Anda di halaman 1dari 22

1.

0 PENGENALAN

UMNO hari ini dikenali sebagai parti yang terbesar dan menjadi teras pemerintahan negara dengan jumlah kerusi yang terbanyak di samping pemimpin-pemimpinnya berperanan dalam membuat dasar-dasar. UMNO merupakan antara parti bercorak demokratik yang tertua di negara-negara membangun dan masih kuat kedudukannya walaupun melalui berbagai peristiwa dan cabaran.

Nasionalisme Melayu sebelumnya agak malap kerana wujudnya penduduk berbilang kaum sebagai faktor penghalang, penekanan oleh penjajah, tendensi masyarakat Melayu untuk berpecah-belah mengikut negeri, ketiadaan kesedaran politik yang meluas serta terdapat kemakmuran ekonomi yang membolehkan kehidupan sederhana kepada sebilangan besar rakyat.

Rancangan Malayan Union yang dipaksakan ke atas mereka tanpa sebarang rundingan adalah amat menggemparkan. Jika sebelum ini orang-orang Melayu berpecah-pecah dengan berbagai sentimen kenegerian dan pemandangan yang sempit, sekarang mereka yang mula melihat realiti di depan mereka, telah bangkit menentang rancangan itu. Kebangkitan ini merupakan reaksi yang spontan dengan orang-orang Melayu bersatu hati dan tenaga agar kedudukan mereka terpelihara.

Penubuhan UMNO pada 11hb Mei 1946, dengan Dato Onn bin Jaafar sebagai pemimpinnya yang pertama dapat dikatakan sebagai mengelak orang-orang Melayu di Tanah Melayu dari

tenggelam di bawah satu perkembangan politik dan ekonomi yang begitu deras dan menguntungkan golongan-golongan lain yang lebih maju.

UMNO lahir dari percantuman pertubuhan-pertubuhan Melayu dengan pelbagai aliran falsafah dan pendapat tetapi bersatu dalam memperjuangkan serta mempertahankan ketuanan bangsa Melayu. Malayan Union yang ditubuhkan oleh British ditentang hebat oleh semua pertubuhan yang mempertahankan hak-hak orang Melayu terutama sekali UMNO. Masyarakat pada masa itu beranggapan bahawa UMNO mampu mempertahankan hak ketuanan orang Melayu. Malah terbukti sehingga sekarang, UMNO masih memperjuangankan hak orang-orang Melayu mengikut arus perubahan politik.

2.0 LATAR BELAKANG

Kesedaran orang Melayu terhadap penindasan dan penjajahan kuasa asing telah berlaku sejak sebelum Perang Dunia Kedua lagi. Tahap nasionalisme pada peringkat awal lebih bersifat persendirian, tidak berorganisasi dan kurang mendapat pengaruh dari dalam atau luar Tanah Melayu.1 Selepas Perang Dunia Kedua, semangat perjuangan nasionalisme terutamanya perjuangan orang Melayu telah diasaskan dan semuanya untuk meningkatkan semangat dan fahaman kebangsaan Melayu.2 Hal ini adalah untuk mempertahankan hak-hak orang Melayu baik dalam bidang politik, ekonomi mahupun sosial.

Mohd Foad Sakdan. 1999. Pengetahuan Asas Politik Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm. 109. 2 Ibid.

Penjelmaan perjuangan politik Melayu dapat dilambangkan melalui penentangan Malayan Union. Secara tidak langsung perjuangan menentang Malayan Union telah menyatupadukan orang Melayu walaupun hanya di peringkat awal.3 Penentangan terhadap Malayan Union lebih tepat dikatakan sebagai sebuah gerakan setiap lapisan masyarakat khususnya orang Melayu yang menajdi puncak kesedaran politik masyarakat Tanah Melayu khususnya orang Melayu. Penyatuan ini lahir dari rasa tidak puas hati terhadap gagasan Malayan Union.4

Selepas British mengambil alih kembali Tanah Melayu dari Jepun, British menubuhkan satu corak pemerintahan sementara iaitu British Military Administration (BMA) yang bertujuan memulihkan keadaan yang tidak tenteram di Tanah Melayu selepas penjajahan Jepun.5 BMA adalah sementara waktu kerana British telah menyediakan satu corak pemerintahan baru dikenali sebagai Malayan Union.6 Malayan Union bertujuan untuk :

1. Mengedakan satu pentadbiran yang seragam bagi negeri-negeri Melayu yang terpecah kepada 3 unit iaitu Negeri-negeri Selat (NNS), Negeri-negeri Melayu Bersekutu (NNMB) dan Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (NNMTB). 2. Menyediakan Tanah Melayu berkerajaan sendiri. 3. Menjadikan Tanah Melayu sebagai pusat pertahanan British di Asia Tenggara. 4. Membaiki sistem ekonomi terutama pelaburan dalam perindustrian getah.

3 4

Ramlah Adam. 1998. Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu . Kuala Lumpur: Universiti Malaya. Hlm. 109. Ibid. 5 Khoo Kay Kim. 1984. Sejarah Masyarakat Melayu Moden. Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah Universiti Malaya. Hlm. 190. 6 Ibid.

