Anda di halaman 1dari 21

SGDJ 3013 SEJARAH MALAYSIA 2

TAJUK : Faktor-faktor British memperkenalkan

Malayan Union

Disediakan oleh :

Nama: Nor Amira Deset

No matrik :262403

Disediakan untuk :

Dr. Yus'aiman Bin Jusoh@Yusoff


Senarai Kandungan .

Bil Perkara Muka Surat

1.0 Pengenalan Malayan Union 1-2

2.0 Corak penubuhan Malayan Union 3-4

3.0 Penentangan orang Melayu 4-5

4.0 Masalah penandatanganan Perjanjian 1946 5

5.0 Penyiaran berita-berita penentangan 6-7

6.0 Faktor-faktor British memperkenalkan Malayan Union

6.1 Membentuk satu bangsa Malayan Union . 8-10

6.2 Persediaan kepada Tanah Melayu membentuk 11-12

kerajaan sendiri .

6.3 Mengawal kuasa politik orang Melayu . 13-14

6.4 Mempertahankan pertahanan British 15-16

7.0 Kesimpulan 17

8.0 Rujukan 18

2
2.Bincangkan faktor-faktor mengapa British memperkenalkan Malayan Union 1946.

1.0) Pengenalan Malayan Union .

Menurut ( Ahmad Masjidin,1979) Malayan Union sudah tidak asing lagi kepada rakyat

Malaysia , khususnya orang Melayu . Bagi mereka yang hidup sezaman dengan Malayan Union

sehingga kini masih terdengar-dengar akan kelantangan suara orang Melayu dalam usahanya

untuk menghapuskan Malayan Union .Dalam usaha untuk menyingkap kembali sejarah tanah

air , Malayan Union telah banyak dijadikan bahan kajian oleh sejarawan Barat , baik kajian

yang berupa pandangan orang Melayu mahupun yang berupa pandangan orang luar .

Dengan Jepun menyerah kalah tanpa syarat maka mulai 14 hb Ogos 1945 berakhirlah

pemerintahan Jepun di Tanah Melayu yang telah memakan masa lebih kurang tiga tahun

setengah itu . Pemergian Jepun itu telah memberikan satu kekosongan ruang pemerintahan di

Tanah Melayu . Di saat itu , pihak komunis yang berlambangkan ‘Bintang Tiga’ telah mengisi

kekosongan itu dengan cuba menguasai negeri itu. Walaupun Bintang Tiga hanya dapat

menguasai negeri ini lebih kurang 2 minggu sahaja ini telah memberi satu kesan yang amat

hebat , terutamanya di dalam keperihalan hubungan di antara orang-orang Melayu dengan

orang-orang Cina khususnya dalam tahun-tahun sebelum pembentukan Persekutuan Tanah

Melayu . Pemerintahan Bintang Tiga yang amat terkutuk itu telah diganti dengan satu corak

pemerintahan sementara yang dikenali sebagai BMA(British Military Administration) . BMA

hanyalah untuk sementara waktu sahaja . Kedatangan semula Inggeris ke Tanah Melayu adalah

membawa bersama-sama satu corak pemerintahan yang baharu yang dikenali dengan Malayan

Union atau Kesatuan Malaya .

Rancangan-rancangan bagi perubahan politik di Tanah Melayu selepas perang telah dirancang

oleh British sejak tahun 1943 lagi . Kedua-duanya memutuskan untuk menubuhkan Unit

Perancang Tanah Melayu ( The Malayan Planning Unit) . Rancangan in dikenali sebagai

3
‘Reconstraction of Malaya’ . Hasil dari inilah maka lahir Malayan Union yang merupakan satu

bentuk pemerintahan baharu bagi Tanah Melayu . Rancangan ini diisytiharkan pada Januari

1946 melalui titah diraja di Parlimen British . Rancangan yang disiarkan adalah dikenali

sebagai ‘kertas putih 6724’ .

Kerajaan British mengemukakan Malayan Union adalah berasaskan beberapa perkara utama .

Menurut James Allen , ada tiga tujuan utama dalam tanggungjawab British tehadap polisi

Malayan Union itu , the desire to create a militarily more defensible policy and a motive related

to ‘disillusionment’ with the Malays.

