Anda di halaman 1dari 19

“COLOURFUL MAP” : SATU KAEDAH MENGUASAI SUBTOPIK KOMPONEN

MEKANIKAL DALAM SUBJEK REKA BENTUK DAN TEKNOLOGI

Disediakan Oleh:

Muhammad Farhan Bin Kamarudin


Mohd Rashidi Bin Ibrahim
SMRA Johol
73100, Johol, Kuala Pilah,
Negeri Sembilan.

Abstrak

Kajian ini bertujuan untuk membantu murid-murid dalam


meningkatkan penguasaan kemahiran hafalan dan ingatan dalam
setiap subjek termasuklah Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) yang
merupakan satu komponen subjek penting dalam PT3. Sampel kajian
melibatkan seramai 20 orang murid dan seorang guru terlibat dalam
kajian ini. Pengkaji memfokuskan kepada teknik meningkatkan
ingatan menggunakan Colourful Map.

Tinjauan awal telah dibuat melalui pemerhatian, peperiksaan tahun


lepas, ujian pra yang dilaksanakan oleh guru ditambah dengan
pandemik Covid-19 yang menyebabkan pelaksanaan Pengajaran dan
Pembelajaran Di Rumah (PDPR) dalam tempoh lama memberikan
kesan kepada murid dimana mereka sukar untuk mengingati fakta
dan huraian berbentuk linear. Perkara ini memberikan kesan kepada
murid kerana menyebabkan murid sukar untuk menulis jawapan
pada sesuatu soalan. Kaedah Colourful Map diperkenalkan sebagai
satu cara untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan murid, serta
ia diharapkan mampu mengatasi masalah murid yang sukar
menghafal fakta dan isi penting. Kajian juga telah menjalankan pelan
tindakan berdasarkan kaedah Colourful Map mendapati penguasaan
kemahiran murid dalam menulis jawapan berfakta semakin
memuaskan jika dibandingkan dengan sebelumnya. Murid tersebut
lebih menunjukkan sikap positif dengan menunjukkan pembelajaran
aktif dan mempunyai keyakinan diri dalam aktiviti pengajaran dan
pembelajaran di dalam kelas bagi mencapai keputusan yang
cemerlang dalam Reka Bentuk dan Teknologi (RBT).

1.0 PENGENALAN

1
Pelaksanaan pengajaran berdasarkan KSSM adalah merupakan penanda aras
keberkesanan pendidikan abad 21 seperti yang dihasratkan Kementerian Pendidikan Malaysia
(KPM) mulai tahun 2014 selaras dengan transformasi pendidikan negara dalam Pelan
Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013–2025 (Hailmi, 2017). Kolaboratif dalam
dunia pendidikan pula merupakan kerjasama yang wujud antara guru dan murid atau sesama
murid secara aktif dan menyeluruh di mana ia melibatkan pertukaran idea, pendapat atau
pengetahuan antara murid. Bagi elemen ini, guru perlu memahami gaya pembelajaran
muridnya. Oleh itu, era globalisasi telah banyak membawa perubahan terhadap ekologi
pembelajaran pelajar (Arifin, 2003). Dalam hal ini, mutu pendidikan berkualiti amat dituntut
dalam menghadapi cabaran alaf baru, cabaran dunia siber dan semuanya boleh dirangkumkan
sebagai cabaran menghadapi dunia yang tidak menentu perkembangannya kesan ledakan
maklumat merentasi sempadan negara. Lantaran itu, iklim pembelajaran pelajar yang
berkesan dan harmoni perlu difikirkan bagi mencapai kecemerlangan pendidikan. Namun
demikian, perkara membimbangkan ialah murid dilihat sukar untuk memahami isi konteks
pengajaran yang berbentuk linear iaitu hafalan fakta-fakta penting di peringkat sekolah
termasuklah pada peringkat PT3 dan seterusnya. Fenomena ini perlu ditinjau secara teliti dan
mendalam bagi mencari formula yang berkesan dalam menangani isu kelemahan murid yang
sukar menulis jawapan terutamanya soalan berkaitan fakta dalam buku teks.