5. Mewujudkan perasaan setia dan nasionalisme kepada Tanah Melayu dikalangan penduduknya. 6. Membalas dendam kepada orang-orang Melayu kerana menyokong pentadbiran Jepun pada tahun 1942-1945.7

Melalui Malayan Union, seorang Gabenor akan menjadi ketua pentadbir dan dibantu oleh sebuah badan penasihat yang terdiri dari pelbagai bangsa yang dilantik oleh Gabenor.8 Raja-raja Melayu masih mempunyai kuasa namun terhad kepada adat istiadat dan agama Islam sahaja serta mengetuai Majlis Penasihat Melayu yang ahlinya dilantik oleh Gabenor. Hal ini menunjukkan kedaulatan Raja-raja Melayu sebagai ketua negeri telah berpindah kepada Raja England. Manakala hak rakyat Melayu sebagai rakyat Tanah Melayu disama ratakan dengan orang-orang asing.9

Selain daripada itu, perkara yang menjadi keutamaan dalam penentangan orang Melayu terhadap Malayan Union adalah soal kerakyatan yang hendak diberikan kepada bangsa lain secara jus soli atau kewarganegaraan secara meluas atau terbuka. Perkara ini secara tidak langsung telah mengancam kedudukan dan ketenteraman masyarakat tempatan yang merupakan penduduk asal dan majoriti. Masyarakat Melayu berasa marah apabila syarat kewarganegaraan dibuka dengan mudah kepada bangsa lain.10

7 8

Ramlah Adam. 1998. Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu . Hlm. 43. Khoo Kay Kim. 1984. Sejarah Masyarakat Melayu Moden. Hlm. 190. 9 Khoo Kay Kim. 1984. Sejarah Masyarakat Melayu Moden. Hlm. 190. 10 Ramlah Adam. 1998. Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu . Hlm. 43. Lihat juga Ishak Tadin. 1960. Dato Onn and Malay Nationalisme, 1946-1951, dalam JSEAH, JLD 1. No.1. Mac.

Sir Harold Mac Micheal telah dihantar untuk mendapatkan tandangan perjanjian dengan Raja-raja Melayu. Beliau telah menggunakan kekerasan dan ancaman untuk mendapatkan tandangan tersebut. Orang Melayu menentang perjanjian tersebut dan mendesak agar Raja-raja Melayu tidak menandatangani perjanjian tersebut. Hal ini kerana sekiranya perjanjian itu ditandatangani maka Raja-raja Melayu akan hilang kedaulatan dan masyarakat Melayu menjadi golongan minoriti ditambah dengan syarat kewarganegaraan yang longgar.11

Penentangan yang dilakukan oleh orang Melayu adalah meluas termasuklah orang perseorangan, persatuan, surat dan memorandum termasuk juga melalui demonstrasi. Hampir semua orang Melayu menetang kecuali Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM)12 yang menyokong mengenai kerakyatan sama rata tersebut.13 Protes terhadap Malayan Union begitu hebat termasuklah dari kalangan wanita.14 Terlalu banyak persatuan yang terlibat menetang Malayan Union antaranya seperti persatuan Penghulu Selangor, Darul Ehsan Club dan Persatuan Guru-guru Melayu.15

Negeri Johor telah memainkan peranan penting dalam penentangan terhadap Malayan Union. Hal ini kerana usaha yang dijalankan oleh Dato Onn bin Jaafar, Pegawai Daerah Batu Pahat yang menjadikan penentangan Malayan Union sebagai kegiatan nasional yang telah
11 12

Ramlah Adam. 1998. Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu . Hlm. 3. Pada peringkat awal menentang Malayan Union, orang-orang Melayu telah bersatu padu termasuklah PKMM. Namun perpaduan itu tidak berterusan apabila PKMM menarik diri dari persidangan Agung UMNO yang diadakan di Ipoh. Perkara yang dipertikai adalah mengenai bendera UMNO namun yang sebenarnya adalah lebih dari itu. PKMM bersifat anti-penjajah. PKMM bukan hanya inginkan memperjuangan kedaulatan raja, kerakyatan dan hakhak orang Melayu, tetapi lebih dari itu. PKMM inginkan kuasa pemerintahan dan bukan sekadar wayang kulit yang didalangi oleh British. Oleh itu PKMM lebih menumpukan kepada kegiatan anti penjajah dan bersedia bekerjasama dengan golongan bukan Melayu untuk mendapatkan kuasa politik dari British. Lihat Zainal Abidin bin Abdul Wahid. Semangat Perjuangan Melayu. 13 Ramlah Adam. 1998. Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu . Hlm. 14 14 Ramlah Adam. 1978. UMNO:Organisasi dan Kegiatan 1945-1951. Kelantan: Mohd Nawi Book Store. Hlm. 20-23. 15 Ibid. Hlm. 14.

menggabungkan semua tenaga orang melayu untuk menentang Malayan Union. Melalui keberanian dan sokongan padu kawan-kawan serta bantuan persatuan di Johor, Dato Onn telah mengetuai Kongres 1946 dan seterusnya menubuhkan persatuan kebangsaan iaitu UMNO bagi orang Melayu.16

