Anda di halaman 1dari 4

Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh Dan Salam Sekolah Sejahtera.

S alam Pulau Pinang Peneraju


Transformasi Pendidikan Negara

Terima kasih Pengacara Majlis

Yang dihormati YDP PIBG Tn Hj Nasir bTalib , NYDP PIBG Dr Hj Mustafa Kamal b Mohd Samsuri , Yang
dihormati En Mohamad Said Bin Ibrahim, Timbalan Pengarah Sektor Pembangunan Murid JPNPP
barisan JK PIBG, barisan Penolong-penolong Kanan , barisan guru-guru serta ibubapa, waris dan penjaga
anak-anak yang dikasihi sekalian.

Alhamdulillah , syukur kehadrat Allah S.W.T kerana hari ini dapat kita laksanakan satu lagi tugas penting bagi
kita semua ,warga SK Hashim Awang dengan mengadakan Mesyuarat Agung kali ke 48 dalam era endemik.
Kita sedar bahawa pendemik covid 19 ini banyak merubah lanskap kehidupan kita yang telah menjadi
kebiasaan kita sebelum ini, namun sejak tahun lepas 2020 sehinggalah kini , kita masih lagi belum bebas
daripada wabak ini. Jesteru, MAT PIBG 2022/23 telah diadakan mengikut sop bagi memastikan kesemua kita
tidak menjadi pencetus wabak ini.

Saya mewakili guru-guru SK Hashim Awang, merakamkan jutaan tahniah dan terima kasih kepada semua
ibubapa dan waris yang hadir pada hari ini., Ini membuktikan bahawa anda semua ibubapa dan waris yang
hebat dan terbaik demi kecemerlangan anak-anak, khususnya kecemerlangan SK Hashim AWANG ini.

Ibubapa, waris dan penjaga yang dihormati sekalian,

Seperti yang kita sedia maklum, MAT PIBG mesti diadakan pada setiap tahun sebelum 31 Mac setiap tahun ,
namun semenjak pendamik covid 19, MAT PIBG perlu diadakan sehingga akhir bulan Jun tahun ini dan pada
mula pihak KPM tidak membenarkan mesyuarat MAT PIBG diadakan dipermis sekolah tetapi apabila kita
memasuki era endemik pihak KPM telah membenarkan MAT PIBG di kawasan sekolah dengan mematuhi sop
yang ditetapkan. Bagi menjamin keselamatan semua pihak. Terima kasih dan tahniah kepada barisan JK PIBG
yang bertungkus lumus dalam menjayakan menyuarat kita pada hari ini.

Ibubapa, waris dan penjaga yng dihormati sekalian

Izinkan saya membuat sedikit laporan tentang perjalanan SK Hashim Awang sepanjang tahun 2020 dan 2021
Sesi persekolahan 2020 telah bermula pada 1 Januari 2020 dan pengumuman PKP pada 18 Mac 2020 telah
mengejutkan semua pihak, termasuklah guru-guru, murid-murid dan ibubapa. PDPR dan BDR telah
diperkenalkan bagi mengantikan pembelajaran secara bersemuka dan guru-guru bekerja dari rumah. Seluruh
negara terkesan dengan pendemik ini. Guru-guru meneroka pelbagai kaedah pengajaran kepada anak murid
bagi kelangsungan pendidikan. Namun kami sedar bahawa pencapaian pengajaran melalui peranti secara
online menjadi keterbatasan kepada kita semua. Pengajaran guru dilaksanakan melalui geogle classroom,
geogle meet, whatsapp, telegram dan juga youtube . Guru-guru mencari pelbagai mekanisme baharu bagi
memastikan penyampaian pengajaran dapat dijalankan agar defisit pembelajaran tidak berlaku disebabkan
murid-murid tidak hadir ke sekolah. Tahniah dan terima kasih kepada semua guru-guru SK Hashim Awang
yang mampu melaksanakan tugas yang mencabar ini. Kemahiran guru dalam ict dipertingkatkan dengan
meneroka ilmu-ilmu baharu bagi membantu dan menyokong pengajaran guru-guru di rumah kerana kami
sedar bahawa tanggungjawab kami amat berat dalam memastikan proses pembelajaran berlaku walau dimana
dan bagaimana sekalipun. Terima kasih cikgu-cikgu dan tahniah atas usaha murni cikgu-cikgu. Saya mewakili
barisan pentadbiran merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih.

Ibubapa, waris dan penjaga yang dihormati sekalian,

Pengumuman pembukaan semula sekolah secara berperingkat oleh KPM bermula , 1 Julai 2020 bagi murid
Pra Sekolah , 15 Julai 2020 bagi murid tahun 5 dan 6 dan mulai 22 Julai 2020 bagi murid Tahun 1 hingga
Tahun 4, oleh itu, secara rasminya sesi persekolahan sepenuhnya bermula 22 Julai 2020. Sebagai persediaan
pihak sekolah untuk menerima kehadiran murid ke sekolah, satu taklimat dan perjumpaan mengikut tahun
diadakan kepada semua waris agar mengetahui tatacara SOP Pembukaan sekolah norma baharu. Ini jelas
menunjukkan pihak sekolah amat mementingkan keselamatan dan kesihatan murid-murid di SK Hashim
Awang. Norma baharu telah mengubah lanskap sekolah, di mana murid di dalam kelas di susun mengikut
penjarakan fizikal 1Meter, selain itu juga dunia sosialisasi murid turut berubah, aktiviti kokurikulum secara
bersemuka tidak dibenarkan, Pendidikan Jasmani tidak dibenarkan , dan makan di kantin juga tidak
dibenarkan. Kelas perlu disanitasi selepas murid sesi pagi pulang untuk persediaaan kemasukkan murid pada
keesokkan harinya. Terima kasih kepada pekerja kebersihan kerana membantu dalam proses sanitasi ini.

