memperkenalkan pentadbiran
tentera yang dikenali sebagai British Borneo Civil Affairs Unit (BBCAU)
• British Military Administration (BMA) kemudiannya mengambil alih pentadbiran Sarawak
daripada BBCAU.

Faktor Penyerahan Sarawak kepada British

Masalah Pewarisan Takhta Masalah Kewangan Desakan Kerajaan British


• Vyner Brooke tidak dapat • Beliau menghadapi • Pejabat Tanah Jajahan
meneruskan pentadbiran masalah kewangan untuk mendesak Vyner Brooke
kerana beliau sudah tua memulihkan ekonomi. memberikan British kuasa
dan uzur. • Masalah membaiki di Sarawak.
• Tidak mempunya waris kemudahan sosial seperti • Pejabat Tanah Jajahan
untuk mengambil alih. jalanraya, sekolah yang menghantar surat kepada
• Beliau enggan melantik munsah akibat Perang Vyner Brooke untuk
anak saudaranya, Anthony Dunia Kedua. mendesak beliau
Brooke sebagai • Tidak mempu untuk menyerahkan Sarawak
penggantinya. membangunkan semula kepada British.
Sarawak. • British ingin menguasi
ekonomi dan menjaga
kepentingan pelaburan di
negeri itu.

Proses Penyerahan Sarawak kepada British.

Pejabat Tanah Jajahan mengutuskan surat kepada Vyner Brooke pada 28 Februari 1945 untuk
meminta beliau menandatangani surat perjanjian dengan George Henry Hall, Setiausaha Tanah
Jajahan. Pada 24 Oktober 1945, beliau bersetuju menyerahkan Sarawak kepada British.

Vyner Brooke menghantar setiausaha peribadinya, Gerard T. MacBryan untuk mendapatkan


persetujuan daripada ketua tempatan.

Gerard T. MacBryan pulang ke England bersama-sama dengan dokumen yang ditandatangani oleh
Ketua Tempatan Sarawak. Vyner Brooke bersetuju menyerahkan Sarawak kepada British.
Penyerahan itu dibuat tanpa pengetahuan rakyat Sarawak.Kerajaan British mengarahkan Vyner
Brooke supaya mendapatkan kelulusan Majlis Negeri dan persetujuan rakyat Sarawak terlebih
dahulu.

8
BAB 4 : Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita.

Kerajan British menghantar dua orang ahli parlimennya iaitu Gammans dan Rees Williams untuk
membuat tinjauan. Mereka tiba di Kuching pada 2 Mei 1946. Hasil tinjauan itu mendapati :

a) Sebagian besar peribumi menentang penyerahan Sarawak.


b) Orang CIna menyokong penyerahan Sarawak.
c) Terdapat pendudk yang tidak memahami maksud penyerahan Sarawak
d) Laporan Gammans dan Rees Williams berkaitan dengan isu penyerahan Sarawak dibawa
ke Majlis Negeri untuk diundi.

Majlis Negeri telah mengeluarkan Rang Undang-Undang Penyerahan (Cession Bill). Keputusannya
menunjukkan bahawa golongan propenyerahan menang dengan 19 undi, sementara 16 undi
menentang.

Taraf Sarawak sebagai negeri naungan British dimansuhkan. Sarawak disahkan sebagai tanah jajahan
British pada 1 Julai 1946, hari penyerahan Sarawak diisytiharkan di Kuching.

4.5 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sarawak.

Golongan yang menentang penyerahan Sarawak ini antaranya dipimpin oleh Datu Patinggi Abang Haji
Abdillah. Golongan ini menentang kerana faktor :

1. Tindakan Vyner Brooke bertentangan dengan Perlembagaan 1941.


• Prinsip Ke-8 dalam Perlembagaan 1941 menyatakan bahawa pemerintahan sendiri akan
diberikan kepada rakyat Sarawak.
• Menurut perlembagaan ini, rakyat Sarawak akan dibimbing untuk mentadbir negeri mereka
sendiri.
• Namun begitu, Tindakan Vyner Brooke menyerahkan Sarawak kepada British telah
melanggar Prinsip Ke-8 ini.
• Beliau telah menafikan hak rakyat Sarawak untuk mendapatkan pemerintahan sendiri.