Pada awal tindakan DatoOnn adalah mengadakan mesyuarat di dua tempat berasingan iaitu di Gunung Saga dan Kelab batu Pahat. Kemudian beliau telah menghantar surat kepada Utusan Melayu untuk menyebarkan bantahan terhadap Malayan Union.17 Liputan akhbar turut memainkan peranan mendesak Kongres Melayu se-Malaya diadakan sebagai bantahan terhadap Malayan Union. Sambutan terhadap kongres yang berlangsung selama empat hari di Kelab Sultan Sulaiman itu mendapat sambutan baik.18

Pada akhir bulan Mac 1946, Datuk Nik Ahmad Kamil dari Kelantan mendesak kongres mengadakan sidang tergempar bagi membincangkan langkah-langkah untuk menghalang penubuhan Malayan Union.19 Kongres tergempar ini dihadiri oleh 9 orang wakil dari 9 buah persatuan negeri. Melalui persidangan tersebut, mereka telah meminta raja-raja Melayu memulaukan perlantikan Sir Edward Gent sebagai Gabenor Malayan Union. Selain daripada itu, mereka juga meminta orang Melayu yang dilantik sebagai Majlis Mesyuarat Malayan Union untuk menolak perlantikan tersebut. Semua orang Melayu pula diminta untuk berkabung selama 7 hari sebagai tanda protes terhadap Malayan Union.20

16 17

Ibid. Hlm. 8 Ibid. 18 Hidop Melayu, A Brief Review Of Reciritions Of Malay Nationalism. Department Of Malayan Union Leugue Of Perak. Ipoh. Hlm.8 19 Ramlah Adam. 1998. Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu . Hlm. 18. 20 Ibid. Hlm. 8

Pada 11 Mei 1946, satu kongres penting telah diadakan dan dihadiri oleh 29 buah pertubuhan negeri-negeri Melayu dengan 58 orang wakil dan 30 orang pemerhati. Di dalam kongres ini Dato Onn telah membubarkan Kongres 1946 dan mengisytiharkan UMNO dan disambut dengan teriakan Hidup Melayu oleh semua ahli yang hadir. Secara sebulat suara Dato Onn dilantik menjadi Yang Dipertua UMNO yang pertama. Dato Onn mengesyorkan agar diadakan sebuah pertubuhan kebangsaan bagi mewakili orang Melayu dalam menentang Malayan Union.21 Pertubuhan ini dikenali sebagai United Malays Organisation (UMO). UMO diubah kepada UMNO apabila perkataan National ditambah oleh Zaaba.22

Parti UMNO telah menjadi sebuah parti yang merangkumi setiap lapisan masyarakat termasuk golongan raja, orang besar dan rakyat bawahan. Penubuhan UMNO telah diisytihar di Istana Besar Johor Bahru oleh Sultan Ibrahim pada 11 Mei 1946.23 Hingga kini UMNO menjadi pejuang dan penjaga utama hak-hak orang Melayu.

Tujuan penubuhan UMNO ialah untuk memelihara kepentingan, memaju dan memperbaiki keadaan orang Melayu. UMNO yang merupakan pertubuhan politik lantang menyuarakan penentangan terhadap Malayan Union dengan mengadakan rapat umum di seluruh negara bagi menentang rancangan kerajaan British itu. Orang Melayu terus memberi sokongan kepada UMNO sehingga Parlimen British menyedarinya. UMNO telah mendapat sambutan padu daripada semua negeri dan mempunyai 39 bahagian menjelang tahun 1951. Dalam masa yang singkat, UMNO telah menjadi parti politik berhaluan kanan terbesar dalam memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu.
21 22

Ibid. Anwar Abdullah. 1971. Dato Onn. Petaling Jaya: Percetakan Abadi. Hlm. 3, 23 Ramlah Adam. 1999. Sumbanganmu Dikenang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Hlm.9-12.

3.0 PERLEMBAGAAN

Secara umum, perlembagaan boleh ditakrifkan sebagai dasar atau formula yang menyatakan bagaimana kuasa-kuasa awam di dalam sesebuah negara dibahagi-bahagi dan digunakan. Perlembagaan juga perlu melihat prinsip-prinsip asas yang membentuk institusi- institusi negara eksekutif, badan perundangan dan kehakiman sekaligus menyatakan bidang kuasa dan peranan mereka dalam kerangka itu. Perlembagaan juga mempunyai prinsip-prinsip yang memegang kepada suatu nilai; contohnya negara kita menggunakan nilai perundangan British.