2
2.0 REFLEKSI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN LALU
Analisa keputusan peperiksaan pertengahan tahun 2020 sangat mengecewakan bagi
saya. Pelbagai perasaan yang timbul dalam hati saya termasuklah kecewa, sedih yang hanya
Allah sahaja yang tahu segalanya. Hanya seorang yang dapat keputusan B dan seramai 5
orang murid gagal dalam peperiksaan tersebut bagi kelas saya. Kekecewaan turut diluahkan
kepada rakan sekerja yang lain namun maklum balas yang diterima tidak membantu
perkembangan murid. Antaranya ialah ;

‘Mereka budak kampung. Biasa la tu’

‘Budak lelaki kelas tu memang degil sikit, malas’

‘Mereka ini malas baca buku. Tak macam zaman kita dahulu’

Saya hanya mengangguk sebagai tanda setuju namun dalam hati saya tetap ingin
mengubah situasi tersebut jika berpeluang. Kini, pada tahun 2021, saya berpeluang untuk
mengajar murid yang sama bagi kelas tingkatan 2. Namun, pandemik Covid-19 pula telah
mengubah segala-galanya di mana murid terpaksa menghabiskan masa belajar dari rumah
selama hampir 3 bulan. Namun respon penglibatan yang dilihat daripada murid sangat
mengecewakan. Malah ia juga menganggu proses perkembangan pembelajaran bagi subjek
RBT. Murid dilihat amat sukar menguasai pembelajaran lepas disebabkan semasa Pengajaran
dan Pembelajaran di Rumah (PdPR), mereka tidak melibatkan diri secara aktif di kediaman
masing-masing. Tinjauan sebelum ini mendapati murid mengalami masalah untuk menguasai
pembelajaran lepas disebabkan sikap mereka yang tidak suka membaca buku dan menghafal
fakta dalam buku teks. Sering kali kami dengar alasan mereka “…. Susah nak ingat la cikgu.
Yang bab lepas lagi pun tak baca lagi..”. Perkara yang dimahukan oleh mereka ialah mereka
mahukan satu cara yang mudah untuk membaca tanpa membaca buku teks yang panjang
lebar atau berbentuk linear.

Tambahan, murid tidak dapat melaksanakan tugasan dan latihan dengan baik kerana
bagi murid, mereka perlu menghafal fakta dan isi penting untuk menulis jawapan selain
merujuk kepada buku teks setiap kali membuat tugasan. Namun, perkara ini akan memberi
masalah ketika dalam peperiksaan kerana murid tidak boleh membawa buku teks atau
rujukan dan sebaliknya memerlukan mereka menggunakan teknik mengingat dan hafalan.
Walaupun pendidikan abad 21 tidak menekankan teknik hafalan kerana ia seakan-akan
seperti cara pengajaran lama seperti yang pernah dikatakan oleh Perdana Menteri Singapura,
Encik Lee Hsien Loong bahawa kita seharusnya tidak perlu menoleh ke belakang dan

3
perlunya kita melenyapkan cara pendidikan lama iaitu kaedah rote-learning atau
penghafalan. Namun begitu, kita tidak boleh menafikan bahawa teknik mengingat dan
hafalan itu tetap ada kepentingannya dalam situasi pembelajaran.

Maklum balas yang kami terima dari murid dan pemerhatian yang dilakukan
sepanjang awal persekolahan memberi keazaman kepada kami untuk menjalankan kajian
tindakan ini. Oleh yang demikian, penggunaan kaedah Colourful Map diharapkan dapat
memberikan galakan kepada murid untuk menghafal dalam teknik yang lebih mudah dan
moden sebagai satu alat bantu belajar agar murid lebih jelas akan sesuatu topik dan sekaligus
memudahkan untuk mengisi jawapan bagi setiap soalan terutamanya dalam peperiksaan.

Bagi pengetahuan umum, Colourful Map ialah sejenis nota peta minda yang
berwarna. Peta minda adalah satu alat yang berfungsi seperti pemikiran visual yang dapat
membantu pelajar mengorganisasi maklumat dengan berstruktur, memahami, mensintesis,
ingat kembali dan juga menghasilkan idea-idea baru dengan mudah. Hal ini seperti yang
dinyatakan Tony Buzan (2009) bahawa kanak-kanak suka benda berwarna dan melukis,

3.0 ISU KEPRIHATINAN / FOKUS KAJIAN

Saya telah menganalisis soalan Reka Bentuk dan Teknologi (RBT) berformat PT3
dan mendapati bahawa murid perlu menjawab soalan bahagian B dan C yang menyumbang
pemarkahan sebanyak 55 dan 30 markah. Jika murid dapat menguasai bahagian B dan C,
peluang mereka untuk lulus subjek RBT sekurangnya adalah tinggi. Malah, murid juga boleh
mendapat keputusan yang lebih baik daripada itu. Cumanya, masalah yang saya perhatikan
terhadap murid saya ialah mereka sukar untuk memahami isi pembelajaran dalam buku teks
dan mengingat sesuatu huraian. Bagi mereka, kemahiran mengingat itu sangat sukar untuk
diamalkan dan diaplikasikan dalam persekitaran menuntut ilmu.

