Anda di halaman 1dari 2

Kaedah Penyelesaian Masalah: Modal Polya George Polya (1957) berjaya membina satu model penyelesaian masalah matematik

yang dikenali sebagai Model Polya. Menurut beliau, penyelesaian masalah matematik boleh dilaksanakan dalam 4 peringkat, iaitu: I. II. III. IV. Memahami soalan bermasalah Merancang strategi penyelesaian Melaksanakan strategi penyelesaian Menyemak masalah dengan cara penyelesaian yang berlainan

Berdasarkan model yang dibina, Polya telah mengenal pasti beberapa peraturan dan kaedah untuk menyelesaikan masalah matematik bagi sekolah menengah. Bagaimanapun, peraturan dan kaedahnya juga boleh diubahsuai untuk mengajar murid menyelesaikan di sekolah rendah. Strategi pengajaran dihuraikan mengikut Model Polya adalah seperti berikut: a) Peringkat Memahami Soalan Bermasalah Di peringkat ini, murid-murid akan dibimbing untuk memahami Item-item utama yang terlibat dalam masalah itu Perkaitan antara item-item yang dikenal pasti Item yang hendak dicari / dijawab

b) Peringkat Merancang Strategi Selepas murid-murid telah memahami kehendak soalan bermasalah itu, guru akan membimbing mereka merancang strategi penyelesaiannya. Strategi-strategi penyelesaian masalah matematik boleh dilaksanakan dalam beberapa cara seperti: Memilih operasi-operasi yang sesuai Menggunakan cara gambar rajah Menggunakan cara rajah analogi Menggunakan kaedah uniter dan sebagainya

c) Peringkat Melaksanakan Strategi Sebaik sahaja stragei penyelesaian masalah telah dirancang, murid boleh melaksanakan strateginya untuk menyelesaikan masalah. Dalam hal ini, murid-murid hendaklah menghuraikan langkah-langkah penyelesaian secara bersistematik untuk mendapat jawapan yang betul. d) Peringkat Menyemak Jawapan Melalui Proses Penyelesaian yang Berlainan Murid-murid boleh menyemak jawapan dengan mencari cara yang lain untuk menyelesaikan masalah matematik yang sama atau menggunakan cara songsang. Sebagai contoh, jawapan yang didapati daripada operasi bahagi boleh disemak dengan operasi darab. Implikasi Model Polya Terhadap Pengajaran dan Pembelajaran Penyelesaian maslah matematik merupakan aktiviti yang unik memandangkan setiap orang murid menyelesaikan masalahnya dengan cara atau strategi yang tersendiri. Dalam hal ini, ada murid yang memilih cara gambar rajah dan ada pula yang lebih gemar memilih cara analog sebagai strategi penyelesaian mereka. Oleh itu, semasa mengajar penyelesaian masalah

matematik, guru patut mengemukakan berbagai-bagai kaedah yang sesuai untuk dipilih atau diubahsuai oleh murid-murid dalam strategi penyelesaiannya. Adalah ditegaskan bahawa guru harus menggunakan soalan bermasalah dan kaedah yang sesuai dengan perkembangan kognitif murid-murid agar mereka tidak tertekan dengan proses penyelesaian masalah matematik yang mencabar. Apabila didapati bahawa murid-murid menghadapi masalah dalam proses menyelesaikan masalah matematik, guru harus memberi bimbingan yang sewajarnya, seperti mengemukakan soalan-soalan yang dapat merangsang fikiran mereka, supya mereka dapat memikirkan cara penyelesaian masalah dengan lebih mudah lagi. Masalah Bukan Rutin Sudah tentu masalah-masalah bukan rutin memerlukan proses-proses yang lebih tinggi daripada yang terlibat dalam penyelesaian masalah-masalah rutin. Kejayaan dalam penyelesaian masalahmasalah bukan rutin bergantung kepada kebolehan pelajar menggunakan pelbagai strategi penyelesaian masalah bersama dengan fakta-fakta dan maklumat dalam pertimbangan. Prosedur menyelesaikannya adalah tidak diketahui pelajar. Masalah-masalah bukan rutin biasanya diselesaikan dengan pelbagai cara yang memerlukan proses pemikiran yang berbeza-beza. Nyata sekali pelajar dikehendaki menggunakan kemahiran secara kritis dan kreatif dalam penyelesaian masalah bukan rutin. Masalah-masalah bukan rutin harus digunakan dalam program matematik sekolah rendah kerana boleh; mengembangkan penggunaan strategi-strategi penyelesaian masalah membekalkan peluang kepada pelajar untuk memikirkan pelbagai cara penyelesaian, berkongsi kaedah-kaedah penyelesaian masalah dengan pelajar-pelajar lain dan mengembangkan keyakinan diri dalam penyelesaian masalah matematik. mendorong pelajar untuk menikmati keindahan dan logik yang wujud dalam matematik mengembangkan kemahiran-kemahiran berfikir secara kritis berbanding dengan hafalan petua, peraturan dan fakta tanpa kefahaman

Anda mungkin juga menyukai