Pergerakan UMNO digariskan melalui sebuah perlembagaan yang mesti dipatuhi oleh ahlinya. Perlembagaan dalam UMNO mempunyai perkara-perkara asas dan panduan dalam memperjuangkan hak dan maruah bangsa Melayu. Perlembagaan UMNO mempunyai 32 Fasal. Fasal 1 adalah mengenai Nama Pertubuhan. Pertubuhan ini dikenali dengan nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu atau UMNO (United Malays National Organisation). Fasal 2 adalah cogankata UMNO iaitu BERSATU - BERSETIA BERKHIDMAT.24

Asas dan tujuan pertubuhan UMNO dapat diperjelaskan melalui Fasal 3 perlembagaan. UMNO adalah sebuah parti politik yang berjuang mendukung cita-cita kebangsaan Melayu demi mengekalkan maruh dan martabat bangsa, agama dan negara. Pertubuhan UMNO bertujuan:

1. Mempertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara. 2. Mendukung dan mempertahankan Perlembagaan Negara, Perlembagaan Negerinegeri dan Raja Berpelembagaan.
24

Perlembagaan UMNO. Hlm. 3

3. Menegak, mempertahan dan mengembangkan Islam, agama rasmi negara serta menghormati prinsip kebangsaan beragama. 4. Mempertahankan kedaulatan rakyat dan keadilan sosial dengan mengamalkan Sistem Pemerintahan Demokrasi Berparlimen serta memajukan ekonomi rakyat Melayu dan Bumiputera khasnya dan rakyat Malaysia amnya. 5. Menjamin kedudukan Bahasa Kebangsaan (Bahasa Melayu) sebagai bahasa rasmi yang tunggal dan Kebudayaan Kebangsaan yang berteraskan Kebudayaan Melayu. 6. Mewujudkan kerjasama antara kaum bagi melahirkan satu bangsa Malaysia yang kuat dan bersatu berasaskan kepada hak-hak Asasi Manusia dan Hak-Hak Istimewa Orang Melayu dan Bumiputera.25

Melalui asas dan tujuan UMNO jelas menunjukkan bahawa UMNO merupakan satu pertubuhan yang menjaga, memelihara dan mempertahankan kedaulatan raja-raja Melayu, bangsa Melayu, hak-hak orang Melayu dan kedudukan Bahasa Melayu.

Fasal 4, 5 dan 6 adalah berkenaan dengan jenis ahli, pendaftaran keahlian dan tanggungjawab dan hak ahli. Melalui perlembagaan ini, pengkaji dapat melihat bahawa terdapat dua jenis ahli yang berada di bawah pertubuhan UMNO. Pertama adalah ahli biasa iaitu Warganegara Malaysia yang berbangsa Melayu atau Bumiputera yang berusia 18 tahun ke atas. Manakala yang kedua adalah ahli gabungan iaitu sebuah pertubuhan politik yang bersetuju

25

Perlembagaan UMNO. Hlm. 3

berkerjasama dengan UMNO dan menerima syarat-syarat yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi. Oleh itu setiap orang Melayu dan Bumiputera berusia 18 tahun ke atas berhak untuk menjadi ahli UMNO. Setiap ahli bertanggungjawab untuk:

1. Memegang teguh dasar parti dan melaksanakan tujuan-tujuannya. 2. Mendaftar diri sebagai pengundi dan mengundi di setiap pilihan raya, melainkan atas sebab-sebab yang boleh diterima oleh Majlis Tertinggi. 3. Menghadiri mesyuarat-mesyuarat dan mengambil bahagian dalam kegiatan-kegiatan parti. 4. Menjalankan kerja-kerja parti dan mematuhi tataetika, perintah-perintah dan disiplin parti. 5. Menyokong calon-calon parti yang bertanding dalam pilihan raya. 6. Berkhidmat kepada orang ramai. 7. Bersedia dan sanggup menentang musuh-musuh negara.26

Fasal 7 adalah mengenai susunan dan pentadbiran UMNO. Melalui perlembagaan, UMNO mempunyai empat pembahagian kuasa iaitu Pusat, Perhubungan, Bahagian dan Cawangan. Fasal 8 adalah mengenai Perhimpunan Agung. Perhimpunan Agung adalah kuasa tertinggi parti dan perjalanan parti adalah berasaskan kepada kuasa dan perintahnya tertakluk kepada Perlembagaan dan juga Peraturan UMNO. Perhimpunan Agung Tahunan hendaklah diadakan sekali dalam setahun pada bila-bila masa yang ditetapkan oleh Majlis Tertinggi dengan syarat tidak lewat daripada 18 bulan dari tarikh Perhimpunan Agung yang lalu.27

26 27

Perlembagaan UMNO. Hlm. 4-5 Perlembagaan UMNO. Hlm. 6

10

Fasal 9 dan 10 adalah berkenaan dengan Majlis Tertinggi dan Tanggungjawab Majlis Tertinggi. Majlis Tertinggi adalah menjadi badan yang menjalankan pentadbiran hal-ehwal UMNO di bawah kekuasaan dan perintah Perhimpunan Agung dan Majlis Tertinggi adalah berkuasa menjalankan sebarang langkah bagi pihak Perhimpunan Agung pada masa ketiadaannya tetapi segala langkahnya itu hendaklah dimaklumkan kepada Perhimpunan Agung. Majlis Tertinggi terdiri daripada : Presiden; Timbalan Presiden; Enam orang Naib Presiden termasuk Ketua Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri; Setiausaha Agung; Bendahari; Ketua Penerangan; Tidak lebih daripada dua puluh lima orang yang dipilih oleh Perhimpunan Agung; Tidak lebih daripada dua belas orang yang dilantik oleh Presiden termasuk sekurang-kurangnya seorang dari Pergerakan Pemuda, seorang dari Pergerakan Wanita dan seorang dari Pergerakan Puteri.28