Maka, saya menggunakan topik tingkatan 2 iaitu Reka Bentuk Mekanikal :


Komponen Mekanikal sebagai proses menjalankan kajian tindakan saya memandangkan saya
sedang mengajar anak murid saya pada ketika kajian ini dijalankan. Maka, fokus kajian ini
bertumupukan akan menilai keberkesanan teknik Colourful Map dalam pengajaran dan
pembelajaran RBT dan mengukur keberkesanan penggunaan teknik Colourful Map.
Pemilihan aspek warna turut ditekankan dalam kajian saya ini adalah kerana ia pernah
dinyatakan melalui Teori Wassily Kandinsky (1866-1944), mengatakan bahawa bentuk dan
warna merupakan bahasa yang berupaya mengekspresi emosi, seni lukis yang mengutamakan
unsur-unsur tampak sebagai subjek dalam menyampaikan idea ciptaan seni.

4
4.0 OBJEKTIF KAJIAN

4.1 Objektif Am

Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan kefahaman dan ingatan murid terhadap
pembelajaran komponen mekanikal dalam RBT.

4.2 Objektif Khusus

4.2.1 Meningkatkan kemahiran untuk memahami sesuatu topik dengan mudah

4.2.2 Meningkatkan daya ingatan murid melalui Teknik Colourful Map

4.3.3 Mendidik murid untuk membuat nota secara ringkas dan mudah

5.0 KUMPULAN SASARAN

Murid kelas Tingkatan 2 Umar

Lelaki : 10 orang

Perempuan : 10 orang

6.0 PELAKSANAAN KAJIAN

6.1 Bagi melaksanakan kajian tindakan ini, saya telah menggunakan 3 jenis kaedah iaitu
pemerhatian, soal selidik dan ujian pra dan pos bagi mendapatkan maklumat.

6.1.1 Pemerhatian

Sepanjang proses pengajaran dan pembelajaran, saya telah memerhatikan


tingkah laku murid sebelum dan selepas kajian. Sebelum kajian, murid didapati sukar
menjawab soalan oleh guru atas alasan terlupa dan memerlukan buku teks sebagai
rujukan. Murid lelaki kebiasaannya menunjukkan sikap kurang bersungguh berbanding
murid perempuan. Hanya sebilangan kecil murid dalam kelas saya yang mudah untuk
faham dan ingat akan pembelajaran kelas.

6.1.2 Ujian Pra dan Pos

Ujian pra diberikan kepada kumpulan sasaran iaitu seramai 20 orang murid
di kelas tingkatan 2 Umar berkaitan subtopik RBT, komponen mekanikal. Item ujian
pra dibina oleh saya sendiri selaku guru yang mengajar mereka. Selepas saya
menyemak jawapan mereka, saya tidak memulangkan kertas jawapan kepada mereka.

5
Selepas itu, saya memperkenalkan kaedah Colourful Map kepada murid saya untuk
diaplikasikan dalam pembelajaran mereka. Saya meminta mereka mengamalkan
kaedah tersebut dalam subjek saya. Seminggu selepas itu, saya melakukan ujian pos
menggunakan set soalan yang sama dengan ujian pra terhadap mereka.

6.1.3 Soal Selidik

Borang kaji selidik telah diedarkan kepada murid untuk mendapatkan maklum
balas sebelum dan selepas teknik Colourful Map diperkenalkan. Pelaksanaan pengisian
borang kaji selidik ini dilakukan semasa kelas saya yang hanya mengambil masa
selama 10 minit sahaja.

