Anda di halaman 1dari 13

Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Pengajaran Topik Penambahan

bagi Murid Tahun 2

Deepa A/P Vanu

Institut Pendidikan Guru Kampus Pulau Pinang

1.0 PENGENALAN
Perkembangan bidang Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) seiring dengan
kepesatan Malaysia dalam usaha mencapai taraf negara maju. Usaha menjadikan TMK
sebagai agenda utama Malaysia dapat dilihat melalui Rancangan Malaysia Kesepuluh di
mana prasarana dan kemudahan mencapai serta menggunakaan TMK dipeluas secara
agresif dalam tempoh rancangan tersebut. Penggunaan TMK bukan hanya di peringkat
pengurusan tetapi juga memberikan impak positif sekiranya diaplikasikan dalam proses
pengajaran dan pembelajaran. Ianya merupakan perubahan yang radikal dan sistematik
dalam amalan proses pengajaran dan pembelajaran yang menjurus kepada pengajaran dan
pembelajaran berpusatkan pelajar.
Dalam pendidikan matematik, keupayaan komputer dan teknologi maklumat dapat
membantu menyelesaikan banyak masalah pendidikan matematik. Penggunaan teknologi
komputer juga dapat menaikkan minat pelajar terhadap matematik dan dapat mengubah
persepsi pelajar bahawa matematik merupakan subjek yang susah, membosankan dan
melibatkan pengiraan sahaja atau dalam perkataan lain menggunakan kertas dan pensil
sahaja.
Perkembangan pesat Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) menjadi agenda
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dalam usaha memartabatkan pendidikan ke arah
kecemerlangan. Oleh itu, amat perlu kajian untuk melihat perkembangan TMK di peringkat
sekolah rendah dengan segala rancangan yang dilaksanakan.

2
1.1 LATAR BELAKANG KAJIAN

Dalam menghadapi arus globalisasi, Matematik merupakan subjek yang sangat


penting untuk membentuk masyarakat yang berasaskan ilmu pengetahuan. Dalam
proses pengajaran Matematik, penggunaan pelbagai media TMK seperti internet,
multimedia, tayangan video, audio, CD-ROM adalah diutamakan untuk merangsang
pemikiran pelajar dan membantu guru-guru menangani cabaran dunia kini dalam
memantapkan ilmu Matematik dalam kalangan murid-murid. Kehadiran media ini mampu
mengembangkan potensi anak didiknya dan menjadikan proses pengajaran dan
pembelajaran menjadi lebih berkesan.
Bagi menyahut cabaran menyedia pendidikan abad ke-21, transformasi kurikulum
sekolah rendah telah dibuat melibatkan perubahan secara keseluruhan, memastikan
keperluan pengetahuan, kemahiran dan nilai yang relevan dengan keperluan semasa
dibekalkan kepada murid. Transformasi ini telah menghasilkan Kurikulum Standard Sekolah
Rendah (KSSR) menggantikan Kurikulum Baru Sekolah Rendah (KBSR). Selain mengambil
kira kemahiran membaca dan mengira penekanan terhadap kemahiran menakul, kreatif dan
inovatif, teknologi maklumat dan komunikasi (TMK) serta keusahawanan diberi penekanan
(KPM, 2010).
Pengajaran dan pembelajaran sebegini yang berasaskan kepada konsep konstuktivisme
dialektik di mana pembelajaran berlaku melalui pengalaman sebenar dan pelajar boleh
diberi sokongan melalui program multimedia yang mempunyai komponen-komponen
konteks sebenar dan aktiviti sebenar.

3
1.2 PERNYATAAN MASALAH

Setiap kali apabila kita melihat pelajar kita di dalam kelas, kita dapati ada pelajar yang
kurang minat terhadap matematik. Mereka juga menghadapi masalah dalam kemahiran
penambahan. Melalui kajian-kajian pendidikan yang terdahulu, didapati bahawa antara sebab
pelajar tidak berminat mengikuti pelajaran dalam kelas Matematik disebabkan corak dan pola
pengajaran guru yang membosankan mereka. Ia juga kerana kebanyakan guru menggunakan
strategi pengajaran tradisional secara “chalk and talk” iaitu secara kuliah tanpa sebarang bahan
bantu mengajar kecuali kapur dan papan hitam. Teknik pengajaran dan pembelajaran kini
seharusnya seiring dengan perubahan dan kebangkitan era teknologi maklumat yang
melibatkan penggunaan teknologi yang canggih dan terkini seperti komputer, perisian dan
aplikasinya. Penggunaan TMK dipercayai dapat membantu pelajar memahami topik
penambahan dengan lebih mudah dan juga lebih mendalam lagi.