Fasal 11 adalah mengenai Pejabat Setiausaha Agung, manakala Fasal 12 berkenaan dengan Badan Perhubungan boleh ditubuhkan oleh Majlis Tertinggi di tiap-tiap Negeri dan Wilayah Persekutuan. Badan Perhubungan terdiri daripada Pengerusi; Timbalan Pengerusi; Setiausaha; Bendahari; Ketua Penerangan; Ketua-ketua Bahagian; 2 orang wakil Pergerakan Pemuda Negeri, 2 orang wakil Pergerakan Wanita dan 2 orang wakil Pergerakan Puteri bagi tiaptiap Negeri dan Wilayah Persekutuan yang dilantik oleh Ketua Pergerakan masing-masing. Fasal 13 adalah berkenaan Pejabat Setiausaha Badan Perhubungan29

28 29

Perlembagaan UMNO. Hlm. 8-11 Perlembagaan UMNO. Hlm. 12-15

11

Fasal 14 hingga 19 adalah berkenaan dengan Bahagian, Jawatankuasa Bahagian, Pejabat Setiausaha Bahagian, Cawangan, Jawatankuasa Cawangan Dan Pejabat Setiausaha Cawangan. Setiap Fasal akan menerangkan mengenai tugas setiap jawatan kuasa setiap peringkat pentadbiran.30

Pada Fasal 20 menggariskan Disiplin ahli UMNO. Majlis Tertinggi berkuasa menubuhkan Lembaga Disiplin dan menentukan peraturan-peraturan, kuasa-kuasanya dan mengenakan hukuman kerana melanggar peruntukan perlembagaan ini dan kesalahan lain yang disenaraikan di dalam Tataetika Ahli UMNO atau mana-mana peraturan lain. Semua ahli UMNO hendaklah cintakan parti dan:

1. Patuh kepada Perlembagaan ini dan Tataetika Ahli; 2. Mengikut perintah-perintah parti; 3. Menjalankan dasar-dasar parti; 4. Patuh dan menghormati keputusan-keputusan parti; 5. Menjaga rahsia-rahsia parti; 6. Memelihara nama baik dan maruah parti; 7. Senantiasa menunjukkan tatalaku yang sopan lagi tertib.31

Ahli yang melanggar peruntukan Perlembagaan ini atau Tataetika Ahli UMNO boleh dikenakan mana-mana hukuman yang tersebut dibawah:-

30 31

Perlembagaan UMNO. Hlm. 15-26 Perlembagaan UMNO. Hlm. 26-27

12

1. Diberi amaran; 2. Digantung hak-haknya dalam parti; 3. Dilarang daripada bertanding bagi mana-mana jawatan dalam parti ataupun sebagai calon dalam Pilihan Raya Negeri atau Umum bagi mana-mana tempoh yang ditentukan oleh Majlis Tertinggi; 4. Dipecat daripada parti; 5. Dikenakan lain-lain hukuman yang difikirkan wajar dan selaras dengan Perlembagaan ini.32

Fasal 21 adalah mengenai Pergerakan Pemuda, Pergerakan Wanita Dan Pergerakan Puteri. Pergerakan Pemuda, Pergerakan Wanita dan Pergerakan Puteri dalam semua peringkat UMNO boleh diwujudkan dan Majlis Tertinggi berkuasa membuat peraturan-peraturan untuknya. Fasal 22 mengenai Lencana Dan Lambang Umno manakal Fasal 23 adalah berkenaan dengan Bendera UMNO. 33

Fasal 24 hingga 27 adalah mengenai Punca Pendapatan UMNO, Yuran UMNO, Cara Menyimpan Dan Menggunakan Wang UMNO Dan Harta Alih Dan Tak Alih. Kewangan UMNO diperolehi dari Wang pendaftaran dan Yuran; Derma-derma; dan Ikhtiar-ikhtiar lain di semua peringkat dipersetujukan oleh Majlis Tertinggi.34

Melalui Fasal 28 - Pemeriksaan Kira-Kira, Perhimpunan Agung Tahunan perlu melantik sebuah Syarikat Juruaudit yang diakui oleh Kerajaan untuk memeriksa kira-kira wang dan harta
32 33

Perlembagaan UMNO. Hlm. 27 Perlembagaan UMNO. Hlm. 28 34 Perlembagaan UMNO. Hlm. 28-30

13

parti. Peraturan Persidangan Perhimpunan Agung yang dipakai untuk persidangan-persidangan parti di semua peringkat tertakluk pada Fasal 29 Perlembagaan UMNO.