6.2 HASIL BORANG SOAL SELIDIK DAN UJIAN PRA

Borang soal selidik telah diedarkan kepada murid seramai 20 orang. Berikut
merupakan hasil soal selidik yang telah dijawab oleh murid. Melalui rajah 1 dibawah,
boleh disimpulkan bahawa sebahagian murid mempunyai sikap yang negatif terhadap
pembacaan buku. Mereka menganggap bahawa isi huraian dalam buku teks itu terlalu
panjang dan kompleks sehingga menyukarkan mereka untuk memahaminya dengan
baik. Selain itu juga, soal selidik ini juga membuktikan bahawa sebahagian murid sama
ada lelaki atau perempuan mempunyai masalah yang serupa iaitu kesukaran untuk
menghafal dan mengingat isi pembelajaran dan menyebabkan mereka sering kali terlupa
jawapan apabila menjawab sesuatu soalan terutamanya dalam situasi peperiksaan.

6
Tidak Tidak
Bil Pernyataan Setuju
Pasti Setuju
Subjek RBT adalah subjek yang kompleks dan 4 14 2
1
sukar.
2 Murid tidak minat akan subjek RBT. 1 7 12
Murid tidak suka meluangkan masa untuk membaca 8 5 7
3
buku teks.
Huraian dalam buku teks terlalu panjang dan 10 8 2
4
kompleks.
Murid sukar untuk memahami isi pembelajaran 7 8 5
5
dalam buku teks.
6 Murid sukar untuk menghafal fakta dan huraian. 10 8 2
Murid sering terlupa / tidak ingat jawapan apabila 8 8 4
7
menjawab soalan.
Murid selalu mengulang kaji mata pelajaran RBT di 4 11 5
8
rumah.
Murid pernah menggunakan kaedah peta minda 12 6 2
9
sebagai alternatif pembelajaran.
RAJAH 1

Seterusnya, ujian pra yang dilaksanakan kepada murid juga menunjukkan bahawa ia
selari dengan hasil borang soal selidik. Rajah 2 dibawah menunjukkan kepada pembaca
bahawa sebahagian besar murid mendapat markah di paras yang rendah iaitu di bawah 10
daripada 30 markah. Hal ini disebabkan murid mengalami kesukaran untuk mengingat dan
menghafal isi huraian dalam buku teks.

PEMARKAHAN UJIAN PRA


10
hingga
20
17%

5
hingga 0
10 hingga
22% 5
61%

7
RAJAH 2

6.3 ANALISIS TINJAUAN MASALAH

6.3.1 Pemerhatian

Berdasarkan kajian selepas kajian, pemerhatian terhadap tingkah laku murid


dilakukan. Antara perubahan yang didapati ialah murid didapati lebih mudah untuk
menjawab soalan disebabkan corak nota yang berwarna warni dan menarik. Selain itu, ia
juga dapat meningkatkan kapasiti murid untuk mengingat sesuatu nota dan teks yang
panjang dalam konteks yang lebih mudah dan ringkas. Seterusnya, suasana
pembelajaran pun berubah ke arah lebih positif kerana murid tidak perlu membaca
sepenuhnya buku teks yang isinya panjang jela dan membosankan.

6.3.2 Analisis Ujian Pra dan Pos

Dapatan ujian pra dan pos menunjukkan bahawa ada peningkatan markah dalam
kalangan murid tingkatan 2. Dapatan ujian pos menunjukkan tiada seorang murid
mendapat markah dibawah 5 dan berlaku peningkatan jumlah bilangan murid yang
mendapat mendapat markah lingkungan 15-25. Dapatan boleh dirujuk seperti di bawah ;

BILANGAN MURID
GRED UJIAN PRA UJIAN POS
0-5 13
5-10 4 4
10-15 2 4
15-20 1 9
20-25 3
25-30

8
6.3.3 Analisis Soal Selidik

Selepas murid menjalani ujian pos, murid diberikan borang soal selidik bagi
melihat pandangan mereka mengenai subjek RBT dan penggunaan peta minda berwarna
dalam suasana pembelajaran.