1.3 OBJEKTIF KAJIAN

i. Mengenalpasti cara penggunaan TMK dalam topik penambahan Tahun 2.


ii. Mengenalpasti kelebihan menggunakan TMK dalam topik penambahan Tahun 2.
iii. Mengenalpasti kekangan dalam menggunakan TMK dalam topik penambahan Tahun 2.

1.4 SOALAN KAJIAN

i. Bagaimanakah penggunaan TMK dalam topik penambahan Tahun 2?


ii. Apakah kelebihan menggunakan TMK dalam topik penambahan Tahun 2?
iii. Apakah kekangan menggunakan TMK dalam topik penambahan Tahun 2?

4
2.0 KAJIAN LITERATUR

Matematik adalah mata pelajaran abstrak yang melibatkan penggunaan rumus, peraturan-
peraturan, langkah kerja, algoritma dan teorem-teorem yang kerap digunakan (Short & Spanos,
1989). Menurut Apple Reports Of Education (1989 dalam Yusup Hashim, 1997,m.s 24),
pencapaian pelajar dalam pengajaran kognitif menggunakan teknologi multimedia adalah lebih
baik daripada pengajaran tradisional. Selain itu, sikap pelajar terhadap pembelajaran dan
penggunaan teknologi meningkat. Dapatan kajian Arfah dan rakan-rakan, menunjukkan bahawa
tujuan kegunaan media adalah untuk mencapai objektif pelajaran, membantu pelajar
memahami konsep dan menguasai kemahiran. Media juga boleh dijadikan rangsangan untuk
perkembangan mental pelajar melalui proses asimilasi dan akomodasi.

Menurut Mok Soon Sang (1993), guru harus bijak mengemukakan pelbagai kaedah
yang sesuai untuk dipilih oleh pelajar atau ubahsuai menjadi strategi penyelesaian mereka.
Menurut Gagne dan Briggs dalam Rosenberg (2000), komputer dapat digunakan sebagai media
pembelajaran kerana komputer memiliki keistimewaan yang tidak dimiliki oleh media
pembelajaran yang lain sebelum zaman komputer. Cockcroft (1986) mengatakan bahawa
penggunaan komputer dalam pengajaran matematik boleh mengubah kepentingan sesuatu
topik dalam sukatan pelajaran Matematik di samping memperbaiki kualiti pengajaran
Matematik.

5
3.0 METODOLOGI

3.1 RESPONDEN KAJIAN

Pengkaji telah menjalankan kajian kes ini dengan menggunakan dua orang responden.
Responden-responden saya terdiri daripada guru Matematik sekolah rendah. Berikut adalah
beberapa maklumat asas tentang responden kajian.

Responden A:

Nama: George A/L Thomas

Umur: 56 tahun

Sekolah: SJK (T) Ayer Tawar, Perak

Responden B:

Nama: Maligga A/P Muniandy

Umur: 35 tahun

Sekolah: SK Methodist (ACS) Sitiawan, Perak

3.2 KAEDAH DAN REKA BENTUK KAJIAN

Kajian ini menggunakan kaedah kuantitatif dan kaedah kualitatif bagi mengenalpasti
penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam pengajaran topik penambahan
Tahun 2 dan kekangannya. Kaedah kuantitatif yang digunakan adalah soal selidik manakala
kaedah kualitatif yang digunakan ialah temu bual.

6
3.3 INSTRUMEN KAJIAN

Kaedah Kuantitatif (Soal selidik)

Satu soal selidik diberikan kepada kedua-dua responden sebelum menjalankan temu bual. Soal
selidik terdiri daripada bahagian A dan bahagian B. Soalan bahagian A adalah berkaitan
dengan biodata responden manakala soalan bahagian B adalah tentang jenis sumber TMK
yang digunakan dalam mengajar topik penambahan dan juga tentang sokongan sekolah dalam
pengggunaan TMK. Dalam bahagian B, responden perlu tandakan pada piihan jawapan
mereka. Masa yang diperutukkan kepada responden untuk menjawab borang soal selidik ialah
5 minit.

Kaedah Kualitatif (Temu bual)

Temu bual merupakan kaedah pengutipan data yang melibatkan interaksi face-to-face antara
penyelidik dengan orang yang ditemu bual.Temu bual ialah kaedah terbaik untuk meneroka dan
mendapatkan maklumat daripada informan secara mendalam. Temu bual dijalankan kepada
dua orang guru Matematik yang menjadi responden kajian. Temu bual ini dijalankan selama 60
minit untuk mengetahui diri responden, penggunaan TMK dalam topik penambahan Tahun 2
dan kekangan menggunakan TMK.. Temu bual ini dijalankan secara individu tetapi soalan yang
dikemukakan kepada setiap responden adalah sama.

