Anda di halaman 1dari 6

KERTAS KONSEP

AMALAN TERBAIK BILIK DARJAH 2017


( PENYELESAIAN MASALAH – KAEDAH POLYA)

SK LAHAR KEPAR,KEPALA BATAS PULAU PINANG

1.0 PENGENALAN

Pendidikan matematik adalah untuk memperkembangkan pemikiran logik, analitis, kritis,


bersistem, kemahiran penyelesaian masalah supaya murid dapat berfungsi dengan berkesan
dan penuh tanggungjawab serta menghargai kepentingan dan keindahan matematik. Maka,
mempelajari penyelesaian masalah adalah tujuan utama kerana penyelesaian masalah
merupakan satu aspek dalam kehidupan yang pasti murid hadapi. Fokus kepada proses dan
kemahiran penyelesaian masalah harus dititikberatkan.

Penyelesaian masalah disifatkan sebagai segala yang dilakukan oleh individu apabila
berhadapan dengan soalan atau situasi yang pada masa itu tidak terdapat jalan penyelesaian
yang nyata. Dalam mencari jalan keluar untuk sesuatu halangan yang dihadapi, murid harus
berfikir, membuat keputusan dan menggunakan strategi- strategi tertentu yang sesuai. Dalam
usaha pencarian ini aktiviti berfikir dan kemahiran merasionalkan sesuatu langkah penyelesaian
memainkan peranan yang penting. Ia menuntut murid menjana cetusan pemikiran yang logik
dan bersistematik. Dikatakan sistematik kerana ia menjana cetusan pemikiran metodologikal
mengikut langkah- langkah tertentu dan logik kerana ianya memerlukan penyemakan untuk
menentukan kemunasabahan sesuatu penyelesaian. Kejayaan yang diperolehi akan
mendorong pembentukan sikap yang positif pada diri murid terhadap matematik dan terhadap
aktiviti penyelesaian masalah khususnya dan meningkatkan minat mereka terhadap matematik
umumnya.

Kaedah penyelesaian masalah adalah berhubung rapat dengan kaedah penyoalan kerana
dalam proses penyelesaian masalah matematik guru perlu mengemukakan beberapa soalan
untuk membimbing murid memikirkan langkah- langkah penyelesaiannya. Dalam penyelesaian
masalah juga terdapat pelbagai cara yang bolah digunakan antaranya ialah melalui cara
analogi, cara gambarajah, cara analisis dan cara deduktif.
Terdapat beberapa model yang digunakan secara meluas dalam pengajaran penyelesaian
masalah matematik. Antaranya ialah Model Polya, Model Mayer dan Model Lester.Model Polya
dibina pada tahun 1957 dengan memperkenalkan empat langkah penyelesaian masalah, begitu
juga dengan Model Mayer. Kedua- dua model ini mempunyai banyak persamaan. Manakala
Model Lester 1978 pula menyarankan enam peringkat penyelesaian masalah. Namun begitu,
dalam kajian ini pengkaji memilih Model Polya untuk digunakan dalam pengajaran dan
pembelajaran.

Goerge Polya telah mencadangkan empat langkah yang perlu digunakan dalam proses
penyelesaian masalah, antaranya:
i. Memahami masalah
ii. Merancang strategi penyelesaian masalah
iii. Melaksana strategi penyelesai masalah
iv. Menyemak semula

2.0 VISI

MATEMATIK MENJANA MINDA MENJADI INSAN UNGGUL

3.0 MISI

3.1 Mendedahkan kepada murid strategi penyelesaian masalah yang berkesan dalam
matematik supaya mereka lebih sensitif terhadap mata pelajaran matematik.
3.2 Meningkatkan kesedaran dalam kalangan murid tentang kepentingan matematik dalam
kehidupan seharian mereka.
3.3 Meningkatkan prestasi matematik murid untuk ke tahap yang lebih cemerlang.
3.4 Menanamkan minat murid terhadap mata pelajaran matematik dan memastikan murid
sentiasa mempunyai semangat untuk belajar.

4.0 TARIKH PELAKSANAAN

Sepanjang tahun

5.0 TEMPAT

Bilik Darjah ( WAKTU PdP )


6.0 SASARAN

Tahun 4, 5 dan 6

7.0 : SENARAI AKTIVITI

7.1 PdP abad 21


i. Round Table
ii. Peta i-think
iii. Kad Lampu Isyarat

8.0 JAWATANKUASA PELAKSANA

Panitia Matematik

9.0 STRATEGI PELAKSANAAN

9.1 ) Prinsip pertama : Memahami Masalah

 Pelajar seringkali gagal menyelesaikan masalah kerana semata-mata mereka tidak

memahami masalah tersebut. Polya telah mengajar guru-guru untuk bertanya pelajar

soalan-soalan berikut :

 Adakah kamu memahami semua makna istilah/perkataan yang digunakan dalam

masalah tersebut ?