Fasal 30, Meminda Perlembagaan. Perlembagaan ini atau sebarang bahagian daripadanya boleh dipinda atau dimansuhkan dengan ketepatan yang dipersetujui oleh tidak kurang daripada dua pertiga ahli-ahli yang berhak hadir dalam Perhimpunan Agung Khas dan hendaklah dikemukakan kepada Pendaftar Pertubuhan dalam tempoh dua puluh lapan hari dari tarikh keputusan meminda Perlembagaan itu diluluskan. Fasal 31 adalah Kuasa Sementara Mengelolakan Umno yang menggariskan sebarang perbuatan atau pekerjaan yang telah diperbuat oleh UMNO terlebih dahulu daripada Perlembagaan ini diluluskan adalah sah sekalipun perbuatan dan pekerjaan itu tidak sesuai atau tidak mengikut kehendak Perlembagaan. Fasal yang terakir iaitu Fasal 32- Tafsiran bermaksud jika berbangkit sebarang perselisihan di atas tafsiran Perlembagaan ini atau Peraturan Persidangan Perhimpunan Agung UMNO yang dibuat di bawah kuatkuasanya maka tafsiran yang diberikan oleh Majlis Tertinggi adalah muktamad. 35

4.0 PERANAN DAN SUMBANGAN

UMNO telah berjuang dan berkhidmat untuk bangsa Melayu sejak ia ditubuhkan pada 11 Mei 1946 lagi. UMNO dianggap sebagai penjaga untuk masa depan bangsa Melayu. Pelbagai peranan dan sumbangan yang telah diberikan oleh UMNO sejak penubuhannya dalam memperjuangkan hak orang Melayu terutama sebelum kemerdekaan.36

35 36

Perlembagaan UMNO. Hlm. 31 Ramlah Adam. 1999. Sumbanganmu Dikenang. Hlm.10

14

Peranan UMNO yang paling terkesan adalah semasa bantahan terhadap penubuhan Malayan Union. Dato Onn Jaafar, pengasas kepada penubuhan UMNO telah memperkenalkan satu sistem pentadbiran yang lebih baik berbanding Malayan Union setelah beliau berjaya menyatupadukan berjuta-juta orang Melayu dan mendapat sokongan penuh dari golongan Raja dan juga rakyat.37

Dato Onn telah mengadakan rundingan tiga penjuru antara kerajaan British, Raja-raja Melayu dan UMNO di dalam Working Committee dan Malayan Union Advisory Council. Dato Onn berusaha merangka Perjanjian Persekutuan 1948 dan dibentang di dalam mesyuarat agung UMNO pada 10 Januari 1947 di Alor Setar untuk dibincangkan.
38

Cadangan ini dijalankan demi

mengatasi masalah tekanan daripada Parti Komunis Malaya (PKM) dan Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM). PKMM yang dikuasai oleh PKM telah menolak Persekutuan Tanah Melayu kerana tidak memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu.39 Peristiwa ini memberi kelebihan kepada UMNO apabila British mengharamkan parti politik radikal dan komunis berdasarkan Undang-undang Darurat 1948. Akibatnya parti politik di Tanah Melayu dan ini menjadi peluang UMNO untuk mengisi kekosongan tersebut.40

Pandangan Dato Onn telah disokong oleh British. British telah menerima perlembagaan ini pada 21 Januari 1948.41 Dato Onn sebagai wakil UMNO mengahadiri Plenary Conference di King House bersama-sama pihak British dan Raja-raja Melayu. Dato Onn telah mendesak agar

37 38

Ramlah Adam. 1998. Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu . Hlm. 18. Ibid. Hlm. 17. 39 Ibid. 40 Ramlah Adam. 1946-1948. Tititan, Dr. Burhanuddin al-Helmi, satu kajian mengenai penglibatannya dalam PKMM. Hlm. 25. 41 Ramlah Adam. 1998. Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu . Hlm. 19.

15

peraturan dan arahan Majlis Mesyuarat Negeri dan Persekutuan dibuat mengikut pengetahuan negeri Melayu. Permintaan ini diterima dan perjanjian Persekutuan 1948 ditandatangani oleh Raja-raja Melayu dengan British di Kings House Kuala Lumpur.42

Selain daripada itu, UMNO telah menubuhkan gerakan Kaum Ibu pada Januari 1943 untuk memastikan kestabilan dan mengukuhkan UMNO sebagai parti politik yang unggul. Gerakan Kaum Ibu ini bertujuan untuk menyelamatkan maruah kaum wanita Melayu. Gerakan ini merupakan usaha Che Puteh Mariah dari Perak. Keahlian gerakan Kaum Ibu bertambah seramai 20 000 orang dengan 14 cawangan.43

Sementara itu, Pergerakan Pemuda telah ditubuhkan selepas Darurat yang diketuai oleh Hussein Onn pada Mac 1948. Pada asalnya ia digelar UMNO YOUTH LEAGUE (Perikatan Pemuda) yang ditubuhkan sekitar 1948-1949. Kedua-dua gerakan, gerakan Kaum Ibu dan Pergerakan Pemuda merupakan usaha UMNO untuk berkerajaan sendiri dan mencapai kemerdekaan.44

Dato Onn Jaafar melalui UMNO telah membentuk satu kerakyatan yang kemudiannya dipratikkan pada tahun 1951 yang dikenali sebagai State Nationality. Hasilnya, sebanyak 60 peratus orang bukan Melayu menjadi rakyat Tanah Melayu. hal ini telah menyebabkan kebimbangan orang Melayu kerana orang bukan Melayu mempunyai kedudukan yang sama dengan orang Melayu. Namun hal ini dinafikan sekeras-kerasnya oleh Dato Onn kerana jumlah

42 43

Ibid. Hlm. 20. Firdaus Haji Abdullah. 1985. Radical Malays Politics, Its Origin and Early Development. Petaling Jaya: Pelanduk Publishing. Hlm.126. 44 Ibid.