2. Vyner Brooke mengetepikan surat wasiat Charles Brooke.


• Vyner Brooke telah membuat keputusan tanpa berbincang dengan Raja Muda (Anthony
Brooke) dan Tuan Muda (Bertram Brooke).
• Golongan menentang penyerahan mahu memulihkan pemerintahan Dinasti Brooke supaya
dapat menuntut kemerdekan dengan mudah.

3. Gerard T. MacBryan menggunakan muslihat.


• Menggunakan muslihat seperti tekanan, desakan, pujukan dan sogokan untuk mendapatakn
persetujuan daripada ketua tempatan.

9
BAB 4 : Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita.

Bentuk Penentangan Penduduk Tempatan

1. Mengadakan persidangan.
2. Mengadakan demostrasi.
3. Meletakkan jawatan beramai-ramai.
4. Bantahan golongan wanita.
5. Menggunakan akhbar.
6. Menulis surat bantahan.
7. Menubuhkan kumpulan rukun 13.

1. Mengadakan persidangan.
• Johari Anang dan Sharkawi Osman menganjurkan persidangan yang dihadiri oleh perwakilan
dari seluruh Sarawak.
• Pengerusi ialah Johari Anang.
• Objektif :
❖ Untuk mengadakan demonstrasi pada setiap 1 Julai kerana menentang penyerahan
Sarawak kepada British.
• Pertubuhan yang menyertai persidangan ini antaranya termasuklah Pergerakan Pemuda
Melayu (PPM), Barisan Pemuda Sarawak (BPS), Persatuan Kebangsaan Melayu Sarawak (PKMS),
Persatuan Melayu Miri, Kesetiaan Muda Matu dan Persekutuan Bumiputra.

2. Mengadakan demostrasi.
• 30 Oktober 1946, demonstrasi pertama diadakan Ketika kedatangan Gabenor pertama Sarawak
iaitu Charles Arden Clarke di Astana.
• Demonstrasi ini diketuai Datu Patinggi Abang Haji Abdillah.
• Perarakan ini disertai oleh 16 persatuan Melayu.
• PKMS mendesak British berundur dari Sarawak.
• Antara kata yang tertulis ialah :
❖ “Kami membantah dengan sekeras-kerasnya atas Tindakan Brooke menyerahkan
Sarawak Kepada Kolonial Inggeris”.
❖ “Sarawak adalah hak kami”.
❖ “Leburkanlah colonial”.
❖ “No Cession”.
• Sepanduk dan poster antipenyerahan ditampal dipokok, perahu dan jeti.

3. Meletakkan jawatan beramai-ramai.


• British menyedari pemimpin antipenyerahan terdiri daripada pegawai perkhidmatan awam dan
guru.
• British bertindak mengeluarkan Pekeliling No. 9/1946 yang melarang pegawai awam menyertai
gerakan antipenyerahan.
• Pada 2 April 1947, seramai 409 orang kakitangan kerajaan meletakkan jawatan termasuklah
guru serta petugas di Pos dan Telegraf, Jabatan Marin, Kastam, Perubatan dan Kesihatan,
Percetakan, Jabatan Tanah dan Ukur, Jabatan Kerja Raya.
• Seramai 56 orang pelajar Maktab Perguruan Melayu Sarawak bertindak menamatkan pengajian
sebagai bantahan terhadap Pekeliling No. 9.

10
BAB 4 : Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita.

4. Bantahan golongan wanita.


• CIkgu Lily Eberwein (PKMS), Hajah Sipah Tuanku Othman, Dayang Fauziah dan CIkgu Ajibah Abol
merupakan golongan wanita yang menentang penyerahan Sarawak.
• Kaum ibu yang diketuai CIkgu Lily telah pergi ke rumah Panjang untuk mengadakan kempen
kesedaran.
• Mereka mengorbankan masa dan tenaga untuk menganjurkan demostrasi.
• Cikgu Ajibah Abol mengetuai kaum wanita bergabung tenaga denagn gerakan antipenyerahan
dalam usaha memperjuangkan kemerdekaan Sarawak.