Dalam menghadapi kemungkinan memberikan kemerdekaan kepada Tanah Melayu , British

ingin memastikan bahawa pelaburan-pelaburan ekonomi serta kepentingan-kepentingannya di

negara ini akan terus terkawal . Kaum-kaum imigran mestilah meneruskan peranan mereka

dalam memajukan ekonomi bagi memastikan kestabilan ekonomi . Untuk mendapatkan

kesetiian merekadan untuk mewujudkan satu masyarakat berbilang kaum yang bersatu , British

merancang untuk memberikan hak-hak kewarganegaraan yang sama kepada semua bangsa .

Ini beerti menamatkan hak-hak istimewa yang selama ini dinikmati oleh orang-orang Melayu.

Selain daripada itu , Kerajaan British juga bertujuan menyatupadukan sistem pentadbiran

negeri-negeri Melayu Bersekutu , negeri-negeri Melayu tidak bersekutu dan negeri-negeri selat

yang selama ini merumitkan pentadbirannya , dan untuk menyesuaikan secara keseluruhannya

Tanah Melayu dengan kemajuan-kemajuan selepas perang serta menyediakan kepentingan-

kepentingan pertahanan dan keselamatan Tanah Melayu yang akan menjadi anggota di dalam

Komanwel British .

4
2.0) Corak Penubuhan Malayan Union .

Menurut ( Ahmad Masjidin,1979) dengan dasar Malayan Union , pentadbiran Tanah Melayu

akan dikendalikan oleh sebuah kerajaan pusat yang diketuai oleh seorang Gabenor yang

mempunyai kuasa di dalam Majlis Mesyuarat Undangan dan Majlis Mesyuarat Kerja . Gabenor

akan dibantu oleh sebuah badan penasihat yang terdiri dari berbagai-bagai bangsa yang dilantik

oleh Gabenor . Raja-raja Melayu masih mempunyai kuasa di dalam adat istiadat dan Agama

Islam serta mengetuai Majlis Penasihat Melayu yang ahli-ahlinya dilantik dengan persetujuan

Gabenor . Terdapat sebuah Central Advisory Council yang dianggotai oleh Raja-raja Melayu

, tetapi diketuai oleh Gabenor untuk membincangkan perkara-perkara yang berhubung dengan

soal agama seperti zakat fitrah .

Perkara yang sama pentingnya dengan kedudukan Raja-raja Melayu ialah soal kerakyatan .

Mengikut dasar Malayan Union ini , kerajaan British mengalakkan satu kewarganegaraan yang

meluas , bagi orang-orang yang dilahirkan di sini atau telah duduk di sini dalam satu masa yang

patut; kewarganegaraan ini hendaklah dikuasakan dengan nama ‘warganegara Malayan Union’

orang-orang yang boleh mendapat kerakyatan ini ialah

a) Yang dilahirkan di dalam negeri-negeri Union atau tanah jajahan Singapura.

b) Yang pada tarikh dikuatkuasakan perintah Majlis Mesyuarat telah tinggal di sini selama

10 sehingga 15 tahun yang lalu.

c) Yang telah tinggal di negeri Union atau di tanah jajahan Singapura selama 5 tahun.

d) Rakyat British yang boleh mendapat kerakyatan tanpa hilang kerakyatan Britishnya

e) Orang-orang(kecualilah yang dilahirkan di sini) yang mengangkat sumpah setia kepada

Malayan Union.

Bagi sistem keadilan pula , sebuah mahkamah Tinggi akan ditubuhkan di Malayan Union dan

sebuah di Singapura . Tiap-tiap sebuah Mahkamah Tinggi ini mengandungi mahkamah Tinggi

5
biasa dan sebuah Mahkamah Ulang Bicara . Kedua-dua mahkamah ini boleh juga meminta

ulang bicara kepada Privy Council , London .

Untuk melaksanakan rancangan ini, kerajaan British mestilah mendapat penyerahan kuasa

kedaulatan dan keadilan dari Raja-raja Melayu ini kerana Malayan Union telah menukarkan

Tanah Melayu dari taraf negeri Bernaung kepada Tanah Jajahan Yang Bernaung .Untuk

mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu , Sir Harold MacMichael telah diarahkan oleh

Pejabat Tanah Jajahan untuk datang ke Tanah Melayu pada oktober 1945 untuk berunding dan

mendapatkan tandatangan Raja-raja negeri Melayu.

3.0)Penentangan Orang Melayu

Menurut Abdullah Ayub dalam ( Ahmad Masjidin,1979 ) menyatakan bahawa gagasan

Malayan Union ini amatlah mengecewakan orang-orang Melayu tetapi ia adalah satu tuah yang

datang mengolek kepada kaum-kaum mendatang.Dengan memberikan hak kerakyatan yang

sama kepada semua bangsa tanpa mengira sama ada peribumi atau imigran menjadikan

hilangnya hak-hak istimewa dan keagungan orang-orang Melayu di negerinya sendiri . Raja-

raja Melayu sudah tidak berfungsi lagi dan hilanglah kewibawaannya sebagai lambang

kedaulatan bangsa Melayu.

