Anda di halaman 1dari 3

Inovasi Daerah Bagan Datuk 2022

Tajuk Projek :
Teknik Kekotak Dalam Menjawab Soalan Kbat Sejarah

Dihasilkan oleh :
Pn. Ayuniza Furzani Binti Saari
Guru Sejarah Smk Hutan Melintang

1.0 Pengenalan

Guru mata pelajaran Sejarah sekolah menengah sering menghadapi masalah ketika
mengajarkan Item KBAT yang merupakan bahagian soalan SPM yang susah untuk
murid-murid sekolah yang menduduki peperiksaan SPM setiap tahun terutamanya
mereka yang berasal dari kelas yang lemah. Isu yang timbul ialah para pelajar tidak
mencuba untuk menjawab soalan KBAT dan memperoleh markah yang rendah serta
sukar mendapat markah cemerlang dalam menjawab soalan KBAT bagi mata pelajaran
Sejarah SPM. Menurut Gardner (1991) mengatakan ketidakserasian antara kaedah atau
teknik mengajar dengan profil kecerdasan pelajar boleh menyebabkan seseorang pelajar
itu gagal atau hilang minat terhadap sesuatu objek atau perkara. Oleh itu, inovasi KBAT
ini adalah bertujuan untuk membantu murid Tingkatan 4 dan Tingkatan 5 yang lemah
tentang cara menyelesaikan item KBAT. Saya berharap inovasi ini dapat membantu
murid lemah dapat mengetahui teknik menjawab soalan KBAT dan murid yang pandai
dapat meningkatkan lagi teknik menjawab KBAT mereka.

2.0 Objektif Kajian

Selepas kajian ini selesai dijalankan, diharapkan dapat mencapai objektif seperti berikut :

2.1 Meningkatkan kemahiran menjawab para pelajar Meningkatkan kemahiran


menjawab para pelajar dalam soalan KBAT Sejarah SPM dengan menggunakan
Teknik Kekotak.

2.2 Meningkatkan jumlah pelajar yang mendapat markah minimum sekurang-


kurangnya 40 markah dalam Kertas 2 Sejarah melalui soalan KBAT Sejarah.

2.3 Membantu guru-guru mempelbagaikan alat dan teknik pengajaran dan


pembelajaran dalam mata pelajaran Sejarah.

3.0 Refleksi Isu Pengajaran dan Pembelajaran Lalu

Sewaktu pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan pelajar kelas 4 Tekun tahun 2019
didapati pelajar tidak berupaya untuk menjawab soalan Kertas 2 Sejarah terutamanya
item KBAT. Para pelajar tersebut juga mengambil masa yang agak lama untuk menjawab
soalan KBAT yang diberikan oleh guru di dalam kelas. Akibatnya, markah yang
diperoleh para pelajar sangat rendah dan sukar untuk memperoleh markah yang
cemerlang.
4.0 Proses Pelaksanaan Inovasi (Semasa)

Proses pelaksanaan inovasi ini melibatkan tinjauan masalah berdasarkan pemerhatian


terhadap pemeriksaan skrip jawapan. Pemerhatian telah dibuat terhadap keputusan mata
pelajaran Sejarah berdasarkan PAT 2019 bagi kelas 4 Tekun. Pemerhatian ini difokuskan
kepada markah Kertas 2 sahaja. Menerusi pemerhatian tersebut analisis tinjauan masalah
telah dibuat, didapati seramai 26 daripada 29 orang pelajar mendapat markah kurang dari
20 markah bagi Kertas 2 Sejarah.Selepas pemerhatian terhadap keputusan PAT 2019 dan
pemeriksaan buku latihan, kami telah memberitahu kepada pelajar kelas 5 Tekun untuk
memperkenalkan Teknik Kekotak dalam menjawab soalan KBAT. Teknik Kekotak
merujuk kepada lima Kotak iaitu, Kotak Fakta/Isi, Kotak Kata Hubung, Kotak Huraian,
Kotak Contohnya & Kotak Kesannya yang mana pelajar perlu menggabungkan maklumat
yang terdapat di dalam kelima-lima Kotak pada Baris atau Warna yang sama menjadi satu
jawapan lengkap KBAT seperti di Lampiran 1. Pelajar perlu menghafal sekurang-
kurangnya 2 atau 3 Baris/Warna yang sama di dalam Teknik Kekotak untuk menjawab
soalan KBAT. Teknik Kekotak telah diedarkan kepada setiap pelajar sebelum para pelajar
menjawab soalan KBAT. Guru turut menerangkan penggunaan Teknik Kekotak tersebut.
Teknik Kekotak tersebut digunakan oleh para pelajar pada waktu mata pelajaran Sejarah
dari bulan Januari hingga Julai sebelum Ujian Pos 1 dalam PPT 2020 pada bulan Ogos.
Guru meneruskan lagi penggunaan Teknik Kekotak kepada para pelajar mulai bulan
September hingga November sebelum Ujian Pos 2 dalam Peperiksaan Percubaan 2020
pada bulan Disember. Penggunaan Teknik Kekotak telah memberikan impak positif
kepada para pelajar 5 Tekun.