5. Menggunakan akhbar.
• Utusan Sarawak digunakan sebagai saluran untuk menyebarkan tentangan mereka terhadap
penyerahan Sarawak.
• Pengarang menggunakan kritikan yang tajam terhadap penyerahan Sarawak.
• Contohnya, ulasan berita tentang tindakan kerajaan British menyekat Anthony Brooke daripada
memasuki Sarawak pada 16 September 1949.
• Contoh lain, sebuah artikel bertajuk “Kerajaan British Menipu Rakyat”.

6. Menulis surat bantahan


• Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) menghantarkan surat kepada kerajaan British di Landon
bagi menyatakan bantahan mereka terhadap penjajahan Sarawak.
• BPS telah menghantar referendum memansuhkan penyerahan Sarawak.
• Mereka menghantar surat bantahan kepada Perdana Menteri British, Clement Attlee dengan
Salinan kepada Gabenor.
• Anthony Brooke kemudiannya menentang penyerahan melalui sistem perundangan.
• Beliau membuat rayuan di Privy Council. Kemudian membawa kes ke Makamah Tinggi Brunei.
• Namun, rayuan tersebut telah ditolak.

7. Menubuhkan kumpulan Rukun 13


• Golongan muda dalam gerakan antipenyerahan menubuhkan Rukun 13 ditubuhkan secara sulit
oleh para pemimpin Pergerakan Pemuda Melayu (PPM) di Sibu.
• Kumpulan ini dipimpin oleh Awang Rambli, Morshidi Sidek dan Bujang Suntong.
• Sasaran kumpulan ini adalah untuk menghapuskan pegawai tinggi British di Sibu, Sarawak.
• Satu mesyuarat sulit diadakan untuk membunuh Duncan Stewart pada 3 Disember 1949 di Sibu.

Peristiwa Sungkit Berdarah.

a) Rosli Dhobi telah menikam Duncan Stewart dan seminggu kemudian, Duncan meninggal dunia
di Hopital Singapura. Peristiwa ini dikenali “Sungkit Berdarah”.
b) Kematian Duncan Stewart memberi kesempatan kepada British untuk menindas gerakan
antipenyerahan.
c) British telah menutup pejabat PPM, PKMS, BPS dan Angkatan Semangat Anak Negeri Sarawak
(ASAS).
d) Rosli Dhobi, Morshidi Sidek, Awang Rambli dan Bujang Suntong dikenakan hukuman gantung
sampai mati.
e) Anggota Rukun 13 yang lain dikenakan hukuman penjara. Gerakan antipenyerahan menemui
kegagalan.
f) Namun, gerakan tersebut memberikan kesedaran dan membangkitkan semangat
nasionalisme dalam kalangan penduduk Sarawak.

11
BAB 4 : Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita.

Reaksi Penduduk yang Menyokong Penyerahan Sarawak.

Datu Bandar Abang Haji Mustapha dan Datu Amar Abang Haji Suleiman menyokong penyerahan
Sarawak kepada British.

Terdapat beberapa faktor yang menyokong penyerahan tersebut :

1. Memajukan Negeri.
• Datu Bandar Abang Haji Mustapha menyatakan bahawa selepas perang, negeri Sarawak
banyak mengalami kemusnahan
• Penyerahan ini dapat memajukan Sarawak dari pelbagai aspek seperti politik,
perhubungan, perdagangan, pertanian, pendidikan dan kesihatan serta taraf hidup.

2. Memajukan Penduduk Tempatan.


• Golongan propenyerahan menubuhkan Young Malay Association (YMA) untuk
menggalakan kemajuan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan sosial.
• Pertubuhan ini membantu orang Melayu yang mundur.
• Kegiatan YMA menjurus bidang pelajaran, agama dan sukan.
• Pertubuhan ini menubuhkan cawangannya di Sibu, Kalaka dan Miri.