Jika diteliti isi-isi rancangan Malayan Union ini , dapatlah dinyatakan bahawa British telah

membentuk satu pentadbiran yang berpusing langsung dari dasar asasnya di Tanah Melayu

iaitu dari sikap British yang suka menaungi kepada menjajah,bukan secara penaklukan tetapi

melalui Perjanjian 1946 itu. Kerana beberapa masalah yang ini menyebabkan orang-orang

Melayu bangkit menentang habis-habisan dan memperjuangkan hidup matinya bangsa Melayu

itu sendiri di Tanah Melayu.

Di dalam soal penentangan ini , akhbar-akhbar telah memainkan peranan yang amat penting

terutamanya akhbar-akhbar Melayu seperti Warta Negara , Majlis dan Utusan Melayu.

6
“Akhbar warta Negara” di Pulau Pinang dan “Majlis” di Kuala Lumpur disertai oleh “utusan

Melayu” di Singapura , telah mengambil bahagian yang cergas di dalam penentangan terhadap

Malayan Union ini dan menyeru orang-orang Melayu supaya mengadakan perjumpaan am

orang-orang Melayu seluruh Malaya untuk membantah dan menolak Malayan Union serta

menubuhkan sebuah badan yang berupa Barisan Bersatu.

4.0)Masalah Penandatanganan Perjanjian 1946.

Langkah pertama kerajaan British bagi mewujudkan Malayan Union ialah menjalankan usaha

untuk mendapatkan tandatangan persetujuan dari Raja-raja Melayu.Untuk ini Sir Harold

MacMichael telah dilantik sebagai wakil khas British ke Tanah Melayu. Beliau segera dihantar

ke Tanah Melayu dan telah tiba di Port Swettenham pada 11 Oktober 1945 , iaitu dalam masa

dua bulan sahaja , MacMichael telah dapat dan berjaya memperolehi tandatangan kesemua

kesembilan Raja-raja Melayu . Sultan yang pertama menandatangani perjanjian itu ialah Sultan

Johor . MacMichael tahu bahawa Sultan Johor adalah sultan yang terkanan , dan jika Sultan

Johor menandatanganinya maka sultan-sultan yang lain tidaklah berapa susah dan sukar untuk

mengikutnya . Walaubagaimanapun, untuk mendapatkan tandatangan Sultan Kelantan adalah

agak sukar sedikit kerana baginda amat teliti dan faham serba sedikit berkenaan dengan

undang-undang . Bagi Negeri Sembilan pula, kesukaran telah timbul kerana negeri itu

mempunyai empat orang Undang yang masing-masing mempunyai kuasa terhadap negeri

itu.Namun begitu, MacMichael telah Berjaya dalam usahanya satu usaha yang amat

mengkagumkan tetapi amat dikutuk oleh umat Melayu .

Usaha mendapatkan tandatangan Raja-raja Melayu ini dapatlah dikatakan sebagai satu usaha

yang berupa paksaan . Hal ini jelas dibuktikan dengan adanya pengakuan-pengakuan daripada

Sultan-sultan yang merasakan bahawa dirinya telah ditipu.Sultan Ibrahim Kelantan telah

mendedahkan rahsia yang sebenar berhubung dengan penandatanganan surat perjanjian dengan

7
MacMichael itu “Penandatanganan Perjanjian pada 15.hb Disember 1945 oleh Sultan Ibrahim

adalah dengan tiada diberi peluang memerhati isi kandungan Kertas Putih kepada Baginda dan

Penasihatnya”.

5.0)Penyiaran berita-berita penentangan.