16

masyarakat Melayu pada masa itu lebih kurang 2500 000 orang, oleh itu hak politik orang Melayu tidak akan tenggelam.45

Dato Onn juga telah berbincang dengan pemimpin-pemimpin bukan Melayu seperti Tan Cheng Lock dan E.E. Thuraisingha dalam membentuk sebuah Negara yang merdeka dan berkenaan denga jus soli. Perbincangan ini telah membentuk sebuah jawatankuasa iaitu Jawatankuasa Perhubungan Kaum-CLC (Communities Laison Communite).46 Melalui CLC ini dapat dilihat bahawa UMNO telah bersedia untuk menerima orang bukan Melayu sebagai rakyat Tanah Melayu. Selain dari itu, adalah tidak keterlaluan sekiranya pengkaji mengatakan bahawa CLC merupakan kali pertama kerjasama antara kaum ini terjalin secara rasmi, walaupun sebenarnya masing-masing ingin menjaga kepentingan kaum masing-masing.

Semangat Perjuangan Melayu di dalam UMNO yang masih menebal menyebabkan ahliahli UMNO masih belum dapat menerima kerjasama antara kaum tersebut. Hal ini ditambah dengan tindakan Dato Onn yang membuka pendaftaran ahli UMNO kepada bukan Melayu sebagai ahli bersekutu mendapat tentangan hebat dari dalam UMNO.47 Penentangan ini telah timbul lebih awal lagi dari pemberian hak kerakyatan kepada bukan Melayu. Dato Onn mengambil keputusan untuk meletak jawatan tetapi dapat dipujuk kembali atas nama perjuangan UMNO.

Dato Onn cuba untuk melakukan perubahan sekali lagi. Pada kali ini beliau cuba hendak menukarkan UMNO dari sebuah parti Melayu kepada sebuah parti warganegara Tanah Melayu
45 46

Ramlah Adam. 1998. Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu . Hlm. 255. Ibid. Hlm. 256. 47 Ibid. Hlm. 258.

17

tanpa mengira keturunan Melayu atau bukan Melayu. Beliau hendak menukarkan United Malays National Organization kepada United Malaya National Organization. Hal ini telah menimbulkan ketegangan dan tentangan yang hebat dari ahli UMNO sendiri.48 Akhirnya Dato Onn meletak jawatan dan tempatnya diganti dengan Tunku Abdul Rahman pada tahun 1951.49 Tuanku Abdul Rahman dipilih kerana Tunku masih meneruskan dasar Tanah Melayu Untuk Melayu.50

UMNO terdiri tetap sebagai pertubuhan siasah Melayu yang terdiri dari orang Melayu sahaja untuk mencapai faedah orang Melayu khasnya dan Tanah Melayu amnya.51

Melalui ucapan tersebut jelas menunjukkan bahawa Tunku Abdul Rahman berjanji untuk tidak membuka keahlian UMNO kepada bangsa asing walau dalam keadaan apa sekalipun.

Walau bagaimanapun kerjasama politk antara kaum telah dilakukan antaranya seperti pembentukan kerjasama UMNO-MCA dalam pilihan raya Bandaran Kuala Lumpur pada awal 1952.52 Melalui kerjasama ini ia menjadi permulaan kepada konsep Malayan secara terbuka oleh Tunku Abdul Rahman.53 Selain dari itu, sebuah gabungan parti politik perkauman telah diadakan pada pertengahan 1954 dengan kemasukan Malayan Chinese Assiocoation (MCA) dan Malayan Indian Congres (MIC) dalam arena politik tempatan. Gabungan tiga parti antara kaum ini membentuk Parti Perikatan dan menempah kejayaan pilihan raya 1954-1955.54

48 49

Ibid. Hlm. 258 Ramlah Adam. 1999. Sumbanganmu Dikenang. Hlm.39. 50 Ramlah Adam. 1998. Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu . Hlm. 126. 51 Khoo Kay Kim. 1984. Sejarah Masyarakat Melayu Moden. Hlm. 252. 52 Ramlah Adam. 1998. Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu . Hlm. 266. 53 Ibid. Hlm. 267 54 Ibid. Hlm. 273.

18

Perjuangan UMNO dalam menuntut kemerdekaan telah dikemukakan oleh Tunku Abdul Rahman selaku pemimpin Perikatan kepada Pejabat Tanah Jajahan British melalui satu memorandum pada 8 Ogos 1955. Hal ini adalah rentetan dari kemenangan besar dalam pilihan raya 1955 dengan 51 dari 52 undi. Dalam memorandum tersebut terdapat dua tuntutan yang dikenhendaki iaitu pertama pemberi kerajaan sendiri secepat mungkin dan perlantikan sebuah suruhanjaya bebas bagi mendapatkan Perlembagaan Merdeka.