Ibubapa, waris dan penjaga yang dihormati sekalian,

Proses pembelajaran dan pengajaran dalam norma baharu diteruskan sehinggalah KPM sekali lagi
mengumumkan penutupan semula sekolah mulai 9 November 2020 sehingga ke hari akhir persekolahan
tahun 2020. Sewaktu itu, murid-murid tahun 4 , 5 dan 6 menduduki peperiksaan akhir tahun, namun ianya
hanya dapat dilaksanakan hanya untuk bebarapa hari sahaja .dan kertas peperiksaan tersebut diserahkan
kepada semua murid yang terlibat sebagai bahan ulangkaji dan PDPR di rumah. Terima kasih kepada semua
ibubapa , waris dan penjaga yang telah membantu kami menemani anak- anak sewaktu sesi pembelajaran di
rumah dilaksanakan. Sokongan daripada ibubapa, waris dan penjaga banyak membantu kami dalam
memastikan bahawa jurang pembelajaran dapat kita kurangkan. Dan terima kasih sekali lagi saya rakamkan
kepada semua warga sekolah, walaupun sesi bersemuka hanya lebih kurang 8 bulan berlangsung bagi tahun
2020 , komitmen dan sokongan yang telah ditunjukkan oleh ibubapa , waris dan penjaga yang telah
menjelaskan sumbangan PIBG bagi tahun 2020 telah memudahkan pihak sekolah menyediakan prasarana
dan kemudahan murid-murid mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh pihak KPM. Terima kasih
dan tahniah kepada semua guru, ibubapa , waris dan penjaga murid memberi sumbangan kepada tabung
PIBG sekolah kita.

Ibubapa, waris dan penjaga yang dihormati sekalian,

Pengumuman pihak KPM telah memaklumkan bahawa sesi persekolahan tahun 2021secara bersemuka akan
bermula pada 20 Januari 2021, namun ianya ditangguhkan sekali dan diteruskan dengan PDPR mulai 20
Januari 2021. Sekali lagi, pihak sekolah telah mengadakan pendaftaran tahun 1, Pra Sekolah dan
pemulangan serta penerimaan buku teks secara pandu laju bagi memastikan penangguhan sesi bersemuka
tidak menjejaskan perjalanan sesi persekolahan di tahun baru. . Hasil daripada kajian yang dijalankan
diperingkat sekolah , pihak kami mendapati bahawa PDPR SKHA perlu ditambahbaik bagi memastikan
kelangsungan pendidikan di awal tahun. Jesteru, Kotak Bahan dipekenalkan sebagai medium perhubungan
sekolah dengan murid-murid . Kami sedar bahawa tidak semua murid mempunyai peranti mereka
sendiri,melalui Kotak Bahan, guru dapat menyalurkan bahan sokongan pengajaran mereka, waris akan hadir
ke sekolah mengikut kesesuaian masa mereka untuk mengambil dan menghantar tugasan anak-anak mereka
ke dalam kotak bahan mengikut kelas masing-masing. Di sini sekali lagi saya merakamkan jutaan terima
kasih kepada barisan pengawal keselamatan sebagai pemudahcara kepada para waris. Hasilnya, kita dapati
hampir 98% waris telah mengambil tugasan tersebut. Syabas dan terima kasih kepada semua waris SKHA.
Pendek kata, semua kita sederap bersama daripada kalangan guru-guru, pekerja kebersihan, pekerja
keselamatan , pengusaha kantin, PIBG dan waris, SKHA. Syabas dan tahniah.
Ibubapa, waris dan penjaga yang dihormati sekalian,

Pendemik Covid 19 masih lagi menghantui kita. Kita masih lagi belum menang dan biarlah kita menjadi
pemutus dan bukannya pencetus. Saya akan melaporkan maklumat sesi persekolah 2022 untuk makluman
para waris yang dikasihi sekalian.

Jumlah murid SKHA , adalah seperti berikut :

Perinciannya adalah seperti berikut :


Jumlah Semua Murid : 673 orang.
Murid Arus perdana : 498
Murid PPKI : 109
Murid PPKI – Inklusif Separa: 6 orang
Inklusif penuh : 1 orang
74 orang yg akan terlibat inklusif ...

Murid Pra Sekolah : 66 orang


Murid Pra Tunas Bestari 1, 2, dan 3 : 59 orang
Murid Pra PPKI : 7 orang

Bilangan guru : 77 orang


Bilangan Staf Sokongan : 16 orang
Jumlah Pekerja Swasta :
Pekerja Kebersihan : 5 orang
Pengawal Keselamatan : 4 orang.