Dalam usahanya untuk menyalakan api penentangan dan untuk memperolehi satu rupa

penentangan yang menyeluruh dan serentak , Warta Negara telah menyiarkan berita-berita

penentangan orang-orag Melayu khususnya di negeri-negeri orang Melayu khususnya di

negeri-negeri bahagian Utara. Dalam hal ini Warta Negara telah menyiarkan sebuah berita

penentangan orang Melayu secara besar-besaran. Dengan tajuk , “Lebih daripada 50,000 orang

Melayu Kedah membantah kesatuan Malaya”. Warta Negara menyiarkan berita perarakan

raksasa orang-orang Melayu yang ditaja oleh Persatuan Melayu Kedah membantah Malayan

Union yang disertai oleh semua lapisan masyarakat Melayu pada 19 Januari 1946 . “Perarakan

itu dicampuri oleh alim ulamak , murid-murid sekolah dan pondok, orang-orang kampong serta

kaum peladang dari segala wilayah kedah” Perarakan itu telah berjalan keliling bandar Alor

Setar sambal menyanyi dan membawa panji-panji cogan berkibar dengan Bahasa Inggeris dan

Melayu serta cogan-cogan yang dibawa oleh kanak-kanak . ( Ahmad Masjidin,1979)

Tidak lama selepas perarakan itu, sekali lagi Persatuan Melayu Kedah mengadakan perarakan

menentang Malayan Union dengan diadakan pada 3 Februari 1946 . Kata Warta Negara “Gema

teriakan ‘peliharalah hak Melayu’ dan ‘Hiduplah Melayu’ dalam perhimpunan besar pada

19hb. Pada Januari lalu pula belum lagi hilang , dan masih berdenggung-denggung lagi di

telinga rakyat Melayu kedah . Pada 3hb Februari telah diadakan perarakan oleh lima ribu orang

Melayu yang membantah kertas putih yang membantah Malayan Union.

Apa yang dilakukan oleh Persatuan Melayu Kedah ini adalah atas dorongan semangat ingin

membela nasib bangsanya , tetapi apa yang nyata tindakan ini sebanyak sedikit adalah hasil

8
dari melihatkan betapa ghairahnya orang-orang Melayu Kelantan yang mengadakan tunjuk

perasaan semasa MacMichael ke istana Sultan Kelantan untuk mendapatkan tandatangan.

Warta Negara bukan hanya menyiarkan berita-berita penentangan orang-orang Melayu, malah

ia juga tidak kurang memaparkan beberapa fikiran orang ramai yang bernas yang dapat

menaikkan semangat untuk meneruskan perjuangan . Seorang umat Melayu dari Kedah . Ayub

Abdullah telah menulis di dalam ruangan “Fikiran pembaca” tentang Malayan Union . Dengan

tajuk , “Kesatuan Malaya” di mana surat-surat yang tidak mendapat persetujuan rakyat yang

tidak sah dan tiada halal , Ayub Abdullah telah mendedahkan bahawa pengambilan

tandatangan sultan-sultan adalah tidak sah dan pada 19hb Januari 1946 beliau telah menghantar

sepucuk telegram kepada King kita dan sultan-sultan tiada berkuasa boleh tandatangan mana-

mana triti jika tidak dengan persetujuan rakyat .

Di dalam ruangan yang sama seminggu selepas itu , Ayub Abdullah sekali lagi menulis dengan

nada harapan untuk umat Melayu Berjaya di dalam perjuangannya. Selain itu , Ayub Abdullah

juga menyeru sultan-sultan , Raja-raja , Orang Besar , Orang kaya , hartawan-hartawan dan

pegawai-pegawai kerajaan supaya menderma kepada kesatuan-kesatuan dan persekutuan-

persekutuan kebangsaan di negerinya dengan seberapa usaha agar mampu menghapus Malayan

Union.

9
6.0) Faktor-faktor British memperkenalkan Malayan Union .

6.1) Membentuk satu bangsa Malayan Union .

Pembinaan negara bangsa dapat ditafrifkan sebagai suatu usaha secara sedar untuk

mewujudkan perasaan kenegaraan di kalangan sekumpulan orang yang tidak mempunyai

perasaan tersebut dalam suatu wilayah yang khusus . Tujuannya adalah supaya di kalangan

mereka yang terlibat akan wujud suatu perasaan kesamaan identiti yang lebih besar berbanding

kesetiaan mereka kepada mana-mana kumpulan lain .

Lebih jelas lagi , usaha pembentukan negara bangsa adalah untuk mendapatkan penduduk yang

menetap di sesebuah wilayah yang untuk menghubungkan diri mereka bukan sahaja sesama

mereka tetapi dengan negara yang menyatukan mereka . ( Mohd Ashraf Ibrahim dalam

Rudolph Jr.1971 ) .