 Apa yang perlu kamu cari dan tunjukkan ?

 Bolehkah kamu menyusun semula ayat-ayat dengan perkataan sendiri ?

 Bolehkah kamu menggunakan gambar atau diagram yang boleh membantu kamu

memahamkan masalah ?

 Adakah maklumat cukup untuk menyelesaikan masalah ?


9.2 ) Prinsip kedua : Merangka strategi

Polya menegaskan, ada pelbagai strategi untuk menyelesaikan masalah. Kemahiran memilih

strategi yang sesuai bergantung kepada berapa banyaknya pengalaman kita menyelesaikan

masalah sebelum ini. Antara strategi yang boleh membantu ialah:

 Cuba jaya

 membuat senarai yang tersusun

 mengenalpasti kemungkinan-kemungkinan

 menggunakan simetri

 menimbangkan kes istimewa

 menyelesaikan persamaan

 melihat pola

 melukis gambar

 menyelesaikan masalah kecil terlebih dahulu

 guna model

 bekerja dari bawah/ menggunakan maklumat terakhir terlebih dahulu

 guna formula

 guna analogi/perbandingan

 lakonkan/ujikaji

 mempermudahkan masalah

9.3 Prinsip ketiga : Melaksanakan strategi

Langkah ini biasanya lebih mudah dari merancang strategi. Yang pelajar perlukan pada

langkah ini ialah ketekunan dan berhati-hati apabila menggunakan kemahiran yang sedia

ada. Jika tidak berjaya menyelesaikannya, patah semula ke langkah pertama dan
merancang strategi berbeza. Ini adalah langkah biasa dalam matematik yang juga digunakan

oleh pakar matematik sekalipun.

9.4 Prinsip keempat : Menyemak jawapan

Polya merasakan adalah wajar mengambil sedikit masa untuk menyemak jawapan dan

membuat refleksi. Ini bertujuan untuk mengukuhkan keyakinan dan memantapkan

pengalaman untuk mencuba masalah baru yang akan datang. Gunakanlah Model Polya

untuk menyelesaikan sebarang masalah hari ini.

10.0 PENANDA ARAS PENCAPAIAN

10.1 Peningkatan minat dalam proses pembelajaran matematik kerana murid memperolehi
teknik-teknik untuk menyelesaikan masalah.
10.2 Peningkatan dalam markah matematik peserta terhadap penilaian sumatif selepas
program ini dijalankan.

11.0 PENILAIAN

Pemantauan berkala akan dilaksanakan untuk melihat sejauh mana peningkatan dalam
pencapaian prestasi matematik peserta selepas mengikuti program berdasarkan markah
matematik yang diperolehi dalam ujian dan peperiksaan yang dijalankan.

12.0 PENUTUP

Penyelesaian Masalah Model Polya untuk meningkatkan kemahiran murid dalam tajuk operasi

bercampur. Kajian ini juga adalah untuk mengenalpasti kesukaran yang dihadapi oleh murid

dalam penyelesaian masalah khasnya dalam topik operasi bercampur. Selain itu, kajian ini akan

melihat sejauah mana tahap penguasaan dan pencapaian murid dapat ditingkatkan dan

kesannya terhadap pencapaian murid.


Dengan perlaksanaan pembelajaran Penyelesaian Masalah Model Polya ini akan

menjadikan suasana pengajaran dan pembelajaran lebih menarik dan berkesan. Ia juga

memberi peluang kepada murid lemah untuk menunjukkan kebolehan mereka dalam

menyelesaikan masalah. Dengan tidak langsung semua murid akan berusaha bersungguh-

sungguh untuk menampilkan kebolehan diri masing- masing seterusnya memberi faedah

kepada mereka.

Disediakan oleh Disemak oleh

…………………………………………………… …………………………………………………….
(AISHAH BINTI SHARIFF) HASNAH BT.ABDUL HALIM
GURU MATEMATIK TAHUN 6 PENGERUSI KELOMPOK R15

SK LAHAR KEPAR PPD SEBERANG PERAI UTARA

Anda mungkin juga menyukai