3. Memberi Peluang Pekerjaan dalam Perkhidmatan Awam.


• Golongan intelektual di Sarawak diberikan peluang untuk mengisi jawatan tinggi dalam
perkhidmatan kerajaan seperti peguam, doctor dan jurutera.
• Dengan ini, British akan memberikan taraf berkerajaan sendiri kepada Sarawak.

4.6 Penyerahan Sabah kepada Kerajaan British.


• SBUB menandatangani perjanjian dengan British menjadikan Sabah tanah jajahan British.
• Melalui perjanjian ini, Sabah akan ditadbir oleh Gabenor sebagai Ketua Kerajaan.
• Gabenor pertama di Sabah ialah Sir Edward Twining.
• Faktor penyerahan Sabah kepada British ialah :
1) Masalah kewangan :
a) Tentera Jepun telah memusnahkan Jeselton, Kudat dan Sandakan.
b) SBUB tidak mampu memulihkan kerosakan yang dialami kerana melibatkan kos
yang tinggi.
c) Penyerahan Sabah kepada British juga diharapkan dapat mengatasi masalah
kewangan SBUB.

2) Hubungan baik SBUB dengan kerajaan British.


a) Sabah merupakan negeri naungan British sejak tahun 1888.
b) British menguasai perhubungan luar dan pertahanan Sabah, ini mendorong SBUB
menyerahkan Sabah kepada British.

3) Memenuhi kepentingan British (eksplotasi sumber bahan mentah).


a) Selepas Perang Dunia Kedua, British terpaksa memberikan kemerdekaan kepada
tanah jajahannya seperti Sri Lanka, India dan Burma.
b) Sabah mempunyai potensi sebagai pembekal bahan mentah dan kawasan pasaran
bagi barangan British.

12
BAB 4 : Era Peralihan Kuasa British di Negara Kita.

4.7 Reaksi Penduduk Tempatan terhadap Penyerahan Sabah.

Penyerahan Sabah kepada British tidak mendapat penentangan daripada rakyat tempatan di Sabah
disebabkan oleh perkara berikut :

Sebab tiada penentangan adalah seperti berikut :

Sekatan Terhadap • Penduduk Sabah terdiri daripada pelbagai etnik yang berbeza dari
Kegiatan Berpersatuan. aspek Bahasa, budaya, sistem kepercayaan, petempatan dan
kegiatan ekonomi.
• Keadaan ini menyukarkan pemimpin Sabah untuk menghimpunkan
kesemua etnik dalam satu pertubuhan.
• Persatuan seperti Persaudaraan Sahabat Sabah (PASPAS), Barisan
Pemuda Sabah (BARIP) dan Persatuan Kebangsaan Melayu Sabah
(PKMS) telah berusaha membangkitkan kesedaran berpolitik dalam
kalangan masyarakat tempatan.
• Pada peringkat awal, organisasi yang ditubuhkan lebih kepada
menambah baik politik dan ekonomi kaum bumiputra.
• British telah menyekat perkembangan nasionalisme dalam kalangan
rakyat dengan menawarkan kenaikan pangkat kepada ahli
persatuan.
• Selain itu, pemimpin dan ahli persatuan yang aktif ditukar ke bandar
lain.
• Aktiviti persatuan di Sabah akhirnya terkubur kerana masalah
kewangan dan kekurangan pemimpin yang berwibawa.

Mengehadkan Peluang • British tidak memberi peluang kepada penduduk tempatan dalam
dalam Pentadbiran. bidang pentadbiran.
• Kesannya, penduduk sabah tidak mempunyai kemahiran dalam
pentadbiran birokrasi Barat.

Kepentingan • Penduduk Sabah yakin kerajaan British dapat memajukan


Sosioekonomi sosioekonomi Sabah dan dapat memperbaiki kemudahan yang rosak
Penduduk Tempatan. akibat kemusnahan perang Dunia Kedua.
• Oleh itu, kebanyakan penduduk enggan melibatkan diri dalam aktiviti
menentang.

13

Anda mungkin juga menyukai