Keadaan sebegini tidak pernah wujud di Tanah Melayu . Seperti yang dijelaskan sebelum ini ,

Tanah Melayu merupakan wilayah yang diduduki oleh tiga kumpulan etnik yang berterusan

mengekalkan budaya mereka . Keadaan sebeginilah yang menjadi faktor penting pembentukan

Malayan Union . Menurut Setiusaha Negara untuk Tanah Jajahan ,

“pengalaman sebelum perang kita hampir langsung tidak menunjukkan sebarang petanda

mengenai konsepsi di kalangan tiga kaum bahawa mereka adalah berbangsa Malayan .

Rancangan kita adalah untuk meneruskan pertumbuhan konsepsi ini dari atas ke bawah”

Pembentukan bangsa Malayan bersatu atau United Malayan Nation menerusi peringkat atasan

perlu mengikut lunas perundangan . Setelah persetujuan Raja Melayu diperoleh dan Rang

Undang-Undang Negeri-Negeri Selat ( penamatan ) diluluskan oleh House of Commons,

pembentukan bangsa Malayan bersatu boleh dianugerahkan sebagai telah bermula dan telah

diberikan sebagai asas di negara ini . Untuk kali pertamanya , Tanah Melayu menyaksikan

prinsip kerakyatan umum . Masyarakat India dan Cina tidak menunjukkan sebarang minat dan

10
pemilihan sama ada untuk kesatuan atau persekutuan. Kedua-dua komuniti ini lebih

mementingkan pengekalan status cina dan India selain daripada kerakyatan Malaysia .

Dalam usaha membentuk bangsa Malayan bersatu , para pentadbir British menyedari bantahan

yang akan mereka terima terutaman daripada masyarakat melayu yang bertaraf bumiputera .

Ini kerana pengenalan kerakyatan Malaya merupakan suatu ancaman yang amat serius terhadap

masa depan mereka dan tanggapan politik yang mereka pegang selama ini iaitu Tanah Melayu

untuk orang Melayu . Pada 3 September 1945 , Setiusaha Negara untuk Tanah Jajahan melalui

memorandum N00P(45) 135 telah meminta Kabinet memberikan persetujuan mengenai dasar

tersebut dan telah menyetujui pemergian Harold MacMichael ke Tanah Melayu , Pada bulan

yang sama , persetujuan diberikan . Bukti pertama kerajaan British serius mempertahankan

bangsa Malayan Union dilihat pada 29 September 1945 apabila Setiusaha Negara untuk Tanah

Jajahan telah mendapatkan pengesahan sama ada kerajaan British berhasrat untuk

melaksanakan dasar itu tanpa mempedulikan penentangan daripada sebarang atau kesemua

Raja Melayu .

Menurut ( Mohd Ashraf Ibrahim , 2004 ) Pada 28 Februari 1946 , Creech Jones memaklumkan

kepada Kabinet British bahawa telah wujud sejumlah penentangan terhadap dasar baru ini .

Beliau telah mengemukakan dua alternatif. Alternatif yang pertama bahawa keseluruhan dasar

bangsa Malayan bersatu patut diteruskan tanpa pengubahsuaian dan alternatif kedua ialah

cadangan kerakyatan patut ditangguhkan sehingga perundingan diadakan bagi masyarakat

Melayu . Kabinet British menyetujui alternatif yang pertama .

Edward Gent beranggapan bahawa perubahan yang dilakukan dalam struktur Malayan Union

kepada yang berbentuk persekutuan demi meneruskan dasar bangsa Malayan Union bersatu

tidak akan menimbulkan masalah besar kerana menurutnya masyarakat Cina dan India tidak

akan menimbulkan masalah besar kerana menurutnya masyarakat Cina dan India tidak akan

11
bersikap antagonistic terhadap perubahan tersebut sekiranya syarat kerakyatan yang adil

dilakukan . MacDonald beranggapan bahawa pendirian masyarakat Melayu dalam penolakan

pembentukan kerakyatan umum dan bangsa Malayan ialah kerana bertujuan untuk

mengekalkan kebebasan mereka dan mengelakkan berlakunya peneggelaman sepenenuhnya

masyarakat Melayu dari segi politik dan ekonomi oleh kaum-kaum lain di wilayah ini .

Kesimpulannya , pemberian kerakyatan kepada mereka dianggap oleh kerajaan British sebagai

satu langkah yang praktikal . Namun demikian masyarakat bukan Melayu ini tidak boleh

menjadi warganegara dalam latar belakang politik Tanah Melayu sebelum perang dunia kedua

seperti kewujudan kedaulatan dan kebebasan Raja Melayu dan negeri mereka .

12
6.2) Persediaan kepada Tanah Melayu membentuk kerajaan sendiri .