Tidak Tidak
Bil Pernyataan Setuju
Pasti Setuju
1 Saya sangat meminati mata pelajaran RBT. 7 11 2
Pembelajaran mata pelajaran RBT menggalakkan 17 2 1
2
saya berfikir.
Pembelajaran mata pelajaran RBT memberi kesan 10 7 3
3
dalam kehidupan saya.
Penggunaan peta minda menarik minat untuk 13 5 2
4
membuat nota.
5 Saya tahu dan suka menggunakan peta minda. 11 7 2
Penggunaan peta minda membantu meningkatkan 13 7 0
6
kefahaman dan ingatan.
Penggunaan peta minda menjadikan saya lebih 7 12 1
7
berminat terhadap subjek RBT.
Penggunaan peta minda akan menjadikan saya lebih 12 6 2
8
berkeyakinan.
Kaedah ini mampu melahirkan murid yang kreatif dan 18 1 1
9
kritis.
Setiap pelajar harus menggunakan peta minda dalam 12 5 3
10
pelajaran RBT.

6.4 BAGAIMANA PROSES TINDAKAN DILAKUKAN

1. Selepas proses pemerhatian masalah dan pelaksanaan ujian pra terhadap murid
dilakukan, saya telah memperkenalkan satu teknik PdPc iaitu Colourful Map yang
dapat membantu mereka untuk mendapat keputusan yang lebih baik.

9
2. Saya telah menerangkan bagaimana proses peta minda dan warna memainkan kepada
fungsi otak dan membantu kefahaman serta meningkatkan ingatan seseorang.

3. Seterusnya saya membimbing murid bagaimana melaksanakan peta minda berwarna


dan mereka juga diberikan gambaran contoh peta minda berwarna di internet.

4. Murid membina peta minda berwarna di atas kertas putih A4 berkaitan tajuk semasa
iaitu bab 2.2 : Reka Bentuk Mekanikal.

5. Murid diberi masa untuk membaca dan mengingat fakta yang ditulis dalam bentuk
peta minda berwarna.

6. Murid menjalani ujian pos dan menjawab borang soal selidik mengenai pandangan
mereka mengenai kepentingan peta minda berwarna.

6.4 PENILAIAN TERHADAP PELAKSANAAN TINDAKAN

Kajian tindakan saya ini dilakukan dalam masa 4 minggu. Semasa saya
menjalankan kajian saya ini, saya sedang memasuki bab 2.2 : Reka Bentuk Mekanikal
dan saya menggunakan subtopik tersebut untuk menjalankan kajian saya. Saya telah
memperuntukkan 2 masa PdP (satu jam) untuk melaksanakan kajian tersebut. Murid
telah menjalani ujian pra 1 dan menjawab borang soal selidik pada permulaan kajian.
Tujuan saya menggunakan borang soal selidik adalah disebabkan ia dapat menjimat
masa dan memudahkan murid untuk menjawab persoalan sekaligus membantu guru
mendapatkan sesuatu maklumat. Saya juga telah menerangkan secara ringkas kepada
murid dan guru mengenai kaedah Colourful Map ini agar mereka mendapat
kefahaman mengenai kelebihan pelaksanaannya. Saya turut menyatakan kepentingan
warna dalam pengajaran dan pembelajaran kepada murid seperti yang dinyatakan oleh
Siti Zaleha Mohammad (2012) bahawa warna adalah hasil kepanjangan gelombang
cahaya yang berbeza. Warna yang berbeza adalah hasil daripada panjang gelombang
yang dipantulkan. Maka, warna mampu meningkatkan prestasi dan kemampuan otak
seseorang.
Berdasarkan pemerhatian saya terhadap kaedah peta minda berwarna, ia dilihat
dapat meningkatkan prestasi pemarkahan murid dalam sesuatu ujian. Selain itu, ia juga
dapat meningkatkan kefahaman dan ingatan murid dalam sesuatu topik. Malah, murid
tidak perlu lagi untuk membaca isi huraian dalam buku teks yang panjang jela. Murid
hanya perlu untuk nenbaca nota dalam bentuk kefahaman yang lebih mudah dan cepat.

10
Namun begitu, usaha untuk membuat nota dalam peta minda perlu dilakukan terlebih
dahulu oleh murid.

6.5 REFLEKSI KAJIAN

Pencapaian murid dalam ujian pra dan pos menunjukkan perbezaan yang ketara.
Semasa ujian pra, seramai 13 orang murid mendapat markah antara 0-5 namun selepas
ujian pos dilaksanakan, tiada seorang murid mendapat markah dibawah 5. Hal ini kerana
kebanyakan murid iaitu seramai 9 orang mendapat markah antara lingkungan 15-20.
Selain itu, berlaku juga peningkatan jumlah murid yang mendapat markah atas 20 iaitu
seramai 3 orang murid berbanding 0 pada sebelum itu yakni semasa ujian pra.