Memorandum tersebut diserahkan kepada Setiausaha Tanah Jajahan Lennox Boyd pada 23 Ogos 1955 sewaktu persidangan Majlis Perundangan Persekutuan. Melalui persetujuan asas antara Raja-raja Melayu dan Perikatan itu, satu rundingan telah dijalankan antara perwakilan Tanah Melayu, Setiausaha Pejabat Tanah Jajahan, Pesuruhjaya Tinggi, Menteri Negeri United Kingdom di London. Dalam perundingan tersebut, Raja-raja Melayu bersedia menimbangkan perlembagaan bagi mencapai kemerdekaan. Selain dari itu, Raja Melayu mahu rundingan tersebut bukan sahaja disertai wakil perikatan sahaja, sebaliknya turut mencadangkan 4 orang wakil raja-raja Melayu, 2 wakil Perikatandan Peguam Negara sebagai penasihat.55

Rombongan Perikatan yang diketuai oleh Tunku Abdul Rahman bersama-sama dengan Dato Abdul Razak, Tun Dr. Ismail dan H. S. Lee dan wakil-wakil Raja Melayu telah berangkat ke England dengan kapal M.V Asia daripada pelabuhan Tanjung Pagar pada 1 Januari 1956.56 Pengisytiharan kemerdekaan telah dibuat pada 31 Ogos 1957 di Stadium Merdeka oleh Tunku Abdul Rahman dengan disaksikan oleh Raja-raja Melayu dan wakil kerajaan British. Laungan

55 56

Ibid. Hlm. 274. Ibid. Hlm. 275.

19

merdeka sebanyak tiga kali semasa proses kemerdekaan ini, sedikit sebanyak menandakan tamatnya belenggu kuasa British yang mencengkap kehidupan masyarakat tempatan.57

5.0 KESIMPULAN

Dalam tempoh lebih kurang lima tahun, dapat dilihat perubahan besar dalam UMNO terutamanya dalam kerjasama dengan kaum lain. Sebagaimana telah diketahui kemenangan dalam Pilihanraya 1954-1955 melalui Parti Perikatan telah menunjukkan bahawa Parti Perikatan telah seia sekata di dalam banyak hal tetapi di dalam beberapa perkara mereka bersetuju untuk tidak bersetuju. Perkara ini tercatat dalam memorandum yang dikemukakan oleh Parti Perikatan kepada Suruhanjaya Reid. Hasilnya, Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 telah dilahirkan.

Kesimpulan asas yang dapat dibuat ialah UMNO sebagai sebuah parti politik yang sesuai mengikut keadaan dan sejak daripada awal penubuhannya lagi telah disesuaikan dengan kehendak dan aspirasi orang Melayu. perkembangan UMNO di peringkat awal dapat dibahagikan kepada dua tempoh iaitu 1946-1948 dan 1948-1951. Pada tahap pertama, UMNO hanya sebagai sebuah badan gabungan dan tahap kedua menampakkan UMNO sebagai unit parti politik. UMNO menggariskan tujuan yang berbeza dengan tahap pertama sesuai dengan keadaan politik Tanah Melayu pada masa itu. UMNO pada tahap kedua bertujuan untuk menjalankan ikhtiar dan langkah dengan tujuan mendirikan sebuah kerajaan yang memerintah dengan merdekanya di Malaya.58

57 58

Ibid. Hlm. 282. Ramlah Adam. 1978. UMNO:Organisasi dan Kegiatan 1945-1951. Hlm. 44.

20

BIBLIOGRAFI Anwar Abdullah. 1971. Dato Onn. Petaling Jaya: Percetakan Abadi.

Firdaus Haji Abdullah. 1985. Radical Malays Politics, Its Origin and Early Development. Petaling Jaya: Pelanduk Publishing.

Hidop Melayu, A Brief Review Of Reciritions Of Malay Nationalism. Department Of Malayan Union Leugue Of Perak. Ipoh Ishak Tadin. 1960. Dato Onn and Malay Nationalisme, 1946-1951, dalam JSEAH, JLD 1. No.1. Mac.

Khoo Kay Kim. 1984. Sejarah Masyarakat Melayu Moden. Kuala Lumpur: Jabatan Sejarah Universiti Malaya.

Mohd Foad Sakdan. 1999. Pengetahuan Asas Politik Malaysia. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Ramlah Adam. 1978. UMNO:Organisasi dan Kegiatan 1945-1951. Kelantan: Mohd Nawi Book Store.

Ramlah Adam. 1998. Kemelut Politik Semenanjung Tanah Melayu. Kuala Lumpur: Universiti Malaya.

Ramlah Adam. 1999. Sumbanganmu Dikenang. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka. Perlembagaan UMNO.

Ramlah Adam. 1946-1948. Tititan, Dr. Burhanuddin al-Helmi, satu kajian mengenai penglibatannya dalam PKMM.

21

Zainal Abidin bin Abdul Wahid. Semangat Perjuangan Melayu.

22

Anda mungkin juga menyukai