Kerajaan British sejak awal kekalahan mereka telah memperlihatkan keyakinan bahawa

pendudukan Jepun hanya bersifat sementara sahaja . Justeru itu , pertimbangan berhubung

masa depan Tanah Melayu telah bermula di London . Jangka masa depan peperangan

menyediakan suatu peluang untuk Tanah Jajahan memikirkan kedudukan keseluruhan Tanah

Melayu dalam kerangka kepentingan strategik imperialisme di Asia Tenggara , keperluan

untuk pemulihan selepas perang dan kemajuan ke arah berkerajaan sendiri . Seawal bulan Jun

1942 , inisiatif ke arah pembentukan dasar baru untuk Tanah Melayu bermula apabila

perundingan diadakan antara Pejabat Luar dan Pejabat Tanah Jajahan ( Mohd Ashraf Ibrahim

dalam Smith 1998 ) . Edward Gent berpendapat bahawa pembahagian Tanah Melayu sebelum

perang adalah tidak logik . Beliau tidak sabar dengan petkembangan yang perlahan kepada

matlamat muthakir iaitu gabungan semua negeri Melayu . Seorang lagi tokoh kolonial British

berpengalaman yang turut memperlihatkan pengaruhnya terhadap Pejabat Tanah Jajahan

adalah Lord Hailey .

Hailey juga menegaskan bahawa sekiranya berkerajaan sendiri diinterpretasikan sebagai

kelonggaran kawalan rasmi ke atas para sultan dan majlisnya , keputusan akhir

berkemungkinan akan menjadi pemerintahan di tangan autokratik di tangan sultan dan

penasihat mereka . Hailey juga mencadangkan bahawa raja Melayu hanya diberikan peranan

yang bersifat upacara dan mengehadkan fungsi mereka kepada adat dan undang-undang Islam.

Usaha pembentukan bangsa Malayan menjadi lebih konkrit apabila Pejabat Perang membentuk

Unit Perancang Tanah Melayu yang dipimpin oleh Major-General R.Hone pada bulan Julai

1943 . Selain Hone , pegawai-pegawai yang lain adalah McKerron , William , Newboult , Day

dan Hay . Di samping itu ada juga pegawai yang diundang untuk berurusan dengan masalah

yang khusus seperti Purcell untuk masyarakat Cina . Unit ini ditugaskan dengan dua

13
tanggungjawab untuk merancang pentadbiran hal ehwal Tanah Melayu dalam tempoh

pentadbiran kerajaan tentera serta pentadbiran awam yang kekal sehingga pentadbiran tentera

ditamatkan . ( Mohd Ashraf Ibrahim dalam Stockwell 1979 ) .

Pada bulan oktober 1945 , cadangan kerajaan telah diumukan di Parlimen British pada 27

Januari 1946 , kertas putih untuk Malayan Union telah diterbitkan serentak dengan pengenalan

rang undang-undang Negeri Selat ( penamatan ) yang diperlukan sebagai persiapan untuk

menyediakan perlembagaan Tanah Melayu yang baru ( Mohd Ashraf Ibrahim dalam Lau

1991).

Dalam tempoh yang begitu singkat , terdapat idea yang mendesak supaya diadakan perubahan

terhadap Malayan Union . Idea ini bukan sahaja datang daripada orang Melayu malahan

daripada pentadbir kerajaan British yang pada peringkat awal begitu mempertahankan Malayan

Union . Antara idea yang terawal diutarakan oleh Ralph Hone ialah ia telah mengkaji struktur

politik Tanah Melayu akibat pembentukan Malayan Union dan beliau mencadangkan bahawa

Raja Melayu dilibatkan sama dalam pentadbiran tetapi penglibatan itu mestilah berasaskan

kepada perlembagaan . Hone juga mencadangkan agar para sultan di samping Gabenor

diberikan kuasa untuk meluluskan enakmen Majlis Negeri . Kedua-dua pihak juga dicadangkan

diberikan kuasa untuk meluluskan ordinan yang diluluskan oleh Majlis Perundangan . Dengan

keadaan yang demikian , struktur politik Tanah Melayu perlu diubah kepada yang

berorientasikan pemusatan kuasa oleh kerajaan pusat yang kuat .

14
6.3 ) Mengurangkan kuasa politik orang Melayu.