Hasil dapatan juga menunjukkan peta minda berwarna mampu memberikan kesan
positif kepada perkembangan murid dimana nota ringkas disamping kepelbagaian warna
mampu meningkatkan kompetensi otak seseorang manusia untuk berfungsi dengan lebih
baik. Suasana pembelajaran kendiri oleh seseorang murid juga menjadi lebih seronok
dan tidak membosankan.

Walaupun begitu, masih ada murid yang mendapat keputusan di bawah 10 markah
dan tiada seorang murid yang dapat mencapai markah di atas 25 markah. Hal ini
disebabkan sikap murid yang bermalas-malasan untuk menghasilkan tugasan peta minda
berwarna seperti yang diminta guru sehingga guru perlu mengungkapkan arahan yang
sama berulang kali. Hal ini terjadi mungkin disebabkan kelemahan guru yang tidak
bersikap tegas terhadap segelintir murid yang menunjukkan sikap negatif di kelas.

7.0 CADANGAN PENAMBAHBAIKAN

Beberapa cadangan penambahbaikan bagi kajian seterusnya mengenai peta minda


berwarna ini adalah seperti berikut :

11
7.1 Menggalakkan murid untuk terus menggunakan kaedah peta minda berwarna apabila
belajar mengenai topik yang memerlukan kemahiran hafalan.

7.2 Menghasilkan satu modul nota peta minda yang lengkap dan ringkas yang melalui
pembahagian tugas dan bab kepada setiap kumpulan.

7.3 Memasukkan unsur gambar dalam peta minda sebagai contoh yang boleh diambil
dari sumber internet dan buku.

7.4 Murid dibekalkan dengan latihan ulangkaji selepas membuat nota peta minda
berwarna sebagai pengukuhan kemahiran ingatan.

7.5 Guru boleh mengubahsuai kaedah pembinaan peta minda yang dibina oleh guru
sendiri dan meminta murid mewarnakannya kerana ada sebahagian murid yang
tidak minat untuk melukis sekaligus menyebabkan murid untuk terus tidak berminat
untuk membuat nota seperti dinyatakan dalam kajian Wong Leng Sim & Amir
Hamzah Shaarai, 2012.

8.0 RUMUSAN

Rumusannya, Colourful Map tidak dapat dinafikan dapat meningkatkan

prestasi murid dalam sesuatu subjek. Peta minda ini sebenarnya merupakan satu

12
kaedah untuk menghasilkan satu nota yang ringkas dan mudah. Selain itu, pengajaran

dan pembelajaran sebegini dapat mengembangkan dan meningkatkan lagi daya

intelek serta pemikiran rasional, kritis dan kreatif (KPM, 1992). Menurut Hasnah

Awang & Habibah Mohd Samin (2010) menyatakan bahawa bidang menggambar

dapat memperkembangkan persepsi visual murid seperti warna, garisan, susunan dan

kesannya. Gambaran mental yang jelas melalui ilustrasi dapat digunakan untuk

menerangkan sesuatu objek. Ia turut disokong MD Hidayat (2012) yang mengatakan

bahawa kaedah mesra warna dalam pengajaran dan pembelajaran serta ditambah

dengan aktiviti bermain juga dapat menarik minat murid untuk terus belajar.

Diharapkan kajian tindakan oleh saya dapat menunjukkan bahawa kaedah peta minda

dan kepentingan warna ini sememangnya dapat meningkatkan potensi murid dalam

PdPc di sekolah. Malah, penggunaan peta minda ini turut digunakan oleh pelbagai

golongan seperti pelajar, pendidik, dan lain-lain di seluruh dunia termasuklah

Malaysia, Singapura, China, Vietnam, Korea, Japan, England,dan sebagainya.

9.0 SUMBER RUJUKAN

Buzan, Tony. (2003). Mind Maps For Kids. London : Thorsons

Imaginasi Buzan. (2010, 22 Mac). Akhbar Kosmo

13
Kim Phaik Lah. (1995). Modul Kajian Tindakan. Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan
Malaysia.

Tee. T. K., Jailani Bin Md Yunos, Baharom Bin Mohamad, Widad Bt. Othman Yee. M.H.
(N.D.) Kepentingan Peta Minda Sebagai Alat Berfikir Dalam Mengambil Nota Kuliah.