3.4 LOKASI KAJIAN

Kajian dijalankan di dua tempat untuk menemubual kedua-dua responden secara berasingan.
En George A/L Thomas telah ditemubual di sekolahnya iaitu di SJK (T) Ayer Tawar, Perak
manakala seorang responden lagi iaitu Puan Maligga A/P Muniandy telah ditemubual di
rumahnya yang terletak di Taman Biru, Ayer Tawar, Perak.

7
4.0 HASIL KAJIAN

Setelah proses pengumpulan selesai, semua data yang dikumpul daripada instrumen-instrumen
yang digunakan dianalisis dan diinterpretasikan secara terperinci mengikut kaedah yang
bersesuaian dengan data yang dikumpul. Terdapat dua jenis data yang dikumpul melalui
kaedah kuantitatif dan kualitatif.

4.1 ANALISIS SOAL SELIDIK

Bagi soal selidik , terdapat bahagian A dan bahagian B. Dalam bahagian A soalannya adalah
seperti berikut.

Nama:

Umur:

Sekolah:

Dalam bahagian B pula soalannya adalah tentang perkara berikut:

1. Jenis sumber TMK yang cikgu gunakan dalam mengajar topik penambahan Tahun 2.
2. Adakah cikgu mendapat sokongan yang baik daripada pihak sekolah dalam
menggunakan TMK dalam pengajaran Matematik?
3. Adakah cikgu merasakan penggunaan TMK efektif dalam pengajaran dan pembelajaran
topik penambahan Tahun 2?

Dalam menjawab soal selidik ini, kedua-dua responden memberikan respon yang baik.
Dalam bahagian B soalan 1, responden A telah menjawab bahawa beliau menggunakan
sumber TMK seperti video, audio, internet, grafik, CD-ROM, dan dalam mengajar topik
penambahan Tahun 2. Responden B pula menjawab bahawa beliau menggunakan Internet,
Frogvle, Power Point dalam mengajar topik penambahan Tahun 2. Hal ini menunjukkan
bahawa kedua-dua responden mempunyai kemahiran dalam TMK dan menggunakan
pelbagai sumber TMK dalam pengajaran dan pembelajaran topik penambahan Tahun 2.

Bagi soalan 2 bahagian B, kedua-dua responden bersetuju bahawa mereka mendapat


sokongan yang baik daripada pihak sekolah dalam menggunakan TMK dalam pengajaran
Matematik. Seterusnya, bagi soalan 3 juga kedua-dua responden merasakan penggunaan
TMK efektif dalam pengajaran dan pembelajaran (pdp) topik penambahan Tahun 2. Maka

8
daripada sini, jelaslah bahawa kedua-dua guru Matematik tersebut begitu berminat dalam
menggunakan TMK dalam pdp Matematik.

4.2 ANALISIS TEMU BUAL

4.2.1 Penggunaan Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Topik Penambahan

Tahun 2

Pengkaji telah menjalankan sesi temubual bersama kedua-dua responden pada masa yang
berasingan dengan menggunakan instrumen soalan-soalan berikut mengenai Penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam Topik Penambahan Tahun 2.

a) Adakah cikgu menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam


pengajaran dan pembelajaran Matematik?
b) Adakah cikgu menggunakan Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam
mengajar topik penambahan Tahun 2?
c) Bagaimanakah cikgu menggunakan TMK dalam mengajar topik penambahan Tahun 2?

BIL ITEM ULASAN RESPONDEN

1. Adakah cikgu menggunakan Teknologi Responden 1


Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam
“Ya. Saya menggunakan
pengajaran dan pembelajaran Matematik?
TMK dalam PdP.”

Responden 2

“Ya bagi menarik minat


murid.”

2. Adakah cikgu menggunakan Teknologi Responden 1


Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam
“Ya.”
mengajar topik penambahan Tahun 2?

Responden 2

“Ya supaya murid mudah

9
mengingat cara
penambahan dan pencarian
jawapan.”