British berhasrat untuk mengurangkan kuasa politik orang Melayu . Perubahan kepada struktur

pemerintahan Raja Melayu dalam bentuk sebelum perang dan pengenalan kepada kerakyatan

umum perlu dilakukan supaya bangsa Malayan bersatu dapat diwujudkan . Untuk itu , Malayan

Union yang diperkenalkan telah menyediakan autoriti pusat yang terdapat jawatan Gabenor

beserta Majlis Kerja dan Majlis Perundangan . Di setiap negeri akan diwujudkan sebuah Majlis

Tempatan yang akan mempunyai kuasa perundangan kecil yang diperoleh daripada pihak

berkuasa tempatan .

Sebagai tunggak utama pentadbiran Malayan Union , Gabenor atas nasihat Majlis Perundangan

boleh menggubal undang-undang atas nama “untuk keamanan , aturan dan kerajaan yang baik

di dalam Malayan Union” ( 1946 ) . Gabenor juga mempunyai kuasa untuk menentukan bahawa

undang-undang yang digubal mencerminkan hakikat bahawa ia adalah tanggungjawab

Malayan Union sebagai sebahagian daripada empayar British serta wujudnya keseragaman

dalam bidang perundangan Tanah Melayu dan Singapura . Kekuatan kuasa Gabenor dapat

dirujuk daripada hakikat bahawa tidak ada mana-mana rang undang-undang yang boleh

diluluskan tanpa persetujuan Gabenor . ( Mohd Ashraf Ibrahim dalam Gazette 1946 ) .

Warta Kerajaan Malayan Union telah menyentuh beberapa pemberian kuasa kepada Raja

Melayu . Terdapat tiga majlis yang berkait dengan Raja Melayu iaitu Majlis Negeri , Majlis

Penasihat Sultan dan Majlis Raja . Namun pada hakikatnya , Raja Melayu tidak memiliki

sebarang kuasa eksekutif dalam majlis tersebut untuk menjadi sebuah kumpulan yang kuat dan

berpengaruh . Malahan dalam bidang agama dan adat Melayu yang sentiasa dikaitkan dengan

kekuasaan mereka turut terjejas . Sebagai contoh di dalam Majlis Agama , Raja Melayu

berperanan sebagai ahli dan Gabenor British yang beragama Kristian pula menjadi pengerusi

15
( Zainal Abidin 1970 ) . Malahan Raja Melayu tidak mempunyai apa juga kuasa dalam urusan

kutipan zakat yang merupakan sebahagian daripada bidang agama Islam .

Gabenor Malayan Union adalah pegawai kerajaan British yang sesuai dengan taraf baru Tanah

Melayu , iaitu sebagai koloni . Dengan kuasa yang meluas , Gabenor hanya tertakluk kepada

kuasa kerajaan British (Mohd Ashraf Ibrahim dalam Rudner 1970 ) .

Seperti yang telah dijelaskan sebelum ini , pembentukan bangsa Malayan bersatu memerlukan

pengurangan kuasa Raja Melayu di peringkat negeri . Peranan baru Raja Melayu dalam

Malayan Union ialah sebagai “pemimpin tradisional atau spiritual orang Melayu” . Beliau

hanya akan mempengerusikan Majlis Penasihat sahaja yang walaupun keahliannya dilantik

oleh Raja Melayu tetapi masih tertakluk kepada persetujuan Gabenor . Perubahan ini dengan

sengaja dirancang oleh pihak British agar wujud dikotomi kuasa yang berpihak kepada

kerajaan British . Di samping itu , kedaulatan mereka juga akan dikurangkan sebarang bentuk

kuasa dan pengaruh yang masih wujud di kalangan Raja juga perlu dihapuskan . ( Mohammad

Ashraf Ibrahim dalam Mohamed Noordin 1974 ) .

16
6.4) Mempertahankan pertahanan British.

Menurut (Mohd Ashraf Ibrahim , 2004 ) kegagalan British mempertahankan Tanah Melayu

dan Singapura dianggap bukan sahaja berpunca daripada kelemahan ketenteraan sahaja tetapi

juga kerana ketiadaan perpaduan antara kaum di negara ini .Selain daripada ketiadaan

perpaduan kaum yang jitu . Imbangan kaum terutamanya antara masyarakat Melayu dan Cina

adalah hampir sama . Keseimbangan sebegini menyebabkan ketiadaan satu komuniti yang

bersifat mendominasi .