5.0 Impak Inovasi (Selepas)

Hasil kajian, mendapati pencapaian markah pelajar dalam Kertas 2 Sejarah telah
meningkat. Hal ini dibuktikan menerusi keputusan Ujian Pos 1 (PPT 2020) yang
dijalankan kepada pelajar didapati berlakunya peningkatan iaitu seramai 7 orang pelajar
daripada 29 orang pelajar mendapat lebih daripada 20 markah manakala seramai 22
orang pelajar mendapat kurang daripada 20 markah bagi Kertas 2. Seterusnya, Ujian Pos
2 (Peperiksaan Percubaan 2020) yang dijalankan kepada pelajar iaitu didapati berlakunya
peningkatan lagi iaitu seramai 13 orang pelajar daripada 29 orang pelajar mendapat lebih
daripada 20 markah manakala 16 orang pelajar mendapat kurang daripada 20 markah
bagi Kertas 2. Berdasarkan Jadual perbandingan analisis keputusan PAT 2019 dan Ujian
Pos jelas menunjukkan berlaku peningkatan dari segi pelajar yang mendapat lebih 20
markah dalam Kertas 2 berdasarkan Ujian Pos 1 (PPT 2020) dan Ujian Pos 2
(Peperiksaan Percubaan 2020).

6.0 Kesimpulan

Secara holistiknya, semoga hasil kajian kami ini dapat dimanfaatkan oleh semua guru
mata pelajaran Sejarah di sekolah. Selain itu, semoga teknik ini dapat dijadikan alat bagi
proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih menarik, berkesan dan menyeronokkan.

7.0 Rujukan

Abd. Rahim Abd. Rashid. 2000. Model dan pendekatan pengaajran Sejarah KBSM.
Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Baharuddin Bin Jabar. 2006. Persektif Pelajar Terhadap Pengajaran Kemahiran Berfikir
Aras Tinggi Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Sejarah Di Sekolah
Menengah : Satu Kajian Kes Di Daerah Hilir Perak.

Daud, Norakma Binti Mohd, Abdul Razak Ahmad, and Noria Munirah Yakub. 2016.
Pembelajaran Berteraskan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) Di Dalam
Pengajaran Dan Pembelajaran Mata Pelajaran Sejarah. Proceeding 7th
International Seminar on Regional Education 1, no. 0: 352-360.

Lembaga Peperiksaan Malaysia. 2013. Elemen kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT)
dalam instrumen pentaksiran. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.

Nik Hassan Shuhaimi bin Nik Abdul Rahman, Muhd Yusof bin Ibrahim, Muhammad
Bukhari bin Ahmad dan Rosnaini binti Sulaiman. 2002. Buku Teks Sejarah
Tingkatan 4. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Pushpalatha A/P Sivamugam. 2006. Kemahiran Berfikir Aras Tinggi Dalam Sukatan
Pelajaran Sejarah Tingkatan Empat : Satu Kajian Kes. Ahamad Bin Rahim dan
Sidek Bin Said (Unkown). Pelaksanaan Kurikulum Sejarah Menengah Rendah Di
Malaysia – Suatu Penilaian.

Ramlah binti Adam, Shakila Parween binti Yacob, Abdul Hakim bin Samuri dan
Muslimin bin Fadzil. 2010. Buku Teks Sejarah Tingkatan 4. Kuala Lumpur:
Dewan Bahasa dan Pustaka.

Anda mungkin juga menyukai