Wong Leng Sim & Amir Hamzah Shaarai. (2012). Penggunaan Peta Minda Untuk
Meningkatkan Daya Mengingat Dan Minat Mengulang Kaji Bagi Pelajar Tahun 4 Dalam
Topik Pembiakan Tumbuhan. IPG Kampus Tuanku Bainun. 22-31.

10.0 LAMPIRAN

Suasana ketika ujian pra

14
Contoh gambar murid buat peta minda berwarna di rumah

Contoh peta minda berwarna yang dibuat

15
Suasana ketika ujian pos

UJIAN (RBT BAB 2.2 : REKA BENTUK MEKANIKAL)

16
NAMA MURID : ______________________________________________________

1. Apakah definisi sistem mekanikal. (2 markah)


_______________________________________________________________________

2. Berikan satu tujuan sistem mekanikal dicipta. (1 markah)


_______________________________________________________________________
3. Senaraikan 11 jenis komponen mekanikal dan nyatakan fungsinya. (22 markah)
a) _____________________________________________________________________
b) ____________________________________________________________________
c) ____________________________________________________________________
d) ____________________________________________________________________
e) ____________________________________________________________________
f) ____________________________________________________________________
g) _____________________________________________________________________
h) ____________________________________________________________________
i) _____________________________________________________________________
j) _____________________________________________________________________
k) ____________________________________________________________________

4. Gambar komponen mekanikal dibawah mempunyai 8 jenis. Senaraikan 5 jenis komponen


tersebut yang murid tahu. (5 markah)

a) _____________________ c) _____________________ e) ____________________


b) _____________________ d) _____________________

BORANG SOAL SELIDIK

17
(MENGENAI MINAT DAN SIKAP MURID TERHADAP SUBJEK REKA BENTUK

DAN TEKNOLOGI (RBT)

1. Nama : _________________________________________________________

2. Berdasarkan skala daripada 1 hingga 3, sila tandakan () pada satu jawapan sahaja.

1 Setuju
2 Tidak Pasti
3 Tidak Setuju

Bi
Pernyataan 1 2 3
l
1 Subjek RBT adalah subjek yang kompleks dan sukar.
2 Murid tidak minat akan subjek RBT.
Murid tidak suka meluangkan masa untuk membaca buku
3
teks.
4 Huraian dalam buku teks terlalu panjang dan kompleks.
Murid sukar untuk memahami isi pembelajaran dalam buku
5
teks.
6 Murid sukar untuk menghafal fakta dan huraian.
Murid sering terlupa / tidak ingat jawapan apabila menjawab
7
soalan.
8 Murid selalu mengulang kaji mata pelajaran RBT di rumah.
Murid pernah menggunakan kaedah peta minda sebagai
9
alternatif pembelajaran.

BORANG KAJI SELIDIK (SELEPAS UJIAN POS)

Nama : _________________________________________________________

Arahan : Sila tandakan sejauh manakah anda bersetuju berdasarkan perasaan dan pendapat

anda sendiri tanpa terpengaruh atau disuruh oleh orang lain. Berdasarkan skala

18
daripada 1 hingga 5, sila tandakan () pada satu jawapan sahaja. Sila pastikan

anda menanda pada setiap pernyataan.

1 Setuju
2 Tidak Pasti
3 Tidak Setuju

Sikap dan Minat Murid Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Guru Reka Bentuk

dan Teknologi (RBT) Secara Umum

Bil Pernyataan 1 2 3
1 Saya sangat meminati mata pelajaran RBT.
2 Pembelajaran mata pelajaran RBT menggalakkan saya berfikir.
Pembelajaran mata pelajaran RBT memberi kesan dalam
3
kehidupan saya.

Bi
Pernyataan 1 2 3
l
4 Penggunaan peta minda menarik minat untuk membuat nota.
5 Saya tahu dan suka menggunakan peta minda.
Penggunaan peta minda membantu meningkatkan kefahaman
6
dan ingatan.
Penggunaan peta minda menjadikan saya lebih berminat
7
terhadap subjek RBT.
Penggunaan peta minda akan menjadikan saya lebih
8
berkeyakinan.
9 Kaedah ini mampu melahirkan murid yang kreatif dan kritis.
Setiap pelajar harus menggunakan peta minda dalam pelajaran
10
RBT.

19

Anda mungkin juga menyukai