Dalam keadaan masyarakat yang terbahagi khususnya mengikut kumpulan etnik , suatu sistem

pertahanan yang mantap untuk menangkis serangan musuh seperti yang dapat dilihat menerusi

peristiwa penyerangan Jepun , tidak dapat diwujudkan . Kelemahan ini disentuh oleh

A.E.Percival berkaitan dengan kesukaran membentuk barisan pertahanan rakyat . Menurutnya

di United Kingdom dan Tanah Jajahan Dominion , kerjasama dan sokongan rakyat adalah

sesuatu yang pasti . Tetapi dalam kes Tanah Melayu , sekurangnya 5 kaum yang perlu disatukan

dalam usaha bersama untuk mempertahankan negara .

Nyata sekali menurut Percival dalam ( Mohd Ashraf Ibrahim , 2004 ) salah satu punca

kekalahan British adalah kerana pertahanan yang lemah . Masyarakat berbilang kaum sukar

untuk mempertahankan Tanah Melayu . Selain itu , wujudnya masalah ketidakseragaman

pentadbiran dengan adanya unit politik berasingan untuk Negeri Selat , Negeri Melayu

Bersekutu dan Negeri Melayu Tidak Bersekutu . Walaupun adanya Pesuruhjaya Tinggi British

namun kuasanya terhad . Akibatnya pasukan perisikan polis tidak dapat disatukan dan

kerjasama antara negeri yang diwujudkan tidak memadai untuk mencapai keberkesanan yang

maksimum .

Pervival dalam ( Mohd Ashraf Ibrahim , 2004 ) juga menyatakan bahawa bentuk kerajaan

Tanah Melayu yang wujud pada tahun 1941 adalah lebih rumit dan kurang sesuai untuk

17
keadaan perang berbanding dengan bahagian lain dalam empayar British . Ia juga telah

memberikan penghargaan tingggi kepada masyarakat Cina yang dianggap dengan beberapa

pengecualian sebagai golongan yang setia kepada British dan ramai daripada mereka yang

berterusan memberi sumbangan kepada usaha peperangan . Penduduk Tanah Melayu dapat

ditafsir dari sudut pertahanan . Perubahan perlu dilakukan sebelum perang . Pentadbiran perlu

mempunyai satu bentuk kerakyatan yang sama supaya “perasaan kerakyatan” dapat

diwujudkan .

18
7.0 Kesimpulan .

Kesimpulannya , pelbagai masalah yang tercetus dalam masyarakat kita hari ini antaranya

gagal dalam menelusuri dan memahami sejarah . Ada yang mempertikaikan institusi Raja dan

membangkitkan hak orang Melayu . Mengambil iktibar dari peristiwa Malayan Union , jelas

menunjukkan kepada kita bahawa kekuatan sesuatu bangsa dan negara terletak kepada

kekukuhan jati diri setiap warganya , kewibawaan pemimpin dan kedaulatan Raja-raja . Malah,

pengorbanan pemimpin terdahulu dalam memerdekakan dan membagunkan negara ini wajar

dihargai dan dijadikan teladan oleh semua . Raja-raja Melayu pula berperanan sebagai penaung

dan tonggak perpaduan bagi semua rakyat di Malaysia yang tidak mengira kaum , bangsa dan

agama yang dianuti .

Jalinan erat kerjasama antara rakyat , pemimpin dan Raja ibarat selirat akar umbi , maka

teguhlah pokoknya . Cetusan semangat dan inspirasi dari Malayan Union perlu diambil dan

disemat sentiasa dalam jiwa setiap rakyat ketika mengharungi apa jua kemelut dan keadaan .

Ketelusan , kebijaksanaan dan kewibawaan pemimpin pula akan membawa rakyat dan negara

ke arah kemajuan yang seimbang , kemakmuran dan kesejahteraan .

19
8.0 Rujukan .

Buku.

Mohd Ashraf Ibrahim.(2004).Gagasan bangsa Malayan yang bersatu 1945-57.Kuala Lumpur:


Universiti Kebangsaan Malaysia .

Rupert Emerson.(1982).Malaysia satu pengkajian pemerintahan secara langsung dan tidak


Langsung.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka .

Ahmad Masjidin.(1979).Malaysia dari segi sejarah:Malayan Union dalam ruang akhbar


Warta Negara.Kuala Lumpur:Dewan Bahasa dan Pustaka .

Ramlah Adam.(1998).Kemelut politik Semenanjung Tanah Melayu.Kuala Lumpur:Universiti


Malaya .

Sumber Internet .
https://www.slideshare.net/FazTeeyta159/malayan-union-20539224

http://saifulazmijusoh.blogspot.com/2012/04/penubuhan-malayan-union.html

20
21

Anda mungkin juga menyukai