3. Bagaimanakah cikgu menggunakan TMK dalam Responden 1


mengajar topik penambahan Tahun 2?
“Saya akan menayangkan
grafik berkaitan angka-
angka. Contohnya, untuk
mengajar 10 tambah 6, saya
akan tunjukkan gambar
oren-oren. Selain itu, saya
akan mengajar topik
tersebut menggunakan
power point yang
mempunyai animasi. Saya
juga menggunakan LCD,
lagu-lagu penambahan,
internet dan CD-ROM untuk
mengajar topik ini.”

Responden 2

“Saya mengajar
menggunakan pencarian
dari Google, Youtube dan
Frogvle. Saya akan meminta
murid tampil ke hadapan
dan tekan sendiri dengan
menggunakan tetikus dan
menjawab soalan
penambahan yang ditanya.
Maka, murid membaca dan
memahami serta memberi
jawapan secara spontan.

10
Dengan ini, mereka dapat
menggunakan peralatan IT
tanpa bantuan guru.”

JADUAL 1 1 PENGGUNAAN TMK DALAM TOPIK PENAMBAHAN TAHUN 2

Melalui data maklumat yang telah dikumpulkan pengkaji dapat melihat kesungguhan kedua-
dua responden sebagai guru Matematik dalam menggunakan TMK dalam pengajaran topik
penambahan Tahun 2. Ternyata, mereka menggunakan pelbagai sumber TMK dalam
mengajar topik penambahan Tahun 2 seperti menggunakan Power Point, internet, FrogVle,
tayangan video, grafik, lagu penambahan dan sebagainya.

4.2.2 Kelebihan Menggunakan TMK dalam Topik Penambahan Tahun 2

Pengkaji telah menemubual kedua-dua responden mengenai kelebihan menggunakan


Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam mengajar topik penambahan Tahun 2.
Maklumat dan data responden telah dianalisis dan diperincikan dalam Jadual 2.

RESPONDEN SOALAN: Pada pandangan cikgu, apakah kelebihan

menggunakan TMK dalam mengajar topik

penambahan Tahun 2 ?

1 “Penggunaan TMK dapat meningkatkan kreativiti kefahaman dan


keupayaan murid Tahun 2 dalam topik penambahan. Dengan
penggunaan TMK, motivasi murid meningkat dan mewujudkan
suasana pembelajaran yang mencabar dan menyeronokkan. Ia juga
membolehkan pembelajaran kendiri di mana murid sendiri cuba
mendapatkan maklumat tentang topik penambahan…”

2 “Murid dapat mengingati topik penambahan dan cara yang diajar


dengan baik. Pengajaran sesuatu yang baru memang murid mudah
ingat. Selain itu, mereka mengetahui cara peralatan IT. Imaginasi
yang tinggi juga dapat diwujudkan dalam kalangan pelajar…”

JADUAL 2 KELEBIHAN MENGGUNAKAN TMK DALAM TOPIK PENAMBAHAN TAHUN 2

11
Kedua-dua responden mengatakan bahawa ada banyak kelebihan menggunakan Teknologi
Maklumat dan Komunikasi (TMK) dalam mengajar topik penambahan Tahun 2. Secara tidak
langsung, penggunaan TMK menyebabkan murid-murid untuk mempelajari topik
penambahan secara lebih berkesan dan mewujdkan suasana pembelajaran yang seronok.

4.2.3 Kekangan menggunakan TMK dalam topik penambahan Tahun 2

Pengkaji menjalankan satu temubual yang meminta responden menjelaskan kekangan yang
mereka hadapi dalam mengajar topik penambahan Tahun 2. Berikut merupakan penjelasan
daripada responden:

Responden 1

“Ya. Pertama adalah internet di sekolah ini tidak laju menyebabkan susah untuk akses
internet. Oleh itu, saya terpaksa menggunakan internet sendiri. Selain itu, oleh sebab ramai
murid mereka tidak dapat menggunakan komputer satu seorang di makmal komputer…”’

Ulasan yang diberikan oleh responden 1 menjelaskan bahawa sekolah perlulah ada
kemudahan internet yang laju supaya guru-guru dan murid-murid dapat menggunakan
internet dengan baik dan tidak perlu susah untuk mendapatkan internet sendiri. Seterusnya,
makmal komputer yang disediakan di sekolah mestilah mempunyai komputer yang
mencukupi supaya setiap murid dapat menggunakannya.

Responden 2

“Ya. Kadang-kadang mengalami masalah teknikal dan mengambil masa yang lama. Murid
juga kurang membuat latihan di kelas kerana mengambil masa yang lama untuk pdp…”

Ulasan yang diberikan oleh responden 2 juga menjelaskan bahawa masalah teknikal
semasa menggunakan TMK menjadi kekangan yang besar bagi beliau. Hal ini kerana ia
mengambil masa yang lama untuk diperbaiki. Maka, murid-murid juga kurang membuat
latihan di kelas. Oleh sebab asyik menggunakan TMK, maka murid kurang berminat dalam
aktiviti verbal dan oral.