Ibubapa, waris dan penjaga yang dihormati sekalian,


Walaupun pelbagai kekangan yang pihak sekolah hadapi, sebagai warga pendidik kami tetap berusaha
berikan yang terbaik kepada anak didik kami. Oleh itu, terdapat kejayaan yang telah kami perolehi berkat
usaha dan komitmen daripada guru-guru SK Hashim Awang, antara kejayaan dan aktiviti kokurikulum
pada tahun 2021
Sekolah kita telah mencapai kejayaan sehingga diperingkaat yg tertinggi iaitu peringkat daerah , negeri dan
kebangsaan . Tuan-tuan dan puan puan , kalau tuan 2 dan puan 2 lihat sekolah kita telah menjalankan pelbagai
aktiviti sukan di sekolah kita dan mendapat sambutan yang rancak. Budak ii menjalani latihan bola jaring, bola
sepak, sepak takraw. Pihak sekolah telah menjalankan aktiviki 1m1s pada hari selala dan unit uniform pada
hari rabu seperti anak ii tuan dan puan dapat dalam jadual yg tela disediakan. Sepanjang minggu depan murid
ii hashim awang akan terlibat dengan msspp, kita akan hantaq murid ii kita lawan dengan sekolah ii lain, sama
ii kita doakan kejayaan bagi anak anak kita. Untuk tahun ini9 sekolah tahun kita telah mendapat peringkat
johan diabawah program pembangunan hoki negara, dan seramai 7 orang murid telah mendapat sijil
kebangsaan, tuan ii dan puan ii sekolah kita dikenali sebagai ikon hoki. Jadi dalam mesyuarat ni saya
memohon gar tuan ii dan puan ii sanggup menghantar anak ii tuan puan untuk latihan hoki di stadium sbb
sekolah kita mempunyai jurulatih yg berpengalaman yg telah sampai ke peringkat kebangsaan. Jadi jika tuan
tuan nampak betapa rancaknya aktiviti sukan di sekolah kita, dalam usul nanti ada tentang cadangan tentang
pembelian baju 1m1s .
Kami sedar bahawa jika tiada permufakatan dan kerjasama daripada pihak waris, maka kejayaan serta
penyertaan ini mustahil dapat direalisasikan. Terima kasih kepada semua guru, waris yang terlibat.

Ibubapa, waris dan penjaga yang dihormati sekalian,


Dibidang akademik – PBD bagi tahun 2021

Ibubapa, waris dan penjaga yang dihormati sekalian,

Persatuan Ibubapa Dan Guru merupakan tulang belakang kepada pihak sekolah. Saling lengkap melengkapi
antara satu sama lain. Pada Mesyuarat Agung kali ini, saya menyeru kepada semua yang hadir pada hari ini,
pilihlah Jawatankuasa yang mampu mengalas tanggungjawab sebagai AJK PIBG. Saya sedar bahawa tugas
ini adalah sukarela , tiada gaji namun demi tanggungjawab kepada anak bangsa , saya yakin dan percaya
bahawa barisan JK yang akan dilantik nanti bakal menerajui kepimpinan PIBG dengan lebih cemerlang. JK
PIBG dapat menyampaikan maklumat serta menjadi penghubung antara sekolah dan pihak waris,sentiasa
bertemu dan berbincang dan mencai kata sepakat demi kepentingan dan masa depan anak-anak.
Permuafakatan seumpama inilah yang menjadi kunci kejayaan PIBG dan sekolah dengan mengambil kira
batasan-batasan kuasa PIBG. Selain daripada memilih dan melantik JK PIBG yang baru dan berbincang
usul daripada ibubapa , diharapkan juga mesyuarat PIBG pada pagi ini akan membincangkan dan mendapat
persetujuan bersama berkaitan kutipan sumbangan PIBG bagi tahun 2022 sepertimana arahan JPN P.Pinang.
Permohonan kutipan ini mesti dihantar ke JPN PP. Diharap perkara ini dapat diputuskan dengan sebaik
mungkin tanpa menimbulkan masalah kepada pihak sekolah dan waris murid-murid. Alhamdulillah, setakat
ini, kerjasama yang baik dan erat telah ditunjukkan oleh pihak sekolah dan PIBG.
Dikesempatan ini, saya merakamkan jutaan terima kasih kepada jawatankuasa terdahulu dan tahniah atas
komitmen yang telah diberikan kepada pihak sekolah. Semoga sumbangan kalian ini , diberi ganjaran
pahala buat kita nanti. Dan akhir kata daripada saya, saya mohon ampun dan maaf, seandainya selama saya
bersama tuan dan puan para waris SK Hashim Awang, ada amanah-amanah yang dipertanggungjawabkan
ke atas diri saya tidak dapat saya laksanakan, kerana yang baik itu datang daripada Allah, sesungguhnya
yang lemah itu datangnya daripada kelemahan diri saya sendiri.
Sekian , terima kasih.

Anda mungkin juga menyukai