12
5.0 RUMUSAN DAN PERBINCANGAN

Berdasarkan data dan hasil dapatan yang telah dikumpul dan dianalisis, saya mendapati
bahawa Teknologi Maklumat dan Komunikasi (TMK) digunakan dalam pengajaran topik
penambahan Tahun 2. Hasil analisis soal selidik dan temu bual membuktikan bahawa ketiga-
ketiga objektif tercapai dan ketiga-tiga persoalan kajian terjawab. Hasil temubual dan soal
selidik membuktikan bahawa kedua-dua responden menggunakan TMK dalam mengajar topik
penambahan bagi murid Tahun 2. Mereka menggunakan pelbagai sumber TMK seperti internet,
LCD, power point, tayangan video, grafik, Youtube, Frogvle, lagu penambahan, CD-ROM untuk
mengajar topik penambahan. Selain itu, pihak sekolah kedua-dua guru Matematik juga
memberikan sokongan dan galakan yang baik dalam menggunakan TMK untuk pengajaran dan
pembelajaran Matematik.

Hasil responden juga dapat diketahui bahawa sekolah mereka menyediakan infrastruktur
TMK seperti LCD, makmal komputer, CD- ROM, bilik komputer peribadi, bilik gerakan khas,
penghawa dingin, speaker dan komputer riba. Di dalam konteks kajian ini, guru harus berusaha
untuk meningkatkan keberkesanannya. Pengajaran yang berkesan menghasilkan pembelajaran
yang diharapkan. Pembelajaran yang baik berlaku apabila pelajar melibatkan diri dengan
seseorang itu biasanya akan lebih mengingati sesuatu hasil daripada perbuatan atau
pengalamannya sendiri. Di sinilah pentingnya peranan teknologi dalam pendidikan matematik
hari ini. Penyertaan aktif murid-murid dalam proses pengajaran dan pembelajaran membantu
mereka belajar.

Dapatan daripada soal selidik dan temu bual juga membuktikan bahawa penggunaan
Teknologi Maklumat dan Komunikasi dalam mengajar topik penambahan mempunyai banyak
kelebihan. Hasil daripada responden A, kelebihan TMK dalam topik penambahan ialah TMK
dapat meningkatkan kreativiti kefahaman dan keupayaan murid dalam topik penambahan. Di
samping itu, dengan penggunaan TMK, motivasi murid meningkat dan mewujudkan suasana
pembelajaran yang mencabar dan menyeronokkan. Ia juga membolehkan pembelajaran kendiri
di mana murid sendiri cuba mendapatkan maklumat tentang topik penambahan. Selain itu,
penggunaan TMK membolehkan pelajar belajar topik penambahan tersebut dengan lebih
berkesan dengan bimbingan yang minima. Seterusnya, hasil kajian responden B pula
membuktikan bahawa murid mudah mengingati topik penambahan dan cara yang diajar dengan
pengajaran menggunakan TMK. TMK berupaya untuk menarik minat murid Tahun 2 untuk
mempelajari topik penambahan. Murid juga dapat meningkatkan imaginisi dan mengetahui cara

13
penggunaan peralatan TMK. Murid meniru cara yang baru diajar melalui IT juga berlaku dengan
pengajaran menggunakan IT. Di sini jelaslah bahawa, penggunaan komputer dalam pengajaran
matematik memperkayakan lagi tajuk yang diajar.

Kekangan dalam menggunakan TMK dalam topik penambahan Tahun 2 yang telah dikenal
pasti ialah internet yang tidak laju menyebabkan guru susah untuk akses laman web bagi
mengumpul maklumat mengenai topik yang akan diajar. Pembaikian komputer juga memakan
kos yang tinggi. Selain itu, komputer yang tidak mencukupi untuk semua murid juga menjadi
salah satu cabarannya. Di samping itu, guru juga kadang-kadang mengalami masalah teknikal
dan mengambil masa yang lama untuk menyelesaikannya. Kadang-kadang murid kurang
berminat dalam aktiviti verbal dan oral kerana menggunakan TMK dengan banyak. Secara
rumusannya, walaupun terdapat kekangan, penggunaan TMK oleh guru amat penting dalam
pengajaran dan pembelajaran topik penambahan bagi murid Tahun 2.

14

Anda mungkin juga menyukai